Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Aku


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Cerita Aku


bismillah.jpg

Setelah hampir 2bulan aku tanam derian(a.k.a xrejabiggrin)member baik aku dena telah mensupplier satu reja kosong kat company dia as a receptionist.Sebuah company besaq yang mempunyai nama yang gah,ofcos la aku xkan lepaskan peluang tu walaupun kerja ini sangat meyimpang dari target aku..zaman lani reja mana boleh nak memilih sangat.

Sesi temuduga berjalan dengan lancar,walaupun banyak jugak competitors tapi aku yakin yang aku bakal merampas main kerusi tu...bhaahaahaa!!Yahh..seperti yang aku duga,aku telah menerima panggilan dari syarikat besaw tu yang menginginkan aku mula reja awai bulan depan..sooo......means yang aku hanya ada seminggu lagi nak enjoibiggrin

First time agak kaget plus segan jugak la,al-makloom la aku kan dah agak lama dibawah tempurung so bila nak semuka ngan orang darah neves tu naik sampai kepala la..hahaha,lepas ja sesi tawaf satu opis untuk kenaikan aku pada staff2 yang lain..omg like seriously company tu memang super duper cantik..subhanALLAH,aku mula merasa bangga sambil mendabik dada...hihihi,diperkenalkan aku pula dengan kerjaya halal aku..as u all know la reja receptionist ni macam mana kan..xyah lah aku nak terangkan okey.

Ermmmm...gud,2weeks i did very well...first time dalam bidang ni tapi aku cepat sangat belajaq..alhamdullilah..aku makin selesa dengan kedudukkan sekarang sehingga lah bulan ketiga aku diopis tu aku mula merasai aura yang sesuatu..a few kejadian pelik yang aku alami,yang boleh dan yang xboleh diterima akal...

KEJADIAN PERTAMA

Sebagai pekerja yang sangat mementingkan ketepatan so far aku xpernah la terlewat untuk datang keopis..pernah aku terlalu awai tu hanya aku dan seorang lagi staff dalam opis yang begitu besaw tu,agak menyeramkan la but aku buat macam biasa la..opis aku berada ditingkat tiga sebuah banggunan,kat sini aku terangkan sedikit kedudukan aku dalam opis aku..meja aku paling depan,berhadapan pintu kaca(transparent)dan jugak lift...so manusia yang keluaq masok opis tu bersaksikan aku..

Masa tu aku dok ralik layan u tiub(masa xdak reja la)hujung mata aku tu still lagi la boleh nampak orang keluaq masok lift,aku dengaq bunyi lift berenti level opis aku,aku nampak pintu lift tu bukak..tapi yang pelik xdak orang yang keluar dari lift tu..disebabkan aku hanya menggunakan hujung mata ja untuk melihat aku beranggapan la yang maybe ada orang yang nak ke level atas tu tertekan level opis aku..

So aku berbalik la mengadap pc...selang 10minit sekali lagi pintu lift bukak and aku xnampak pown manusia yang keluaq dari dalam lift tu..imagine kejadian tu berlarutan hampir 4,5 kali..aku memang dah cuak abih arrrr!!!!apa semua ni xkan la lift tu rosak??or xkan la orang xdak reja nak main2 macam tu??nafas aku xlepas dah time tu..aku nak teriak pown..aku lari p kat member aku dena...tapi aku xcerita la apa yang aku alami tak sat ni...aku just nak sembang sambil gelak2 ngan dia dengan harapan hilang la rasa takot aku tu.

KEJADIAN KEDUA

Aku dok tulis nota time tu,muka aku tunduk mengadap kertas dan badan aku berada diposisi mengadap pintu kaca,aku masih lagi teringat2 pasai kejadian hari tu tapi aku kuatkan hati kuatkan semangat untuk melawan perasaan takot aku..setelah penat mengadap ja kertas tu aku pun panggu la kepala sat,bila dah panggu tu mata aku tertangkap punat lift tu menyala seperti ada individu yang menekan..aku xnampak pun sapa2 yang keluaq dari opis ketika tu or ketika aku sedang menulis nota..

Aku rasa takot pun ada marah pun ada masa tu,mata aku masih lagi tertumpu dekat punat lift tu...tiba2 lampu punat tu hilang tapi lift xbuka pun...dengan sat dia menyala pulak,dia dok main dengan punat plakangered.gif!!!!aku benci!!aku geramangered.gif!!!tapi aku takot la jugak...huhuhuhutears.gifbaru aku nak reja elok2 awat yang hang mai kacau aku...??????

Aku cerita kat dena pasai punat main nyala2 ja yang pasai hari tu punya aku xcerita kat dia,dena suh aku p bagi tau admin depart aku maybe ni masalah lift sebab dena kata dulu pown pernah gak jadi..dah tu aku tanya la dena depa ada panggil dak contractor mai tengok lift tu??dia kata ada la,tapi depa kata semua ok xdak masalah.....dah tu aku plak kata la ni bukan pasai lift tu rosak or tak tapi pasai lain...

Dena xpercaya,siap sound aku merapu lagi...dah dekat 6tahun dia reja situ dia xpernah plak terasa apa2 yang pelik...

KEJADIAN KETIGA

Aku kerap dah dok mai opis lambat,report kehadiran aku makin lama makin merosot..tiap kali aku melangkah masok opis aku merasakan seolah2 aku sedang memikul beban yang amat berat..aku dah hilang selera untuk bekerja,tapi memikirkan hanya ni punca pendapatan aku aku cekalkan jugak hati..

Melakukan rutin harian kerja aku seperti biasa,sambil2 tu aku berzikir..dengan cara tu saja mampu menenangkan aku,baru nak terasa tenang tiba2 aku nampak pintu kaca depan aku bergegaq,sesaat tu jugak aku merasakan meja besaq aku ni bergerak..seolah2 dunia sedang mengalami gempaq bumi..aku cepat2 bangun dari kerusi aku walaupun aku masih lagi rasa binggung sebab aku tengok staff2 kiri kanan aku buat reja depa macam biasa saja...aku anggarkan dalam 10-15saat gegaran tu...

Aku p cari dena,muka aku memang dah pucat dah masa tu..aku ajak dia p toilet pastu aku teriak betoi2 punya,aku cerita dari a sampai z apa yang aku dok kena..dia kata dia xrasa gegaq apa2 pun..aku terlalu marah masa tu sampai aku xingat apa yang aku maki aku hamput kat 'benda' yang dok kacaw aku tu...dena antara nak percaya or xmau percaya,aku xperduli..aku kata aku nak blah dari opis berantu ni,tapi dena menghalang..dia kata kita iktiaq cara lain..jangan mengalah,jangan sebab 'benda'tu dok kacaw hang nak hilang punca pendapatan hang..

Mood aku betoi2 down hari tu,dena bagi aku minum aiq yassin..aku mula rasa tenang sikit..aku bukak surah yassin dalam fon aku slow2 sambil2 aku ikot baca..alhamdullilah aku makin tenang.Balik reja tu kami p umah mak dena,baba(ayah dena)ada 'tok'milik keturunan..aku cerita dari a sampai z kat baba,aku mintak baba tengok2 betoi ka ada benda dok kacau aku kat opis tu?dan atas sebab apa dia dok kacaw aku?

to be continue

 



-- Edited by cesilia on Thursday 10th of July 2014 01:38:05 AM

Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

dik cesil.. ni ceghita hang ka stori org lain?


macam seram jugak ceghita hang ni.. ni aku bagi hang 2 bintang la dulu pasal stori tak abis lagi kan...

skala bintang pulak aku bagi hang ke gunung dulu, pasai tak tau lagi nak naik terus ke langit ke nak terjun balik masuk laut.. hahaa..


kontiniu la... jangan buat2 lupe lak ek...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Baba kata tempat yang aku duduk tu memang keras sikit,aku xpaham kalu opis tu keras saipa plak dena xpernah rasa apa2??staff2 yang lain aku tengok reja ok ja tnpa sebarang gangguan??but why only me??just me??aku asak macam2 soalan dekat baba...belum sempat baba bukak mulut dena bersora..dia mintak maaf sebab xbagitau perkara yang betoi dekat aku..aku rasa hari tu adalah hari bingung seketika buat aku..xsettel lagi pasai cerita baba ni tambah plak cerita dena yang tiba2 plak nak mintak maaf kat aku.

Dulu memang reception tempat hang duduk tu keras sikit..what the????aku terkejut berok..what do u mean dulu lani pun aku dok kena kacau kan??aku betoi2 marah terok kat dena..awat nak buat naya kat aku,sungguh pun aku tanam derian xdak reja xkan sanggup suruh aku reja kat tempat keramat tu?????Jadi selama ni dena tau apa yang aku alami tu semuanya betoi tapi dena berpura2 menidakkan...

Dena terang kat aku cerita yang sebenaq nya depan baba,dena mula cerita..2tahun lepas kami ada seorang staff admin merangkap sebagai receptionist reja kat company tu..nama dia Joyce,serious dia memang cantik..cantik sangat2 and dia pun dah berkawin ada seorang anak..

CERITA JOYCE

Ada seorang staff laki kita plak suka abis kat dia,dah macam orang gila punya suka kat dia..macam2 dia berbelanja untuk Joyce and anak Joyce..mula tu yang si Joyce ni ingat yang Mike anggap dia macam saudara jala..tapi sebaliknya pulak bila Mike ajak Joyce kawin,Joyce marah Mike sebab biadap..sedangkan Mike tau yang Joyce dah kawin..

Joyce plak mulut jahat p kata macam2 kat Mike,keesokkan hari tu Mike xmai opis..and dekat 2minggu dia xmai,dengaq kata dia dah kena buang reja..Joyce rasa tenang la tapi ketenangan dia tu berakhir pada malam tu,laki dia kata agak lewat sikit mai jemput Joyce kat opis,so laki dia suruh dia tunggu dalam opis..mau xmau Joyce kena tunggu la sebab dia memang xdak transport lain..nak tumpang kawan dia semua dah balik,masa yang dia ada tu dia siapkan reja2 dia..

Joyce bangun berjalan ke tandas,balik ja dari tandas dia terkejut tengok lampu dekat meja dia terpadam..suasana jadi gelap dan menyeramkan..dia berjalan ke meja dan tekan punat pc dia..so masa tu dia hanya berteman kan cahaya lampu dari pc dia saja la..Joyce rasa xsedap hati masa tu..dia kemas2 meja dia and bersiap nak turun..dia nak tunggu laki dia kat bawah ja..tiba2 Joyce telah dipelok dari belakang,belom sempat dia nak jerit mulutnya telah ditekap dengan sejenis chemical and sejurus itu dia pengsan...

Keesokkan hari tu masa aku sampai ja dekat opis,aku tengok ramai polis siap bawak truck..aku tengok semua staff berkumpoi kat bawah,aku sapa miss lim member 1 opis ngan aku,dia kata Joyce kena bunuh dalam opis and dia juga turut dirogoldisbelief..aku istifar banyak,aku tanya sapa punya reja sanggup bunuh Joyce,miss lim tunduk...Mike...Mike yang rogol dan bunuh Joyce...hanya sebab cinta dia tak berbalas dia sanggup rogol dan bunuh Joyce...kejam!!!

Aku dengaq cerita dena dengan tak semena2 aiq mata aku jatuh..kesian laki and anak dia,aku tanya Joyce kena bunuh kat part mana opis kita???Dena diam..dia seolah2 nak sembunyikan sesuatu lagi dari aku..aku marah dia,terus terang elok2 jangan dok tipu aku dah...furiousdepa jumpa mayat Joyce bawah meja reception yang aku dok duduk hampir 4bulan tu..ohh my..kata dena lagi dato(tuan punya company)xmau buang meja tu sebab dia kata mahai,so meja tu disitu sampai la sekarang...

Dena kata dulu memang pernah jadi kejadian yang sama kat ex-staff receptionist tapi company ada panggil sami depa mai buat...xdak dah masa tu(company cina so kena panggil sami la)yang aku terkejut tu bila hg kata hg kenai kacaw...Kali ni aku betoi2 nekad aku nak blah dari opis tu..dena xsokong tindakan aku tu tapi baba kata xpala nak berenti kalu berenti cara elok,jangan p macam tu saja..ikot procedure2 yang betoi..aku pikiaq2 balik betoi cakap baba sebab dena yang rekemen aku kesian plak kat dia kalau aku blah macam tu ja..depa mesti t tanya dia..

