Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tips nak tau saper MBA dlm dunia cyber


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:
tips nak tau saper MBA dlm dunia cyber


Tau kan MBA tu apa?... bukan Master of Business Admin tau... tapi Married But Available..atau bahasa mudahnya tu Dah Kawin Tapi Mengaku Bujang... Bukan tak boleh berkenalan ngan suami orang ni, tapi at least biar le kita tahu status nya awal awal ek..so kita tahu meletakkan kedudukan kitaikut citarasa masing- masing la. Kalau dia ngaku awal awal takpe..masalahnya ni takut MBA tapi ngaku bujang

Sya sekadar ingin berkongsi pendapat atau tips tips yang mungkin boleh digunapakai berdasarkan pembacaan, pemerhatian, perkongsian dan pengalaman sya atau orang lain ... bukan la nak kata sya ni expert sangat pasal menda ni... ..mungkin rakan lain mempunyai tips lain yang boleh dikongsi bersama... sila sila la tambah ya... sorry article ni agak panjang

so ni le antara tips tips yang boleh diperiksa dan dianalisis :

1. Berumur 35 tahun ke atas...

Bukan bermakna , semua orang yang berumur 35 tahun ke atas tu mesti MBA... . sebab ada jugak yang berumur 50 tahun pun masih anak teruna sunti lagi kan... Tapi maksudnya tu, kalau dah 35 tahun keatas tu kebarangkalian untuk seseorang lelaki tu dah berkahwin adalah tinggi. So kena lebih banyak soal selidiknya... . tapi kemungkinan jugak dia seorang duda... so korek korek le sikit statusnya tu... kalau sidia tu dah 35 tahun ke atas ...

2. Lebih Daring... Lebih Berani

Kalau nak berkenalan dengan kita tu... wah., caranya cukup advance... cukup macho cukup gentleman.tak malu malu..tak segan segan... direct to the point, lagaknya ... macam cukup berpengalaman tentang hal ehwal perasaan wanita ni... .Cara lelaki bujang berkenalan dan memulakan perkenalan biasanya sedikit berbeza ..kebanyakan lelaki yang masih bujang ni ( or lebih tepat lagi yang tak penah kawin ), kalau ngan pompuan ada sikit segan silu dan malu malu kusingnye... kalau yang dah kawin ni... kiranya macam dah tak eran le ngan orang pompuan ni... berpengalaman la katakan ... nak segan apa ye tak?

3. Lebih terbuka tentang hal ehwal seks

Cuba perhatikan komen komen mereka dalam forum atau dalam chatting atau sebagainya, Biasanya kalau orang dah berkawin ni, kalau membincangkan ttg isu isu berkaitan seks, mereka lebih berfikiran terbuka, lebih berterus terang, tak segan silu... . kalau yang bujang ni..mereka tak berani nak komen lebih lebih... kalau komen pun, biasanya tu seboleh mungkin ayat tu disusun elok elok agar kurang menjolok mata agak bertapis la kiranya

4. No telefon yang diberikannya

Cuba tanyakan no hp nya... .. kalau dah kawin , kita tanya no hp dia bagi no telefon opis je... tak menjawab soklan betul kan. Tak berani nak bagi no hp la tu , takut kang kita call dia masa dia ngan bini dia.. ... tapi ada gak MBA yang betul betul pro... ada hp dua tiga bijik macam sorang yang sya pernah kenal tu kan ( sapa la agaknye ek ) ... ..orang camni susah gak, sure dia tanpa teragak agak memberikan no hpnya , sebab satu hp untuk isteri pertama, hp satu lagi untuk gf no 1 , hp satu lagi untuk gf no 2... . so kalau lebih berani lagik, tanyakan saja no tepon rumahnya... . dia bagi ke tak? Ada tu , masa berkenalan, dia tak bagi no hp dia, tapi dia tanyakan dulu apa no hp kiter pastu kalau kita mintak no hpnyerdia kata , nanti dia je yg callHmmmm pelik tu?

