Aku tau warga GengCerita ni semua jenis bergeliga kepala hotak kalau bab-bab cerita hantu seram ni, tapi pengalaman nak jumpa bukan semua ada. Sebab jumpa hantu bukan macam jumpa kuih karipap, atau jumpa biawak, susah nak jumpa hantu ni. Kalau nak jumpa hantu baru nak buat posting baru, 8 tahun sekali pun tak tentu ada post baru.
Jadi aku mengambil inisiatif utk buat posting ni. (sebenarnya sebab aku tengok si Ke2pat dgn Cengkodok putih yg sesuka hati jer mereka, menokok tambah cerita seram Young Areza tu) untuk korang mengkaryakan cerita-cerita seram yang boleh korang pikirkan. Nak tambah unsur komedi, drama, cinta atau national geographic pun boleh, tapi pastikan unsur seram tu ada la. Dan jgnlah gunaka bahasa sms kalau nak main sambung cerita seram ni.
Sukati tenuk korang la nak sambung, pusing, koner kiri kanan cerita tu camna, yg penting mesti sambung dari post yg last dari cerita member forum.
Aku akan mulakan cerita seram ni. Harap-harap ada la yang sambung.
Namaku Ijoi Azahari,(bukan nama sebenar) kisah yang akanku ceritakan ini terjadi sewaktu aku pulang ke rumah Bondaku, di kampungku di selatan tanah air. Sewaktuku menghabiskan cuti tahunanku.
Sudah lebih seminggu heboh yang kampung ini tak aman lagi, sepergian arwah wak Mistri(bukan nama sebenar) kembali ke rahmatullah. Cakap-cakap penduduk mengatakan yang belaan orang tua yang berumur lebih 100 tahun itu kelaparan, dan mengganggu penduduk kampung. Orang tua itu tidak punya anak yang dapat diwariskan makhluk-makhluk celaka itu. Dikatakan juga, orang tua malang itu tak dapat anak kerana belaannya itu telah melahap janin anaknya yang masih berada di dalam rahim isterinya.
Namun semua itu cuma cakap-cakap orang kampung. Tambahan pula isteri wak Mistri, mak Radin(nama sebenar) telah lebih 10 tahun kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. Polong-polong belaan orang tua itu acap kali juga kelibatnya, diterlihatkan oleh para pemuda-pemuda kampung yang suka menghabiskan masa bermain dam haji di warung kopi hingga lewat pagi.
Antara yang mendakwa pernah melihat kelibat polong itu adalah sahabat lamaku, Feerdom(bukan nama sebenar) dan Man Ketupat(nama sebenar). Ketupat. Gelaran pelik ini beliau dapat, mungkin kerna business ketupat kecil-kecilan yang beliau usahakan itu, panggil saja Man ketupat, nescaya orang kampung tahu siapa yang dimaksudkan. Nama sebenarnya tidak pula aku ketahui, dan tidak pernah aku cuba untuk menyiasatnya. Ah! Persetankan perihal nama sebenarnya! Yang ingin ku khabarkan adalah Man Ketupat dan Feerdom mengatakan pernah melihat beberapa ekor pontianak terbang melintasi jalan, semasa mereka sibuk bermain dam di warung Aida Zarina Zainordin(bukan nama sebenar), ibu tunggal anak satu yang menjadi kegilaan para lelaki-lelaki yang sudah beristeri, di hujung kampung. Nama sahaja pun sudah tak ubah nama artis, orangnya pula memang lawa walaupun seorang ibu tunggal. Salah satu sebab kenapa lelaki-lelaki seperti feerdom dan Man Ketupat suka menghabiskan masa di warung ini walaupun sudah beristeri.
Benar atau tidak cerita mereka itu, tidak berapa aku kisahkan. Kerana cerita-cerita seram begini, yang di sampaikan dari mulut ke mulut penduduk kampung, tiada fakta atau bukti untuk membuktikan kesahihannya. Selalunya polong laknat itu dilihat menyerupai arwah tuannya, wak Mistri, berdiri di tepi-tepi jalan sambil menahan kenderaan yang melewati jalan-jalan kampung pada lewat malam. Walaupun aku tak berapa ambil pusing dengan cerita dan berita tidak rasmi ini dan diragui kebenarannya ini, namun bila mendengarnya, berdiri juga bulu romaku ini.
Lebih meyakinkan, Haji Baddar(bukan nama sebenar), bilal masjid kampung pun pernah ternampak dua ekor pocong berdiri tegak, disebelah pagar masjid pada jam 5 pagi, diceritakannya kepadaku secara semberono sambil berseloroh. Sedang aku lebih untuk mempercayai setiap cerita-cerita yang disampaikan oleh haji Baddar, kerana beliau sememangnya aku kenali sebagai seorang yang bukan suka untuk berbohong atau menokok tambah sesuatu apa yang disampaikannya.
Begitu juga, lebih kurang sama dengan apa yang diceritakan mak Putih,(bukan nama sebenar) mak Putih lebih dikenali dengan gelaran Mak Cengkodok Putih, kerana cengkodok pisang beliau tiada tandingannya. bekas ustazahku yang kini berniaga nasi lemak dan kuih-muih, juga cengkodoknya yang sememangnya menjadi pilihan orang-orang kampungku, di pondok kecil, selang beberapa rumah dari rumahku. Mak Putih menceritakan yang beliau pernah terserempak beberapa ekor pontianak di seberang jalan semasa hendak membuka gerai diawal pagi.
Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak, beginilah perasaanku, bila Gabriel,(nama sebenar) bos ku meminta untukku menjemputnya di perhentian bas dihujung kampung, lebih kurang jam 2 pagi, tempat yang selalu aku dengar akan penampakkan polong-polong celaka itu oleh penduduk kampung. Entah apa urusannya di kampungku yang terpencil ini, sehingga sanggup menaiki bas dari bandar. Kononnya adalah kepentingan peribadi yang perlu diselesaikan segera, dan pada masa ini jugalah kereta Mazda 6 miliknya itu berada di bengkel. Kebetulannya pula aku sedang menghabiskan cuti tahunanku di kampung.
Maka akulah yang menjadi mangsa 'tour guide' selama beliau berada di kampung ini, malah awal-awal lagi beliau memintaku untuk mencarikan sebuah rumah sewa untukknya di kampungku ini, dengan alasan aku lebih arif dengan selok belok kawasan ini. Ada pula ura-ura yang mengatakan, bos muda aku ini datang ke tempat jin bertandang ini, adalah untuk merisik-risik keluarga salah seorang staffnya, yang juga temanku di bawah tempat kerja yang sama.
Anis Areza,(bukan nama sebenar) rakan sekerjaku ini yang aku kenali dari tempat kerjaku. Apa yang peliknya, sebenarnya kami sekampung, cuma aku tidak mengenalinya sebelum ini. Beliau ini sememangnya menjadi rebutan para lelaki di tempat kerjaku, bukan sahaja lelaki bujang, malahan lelaki-lelaki yang sudah beristeri pun ramai yang tertarik dengannya termasuklah juga bos kami, en. Gabriel.
"Tak guna punya Gabriel, dah ada bini sorang, masih tak cukup ke?.." Dengus dalam hatiku sedikit marah dan cemas, bimbang-bimbang kalau keluarga Areza menerima kedatangan Gabriel ini. Kalau terjalin ikatan masjid antara Areza dengan pemuda berjaya itu, nescaya aku yang akan makan hati. Kerana sebenarnya dalam hatiku ini, telah lama menyemai rindu bersulam kasih terhadap Anis Areza, mungkin sejak dari mula-mula kami berkawan lagi. Cuma aku tak berani nak lebih-lebih, takut juga kalau dia tolak perasaanku ini, bukankah nanti hubungan baik persahabatan kami pula yang menjadi renggang? Beginilah fikirku. Sedangkan ramai lelaki yang lebih tampan, lebih baik dan lebih kaya yang meminatinya, beliau cuma layan seperti kawan biasa. Inikan pula aku yang serba-serbi kekurangan?. Bukankah ini tak ubah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba?
Sama ada beliau ada mempunyai teman yang istimewa ataupun tidak, tak pula aku mengetahuinya. Dalam hatiku ini dah berniat, kalau telah sampai umur kami mencecah 27 dan masing-masing masih sendiri, maka akan ku berterus-terang dengannya tentang perasaanku ini, dan akan aku hantarkan rombongan untuk meminang beliau, untuk menjadi suri dalam hidupku. Begitu indahnya cita-cita dan harapanku ini, sekarang tiba-tiba pula bos ku yang muda lagi berjaya, muncul untuk merebut bunga yang ku idamkan ini. Siapalah diriku ini kalau nak di bandingkan dengan Gabriel itu? Terasa sedih hatiku memikirkan hal ini, seolah-olah aku telah pun kalah dalam pertandingan yang tidak pernah dianjurkan.
Sudah la hendak mencantas bunga yang berseri di hatiku, minta tolong pula dariku, hatiku menyumpah-nyumpah Gabriel tanpa hak. Aku harap bos ku itu habis dimakan oleh polong-polong yang berkeliaran di kampungku ini.
Jam 01:40, aku mula bergerak dari rumah Bondaku Diana,(bukan nama sebenar) menuju ke perhentian bas yang terletak dihujung kampung. Suasana sunyi malam tanpa ada sebarang kenderaan membuatkanku segera sampai di destinasi. Suasana sungguh gelap namun sedikit cahaya bulan separa mengambang itu cukup sunyi. Warung Aida yang berada di seberang jalan dari pondok bas itu, awal-awal lagi telah menamatkan operasinya semenjak tersebarnya cerita-cerita polong yang berkeliaran mula menerjah telinga-telinga penduduk kampung. Suasana cukup sunyi, tiada lagi para remaja yang membuang masa di bawah-bawah pokok sehingga lewat pagi. Terkesan benar penduduk kampungku ini dengan cerita seram polong arwah wak Mistri itu.
Dibelai kesunyian malam, yang kedengaran hanyalah suara-suara cengkerik dan burung malam, saling bersahutan memuji Tuhan, membuatkanku mula membayangkan cerita-cerita seram yang menjadi halwa telinga dewasa ini. Lantas aku mula memasang radio, melayan jiwa yang sepi, aku mendengarkan rancangan Getaran Jiwa di saluran Best 104. Lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu, menusuk jiwaku yang cuba untuk tidak membayangkan bagaimanakah rupa polong-polong yang menjadi bualan penduduk kampung. Jam menunjukkan 02:15, tiada pun tanda-tanda bas yang aku tunggu akan sampai. Cuma sesekali lalu kereta-kereta melintasi persimpangan jalan masuk ke kampung.
'Bedebuss!' Tersentak aku dari lamunan lagu-lagu cinta itu, bila telingaku menangkap bunyi, seperti bunyi durian gugur, tidak jauh dari Sagaku, dalam semak-samun berhampiran. Dalam keadaan gelap, aku mula mencari-cari sumber bunyi tadi, namun cahaya bulan yang malap menggagalkan usahaku untuk mengenalpasti siapa atau apa punca bunyi itu. Yang menerangi kawasan itu pula hanyalah sebatang lampu jalan, yang terletak berhampiran warung, di seberang jalan.
Yang lebih menggusarkan, tiada pula pokok-pokok berbuah berhampiran kawasan itu, yang ada banyak hanyalah pokok-pokok kayu yang aku sendiri tak pasti apa jenisnya. Mungkin ranting yang patah, fikirku untuk menyedapkan hati sendiri. Peluh dingin mula terasa walaupun keadaan didalam Sagaku itu agak hangat.
'Bussh!' Sekali lagi bunyi itu kedengaran, kali ini ianya seperti betul-betul di belakang bonet keretaku. Pada masa ini aku mula terasa keseraman yang amat sangat, aku langsung tak berani untuk melihat ke cermin sisi keretaku, apatah lagi untuk turun dari kerusi keretaku yang mula dibasahi peluh. Aku cuma berzikir dengan apa yang mampu aku ingat ketika itu.
'Baammm!!' Tersentak aku hampir terkencing, mengigil dan berpeluh, bila bumbung keretaku bagai ditimpa sesuatu, padahal aku tidak meletakkan kereta di bawah pokok apa pun..
Dalam keadaan yang amat takut, hampir pitam aku bila mataku tertangkap sesuatu, berdiri di bawah lampu, di seberang jalan..
Aku mengendapkan kepalaku ke arah bawah, hingga mataku separas dashboard, untuk mengelak daripada dilihat oleh makhluk berbentuk manusia gergasi berbaju putih yang berdiri di bawah lampu jalan itu. Takut tu memangle takut, tapi aku nak tengok jgak apa jenis makhluk itu. camano ruponyo buruk ke hensem .
Dalam ketakutan disertai sifat nak tahu jgak itu, aku memerhatikan betul2 makhluk itu.
makin kuperati, makin jelas kerana makhluk tu, rupanya dah mula bergerak ke arah aku! alllaammmaaakkk. takleh jadik ni mau terkencing terus aku kat kereta tu!!
Makhluk yang bersaiz ala2 Big Show WWE itu mempamerkan senyumannya yang tidak menawan itu.
Kalo takat sonyum jo, takpe gi, ni siap ade gigi taring panjang tu.
Takleh tahan, daripada mati tekujat kene sakat lam kreta tu, baik aku blah!
Aku start enjin kreta, tak idup plak.. tadi okey, time kecemasan ni le ia mragam. rasa nak nyumpah2 pun ada!
Aku sumpah kreta Sagaku ni jadi kreta BMW edisi terbaru, baru dia tau!!!
Untung jgak aku kalo jadi gitu!..
Makhluk tu makin dekat, taktahn, aku pun bukak pintu keta, terus melumpat keluo
dan... masa dah diluo kreta tule aku lihat atas bumbung kretaku, ada makhluk lain yang sedang dok syok perati aku dgn matanya yg 'merah membara semangat waja' (senikata lagu Jalur Gemilang) itu.........
Waduh kok, ado 2 ekor ruponyo menatang nak nyakat aku ni... sangatle takleh jadik,... sekorpun aku rasa nak terpingsan, nikan lak 2 eko
aku terus pecut lari sekuat ati,... sapo nak tunggu wei!.....
Aku lari sambil meraung2 ''Tolong tolong tolong!!! ''
Sambil berlari, sambil meraung, aku sempat jgak mandang ke blakang, melibat 2 eko makhluk tadi juga mengekoriku sambil gelak2... hampeh... nyakat orang memg le sronot, cubele engkorang tu lak yg kene sakat, niscaya takdenye engkorang tu nak gelak gitu.
Aku menambah kelajuan larianku, dari gear 5 kepada gear 6, dahmcm moto plak setting klajuan pecutan kakiku ni....
lari punya lari, aku pun penat setelah berlari sejauh tiga batu..
akibat kepenatan tu, aku pun nak cari memana warung utk brehat sambil minum air oren.
Eh,...
ada warung jgak yg masih bukak time ni rupanya dari jauh aku dah lihat lampu2 brwarna-warni tepi jln sbg sign ada warung masih bukak time gitu.
Bila aku dah sampai, aku lihat banyak kerusi dan meja dah dikemas, warung mcm dah nak tutup, cuma kelihatan beberapa org lelaki yg sedang lepak sedap bersembang di bhg hujung warung...
naktaknak, aku join jgak geng lelaki2 dewasa itu, memandangkan meja krusi lain dah siap kemas, cuma kat mreka je masih blom dikemas, dan ada 1 krusi masih kosong.
Aku beri salam dan bersalaman dgn mreka.
Rupa2nya mreka ialah abang Hardrock dan kwn2nya. Mreka tengah membebel pasal byk warung kegemaran mreka tutup sgt awal, akibat brita kemunculan antu2 polong tu...
''Hm, bagus jgakle ko rajin joging pepagi ni'' kata Hardrock sambil senyum, perati muka aku yg masih bepeluh2...
''Bukan joging bang, tapi kena kejar antu! '' jawabku. Teruslah kena gelak secara beramai2 oleh Hardrock dan kwn2nya...
hampeh.... ikutsuka diaorg je gelakkan aku..
''Ala, rilexle, ko dah sampai sini, kita ada kwn yg pandai ilmu2 ghaib ni, cool bro'' smbung Hardrock, smbil menepuk bahu kwn di sebelahnya yg berketayap, nampak mcm geng tabligh.
''Pandaile ko bodek aku, Hardrock, ha ha.. '' jawab Haji Ali.
''Tapi, saya serius ni bang.. '' kataku dgn jelas.
''Ye, aku tau rilek bro antu tu dah terbang kat tmpat lain dah'' kata Hardrock.
''Mana abang tau? ''
''Tadi kami nampak'' sambung Cengkodok yang baru datang nak menghidangkan air oren utk aku. Eh, tau plak si Cengkodok tu aku nak minum air oren, walau aku blom order lagi kat dia...
''Macammana kalo antu tu muncul balik nanti? Abang bleh tolg saya halau hantu tu tak? ''
''Kalo takat nak halau, ko baca memana ayat al-Quran pun bleh, janji hati yakin dan berani dan bacaan tu betul... '' kata Haji Ali, disokong oleh Hardrock.
''Kalo nak harap org je memanjang nak nolong ko.. susah.. kalo ko sendri bleh setelkan masalah tu lagi baik'' kata Hardrock.
''Saya mintak tolong betul2 ni bang.. kali ni je.. '' rayuku dgn muka lapanposen.
''Nak tolg apanya? Makhluk tu dah blah, dah takde mende da.. '' kata Hardrock, mcm taknak nolong je mamat ni.. harap badan je beso, tapi taknak nolong.. hampeh.. kudukut, taik idong massin..
''Aku memg dah takminat nak telibat dgn benda2 mcm ni.. sorry.. kalo Haji Ali ni, mmm.. aku taktaule.. dia memg jauh lebih hebat dpd aku dlm hal ni, aku sendri pun ada berguru dgnnya..'' kata Hardrock sambil menyindir kwn kat sbelahnya.
''Pandaile ko Hardrock.. aku dah ngantuk gille ni, jom blah.. '' jawab Haji Ali.
"Ginile Ijoi, kalo dikira, ilmu yg aku ada dan yg pernah aku sampaikan kat Hardrock ni, takle hebat mana.. sikit je... mgkin, kalo ada masa, ko try le bukak blog Darul Saka.. Tok belagak tu lagi jauh hebat dpd kami... ilmu dan petua yg ada dinyatakannya dlm blog2nya pun hebat... bleh ko cuba try amalkan" Haji Ali menasihatkan aku. Hardrock mengangguk setuju.
"Betul tu, byk gak web dan blog lain aku pernah views, blog Darul Saka mmg syok gak dibaca... selain suka buat lawak, Tok Blagak tak kedekut ilmu, dia mmg hebat.." sambung Hardrock.
"Mmg ada gak yg kata ada antara ilmu yg diamalkannya sesat... terus hentam dia kaw2 kat web/blog lain, ... mmg dia ada musuh yg taksuka kat dia... hmmm... pasal tu, pandai2le ko sendiri fikirkan... atau tapis, samada betul atau tak... sesat atau tak... pasal, tak bebaloi kita sesat pasal amal ilmu2 special ni" kata Haji Ali.
"Kalo rajin view komen2 dan respon2 org kat byk web atau blog2 atau forum2 yg ada nyatakan ilmu2 special ni, byk yg minat, byk yg nak diijazahkan... tapi, ada gak ilmu yg sesat... kene pandai2le tapis..." kata Haji Ali lagi.
Aku terdiam mendengar kata2 Haji Ali...
''Okey, dah lewat ni.. jom.. eh, tokey, kira semua, Haji Ali bayo, dia tokey gak.. ha ha..'' kata Hardrock kepada Cengkodok.
''Aku bukan tokey warung ni da, aku tolong je brader aku niaga time mlm ni.. '' jawab Cengkodok.
Selepas buat bayaran, Hardrock dan kwn2nya pun beredar. Masing2 naik basikal je, termasuk Hardrock skali...
"Eh, rock, ko kan kata nak pi Nogori Sembilan ngan aku esok pagi? jom, naik van aku, ko tido skali kat rumah aku la malam ni" kata Ramli, kwn Hardrock.
"Abis, basikal mahal aku ni?"
"Ala, beskal buruk yg ko beli sekenhen kat paso karat tu pun nak kecoh, takde sapo nak curik le..."
"Aku takkira, walaupon rega cuma limaploh ringgit, ada value jgak bro... Kalo dah lesap kene rembat, bukannya ada kat aku lagi, dah jadi milik org lain, melopong gak aku, kene beli yg lain.." jwab Hardrock, tetap berkeras....
"Yelah, yelah, ko angkut jelah basikal ko tu skali, masukkan ke van aku ni..." smbung Ramli.
"Korang yg lain, taknak join skali? bleh kita sama2 tumpang van ni..." kata Hardrock kpd kwn2 yg lain.
Terus je berebut2 kwn yg lain letak basikal masing2 ke dalm van tu.
Dah siap letak beskal, mreka pun dduk skali, berhimpit2 dlm van, ada yg dok kat dpan, ada yg dok berhimpit ngan beskal2 kat blakang.
Setelah lama van itu lesap jauh berpuluh2 batu meninggalkan warung itu ... dlm kegelapan malam ...(sebagai trick/alasan aku sbg Hardrock utk tak terlibat lagi lam crita ni...ha ha..)
Aku memandang lesapnya van itu berlalu pergi dgn perasaan boring...
tapi, walau boring pun, habis gak air oren aku teguk...
''Okey bro, warung dah nak tutup ni, aku pun dahnak blah ni'' kata Cengkodok, setelah lama Hardrock dan kwn2 nya meninggalkan warung tu.
"Eh, ka t blakang ko sana tu... ada benda putih la..." mataku menyambung kata2nya.
pulak dah, dia buleh main follow2 pulak.. ada GPS ke hape buleh pulak dia tau aku kat sini. aku dah speed up mengalahkan watson nyambek dah.
aku baru nak start gear ca alip but bila tetiba aku dengar suara.. "Woii.. woiii.. tunggu aku... tekelendat punya ijoi. suka suki ko tinggalkan aku ngan saka ko kat simpang tadi eh. penat aku kejor ko tau tak?"
eh? bila masa pulak bos aku si gab ni sampai? ke ni penyamaran polong yg cuba2 nak usha kejantanan aku. woi, bukak kejantanan yang 'tuuuuttt' la, keberanian... paham?
"psttt, joi... sape mamat yg hensem tak hensem ni?" tanya mataku sambil senyum2 kerang pada gabriel. dasar pompuan mata bakul, pantang nampak laki ala2 johny depp hidung patah mesti nak sapu.
"ni bos aku la," aku separuh berbisik pasal tak sure lagi betul ke ni bos aku.
"eh, bos... bila sampai? tak nampak bas pun? ni orang ke hantu?" heheee, aku takut2 berani berdepan dengan makhluk yg menampakkan diri sebagai bos aku.
"oi bahalul, ko tak kenal ke orang ngan antu? ko nampak kaki aku? tak cukup tanah aku pijak montot ko aku terajang nak?" wah, menyinga betul si gab ni. heheee...
"sori bos, ingat antu tadi. hehehhh.."
"hantu kepala otak ko berjambul!! ko tinggalkan aku dgn saka ko adalah!" wah, ini memang betul2 menyinga. ngahahaaa... padan muka, banyak2 tempat lain apsal kampung aku jugak ko nak bertandang. dah la amik bas tangah malam.
"heheee.... tadi saya nampak macam antu. siap buleh gelak2 tengok saya lari tadi. yg atas keta tadi tu bukan saya punya bos. saya lari pun pasal mende tulah. saya ingat bos sekutu dia, nampak siap ada taring2 lagi, putih je pulak tu".
"memang la putih. dah aku pakai baju pagoda putih. ko tau tak aku kepanasan campur kepenatan berjalan dekat setengah batu dengan beg2 aku. bas pulak taim aku dah tinggal sensorang la baru tayar nak pancit. tak memasal aku menapak dari pekan depan tu. yg ko nampak macam taring tu aku gigit straw, air aku dah habis aku beli kat pekan tadi aku."
"oooo.. apsal bos gelak2 tadi?" tanyaku tak puas hati lagi.
"tengkorak ko aku gelak! aku jerit panggil ko la ko terus je lari tinggalkan aku. dengan beg2 aku campak nak kejor ko punya pasal tau. nasib baik mende alah tu tak de kaki nak kejor aku pulak."
"err... incik bos, sori mencelah ye.."mataku buat muka tak malu nak menyampuk. nak try line la tu. ha, utk ko aku persilakan la mengayat bos aku. moga2 selamat areza dari cengkaman buaya beliau.
"errr, jap aku nak tentu sahkan identiti ko. ko ni laki ke pompuan, muka cam ala2 ayu tapi bpdi cam jantan." uishhh... bos aku ni mulut memang cam haram..
"agak2 arr bos.. orang pompuan aaa. tengok ni.." mataku menanggalkan.... ha! ape? bukan baju la. korang ni pk 18SX je ekk.. mataku menanggalkan baseball cap yang dipakainya seraya mengalunkan rambutnya yang panjang mengurai. fuyyooooo... sebijik cam dalam cite diandra yg adam fahmy tu terpikat tengok diandra bukak cap dia. sib baik rambut ko cantik terjaga rapi, kalo mengerbang aku cabut dulu.
"loh, kok cewekk.. ngapain lo simpan rambutnya dalam cap?" eh, tetiba pulak bos aku tukar slang. tu la dia namanya Gabriel Tunyut, kalo dia tetiba terkesima tetiba slang bahasa melayu dia tukar jadi slang bahasa indonesia.
"bos, rambut saya ni panjang berkilat. kalo saya berjalan malam2 hatta menunggang moto sekalipun nanti orang cakap saya antu."
hmmm... betul jugakk.. heheee..
"er... cik adik yg manis ni siapa nama? nak tumpang moto buleh? beg abang tertinggal kat simpang depan sinun si malaun ni punya kerja."
eh, aku pulak.... dan2 abang. gab.. gab... tak pe, teruskan usahamu demi utk menyelamatkan areza ku.
"boleh, nak anta sampai rumah pun buleh." eeee..... si gatal ni dah pasang jarum.
"er... abang tak de tempat tinggal lagi. abang tak tau nak duduk mana lagi"
"tak pe, kalo cenggitu abang duduk la umah saya dulu. ada mak ngan babah. nanti orang kenalkan ek.."
ek eleh, ko kenal dia pun tak ko nak kenalkan dia kat mak ayah ko pulak.
"mak ngan babah adik tak marah ke bawak jantan balik malam2 ni?"
"tak pe, mak kita sporting. babah kita pun laaaagi sporting. nanti kita cakap kita kutip bos kat tepi jalan. uppsss... kita cakap la ijoi mintak tumpangkan bos kat rumah kita pasal rumah ijoi tengh renovate, tak de bilik spare. hik hikk.."
pandai ko mengayat ye mataku. terbayang2 areza dengan baju pengantin duduk disebelah aku atas pelamin.... baru nak feeling tetiba aku teringat.
"woit, aku cam ne? takkan aku nak balik jalan kaki. keta aku kat sinun tu cam ne?"
"ko pandai2 tinggalkan aku, pandai2 ki jugak la gi amik balik keta ko. jom adik sayang kita balik umah babah."
eeee..... geramnyer aku. nak balik jalan kaki, mau aku kena sakat lagi nanti ni. nak tinggalkan keta aku pulak sayang. dah la jaman sekarang ni pencurik dan penyamun berleluasa. dengan tak berkunci keta aku tu lagi senang kena angkut. tapi... nak pegi sana balik lagi takut pulak mende tu menungguku... ;agi haru kalo dia tunggu dalam keta..
ammmaaaa.... appppaaaa.... macam mana ni?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Isk.. Sedey marimutu macam ni.. takde org nak sambung ker cerita haram aku ni?. Rasanya sebab aku buat silap dari awal2 penceritaan lagilah, sebab penceritaan guna first person view, tu yg susah sikit nak sambung, hanya lembaga-lembaga yg cukup bernas dalam memutar belit cerita boleh sambung. Nak harap gay macam GaBRiEL dan MatheMatiCs yg lembam pemikiran nak sambung, haraamm.. jgnkan sambung, baca pun tak bernafsu. Kalau guna third person view barulah senang sikit kanak-kanak haiperaktif ribena nak sambung..
Takpelah.. aku sambung ajalahhh..
____________________________________________
Maka berlalulah Gabriel bersama-sama Mataku(hapa punya nama awek larr), hilang ditelan kegelapan malam yang pekat. Ijoi yang masih berbekas rasa seramnya dengan apa yang baru dilaluinya sebentar tadi, tidak dapat tidak, perlu kembali ke warung Aida, tempat dia meninggalkan Saga miliknya itu.
Jam ditangan menunjukkan pukul 04:05, tekad hatinya, harus mendapatkan semula Saga yg dibiarkan tak berkunci itu, malah hp beliau juga tertinggal dalam keadaan yang cemas tadi. Tambahan pula, takkan mahu dia menapak pulang ke rumah Bondanya, dalam keadaan gelap, pagi buta itu, bukankah itu lebih tak masuk akal baginya? Atau takkan mahu menunggu di situ hingga terbit matahari, getus hatinya.
Walaupun bos beliau, en. Gabriel mengatakan apa yang beliau lihat sebelum itu adalah dirinya sendiri, namun Ijoi yakin, apa yang dilihat dan dialaminya sebentar tadi, bukanlah angkara en. Gabriel, melainkan melibatkan sesuatu yang misteri, polong yang hangat diperkatakan orang kampung.
"Sunyi di hatikuu.. Bila bunga, dipetik orang ditaman.." Suara sumbangnya memecah sunyi malam, hanya suara dan bunyi tapak kakinya sendiri yg terkedengar. Hendak dibacakan ayat-ayat suci, hanyalah doa makan yang dihafalnya.
Dari gelap malam yang tidak bersimpati, kedengaran bunyi motor menghampiri. Rupanya haji Baddar yang dalam perjalanan ke masjid, terserempak Ijoi yang bersendiri berjalan kaki di tepi jalan belukar.
"Terkejut wak! Ingatkan hantu yang kat tepi jalan tadi. Ijoii.. Apa yang kamu buat kat sini, pagi buta camni?.." Tanya orang tua itu kehairanan...
Assalamualaikum... er bole tak kite nyelit cite sambong2 ni?? Ala bole ek..hihi.. ---------------------------------------------------------
Ijoi :" wak ke ni?"sambil mencubit2 pipi wak badda..
Wak "baddar : oit ko henggat muke aku ni tanah liat ke hape nak tenyeh2 camtu"..sambil menolak tangan ijoi..
Ijoi : "hehe..sorry wak manela tau hantu ke ape tadi..ni nak ambek kete saya ni wak badda..td parking kt bustand kt depan nun"..sambil memuncungkan mulutnye.
Wak baddar :" ape hal nye letak kete kt tmpat cmtu pagi2 bute ni ijoii...ko xtau ke kekerasan besi dibustand tu ramai dah yg kene"....(ape da kekerasan besi)
ijoi : "panjang citenyer wak.."
Wak baddar : "panjang? Huh pg besok la ko cite ..lmbat plak aku karang" kate wak badda sambil terus masuk ke masjid..
" huh ape jugak la wak ni ..tadi ye ye suh aku cite..ni alih alih.." rungut ijoii sambil meneruskan perjalanan nye
sampai je di bustand ternampak lah ijoi 2 orang aweks sseperti sedang menunggu sesuatu disitu..hmm macam pernah tengok tapi dimana ye..?? Tiba2 salah sorang awek tadi melirik kearah ijoii.."wah macam comel je macam comel je"..tibe tibe terkeluar suara ijoi"
"Ape ni ? Jangan la mainkan sasha legoland mcmni..sasha xsuke tau..xsuke.." bentak awek tu..huh sasha rupe namenye....
"ika sayang ..lelaki kat kmpung ni memang macam ni ke? Suke sakat2 orang?"
"hoih ijoii..akula ika sayang mu..dah lupe ye? Mentang2 dah duk key el..lupe minah2 kt kampung ni kan?
"eh..ko rupenye ika sayong..aku ingat sape tadi..sape ni? Adik ko ke?..kate ko duk kat penang..ni knapa pagi2 tercongok kt sini? Haish..bertalu2 pertanyaan ijoii macam mesin gun..terlupa sebentar kisah ngerinya di sini tadi..
"Itula..kete ko ke ni? Tolong bawak kami berdua balik, boleh x? Bas rosak tadi..hp plak habis beteri..nk jalan kaki jauh.." rayu ika dengan mate bersinar..
" hoke2 bole aje" sengih ijoii..Bolela aku menunjuk depan si bos ku gab..ape die ingat die je yg bole dpt awek..aku pon bole..2 orang lg tu ....hehe..
So xdapat bawak bos , bawak awek lg ok hape...bersiul2 kegembiraan ijoi..tp apesal diorang naik seat belakang ni? Ingat mem besar ker hape? .cube la duduk sebelah aku sorang..rungut ijoi perlahan
-- Edited by Sasha Aqira on Tuesday 25th of February 2014 11:17:31 PM
So xdapat bawak bos , bawak awek lg ok hape...bersiul2 kegembiraan ijoi..tp apesal diorang naik seat belakang ni? Ingat mem besar ker hape? .cube la duduk sebelah aku sorang..rungut ijoi perlahan
Hmm xpela..janji dapat jugak bawak awek..hehe ketawa ijoi dalam hati.. tanpa berlengah kereta dipecut..
Sesekali ijoi menjeling 2 orang awek dari cermin hadapan.. lagi bertambah cantik dari tadila..fuyooh die senyum la. "Hmm bau pon wangi je. "ijoii berkata dalam hati..
"ika sayang , ko cuti ke ape ni? Berape ari cuti??" soal ijoi setelah keadaan sunyi menyelubungi dalam kereta..
""hik hik hi..hihi.".
"lah gelak pulak..jawab jela "kate ijoi cuak mendengar gelak kedua awek tu ..yela da bunyik mengilai bukan gelak manje da ni..halamak dah kene lagi ke aku ni detik hati ijoi
Keseraman melanda..hilaian gelak kecil menjadi jadi dibelakang..bau wangi bertukar busuk..
Terasa tengkuk ijoi diraba perlahan ..
"alamak ape ni ika? Sasha? Err jangan la rabe 2 kite cmni..eii gelila"
""hihi..hik hik..hi hi.."
Ijoi menoleh ke belakang..nah Ambik ko..dengan muka daging terhiris2..kulit muka terkopak keluar.. kedua aweks cantik tu dah bertukar menjadi kedua puntianak atau langsuyor atau Ahhh ! xtau ape dah Ijoi menjerit histeria apetah lagi jari jari runcing aweks tu masih dilehernya..
Ijoii brek mengejut membuatkan kedua2 aweks antu tu tersembam kedepan seat..peluang itu digunakan sebaik2nya oleh ijoi untuk melarikan diri selaju lajunya sambil terjerit2..
Maka ijoii pon memecut dengan lajunya ( kalau nk imegin, sile ingat aksi awie tengah lari sambil bawak selipar kt tangan dlm cite antu kak limah tu) sambil terjerit jerit
-- Edited by Sasha Aqira on Wednesday 26th of February 2014 06:59:52 PM
Maka Ijoi pun memecut dengan lajunya (kalau nak imegin, sila ingat aksi Awie tengah lari sambil bawak selipar kat tangan dalam cerita Hantu Kak Limah) sambil terjerit-jerit...
"Auww auwww tolonn tolongg.."
Setelah hampir 70 ratus kilometer Ijoi berlari-lari cipan dari dua ekor mahkluk pontianak tadi, beliau pun mula penat, lalu beliau beli air kelapa pandan ditepi jalan untuk menghilangkan dahaga. ada pulak orang jual air kelapa pagi-pagi buta, haromm jer..
Tengah lepas penat dan lelah, Ijoi mendapat satu idea yang cukup bernas lagi bermutu dan keunggulan. Lantas beliau masuk ke semak samun ditepi jalan dan terus menyamar menjadi seekor permaidani yang rendah kualitinya, waima kalau bangla nampak pun, takde nafsu nak ambik. Tetaplah beliau disitu, happily ever after. (wuih, skeping pulak aku.)
Ika Syg dan Sasha, tadinya terhantuk baru terngadah pada seat kereta, mamai akibat perlanggaran tersebut. Tercari-cari mana hilangnya Ijoi yang mulanya nak mengurat Sasha, hilang bak ditelan bayu subuh yang bertiup lembut..
"Kak Ika, tengok laa lelaki zaman sekarang ni, masa kita cantik, sume dia cakap comel jer, cantik jer. Bila kita jadi pontianak, sume lari tinggalkan kita, kenapa lelaki macam ni kak Ika?. Memang dasar lelaki, habis sepah madu dibuang.. " Tanya Sasha sedih.
"Bukan lelaki jer yang lari, pompuan pun lari gak dik Sha, kalau kita jadik pontianak depan diorang.."
Lalu Ika sayong dan Sashakira pun terus memasak megii untuk dibuat sarapan pagi mereka. Dengan tak semena-mena, lalu ustazah Cengkodok Puteh, melihatkan sepasang pontianak sedang memasak megii di tepi jalan, beliau pun...
Lalu Ika sayong dan Sashakira pun terus memasak megii untuk dibuat sarapan pagi mereka. Dengan tak semena-mena, lalu ustazah Cengkodok Puteh,
melihatkan sepasang pontianak sedang memasak megii di tepi jalan, beliau pun menjoinkan diri dalam acarq gotong-royong masak bergilir2. siap tambah lagi perasa tomyam mentadak mengawan lagi enkooo.. dah tak de perasa lain lagi ke ostajah ooiii...
"ha.. bagus la kamu berdua ni dah insap tak ngisap darah orang lagi. idak ler orang kampung ni ketakutan nak keluar menoreh pagi2 cenggini"
"yelah ostajah.. kami ni dah insap, sejak sepupu kami terjangkit penyakit AIDS akibat tersalah cocok tengkuk. sekarang dia dah tak tau nak kata ostajah.." kata si sasha sambil buat muka sedih.
"ngapenyer dgn sepupu kamu tu?"
"yelah, kalo orang idop sakit lelama buleh mati.. tapi kami ni dah memang dah mati nak mati cam ne laginyer.. sengasara kami menengoknyer. nak kata idop memang ler idakkk.. nak kata mati pun... dah terlebih2 dos pulak..."
"lah cam ne pulak?"
ostajah tengok tak citer p.ramlee gi bertapa kat kubur jumpe antu jepun? haaaa.... gitu ler ghupenyer sekarang.. kulit dah tanggal, daging dah memang dah lama reput la.. dah lama mati katakan... tinggal la tulang je. kalsium terlebih kot..."
"ha tulah, dolu2 suka sgt ddia membeli calci-yum kat kedai haji badda tu. dah tu dah besar panjang pun gosok gigi pakai ubat gigi kanak2 mukmin yg ada xylotol tu. tu yg terlebih2 kalsium tulang tak reput2 tu.. kalo jumpe dia nampak gigi je putih berseri.."
"ha, dah ok ler tu. tak ler ghupenyer selebet sangat macam kamu ni. udah ler rambut tak bersikat, keras kematu macam penyapu jerami pulak tu. penyapu lidi aku lagi cantik dari rambut kamu."
"nak buat cam ne ostajah, nak pegi salun kompom tak de orang nak bikin rambut kami."
"tak payah salun2 bagai... nah, hambik syampu rejoice sekali aku bagi dgn conditioner. tak payah bilas2, sapu jer kat rambut aku gerenti rambut kamu cantik bersinar walau merempit 400km sebatu."
antu berdua ekor ni pun terus melupakan megi seraya mencoba saranan ostajah cengkodok. hasilnyaa...
taraa..... kalah maya karin. bagai dirawat dengan rawatan minyak panas. cun gitu.. kompom ijoi terpikat balik ni.. tak sedar diri tu antu nak melaram lebih2 pulak.
"ok lah, saya blah dulu, ada kelas agama kat masjid lepas subuh ni.kamu tak ikut ke?"
"tak pe la, ostajah. kami nak soru dulu. lapaq ni tak makan lagi.." balas ika cayang2 buduk pulak
"er, kamu masak lain la yer... saya dah makan habis megi tadi. sedap sangat. heheee.."
tanpa rasa belas kasihan ostajah cengkadak menjawab dengan muka selambanya... "aaaa.... anggap je la tu bayaran untuk syampu dengan conditioner... plus khidmat consultant saya yeee.. babaiii"
mengongoi2 kedua antu tu menangis sebab tulah stok terakhir mereka yg dicurik dari kedai wak badda. bukan niat mereka nak mencuri tapi bila nak bayar semua pekerja haji badda bertempiaran lari. jadinye ambik pree je laaa...
sesampainye ostajah di pintu masjid.. kelihatan haji badda tengah bergosip sakan dengan beberapa org kampung yang konon2 nak gi dengar kuliah tapi sebenarnye menunggu kedai kopi kat ujung kampung tu bukak.
"hape yg kecoh ni aji?" tanya ostajah tanpa memberi salam.
"ha kamu ni cengko, kalo ye pun bagi salam dulu, nanti konpius aku kamu ni orang ke antu menyamar jadi orang.."
"wokey la.. assalamualaikum bang aji.." ostajah cengkodok memberi salam sambil melentuk tengkuk buat aksi2 manja pulak kat masjid ni. ishhh.. sungguh keji perbuatan beliau. haji badda pulak mula merasakan sesuatu bila melihatkan ostajah bermanja-manjaan begitu.
"ish kamu ni, kat masjid ni jangan la macam tu. kalo ye pun tunggu kat rumah nanti."
asberion, mat rock, preedem taklupe jugak bos ijoi si gab yg baru ni hari pertama muncul kat kampung (kena paksa pegi masjid dgn bapak si mataku) tersenyum2 simpul melihat aksi haji badda dgn bini muda tak berapa nak muda beliau.
"eh, tadi ada aku nampak si ijo. macam kena kejar antu je gayanyer..."
mat rock mencelah.. "ha tulah aji. tadi saya nak tutup kedai ada dia menyinggah kejap. mintak tolong saya. asihh.. saya nak bersara dari arena perhantuan ni aji. serba salah pulak saya jadinye."
"habis tu mana peginye si ijoi? selalu sebelum subuh dah nampak dia sapu2 taik cicak taik ungka semua. ni jangankan kata lobang idung yg macam serombong ketapi stim tu, rambut berjambul dia pun tak nampak2.." bals pulak asbe.
"itulah, musykil pulak aku. budak ijoi ni tak pernah miss solat subuh berjemaah. aku berkenan sungguh nak menantukan dia, tapi nasib baik anak aku sumer jantan." tambah aji badda.
"ehntahkan kena sakat dengan ponti 2 ekoq tu tak abg aji?" aju ostajah pulak. "antu 2 ekor sungguh pun dah tak ngisap darah tapi kuat menyakat jugak tu."
paranggg pranggg .. panggg = antu karpet menekan minyak rxz .. Ijoii la tuu ape lagikk
Eeeeeeeeeeeeeee = adinda bongsu cik pon pon = sasa akira kira kira ...
Hmm..make berkompol lah sekalian hantu2 di kawasan tanah lapang..
"badigol punye orang tue.. die blom kenal aku sepa huh!" kate ijoii
" huh oppa ijoii pon hantu ke? penat je sasha ngan ika menyakat cmni..eiii xsuke tau xsuke .." sambil menepok tampor bahu ijoii the carpet ijau..
"uisssh ! udah2 jangan bertepuk tampo bagai..kite ade misi yang perlu kite lakukan" kate ika sayang sambil membuat gaye ala2 caroline cam cerite vampire diaries
"baik ika caroline.cube cite kan ape misi yg perlu dilakukan" kate sasha ala2 elena (jgn montah
haha)
"eii aku nak ikut aku kan ijoii stefan.. " kate ijoii seraye menukar muka nye ala2 stefan (eii nakjugak ijoi the karpet ijau ni..)
" wah! hensem nye opaa ijoi.. eh abg stefan..tergoda sasha.. " kate sasha elena sambil mengatalkan dirinye..
" oit misi2..nk mnggatal nanti " kate ika caroline..
" oih aku nak join" kate ustajah cenkuduk menukar wajah ala2 rebekah (err jd nye kuduk bekah?..huhu xbestnye) hmm bg name rebekah jew..la
" ok mari " kate ika caroline..
" kite kene pastikan tiade sepisis kongkang (eh sorry en.gab tersebut ngee) sepisis polong , pocong dapat mebuat lahanat daam kampung kite ni"
"kite kan dah berjanji dengan manusia ..kite xkan menhisap darah lagi" xtau la pulak ko ijoi stefan nak menghisap dara lagi ke tidak..kalo ko kate nak..aku pecah kan pale ko kt sini" kate ika caroline menunjal kepala ijoi stefan tibe2..
" oii ape ni..mane ade ..aku da lame xbuat perkare yg terkutuk itu..walau pun teringin tau" kate ijoii stefan membela diri
lagi pulak sasha elena menjeling tajam kepada ijoii stefan.."btul xder" bisik ijoii pada sasha ..
"jadi saye dengan ini ingin melantik diri saye sendirik sebagai ketua darjah pada kumpulan kite ni" kate ika caroline lg
" tapi kite xcukup band boy..ijoi stefan je yang ade.. ape kate kite import band boy dari korea.. boleh juga menari kpop" kate rebekah dengan muka bangga kerana terasa memberikan idea yg bernas
" sasha sokong..panggil lee min ho sekali ye kak rebekah..pojaan hati saye tu" kate sasha elena sambil berangan
" hoih xder2 ..ape xcukup lelaki melayu kat malaysia ni nak import band kpop bagai.. huh saya bangkang yang arif" kate ijoi stefan menghentak2 kan kaki nya..
" aduihh.. xper aku aku akan mintak kumpulan twilight tolong kita..jacob ngn edward cullen mesti nak tolong tu.." kate ika caroline dengan mate bersinar..tau la die ni minat ngn jacob kan haha..
" eiii edward cullen pon boleh lah" kate sasha elena dengan mate lagi bersinar dari ika caroline..
" huish xyah aku panggei adik aku je si ketupat damon..mesti die nak la, xyah ajak geng twilight tu sume..ini memang mengarut" kate ijoii dengan gaye jelousy nye
" hoih 2! sape ketua darjah ? aku ke kau" kate ika caroline sambil menunjal kepala ijoi stefan..
"eii merajuk la cm ni " kate ijoii sambil menyurukkan dirinye sendiri..
" ah malas aku nak layan pelakon tambahan ni tau " kate ika macam ketua kongsi gelap
Rupanya tanpa disedari Ijoi, dirinya sendiri adalah seekor jembalang, jembalang karpet yang selalu mengganggu pemandu-pemandu lori. Sungguh haram jenis hantu seperti beliau ini. Nampaknya para hantu-hantu asal kampung ini telah merasa tergugat dengan kehadiran polong-polong lahanat tersebut.
Lantas mereka, yakni hantu asal kampung bersepakat, untuk mengembalikan kuasa menakutkan penduduk kampung yang makin tergugat dek perbuatan polong itu, harus, mereka bersatu padu membuat onar, menakutkan penduduk kampung dengan cara yang lebih efisyen dan memenuhi SOP, lantas membuatkan polong-polong tadi hanyalah mainan kanak-kanak tadika.
Langsuir Cengkodok Puteh: Mulai hari ni, kita mestilah meningkatkan taraf kerja kita(kerja menakutkan orang) agar kita menjadi pekerja yang berkemahiran tinggi, barulah pendapatan kita dapat dipertingkatkan!
Pontianak Ika Syg: Saya setuju! Saya nak menakutkan penduduk dengan mencakar-cakar atap rumah mereka ditengah malam!
Pontianak bongsu Sashakira: Saya nak menakutkan orang-orang yang pergi masjid untuk solat isyak dan subuh, saya akan tumpang kenderaan mereka.!
"OPOCOT OPACAT OPECET opah aku kawen oii!! Ehh cucu aku kawen pulaak makk!!"
Latah en Gabriel bila beliau disergah sekumpulan hantu and the geng. (tak boleh tak boleh, ini Gabriel, Freedom masuk nanti, dgn Nadia sekali.) Akibat keterkejutannya yang melampaui batas dan luar tabiie itu, lantas en Gabriel pun pengsan. Bukan main ayu lagi gaya pengsan Gabriel in di tepi jalan, kalau lalu bangla, nescaya diperkesonya Gabriel disitu jugak.
"Ehh pengsan pulak, muka bukan main hensem bukan kepalang, jumpa hantu boleh pengsan ke?" Kata Pontianak Ika Syg Caroline.
Tiba-tiba Langsuir Cengkodok Puteh Rebecca White terperasan, tidak jauh dari situ, mereka diperhatikan sekumpulan hantu yang lain, terdiri daripada hantu Kak Limah, hantu tinggi dan hantu polong yang nampaknya telah membentuk satu pakatan lain. Sepantas kilat Langsuir Cengkodok Putih Rebecca White mengajak gengnya masuk belukar untuk merencana strategi baru bagi bersemuka dengan geng polong tadi.
'Zuuppp..' Efek diohantu masuk belukar secara berjemaah, meninggalkan Gabriel yang masih pengsan ditepi jalan, ayunyaa...
'Zuuppp..' Efek dio hantu masuk belukar secara berjemaah, meninggalkan Gabriel yang masih pengsan ditepi jalan, ayunyaa...
dan berkumpullah sekalian hantu membincangkan semula misi mereka..
"hmm camano ni ..eh apasal loghat nogori lak ni" kate ika caroline sambil mngelap lidahnya
ish2 ngerinye tengok..eiiuuu.. " ape yang camano kak ika caroline? " kate sasha sambil ngeri melihat kerenah ika caroline..
"iyela macam mane nak buat ni baru je pasang strategi dah kena serang hendap.." kate ika caroline
"hmm aku rase kite berpecahla kite ikut rancangan asal " kate ijoi stefan dengan sebijik mesin basuh diatas kepalanya..
"err..abg ijoi stefan sile letak mesin basuh wak baddar tu kat tempat asal sebelom die mgaruk nanti cari xjumpe..: kate sasha elena sambil mnunjukkan kearah kepala ijoi stefan
" oh lupe la ..patut berat semacam " kate ijoi stefan sambil mnurunkan menatang tersebut..
" hmm aku rase patut la kite berpecah lagi mudah kita menjalan kan misi.." kata cenkodok rebekah..sambil melilit2 lilit rambut rebonding nya itu..
" ok jom gerak " kata hantu2 tu serentak..
tapi masalah nye dah pagi dah pun..kena tunggu malam da..nanti terbako plak kene cahaye matahari.. ( err memang hantu xleh kene cahaye matahari ek ? nnti terbako?? muskil batu jemala kepala patik huhu)
so hantu2 sekalian pon balik ke markas sementara menunggu hari malam...
ni antara hantu2 yg membintangi drama bersiri ..ijoi the carpet ijau n the geng hihi..
-- Edited by Sasha Aqira on Thursday 27th of February 2014 09:35:07 PM
So hantu-hantu sekalian pun balik ke markas sementara menunggu hari malam...
Maka berlalulah satu hari lagi dengan tenang dikampung ini.. Ketenangan yang hanya dikecapi disiang hari, lantaran apabila malam melabuhkan tirainya, berleluasalah pula kuasa-kuasa mistik yang sentiasa berperang diantara satu dengan yang lain..
Di langit barat, kelihatan saki-baki matahari senja yang kian samar-samar cahayanya menerangi alam, menandakan siang bakal berlalu pergi dan malam bakal menjelma lagi, para penduduk kampung mula menutup tingkap pintu dikunci, kerna bila malam menjelma, hantu polong bakal mengganas tanpa mengira mangsanya, budak-budak atau tok haji..
"Hii hii hii~~~ " Dari samar-samar langit senja, suara ketawa sinis itu, terkedengar lagi. Tiada seorang pun yang berani untuk menyiasat siapakah empunya suara yang amat mendayu itu.
Namun suara lembut itu sudah biasa baginya, sebagai seorang yang banyak makan asam garam kehidupan, perkara-perkara seperti ini hanyalah mainan polong dan pontianak yang cuba menakut-nakutkannya, kalau tidak takut maka tiada apa yang harus dirisaukan. Haji Badda menunggang seorang diri setelah selesai solat isyak, melalui jalan-jalan kampung yang sunyi, di kirinya hanyalah ladang getah yang terbentang, sementara di sebelah kanannya pula kawasan belukar yang tinggi, sebatang dua pokok-pokok kayu tinggi dipanjat rumput-rumput menjalar.
Dalam gelap ia terlihat susuk tubuh seorang lelaki dalam semak samun. Dikenalinya susuk tubuh itu.
" Assalamualaikum Ijoi, kenapa wak dah tak nampak kat masjid sekarang? Dulu kan kamu rajin pegi masjid?.." Sapa Haji Badda.
"Itu dulu wak... Sekarang saya dah tak dapat pegi masjid lagi wak..." Jawab susuk tubuh yang separa terlindung dalam gelap itu.
"Hai sejak bila pulak kamu tak dapat nak berjemaah ni, sejak ada awek ke haha." Haji Badda berseloroh..
"Sejakk... Sejak saya mati tak lama dulu wak.. Hihii..~~~" Tiba-tiba susuk tubuh itu berpaling dan cuba menerkam Haji Badda.
Terkejut, Haji Badda lantas melaungkan azan, menyebabkan lembaga didepannya itu terhenti, seolah-olah terpaku ke bumi.
"Kalau kamu betul, maka tempat kamu bukanlah lagi di dunia ini, jadi aku akan nyahkan kamu dari terus mengganggu-gugat ketenteraman kampung ini." Haji Badda berpidato lantang. Lalu membacakan surah Al-Fatihah tiga kali, ayat Kursi dan surah Al-Jin, dihembuskannya halus ke dalam genggamannya, ditekapkan pada kepala lembaga yang terkunci di bumi itu.
"Argghhh!!" Seketika itu juga terbakar lembaga lahanat itu, hangus menjadi debu yang akhirnya berterbangan dibawa angin malam..
Dari jauh di belukar.. Langsuir Cengkodok Putih, Pontianak Ika Syg dan Sasha cuma mampu melihat, tamatnya riwayat rakan subahat mereka, Ijoi hantu karpet, lenyap dari alam dunia, yang tinggal hanyalah debu-debu kesan ia terbakar...