Kisah ni terjadi tahun lepas semasa aku pulang bercuti di kampung.Pagi itu dalam jam 3:30 pagi..telefon di rumahku berdering..aku yang belum tidur dalam hati berdebar terus mengangkat panggilan.Selalunya telefon awal pagi ni mesti ada hal yang tak berapa elok terjadi.Ternyata tekaan aku tepat,ada orang meninggal dunia di Parit Sulaiman.Pihak keluarga meminta abangku yang selalu menguruskan hal-hal kematian di kampung datang segera kerana ada sesuatu yang mereka nak bincangkan.
Aku mengejutkan abangku,selepas itu abang aku menelefon seseorang.Kemudian dia datang kepadaku dengan muka serius dan meminta aku pergi kerumah arwah dahulu dan dia akan menyusul kemudian.Aku dengan berat hati terpaksa bersiap dan menuruti perintah.Aku tau jalan nak ke dalam sana sangat gelap dan jauh ke dalam...aarrghh..aku tak nak pikir bukan-bukan..aku start moto honda cub 70 ayah aku dan terus bergerak.Awal pagi itu cahaya bulan agak terang dan berkabus,tiba di pintu gerbang nasuk ke Parit Sulaiman aku rasa tak sedap hati..berdebar-debar..tapi tak kan aku nak patah balik kerumah..aku terus menyusuri jalan tanah merah sambil mengelak lubang-lubang yang boleh membuat aku tertonggeng dibuatnya termasuk tayar honda cub abah aku.
Sepanjang jalan yang kiri kanan dipenuhi dengan sawah padi aku tak berselisih dengan sesiapa..yang kedengaran hanya bunyi moto tua aku tunggang.Aku melepasi surau dan di hadapan aku ada sebuah selekoh panjang..di situ tiada rumah penduduk..cahaya bulan yang terang membantu aku tengok jauh kehadapan selekoh..di sinilah ia terjadi...
Sampai di selekoh aku terpaksa memperlahankan kelajuan..sebaik tiba di separuh selekoh yang kiri kanannya hutan belukar..aku melihat susuk seorang wanita berbaju putih labuh berambut panjang seolah-olah terapung di atas rumput di tepi jalan betul-betul di penghujung selekoh berhampiran dengan tempat orang melepaskan air ke sawah.Serentak dengan tu moto aku tersengguk-sengguk dan terus berhenti..enjin moto aku tak mati tapi aku tak terdaya nak pulas throttle atau bergerak..aku terkaku di atas moto..melihat wanita berambut panjang itu berdiri betul-betul di hadapan aku.
Wajahnya hanya kelihatan putih tanpa mata,hidung atau mulut..aku hanya terkaku melihat dia dengan jelas..terkumat-kamit mulut aku membaca surah-surah yang aku ingat tapi 'Dia' tetap di situ..sekali sekala angin yang berhembus sejuk menerbangkan rambutnya yang panjang hingga ke tanah itu dan berbau wangi yang tak dapat aku cakap bau macam mana..tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan aku masa tu..mata aku tak berkejip tengok jelmaan wanita itu..yang aku pasti langsuir atau pontianak..berulang kali ayat Qursi aku baca..aku kuatkan semangat aku capai pasir tanah merah sampai ayat akhir ayat Qursi aku ulang 7 kali sambil aku jerit Allahuakbar aku campakkan ke arah jelmaan itu..ketika itu juga throttle moto aku berjaya aku pulas...dan aku memecut berlalu dari situ...
Masa aku melepasi jelmaan itu memang aku nampak 'DIA' masih ada disitu tapi 'DIA' terapung agak tinggi dan berada di atas air..masa tu aku lunjurkan badan aku ke hujung seat belakang tunduk dan terus pecut..aku takot 'DIA' dok atas moto aku..segala lubang aku redah,aku tak toleh belakang lagi..sampai saja kat rumah arwah dengan muka pucat..moto tak sempat tongkat aku lepaskan saja,terus aku meluru ke tempat orang ramai berkumpul.Gempar seketika mereka tengok aku..tiba-tiba bahuku ditepuk Pak Cik Derih..
'Awat hang..hang jumpak ka?tanya dia sambil tersenyum..dia membacakan sesuatu dan hembus ke muka aku..dan bagi aku minum segelas air.Minum ini katanya,selepas seteguk dua aku minum barulah aku rasa ok sikit.Aku pun cerita lah kat depa semua,Pak Cik Derih hanya komen tempat tu memang selalu orang jumpa.Rezeki hang la dia nak jumpak hang..tak lama lepas tu abang aku sampai dengan orang-orang masjid satu kereta.Dia berbual seketika dengan Pak Cik Derih sambil tersenyum tengok aku.Lepas tu dia datang kat aku tanya aku ok ka tak..aku jawab ok ja cuma masih terkejut..abang aku tanya lagi nak balik satgi berani ka tak?aku jawab aku tunggu cerah la baru aku balik...dia senyum dan terus berlalu
Sampai cerah baru lah aku balik rumah tu pun aku ikot jalan lain..sampai sekarang aku tak pernah lagi pergi situ,yang aku dengar memang ramai dah orang terserempak kat selekoh tu..ada yang pernah terjunam dalam parit sebab terkejut..ada yang lari tinggal moto..kiranya aku ni gagah juga lah tak lari tinggal moto bapak aku.kalau tak satu hal lagi aku nak kena p ambik balik..Itulah pengalaman pertama aku nampak jelas makhluk alam lain..tapi aku pelik orang kata pontianak atau langsuir berwajah buruk,apa yang aku nampak lewat pagi tu hanyalah WANITA BERAMBUT PANJANG KE TANAH,BERBAJU PUTIH BERSIH,BERBAU HARUM DAN TANPA WAJAH.
bersempena hari JUMAAT penghului segala hari nan indah ni..aku nasihatkan jangan la mengkomer menfitnoh aku..aku ngn susu tu xdak talian saudara lansung..so aku hope mengkomer semua benti la mengosipkan aku ngn si susu tu..kerana ia sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi aku sebagai ceo kilang belacan yang berjaya
bukanke enko masukkan susu cap kamben tu sebagai perisa tambahan dlm belacan enko?
kan ke belacan antarabangsa enko ada pelbagai perisa hatta perisa susu itik maupun perisa lidah rusa sekali pun?
...ko jangan cakap kuat2 kena aku kang..permohonan aku tak diiktiraf oleh jak** dengan alasan xmau aku mempermodenkan belacan aku tu..apa la demer ni..xspoting lansung..tapi at last aku curi2 buat jugak la dah kau suka sangat kan..tapi janji ni rahsia btween u n me ok