Setelah habis mengeluarkan air mata dek kerana merajuk ditegur oleh senior kerana mengpos melebih-lebih ntah apa jadah dlam gc, ku gagahkan jua mengepos lagi satu cerita untok tontonan warga gc semua....................................................................................
Aku rasa, dah tiba masanya untuk aku kongsikan pengalaman angker aku selama 8 bulan straight yang aku mention sebelum ni. Tetapi, untuk mengetahui kisah tu, perlulah terlebih dahulu mengetahui kejadian-kejadian lain sebelum angker 8 bulan tu. Kerana kejadian-kejadian tersebut ada kaitan dengan angker 8 bulan.
p/s: aku memutuskan untuk memberi judul kisah aku tuSekolah Angker Lapan Bulan (SALB).
Macam yang aku brief di perenggan atas, aku perlu ceritakan kejadian-kejadian sebelum SALB. Mungkin tajuknya boleh dijadikan seperti di bawah:
Sekolah Angker Dua Minggu
Aku menjejak kaki di sekolah aku pada tahun 2003, ketika usiaku 13 tahun, aku bersyukur kerana menjadi salah seorang student sekolah yang agak berprestij di negeri Sabah. Ada seorang senior form five ni, rajin melawat dorm adik-adik form one. Of coz lah nak makan stock junior, kan? Malam-malam dia akan datang lepak-lepak. Sambil-sambil tu kami budak-budak form one rajin lah bertanya pasal kisah-kisah sekolah kami.
Menurut senior aku ni, pada tahun 2002 (yakni setahun sebelum batch aku masuk), sekolah aku nyaris kena saman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia disebabkan menutup sekolah tanpa kebenaran. Semua pelajar time tu diarahkan balik di rumah masing-masing (lupa nak mention, sekolah aku sekolah berasrama penuh). Puncanya, selama dua minggu, sekolah aku diserang histeria!
Persoalan: kenapa sekolah aku tiba-tiba diserang histeria?
Alkisah, tak tahu sahih ke tidak, sekolah aku bakal jadi tuan rumah untuk HKSBP zon Sabah/Sarawak/Labuan. Jadi pengetua aku nak sekolah aku ni nampak gempak, sebabnya sekolah aku ni didirikan di kawasan hutan (kiri kanan hutan, kau berani?). Ada beberapa pokok tua yang tinggi menjulang ni, mencacatkan pemandangan sekolah aku tu. Antaranya pokok tua yang terpacak di depan blok asrama puteri.
Sewaktu hari penebangan pokok tua tu, semua warden dan orang-orang kuat sekolah aku (pengetua, PK HEM, Penolong Kanan) turut berkumpul untuk saksikan pokok tu ditumbangkan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua (macam orang asli) menghampiri pengetua aku sambil berpesan, Jangan ditebang pokok tu. Biar saja di situ.
Tau apa jawab pengetua aku? Dia jawab macam ni, Who are you? You get out from my school! Crazy old man! Get out! Sebelum pergi, lelaki tua (yang muncul entah dari mana tu) memberi amaran, Kamu semua berjaga-jagalah selepas ni!
Bersambung...
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
ok lah....kite sambung yer......abam g_preedom jgn kocik ati yeerrr...hehehehehehehhheeeeheheeehhheeeeeheeheheheheheeeeehhhhheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......
Sekolah Angker Dua Minggu:Serangan Pertama
Gangguan pertama bermula kat seorang aspuri (singkatan untuk pelajar asrama puteri) form 3 tahun tu. Dia ni rajin stay up malam (agak klisye kan? Tapi standard lah, memang ada orang jenis kaki study macam ni). Lepas dia habis study, dia pun prepare untuk tidur. Sebelum tu dia ke tandas, buang air dan gosok gigi.
Sewaktu dia berus gigi tu, dia perasan yang ada seorang aspuri ni dah lama berus gigi di sinki hujung sekali. FYI, lampu bilik air asrama aku ni jenis yang mentol warna oren tu. Kalau malam, memang seram jugak lah. Itu pun ada mentol yang dah tak menyala.
Memandangkan aspuri di hujung sinki tu berus gigi terlalu lama, yang aspuri form 3 ni dok perhati je lah member sorang tu sambil dia berus giginya sendiri. Tiba-tiba, aspuri di sinki hujung tu menoleh, membalas pandangan budak form 3 ni!