Baba kata xpa baba t bekaikan aku aiq yassin..kalu aku takot or rasa xsedap hati minum aiq yassin tu..baba suruh aku hafal beberapa ayat sebagai pelindung untuk aku..Keesokkan hari aku masuk reja macam biasa,kat tangan aku ada surat resign yang berkuat kuasa hari ni and ended lebih kurang 2minggu..Head aku memang terkejut berok aku nak resign dia kata jangan hanya sebab dia tegur aku merosot sejak kebelakangan ni aku terus nak resign..aku just kata tu semua xdak kena mengena,aku tipu la yang kononnya aku dapat reja lain yang lebih baik..thats all..

KENA LAGI

Aku tau gangguan tu xkan berakhir macam tu ja..Baru ni aku terasa ada orang bawah meja aku dok tarik2 skirt yang aku pakai..dalam kepala otak dok teringat balik cerita2 dena,aku dah usaha xmau ingat tapi ada ja yang menghalang..aku ambik surah yang baba bagi tu aku baca..aiq yassin yang baba bagi aku tuang sikit kat tangan pastu aku percik2 kat bahagian bawah meja aku..Alhamdullilah,gangguan tu stop seketika..

Seminggu berlalu kini aku ada lagi seminggu ja lagi untuk aku bertahan dekat meja berantu tu..Sekali lagi aku di kacau,masa sedang aku sibuk dengan tugasan,tiba2 aku telinga aku tertangkap dengan satu bunyi..aku amati sebab dia xberapa jelas..aku pejam mata sambil amati betoi2,semakin dekat semakin dekat akhirnya aku dapat tangkap bunyi tu suara pompuan cina yang sedang bercakap dalam bahasa cina..mula2 dia menangis pastu dia menjerit....dan suara tu dari bawah meja!!

Aku seolah2 hilang nyawa seketika,betoi ka apa aku dengaq ni???aku cepat2 bangun lalu menjauhi meja keramat tu...i can't stay any longer..aku takot pas ni dia cuba nak muncul depan aku plak..aku dah mengigil badan aku dah seram sejuk dah rasa nak demam pun ada ni..aku mintak mc hari tu,aku memang xleh nak sambong reja aku nanti teringat2 sebelom aku pengsan baik aku balik ja umah..Aku cuba slow talk ngan doktor tu suruh bagi aku seminggu cuti sebab aku dah xsanggup nak tahan walau sehari lagi..tapi malang nya doktor xbagicrydia bagi 2hari mc n berbaki lagi 3hari aku kena reja sebab sabtu ahad memang kami dah cuti..

Setelah 2hari cuti,aku rasanya aku masih lagi lemah dan tak kuat..aku minum aiq yassin tu extra banyak,aku menghafal surah2 yang baba bagi tu sehingga aku khusyuk tiba2 aiq mat mengalir..aku sedih aku terpaksa meninggalkan opis ni sebab keramat jahanam ni..aku selesa dengan kerja aku dan kawan2 sekerja aku,tapi aku dah xmampu bertahan..dato xkan percaya dengan apa yang berlaku kat kami,dia mesti tak kan benarkan mana2 ustaz datang mengubat cara islam..

Aku keluaq lunch sorang2 hari ni sebab dena ada lunch date ngan boy dia..aku sebetoinya xlalu nak makan hilang selesa makan tapi mengenang kan semua keluaq lunch tinggai aku ja sorang2 aku redah jugak keluaq..xpasai aku nak teman keramat jahanam tu!!!aku sengaja nak masok lewat sikit bagi semua orang ada sebelom aku..1:20pm aku naik opis bukak2 ja pintu lift aku nampak keramat jahanam tu berdiri atas meja dengan xpakai baju badan dia penoh dengan luka,darah pekat mengalir disetiap inci luka2 keramat jahanam tu...aku jatuh terlepok,mata aku masih memandang keramat jahanam tu walaupun kabur..keramat jahanam tu tiba2 terapung dan bergerak menembusi pintu kaca yang memisahkan aku dengan dia..lepas tu aku xingat apa dah..

Aku terjaga ja dari pengsan aku dah berada di atas katil hospital..aku tanya mak aku apa yang dah jadi,mak aku cerita staff2 opis jumpa aku jatuh pengsan bawah meja keramat jahanam tu..dena memandang aku,mata dia aku nampak bengkak seolah baru lepas menagis..dia mintak maaf kat aku,dia xsangka aku kena sampai macam ni punya terok..dena pun dah mintak resign..dia tau benda tu memang xkan blah dari situ..so sebelum apa2 jadi dia pun ambik keputusan untuk resign..

