Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Teh 'o'&Fondue


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Teh 'o'&Fondue


Parakang

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90-an, ketika aku masih kecil lagi. Ia melibatkan seorang jururawat yang bertugas di hospital kerajaan. Atas faktor-faktor tertentu, nama serta lokasi kejadian perlu dirahsiakan. Anggaplah kisah ini sekadar hiburan untuk pembaca sekalian.

Sebuah kemalangan telah berlaku di sebuah bandar yang melibatkan van dan lori muatan berat. Kesemua mangsa kemalangan meninggal dunia di tempat kejadian, kecuali seorang wanita muda. Walaupun wanita itu cedera teruk, namun dia masih boleh bernafas. Maka dia ditempatkan di unit rawatan kecemasan.

Para doktor agak hairan melihat kecederaan yang dialami oleh wanita itu. Bukan meminta-minta, tetapi mengikut pendapat doktor, sesiapa yang mengalami kecedaraan seperti tersebut tiada harapan untuk hidup. Namun wanita itu kekal bernyawa walaupun dalam keadaan yang sangat nazak.

Dua-tiga hari sudah berlalu. Wanita tersebut ditempatkan di wad orang asing memandangkan tiada dokumen pengenalan diri dan tiada sesiapa yang mengadu kehilangan saudara-mara. Memandangkan daerah tersebut terkenal dengan lambakan pendatang asing tanpa izin, pihak hospital mengandaikan bahawa mangsa ada salah seorang daripada PATI.

Setiap saat, wanita tersebut sering mengadu kesakitan dan apabila jururawat bertugas datang menghampiri, dia akan berkata, Sambutlah parakang ku... sambutlah parakang ku... Namun, tiada seorang pun faham apa yang dimaksudkan olehnya.

Suatu hari, pesakit-pesakit wad yang sama mengadu kepada seorang jururawat bahawa mereka tidak dapat tidur dengan tenteram disebabkan keluhan dan ucapan yang diucapkan wanita itu tanpa henti. Jururawat malang ini kemudiannya pergi ke katil wanita tersebut lalu berkata: Ya, aku sambut parakang mu. Sudah, sekarang kamu tidur ya?

Tidak lama kemudian, wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jururawat tersebut tidak tahu bahawa dia telah melakukan kesilapan besar. Wanita itu merupakan pengamal ilmu parakang (ilmu nak kekal cantik). Memandangkan wanita itu tiada pewaris, nyawanya tersekat selagi tidak menurunkan saka parakangnya kepada orang lain.

Sejak hari itu, jururawat tersebut telah menjadi parakang. Antara tuntutan ilmu tersebut ialah, makan tembuni bayi yang baru lahir. Kerja-kerja itu tidaklah susah untuk jururawat tersebut memandangkan dia bertugas di hospital.

Namun, perbuatannya itu secara tak sengaja disaksikan oleh seorang doktor yang masyarakat memanggilnya Dr. Ustaz. (Aku masih ingat doktor tu, walaupun pakai coat doctor, dia tetap memakai serban. Doktor terbaik yang pernah aku kenal.).

Sebaik menyambut bayi yang baru lahir, jururawat tersebut kononnya nak membasuh tembuni. Tetapi dia secara sembunyi pergi ke satu bilik untuk menikmati tembuni itu. Sedang enak dia menjamah tembuni itu, Dr. Ustaz tiba-tiba masuk. Serta-merta Dr. Ustaz menghalang amalan khurafat tersebut namun jururawat tu sempat meloloskan diri.

Keesokannya jururawat itu datang bekerja seperti biasa. Dr. Ustaz telah mengadu kejadian malam itu kepada pihak atasan. Malangnya, tiada bukti yang mengesahkan cerita doktor itu. Atas faktor-faktor tertentu, pihak atas mengambil keputusan memindahkan doktor itu untuk bertugas di daerah lain. Sementara, jururawat itu masih bertugas di hospital tersebut sehingga... (rahsia).

Sekian.

Sumber: Aqill.Azrri



__________________

Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

asl lak doc tu ditukarkan??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Cik Aida Zarina.. Doktor tu ditukarkan sebab kos perjalanan ke tempat kerja dgn rumahnya yg agak tak best, harga minyak dah la mahal, atas faktor tersebut pihak sepital punya budi bicara pun berkenan menukarkan doktor ke sepital yg lebeh dekat dgn rumahnya.. Sekian mekaseeyyy... ...

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard