Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nak dekat 15minit pikir tajuk, tak dpt jgk idea. Baca jela. Cter hntu jgk :P


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Nak dekat 15minit pikir tajuk, tak dpt jgk idea. Baca jela. Cter hntu jgk :P


16/3/2009. Dapat wakil MSSM kat Johor. Dari Perlis ke Johor memang lama. Seharian dalam bas. Penat tokseh cakap, penat nak khabor. Dah lawan, kalah. Balik lah rumah, lagilah penat, penat kalah lagi penat bas lagi. Bas turunkan kitaorg kat sekolah, sampai kat Perlis around 2 am. Parents datang amek, kebetulan member call parents dia tak angkat2, abg dia pun sama. Aku ni jenis kesian kat orang, aku tmpungkan jelah. Walapun aku tak reti sgt bercakap dgn orang, dari tinggal dia ng cik guard dan cikgu baik aku hangkut dia balik umh. Bukan boleh percaya sgt. 

Disebabkan rumah aku under renovation, aku balik umah tokwan. Rumah tokwan ni pagi tghari lawa lah. Sebab dekat bendang. Dah maghrib, yg kuat iman je boleh duduk luar. 

"Eh, tidur rumah tok aku aw. Bilik aku tak saip lagi. Nanti hg tak selesa."

"Ok je, Tak kesah." Tapi aku perasan mata dia tak senang sebab yelah kiri kanan rumah pokok buluh meninggi, depan bendang tapi pokok banyak, Jalan raya tak jauh tapi tak dekat. Memang seram.

Dah masuk rumah, tok suruh tidur bilik makteh aku. Aish aku cakap takmo. Sebab makteh selalu kena histeria. Orang buat. Kuang hajaq. 

"Sham ada (my cousin). Dia tidoq bilik mak usu, tidoq bilik mak teh ja na. Malaih nak kejut dia." Akur jela.

Aku jenis tak boleh tidur kalau tak mandi. Badan melekit. 

"Aku mandi dulu. Nak mandi sekali tak?" Bilik air tokwan kalau korang nak camping dalam tuh boleh. Besaq.

"Takmau, aku dah letih sgt." 

Maka aku pi la mandi sensorang. Tengah2 mandi. Tetiba, terdengar orang pijak bumbung. Lebih kepada melompat atas bumbung. Pung pang pung pang. Aku tak tahu nak describe macam mana bunyi dia. Tapi siapa nak loncat atas bmbg pukul 3 pagi nih?

Aku dah cuak dalam tuh, baru nak jerit 

"Hoi mengkala. Hang jangan duk kacau anak cucu aku. Dapat hang, mampuih satgi kot." Tokwan aku jerkah dari bilik. Sebab bilik air dengan bilik tidur tokwan dekat ja.

Mandi cepat2 then aku keluar. Dah la bilik air kat luar. *ada la dinding cuma dinding tuh separa bata separa lagi macam jaring pagar hijau. So you can see everything outside. "Everything." And that "everything" can also see you. Hihihihihihi

Sampai tengah living room, dengar macam kawan aku ketawa. Hihihihi tapi halus sgt.

Ntah kenapa tetiba aku tergerak nak tgok syiling. Syiling nampak basah. Nasib tak de pape.

Ketawa tuh bunyi halus je.

Yang seram lagi, kawan aku dah membuta terkangkang atas katil. 

Siapa yang gelak tadi? Dalam rumah tuh aku, kawan aku dgn tok ja perempuan. 

Malas nak amek pusing, masuk bilik. Elok buka pintu, naaaahhh. Lembaga hitam kat tingkap. Tirai tak bawak turun. Nasib tingkap tutup. Terkeluaq Allahuakhbar. Pejam mata, bukak sikit2 takut jugak satgi duk depan mata. Tengok tak dak pa. Bawak turun tirai.

Baca tiga Qul, terus aku call Sham. Sham bangun ngaji. Baru aku boleh tidur dengan lena.

Nak dekat subuh, 5.36pg aku terjaga.

Yang ni meremang jugaklah. Kawan aku tengah berdiri depan cermin.  Mulut senyum mata terpejam. 

Sebabkan aku takut dia berlari menghadap muka aku. Aku bangun sambil baca Yassin, itu pun 3-4 baris je.

Tepuk bahu dia. Dia macam tersedar. Tapi still mamai. Tanya aku kenapa? Aku malas nak cerita, aku cakap suruh teman gi toilet, nak amek wudhu. Dia kata malas. Aku suruh dia gi tidur balik. Nasib dia tak syak apa apa.

Tengah breakfast, gi manja ngan tokwan. Dia cakap 

" Takdak pa aih. Hang bawak mai mana pun tokwan tak tau. Tak pernah nampak pulak. Dia duk pakai kawan hang kat luaq. Tok dengar, dia suruh Sham halau."


Apa yang aku bawak balik? Apa yang ikut aku?

Nanti aku cerita. Aku nak buat Tender. Bye.

*maaf kalau tak seram. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Sorry :) 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

aku tak kire... seram tak seram ko kena sambung gak...


ko tak sambung geget telinga hang naaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

amboi..white cengkodok how dare u nak tokat tinga dia r...tapi betoi3 sambong3..celita yang suspen2 ni yang cheq suka..hohohohohoiiii



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

seram tak seram tu belakang cerita yg penting kena sambung. ..nnt ade jugak bahan bacaan utk di baca. ...

nak tggu cerita dari aku mmg takde la

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

bolehkah adinda bertanya mengapakah xada lagi cerita2 dari spesis g freedom?biggrinbiggrinkekurangan modai kah?confuseconfusehehehe



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

xde modal tu satu hal la. ..yg lagi best tu sky tak pernah alami benda benda mistik ni. ..walau pun dulu rumah org tua aku kat tepi hutan tapi sampai sekarang aku masih tidak di ganggu. ...syukur. .Alhamdulillah

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

xde modal tu satu hal la. ..yg lagi best tu sky tak pernah alami benda benda mistik ni. ..walau pun dulu rumah org tua aku kat tepi hutan tapi sampai sekarang aku masih tidak di ganggu. ...syukur. .Alhamdulillah

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Ok. Sambung, selepas sembang dengan tok, aku tengok member aku, Ok je. Tak de mende pelik pun. Petang tuh, aku hantar kawan aku balik ke rumah dia. Masa salam tuh, aku rasa tangan dia sejuk sangat, tapi aku tak agak apa pun, yela mungkin air cond kereta aku kuat sangat kot.

Esoknya, aku pergi sekolah macam biasa lah. Kawan aku tuh (aku namakan dia Aishah), kelas lain, tapi seberang jelah kelas dia dengan kelas aku. Aku boleh nampak dia dari kelas aku. So lepas rehat, tengah tunggu cikgu Addmath masuk, aku sembang sembang dengan kawan aku, then kawan aku tegur "Na, tengok tuh."

Apa benda? Aishah tengah tengok aku macam nak makan. Uisshh, aku terus berdiri. Kawan aku tnya "Awat weh?" Mana aku nak tau, gelengkan kepala jelah. Aku dah tak sedap hati, aku keluar dari kelas. Bila sampai depan pintu kelas, Aishah dah pusing arah lain, tapi masa dia pusing tuh aku boleh nampak lah, dia tengah senyum sampai nampak keseluruhan gigi dia. Masa tuh, dah meremang bulu roma aku. Elok aku bawak keluar kaki kiri nak keluar, "Haip, Na nak pi mana? kelas dah nak start!" Sekali cikgu Addmath aku dah sampai daa. Tu sebab keluar mana mana guna kaki kanan.

"Tak dak nak pi mana. Saja gatai nak amek udara luaq. Kikiki" Renyih renyih juga tapi hati tak sedap pikiq si Aishah.

Habis kelas tuh, aku terus terpa pi kat Aishah, aku tanya dia "Hang ni awat? Ok dak?" Masa tuh Aishah macam terpinga pinga, macam takdak apa ja jadi tadi. "Aku ok je, kenapa? Engkau tu kenapa? Tetiba je tnya aku ok ke x?"

Aku pun explain dengan muka yang penuh semangat, "tadi hang tengok aku macam nak telan uh. Masa lepas rehat tadi." Apa ka patut dia jawab "Otak kau tak betul ni Na, aku tak tengok pun kau dari tadi. Aku bukan lesbo." Haish budak ni aku serious ni main main. So aku pun macam biar jelaaa.

Disebabkan kitaorang wakil negeri, so aku dengan Aishah ni dibenarkan untuk stay kat rumah selama seminggu. Sebenarnya aku dengan dia budak HOSTEL.

Pekara yang paling menyeramkan sebenarnya point dia kat hostel je, tapi sebab aku tak reti nak cerita, aku amek jalan jauh nak cerita kat hampa semua. Kehkehkeh.

So hari pertama aku masuk hostel selepas diberi lepasan untuk duduk rumah, Aishah datang lambat sikit, nak dekat pukul 7 jugak lah. Katanya macam malas nak masuk awal2. SIAPA NAK MASUK HOSTEL AWAL?? Hehehe.

Malam tu, prep (waktu belajar, walaupun sebahagiannya memang tak sentuh buku pun), aku bilik study satu, Aishah bilik study dua. Tetiba je, aku dengar orang menjerit.

Korang agak apa jadi?

Rupa rupanya Aishah tengah berdiri depan pintu bilik study dua dengan muka yang aku tak nak ingat sampai sekarang, mata putih je nampak, mata hitam dah takde. Lidah dia waktu tuh, memang tak macam lidah orang, terjelir kelar sampai ke dada. Dah la baju tiduq dia kaler putih. Semua orang pakat lari ikut pintu satu lagi. Kawan baik aku, (Tia) dan tarik tangan aku ajak blah. Biar akak senior je yang handle kan, tapi aku tak boleh bergerak. Sebab aku terasa macam hal ni ada kena mengena dengan aku. Ya, memang ada kena mengena dengan aku.

Budak2 junior semua duduk kat luar bilik prep satu, dalam tuh, ada akak senior dengan aku sorang ja yang jarak hanya 5 langkah dari Aishah, akak2 senior semua tengah azan dan ada yang baca ayat Kursi.

Tetiba, Aishah bergerak macam Zombie, satu langkah satu langkah. Sambil muka berkerut, yela setan dengar ayat Qursi mana tak panas.

Mana datang tak tau semangat aku, boleh aku pi tampaq muka Aishah, padahal takut nak mampus dah ni. Aku tampar bukan tampar manja, agak terpelanting jugak lah si Aishah tuh. Takde la terpelanting macam drama Tamil tuh. Tetiba ja Aishah pengsan macam tuh ja. Aik, baru kena sekali dah tumbang. Apa punya hantu daaa.

Geng laki baru sampai, lambat betul diorang ni. So Aishah di angkat ke bilik rawatan, malam tuh semua orang tiduq katilnya dirapatkan2, dah hujung sekali letak bantal bertimbun.

Aku sesak tiduq macam tuh, kebetulan akak senior, (Wana) ajak aku teman dia tiduq sekali dengan Aishah kat bilik rawatan. Aku ajak Tia, Tia ajak Deen. Maka berempat kami ni pun pi lah tiduq dengan Aishah. Sebagai prepare, Yassin seorang satu. Kot2 jadi apa2

Memang terjadi. Tengah sedap2 tidur berhimpit satu katil dua orang, aku terdengar orang gelak. Sebiji masa kat rumah tok. SEBIJIK! Takut nak buka mata, tapi terpaksa sambil aku cucuk pinggang kak Wana. Haram tak jaga. Aku buka sikit ja, hujung katil Aishah, Aishah tengah duduk sambil peluk lutut, gelak smabil gerak badan ke depan ke belakang, masa tuh aku rasa macam sesak nafas. Aku cucuk lagi kuat pinggang kak Wana, tetiba kak Wana pegang jari aku n bisik, "Shusssh, akak dengaq. Tgu sat, Biar sat." Biar sat, gila ka apa Kak Wana ni.

Tak lama, aishah berdiri tapi kepala dia tunduk ke bawah. Aku tak sedap hati dah, terus bangun dari tidur. Aku dah menyampah dah dengan benda ni. Esok sekolah kot. Nak kacau pun tgu cuti la. Tak sempat aku nak p kat Aishah, aishah lari mai kat aku dan terus cekik aku. Sesak nafas masa ni, nasib Kak Wana cepat tarik Aishah dari belakang dan pegang kepala Aishah sambil baca ayat Qursi. Mengelupur Aishah masa tuh, baru bangun si Tia dengan Deen, tanya awat2, aku tak cukup nafas masa tuh depa duk awat2.

Deen terus call abg agkat dia suruh masuk mai tengok Aishah, abg angkat dia ketua Aspura (ceihh aku paling menyampah berangkat2 masa ni). Sambil tunggu geng2 laki mai, aku Tia dengan kak Wana stay baca yassin, Aisyah masa tuh atas lantai duk mengelupur tak sudah2. Tah tiba2 Aishah bangun, nak lari keluar. Dia nak tolak Deen, sorry la Deen tu bukan sebarang orang, budak wakil negeri pertandingan Silat Gayung. HIHI. Deen peluk Aishah, masa tuh Aishah lemah, penangan Yassin an, Deen baca kuat Yasin dekat telinga Aishah, masa tuh jugak Warden datang.

Warden amek Aishah dari Deen, pegang ibu kaki dan baca ayat apa aku tak jelas. Tetiba, Aishah menjerit "DIA HAK AKU. HANG JANGAN PISAHKAN AKU DENGAN DIA, AKU TAKKKAN LEPAS KAN DIA." Ayat standard hantu.

Warden cakap "DIA BUKAN HAK HANG, LEPASKAN DIA ATAU HANG AKU BUAT TERUK SATGI KOT."

"Takboleh lagu ni, aku jumpa dia dulu, hang jangan nak kacau." Tapi masa ni suara Aishah lembut, macam suara perempuan SIAM. Tadi garau.

"HANG BUAT KEPALA APA, DIA AKU PUNYA." Masa tuh seolah2 ada dua makhluk dlm badan Aishah.

Geng2 aspura azan kuat2. Bayangkan pintu dan langsir tetiba terbuka luas, terhempas kuat. Macam ada angin kuat. Aishah tak sedar diri dah.

Kemudian, warden suruh kami uruskan Aishah, bawak dia ke katil. Kak wana dengan Tia sambung bacaan Yassin.

Tetiba warden mai kat aku, "Panggil tok mai esok boleh?" Hah? Aku macam pelik, apa kena tok dengan Aishah "Awat cikgu?" "Suruh tok berubat Aishah, cikgu tak boleh buat." Oh, lupa tok kat femes berubat orang. "Ha, ok takpa, tapi bagi saya balik la esok."


TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adinda hakunamatatuti fruti .... apasal la nko x sambung terusss terusss terusss  .. hingga ending ....

atoiiiiii .....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hadoi la..

ni episod sebulan sekali ke dik non ooii...

berjanggut mak tunggu dah nyahhh....

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

haha..baru tau perasaan orang yang tunggu cite episod yang bersambung2..

adek hakunamaapatah.. cepat update ye..

sian wak nda ngan cekodok ngan sha juga ni

nak tau kisah selanjutnye ni..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Sabau2 (bak slang org Melakau)

penulis skrip tengah ketandusan idea kot
.
nak lak musim kemarau ni

Cekodok nak tunggu ko berjanggut bukannya lama sgt pun...

tunggu ko beranak tu lagi lambat

hadoiila....

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aaa.. adinda nadia ...

cengkodok putih  x lame lagik nak beranak ..

nko bile lagi?

x kan bersalin jek .. bersalin baju ... biggrinbiggrin

 

adik sasa akira kira kira kira ....

err ... nko pulak bile nak sambung citer?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Errkkk! Err alamak...wak nda..sorry arrr...

Sasha keje kt site smpai jumaat...boleh kumen2 jek pakei tab..

Nk mngarang xboleh lor...tggu buat kije kt opis baru boleh..

Aloo..2 ari leh saboo...ni kan lg shari..

