Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pendayung Sampan...


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:
Pendayung Sampan...


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir
seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?"
Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara
lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati,



Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu.
Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini,
kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan."
Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan
itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh
menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika
tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita
sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh
dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu
yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada
pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...

 


p/s--> citer ni penah lecturer aku citerkan masa dalam kelas electronic...masalah kitaorg ambik chemsitry..pastu ada salah sorang kwn bertanya,kenapa wajar kitaorg blajar elekrik walhal xde kena mengena pun...so,skrg baru aku phm maksud lecturer aku tu...kita x semestinya bergantung harap pada satu2 ilmu saja..byk lagi ilmu yang diterokai di dlm dunia ni



__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

kalo IQ tarak....berenang pun tak pandai...camane plak tu??

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

betul tu kyo dorena sokong selagi kita hidup kita hendaklah menimba ilmu byk mana pun.tuk menjamin masa depan kita.

__________________
love is everything or nothing
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard