Aku ada seorang makcik yang bekerja sebagai Timbalan Komandan di PLKN daerah sekian sekian sekian (maaf, perlu dirahsiakan). Aku tidak pernah menyertai PLKN, maka aku tidak tahu secara terperinci apa aktiviti-aktivi yang dijalankan dalam program tersebut.
Menurut makcik aku, pada minggu terakhir PLKN, peserta-peserta diminta membuat persembahan bagi Malam Kebudayaan or something like that (ker Malam Unggun Api?). Tapak persembahan agak ke bawah sedikit daripada tempat penonton di kawasan terbuka (aku bayangkan macam stadium bola sepak bersaiz kecik).
Ada satu kumpulan ni buat persembahan yang berkisarkan keinsafan dan kematian. Maka, adalah yang berlakon sebagai jenazah yang dikafankan, dan ada pula yang berlakon sebagai imam dan Jemaah yang membacakan yassin.
Ketika persembahan, tiba-tiba, pelakon jenazah ni meronta-ronta! Tak lama kemudian, dia histeria. Persembahan mereka berakhir dengan awal, dan kesemua ahli kumpulan mereka masuk di sebuah kelas untuk menenangkan kawan mereka yang meronta-ronta ini. Makcik aku dan beberapa orang pegawai PLKN datang untuk melihat keadaan pelatih tersebut.
Apabila ditanya apa yang berlaku, ini yang diceritakan oleh salah seorang pelatih:
Sedang mereka melakonkan babak membacakan yassin untuk jenazah, tiba-tiba kawan mereka yang berlakon sebagai jenazah ni minta dibukakan ikatannya. Matanya terbuntang melihat langit (kawasan penonton). Memandangkan semua penonton menghadap tapak persembahan, tidak seorang pun perasan bahawa ada gerombolan penonton sedang terawang-awang di atas mereka. Hanya orang-orang yang berada di tapak persembahan nampak gerombolan balan-balan tersebut.
Apabila semua ahli kumpulan melihat perkara tersebut, kawan mereka yang berlakon sebagai imam ketika itu, lantas membacakan surah yassin (dan kali ini bukan lakonan, dia baca betul-betul). Namun, bacaan itu tidak dapat menghilangkan ketakutan kepada kawan mereka yang berlakon sebagai jenazah itu. Lama-kelamaan, kawan mereka meronta-ronta dan histeria.
Sebaik mendengar khabar tersebut, semua pelatih dikumpulkan dan mereka membuat bacaan yassin secara berjemaah. Tidak ramai yang tahu sebab-musabab mereka diminta membacakan yassin. Mereka sangkakan, kerana nak halau jin yang merasuk peserta tadi. Padahal, mereka tak tahu, sewaktu menonton persembahan Malam Kebudayaan, di atas mereka terdapat ramai kawanan kepala terbang.
Sumber: Aqill.Azrri
-- Edited by AnkDara Kebabom on Thursday 31st of October 2013 12:23:54 AM
__________________
Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................
omak ai...balan2...usshhhh... yg jadi jenazah tu masa dia mnx ikatan dia tu..dia sedar ke x???
ke dah dirasuk...dia x citer ker aper terjadi kt dia msa tu??