Alangkah terkejutnya budak form 3 ni, apabila dia dapati, yang aspuri tu gosok gigi guna pisau saiz kecil!!! Berdarah-darah mulut aspuri tu! Budak form 3 ni tak berlengah, terus cabut keluar dari bilik air. Dalam kelam-kabut nak keluar tu, dia tertembung pulak dengan aspuri lain yang nak masuk bilik air.
Jangan masuk! Cepat lari!!! ujarnya sambil tarik tangan aspuri sorang ni. Tapi aspuri yang baru nak masuk ni sentap tangannya sambil menarik budak form 3 ni dekat dengannya. Kamu takut sama kami, ya? soal aspuri kedua tu dengan nada gemersik.
Bila dilihat wajah aspuri yang kedua ni, wajahnya bersih licin! Bukan bersih licin kerana guna Fair n Lovely atau Biore! Tapi tiada rupa! Wajahnya kosong! Entah macam mana dia boleh bercakap, budak form 3 ni pun tak tercapai akalnya. Sementara tu, aspuri yang gosok gigi guna pisau tu makin dekat... makin dekat... BOOM!!! Serangan histeria di sekolah aku bermula!
p/s: Ini cerita dari senior aku. Kalau tipu ceritanya, maka tipulah jugak apa yang aku dengar. Kalau motifnya nak takutkan batch aku, maka motifnya tercapai. Sebab malam tu kami upah dia dengan stock makanan yang banyak supaya dia tidur dalam dorm kami. Huhuuh...
Bersambung...
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Sekolah Angker Dua Minggu:Berkejaran Di Padang Sekolah
Sejak serangan pertama tu, menyusul pulak siri-siri kerasukan dalam kalangan aspuri. Aku cerita ni tak ikut kronologi memandangkan aku belum menjadi pelajar di sekolah tu pada tahun kejadian. Jadi, korang layan je lah, OK.
Ekceli aku macam dah lupa-lupa ingat cerita senior aku ni. Tapi yang agak femes time tu, detik-detik penyerahan habitat baru kepada keluarga jin yang kehilangan rumah lama dorang. Rumah lama dorang, yang pokok tua kena tumbang tu.
Sesi persekolahan aku tergendala pada hari kemuncak (time ni dah dua minggu sekolah kena serang. Kiranya ni hari terakhir.). Terlalu ramai aspuri yang kerasukan hari tu. Meracau sana-sini. Nasib baik takde sorang pun pelajar aspura yang histeria. Maybe aspuri-aspuri ni lemah semangat kot.
Antara cerita lawak yang aku dengar, time pengetua sekolah dan penolong kanan aku menghalau jin. FYI, kedua-dua mereka ni orang yang paling garang dan digeruni di sekolah. Ada seorang budak aspuri ni sedang ditenangkan oleh beberapa pelajar yang tak dirasuk. Kebetulan pengetua sekolah dan penolong kanan lalu di situ.
Pengetua aku dengan brutalnya mencekik aspuri tu sebelah tangan, sementara tangan satu lagi dia guna untuk tolak-tolak dahi aspuri tu. Sambil tu dia jerit kat aspuri yang kena rasuk tu, I warn you! You better get out from her! Or else I kill you! Get out!!! Serta-merta pengetua aku kena ludah oleh aspuri tu.
Pengetua aku cepat-cepat lap mukanya. Time tu lah, aspuri tu ambil kesempatan melarikan diri sambil ketawa terkekek-kekek. Penolong kanan yang menyaksikan insiden tu terus ambil motor dia kejar budak tu sampai ke padang. Student lain dok perhati adegan kejar-mengejar tu dari tingkap kelas masing-masing.
Pada awal adegan kejar-mengejar, budak tu lari sambil di belakangnya diekori penolong kanan yang bermotor. Agak lama pusing padang, budak tu hilang. Penolong kanan buat beberapa pusingan di padang, cari budak tu. Rupa-rupanya budak tu dah pengsan di padang tu. Budak tu kemudiannya dibawa balik ke asrama.
p/s: Nanti aku sambung. Solat isyak jap. Assalamualaikum.
Bersambung...
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Terakhir untuk kisah angker dua minggu. Time babak kejar-mengejar berlaku di padang sekolah, lain pulak kisahnya di dalam kelas pelajar form five. Time tu ada beberapa aspuri meracau-racau, terjerit terpekik. Memandangkan keadaan tak terkawal, semua pelajar aspura disuruh balik asrama. Cuma segelintir je yang stay untuk tolong cikgu-cikgu handle aspuri-aspuri ni.
Semua aspuri dikumpulkan di dewan besar sekolah. Lepas tu ada ustaz dari luar datang. Entah apa yang dia bincang dengan pengetua sekolah aku, takde siapa tahu. Lepas tu, dia macam doa-doa dan buat kerja dia. Rupa-rupanya ustaz tu buat deal dengan keluarga jin tu untuk beri rumah baru untuk dorang.
Sebenarnya kediaman baru keluarga jin tu (sepatutnya) rahsia. Hanya orang tertentu je yang tahu macam pengetua dan warden. Alih-alih terkantoi lokasi kediaman baru jin ni apabila salah satu anak jin ni terpisah dari keluarganya.
Kisahnya macam ni. Antara solat Maghrib dan Isyak, sekolah aku buat bacaan yassin dan solat hajat (p/s: Maghrib di Sabah sekitar pukul 6pm, Isyak sekitar pukul 7pm). Alhamdulillah, dah takde serangan histeria. Prep malam start pukul 8pm.
Ada satu kelas ni, tiba-tiba je sorang aspuri menggelupur atas lantai kelas. Rupa-rupanya kena rasuk. Student ingat dah habis serangan tu. Beberapa orang aspuri ajak sembang dengan aspuri yang kena rasuk tu. Kata jin tu, dia sesat. Entahlah betul ke tak kata jin tu, sebab jin ni suka bohong.
So, ada warden ni datang. Dia cakap, Bawak dia ke bilik ERT.
Bila dah sampai bilik ERT, jin yang masuk badan budak ni dipujuk supaya keluar. Makan masa jugak nak suruh dia keluar. Last-last dia keluar. Pelajar-pelajar yang escort aspuri tu rasa semacam je dalam bilik ERT. Macam udara di situ mampat, sesak. Then, mereka buat konklusi bahawa bilik ERT tu adalah habitat baru keluarga jin tu.
p/s: Bilik ERT sekolah aku sebijik macam rumah. Siap ada katil king size, peti sejuk, mesin jahit, mesin basuh, dan lain-lain. Nama pun ERT, Ekonomi Rumah Tangga.
Lepas kejadian serangan dua minggu tu, sekolah aku request kat KPM untuk tutup sekolah selama dua minggu, tapi tak diluluskan. So, sekolah aku dicutikan lima hari je untuk kerja-kerja pagar sekolah.
p/s: Nanti aku share pasal yang aku alami sendiri pada tahun 2005. Dari bulan Januari sampai bulan Ogos, sekolah aku diserang!
Sedikit kisah-kisah pendek (yang takde kaitan) sebelum dikisahkan angker lapan bulan yang berepisod-episod tu. Kejadian ni aku alami di sekolah aku ni. Tak banyak, tapi dialami oleh almost student sekolah aku.
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Sekolah aku ni ada team dikir barat. Dorang selalu buat latihan di dewan besar sekolah. Memang dengar lah dorang berdikir barat ni sampai ke asrama. Team dikir barat sekolah aku selalu buat show sempena event2 besar kat sekolah aku.
Ada sekali ni, sekolah aku jadi tuan rumah untuk pertandingan dikir barat bertemakan bahaya HIV. So, pengetua aku suruh dorang berlatih sungguh-sungguh, sebab kalau kalah, memalukan sekolah sebagai tuan rumah dan boleh menjejaskan nama sekolah yang time tu nombor satu di Sabah (sekolah aku selalu bersaing nak jadi sekolah nombor satu Sabah dengan SBP yang satu lagi).
Oleh kerana pressure dari pengetua, dorang pun buat latih giler kaw-kaw. Misteri bermula pada satu malam, time semua tengah tidur, tiba-tiba kedengaran paluan gong dari arah dewan besar. Aku sebenarnya tak sedar pasal tengah tidur time tu. Tapi dormmate aku kejutkan aku, tanya sama ada aku dengar ke tak bunyi paluan gong.
Pastu aku diam, dengar dengan teliti. Gong... gong... GONG! bukan bunyi anjing menggonggong okey. Itu bunyi gong dalam bentuk tulisan. Hahaha... Lama-lama semua dorm bukak lampu, giler engkau, semua bangun pukul 2 pagi disebabkan bunyi tu. Asrama puteri pun dengar paluan gong tu.
Esok dan hari seterusnya, latihan dikir barat buat time petang je. Dah takde latihan waktu malam.
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Sekolah aku buat rentas desa, ni acara tahunan. Student lelaki akan lari jauh sikit dari student perempuan. Check point pun beza, aspuri lencong kiri sekolah, aspura lencong kanan. Memang tak akan bertembung punyalah dengan dorang kalau tengah lari.
Nak dijadikan cerita, aku dengan sorang junior sedang meneruskan larian. Dah masuk area kampung belakang sekolah aku. Kampung tu kecik je, dalam hutan pulak tu. Masa tu aku perasan yang aku dengan junior aku tu je tengah lalu kawasan kampung tu. Maybe aspura lain ada yang dah lepas kawasan tu, atau masih ketinggalan di belakang.
Tengah kami berdua lari, bertentangan dengan kami, jauh di depan, nampak macam kelibat orang tengah jalan. Slow sangat. Bila kami berdua makin dekat dengan orang tu, kami agak kaget. Sebab orang tu perempuan tua bertongkat jalan terbongkok-bongkok. Nenek kebayan kot! Bila nenek kebayan tu senyum menyeringai dengan kami berdua sambil cakap, Cu..., kami apalagi, lari sekuat hati.
Apabila nampak kumpulan lain di depan, baru kami lari slow. Kumpulan lain ni tak terserempak pulak dengan nenek yang kami maksudkan. Tetapi, sebenarnya ada kumpulan lain yang turut nampak nenek tu. Ceritanya macam ni:
Standard budak asrama, mesti ada yang kaki fly. Fly mestilah buat waktu malam, kan? Dari sekolah aku, nak menuju ke jalan besar (untuk tahan teksi/kereta sapu), kena lalu kawasan hutan (sebab sekolah aku dalam hutan). Nama je sekolah elit, serba lengkap, tapi didirikan di kawasan hutan. Haish, tak faham aku!
Jadi budak-budak yang fly ni, baru balik dari pekan. Main game kat cyber cafe. Sambil berjalan kaki menuju ke sekolah (dari jalan besar), dorang borak2 nak hilangkan sunyi sebab lalu kawasan hutan. Tiba-tiba, dorang nampak nenek kebayan lalu kawasan tu. Jalan terbongkok-bongkok.
Korang bayangkan, apa motif nenek tua jalan di pagi-pagi buta, di tengah-tengah hutan? Memang tak lain dan tak bukan, tu bukan orang. Geng-geng fly ni buat steady je. Dorang teruskan borak. Bila dekat dengan nenek tu, nenek tu sapa dorang, Cu...
Dorang balas, Tumpang lalu nek. Then jalan macam biasa. Macam jauh sikit dorang jalan, salah seorang toleh belakang. Boom! Nenek tu dah takde. Dia apalagi! Terus cabut lari. Yang lain ni tak tahu apa motif member dorang ni lari, ikut sekali lari laju-laju. Bila panjat pagar sekolah, siap dengan luka-luka di betis pasal kaki tersangkut di dawai besi.
Lepas kejadian tu, ada dalam sebulan, aktiviti fly tergendala. Lama-lama pastu, barulah kegiatan haram tu diaktifkan semula oleh geng-geng nakal sekolah.
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Sekolah Angker Lapan Bulan: Sekolah Yang Dibisukan
Intro: Kisah ini berlaku pada tahun 2005. Time tu aku berusia 15 tahun, bakal menduduki PMR. Tahun yang penting bagi pelajar form 3 time tu, merupakan tahun yang paling angker dalam lipatan sejarah sekolah aku. Ya, pada tahun 2002 sekolah ku pernah juga diserang histeria. Tetapi ia cuma berlangsung sekitar dua minggu. Kali ini pula lagi dahsyat, lapan bulan serangan histeria.
Persoalan: Kenapa kisah ini tidak tersebar luas macam serangan histeria di SMK Tanjung Lumpur? Walhal jika diikutkan, kes sekolah aku lagi azab cara histerianya. Ramai sangat yang kerasukan. Lapan bulan berturut-turut. Siap ada yang terjun dari bangunan sekolah! Bahkan, ramai yang bertekad pindah sekolah.
Jawapan: Sekolah aku terletak di Sabah. Liputan media di sini sangat terhad. Kebetulan, sekolah aku didirikan di kawasan hutan, dan agak terpencil dari kawasan pekan. Faktor paling utama kenapa kes ini tidak mendapat liputan media atau pengetahuan awam ialah, pengetua sekolah mahu perkara ini rahsia. Sebab kes sebegini boleh mencacatkan imej sekolah terbaik Sabah yang kami sandang setiap tahun. Mengekalkan kejuaraan sekolah merupakan perkara yang paling banyak bagi stress kepada seluruh warga sekolah baik guru mahupun students.
Disclaimer: Diharapkan, kalau kukongsikan rahsia sekolah aku ni, anggaplah ia sekadar hiburan. Kisah ini bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan, kerana punca histeria adalah disebabkan kecuaian dalam mengendalikan program orientasi tingkatan satu.
Iklan: Sekarang jam di laptop menunjukkan pukul 6.51pm. Aku kena siap-siap untuk ke surau. InsyaALLAH lepas aku balik dari bulatan gembira di Shah Alam malam ni, aku cuba untuk meng-update kisah SEKOLAH ANGKER LAPAN BULAN ni, okay. Assalamualaikum.
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Beberapa hari yg lepas, aku dapat mesej dalam inbox FB aku. Ada empat mesej semuanya, dari orang yg berbeza. Tapi perkara yg disampaikan oleh mereka adalah sama, "Jangan bongkarkan rahsia sekolah kita." Rahsia ini merujuk kpd Angker Lapan Bulan tu. Tak sangka ada jugak bekas warga sekolah aku yg jadi silent reader dalam ruangan ni.
Setelah berdiskusi secara profesional (chewahh!), aku bersetuju untuk mengekalkan rahsia sekolah aku sebagai top secret. Nama pun rahsia kan? Mana boleh sebar-sebar. Hehe... Apa-apa pun, maaf pada yg menanti SALB ni. Kisah ni tak dapat diteruskan. Harap kalian faham. *senyum*
InsyaALLAH, kisah-kisah lain yg tiada kaitan dengan kejadian angker lapan bulan tu, akan dikongsikan. Thanks for my ex-schoolmates for your concern. My apologies for those who wanna know this case. This story is remained silent-secret.
Entiti Tengah Malam
OK, sori sangat2 sebab x dpt nak kongsi angker lapan bulan. Untuk mengubat kekecewaan ko, aku cuba kongsikan satu kejadian menakutkan aku bersama warga dorm aku semasa tempoh angker lapan bulan. Satu cerita je OK. Takde dua... tiga... lima belas. Hehehe...
Aku masih ingat time sekolah aku hari-hari ada je yg menjerit meracau kena rasuk. Muka memang bengis giler la time tu. Ditakdirkan budak-budak dorm aku ni mostly penakut (termasuk aku). Kami semua ada lapan orang (katil double decker ada empat bijik). Dua orang form 3 dan selebihnya form 2. Tapi kawan aku yg form 3 tu selalu je tidur dorm lain, dia rasa lagi secure kat dorm tu kot. Maka, tinggallah aku sorang je paling tua dalam dorm tu.
Junior2 dorm aku ni pulak, apa-apa hal berlaku, mesti mengadu dgn aku. Kiranya aku ni abang mithali la dlm dorm tu (hehe...). Dorm aku tu aku rasa laluan jin ke apa ntah, pasal aku selalu je nampak locker yg berkunci terbuka sendiri (berlaku banyak kali). Tak pun bunyi cermin tingkap pecah, tapi kalau check, semua tingkap OK je, takde kurang ke apa. Tak tipu, bunyi tu memang dlm dorm aku.
Ada satu malam ni, sorang junior dlm dorm aku ni mengadu dgn aku. Dia cakap, hampir setiap malam dia kena gangguan. Kalau bangun je, dia rasa lesu satu badan. Aku pun tanya la, gangguan apa? Aku syak gangguan jin atau seumpamanya. Dia pun ceritalah dari A to Z. Lepas dgr cerita tu, aku pun sampaikan kat kawan aku di dorm sebelah. Dia setuju nak perangkap 'makhluk' tu.
Malam tu, kawan aku dari dorm sebelah datang ke dorm aku. Dia ambil port di katil kosong kawan aku yg selalu tidur di dorm lain tu. Malam kejadian, aku memang tak boleh tidur, sebab nak perhati apa yg akan terjadi dgn junior aku sorang ni. Setia berbaring di atas katilku, aku menanti. Bila dah pukul 1am macam tu, aku nampak ada entiti yg bangun di katil sebelah junior aku ni.
Aku berpeluh-peluh menantikan apa yg terjadi seterusnya. Hanya dibekalkan cahaya dari luar koridor dorm, aku mendapati entiti tu dok perhati junior aku ni... dalam tempoh yg lama. Tiba-tiba je, entiti tu landing sebelah junior aku!!! Junior aku ni langsung tak perasan ada benda baring di sebelahnya. Perlahan-lahan, tangan entiti tu menjalar ke badan junior aku. Aku nampak dengan clear yg tangan entiti tu meraba bahagian privacy-nya.
Aku apalagi, terus lompat dari katil dan bukak lampu. Kawan aku yg sorang tu terus ke katil junior aku dan terajang entiti tu. Malam tu dorm aku memang kecoh habis. Budak-budak dorm lain pun datang nak ambil tau apa yg terjadi. Dengan itu, perangkap kami menjadi. Kami berjaya meng-kantoi-kan aktiviti jahat Hantu Gay. Hantu Gay itu adalah budak dorm aku sendiri.
p/s: Waktu aspuri ketakutan dgn histeria, aspura kengerian dgn isu gay-malam. p/s/s: Aku rasa simpati tengok entiti tu kena hentam teruk oleh senior form 4 form 5. Dahsyat! p/s/s/s: Cerita ni maybe tak seram untuk korang, tapi menakutkan untuk aku.
ala nak dara meletop letop.. aku tau ko majuk ngan aku kann.. kan..... katakan saja, biar aku pulak majuk ngan kauuuu...
mahap la ye dikkk.. sebelum senior2 otai baik aku yg bertaraf nubie 3 bintang yg sama lebel ngan ko ni tegur. kalao otai2 ni tegur bukan takat air mata ko meleleh,ngan hingus air liur sume meleleh.
tak cukup ngan tu, siap tersampuk ngigau terjangkit penyakit kencing masam tidor malam kang akibat kecelaruan otak dimarah dgn bahasa2 lunak merdu otai ni. ko tak pernah kena tapi aku pernah la intai2 cam ne nubie2 yg dah jadi senior veteran ni kena hambat teruk ngan otai 2 tu. heheeee.... jgn marah ek? aku skodeng umah korang...
pasal citer angker 8 bulan tu. ko citer je la, kitorang ni bukan kat bod MPS. aku tau pasal MPS ni tapi aku tak berkenan pasal semak mata aku baca. aku lebih selesa ngan GC. lebih nampak teratur & meriah dgn member2 yg berotak sewel, hari2 meroyan kena sawan.
(mod GC up ler gaji aku, aku dah up korang tahap pat blas bintang ni)
ko viter la ek? citer je la, tak denye kitorang nak gi skolah yg jauh beribu batu tampal kat pintu gerbang "SEKOLAH ANGKER 8 BULAN, JANGAN MASUK KALAU TAKUT HIDUP DIKELILINGI HANTUUUUUUUUU"
ishh.. aku nak gi skolah lama aku yg depan mata ni je pun mcm nak malu2 siput je, nikan pulak nak gi skolah orang... tak kuasa mak nyahhhh..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
hamik kau...mintak lagi citer2 angker nih..
haaa...baca la...baca ..
haku pulak segan je nak baca bila dah berjela2 camtu..
yang aku baca ialah komen2 yang ada..
ye la..aku ni dah tua...matapun dah rabun...
bila baca panjang2 camtu..ber'air la jugak mata aku nih...
gud lak anak dara kababoom..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
yg baru klu pandai bawak diri mana ade kena tegur....nak plak yg baik budi pekerti mcm abg freedom ni....lagi la org tak tegur....tapi klu yg cantik...pompan...anak dara...lagi la ramai jantan kebret yg nak mgatal....
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi