Seperti yang dijanjikan, aku nak share kisah yang berlaku di Felda aku. Korang boleh google nama Felda yang satu-satunya terletak di Tawau. Sebab Felda lain semua di Lahad Datu (tempat berdekatan dengan insiden sulu tu). Kisah ni pasal seorang pemuda Semenanjung (ntah lah asal negeri mana) yang ditugaskan sebagai staff perladangan di Felda aku.
Sebelum proceed to the main story, nak brief serba-serbi pasal orang Sabah. Segelintir orang Sabah ni ada sikap prejudis kepada orang non-Sabah. Dorang macam tak suka kehadiran orang Semenanjung di sana. Tapi reminder, BUKAN semua ada sikap begini. Sangat MINORITI peribumi Sabah yang bersarang prejudis di hati mereka kepada orang Semenanjung. So, harap kerjasama semua untuk TIDAK men-judge dan buat SPEKULASI bahawa SEMUA Sabahan ni jenis prejudis. Deal? OK thanks.
Nak dijadikan cerita, pemuda Semenanjung ni (aku bubuh lah nama dia sebagai Hakim, nama sebenar perlu dirahsiakan) boleh tahanlah tampannya. Tak silap aku kedudukan dia pun OK jugak dalam Felda aku tu, Assistant Manager kot. Kebetulan pulak dia bujang, konfem-konfem lah ramai yang berkenan dengan dia. Mak-mak Felda tempat aku ni ada jugaklah rekomenkan anak-anak gadis dorang kepada Si Hakim ni.
Hakim ni kira rapat jugaklah dengan bapak aku, pasal dia yang tolong bapak aku luluskan bisnes nursery bunga di Felda aku. Dia pernah mengadu dengan bapak aku yang ada orang Felda aku tak suka loghat Semenanjung dia. FYI, orang Sabah yang jenis prejudis ni, meluat kalau mendengar siapa-siapa cakap loghat selain Sabahan. Bagi dorang, engkau dating Sabah, kau kena cakap Sabah.
Kalau orang membeli makanan laut di pasar, dan bercakap loghat Semenanjung, sah-sah peniaga bubuh harga ikan/makanan laut ikut standard harga pasaran di Semenanjung. Kesian kan? Walhal harga makanan laut di Sabah, murah-murah. (Off-topic jap. First time aku jejak kaki di Semenanjung, aku agak terkejut tengok saiz udang di sini kecik-kecik macam tak cukup zat. Di Sabah, udangnya besar-besar belaka.)
Back to the story, mendengar keluhan Si Hakim ni, bapak aku pun cakap dengan dia, buat kerja dia dengan ikhlas dan cuba belajar budaya di sini. InsyaALLAH lama-lama nanti, terbukalah hati sek-sek prejudis ni untuk menerima Hakim dalam komuniti masyarakat Felda kami tu. Hakim ni pun sediit demi sedikit belajar loghat Sabah. Menakjubkan, dia dapat kuasai loghat Sabah dengan singkat, sampaikan orang lain boleh fikir yang dia tu pure-Sabahan.
Dia ni, selain buat kerja-kerja sektor perladangan, dia juga aktif dalam usaha membantu belia-beliawanis di Felda aku tu. Banyak program untuk orang-orang muda yang dianjur. Oleh kerana itu, selalulah dia berdepan dengan pemuda dan pemudi Felda aku. Jadi tak hairanlah kalau dia ni ada ramai peminat. Maklumlah, pemuda-pemuda yang sebaya dengan dia di Felda aku tu bawak motor kapcai, dia pakai superbike, kereta pulak kereta Vios. Mana tak cair budak-budak Felda aku tu.
Dalam setahun setengah berkhidmat di Sabah, dengar-dengar je dia dah berpacaran dengan seorang gadis Felda. Perempuan tu pulak terkenal dengan perangai sosialnya. Kalau aku tolong jaga kedai runcit mak aku, selalu je nampak dia bonceng motor dengan budak-budak rempit. Pakaian pun, alahai sendat habis, macam tak sedar yang IC dia tertulis perkataan Islam (ker dia ni jenis Islam sekadar atas IC?).
Bapak aku pernah jugak nasihat dia, kalau serius dengan perempuan tu, kahwinlah. Tak manis orang Felda tengok dia bawak perempuan tu ke hulu ke hilir, macam bini dia pulak. Bapak aku ni kira macam bapak dia di Sabah lah. Lebih kurang. Dia pun beritahu yang dia memang berhasrat nak kahwin dengan perempuan tu, lebih-lebih lagi keluarga perempuan tu dah balik-balik gesa dorang menikah. Masalahnya keluarga Si Hakim ni pulak tak setuju.
Beberapa bulan selepas perbualan bapak aku dengan Si Hakim pasal hasrat perkahwinan tu, tau-tau je keluarga Si Hakim ni datang dari Semenanjung ke Felda aku. Hakim terkejut jugak dengan kedatangan mak-ayah, dan adik lelaki dia tu. Bapak aku datang rumah Hakim ni selepas Isyak, sebab nak bincang plan meluaskan tapak nursery bapak aku tu. Bila sampai je di perkarangan rumah Si Hakim, dari luar bapak aku dengar suara mak dia menangis-nangis. Suara yang lain macam bertengkarkan sesuatu.
Tiba-tiba Hakim keluar rumah dan campak segala beg pakaian keluarganya yang baru sampai tu. Dia halau dorang dari rumahnya. Bapak aku macam canggung sekejap dalam kereta, berfikir-fikir nak buat apa time tu. Sebaik mak-ayah dan adik dia keluar, Hakim hempas pintu rumah kuat-kuat. Bapak aku pun keluar kereta dan dapatkan keluarga dia. Bapak aku offer dorang bermalam di rumah kami satu malam (Felda aku takde resort Felda macam di Felda Sahabat, Lahad Datu). Kalau ada resort, senanglah orang luar nak bermalam.
Tapi, keluarga Hakim ni minta tolong dihantarkan ke airport. Dorang nak balik Semenanjung hari tu jugak. Dalam kereta tu, ayah Hakim pun beritahu yang Hakim ni dah lama bertunang. Tiba-tiba enam bulan lepas, dia telefon yang dia nak putus tunang. Lepas tu, dia cakap yang dia nak kahwin dengan perempuan yang dia berkenalan di Sabah. Mak-ayah Hakim ni membantahlah, pasal tunang dia tu asal dari keluarga yang baik-baik.
Menurut ayah Hakim ni lagi, tunang dia pun menangis-nangis tak nak berpisah. Tak lama lepas tu, tunang dia jatuh sakit. Asal malam je, meracau. Muka comel, terus jadi tak terurus. Setelah berubat dengan seorang ustaz, dimaklumkan ada orang dari seberang menghantar jin untuk kenakan tunang Si Hakim ni. Keluarga Si Hakim ni mula syak yang dia ni bawah pengaruh sihir, pasal tu dia berkeras nak putus tunang. Oleh sebab itu jugaklah mereka sanggup terbang ke Sabah semata-mata nak tengok keadaan anak mereka. Tau-tau je kena halau macam kucing kurap. Kesian!
Bapak aku cakap, nanti dia dan beberapa kenalannya di Felda ni tolong apa yang termampu. Selepas je keluarga Hakim ni terbang semula ke Semenanjung, bapak aku beritahu Manager Felda pasal masalah tersebut. Jadi Manager tu pun jemputlah ustaz-ustaz di Felda aku ni datang ke rumah Hakim. Bila kumpulan ustaz-ustaz ni datang, habis dorang kena maki-hamun olehnya. Perangai dah tak macam Hakim yang family aku kenal, dulu dia seorang yang ramah, cakap sopan-santun. Sekarang ni sekali dengan Manager dia kena maki. Hahhaa!
Bila ustaz-ustaz ni start baca sesuatu, Hakim nak macam orang sasau. Agresif semacam. Rupa-rupanya dah kena rasuk. Tenaga orang-orang lelaki yang datang macam tak boleh lawan dia seorang. Geng-geng belia yang kamceng dengan dia ni pun turut datang. Dorang pegang kiri-kanan Hakim yang meronta-ronta. Bila dah lama, Hakim ni dah lembik sebab jin dalam badan dia tu macam surrender. Ustaz yang paling handal di kalangan ustaz-ustaz lain ni cakap, Hakim ada termakan sesuatu yang dijampi. Nak tak nak, Hakim ni kena buat sesi ruqyah (rawatan Islam) secara berkala.
Alhamdulillah, dia pulih beberapa bulan lepas tu. Atas cadangan dari Manager, Hakim dipindahkan ke Felda Sahabat (memang payah nak kerja di Semenanjung sebab takde kekosongan. Banyak kekosongan pun di Sabah je.). Dia pun bernikah tak lama lepas tu. Yang famiy perempuan sosial ni pulak, menanggung malu sebab perbuatan sihir. Tapi dorang tak boleh nak dikenakan tindakan, pasal dalam undang-undang Malaysia time tu, sihir tidak dikira jenayah. Baru-baru ni je mahkamah memutuskan untuk dimasukkan jenayah sihir dalam kehakiman. Itu pun hanya dalam mahkamah syariah.
Sekian.
Sumber: Aqill.Azrri
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
Untuk cerita2 kopi & pasta camni, post satu2.. Kalau ada banyak jgn post semua sekaligus, nanti posting org lain terkebawah..
Kalau nak post semua sekaligus jugak, buat satu tajuk 'Cerita2 seram copy paste', kat dalam satu post tu boleh la sumbat sekali berapa banyak pun cerita..
Macam yg Badda ajar tu laa.. Takde laa post terkini bersusun cerita2 seram dgn 0 quick replies..