Lani aku ngan dena dah dapat reja baru..syukur alhamdullilah,tapi paling best aku dah xreja as receptionist and aku dah xperlu duduk dekat meja besaq lagi..semalam bekas majikan aku call pujuk aku mai reja balik siap nak up gaji aku lagi..sebab dia kata sampai la dah hampir 3bulan xdak orang mintak reja situ..tapi yang aku pelik baru ni aku ngan dena ada jumpa sorang mamat despatch yang selalu mai antaq document masa kat opis lama aku tu...saja sembang2 sat dengan dia,dia tanya aku awat yang aku resign sebab dia kata yang ganti aku lani diam ja xcakap banyak dah tu bila pass document kat dia selalu xsampai kat department...

Aku tengok dena2 tengok aku,dena saja tanya dah lama kat budak tu reja situ..pastu mamat despatch tu gelak dia kata budak apa nya dia tua pun tapi cantik la..pompuan cina,agak2 dalam 2,3bulan la kot saya pun xpasti kata dia..aku rasa mungkin ni la sebab dia kacau aku sebab dia nak duduk situ dia xmau orang lain duduk situ..ALLAH HU ALAM

sekian

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

cengkodok puteh wrote:

dik cesil.. ni ceghita hang ka stori org lain?


macam seram jugak ceghita hang ni.. ni aku bagi hang 2 bintang la dulu pasal stori tak abis lagi kan...

skala bintang pulak aku bagi hang ke gunung dulu, pasai tak tau lagi nak naik terus ke langit ke nak terjun balik masuk laut.. hahaa..


kontiniu la... jangan buat2 lupe lak ek...


story ni original dari cheq..and ia nya cuma lah rekaan semata2 tidak ada kena mengena ngan hidup atau yang mati..huhuhu

sorry nohhh,cheq bosan xdak reja kat opis tu yang merapu lebih..yawnbiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 218
Date:

manggggaiii ~~~ seram habihh citer hang ni oii

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bukan cerita ni ko penah buat dulu ke??

yg cite amoi pakai baju merah...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

g_freedom wrote:

bukan cerita ni ko penah buat dulu ke??

yg cite amoi pakai baju merah...


 yup..yup..tapi jalan cerita dia xsama..aku kan banyak habis masa kat opis ja..so banyak cerita aku berkisarkan suasana opis la.. skop masih xbebas dan x meluas lagi..hahahalaughing.gifbiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

cer ko buat citer antu perigi ke... aaaaa... antu bumbung pondok derian ka...


tak pun ko buat la citer antu kucen ka, antu biri2 ka...


dgn kata lain alang2 ko dah mereka2 citer suka suki ko, ko buat buat la citer yg lain dari yg lain.

ko tukaq la watak utama tak yah jadik antu opis lagi. penat seh dia nak pi jaga opis hang..

hahaaa... okeh tak cadangan bernas daripada beras nasional aku? ni aku dah tapis cadangan aku ni ngan lempaga penapis minyak sawit malaysia, siap ada perakuan B dari LPF lagi.. dijamin tak de aksi2 keculahan mau pun aksi2 mengghairahkan.

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

cengkodok puteh wrote:

cer ko buat citer antu perigi ke... aaaaa... antu bumbung pondok derian ka...


tak pun ko buat la citer antu kucen ka, antu biri2 ka...


dgn kata lain alang2 ko dah mereka2 citer suka suki ko, ko buat buat la citer yg lain dari yg lain.

ko tukaq la watak utama tak yah jadik antu opis lagi. penat seh dia nak pi jaga opis hang..

hahaaa... okeh tak cadangan bernas daripada beras nasional aku? ni aku dah tapis cadangan aku ni ngan lempaga penapis minyak sawit malaysia, siap ada perakuan B dari LPF lagi.. dijamin tak de aksi2 keculahan mau pun aksi2 mengghairahkan.


 hmm.gifhmm.gifHmm..boleh dipertimbang segala idea2 yang kononnya sangat bernas ala2 beras nasional tu..let me take my mood out 1st ok....so then i can write again n again..hahahaha berbelit-belit lidah aku..

btw thanx miss cengkodok puteh2 melati merah2 aiq sirap...aiq sirap????ermmmm dap nya.........



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hoiii skeri cite anggg
org utara ka?

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard