Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura.... Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet ( yang agak angkuh ) bertanya soalan kepada kura-kura.. Soalan monyet: Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu,... tetapi bukan lembu. Kura2 : Nanti aku fikir sekejap....
Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! ( Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya. ) Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet???\ Monyet : Betul!!!!! Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab. Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??? Monyet : Ada berapa talian hayat ? Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali. Monyet : Durian Kura2 : Salah Monyet : Rambutan Kura2 : Salah jugak Monyet : Buah tangan Kura2 : Pun salah Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya? Kura2 : Buah epal Monyet : Kenapa buah epal???? Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!! Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi.
menurut firasat pontianak la....melalui sumber-sumber yang boleh di percayai,citer ni dah pernah pon tersiar kat forum beberapa abad yang lalu....sebab tu agaknya ramai yang malas nak layan!!!!
menurut firasat pontianak la....melalui sumber-sumber yang boleh di percayai,citer ni dah pernah pon tersiar kat forum beberapa abad yang lalu....sebab tu agaknya ramai yang malas nak layan!!!!