Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: remaja jadi ikan pari


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:
remaja jadi ikan pari


Oleh WARTAWAN METRO AHAD | metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gempar apabila orang ramai menerima rakaman gambar seekor ikan pari menyerupai wajah manusia yang disebarkan melalui sistem pesanan multimedia (MMS) telefon bimbit dan e-mel.

Rakaman video klip selama satu minit itu menunjukkan rupa seekor ikan pari aneh bersaiz gergasi terbaring di atas katil dalam keadaan nazak dan ia kononnya seorang remaja yang bertukar menjadi ikan pari akibat disumpah ibunya kerana derhaka.

Bagaimanapun, kejadian itu dipercayai tidak benar kerana pelbagai versi cerita disebarkan mengenai lakosi kejadian dan jantina remaja terb a b i t, selain sukar diterima akal.

Kononnya kisah itu berlaku di Johor memb a b i tkan seorang gadis remaja berusia lingkungan belasan tahun yang menderhaka kepada ibunya. Ada juga versi mengatakan remaja itu lelaki.

Dia dikatakan pulang daripada berfoya-foya pada waktu subuh ketika ibunya baru selesai sembahyang dan membaca al-Quran. Remaja itu dikatakan mengamuk kerana mendakwa bacaan ayat suci itu bising dan mengganggu fikiran.

Remaja terb a b i t kemudian dikatakan terus memasuki biliknya. Apabila dia masih tidak keluar dari bilik sehingga tengah hari, ibunya memanggil seorang lagi anaknya untuk memecahkan pintu bilik.

Mereka kemudian terkejut mendapati remaja itu berubah menjadi makhluk menyerupai ikan pari.

Bagaimanapun, wartawan Metro Ahad di Johor yang cuba menyelidik kebenaran dakwaan itu menerima pelbagai maklumat berbeza, dengan ada yang mendakwa ia berlaku di Mersing, Kota Tinggi, Skudai dan Johor Bahru.

Ada juga versi yang kisah berkenaan berlaku di Kelantan dan Kedah. Malah, di Kulim, Kedah cerita itu tersebar dengan khabar angin kononnya kejadian itu berlaku di sebuah rumah di belakang Pejabat Pos Kulim.

Bagaimanapun, wartawan Metro Ahad yang mengunjungi rumah yang didakwa berlaku kejadian itu dimaklumkan penghuninya bahawa mereka turut terkejut bagaimana ia boleh tersebar.

Menurut ahli keluarga berkenaan yang enggan dikenali, dia terkejut apabila secara tiba-tiba rumahnya dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat ‘ikan sumpahan’ itu.

“Semakin ramai orang, termasuk dari Pulau Pinang, berkunjung untuk melihat kejadian itu sejak seminggu lalu hingga merimaskan saya,” katanya.

Berdasarkan laman web sembang di internet pula, kisah itu didakwa berlaku di Aceh, Indonesia, manakala ada juga yang mendengar kononnya ia berlaku di Brunei.

Sementara itu, tinjauan di internet mendapati kisah mengenai seorang gadis berubah rupa menjadi makhluk tertentu menyerupai kera selepas menderhaka kepada ibunya pernah hangat diperkatakan tahun lalu.

Kisah itu kononnya berlaku di wilayah Rushtaq, Oman tetapi hanya disebarkan melalui e-mel, bukan klip video.

Namun, kisah berkenaan reda apabila ada pihak menolak dakwaan itu dan membuktikan imej berkenaan sebenarnya patung yang dipamerkan dalam pameran hasil seni dinamakan ‘We Are Family’.

Pameran itu diadakan di beberapa negara seperti Australia, Itali dan Jepun pada 2003.

Patung itu, yang dicipta ahli seni, Patricia Piccinini, 41, dan dinamakan sebagai ‘Leather Landscape’, diperbuat daripada silikon, plastik tiruan, kulit haiwan dan rambut manusia.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak, Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussein, meminta umat Islam negara ini tidak mudah percaya dengan penyebaran MMS dan dakwaan mengenai makhluk ikan pari itu.

Katanya, ia satu pembohongan yang menyesatkan umat Islam.

“Kita memang mengakui kekuasaan Allah SWT, tetapi apa disebarkan (remaja bertukar menjadi makhluk seperti ikan pari) tidak logik dan tiada rasionalnya.

“Apatah lagi tiada bukti kukuh kejadian itu benar-benar berlaku. Lebih membingungkan, ada yang mendakwa ia berlaku di Kelantan, Johor, Kedah, malah di Indonesia,” katanya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, secara logiknya, jika kejadian itu memang berlaku, tentu pihak berkaitan seperti Jabatan Agama Islam negeri terb a b i t dan polis mengetahuinya.

Justeru, katanya, sesiapa yang pernah menerima atau melihat video klip berkenaan perlu berfikiran lebih waras dan meletakkan agama sebagai asas sebelum memutuskan untuk mempercayainya.

“Pembohongan seperti ini sama seperti dilakukan pihak Barat yang menggunakan teknologi moden untuk mencipta pelbagai perkara tidak logik dalam usaha mereka memecah belahkan umat Islam.

“Tidak mustahil video klip dihasilkan itu adalah hasil daripada kecanggihan pelbagai teknologi moden hari ini,” katanya.

Mohammed Yusoff berkata, umat Islam sepatutnya mengambil iktibar kisah mengenai manusia bertukar menjadi b a b i yang pernah hangat diperkatakan satu ketika dulu.

“Kisah itu memang mengelirukan umat Islam, tetapi akhirnya dapat diredakan apabila tiada bukti mengesahkan ia benar-benar berlaku,” katanya.


ni la akibatnyer menderhaka kat ibu...korang percaya tak citer ni....ade sesape penah tgk video ni tak....apa pendapat anda...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

aku tak pernah tgk lagi video tu pasal handset aku x bleh mms......(handset zmn batu)..


tapi skarang ni byk betul kes anak derhaka yek?.


tu la akibat bila bebudak skarang ni dh canggih sgt!!! (ishk...emosi la plak!)


.....nasib baik aku tak camtu....



__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


datt wrote:

aku tak pernah tgk lagi video tu pasal handset aku x bleh mms......(handset zmn batu)..
tapi skarang ni byk betul kes anak derhaka yek?.
tu la akibat bila bebudak skarang ni dh canggih sgt!!! (ishk...emosi la plak!)
.....nasib baik aku tak camtu....


betul tu datt dorena pun teringin gak nak tgk,tapi hp pun mcm ko juga sayangnyaa x leh tgk.klu boleh tgk dalam email ok le

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:


dorena wrote:


datt wrote:
aku tak pernah tgk lagi video tu pasal handset aku x bleh mms......(handset zmn batu)..
tapi skarang ni byk betul kes anak derhaka yek?.
tu la akibat bila bebudak skarang ni dh canggih sgt!!! (ishk...emosi la plak!)
.....nasib baik aku tak camtu....
betul tu datt dorena pun teringin gak nak tgk,tapi hp pun mcm ko juga sayangnyaa x leh tgk.klu boleh tgk dalam email ok le


tak yah la ssh2 tengok dorena..moh kita gi pasar, tentu jumpa ikan pari ...masak asam best ooooooooo..

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

perghhh..mesti bestkan....kalau panggang pun ok gak tuh......

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

Jgn derhaka kepada ibu bapa.....

__________________
kyo


Senior Member

Status: Offline
Posts: 187
Date:

rie ada video tu.....ye la,orang pakai hp w800i...aku pon tak tahu nak komen camner ngan gambar tu....nampak macam real...nanti la aku suruh rie post dalam forum...

__________________
AkU DaH BoSaN JaDi PoNtIaNak!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:


Mie Penang wrote:

perghhh..mesti bestkan....kalau panggang pun ok gak tuh......

pas tu cicah tempoyak ke, budu ke , cencaluk ke, kan mie kan..sedappppp...mie tambah nasi satu...suma taruh..air tanpa gula satu..hehehe

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

hanim wrote:


Mie Penang wrote: perghhh..mesti bestkan....kalau panggang pun ok gak tuh...... pas tu cicah tempoyak ke, budu ke , cencaluk ke, kan mie kan..sedappppp...mie tambah nasi satu...suma taruh..air tanpa gula satu..hehehe

hanim nie..mesti selalu mkn nasi tambah..hehheh...

__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 532
Date:

aku penah tengok video tu ntahler nak kater btulpun sangsi jugak sebab sampai ade bacer surah yasin.muker plak dah macam alien....tapi hasil siaaasatan aku r,bende tu tipu r

__________________
brutal tak aku?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

eh...ye ke tipu kiamorion?? ye ke..ye ke??

-- Edited by datt at 16:09, 2006-02-10

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.
fun


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

Ooo...cam 2 citernye...


ape2 pun hanya TUHAN saja yang tahu akan kebenaran citer ni...


kalau tak betul biole stop sampai kat cni je...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

jgn terlalu percaya akan kejadian ni,tapi kena ambil sebagai pengajaran


jgn derhaka pada ibubapa

__________________
love is everything or nothing


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

DUNIA AKHIR ZAMAN KATAKAN!!!!!


TULAH JANGAN TAK INGAT NAK HORMAT MAK BAPAK!!!!!!


JANGAN SESEKALI NAK DERHAKA KAT MAK BAPAK



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

aku pun dah tgk gambar tu..nampak cm real je deme buat..siap mate boleh kedip lagi..tapi ape pekdahnya diarang buat camnie..nak menginsafkan ker atau juz 4 fun? bagi aku, klu nie tipu pun, amik yg baik je la.."jangan derkaha"..

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


abby wrote:

aku pun dah tgk gambar tu..nampak cm real je deme buat..siap mate boleh kedip lagi..tapi ape pekdahnya diarang buat camnie..nak menginsafkan ker atau juz 4 fun? bagi aku, klu nie tipu pun, amik yg baik je la.."jangan derkaha"..

ye ke ko pernah tgk dorena blm pernah tgk lagi

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

ko nak tengok ke dorena? bg aku email ko..aku send nnt

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

kun fayakun......tidak ada yang mustahil....semua tuh atas kuasa-Nya.....

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

sekarang dunia dah macam tak stabil dah kan..macam2 tuhan dah tunjuk satu persatu..tapi pemikiran kita masih menafikan lagi.satu satu perkara pelik muncul..menandakan dunia dh tua.takut dan insaf plak aku..

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

remaja jadi ikan pari ni tak pelik lagi abby...

dalam forum ni lagi banyak kena sumpahan akibat dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan....contohnya:

• Bijan disumpah jadi dubuk - akibat mencuri selipar di masjid

• Gabriel disumpah jadi tenuk - akibat merogol ayam pada tahap tidak terkawal

• Yusran disumpah jadi pokok kelapa - akibat melakukan hubungan sumbang dengan kawan sebilik dia

• Abby disumpah jadi budak kecik dan kena demam kuning akibat suka menonton filem kuning

Tak larat aku nak sebut semua... semuanya kena sumpah


__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

pandai le ko rie...aku bukan kene sumpah coz nengok cite yellow, tapi disumpah jadi baby coz aku nie comei tak terkate.. yang ko lak disumpah jadi tengkorang coz...apee ar...geng back up!

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..
Anonymous

Date:

Video tu tak dak la pulak, tapi wanita yg disuruh bogel kat lokap tu adalaa.....

__________________
yie


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

betul tu...ak sokong 200%.coz ibu bapalah tmpt kte mengadu....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

sadis betul la memikirkan zaman sekarang ni........

aku pun pernah gak tengok terus meremang segala bulu yang ada..

zaman dulu2 mana ada yang berani nak melawan cakap ibu-bapa tapi zaman

sekarang siap boleh maki hamun lagi.......

bukan salah ibu mengandung
tapi salah @!#!@ tak pakai sarung

itulah jadinya.....

__________________
~apa ada pada nama~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard