Cerita seterusnya, pasal pakcik aku jugak. Dia ni jenis yang selalu balik lewat pada zaman bujangnya. Suka sangat lepak dengan kawan-kawannya sampai larut malam. Bila dah sampai rumah, bukan terus tidur. Dia layan TV sampai pagi buta. Nenek aku selalu bising pasal perangai dia macam tu. Standard lah kan, parents harus ambil berat tentang perilaku anak-anak mereka. Tapi pakcik aku tu jenis yang tak makan nasihat. Dia reti makan nasi je!
Ada satu malam tu, selepas dia balik dari lepak-lepak dengan kawan-kawan, macam biasa pakcik aku buka TV sambil mengasap (hisap rokok). (p/s: Merokok membahayakan kesihatan. Say no to rokok!). Tiba-tiba, ada seekor kucing di luar beranda rumah melompat ke tingkap yang tertutup, betul-betul belakang kerusi pakcik aku. Kucing tu buat bunyi ketakutan (macam mana tu? Huhu...) sambil cakar-cakar tingkap (macam minta dibukakan tingkap).
Pakcik aku pun berganjak ke arah tingkap, dia perhati kucing tu dari tingkap kaca. Tak terlintas pun nak bukak tingkap tu, bagi kucing tu masuk. Lagipun kucing tu bukan kucing keluarga. Kucing jalanan yang selalu berkeliaran di sekitar kawasan kampung. Kucing tu tak henti-henti cakar tingkap macam nak selamatkan diri dari sesuatu. (Ekceli babak mencakar ni tak lama, memandangkan dicerita guna tulisan rasa macam lama).
Pakcik aku jenguk ke arah satu-satunya tangga yang terletak di tepi beranda rumah. Duhhh!!! Ada hantu bungkus sedang berusaha lompat anak tangga satu persatu. Style dia lompat (menurut pakcik aku) macam ni: Bila dia dah sampai di satu anak tangga, dia macam goyang-goyangkan badan dia macam betulkan posisi berdiri, kemudian baru sambung lompat ke anak tangga yang seterusnya.
Tanpa fikir panjang, pakcik aku bukak tingkap kaca (jenis bertingkat-tingkat tu), terus dia gapai kucing tu masuk dalam guna tangan dia. Cepat-cepat dia rapatkan tingkap dan tutup langsir ruang tamu. Malam tu, pakcik aku tidur bertemankan kucing penakut itu.
Tapi semua pengalaman seram dia tu, tak mampu nak ubah sikapnya yang suka keluar malam. Tapi alhamdulillah dia bukan jenis yang melepak buat benda tak jahat. Sekadar berlatih jamming, itu je. Tu pun ada orang kampung fitnah yang geng pakcik aku ni penagih dadah. Haishh! Mulut takde insurans!
Sumber: Aqill.Azrri
-- Edited by AnkDara Kebabom on Thursday 31st of October 2013 12:27:50 AM
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................