5. Lebih romantik, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih matang ... .

Hmmmm yang ni pun tak semestinya betul la kan... tapi kalau kita rasa lain macam je... . kalau kita rasa tingkah lakunya macam orang berpengalaman ... .lebih segala-galanya... kita kena siasat lebih sikit... kenapa agaknya? adakah memang sifatnya macam tu... ? sebab dari pemerhatian sya kan... .. banyak beza tingkah laku orang bujang dengan tingkah laku orang dah berkahwin ni terhadap orang pempuan... orang lelaki yang yang tak penah kawin ni biasanya... brutal sket... macam tak reti sangat jaga ati orang pompuan, ada jugak yang pandai jaga ati, romantik, lebih prihatin dan sebagainya ni kan... tapi kalau ikut difikir fikir la kan, orang camni sure awal awal lagi dah kena booking, sure baru masuk 26 tahun dah berderet awek nak kat dier so sure dah kawin ek ... .. hmmm camne nak explain yer... pokoknya korang dapat rasa le ada bezanya tu... trust your instinct.

6. Masa dia menghubungi anda

Bagi yang perkenalan di internet dan dah berlanjutan ke peringkat call mengcall ( harap wm tidak ban article ini kerana mencampur adukkan bahasa melayu dan inggeris ) , cuba buat analisis masa bila dia rajin call kita ... Kalau dia asyik call masa siang je... waktu pejabat je... atau dia rajin call masa dia outstation je.waktu malam jarang call ... samting long samwer. Cuba plak call balik terutama waktu malam, kalau asyik takde sapa angkat... atau asyik off je... tu kena siasat le sket... cuba cuba la tanya kenapa ? kalau dia jawab , tepon abis bateri ke,... dia tak dengar ke,... . tepon tinggal kat rumah ke? tinggal kat opis ke, be a bit suspicious , kalau dah tiap malam asyik abis bateri je suh dia beli bateri baru, kalau dia kata tak dengar tepon bunyi kat bilik, suh dia besarkan volume asyik macam macam alasan je. Haiiiii ni bateri abis keeeeeeatau mem ada kat sebelah ? hehehhee ... Tapi kita jangan la soal siasat dia macam polis tengah interview penjenayah ke apa? Kita tanya dengan selamba sambil gurau gurau le supaya dia tak perasan kita dah suspicious kat dier.

7. Alamat rumah dan tempatnya berkerja

Yang ni bukan tips apa la kan, Cuma cuba la tanya menda menda macam tu? Kalau dia teragak agak nak bagi, tu maknanya ada 3 sebab je : pertama dia tu agen FBI, CSI atau KGB, kedua dia tak interested nak berkenalan lebih jauh ngan kita, ketiga- dia tu suami orang atau pun penipu beso , takut kantoi. Kalau dia dah bagi, cuba cuba la siasat alamat yang di beri tu, kot kot ada kawan kita yang tinggal sebelah umah dia ke? Kerja depan opis dia ke? Tu pun kalau kita pun interested dengan dia, kalau kita pun tak berminat, wang Karen kita je pi menyiasat, kut suke dia la nak duk mana pun kan

8. Perhatikan dan ingat segala ceritanya

Ni bukan apa la kan, Cuma nak detect orang tu penipu ke tidak. Biasanya orang yang menipu ni kan, cerita dia berubah ubah. Maklum le create cerita berdasarkan keadaan semasa sebab nak idup, sesedap mulut bercerita dan telinga mendengar oppsss dan juga sesedap jari menaip. So mana le nak ingat sumer lain le kalau betul betul terjadi kan. Hari ni cite lain , bulan depan kot citer lain plak. Kalau berani , cuba le recall balik citer yang pernah dia ceritakan dulu dengan bersahaja masa berbual, maksudnya tu selit selitkan dalam perbualan, jangan le nampak sangat macam nak memerangkap. Pelanduk saja yang selalu lupakan jerat kan. Bukan apa, kalau dalam bercerita hal hal lain pun dia boleh menipu,, tak mustahil bab status dia pun , dia boleh menipu jugak. Sekali sekala bagi dia kantoi . best tuuuuu. Tapi kalau dari gerak geri, dia selalu consistent dengan citernya.kita tak yah le berperasangka buruk. Kebenaran selalu mencari jalannya untuk kelihatankalau dia penipu soon or later..ketahuan juga.

9. Be open minded ( Berfikiran terbuka )

Ok ni bukan tips apa la kan, ini tips untuk kita sendiri. Bila kita berkenalan dengan MBA MBA ni kan ( waktu tu ..kita tak sure lagi dia MBA ke tidak ) , biar le berfikiran terbuka, jangan cepat melatah, jangan cepat mengutuk, jangan cepat marahcool selalu bak kata wm. Sebolehnya do it sincerely dgn jujur . Tapi kalau tak boleh nak open minded gak sebab semula jadinya kita ni tak open minded, so cuba cuba la berlagak open minded hehehhe. Jangan la kalau dia tanya pendapat kita pasal poligami , kita dok marah marah ke. Atau kutuk para para suami yang ngaku bujang ni sampai bersembur sembur ayaq liuq orang penang kata. Tunjukkan le kita ni berfikiran terbuka, tunjukkan ngan dia kita tak salahkan para suami yang ingin berkahwin lain ni, tunjukkan kita pendengar yang baik kalau dia nak ngadu apa apa pun, jangan cepat mengkritik . So, bila kita tanya dia dah kawin ke belum, kalau dia dah kawin pun dia tak teragak agak nak berterus terang , sebab dia tahu kita boleh terima statusnya dan berfikiran terbuka. Cuma setelah dah tahu yang sebenar tu, terpulang kut kita le nak ke tak nak. Bukan apa , kalau kita dah tunjuk yang kita ni alergik betul ngan suami orang ni, antara dua la , sama ada dia belah je ( kira ok lagi kalau itu yang kita nak ) ..tapi kalau dia dah suker giler kat kita dan tak nak kehilangan kiter. Tup tup dia ngaku bujang , supaya kita tak belah naya la plak? Atau pun , dia saja nak pekena kita .. dalam ati dia dok berkata camni oooo kau alergik sangat ngan suami orang ek, ok takpe.bia kita bertemu buku ngan ruas haaaaani pun kes naya gak ni.

10. TIPS PALING MUDAH SEKALI..

Ok ni , tips paling best, paling senang .. dan praktikal sekali. Susah susah sangat kita dok piki dok sangka sana sangka sini, macam la antenna kita ni power sangat nak mentafsir prilaku orang . Senang citerkita tanya je direct to the point. Cik abang ni dah kawin ke belum ? saya rasa macam dah kawin je? haaaa. Kadang tu, kita ni suka sangat assume tapi tak berani nak tanya. Dah tu bila dah terkena. Kita kena tempelak balik Apsal abang tak cakap abang dah kawin?..nanti dia jawab Abih tu, awak tak pernah tanya. Camne saya nak jawab. Kan tu namanya salah sendiri tu. Mostly lelaki yang normal kalau kita tanya tu , sure dia jawab yang betulnyewalaupun kekadang tu cuba gak nak corner baring sana sini kan. Takpe tanya jebiar le dia corner baring sampai cecah lutut kan ( Peringatan : Lelaki yang tak berterus terang tu maknanya lelaki tak NORMAL hehehheheh )

So tu lah antara tips yang sya bleh fikirkan, banyak lagi tipsnyamungkin ada yang boleh tambah. Ni untuk tips takat baru kenal kenal kat internet tau.belum lagi ke tahap dah berjumpa..kalau dah jumpa in person tu, lagi banyak menda kita bleh perhatikan. Actually , sya lebih percaya kepada instinct atau naluri , kita orang pompuan ni , kalau bab instinct ni memang lebih power dari lelaki, kerana memang kita diciptakan oleh Allah lebih sensitif dan peka kepada persekitaran kita, sebab kita diciptakan untuk jadi seorang ibu, so instinct kena power. So, kadang kadang kita dapat rasa samting rong samwer, Cuma kita nak percaya dengan tidak je ngan naluri kita. Dan kebanyakan kita, selalu cuba nafikan apa yang naluri kita rasa, sebab dah sayang la..sebab takut kehilangan la Sometimes, we need to trust our instinct.

PERINGATAN : SEGALA TIPS DIATAS TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI BAGI MBA BERTARAF PRO atau MBA YANG SIKIT LAGI NAK SAMPAI PHD.



__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

ehehehehehehehehehehe......

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard