Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Milo&Makaroni


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Milo&Makaroni


Kumpulan Band Pengantin vs Guni Putih

 Pak cik aku ni part-time band boy untuk kenduri kahwin sekitar Tawau, Sabah (lupa mention, aku asal dari daerah ni).

Untuk yang tak pernah tahu, kenduri kahwin di Sabah tak jauh beza dengan kenduri kahwin sini. Bezanya cuma waktu perkahwinan sahaja. Kalau di Semenanjung Malaysia, kebiasaan waktu kenduri kahwin dari pukul 11am-5pm (lebih kurang lah). Tapi di Sabah, kenduri bermula 11am-11pm. Itu normal di Sabah, jangan terkejut.

Oleh kerana timing kenduri kahwin di Sabah macam tu, geng bandboy pakcik aku ni selalu lah balik lewat malam (atau pagi buta) selepas berkerja (fyi, orang-orang Sabah suka menyanyi. Boleh menyanyi 12jam.) Kisah yang aku nak kongsikan ialah ketika pakcik aku and the geng otw balik dari rumah pengantin.

Rumah pengantin ni terletak di kampung. Jadi bayangkanlah jalan kiri kanan semuanya gelap, kena lalu dusun-dusun orang tempatan, barulah sampai ke jalan besar. Semasa van yang dorang naik tu melalui jalan dusun di kampung tu, dari jauh dorang nampak macam guni putih diletak di bahu jalan. Macam guni bungkus cempedak, cumanya saiz guni tu agak besar (rasanya korang dah boleh agak apa benda tu).

Time tu, semua yang duduk dalam van tu terdiam. Kawan pakcik aku yang jadi driver tu tiba-tiba memandu dengan slow (macam orang yang nak matikan kereta sebab dah sampai destinasi). Geng pakcik aku yang lain pelik lah. Kenapa drive makin slow. Semakin dekat dengan guni putih tu, semakin slow... slow... slow... dan tau-tau je, van tu betul-betul berhenti tepi guni puith tu (enjin masih hidup).

Semua penumpang van tu (termasuk pakcik aku) memerhati guni tu. Sah, guni itu sebenarnya pocong yang berbungkus. Pakcik aku cakap, muka pocong tu hitam macam terbakar. Bau pun dahsyat. Tingkap van pulak semuanya berbuka (sebab aircond rosak).


Pocong tu perlahan-lahan membongkok condong ke arah tingkap (sebelah kiri van, bukan belah driver). Kemudian dia start buat movement hayun depan, hayun belakang, lepas tu hayun balik ke depan, then ke belakang. Matanya pulak terbeliak tak lari dari melilau tengok semua muka penumpang dalam van tu. Semua yang dalam van tu kelu kaku, tak tau nak buat apa.

Then, kawan pakcik aku yang duduk depan sebelah driver tepuk lengan kawan dorang yang drive tu. Kau nak tunggu apalagi? Drive lah! Kawan pakcik aku tu pulak macam baru tersedar dari kena pukau, cepat-cepat dia masuk gear dan tekan minyak kuat-kuat.

Agak kelam-kabut jugak lah selepas tu, sebab masing-masing macam baru dapat bersuara. Pakcik aku suruh pasang kaset mengaji atau zikir dan seumpamanya (zaman tu zaman kaset lagi). Hampehnya, dalam van tu cuma ada koleksi kaset kumpulan rock macam Search, Wings, etc... Nasib baik benda tu tak ikut sampai di rumah. Since kejadian tu, asal balik lewat dari buat show, dorang pasal kaset mengaji. Hahaha... 

Sekian kisah pakcik aku.

Sumber: Aqill.Azrri



-- Edited by AnkDara Kebabom on Thursday 31st of October 2013 12:24:53 AM

__________________

Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

pasal aku nak bagik motivasi kat anak dara kebun bom bom nih ..

make aku pon respon laaa ...

 

okeh okeh ... citer agak seram .. picing x lari ... suara tu .. lenggok lenggokan sikit ... aaa .. cam tu laaa

 

(iskkk .. hampeh punyer posting aku niii ....)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ceeit terkena.. Haku punyelah bace.. Tercarik2 gak mana yg ada kena mengena dgn milo, makaroni ni?..

Cherita pocong ghupernye.. ..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

Pembetulan...
yg Sa tahu dan perhati serta hadiri...
Tawau merupakan satu-satunya tempat yg kalo ada majlis perkahwinan...
dorang akan buat dari pagi sehingga malam...
means sehari suntuk la pengantin bersanding atas pelamin...
tapi dorang akan change baju pengantin tu la...
dari muka berseri sampai la muka tu nampak letih...biggrinbiggrinbiggrin

berbeza dgn Kota Kinabalu, Ranau, Papar, Beaufort, Tenom...
kebanyakan majlis bersanding akan dibuat dari jam 11 pagi hingga jam 3 ptg...smile




__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ape sape yg kenal moderator gc ni tolong la masuk utk delete cite ubat kuat.....

Klu taknak masuk tolong lantik moderetor baru utk pantau gc ni


tolong sesangat

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard