Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah anak derhaka (korang mesti baca tau)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:
kisah anak derhaka (korang mesti baca tau)


jgn marah atau boring just baca, bagus ni untuk peringatanKisah Anak Derhaka

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -
gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka
bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di
matikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din,
kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak
dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar
dari kubur ? Aku tak fahambah," jawab saya. Memang saya tak faham
kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata
Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada
seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia
pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah
nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam
tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah
serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata
beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari
Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang
daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan
memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu
membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab
ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing
manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan
jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit,"
balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab
ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata
keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya
tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi
belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "
kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya
perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis
tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar,
suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut
keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi
nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil
ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya
itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa
gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu
di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang
pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi
berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam
kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu. " Tapi bila budak
perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia
seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah
payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun
apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis
mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta
pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak
boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang
berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk
untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut
menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis
memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap
terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata
si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarangayah pun
tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu
menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air
matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...
Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil
memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik
keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-
ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama
mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak
dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja...
kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas
imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk
talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan ,
ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia
menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada
ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama
sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah
aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok
apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang
motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah
berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di
situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-
sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut
kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula
beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta
pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis
berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan
saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang
ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan
kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada
saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ;
tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis
berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya
saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil
menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida
sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya,
lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun
tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut
langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia
sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka,
cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan
mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya
emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku
bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat
mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan
itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di
benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan
keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia
tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan
malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik
beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan
berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri
oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis
berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar
orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis
yang derhaka.






__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

tima kasih hanim dorena terharu sgt2,rasa sedih,sebak n lain2 lg.

jgn la kita sesekali menderhaka pada ibubapa kita tanpa mereka siapala kita.jgnla hantar org tua kita ke rumah org tua.


Korang ada baca tak METRO ari ahad(maybe) disumpah oleh ibu menjadi ikan pari.dorena pun dgr dari org kampung cerita.


__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

ishk...sob!...sob!...

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


datt wrote:

ishk...sob!...sob!...

ko jgn nangis nanT dorena nangis sekali

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:


dorena wrote:


datt wrote:
ishk...sob!...sob!...
ko jgn nangis nanT dorena nangis sekali


kt sama sama nangis, tp sebab apa? tu la lain kali jgn melawan ckap mak bapa, siapa susah ...aku juga

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

ish..ish..sob..sob..sop..sop..sip...sedihnyer....mmg patut dia dpt balasan cam tu....jgn sesekali menderhaka kepada ibu bapa....al fatihah utk ibu bapa yang dah xde..sedekahkan al-fatihah wlupun mereka telah tiada..


amin..aku pun dah baca org kena sumpah jadi ikan pari tu...tapi pihak polis menafikan



__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


kyo_krol wrote:

ish..ish..sob..sob..sop..sop..sip...sedihnyer....mmg patut dia dpt balasan cam tu....jgn sesekali menderhaka kepada ibu bapa....al fatihah utk ibu bapa yang dah xde..sedekahkan al-fatihah wlupun mereka telah tiada..
amin..aku pun dah baca org kena sumpah jadi ikan pari tu...tapi pihak polis menafikan


ye ke kyo entah betul atau tak ikan pari

__________________
love is everything or nothing


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 82
Date:

mmg sadis tul citer ni..pertama kali aku megeluarkan air mata sejak 1000 thn yang lalu

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard