Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu... Selamat malam dan salam 1 Malaysia (aku type nie malam kul 11:09 pm malam khamis)
Aku baru beberapa bulan menamatkan sesi persekolahan yang bagi aku kalau dikenang-kenangkan balik, tersangatlah kebudak-budakan dan gediknya. Alahai.. Kenapalah aku macam tu dulu ? Hahaha. Actually aku tak lah gedik pun.. Cuma teringat time2 aku ngan member2 aku terjerit terlolong macam beruk tercucuk durian di punggung..
Bermulanya kisah.. Gangguan Geng.. Aku nak perkenalkan dululah watak-watak dalam ceritera aku nie.
Watak Utama : Shida , yang kena gangguan.
Watak pembantu : Aku, Dila, Nini, Senah, Na, Zufa (yg nie jarang2 muncul). Semua nama nie hanya rekaan bukan nama sebenar ya.. Depa semua cun2. Serius talk ! Itulah geng2 aku
Aku start citer macam dalam movie eh.. Tapi, Aku tu ialah aku. Bukan Shida. Hehehe.
Seronok. Itu yg aku rasakan sekarang. Ya aku seronok sebab dapat tengok muka lelaki2 a.k.a crush2 aku kat sekolah balik, lepas 2 minggu cuti sekolah beb ! Hahaha. Bukan seronok masuk skolah and belajar balik, tai sebab benda lain. Hahaha. Asam tol perangai gedik aku nie. Alhamdulillah aku sekarang tak macam dulu. Hehehe. Okey, aku datang sekolah naik motor. Time tu baru dapat lesen L. Hahaha. Bangga kot....
Masuk2 skolah, first aku pandang, dekat area2 lelaki duduk, hm, tade sesapa yg aku minat ada disitu. Hahaha. Kay aku jalan straight dr pagar skolah terus ke pondok biasa tempat aku lepak sementara tunggu beratur kat tapak perhimpunan or masuk dewan. Sekian lama menunggu, tetbe dapat announce suruh masuk dewan. Aku tengok jam, alahai mana dyorg nie ? Tak mai lagi.. Hem, aku pun jalan lh keseorangan masuk ke dalam dewan.. Sesampai je di dewan, tengok Nini, Senah & Na dah ada duk bergurau senda dalam barisan hujung belah pintu2. Hampeh tol tak ngajok aku. Hahaha. Bila aku tanya2 nape tak g pondok, dyorg kata, dyorg langkah je kaki dlm skolah, cikgu yg kat pagar tu dh paksa2 masuk dewan. Tu pasal tak sempat nyinggah pondok. Okay, alasanmu diterima. Haha.
Tak lama kendian, Shida muncul dengan wajah yang berseri2 bak puteri yang baru dilamar putera raja. Ceh, camane muka puteri tu pun aku tak pernah tengok. Setakat puteri lakonan artis2 penah le. Shida masuk dan duduk dekat depan aku. Sebelah kiri aku Nini, kanan aku dinding. Sebelah kanan Shida pintu dewan, kiri dye Senah dan depan Shida, Na. Dapat imagine kan ? Bagus kalu dapat. Kalu tak dapat, aku bagi klu. Shida dikelilingi oleh kami bertiga. Yang Dila, anak ustaz skolah tu, memang sentiasa lambat mai skolah ! Almaklumlah ustaz tu ngaja dua sesi. Sesi pagi & petang. So, pengetua bg kelonggaran waktu dye kena masuk skolh sebelum pukul 10 pagi.. Kesian Dila terpaksa ambil nama hari2 sebab datang lewat. Hahaha. Bestnya, ustaz tu guru disiplin. Sangatlah tidak memberikan contoh yang baik pada anak2. But, itu dah kira awallah ustaz tu mai skolah sbb waktu dye bekerja start kul 10am. Hahaha.
Okey, itu tiada kena ngena dengan cerita aku. Maaf banyak naw bebelnya. Okay, mode serius, ON !
Shida masuk2 dewan terus duduk depan aku bersebelahan Senah dan membelakangi Na. Dye tersengih2 macam kambing putih. Berseri ja muka. Kami pun tegur2 la yang muka dye bersih cantik pagi nie. Putih kemerahan. Cantik sangat ! Tapi aku tak lah amik port sangat sal kecantikan luar biasa dye tu. Sebab aku tengah khusyuk makan roti sardin sarapan mama aku bg. Nyam, lagi sedap dan cantik roti tuh. Hahaha.
Sampailah dewan dah penuh dan MC pun berbicara..
"Assalamualaikum dan selamat pagi pelajar. Saya jemput hensem bin macho untuk membacakan doa, dipersilakan"
Lebih kurang gitu la MC punya ucapan pendahuluan.. Cuma hensem bin macho tu tak la. Dye panggil nama pelajar..
Aku and seluruh warga SMK IERA mula mendah tangan.Nama sekolah dirahsiakan. IERA tu nama aku. Hahaha.
Time tu, Senah dengar orang mendengus sebelah dye. Aku memang tak perasan. Fokus baca doa.. Hehe. Senah pandang tepi belah kanan dimana Shida duduk disitu. Dilihatnya, wajah Shida kuyu je merenung ke bawah. Tapak tangannya yang diangkat untuk baca doa pun dah terjatuh ke kakinya yang bersila. Tapi Senah wat dunno je. Macam biasa lagi...
Habis pengumuman dari guru yang bertugas, diberitahu kenapa kita berkumpul di dalam dewan pagi nie sebab kijap lagi ada penceramah datang nak bagi ceramah. Waaa.. Aku excited la gak sebab penceramah tu kelakar. Dye penah ceramah sini dulu. Memang lawak lebih kurang Ustaz Azhar Idris, cuma ustaz nie suka nyanyi hindustan. Hahaha. Maaf lah aku tak ingat nama =_="
Masa tu, kami still lagi leh gurau2. Dan aku still lagi makan sebabnya roti aku bawak 3 bijik. Nak makan kena hendap2, nampak dek pengawas mahu kena tulis nama dan berdiri luar dewan. Hahaha. Masa tengah makan2 tu, aku dengar lah Nini kata kat sebelah aku "eh, pehal kucing hitam tu pandang semacam kat aku ?", tapi lg skali aku tak amik port. Juz tunduk makan roti yang tersorok dalam beg skolah dihadapan aku. Aku nie mmg jenis tak ambil kisah hal orang lain pun.. Maaf ler.. Kucing tu dikatakan Nini, ada kat luar dewan atas rerumput yang menghijau.
Masa tengah kecoh2 + bising2 sebab ustaz yg ditunggu2 tersalah sekolah dye mai, aku terperasan yg Shida nie tak sekecoh geng2 aku yg lain. Aku pun kecoh gak walopun still tgh makan and pas mkn tu aku siapkan kije addmath yg tak siap lg. Tiru kawan laa.. Hahaha. Teruk naw perangai. Sesapa under 18 sini janganlah ikut perangai tak bermoral aku nie ya.. Ha, aku perasan Shida senyap. Just kalu ditanya apa2 je dye nyahut sikit2. Selebihnya dye kuat ngeluh. Ai, dh kenapa ??
Tak lama kendian, tadaaaa !! Ustaz yg ditunggu2 tiba. Laju ja dye lintas sebelah kanan kitorang utk menuju ke pentas. Maknanya dye jalan di luar dewan la. Waktu tu semua orang toleh kanan, mahu lihat ustaz itu lah.. Ha, artis tau. Artsi yang bawa kita ke syurga. Ekeke. Aku dalam perasan tak perasan, nampak Shida pun toleh sekali..
Maaflah, awal2 cerita memang cenggini. Kurang bez. Aku nak korang rasa dr awal2 lagi.. Sebab simptom2nya dah ada waktu tu cuma kami yang tak perasan. Bila flashback balik, baru semua perasan, tanda2 awalnya bermula dari sini..
Ustaz naik ke pentas, pegang mic, dan "Assalamualaikum warahmatullahi wabaratu ! Maaf lh sy tersalah skolah tadi, bla bla bla" sampailah ustaz tu mula berdoa sikit "Lailahailallah. . ." aku and the geng dah perasan Shida mendengus kuat. Sebab time tu memang sunyi au. Fokus kat penceramah ! Aku and the geng toleh ke arahnya. Dye macam tutup telinga. Nini pun tego, "kau dh kenapa ?" Shida balas dengan suara angin "aku tak boleh dengar semua nie !". Terkejut kami ! Terus hilang fokus pada ceramah. Walopun suara Shida suara angin dan slow, kami tetap terkejut.
Tak lama tu, dye mendengus2 lagi. Kami dh tak senang duduk. Senyap je. Tapi mata masing2 duk kerling2 dye. Pastu tetbe, dye kata kat Nini, "wey, aku nak pergi tandas", dengan suara Shida yg betul. Nini angguk, Senah follow. Mereka bangun bertiga dan keluar. Pastu aku tak nampak apa jadi sebab mereka melangkah ke belakang, tapi Na perasan, maybe Senah or Nini panggil dye, kelam kabut dye keluar follow mereka. Tinggallah aku dan Dila terpinga2. Kang kuar semua nampak naw lah lompong tempat duduk kitorang nie. Hehehe..
Dalam 15 minit gak la kami tak tau berita. Nak kur tapi takut. Sebab cikgu2 yg kat barisan belakang dh jeling2 tempat kitorg yg berlobang2 nie. Hanya tinggal beg2 je yg ada. Manusianye semua cabut.. Then, mai lh Senah dengan Na. Tergesa2. Aku tanyalah "kenapa ?", Na jawab "Shida sakit, bawak beg dye, bawak beg korg sekali, jom kuar, kita ada hal". Wow, sangat tertarik aku mendengarnya ! Then, aku pun kelam kabut mengemas2 apa yg berterabur dekat kawasan kitorang. And keluar dr dewan yg ceramahnya masih lg berlangsung dgn rancaknya..
Sesampai je aku kat kantin skolh, tengok Shida duk atas kerusi dgn muka yg tiada perasan seakan merenung jauh.. Tak berkelip. Kali nie muka dye menakutkan sebab mukanya putih tapi nampak sedikit pucat ! Bawah matanya merah ! Waktu tu aku leh tegur2 lg si Shida "kau kenapa Shida ??", pastu Cikgu Za tegur. Terkejut gak aku. Tak perasan lak ada cikgu sempoi kitorang kat situ. Hehehe..
Pastu, aku ngan Dila pun tanya la bisik2 kat Nini, Senah dan Na. Nini cerita, katanya, "tadi kitorg g tandas. Tak sampai kat tandas lagi, Shida berhenti. Dye pegang dada. Aku ngan Senah pun stop la, tanya, kau ok ke Shida ? Shida cuma angguk je. Pastu dye kata nak masuk dewan balik. Tp tak lama tu, perangainya pelik, dye cam jalan menonong lak nak ke tandas pompuan. Nasib Senah kejar dye dan pegang lengan dye. Berat sangat rasanya. Terus dye ngan Nini pegang ajak naik atas balik (tandas kat bawah). Na lak gi cr cikgu. Sbb time tu dyorg dh mula perasan Shida kena ganggu, sampai lh skg tu"
Habis je Nini cerita, Shida bangun dr kerusi, "aku nak balik" katanya dengan tempo laju dan suara angin yg seakan garau. Mukanya garang merenung ke arah pagar besar sekolah. Cikgu Za tenangkannya dan suruh Shida duduk balik atas kerusi. Kitorang start ambil posisi masing2. Mengelilingi Shida. Suruh Syida duduk dan masing2 terkumat kamit baca ayat2 suci yg kami tahu. Dye duduk tapi mengeluh. Asyik mengeluh je kije dye. Tak baik tau kuat ngeluh nie.. Salah satu umat yang tak masuk syurga sebab tak redha dgn apa yg diterimanya. Hehehe. Keadaan tenang tp kami still lg berwaspada. Bila tegur dye tak nyahut. senyap je termenung..
Cikgu Za pun ambil peluang, untuk berborak dengan 'dye'.
"Hey. Shida.."
"Hmmph !", sambil noleh cikgu yg berdiri sebelahnya yg duduk dgn gaya yg menakutkan bg aku !
"Kenapa nak balik ?"
"Aku nak balik. Hmmphh", dye mengeram. Dh macam ibu ayam lak. Hahaha. Tp serius ini pengalaman baru aku, yg mmg real punya, memang la aku penah tgok mak aku, nenek aku kena. Tp itu just tgok, bukan handle mcm si Shida nie.
"Aku nak balik lah !", Shida mengamuk tbe2, dye bangun dr kerusi, kelam kabut kami pegang dye suruh duduk balik. Kerasnya ya Allah badan ! Terasalah berat ! lama kami bergelut dgn bantuan cikgu yg baca something dan sapu ke mukanya, Shida terduduk ke atas kerusi.. Dye kembali.
"Assalamualaikum, Shida" cikgu za bagi salam
"Waalaikumsalam.." nyahutnya lemah. Tapi still menunduk. Penat kot. Then, cikgu tanyam ni siapa, siapa siapa, pada kami dekat Shida. Alhamdulillah Shida betul2 dah kembali.. Kami masuk ke dalam dewan semula beramai2 tapi tempat duduk kitorang dah dipenuhi dengan pelajar lain. Maybe cikgu or pengawas yang anjakkan dyorg ke depan. Mujur lah barang2 kitorg, kitorg bawak skali tadi. Terpaksalah kami duduk dibelakang.. Berhadapan para guru yang duduk atas kerusi.. Aiseh.. Hahaha.
Ada lagi kisah dalam dewan nie, kali kedua pulak dye kena lepas beberapa minit dye duk diam2 dalam tu..
Ini baru permulaan. Dye masih belum mengganas. Sampai satu part nanti, memang aku rasa macam dalam filem seram. Nantikan sambungannya. Dah, aku nak tido, esok kije. Hahaha. Semua nie memang kisah benar2 berlaku tahun lepas, and aku akan ingat sampai bila2 sebab ia merupakan kenangan akhir tahun kami sebagai pelajar sekolah menengah :)
-- Edited by ariesyaz Iris on Tuesday 4th of March 2014 08:47:01 AM
-- Edited by ariesyaz Iris on Tuesday 4th of March 2014 08:47:33 AM
Hahaha. Incik badda, dh sy terniat nak naip malam, saya naip laaa.. takut kang esoknye sy lupa... ehehe.
Sy kije kedai laaa.. jd pembantu kedai nie.. ha, lg grand lh sy rasa. Dr g kie kat mini market. Terngorat dgn mamat indon bangla kang tak ke naya sy yg muda belia nie.. hahaha.
Nt sy sambung cerita. Skg siang kt kedai nie sy jaga sorg. Wifi tak pepasang. Nak type dlm fon payah. Nk sambung hotspot ke komputer sat. Ekeke...
Incik badda2, kedai sy kije tade langsung jual telur...
Jual bebuku pun tade.
Yg ada, frozen food.. sedap2! Lagi, ada jual chicken chop... rempah ustazah.. madu tualang... lagi.. tepung serbaguna. Time
Raya, kami ada jual biskut rayaaaaaa.. skg tgh in process wat nasi lemak
delivery. Hahaha. Lai laiiii...
Mai la singgah2 kedai bru tu.. kami wat order online sekali.. free je servis nganta.
Ehe, mempromote pulak.
Kak Aida, hak ahh ada sambungan.. tuu kat gangguan geng 2
Hehehehehehehehehe
Hahaha incik bebadda. Kenapalah semestinya telur ugak yg incik cari?? Apakah ia makanan harian incik?
jangannnn... itu bukan manusia kalu dh selalu sgt mkn telur.. lagi2 telur kambing.
Ini, skg nie biskut raya tade dlm katalog sbb kami kira jual ikut musim gak laa.. t kalu ada, dan sy still kije sini insya Allah, sy akn promote2 kat korg...
Sal hargaaa.. sy tak tau hahaha. Nak tau la, incik badda2 nie duk mne?
kami kedai kat bandar baru bangi.
Nak tau gak, semua ahli GC yg berdaftar nie duk area mana? Mana tau ada je yg dekat2 kan..
Ahaha. Kecik sgt ke?? Tulisan siapa? Hahaha.
Kena pakai kanta lekap lh baru leh nampak. Hohoho..
Soriiii...
Cter tak bez pun, just pengalaman jaa dreamhighh..
Eh dreamhigh still guna lagi avatar gelek2 tu hahahahaha