Heheh...nk buek camano..keje kuli cegini la wak nda..

Laenla jd suri rumahlift...hehe...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ayakkk sambung lagi ker..dik cpt2 la smbung ya

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

oit cik kak... berjanggut pe yg sekejap nye tuh? hehehee...

tensen lak aku kenkadang.. bila ku bukak hari2 tak de pulak yg aktip mengepos... citer sume terbantut bantat..

bila ku tak bukak berhari2 panjang berjela pulak enkorang menyembang ek...

naik semput aku nak merempit nak mengabiskan pembacaan tak bermoral ni. tapi aku tak kire, aku nak baca gak....


wak badarudiussamah..... kodok nak nunggu wak bersalin jugak buleh? hehehh...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

aku rs la...

elok kita nmkn citer ni... "Hantu Biskut Chipsmore"

sekejap ada, sekejap tkder...

amacam..?? ok x idea haku...?

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

tak besttt.. hantu ketupat la..

pasal dia timbul bermusim..

cam ketupat la kan,musim2 raya je dia ada....abis raya ketupat tak laku dah.. hahahaaa..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

jual kat ko mmng la x laku....

kalo aku jual kat bini haku....

pehh.... lumayan giler der... hahaha...

ok, apakata kita letak nama hantu cengkodok puteh...?

konfem org tk serem pnyer la...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

huh... langsung tak komer-sial..

cer ko bubuh nama hantu badda-free... musti orang musykill.. antu apakah ini?

tapi antu ketupat la sedap.. hahaa.. mesti orang ingat antu ni kuar taim raya kan.. kann....

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

hantu wak badda...?

ntah haper kbr la org tua tu...?

actually ada kisah psl ktupat ni... tu psl aku pkai nm tu... heh heh..

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

iskk .. antu badar? langsunggg x ade sipi sipi komersial pongg ...

kolo antu cengkatak putih ... okeh la kottt ... pasal org x pernah dengor cangkatakk ... kah kah kah ..

kolo antu ketupat pat lepat lipat ... aaa... pong komersal jugakk ..

antu ketupat bawang ... ngehehehehe ....

 

ketupat ... nko udah kawen hupernyer ... patutlaaa ...

bebaru kawen tuu ... asik bergulit jer ngan bini .. eh bini lak .. isteri ....

tu dunia rasa .. cam ana yangpunyer .. kan kan kan .....biggrinbiggrinbiggrin

nko dapat orang mana Pat? kan ke nko serawakian ... org srwak jugak ke ...

 

aaa .. ape citer makenya nko suke banget ngan nik name ketupat niii?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

eleh pak badar....

kn dulu2 aku pnah gitau pak badar aku nk kawen...

lm dh.. 2 thn lps kalau aku tk clap...

bkn ke aku bjng lg time tu.... lupa la tu... mklumla dh tua, yer x pak badar... hehehe...

ala nm ketupat tu, aku dpt dlm bakul buah jer la... nmpk cam komersial jer... jd aku rembat la.. hahaha...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

dik....15 minit akk pikir dik...agak2 bila la nk dpt bca sambungan citer nie.....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

haaa... kandah cakap citer ni sebulan 1 episod je..

produser tak cukup bajet nak publish...



-- Edited by cengkodok puteh on Thursday 27th of February 2014 10:03:15 PM

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahahah..aduhai klo mcm tu...bila la cite nie nk tamat yer.....


__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

ERRRR... cerita ni mcm xder ending, kan??????????....


__________________

Allah itu Ada...



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

Hoii..pedap plak Aku..cite Xabih..aii aii..

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

mana sambungannya.. ngah sedap2 bc, xhabis upanya...

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

Mane sambungannye??? Mengikut petua orang tua2, muda2, kecik2, besar2..Jika buat sesuatu, sebaiknye buat sampai habis..Eh yeke? Aku tak tau ni petua orang tua2 atau petua time buat sesuatu yang ade kaitan dengan paranormal. Yang aku tau aku dapat kat tv. Mohon disambungkan jika ade freetime...Terima kasih.

__________________

Mencari penawar untuk hilangkan kebosanan dan kesunyian...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard