Aku,diana,ernie,is,ieka..kami dah berkawan sejak dari zaman sekolah lagi kami memang sekepala la nak habaq mai..hihi,baru2 ni sehari sebelum start posa la kami ramai2 keluaq makan,dah kenyang makan mula2 tu dok sembang kosong sambil dok mengimbau kenangn masa sekolah dulu..tiba2 is plak bukak cerita pasai gangguan kat umah dia.
Kami tau pasai gangguan tu dah lama dah,dari zaman sekolah lagi..xsangka plak sampai lani pown gangguan tu masih ada..sampai is ngan bapak dia dah lali,is anak yatim dia kehilangan ibu dia yang tercinta so lani dia stay ngan bapak dia ja sebab kakak2 dia dah kawin so depa stay asing la.
Lagi pown kakak2 dia keberatan nak stay situ memandangkan depa ada anak2 kecik,tapi kata is kadang2 depa stay gak 1,2 malam..rumah kampung berjiran plak sama2 melayu so memang kalu kita xdengki ngan orang2 plak nanti dengki kat kita,ni jugak lah yang jadi kat is..benda2 yang yang dok mengganggu dia sekeluarga adalah benda suruhan manusia yang keji yang xboleh tengok orang lain bahagia.
Is cerita kat kami,setiap kali dia balik ja umah nak langkah masuk ja umah akan ada seketoi batu yang menghentam dia..xkecik kalu besaq..mesti ada,seolah2 ada yang membaling..dia selalu rasa kurang selesa rasa berbahang bila ada kat umah,tapi mengenangkan hanya bapak dia ja yang tinggai mau xmau dia kena balik jugak.
Masa kakak dia belum kawin lagi kerap jugak kakak dia kena rasuk,bayangkan dok tengah2 memasak kat dapoq tiba2 kakak dia duduk mencankung sat2 dia teriak sat2 dia nangis,dah panggil orang ubatkan dah baik pown tapi selang seminggu dua jadi balik.Semasa hayat mak dia masih ada mak dia la lah yang paling kerap kena kacaw.
Bayangkan hampir saban malam mak dia akan terjaga dari tidoq dan dengan tidak semena2 mak dia akan duduk lepak kat luaq rumah duduk ataih buaian besi tu sambil berayun,nak kata mamun tak kan hampir saban malam..nak kata tabiat dulu kata is mak dia x macam ni.Esok tu kalu tanya dia balik tobat memang dia xingat la.Lagi kalu mak dia p tempat reja xdak beras kunyit atas meja mak dia memang x sah sampaikan mak dia xtahan terus berenti reja.
Elok lepas mak dia berenti reja mak dia terus jatuh sakit,terlantang ja..tapi bila nak bagi makan mak dia dengan selamba ja bangun duduk bersila makan dengan gelojoh lagi,bukan macam orang sakit makan..Mak Esah(bukan nama betoi)jiran is mai lawat mak dia siap bawak kain batik dengan tuala baru motif apa?is pown xpasti..tapi rasanya ada niat xelok..tak pernah2 orang datang melawat orang sakit bawak benda2 macam tu..
Dan merata panggil orang mai berubat tapi gangguan tu masih jugak ada.. ramai2 yang mai berubat tu bersependapat orang yang aniaya family is ni dalam kalangan jiran2 is jugak..is xmau menuduh sapa2 sebab bagi dia tuhan ja ada cara nak balas semua kejahatan depa,kita sama2 doa la semoga si pembuat tu insaf dan sedaq kesilapan dia ni..insyaALLAH..amin..