Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Misteri Kereta Usang Menjelma Menjadi Teksi


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Misteri Kereta Usang Menjelma Menjadi Teksi


bismillah.jpg

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan berlaku 12tahun yang lalu dan sangat sukar dipercayai.Tetapi ia adalah satu kejadian yang benar2 saya alami ketika baru sebulan berpindah ke blok 13 Eunos Crescent.Ketika itu kawasan itu belum membanggun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib,saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasjid Alsyahidah kami.Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee,kereta kami tiba2 meragam,apalah daya kami sebagai seorang wanita untuk membaikinya.Saya terus berlari mencari telefon awam bagi menghubungi abang saya untuk mendapatkan bantuan,tetapi malangnya dia bekerja shift malam pada hari itu.Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan saja menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan2 disepanjang Bedok/Chai Chee,sambil melihat-lihat kalau ada teksi2 kosong.Setelah penat berjalan,kami berhenti mengharapkan kedatangan teksi.Yang menghairankan hampir satu jam kami menunggu tidak ada sebuah teksi pun yang kelihatan.Dalam keadaan bosan,tiba2 entah dari mana,muncul sebuah teksi yang muncul betul2 dihadapan kami sedangkan kami tidak menahannya.

Tanpa berlengah kami terus mengisi perut teksi itu sambil memanjatkan rasa syukur,dalam teksi itu entah kenapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa terus berlalu.Setelah saya lihat jam ditangan baru lah saya sedar sudah hampir satu jam kami berada didalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ke tempat yang ingin kami tuju,sedangkan perjalanan dari Bedok/Chai Chee hanya memakan masa kurang dari 20 minit.

Saya segera mencuit kakak dan bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang kami lalui benar2 tidak kami kenali lansung,kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa saja ayat2 AL-QURAN yang kami tahu..terkumat kamit mulut kami ketika itu.Sempat juga sya bertanya,'Apek kami nak ke Eunos Crescent!!Lu mau bawak kita kemana ni???'Apek tadi hany mengangguk kepalanya.

Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya.Kami cekalkan hati,terus membaca apa2 saja ayat yang kami ingat.Tiba2 kami seperti keluar daripada dunia lain,teksi tadi terus membelok Eunos Crescent tanpa perlu kami memberitahu pemandunya,teksi itu berhenti betul2 dihadapan block kami.

Tanpa berlengah,kakak saya yang duduk ditepi pintu seperti terjun saja dari teksi,dan saya terus menghulurkan wang 10$ kepada pemandunya.Waktu saya menghulurkan wang alangkah terperanjatnya saya menyedari bahawa pemandu teksi itu adalah seorang tua yang benar2 sudah lanjut usianya,kelihatan sejuta kedutan ditangannya.Sayangnya saya tidak dapat melihat lansung wajahnya,kerana dia seperti cuba memalingkan wajahnya kearah lain.

Tanpa bersuara pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat,dalam ketakutan dan kehairanan kakak suruh saya segera turun dari teksi itu.Saya yang sedari tadi terasa seperti terpaku,terus tutun dari teksi itu tanpa menutup pintunya kembali.Alangkah terperanjatnya kami,kerana hanya beberapa tapak saja kami melangkah apabila kami menoleh..teksi itu sudah tidak kelihatan lagi.

Menurut penerangan kakak saya,sewaktu turun dari teksi tadi,dia terperanjat apabila menyedari sebenarnya..kami bukanlah menaiki teksi,tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya.Waktu itu saya melihat jam hampir 11:30malam.Alangkah anehnya perjalanan dari Bedok/Chai Chee ke Eunos Crescent mengambil masa selama tiga jam.

TAMAT

#COPYPASTE

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

Bersyukurlah xde pape yang terjadi

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard