Saya ingin mendapatkan pandangan doktor mengenai satu produk yang dikatakan mampu membuatkan lelaki bertahan selama 30 minit ketika bersama isteri.
Pengedar mendakwa produk ini 100 peratus daripada herba dan mempunyai pengiktirafan badan farmasi.
Adakah berbaloi saya membelinya kerana ingin bertahan lama bersama bakal isteri pada malam pertama nanti?
Faiz
Pahang
Saudara belum berkahwin tetapi sudah fikirkan perkara yang belum berlaku iaitu masalah cepat klimaks. Perempuan yang belum berkahwin pula sering fikirkan kesakitan yang bakal berlaku ketika melakukan hubungan kelamin pertama kali.
Sebenarnya kedua-dua perkara ini bukan masalah. Kebanyakan lelaki yang melakukan hubungan kelamin pertama kali akan cepat klimaks. Tapi ia boleh diulangi jika keadaan mengizinkan dan lama-kelamaan ia akan menjadi lebih stabil dan terkawal. Kenapa pula perlu menggunakan gel, ubat sapu atau produk yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi.
Mustahil gel atau ubat sapu itu dapat melakukannya kecuali bahan kandungannya membuatkan kulit tidak selesa atau pijar dan menghilangkan rasa geli hingga hubungan intim tidak selesa.
Adakalanya ubat sapu menyebabkan keadaan tidak selesa hingga tidak terasa mahu klimaks. Bayangkan bahan yang digunakan itu memijarkan kulit seolah-olah membakar atau meradangkan kulit dan kesudahannya kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan rosak dan mengelupas. Ini yang berlaku apabila bahan pemijar seperti gambir Sarawak, minyak cengkih, kecubung dan minyak kayu putih digunakan.
Mengenai produk yang saudara maksudkan, saya diberitahu pengedar mengiklankannya dengan menggunakan gambar saya di dalam Facebook.
Sebenarnya saya tiada kena mengena dengan produk ini dan seperti yang saya jelaskan, ia produk tiruan dan maklumat yang diberi hanya untuk tujuan pemasaran. Mereka menggunakan gambar saya tanpa kebenaran, sekali gus menunjukkan produk itu menipu pelanggan.
Jangan mudah percaya pada produk yang dijual melalui Facebook atau mana-mana laman sosial kerana itu hanya cara pemasaran. Anda perlu rujuk kepada Kementerian Kesihatan dan dapatkan maklumat tepat sebelum menggunakan sebarang produk. Jika memerlukan maklumat tepat, berhubungi saya melalui e-mel dr_tambi@yahoo. com.
________________________________________________________________________________________________
ps: alat sulit ni sesuatu yg sensitif, pendedahan pada campuran2 atau bahan2 kimia utk menjadikan ia rasa kebas atau apa2 yg menjadikan ia dapat bertahan lebih lama, kalau diambil secara berterusan akan mendatangkan kesan sampingan. Bayangkan jari telunjuk, kita sapu dgn sesuatu supaya ia merasa kebas, dilakukan secara berterusan utk beberapa tahun, rasanya tak lama jari ini akan tak berasa apa2 lagi pun. Inikan pulak alat sulit lelaki yg lebih sensitif dari tu.
Jgn sebab nak tahan lebih beberapa minit, sampai tua kena bergantung pada suppliment setiap kali nak bersama pasangan. Tak perlu jadi gagah dan mampu bertahan sampai 1 jam, walaupun sekejap, 5 minit pun kalau dua2 sampai hajat, insyaallah bahagia hubungan.