Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Misteri Kediaman Budak Terjal dan sedikit petua halang gangguan makhluk ghaib


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Misteri Kediaman Budak Terjal dan sedikit petua halang gangguan makhluk ghaib


Assalammualaikum.  

Maaf ye kawan-kawan, mungkin ini postku yang terakhir kat forum ni... ish... sedih la pulak...

       mmm... ntah... kalau aku nak post lagi... lagi lama kot... tak pasti le... tak sanggup janji..

Kali ini aku ceritakan tentang kediamanku (rumah2 sewaku) kat negeri2 di semenanjung ni...

Sebagai makluman ringkas, seperti yang telah ku ceritakan sikit2 kat post yang lain, aku dah pergi dan tinggal di banyak negeri kat semenanjung, selain kat Sarawak. Banyak le jugak tempat yang aku dah terjalkan diriku... ha ha...

Jadi, banyak le jugak rumah yang aku dah sewa... memang ada le jugak pernah aku menyewa bilik kat rumah orang semasa kat Kedah, tapi aku kalau boleh, nak nyewa satu rumah le...

       Biasa le kan... bila masuk menyewa kat memana ni, nasib le... kalau dapat rumah yang takde 'penghuni yang tak nampak', kira okey le tu... kalau dapat rumah yang ada jugak penghuni jenis tu... pandai2 le...

Setakat ni, walaupun aku pernah menyewa rumah kat kawasan pedalaman Sarawak, takde le pulak aku rasa 'penghuni lain' kat rumah tu, walaupun rumah tu dah agak lama dikosongkan, rumah hujung yang berhampiran hutan pulak tu!... yang peliknya, rumah sewa kat semenanjung ni pulak ada yang lain macam je rasanya... walaupun kat kawasan bandar! Maaf ye, bukan aku nak kondem... bagi orang merantau seperti aku, mana yang aku dapat, aku syukur... terutama sekali yang jirannya okey... aku dah tak kira sangat dah rumah tu ada ke tak 'penghuni yang tak nampak' tu... (takat ni le...)

maaf ye, bukan nak cakap besar...

Okey, gini ceritanya...

Kat Kedah dulu, satu ketika, aku nyewa kat sebuah rumah kawasan perumahan kat Sungai Petani. Rumah dua tingkat. Macam dah lama ditinggalkan orang. Sorang kawan tolong carikan rumah tu untukku sewakan. Kejap je...

Aku main masuk je rumah tu...

masalahnya ada BANYAK labah-labah besar jenis yang warna coklat tu... aku memang ada pengalaman kena gigit labah-labah jenis lebih kurang gitu masa kecik dulu.. bisa wei...

Masa nyewa kat rumah tu, aku memang rasa semacaaam le jugak... tapi takde le muncul makhluk/lembaga hitam bersaiz besar macam yang pernah aku alami semasa tido kat tempat kawan sebelum tu... dalam kejadian tu- makhluk tu muncul dalam mimpi, datang ke arahku, macam nak buat sesuatu kat aku. Kira mirip-mirip apa yang orang alami semasa kena tindih le... Aku toleh tengok kat dinding kat sebelah tilamku, dinding tu macam berdenyut2/bernyawa pulak! Tapi oleh kerana aku ada pakai pakaian terbalik, selambe je aku nengok makhluk tu. Aku tau dia takleh buat apa kat aku.

Berbalik pada kisahku kat rumah sewa tu. Satu ketika, dah pagi, ketika sedang tido kat bilik atas, aku tengok makhluk seperti kelawar yang hitam, jatuh dari arah atas/syiling tempat aku tido, jatuh ligat berputar-putar laju terus menimpa kepalaku! Terkejut, aku terus bangun tido. Rasa macam real. Aku termenung jugak pagi tu... Lagi satu, labah-labah besar kat rumah tu memang banyak, aku jumpa je, memana yang sempat aku balun, aku balun sampai berkecai! Dah tak kira dah...

       Yang ni pulak kat rumah sewa sementaraku kat negeri lain. Rumah kat kawasan bukit. Syok le jugak, dah macam highlander! Masa nak nyewa, aku tak le perasan kat seberang rumah tu ada apa... dan kat rumah tu memang ada beberapa bilik... bleh tahan jugak menyeramkan kalau malam-malam nengok ke bilik tu, especially kalo tak buka lampu...

Tah satu malam tu, sesaje le aku jalan, nengok kat seberang jalan... ha kau... tu dia... satu bukit penuh ngan kubo cina! Fuiyyooo... rupanya aku dah nyewa kat kawasan kubo cina! Heh... tapi aku rasa macam takde mende je...

Tah camana, satu malam, aku buka radio... tetiba dimatikan gitu je, padahal radio tu okey lagi... aku rasa macam ada benda je mematikan radio tu.. kat sebelah aku je tu... hangin punya pasal, aku sound le... takyah kacau aku! Pegi ke rumah orang lain!

Sempoi je... pas tu takde gangguan tu...

sekali sekala pas tu macam ada balik, aku sound lagi... dan takde le gangguan pas tu...

       Cuma ada satu malam tu, dalam pukul tiga pagi, aku buat artworks kat ruang tamu. Dalam keheningan malam tu, tetiba aku dengar kat luar, bunyi babi hutan. Dari gaya bunyi jalannya kat jalan tar itu, aku dapat rasakan saiznya memang besar! Dan aku rasa aku tau itu adalah babi tunggal... jenis babi terhebat di sesebuah area mereka. Anjing jiranku yang dalam kandang masa tu terus senyap tak berbunyi langsung! Gatal camana pun badannya digigit kutu, aku dapat rasakan anjing tu tahan je... anjing tu sebenarnya dalam beberapa minit tertentu, akan berbunyi yang menandakan ia kena gigit kutu kat badannya, tak tahan, ia macam menggelupur le jugak, sambil mengeluarkan bunyiannya...

Tapi bila babi tu dah muncul... ha kau... senyap habis anjing tu... tak berani langsung nak bergerak!

       Kemudiannya aku menyewa kat rumah lain... ha... yang ini aku nak story panjang sikit...

Ada satu rumah... kat satu kampung... aku suka menyewa kat situ. Jiran okey.

Rumah tu belakangnya ada parit besar. Memang lain macam je keadaannya kalau diperhati betul-betul, walaupun di siang hari... Jiran ku yang ada ahli keluarga yang pandai ilmu batin, beritahu parit tu kira kawasan kediaman makhluk ghaib... dekat le jugak dengan belakang rumah sewa tu...

Bila lalu malam, gelap semacam le jugak... memang lain macam rasanya... aku ni, ada le jugak jalan ikut belakang tu malam-malam... lalu celah pokok-pokok...

       Yang menggerunkan kawanku bila aku cerita... kat belakang rumahku ada pokok-pokok pisang yang boleh tahan tingginya... tau je lah keadaannya bila malam... dengan keadaan daun yang menghijau masih mengembang, disertai daun-daun yang dah layu tapi masih bergayut kat pokok tu... bleh tahan le menyeramkan...

Bila aku kat belakang tu, bila bulu ku tetiba meremang dalam gelap tu..(ishhh... meremang jugak bulu romaku menaip ni..)... aku rasa macam ada 'sesuatu' je memerhati aku dari arah pokok pisang tu... aku berhenti, perati betul-betul... Lagi cantik, aku pergi dekat-dekat pokok pisang tu, nak nengok celah-celah daun tu, ada ke tak makhluk tu... dengan rasa geram... rancang nak mengajarnya... Perhati- cam takde je...

       Ada satu malam, ketika aku kat belakang tu, aku tengok  kat pelepah/daun pisang yang sedang mengembang cantik tu, aku lihat sesusuk lembaga hitam macam sedang duduk dengan keadaan kaki berjuntai! Atas pelepah pisang tu! Macam saiz aku je lembaga tu... dan macam sedang nengok aku je... meremang le jugak bulu romaku masa tu... aku pun pergi dekat-dekat.. "Turun kau" aku panggil dia berdepan dengan aku. Dah muncul gitu, nak nyakat le kan? Dah nak nyakat sangat, mai le... Dia tak layan. Senyap gitu je...

Malam lain aku tengok lagi... entah... dah tak rasa apa pulak... aku sangsi le jugak... tu lembaga makhluk ghaib ke? Aku tak rasa seram pun... aku kira entah-entah tu bayangan dari pokok lain kat sebelah kot... tapi bila fikir balik... apasal tak macam pokok je bayangan tu? Macam bentuk makhluk ghaib je...

       Lagi satu... yang ni pun leh tahan jugak ... ada le beberapa kali... hm... macam banyak kali jugak... aku rasa kerusi kat tempat duduk tu bergoyang-goyang... memulanya aku kira pasal gegaran dari lori yang lalu kat jalan besar... tapi macam tu je keadaannya kalau takde lori lalu... lagipun rumah tu agak jauh dari jalan besar, takkan le gegaran tu bleh capai begitu jauh jaraknya? Kemudiannya aku kira gegaran tu agaknya macam gempa bumi sikit kot... kira macam pergerakan tanah kat bawah aku la... bila aku fikir balik, eh, takkan banyak kali na gerakan tanah/gempa bumi kecik tu?

       Jadi, aku pun tanya kawan yang pandai... ha kau... menurut kawanku, itu perbuatan makhluk ghaib kat rumah tu! Menurutnya, rupa makhluk tu memang buruk... ish... dah agak banyak kali tu... berlaku siang malam tu...

... dan... sebenarnya, sebelum kawan tu beritau kat aku, memang dah berapa kali waktu malam, semasa dalam bilik tidurku, bila ku perhati arah syiling,-dinding bilik tidur tu jenis yang tak berdindng habis dari lantai ke syiling, ada ruang untuk lubang udara kat bahagian atas. Ada jaring/dawai besi pada ruang udara tu- jenis rumah fesyen lama. Waktu perhati kat ruang udara dinding bilik tu,  aku memang terbayang ada kepala makhluk saiz gergasi, sedang memerhati aku dari arah luar bilik tu...(dari arah bilik air yg bersebelahan dengan bilik tidurku).. memang besar dan tinggi le jugak makhluk tu... matanya bulat je, muka dah berkerut2,... rambut hitam lebat mengerbang kusut masai... tapi aku kira tu khayalan ku je... hmm... tapi, kenapa kat tempat lain, aku takde terbayang yang macam tu? Berdasarkan gambaran kawan ku dukun tu, macam ada persamaan je dgn gambaran kawanku...

Memulanya, aku kira nak lawan le jugak... so, aku baca apa yang patut... macam tak jadik je... aku on bacaan yasin... macam makin kuat je gangguan tu... hei... bleh tahan hebat je makhluk tu...

Jadi... ha... aku ready ngan parang... bila dia goncang je... aku silang tangan, terus tetak arah belakang dengan ayat special! Aku tetak arah belakng, pasal aku rasa benda tu goncang dari arah belakang... Berenti kejap goncangan tu... pastu ada lagi!!! Aku rasa macam makhluk tu dah tau je perancangan ku tadi nak tetak dia, rasanya macam dia sempat ngelak... tapi bila aku buat lagi, pastu cam tu jugak keadaannya, aku rasa makhluk tu bukannya goncang aku dari belakang, tapi dari arah lantai, dari arah dalam tanah! Payah le nak tetak kalau gitu...

       Yang menguatkan keyakinan ku berkaitan posisi makhluk tu menggoncang aku- bila aku baring kat lantai rumah tu... memang rasa betul goncangannya! Rasa dekat betul dia dengan aku! Malah, dah siap rasa macam kalau kita pegang/usik badan kucing, ia akan menggetarkan badannya, kan? Cam tu le yang aku rasa kat lantai tu... dah macam aku baring kat badan seekor kucing gergasi! Memang aku terasa yang saiz makhluk tu memang besar... lebih besar daripada aku...

Tu bleh dikata peringkat permulaan tindakan aku nak kenakan makhluk tu...

       Tapi, kemudiannya bila aku fikir balik, aku rasa macam makhluk tu ada 'jasa' pulak kat aku... aku biarkan je dia goncang tempat dudukku...

'jasa' yang ku maksudkan itu... berkaitan dengan kejadian yang melanda jiranku... dia cerita kat aku, duitnya banyak kali hilang. Bukan takat duitnya, menurutnya, duit jiran-jiran yang lain pun banyak kali hilang! Dah sampai nak gaduh sesama keluarga mereka! Dah ada di antara mereka yang berburuk sangka sesama ahli keluarga mereka... Jiranku beritahu yang curi tu bukannya toyol, tapi BAJANG! Jenis yang lebih AGRESIF daripada toyol!

Toyol kalo nak curi, agak bersopan le sikit, dan agak mudah diatasi. Masalah bajang ni, agak payah! Jiranku itu sebenarnya guru mengaji dan ahli surau... bukan takat tu, dia sendiri pun ada juga kepandaian ilmu batin, selain ahli keluarganya pun hebat jugak, tapi masalah bajang tu payah mereka nak atasi! Pernah makhluk tu ambik duit dia depan matanya sendiri! Siap dalam bentuk monyet, panjat nak ambik duit dari pakaiannya tu!!! (ish... meremang jugak bulu romaku ni...)

Aku pulak, takde le masalah kena ambik duit cam tu masa tu... padahal sebelah je rumah aku dengannya!.. Bila aku fikir, mungkin bajang tu takleh masuk rumahku, pasal dah ada 'penunggu lain' yang menggoyang kerusiku itu,.. macam dah ada halangan untuknya... aku rasa saiz makhluk yang kat rumah sewaku itu, mungkin lebih besar daripada bajang tu, payah agaknya bajang tu nak lawan dia... tu kira 'jasa' makhluk tu le kat aku... 

aku rasa, berbanding hilang duit, lagi baik cuma kena 'dodoi' oleh makhluk tu... kan?... Entah le... takat ni, macam takde masalah lain je yang ditimbulkan oleh makhluk yang goyangkan kerusi aku tu...

tapi... satu petang, aku tido kat kerusi santai/kerusi malas. Bangun je, goncangannya bleh tahan le jugak kuat... dah macam dia berada kat kepala aku dan goncangkan kerusi tu! ...Dah macam bersungguh le jugak dia nak buat tu... 

Geram le jugak aku... aku parangkan dia berserta ayat special... senyap kejap... pastu ada lagi. Aku tau dah... kat lantai... aku tekan ayat, tiup kat lantai, terus senyap sama sekali! Aku memang saja letak parang kat sebelah kerusi, kira nak tetak kalau dia berani tetiba muncul depanku...

Lama le jugak benda tu tak kacau... parah kot kena ayat tu... ada satu malam, masa aku nak tido, dia goncang... macam dah lemah je goncangannya, sikit je goyangannya... aku buat lagi, tiup arah lantai... terus senyap... kemudiannya rasa bersalah pun ada jugak... yelah... kira ada le jugak 'jasa' dia kat aku, kan? agaknya la...

       Lagi satu, rumah sewa tu, bukan takat kat belakang dan dalamnya ada makhluk ghaib, kat depan lain pulaaakkk... tu rasanya jin yang memelihara 'sesuatu' kat dalam tanah. Berdasarkan cerita jiran, ada 'warisan purba' kat dalam tanah sekitar situ. Ada satu malam, dalam sekitar pukul 3 pagi, aku duduk kat ruang tamu. Aku dengar bunyi benda terbakar kat luar rumah...

(ish... meremang lagi daa bulu roma ni...)

       Bunyi apinya macam galak je... membakar sesuatu... aku pun jengok kat pintu... aku lihat tunggul pokok kelapa tengah terbakar! Siap dengan bunyinya jelas! Aku tak le terfikir nak rakam video atau ambik gambo... lagipun, apa faedahnya nak ambik gambo tunggul terbako kan? Aku tengok selambe je... pastu aku duduk balik, dah tak heran dah... Siang nya, aku pun keluar check nak tengok tempat tu... ha kau...

       rupanya kat tempat tunggul tu cuma parit kecik! Takde kesan terbakar langsung! Tunggul tu pun takde langsung ! ...Padahal, baru berapa jem je terbakar!... Dan seingat aku, memang sebelum tu, di hari yang lain, aku perasan ada tunggul tu kat situ bila siang cerah... rupa2nya memang takde! ...Eh, biar betul... dah lama jugak aku dimainkan dengan bayangan tunggul tu agaknya... lagi satu, bila aku fikir balik, mana ada orang/jiran kat situ nak bakar tunggul pokok jam 3 pagi? Yang ku tahu, jiran sebelah aku cuma bakar sampah je kat belakang, tu pun siang, bukannya malam gitu!

       Bila aku sembang dengan jiran sebelah tu, dia kata pernah satu malam dia tengok ada api kat atas pokok sekitar kawasan 'tunggul pokok kelapa' terbakar tu... malam-malam, sapa nak panjat pokok nak bakar daun kat atas pokok?

       Menurut kawan, kejadian api bakar tunggul yang aku tengok tu kira macam petunjuk kat aku- tentang posisi ada 'benda special' dalam tanah sekitar situ. Malas ah... aku nak ambik... sedangkan keris bertulis jawi milikku sendiri pun aku pernah beri gitu je kat kawan, nikan pulak nak di'offer' keris pusaka yang hebat penunggunya kat dalam tanah tu... aku beritau kat jiran, sedangkan masih kat dalam tanah tu pun dah ada benda terbakar kat atas tanah, ni kan pulak kita nak simpan, bleh terbakar jugak jadinya!

       Jiranku pernah le jugak beritau yang pada malam tertentu, ada bau wangi muncul kat rumahnya... so, aku kalau jenis yang tu, 'suka' le plak aku nak nyakat balik... tah... 'benda' tu macam tau2 je aku pun rasa macam nak menghidu bau tu jugak... jadi beberapa malam lepas tu, dalam pukul 3 pagi, ketika aku kat ruang tamu, muncul le juak bau wangi tu.... heh... sambil senyum, aku sound... tegur ... makin kuat baunye beb.... ha ha... aku kira tu jenis yang 'datang melawat'... aku tak heran sangat... pasal, pastu ia pasti blah...

       Lagi satu, kat dalam rumah tu, banyak kali le jugak labah-labah warna coklat bersaiz besar muncul... entah, dalam hidupku setakat ni, aku banyak kali jugak jumpa jenis labah2 cam gitu... kat Sarawak pun ada, kat negeri lain pun ada...

Yang specialnya labah-labah kat rumah sewaku itu, kalau muncul, matanya siap mengeluarkan cahaya 'camera flash' kat aku, walaupun dalam gelap gelita! Ada le jugak yang tak gitu. Tapi takat ni aku tak kira dah... aku jumpa, aku balun sampai mati... banyak le jugak... rasanya macam dah sampai berpuluh-puluh ekor... ntah, samada tu jelmaan ke tak, yang ku tau, kalau jelmaan jin, apasal muncul dalam bentuk tu depan aku? ... Nasib le kena balun dengan aku... tak tau sampai bila aku akan terus balun makhluk tu kalau muncul... mungkin kalau yang akan muncul nanti sempat gigit/bunuh aku, rasanya, aku tak le dapat balun jenis tu lagi...

Entah... yang aku tau, aku masih suka menyewa kat rumah tu bila aku tiba kat negeri tu...

 

 

       Okey... bab petua mudah...

Aku tak le nak kata aku ni hebat bahagian ilmu batin. Memang ada ramai yang lebih hebat... tapi macam berahsia je kebanyakannya...

Masalah yang ku ungkit kat kawan berkaitan maslah gangguan makhluk ghaib atau sihir ni,... di zaman ini, orang hebat yang boleh mengubat dah makin sikit... yang menyakitnya ramai... power-power pulak tu!

       Makhluk ghaib pulak umur panjang... mereka dah hidup sejak zaman dulu lagi... jadi, mereka memang hebat... kita manusia ni pulak, kira generasi. Generasi dulu memang ramai yang hebat... masalahnya generasi sekarang... ramai yang bermasalah... dah gitu, kalau berdepan dengan makhluk ghaib hebat yang dah hidup lama... payah... parah.....

Jadi di sini, ku paparkan beberapa petua mudah yang boleh cuba diamalkan...

Terserahle kepada kamu yang baca ni. Nak ikut atau tak...

Yang ni beberapa perkara yang rasanya ramai orang tak perasan berkaitan kediaman...

1.) Pokok betik kat sebelah rumah.

Maaf ye, rasanya, ramai le jugak yang suka pokok betik kat sebelah rumah, kan?... Tapi... pokok betik ni ada le jugak rahsianya...

Perasan tak ada pokok betik yang tumbuh sendiri? Maksudku bukan sengaja ditanam...

terutama sekali yang akarnya betul-betul kat sebelah je rumah... especially yang menonjol keluar dari lantai simen tepi rumah... hingga pokok tu jadi condong... ha... jenis yang tu memang kalau boleh... tebang.

Memang jenis yang tu,kebanyakannya bleh tahan suburnya, buah beso2 pulak tu... tapi awas... biasanya ada penunggu nya...

Tu yang rumah berkenaan jadi semacaam je bagi penghuninya. Rumahku kat Sarawak sana masa aku kecik dulu ada jenis yang macam tu. Ada kawan ayahku yang pandai, beritahu pasal pokok tu...

dan... memang ada satu malam masa tu, aku pernah dengar bunyi mengerikan kat luar bilikku... sebelaaah je dari luar...

2.) Tunggul pokok sebelah rumah. Jenis pokok yang tak ditebang paras bawah batangnya.

Ini bagi kes tertentu. Satu masa, aku ikut kawan dukun pergi nengok sebuah rumah kat Sarawak yang banyak gangguan... makhluk2 halus dah macam beramai2 nak masuk ke rumah tu... nasib baik le jugak macam ada halangan...

Bila tiba kat rumah tu, semasa kami kat depan rumah, dukun tu beritahu pasal tunggul pokok yang ada sebelah je dengan rumah tu. Dukun tu kata- tunggul tu dah jadi 'tangga' untuk makhluk2 tu naik ke atas bumbung rumah tu... ish...

Kalau boleh, memana yang ada tunggul cam tu dekat sebelah rumah, potong jelah...

 

3.) Bilik

Bagi rumah yang banyak bilik, kalau boleh, tak tutuple memana bilik tu lama-lama... makhluk ghaib suka mendiami bilik yang tertutup lama... buka-buka le pintu bilik tu dalam hari-hari tertentu...

 

4.) Tutup pintu dan tingkap waktu maghrib

Ini sebenarnya petua orang dulu-dulu. Rasanya, ramai jugak yang amalkan ni... Kalau boleh, waktu tutup tu, sebutlah nama Allah... baca Bismillah ke... ia jadi 'pengunci' hebat yang memayahkan makhluk ghaib nak masuk.

Waktu maghrib sebenarnya waktu makhluk ghaib berkeliaran. Bila azan, mereka bertempiaran lari. Dalam larian yang laju itu, kalau mereka melihat memana rumah yang terbuka tingkap/pintunya, ia satu peluang untuk mereka bersembunyi. Bila dah masuk... mereka mungkin terus jadi penghuni rumah tu jugak... bleh le dapat 'kawan' le katakan...

 

5.) Bila tinggal sorang diri waktu malam...

Yang ini rasanya, ramai le jugak alami. Kalo rumah jenis memang clear daripada masalah makhluk ghaib, okey le tu...

Tapi... bagi jenis yang bermasalah... berat beb... terutama sekali pompuan yang lemah semangat...

Jadi, cadanganku- (ini bagi yang nak mengamalkannya lah)...

 kalau sempat di waktu maghrib, baca le Bismillahhirrahmanirrahim 21 kali, tiup di empat penjuru rumah. Ia menjadi 'pagar' yang kuat. Selain itu, untuk menguatkan lagi 'pagar' tu, boleh baca ayat Qursyi. Kalau boleh, biarlah betul bacaannya.

Niatkanlah ia sebagai kuasa Allah bagi 'memagari' rumah anda, bukannya takat baca macam seolah ayat-ayat tu jadi 'bahan' je... dah jadi macam orang nak mengecat, ayat tu macam bahan cat je...

Kalau tak sempat di waktu maghrib, dah larut malam pun boleh jugak amalkannya.

Selain itu, boleh le jugak pasangkan ubat/lingkaran nyamuk... jenis tradisional punya (mosquito coil), bukannya yang pakai letrik tu... makhluk ghaib tak gemar api pada ubat nyamuk tu... pasal keadaan api tu... jenis bara api, jenis api yang mereka takuti.

Tapi, kalau bleh, jaga le jugak, cuba elakkan ia daripada agak rapat dengan kain yang boleh menyebabkan kain tu menutupinya. Kain tu boleh terhangus. Bukan pasal tu je... mungkin makhluk ghaib tu akan usahakan dengan kain tu untuk menutupi api lingkaran nyamuk tu. Rasullullah S.A.W. sendiri mengingatkan akan usaha jin yang menjelma menjadi tikus- buatkan api terkena kain- lalu terbakar. Kalau api betul, makhluk tu tak takut.

 

Di kesempatan ini, aku selitkanlah jugak petua mudah bagi asas pendinding diri:

Pakaian terbalik- pakai sebelah dalam kat luar, yang luar kat dalam

Cadangan praktikal- seluar dalam terbalik.

Ini bagi mengatasi masalah pukau. Ilmu pukau tak menjadik kalau mangsa memakai pakaian terbalik. Kawanku sorang gengster yang pernah merogol dengan guna ilmu pukau pun mengakuinya. Sorry ye, pasal menyelitkan yang aku juga berkawan dengan dia. Dia memang bleh tahan gengster dan terjalnya, tapi bila jumpa dengan aku, dia layan aku dengan baik. Dia hormat aku, aku hormat dia... kemudiannya dia menjadi anggota polis! perrgghhh... kalau dia dah insaf, baguih le tu...

Cara orang mengenakan ilmu pukau ni, berdasarkan kawan-kawan saya memang banyak. Yang hebat, dari dalam kereta je dia bleh buat, dah takyah pegi dekat tepuk/sentuh mangsa lagi dah...

Selain itu, pemakaian cara terbalik ini juga bagi mengatasi masalah kena tindih makhluk ghaib dan menghindari histeria.

Jin yang menindih atau cuba merasuk badan untuk membuatkan orang histeria, payah nak buat cam tu.

Bagi yang nak masuk hutan, boleh amalkannya jugak. Takat ni aku dah banyak kali masuk hutan kat Sarawak jugak, masuk dalam... tak disesatkan oleh makhluk ghaib... Cuma aku je yang kekadang biol sikit nak hafal jalan... ha ha... aku rasa, macam berkaitan dengan kelemahanku dalam geografi je... jalan kat bandarpun aku bleh sesat, pasal masalh tu...

       Bagi memana yang dah terkena ilmu pengasih, bleh amalkan ayat doa selepas wuduk versi panjang, baca ketika selepas sembahyang dalam keadaan tangan berdoa. Sapu kat muka. Itu sebenarnya 'ayat pembersih' yang boleh menghalang orang yang ilmukan daripada muncul dalam mimpi. Bleh jugak dibaca kat air minum beri kat saudara/kenalan untuk membantunya mengatasi ilmu itu. 

Bagi yang nak jalan jauh dengan kereta, bacalah Bismillahirrahmanirrahim 21 kali kat empat penjuru kereta...

Takat ni jelah yang aku kongsikan kat sini...

Ada di antara petua itu aku dapat dari kawan-kawan...

Bagi cadangan lain, rajin2 le juga cari ilmu dari sumber lain, baik yang dari internet atau dari buku2... atau dari kawan2 yang pandai... bleh jugak cuba berkawan dengan geng tabligh... rasanya di antara mereka, ada yang hebat ilmunya tu...

cuma kena pandai le tapis mana2 yang tak sesuai atau sesat...

takmaule aku kalau korang jadi macam sorang kawnku... dia ngamal satu ilmu, terus dia 'hilang' gitu je...

kecoh le jugak orang kampung... nasib baik jumpa kemudiannya, kat tempat lain yang jauh... Dia macam hilang ingatan masa tu...

dan lagi satu, lagi sekali aku nak sampaikan kat sini, dah baca kisah2ku dengan makhluk ghaib, kan? ...kalau bleh korang takyah le nak berani sangat macam yang dah ku buat kat makhluk2 ghaib tu... aku tak berapa galakkan...

Makhluk tu sebenarnya bleh tau manusia tu berani betul atau tak... dan lagi satu, memana makhluk tu jenis yang hebat dan nak mengacau jugak, ia tak kira kau orang tu berani atau tak... berilmu atau tak...

Kalau dah berdepan dengan gangguan makhluk tu, bagi yang lemah semangat, lari adalah jalan selamat... Tapi, kalau memang dah takleh nak elak lagi, baca jelah apa yang patut, azan kuat-kuat... berserahlah kepada Allah...

Maaf ye, sebenarnya, memang ada petua lain yang aku tak paparkan di sini, aku takmau le kau orang mungkin akan dikenakan makhluk ghaib yang hebat sebagai serangan balasnya, bila kau orang ngamalkan petua itu... memang hebat... tapi, bleh membahayakan pengamalnya, kalau pengamalnya tak bersedia dengan ilmu yang sepatutnya...



-- Edited by hardrock on Thursday 24th of October 2013 03:23:20 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

laa knp lak ni post yg terakhir...waaaaa knp knp knp.......katakannnnn
msh x puas lgi nk bca sgala pgalaman yg had rok ader....

duhai hadrock jgn tingal daku...aku akn merinduimuuu.....wak badda pujuk la had rok
sob..sob..sob....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

oit mat rok, apsal pas ni ko tak nak join gc lg ke?

pjg berjela pulak posting ko yg last ni ek. alalalalalaaaaa... jgn la pegi dulu..

jangan tinggal daku..oh mat rokkkkk..... oh... mat hat rok......


ko nak gi mana weh? mai ler balik cini.

oit preedem, wak badda ke ijoi ke sesape yg ayat power... pujuk la mat rok ni jgn pindah india.

tulun kakak eliza binti mat sabun... yayang reza... tulunla pujuk....

akak kantin yg suka main masak2 tepi padang.... ishhh... sume2 nama aku nak sebut penuh la gc ni...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

Haah la..jgn la pegi..nnti akak kentin masak ayam masak merah nak? Hehe..ko ckp je bile nk nnti akak masak...alolo....meh meh akak pujok meh...eee bese die ek besor 2 nk majuk2...

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

haaaa.... nk stori jugak.

dulu2 kat rumah mak aku kat belah dapur la, kiri kanan dinding dia ada pokok betik, rasany amak cakap tumbuh sendiri. memang buah dia..... besor2...

umah mak aku yg ayah aku buat gotong-royong sama orang2 kampung sekebun pisang ni kan... (yelah, ayah kuar duit buat rumah mak dapat nama.. aparaaaa... pas tu balik kampung sume claim balik umah nenenk. termasuk la anak2 claim balik umah mak, tak pulak cakap balik umah ayah.)

sambung2....

rumah orang tua aku kan... bentuk L, yg btk batang pjg ke depan tu ruang tamu ngan bilik2, yg btk - yg pendek tu bhgn dapur.

ok, memperkenalkan dapur mak aku... jeng jeng jeng....(ada bunyik drum sket)

bhgn depan dapur kira sebelah ngan bilik abang aku, skang pas adik aku kawen otomatik bilik tu jadik bilik dia ngan laki dia.

belah belakang dapur ngadap kebun orang yg semak samun sama tinggi dgn orang, orang masuk situ dah sama rupa dgn semak. ke depan kebun orang tu sungai yg memanjang samapai ke belah tepi tanah ayah aku. sblm sungai tu lak ayah aku buat reban ayam yg dah mati sume kena sampar.

reba ayam tu pulak belah tepi dapur, yg dinding dia menyambungkan antara dinding dapur belah belakang dgn dindind dapur hat sebelah bilik adik aku.

sambung citer pasal pokok betik pulak.

pokok yg kat dapur belah blakang tu kat sebelah tangga. ayah aku buat umah tinggi belah dapur pasal tanah belah dapur rendah sket dari belah depan. jadinyer lantai dapur memang tinggi sket dari tanah. haaaa.... bley bayangkan kannn... kannn...kannnn? tangga tu dah mesti la kat pintu kan, takkan kat tingkap pulak. pintu tu pulak utk kuar masuk dari luar ke dlm atau dari dlm umah ke luar.

yg dinding sebelah bilik adik aku pulak takde tangga pintu sumer tak de ada tingkap jer. lantai dia memang tinggi sket dari tanah, so ade ler cam tebing bukit sket kat bwh dinding dia. kat depan tingkap tu la dia tumbuh betul2 kat tebing tu.

halllllaaaa..... dah rehat, nak balik jap, santap... bukan sentap ekkkk...

pas aku dah kenyang kang aku sambung. insya allah la kalo tak bz ye..

kalo tak aku simpan2 la sampek minggu depan ke bula depan ke.. hahaaaa....

jgn mara aaa...



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

ala mengkome pon same cm akak kentin ek rehat kol 12..alo akak diet rini ingat nk bace cite mengkome ropenyer separuh jalan huhu..

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

aida dh bersungguh nk bca nie..siap bntang toto n mkn pop kon ag...
oiiiii copat2 x sabaq nie

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

alhamdulillah, burppppp... huh kuar sumer bau ayam goreng rempah + serai + halia + bawang + goreng dalam minyak + atas kuali tembaga + atas bara api..

hahaaaa.... ada yg dh saspen ke? okeh, kita tengok saspen ke idaknyer yeeeerrr...

sambung citer haaa..

wokeh, dah citer pasal dapur tadi kan... kan....

pasal pokok betik tumbuh kat mana pun dah stori mori kan.. kannnn? haaaaa.. stadi balik citer atas ek kalo tak pasan...

pokok betik tu kan... dua2 la,kalo kuar buah memang besar2. kalo takat orang ngidam nak makan betik memang puas ati la, tak toleh kiri kanan dah, manisssssssssssss je buah dia.

ada satu hari tu ujan lebat giler..... siap guruh petir bagai. tapi aku penah dengar kilat2 ni sebenornye nak memanah iblis setan, betui ke dak, idak ler pulak aku tau.

tapi aku pernah dengar la jugak kilat tu nak panah mana2 setan ke jin ke kaum kerabat hamba sahaya iblis yg terai2 nak intai langit nak korek2 rahsia langit. lepas2 nabi muhammad lahir kan setan2 kaun kerabat dia hamba2 dia sume dah x leh nak naik langit cam sebelum baginda nabi lahir. yg aku pernah baca laa...

ooo... luper nak kasik tau. dapur mak aku tu lebar dia dari belah belakang ke depan yg dekat sebelah bilik adik aku tu ader ler lebih kurang... emmmmm.. er..... 1 marhalah.. heheeee....tak delah. lebor ler jugak.. tapi yg pasti lebih ler 5 meter.. yolah, saje ayah aku buat ruang besar2, pasal anak2 dia jer 9 orang, belum campur menantu, cucu, anak angkat yg rajin balik umah dia, ngan cucu angkat. tak kira space utk kucen2 kemanjaan dia tu. orang tua aku bhskn diri diorang kat kucin tu atok ngan nenek. haaa.. punyer spesel kucen2 tu sampai sama taraf ngan cucu dia.

sambung balik citer. al-kisah terjadi la satu peristiwa ngeri. dikala hujan di luar mencurah2, di tambah dengan angin kuat yg belum sampai tahap ribut, disinari pancaran kilat silat-menyilat, tetiba black out pulak dalam rumah. aku masa tu skolah rendah lagi. petang dah dekat nak malam hujung minggu, adik-beradik sumer ada, belum ada yg dah kawen tapi adik2 sumer dah lahir dah.

masa tu pulak ada orang datag, tak silap orang yg jual barang2 yg ada menang dengan menggores, kalau tak menang jangan menangis. akak aku 2 orang kat dapur tengah ready2 nk masak utk makan mlm. sorang berdiri tengah nak blend bhn2 nak masak, aku namakan kak t, sorang lagi kat tempat yg sama jugak, tengah mencankung nak korek2 nasik dlm periuk, nak kuarkan nasik siang nak masak lagi utk mlm pulak.

aku kat depan, ngendeng2 ngan mak tengok pebende orang tu kelentong. tetiba aku dengar orang jerit mak... makkk... kitorang ingat kakak aku jerit nak tanye nak masak pe, ape nak amik, nak masak banyak mane. pas tu tetibe dengar dia jerit lagi lain macam dah sore dia. kitorang sume marathon reramai masuk kampung... eh masuk dapur.

haaa... to be continued lagi eh.. ada kije sat... akceli kije aku dah setel, nolong2 bebudak 2 orang ni je ha. aku kan team mate yg baekkkkk...

jangan marah lagi ek. sumpah, memang aku nak finishkan citer, tapi tetibe ada kije pulop...

heheee... dah terpengaruh pulak ngan bro flash, citer siket dah iklan... citer siket, iklan lagi..

ikutilah iklan periuk tembaga cap cili pedas, sesuai utk masak sup labi2 dengan cendawan busut. perhatian: iklan ini adalah pree tanpa sebarang bayaran tersembunyik.

hahahaaaa....

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Satu yg aku tak gemar kat engkorang ni ialah - korang dah macam geng2 ku yg lain... 

aku tak gemar kalo ada geng2 sedih kat aku.. ishhh... siap merayu2 plak tu... lomah jgak kepalo lutut den...

korg jgn le buat camtu kat aku, bleh sedih tau...( ceh...) 

yela... walaupon dulu2 aku aktif  gengster dan terjal gile, tapi oleh kerana aku jgak pelukis- ada le jugak sentimentel tu (ceh lagi skali...)

gini la kawan2... err... sila baca semula ye, apa yg aku nyatakan kat atas...

ni aku paste semula:

 

Maaf ye kawan-kawan, mungkin ini postku yang terakhir kat forum ni... ish... sedih la pulak...

       mmm... ntah... kalau aku nak post lagi... lagi lama kot... tak pasti le... tak sanggup janji..

 

ha... ada faham?... tu 'mungkin'...

SABOOO le kawan2... jgn plak ade yg pakat2 nak pegang kaki aku tak kasi aku jalan... dah macam pilem industan le plak...

sabooo... aku jangka mgkn dalm masa bbrp minggu lagi - mgkin aku agak sibuk ngan projek painting...

lagi satu, mana le tau aku tetiba mati? Ye la... bab mati ni, kita tak tau... kan? 

pasal aku ni kalo bedepan ngan makhluk tu- terutama skali jenis yg hebat, yg tak mustahilnya aku nekad betul nak berdepan...

memang dah berapa kali aku nekad betul ... dalm beberapa kejadian pada tahun dulu..

salah satu peristiwa tu bleh tahan ...semasa aku buat projek ngecat kat sebelah hutan- banyak le jgak yg datang... memang hebat mereka... dan masa tu aku tau mereka bukan calang2... aku memang nekad betul... dan ready nak mati masa tu jugak berdepan dgn mereka...aku memang saja tak baca apa2 nak berdepan tu...

rokok ku campak, besi tajam untuk sodok cat aku campak,...aku saja je buat gitu, nekad nak bagi penangan bila mereka betul2 muncul depan aku...

tapi di saat genting tu, terasa macam mereka kena tahan oleh sesuatu yg SANGAT BESAR dari langit... rasanya Allah tahan mereka dpd nak serang aku... ish... meremang bulu aku naip ni...

... tapi aku takminat nak ceritanya kat sini,

takut plak ada pembaca yg terpengaruh...

lagi satu yg aku agak risau pasal aku sendiri ni, tak mustahil aku hilang sabar kalau tercabar dgn mana2 penyangak yg mgkin akn dtg mencabar... tak mustahil aku bleh tewas kalau bertempur dgn mereka... dulu aku pernah byk kali gaduh, jadi, tak mustahil aku akan bgaduh lagi...

hmm...

mgkin akan datang (kalo aku masih hidup dan mampu nak post lagi la...) aku akn cerita pasal kisah2 kawanku ... yg ada di antaranya kena badi...

ada jga yg terus meninggal dunia dikenakn makhluk ghaib...

sabo je la ye kawan2... dan TOLONG STOP MERAYU2 kat aku ye... lomah den... buleh mnitis air mata beb...

sudahhhhh...... (ceh kali ke tiga...) sabooo....

dan Pak Badda... maaf, saya ni jenis pegi ke tempat2 ttntu kat semenanjung ni, dan ada masa kat Sarawak... nak jumpa tak tau le ... tak berani janji...

kwn2 kat batu pahat ni pun ada le jgak yg nak jumpa sembang2 ngan saya... tapi ... saya kekadang sibuk ngan artworks painting... sorry ye... 

 



-- Edited by hardrock on Friday 25th of October 2013 10:21:35 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

Hok alohla mu ni cekodok...baru nk saspender..cept2smbung

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aaa .... nie yang aku malas ni dengan nubie nubie (bebudak baru nii) ...

menjoinkan diri macam sesibu cicah air ..... adoiii ... semput pengkirias aku dibuatnya ....

 

aduhaiii ... adik rok batu kepeh .... jangan ler canggitu ...

aku nie ... nak memujuk .. x reti ....

 

kolo nko tau ati aku nie ..... nko x kan pg gitu jer adik batu keras oiiiitt .....

 

 

(psttt ... adinda hardrock .. buat pertama kali aku memanggil nama penuh beliau bagik menghormatinya ..

terima kasih atas ilmu... petua dan sebagainya ..... yang nko tulis di sini ...

jika ade kesempatan ..... menulis la lagi .... aku x jemu baca tulisan nko ... espeseli kisah2 seram n misteri ....

x kan x de `line' kat sarawak kot? atau .. ade org sound nko ke? adoiiiiii ..............................!!!)

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

uiiihhhh .... cam tu hupernyer ... baru ler aku paham ... nak mahamnya pon ... berkali kaler cat nippon jugak laaa ....

wolo bagaimana pong adinda batu keras cam kerak nasik .... ehh .. cam batu air terjung ....

kami doakan lah mudah-mudahan umo nko panjang dalam kebarkahan dan rahmat Allah SWT

mudah-mudahan ... nko cool dan Allah tutupkan pintu ati nko untuk bergadoh lagik ...

Insya Allah ...

 

 

aaa .. citer la .. citer la pasal kengkawan nko yg kene badi  n yang meninggal dik mhluk alus tu ..

ade gak eh ... yg buleh memudaratkan manusia hingga ujung nyawa ... isk isk iskk ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ooooo... gitu (dengan gaya molot moncong lagi panjang dari wak badda)

cakap la awal2 enko bz. buang air liur aku jo nak merayu2 ko, ceh... jatuh berguling2 saham aku dok mujuk2 ko..

ko citer la pasal kawan2 ko tu. nak gak tau.

cer citer... cer citer...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

eh mat rok.. eh mat kool.. eh ehhh... hat rok..

assalamualaikum... kum apa.. kum kumm...

dah panjang melebar melalut baru nak bagi salam... apa raaa.. aku tumpang thread ko eh citer sket kat sini. bukan pe, ada pulak yg nangis2 mintak aku jadi penglipur dada.. eh... lara kat sini..

wokeh sambung lagi citer...

pas kitorang dengar akak aku jerit lain macam dah sore dia kitorang marathon reramai masuk dapur. aku tengok kak T tengah membongkok, sorang lagi, kak L tengah duduk.

aku ingat pe bende la diorang nak wat saspen ni. buat kecoh2 je. dah la nak ngalau orang yg jual2 tu tak sampai ati pulak tengah ujan giler punyer lebat. takat ujan bley la sedekah tapi dibuatnye payung tu kena sambor kilat, sape nak jawab? ayah aku jugak kannnn..

aku nampak kat dapur tu dah bersepah dah batu2 kecik. aku ingat akak aku gaduh main baling kuali periuk ke. tapi batu2 ni macam batu simen tapi cam kaler dah terbakar. aku tengok akak dua2 nangis, kak T tengah cam pujuk2 kak L. nampak baju kak L kat bhgn bahu cam ada darah2 sket.

mak ayah aku ofkos la tengok anak dia cam tu meluru la. mak aku cek bahu kak L ada luka2 cam ada serpih2 batu. kat belakang dia pun. kak T pun ada jugak sket2 kot, tapi tak seteruk kak L la.

pas tu yang aku ingat ayah ngan mak aku terus bawak kak L gi klinik, ke spital aku tak tau la. kak T tinggal kat umah jaga adik2 ngan abang sulung aku.

lepas2 tu baru aku tau rupenyer ada kilat menyambar kat plug umah dekat dengan diorang. alhamdulillah sangat2, kilat tak menyambar kakak aku dua2 tu. akibat drpd tu, peti ais yg letak kat sebelah tempat kak L mencangkung tu rosak teruk, rice cooker pun rosak. plug umah jangan cakap la. ayah aku buat wiring baru. mesin basuh yang kat bilik air luar pun rosak. bilik air kitorang kat luar umah tau..

besoknyer kitorang tengok pokok betik kat luar tu dua2 dah tumbang dengan akar2 sekali keluar. ada lubang tembus kat tempat dua akar pokok tu kuar. pokok yang kat belakang tu mati terus tapi yang depan tu idup lagi, cumanyer dia jadk mereng la sket pasal body dia dah senget. hahaaaa.. orang lain pokok tegak ke atas, kitorang pokok melintang atas tanah. tapi still berbuah lagi.

maknanyer bawah lantai dapur mak aku tu ada lubang la dari belah depan tembus sampai belakang. kan aku ada cakap dinding umah kitorang tinggi dari paras tanah kan. yg belah depan tu tanah bawah dinding tu cam ada tebing sket kan.. tak tinggi pun ada paras lutut aku masa sekolah dulu kot. tapi yang kat belakang tu memang tinggi sket la, lebih paras lutut aku skang ni.

tak bape lama pas tu.. tapi aku rasa lama gak.. dlm beberapa tahun kot. ayah aku tebang pokok betik tu. pasal pe tah. skang kat sebelah bilik adik aku tu dah bersimen sampai ke garaj kat sebelah rumah nun. sebabnyer nak elak kucen mak cik eliza berak kat rumah aku. dah la duduk tak bayar sewa, makan pree, berak pun suka suki jer..

haaaaa..... pasal kilat tu, rupenyar kilat tu bercabang. mengikut kata pakcik aku (beliau ni mewarisi sket2 ilmu arwah tok tiri aku. inagt tak aku ada cakap arwah tok aku tu dulu tok moh) kilat tu menyambar salah satu pokok betik, aku tak ingat yg mana tapi rasanya yg mati tu, tembus ke tanah pas tu bercabang satu kuar kat pokok betik yg satu lagi, satu lagi kuar kat plug. ke kilat tu sambar kat plug pas tu bercabang kuar kat pokok betik. aku pun tak ingat yg mana satu tapi yg pasti kilat tu bercabang kat dlm tanah.

ada orang suruh carik batu petir. ko nak sangat? pi la masuk lobam tu carik kalu jumpe.. heheeee..

kak L plak, sampai skang fobia ngan kilat, ujan lebat pun dia cukup seriau. luka2 kat bahu ngan blakang badan dia pun ada lagi. parut dia jadik itam. rupenyer kat tengkuk dia pun ada jugak kena sket.

sekian la citer aku yg tak seram & tak bape nak saspen ni.

tengkiu..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

ohoho cekodok..cite ko ni buat kite teringat..ritu ade klua suat kabo.. kate kilat panah peti es.. rumah ko ek?

pastu kite pon tringat jugak ade kisah pokok betik la kt kawasan umah kite ni..memang idup sendri..buah die besor2 dan bersari dan berjusss! slurrppyyy.. wal lah.. tapi mase pokok die mude kite dan jiran tetangga suke ambik pucuk die wat ulam hehe..pastu bile dah beso pokoknye jadi becabang 2 tapi memang membesar bagai johan la pokok tu.. tp satu ari tu pokok ni memang kene panah dek petir dan kojol mase tu jugak..seb bek la jauh dari rumah akak kentin ..kalo x huhu..

wah citer pasal petir ni pon buat kite teringat cerita arwah abah masa baru kahwin dengan mak.. arwah abah pon agak phobia jugak dengan petir2 ni..mase kite kecik2 dulu kalau hujan ribut petir arwah abah akan berdiri kt muka pintu pastu baca something..tp mase tu not sure untuk ape..bile kite dah besar sikit baru tau..sebab kita ni rapat dengan arwah abah so pengalamn die mase dulu2 banyak di ceritakan kt kita..

Masa tu arwah baru lg kawen ngn mak..oleh sebab nak berdikari ..diorang duduk kat rumah sendiri..mase tu arwah abah bukan kerja bagus pon..tolong org menuai padi je itupon dulu2 ikut musim..so dapatla duduk kt pondok kecik je tengah2 sawah..
masa tu kate arwah ribut..die ngan mak takut sangat ..takut pondok diorang melayang diterbangkan angin..pastu petir berdentum dentam..kate arwah abah tetiba ade mcm flash kamera depan mate lepas tu bau terbakar....gelap mata sekejap..bila dah ok pegi luar tengok sepanjang sawah padi tu ade satu garisan panjang terbakar betul2 lalu bawah pondok diorang..mengucap panjang arwah abah dan mak..pastu bungkus baju balik rumah atuk ngn wan huhu.....bayangkan kalau tersasar lah lintasan kilat tu.. heh cite ni pon xbape nk seram..

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

jap2....huhh buang karen aida je merayu bagai....dh la aida org fisrt yg komen
huhhh wt malu jer..klo ku taw kamu sebuk dgn koje,idak la diriku merayu bagai..
baling batu kang padan muka.....hahahaha

wak badda..aida tarik balikk x jadi pujuk hardrok..hahahah

duhai hadrok cafe..nt ada msa stori ag erk..ye a,x kn la memanjang wt kj kan
so skali skala lepaskan tekanan anda setori citer antu seram kt cn ag yaaa...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Ni aku update pada ari ni, Jumaat 29.11.2013.

Sorry, aku takbuat mcm org lain yg update bkaitan thread kat bahagian komen/reply. Aku ekjas kat post thread asal tu.

-Tu edit post aku awal...-

 

 

aku ingat, dah cantik dah aku edit kat thread kat atas, tapi tak menjadik pastu.

Web software Forum ni dah jadi bodo ke apa? Sorry ye, aku try ekjas kat thread, tak jadi apa. dah bengong agaknya sofware web ni. Aku ekjas emailku kat setting profile pun ada problem. 

dah, aku taip kat sini je lah.

 

Update pada 29.11.2013

Ni yg trbaru,

ntahle, .. aku pun taktau brapa byk jin/makhluk ghaib kat dlm rumah tu.

Yg goyang kerusi satu hal. Tapi dah slow na goyangnya. Aku dah 2 kali kenakn dia dgn cara tiup bacaan ke lantai waktu dia goyang. Aku fikir, kalo kali ke 3, mgkin takde terus pastu. Timbul lak rasa kesian. Tah ... terasa lak aku- makhluk tu mgkin dah tu kejanya, nak goyang krusi tu jgak selagi hayatnya ada .. kang, aku bunuh dia, terus mapuih .. sian plak ..

Tu 1 hal, yg lain, kalo aku pegi/masuk ke bilik2 ttentu, aku rasa mcm ade jin/makhluk ghaib yg lain plak yg tinggal kat sudut2 ttentu.

Aku kira, dia cuma numpang hidup je ...  rasa sian jgak .. yela, aku pun numpang hidup jgak kat dunia ni .... asalkan makhluk tu tak sakitkn ati aku dah le.

 

Yang 1 lagi, .... ha, yg ni aku memulanya takprasan jgak ... sejak aku demam panas sebelum ni, aku tak bukak kipas, sajaje kasi badan bpeluh... yg aku boring, tak brapa panas plak dlm rumah tu, walau time matahari panas kat luar.

Yang CANTIK nya.... siap ada angin bertiup2 lagi kat aku dlm rumah tu. Ada masanya, kuat jgak angin yg mcm ditiup ke muka aku tu .... dekaaaatttje .....

padahal, semua tingkap dan pintu utama aku sentiasa ditutup rapat. Tiupan tu agak kuat, dan dekat.

Bagi nak pastikan itu samada angin kuat dari luar yg bertiup melalui celahan tingkap/pintu, aku perhati sarang labah2 kat tepi tingkap/pintu, takgerak langsung ..  Kalau mmg angin kuat dari luar, sarang2 tu bgerak2.

Aku sering anggap tiupan angin tu takde mende ...

takde mende ye? .... heh ........

Mlm/pagi Isnin, 25 November,2013, time 1.55 pagi, .... waktu dah sunyi .........

Aku lihat seperti sekumpulan wap/asap lalu terbang melayang melepasi depanku dgn pergerakan sederhana ...

mcm antara nampak dgn tak .. slambe je gerak depan aku ... aku dah rasa lain mcm ... sebab, benda tu dah munculkan dirinya dlm bentuk tu, depan aku.

Trfikir jgak aku, embun kot .... tapi, tingkap aku takbukak .... camana embun bleh menembusinya dan bergerak mlayang dlm bentuk skumpulan asap/wap camtu? ..... jadi, aku pun bacalah ayat kursi ....

pastu, haaaa......... yg ni lagi best ... ishhhh... meremang jgak bulu romaku naip ni ... ni ha, gambo lenganku time bulu romaku mremang time aku naip ni ...

tengok perbezaannya ... aku naip ni dah pkul 8 lebih pagi esoknya.

(Aku naip masa tu kira mcm perancgn nak post nanti2)

 

1  2 r.jpg

 

 

 

Apa yg lagi BEST dpd asap/wap tu yg muncul pastu?

 

Tengok gambo dinding dan siling ni ....

 

Aku rakam lepas tetiba ada satu cahaya cam flash kamera kat siling tu .... ia brlaku lepas asap/wap tu muncul, kat depan pintu itu.

Dinding 1.jpg

Ni gambo waktu mlm tu, baru je lepas kejadian tu.                                                Ni gambo siang, bagi memudahkan penjelasan ttg siling tu.

 

Nak kata kilat, bukan ... pasal kalo kilat, semua bilik tu bercahaya, ni tak, kat tempat tu je, kat deret tu je ....

Aku taktau le tu jin/makhluk ghaib jenis apa ....

kalo dikira, sblum tu, byk kali aku lihat labah2 beso matanya keluarkn cahaya flash camtu, tapi yg ni, dah bukan kat mata labah2 lagi, dah flash gitu je .... dah sbg makluman, labah2 tu gerakannya mmg pantas betul, leh gerak kat dinding- dari 1 tempat ke tempat lain skelip mata, tak sampai sessat, kelajuannya mmg cepat betul!!!

Kalo labah2 tu brgerak camtu kat lantai, aku takle heran sgt, ni kat dinding ke dinding, cepat betul ia brgerak, bukan mcm jenis yg sama kat tempat lain. Kat tempat lain yg pernah aku nampak, semuanya takpantas camtu.

Tapi, kalo labah2, aku bunuh jgak pastu. Byk dah aku bunuh .... baik yg matanya brcahaya camtu atau tak ...

kali ni, cahaya tu dah muncul camtu ... dah tak kat mata labah2 beso lagi, muncul gitu je, beso le jgak saiz cahaya tu ..... mcm nak nunjuk kat aku kewujudannya kat rumah tu ..... mgkin saja je nak nunjuk saiznya hingga cecah siling, kot? Memang aku was2 jgak bila cahaya flash tu muncul, pasal cepat. Aku ragu2, ........ eh, betul ke apa yg aku nampak tadi? Hm yakin ke tak, aku mmg nampak dlm keadaan jaga, bukannya tido atau berkhayal.

Mremang jgak bulu romaku .....

So, aku pun sound kat dia .....

Muncul betul2 la.... aku taktau apa tujuan kau, baik atau jahat.

Nak buat jahat kat aku, betul2la muncul ....

Mcm yg aku sound makhluk2 ghaib kat tempat lain sbelum ni.

Bagiku, takat main sembunyi2 camtu, penakut namanya. Kalo betul2 berani, muncul depan aku. Nak gaduh main pukul curi camtu, main sembunyi2 camtu, penakut namanya. Gentel le ..... muncul dpan aku.

Biar nampak sama nampak, aku nampak dia, dia nampak aku. Baru fair n lovely! eh, iklan plak! .. baru fair / adil.

Biar aku tengok camana rupa dia, kat mana tempat dia. Senang sikit aku nak serang, ( kalo aku sempat serang ) ....

Aku mmg takda kebolehan sixthsense cam org lain yg bleh lihat makhluk ghaib dgn slambe.

Bagi aku, klau makhluk tu takat nak numpang hidup kat rumah sewa tu jgak, numpang le elok2 .... aku pun numpang hidup jgak ..... jgnle plak ia saja2 nak nyakitkan ati aku .....

 

Ntah, pasal yg goncang2kan tempat duduk ku, kini dah melarat ke katil lak... nak tido, di goncang/goyangnye skit2 .... dah mcm kena buai lak .... lagi 1, tambahan, haaaa........

yang ni lagi BEST!!!!

 Siap tilam dan bantalku dah jadi mcm massaging chair plak .... tapi, takle kuat dia punya rasa ....

skit2 je aku rasa mcm kena urut .... kat kaki , kat punggunglah .... kat badanlah .... siap kat bantal, kat KEPALAku tu!!!!!

korang tak rasa seram kalo tetiba bantal kat bawah kepala korang terasa mcm ada sesuatu mcm massaging chair tu muncul?

Tapi, tak le kuat... ckit2 je ....

dah le gitu, siap ada ekon taknampak lak tu ....

rasa sejuuuuukkkkkkkkk je kat sebelah aku, mcm ditiup2 jeeeeeee ........

 Mereka cam bersungguh je layan aku cam tu, walau aku dah berapa kali sound.

tah, dah mcm raja plak aku kat rumah tu, nak tido, kena dodoilah, kena urutlah, kena tiuplah ....

kalo yg goncang2 dari dlm tanah tu, bila aku azan dlm rumah, dia takbuat ... tapi, habis azan, dia sambung balik!!!!!

Yang tiup/rasa sejuk cam kena ekon lak, lagile ....

Ada 1 mlm, aku ready dgn baca2 ayat kat garam kasar dan lada, nak tabur kat rumah, .... time aku baca ayat, time tu makin leh tahan dia kasi sejuk .... pergghhh .... mcm takheran je dgn ayat kursi ...

mcm makin galakkan pulakkk!!!!!!

tah ... aku taktau jenis apa makhluk tu ... dan terasa lak aku, memandangkn rumah tu takde ekon, dia lak sanggup jadi ekon .... bagi aku rasa sejuk ... kekadang, bukan takat rasa cam angin, dah rasa mcm kena siram titisan wap air yg halus ..... disiram secara lembut kat badanku ....

Memang ada ayat lain yg leh bunuh jin, tapi .... tah .... rasa mcm serbasalah lak aku nak try ayat tu kat benda2 tu ...

dah mcm org bagi madu, aku balas dengan racun!!!

Yang bercahaya flash kamera tu lak, lepas aku tabur garam kasar, mcm dah takde ... tapi, firasatku rasa, mungkin akan muncul jgak nanti ....

kalo dia tak skejap2, terus bercahaya memanjang gitu je, ... lekat kat siling lak, terutama skali kat jamban, atau blakang rumah, kan best? leh terang benderaaaang je tempat tu bila mlm .... he heh ....

Aku pun taktau kenape jadi camtu ...

mgkin makhluk ghaib yg jaga keris pusaka kat dlm tanah, kat depan rumah tu yg buat kat aku camtu kot? Setau aku, keris tu mcm pusaka raja zaman dulu. Mungkin makhluk tu nak lyn aku dgn baik supaya aku jadi tuan baru keris tu?

Mallleeesss le ... takminat aku nak jadi raja makhluk tu ... trimakasih jele ....

 

Takat ni, aku masih ragu2, nak contact ke tak kwn yg bleh halau dan bunuh makhluk tu. Kalo takat halau, rasanya ia mgkin dtg lagi. Kalo bunuh .... sian lak ....

tah, ..... aku rasa mcm nak pindah rumah lain, tapi, rumah tu aku masih suka duduk ....

lagipun, rumah lain, ... takat ni, mcm takde kelebihan yg aku suka mcm rumah tu. Taktau lagi sampai bila aku nak terus nyewa kat situ bila aku tiba kat negeri tu. Rumah sewa kat negri lain tak gitu.

 

Korang yg baca ni, kalo minat nak jadi tuan baru keris pusaka tu, atau 'raja baru' bagi dia org,

leh try isikan borang permohonan dan antar kat makhluk ghaib tu... nak dpatkn borang tu, kena bertapa kat tanah kat tempat makhluk tu muncul .... he he ... lawak je...

 yg aku tau, dah ada org hebat ilmu batin pernah cuba ambik, takdapat .... makhluk tu hebat dpt lwn dia org ...

 

Updates petua mudah atasi gangguan/serangan makhluk ghaib/setan:

Mgkin korang leh try bela ayam jantan jenis ayam kampung yg leh bkokok kuat panjang.

Kalo tak silap aku, ada 1 web yg aku dah baca pasal setan taksuka 3 jenis bunyi:

1. Azan

2. Bacaan al-Quran

3. Kokokan ayam jantan

 

Ada 2 kisah bkaitan bunyian kokokan ayam jantan yg org buat time bdepan ngan makhluk ghaib jenis jahat & hebat:

1. Kat Sabah, ada 1 tempat yg leh tahan menyeramkan, kalo taksilap aku, kat area sepital. Ada le sorg lelaki yg kira hebat dan jenis hati kering yg sanggup terai jumpa ngan makhluk yg muncul kat situ. Kalo tak silap, jenis langsuir/pontianak yg mcm taktakut ngan bacaan ayat al-Quran... mgkin pasal takat tu, org yg baca al-Quran depannya jadi takbetul bacaan.

Jadi lelaki ni pun jalan ke tempat yg gelap betul itu waktu mlm. Dia jumpa ngan makhluk tu. Dia pun takut gak. Dia baca apa pun takjadik. Makhluk tu sengih menunjukkan taringnya.

Last, llaki tu pun bkokok cam ayam jantan. Makhluk tu blah, setel. 

2. Kwnku sorg dukun pernah bergeng nak bunuh jembalang jenis hebat. Mreka pakat beramai lawn sekor. Lidah menatang tu yg panjang ditamgkap, takkasi lepas, dan utk bolehkan dia org tetak makhluk tu kasi mampus.

Problem- peluang bunuh makhluk tu skali tetakan. Mesti kaw2. Parang mesti tajam. Lagi bagus kalo jenis bersumbing.

Kalo makhluk tu tak mati, habis dia org kena serangan balas makhluk tu.

Bila diaorg dah terdesak, pakat beramai2 berkokok cam ayam jantan. Makhluk tu blah.

Diaorg tak azan, pasal azan ambik masa, lagipun, mgkin jadi tak betul bila cemas.

Brbanding dgn kokokan ayam, time cemas tu, mjadik jgak.

 

Ada byk jgak web tulis pasal kokokan ayam brkaitan dgn kedatangan malaikat. Tapi, mreka jga kata biasanya malaikat dtg dlm time pkul 4 petang dan 4 pagi, bkan selalu.

Yg ku tau, ada knalan kata kalo ayam tu nampak makhluk ghaib mcm jin tu, ia berkokok bagi menghalau makhluk tu.

 

Mgkin korang leh guna jgak petua ni, kalo dah trdesak bdepan ngan setan jenis hebat.

Mgkin jgak leh try bela ayam jantan jenis ayam kampung yg leh tahan kuat dan panjang kokokannya tu kat kediaman. Kalo rumah kampung, steady. Kalo rumah flat/teres, aku tak tau. Leh agaknya kot, kalo jiran takkesah.

Makanan? Ayam kampung steady beb, asal korang tak bagi dia mati makan racun, okeyle 

 

 

Pak Bada,

nak contact aku, leh tengok email kat profileku. Masa ni, email2 bleh le. Nomor tepon.... nanti2 le... saboooo.......

 



-- Edited by hardrock on Thursday 28th of November 2013 09:06:29 PM

Attachments
__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hah ...  nko idop lagi adik batu keras ehh ....... biggrinbiggrin

lama aku tunggu ...

nko sewa humah tu kat Batu Pahat tu kat mana? buleh jugak aku mencarik2

takat batu pahat la kan ... nko bagik je alamat ... Insya Allah aku sampai ...

batu keris? x maulaaa .... kolo .. batu berlian nak laaaa ...

 

terima kasih la sebab nko update cerita nko ...

kalau baca cerita macam nii ... macam x seram ....

tapi kalau diri sendiri yg mengalami ... dah tu malam2 pulak ...

akan terasa jugak laaa ...

 

 

nie adinda Batu Keras Batu Bertangkup ...

nko bagikm email yahuu ..

aku nii .. kan ke kata x berapa pandai tang it it niii ...

aku bukak bukak email yahu nko tu .. apasal x buleh?

ke ... aku kene bukak akaun dulu? adoyaiiiiii ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Gambar kat pintu tu haku tak nampak apa2 lah.. Ada apa kat situ?..

Pasal atasi gangguan mahluk halus tu memang betullah tu.

Syaitan lari kalau dengar azan, ia lari sampai ke tempat yg tak dapat dgr laungan azan, ke dalam, tengah lautan. Sebab tu kata org istana ketua segala syaitan, iblis ni kat tengah laut, kat segitiga bermuda yg banyak org hilang tu. Pernah dgr cerita ni, tak tau betul atau tak wallahua'lam, iktibarnya ajalah yg kita terima.aww

Satu kapal yg membawa org2 islam berlayar kat lautan, sampai ke satu tempat di tgh laut, kapten mula merasa ada sesuatu yg pelik, kompas mula berpusing2 tak tahu mana arah utara, bintang2 utk jadikan penunjuk arah tak nampak, kabus menutup seluruh lautan dan akhirnya ada pusaran kat tgh lautan.

Maka kapten mula melaungkan azan tanpa henti. Sampai kapal mereka kembali ke laut yg tenang, mereka selamat utk menceritakan kisah ni, ada yg kata kapal ni dah melalui kawasan Bermuda Triangle. Wallahualam.

Dan ada hadis yg mengatakan syaitan lari lintang pukang sambil terkentut bila terdengar azan.

Bacaan Al-Quran yg baik memang membuatkan syaitan dan jin panas, kadang2 sampai terbakar, tapi tak mati sebab kaum syaitan dan jin ditangguhkan ajal mereka, ini mungkin utk raja syaitan, iblis saja atau termasuk semua anak cucunya, wallahualam. Tapi bacaan ayat2 Al-Quran memang memanaskan kaum2 jin.

Pernah baca yg jin islam pun terasa panas dgn bacaan Al-Quran, tapi ini tau tau kebenarannya sebab kalau jin islam pun panas, macam mana jin islam nak baca Al-Quran pulak..confuse

Lagi ada hadis mengatakan disunatkan mengucapkan Allahuakbar atau Alhamdulillah (lupa yg mana satu) bila terdengar ayam berkokok, sebab ayam tu melihat malaikat, dan disunatkan mengucapkan taa'wuz (a'uzubillah) bila mendengar anjing menyalak atau keldai merengek sebab ia melihat syaitan.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Sorry Ijoi,

memang dah tak nampak apa2 baik kat pintu atau kat siling tu. Pasal, aku ambik gambo tu time 2 benda tu dah lesap. Takkanle depa nak buat posing lak kalo aku mintak depa buat skali lagi... ha ha...

Depa muncul sat na. Pastu aku baca ayat2. Kemudian aku pikir2, ah, aku ambik jelah gambo keadaan siling dan pintu tu, kemudiannya, nak bagi gambaran keadaan siling dan pintu itu.

Pasal jin, memang jin dari api. Berunsur panas. Aku mmg tak arif sgt pasal jin ni. Yg ku tau, kwn2 yg pandai dan yg pernah kwn ngan jin, ada britau - jin kafir- panas. Jin Islam- sejuk.

dan ada level2nya.

Tah... sejuk darisegi apa aku taktau. Yg ku tau, malasle aku nak ambik tau lagi details. Hal jin, itu dia punya pasal, asal dia tak nyakitkan ati, cukup. sempoi je...

Maaf, jin mmg bleh dibunuh. Dah ada sejarah sahabat nabi membunuh jin. Ada kat web. Rajin cari, leh jumpa.

Lagi 1, kalo taip 'darul hantu' punya blog, bleh tahan kisah org tu bunuh jin.

Ramai org dah jumpa dia. Aku taktau dia guna ilmu apa atau ayat apa, mgkin dia ada cara tertentu.

Kenalanku sorg imam masjid/surau yg jga org tabligh pun bleh bunuh jin. Dia memang hebat.

Memang ada perjanjian Iblis dgn Allah tentang pemanjangan usia Iblis hingga kiamat.

Tapi, kalo rajin baca, ada buku yg aku jumpa ari tu kat kedai buku Islam, menerangkn keadaan yg jin jga bleh dibunuh.

Ada jga kisah dulu2 pasal kat Arab pasal sorg yg berdepan dgn jin Ifrit, jenis jin yg hebat levelnya, dia baca ayat kursi sampai 3 kali, baru jin tu kalah hingga hangus.

 

ntah.

 

Aku pun taktau sgt, pasal takat ni, setau aku, aku blom lagi bunuh memana jin. Yg aku tau, byk jgak aku dah brdepan gangguan mreka. Aku baca ayat kursi atau bismillahhirrahmanirahim 21 kali, biasanya setel.

CUMA....

kali ini.... yg menggoncang2 sikit2 dari lantai dan mengurut2 aku tu dah mcm makin advance.

Dulu, aku baca, setel. Mungkin dulu jenis lain level, atau makhluk yg sama, aku taktau.

Kali ini, steady je. Yang bestnya, time aku azan dlm rumah tu pun dia goncangkan jgak lantai tempat aku berdiri.... hebaaaaaaaaaaattttttttttt!!!!!!!

baca ayat kursi pun sama,

Tak gugat beb!!!!! 

Time dia urut kaki aku pun sama. Rasa kena urut dgn tangan, tapi tak nampak. Aku baca ayat kursi sampai 3 kali, hembus kat tempat dia goncang, tak gugat jgak beb!!!!!

tah.... pikir2 balik, bila aku pikir pasal kisah kerabat istana perak masa silam pernah ada makhluk ghaib yg hebat, mgkin yg goncangkan aku tu jenis level tu jgak kot?

Kalo gitu, dah tahap raja jin dah...

mgkin ia ada kaitan dgn keris pusaka kerabat raja yg dlm tanah kat depan rumah sewa tu. Yele, jaga reta raja, 'raja' jgak le levelnye kot...

pasal tu agaknya, sebelum ni, ada org yg hebat ilmu batin pun susah nak kalahkan dia.

Aku? heh.... lagile takhebat ilmu batin. Lagile susah nak kalahkan dia!

 

Sorg kwn lain yg jga dukun aku pernah call tanya pasal gangguan makhluk tu. Kwn tu mcm tak brapa sanggup nak setelkan.

Dari percakapannya, makhluk tu mcm hebat levelnya.

 

Aku pernah sound kat depa - baik yg brbentuk cahaya, yg ngembus angin, yg goncangkan lantai/ngurut dan  lembaga/kelibat yg aku perasan muncul kejap2 dan main sembunyi2 kat rumah tu- muncul betul2 la depan aku

apa nak takut, aku bukan hebat manapun.

Depa ramai, hebat, tabur garam kasar tak gugat, baca ayat kursi tak gugat... dah nak buat jahat sgt ngan aku, buat betul2. Muncul betul2 depan aku.  

Memang aku tau, aku bleh dikalahkan mereka. Tapi pasal aku dah nekad, aku takkira dah.

Tah. aku tak tau apa maksud sebenar depa. Nak kata nak buat jahat betul2 kat aku takat ni, mcm 'blomcukup' jahat je.

Taktau lepas ni, kalo depa nak buat betul2 jahat kat aku. Dah berapa kali aku sound depa. Senyap je.

 

 

Pak Bada... ala, masa pak bada nak daftar jadi ahli forum ni, kan pak bada gunakan email...

ala, compose 1 email, hantar ke alamt email aku tu. setel.

Oh ya, aku masa naip ni kat Sarawak. 

 

salam.....

 



-- Edited by hardrock on Monday 2nd of December 2013 02:36:20 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hm... mungkin tu bukan dari kalangan jin yg biasa ganggu kita kot.

korang buleh baca antara stori pasal makhluk lain di sini. sumber asal article pun ada sekali.



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Owwh ingatkan haku ni yg rabun ayam, patutlah tak nampak apa2 heh..

Yeah mungkin betullah tu. Kalau jin2 kelas bawah (kalau manusia macam mat2 motor, bohjan2 laa..) ni yg kacau mungkin senang sikit utk halau, mungkin boleh bunuh terus kot?..

Tapi yg degil dan kuat siap boleh ketawa kalau dibacakan ayat kursi tu mungkin dah level Ifrit laa tu rasanya.. Ifrit ni antara kaum jin yg paling kuat, dan yg panjang umurnya. Mungkin yg kuat gile tu dah hidup dari zaman nabi Sulaiman kot, tu yg banyak giler pengalaman, level pun tinggi.

Pembetulan ek, usia Iblis sampai hari kiamat je, bukan sampai akhirat sebab hari kiamat semua akan mati, Iblis mati, waima Izrail pun mati dgn mencabut nyawanya sendiri, kecuali beberapa yg ditentukan Allah, tak mati macam malaikat yg menjunjung arasy dan lagi ada yg tak mati pada hari kiamat, sori tak ingat heh.. (inilah akibatnya banyak makan semut, jadik pelupa macham ikan emas..)

Darul hantu?.. sebenarnya haku ni kurang minat utk google citer2 hantu, kalau citer2 UFO, mermaid, nessie haa ini haku suka..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

iklan jap.


incik ijoi cipanci tergolek... nessie tu pe? tetibe aku jadi cam jahil pulak.



-- Edited by cengkodok puteh on Monday 2nd of December 2013 12:44:50 AM

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

yeah,

betulle tu pasal perjanjian Iblis dgn Allah sampai kiamat. Aku tsilap, dah buat pembetulan kat komen tu.

    Pasal kaitan bacaan al-Quran tu, bila aku baca penyataan  Tom(Darul hantu) pasal al-Quran tu sbg peringatan untuk seluruh makhluk, trmasuk jin jga bleh bacanya, ada jga betulnya.

Pasal Al Hin tu, mmg aku dah baca sbelum ni. tah, aku takpastile plak, kalo yg ganggun aku tu mmg dari makhluk jenis tu.

Setau aku, ada 3 kategori jenis makhluk ghaib yg susah nak dikalahkan:

1. Jin jenis level hebat macam Ifrit dan ke atas lagi, mcm raja jin,  hingga Iblis. Jenis ni susah nak dikalahkan.

2. Roh jahat yg level hebat. Yg ni pun leh tahan susah nak dikalahkan. Sebab roh takdpt dibunuh mcm jin. Dlm kisah yg dicerita oleh Tom(Darul hantu) pun ada ceritakan yg gangguan jenis ni, ramai perawat susah nak atasi.

3. Al-Hin. Byk dah copy paste pasal kisah yg sama tu- mcm yg kat blog cengkodok tunjuk tu.

 

Tah, aku takpasti sgt jenis2 yg ganggu aku kat rumh sewa tu. Mgkin semuanya jin, atau 2 jenis yg lain tu pun ada sama, aku taktau.

Mlm2, sejak bbrp hari yg lalu, start kemunculan wap dan cahaya tu, dah mcm makin menjadik2 plak.

Meremang jgak bulu roma bila mlm2.

Yelah, dah agak lama aku tak brdepan ngan dugaan2 yg mcm makin menampakkan kewujudan depa camtu.

Time aku dah cool ni plak depa buat camtu. Dah makin advance plak tu. Mana tak aku hangin balik.

Sampai aku sound beberapa kali kat depa. Aku cabar depa bbrapa kali, terutamanya bila aku dah hangin sgt.

 

depa dah hidup lama, aku baru je berapa tahun hidup kat dunia ni, dah nak sangat beramai2 buat kat aku,

dah berpakat sangat2,

aku  ulang balik peel aku sanggup bertarung sungguh2 dulu. Walau aku tau susah nak menang, aku nekad.

Lawan tetap lawan, takkira hebat mana, ramai mana depa. Asal aku dpt serang balas, waima satu juruspun, jadik. Kalah atau mati dah jadi lain cerita.

Peel nekad camtu sebenarnya pernah bbrapa kali aku dengar di kalangan kwn2ku yg lain masa dulu2- sanggup melawan lawan2 yg lebih hebat- takkira berapa byk org balun, janji dpat balas, walau skali. Tu aku dengar dpd kwn2 Srwk. Yg Semenanjung, takat ni, mcm takde yg cakap nekad camtu kat aku. Mgkin ada jgak yg peel camtu.

Sebenarnya masatu, aku sendiri takbekenan dgn peel kwn2 Srwkku tu.

Tapi bila aku sendiri dah bdepan dgn lwn2 yg kurasa jauh lebih hebat dpd aku ni, taknampak plak tu, aku takkira dah. Peel tu jgak yg aku ada.

Bezanya, di klangan kwn2 pendekar tu- biasanya merujuk kpd lwn sesama manusia, bleh nampak.

Aku brdepan dgn ssuatu yg aku taknampak dgn jelas, tapi terasa benar kewujudan depa.

 

Ohya, pasal zikir yg Ijoi tulis tu, sebenarnya Allahuakbar.

Aku mmg baca pd bbrp mlm yg lepas, waktu makhluk tu goncangkan lantai. Berenti jgak goncangannya, tunggu aku habis baca, smbung balik!!!

Aku try kokokan ayam pun sama responsnya. Ia berenti bila aku buat bunyi tu.

Pelik. Memang bodo sungguh makhluk tu. Aku azan, dia tak gugat, tetap goncangkan lantai tempat aku berdiri.

Aku tiru bunyi ayam berkokok, walau sikit je bunyinya, tapi mengadapkan kokokan tu kat lantai tempat dia goncangkan, dia brenti plak.

Dia lebih sanggup tak goncang lantai bila aku buat bunyi kokokan ayam tu, berbanding azan. Mcmle kokokan ayam tu power na. Bodo punya makhluk!

 

Mcm yg aku dah taip kat atas, mgkin depa lyn aku supaya aku jadi tuan baru depa/ jadi tuan baru keris pusaka kat dlm tanah tu. Sorry, aku mmg takminat!!!

Yg aku ada sikit risau, brdasarkan kisah Al-Hin tu, dia crita yg dia suka kat budak laki tu pasal budak tu taktakut kat dia.

Terasa jgak aku- yele, aku taktakut kat makhluk tu, manatau, ada di antara makhluk tu jgak Al-Hin? Manatau dia jgak suka nak kwn ngan aku?

Lagi susah aku nak lawan!!!

Sedangkan perawat2 yg lebih hebat dpd akupun susah nak lawan, nikan plak aku.

Hmm... nak bunuh dgn try ayat2 lain, atau contact kwn hebat kasi bunuh makhluk tu, taksanggup lak aku takat ni. Aku pernah jgak sound baik2 jgak kat depa. Aku takminat nak bunuh depa.

Taktau le... mgkin tahun depan aku cari rumah sewa lain.

Tapi... adakah rumah sewa lain tu takde gangguan mcm tu atau yg lagi hebat/lagi jahat dpd tu?

Wallahualam.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

cengkodok puteh wrote:

iklan jap.


incik ijoi cipanci tergolek... nessie tu pe? tetibe aku jadi cam jahil pulak.



-- Edited by cengkodok puteh on Monday 2nd of December 2013 12:44:50 AM


 

Nessie, unidentified Loch Ness Monster..

nessie.jpg



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Tambah lagi.

Al-Hin tu apa?..

Sori kalau pendapat haku ni kurang setuju dgn kenyataan bro pasal gangguan dari mahluk2 yg susah nak halau tu. Semua mahluk2 ghaib yg mengacau manusia ni adlh kaum2 Jin saja, bukan roh sebab roh sebaik saja meninggalkan jasad (ajal, mati, maut), maka putuslah segala hubungan roh dgn dunia dan manusia yg masih hidup, bahkan masa sakaratul maut pun seseorg tu dah nampak tempat kembalinya, syurga atau neraka.

Ini berdasarkan hadis yg biasa kita dengar, Rasulullah saw bersabda maksudnya:

"Bila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalnya (hubungannya dgn dunia) melainkan 3 perkara, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh."

'Dan mereka bertanya kepadamu (Nabi Muhammad saw) tentang roh, katakanlah: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan (tentangnya) melainkan sedikit sahaja." Al-Israa' 85.

Lagi satu sebab kenapa roh org yg dah meninggal takkan kacau org2 yg masih hidup atas dunia, tempat kembali roh manusia hanyalah dua, kalau ia roh org yg beriman, maka rohnya berada diantara taman2 syurga, ia tidur bagai seorg pengantin dimalam pertama, (maknanya bukan melakukan jimak, tapi ia berada di satu tempat yg sangat nikmat dan tiada siapa yg dibenarkan mengganggu pengantin dimalam pertamanya.)

Kalau roh org mungkar atau kafir pulak akan berada diantara satu dari lubang2 neraka, setiap masa diseksa, dgn ular2 sebesar leher unta yg sentiasa mematuknya, kala jengking, malaikat dgn besi yg membelasahnya sampai hari kiamat.

Nampak? Kalau seseorg dah berada ditaman syurga, kenapa pulak ia nak kisah tentang hal2 dunia yg hina ni? Dan kalau seseorg tgh diseksa, kenapa ia nak kisah dgn manusia2 yg lain, dan malaikat bukan macam manusia yg kadang2 berehat dari tugas, adakah bila malaikat berehat dari menyeksa, roh org jahat ni naik ke dunia dan mengacau org hidup?..

Kalau ada org kata dia tau hal2 roh org yg dah mati balik ke dunia, aku akan kata dia seorang penipu, walaupun nampak macam ustaz ataupun dia seorg imam sekalipun. 

Kalau ada yg kata roh wali2 songo datang menemui tu pun diragui, wali2 Allah tu dah berada disatu tempat yg layak baginya, diorg dah penat berdakwah masa hidup dulu, kenapa lepas ajal masih nak berdakwah lagi..?

Kalau ada yg boleh diterima adlh roh org mati yg datang dalam mimpi waris mintak supaya warisnya melunaskan hutangnya, itu boleh diterima sebab roh org mati tergantung sebab hutang2nya.

 

.............................................

Kalau Al-Hin yg ganggu tu aku tak tau, Al-Hin tu pun aku tau tau apa..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Pasal Al-Hin tu, kalo rujuk kat web2, byk yg tunjuk penerangan hampir sama.

Ada jgak yg tunjuk soalan brkaitan dgnnya kat ustaz Azhar

 

isu kaum al-hin.jpg

 

Ntah, aku taktau.

 

Pasal gangguan roh, pendapat kau pun ada betulnya.

Tapi, bagi yg tak setuju, mgkin lagi panjang jadinya isu ini. Mgkin ada jga yg baca komen kat sini taksetuju dgn apa yg dikomen tu. Takperlu nak brtengkar pasal benda tu.

Masing2 ada pendapat dan hujahnya.

 

Kalo dikira, byk jgak kes gangguan2 makhluk halus yg dikata roh2 org yg dah mati.

Tah betul, tah tidak, akupun taktau, aku bukan pakar hal makhluk2 ghaib.

Yg ku tau, ada sorg kwnku pernah sakit berat, sampai histeria.

Org kata dikena oleh roh org dulu. Susah nak diubat.

Tah. aku mmg takminat nak btengkar pasal benda2 camtu.

Kalo org tu brkeras nak kata roh, atau dia kata itu jin, atau jin yang menyamar menjadi roh, itu hal dia, aku diam je.

Malas aku nak btengkar pjg2, silap2, bleh gaduh jadinya. Taujelah org yg berilmu, bila dikatanya sesuatu itu secara serius, biasanya aku takminat nak btengkar. 

Yg kutau, gangguan yg dikata oleh roh tu hebat, susah nak diatasi.  ............ Dah, close case.

 

Bagi aku, kalo yg kat rumah tu dikata jin saja ke, atau dikata roh ke, atau dikata Al-Hin ke, aku takkira.

Baik apa jenis atau apa katergori, kalo ia mmg saja nak brkawan ngan aku, aku tak minat.

Kalo ia mmg brniat jahat, mgkin aku akan lawan semampu yg bleh. Kalah atau mati, itu blakang cerita.

Sempoi je.



Attachments
__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ooh haku paham paham..

Ada sesetengah org yg rasa diri dia tu dah hebat sangat, kalau bercakap pendapat dia aja yg betul, org lain sume xleh pakai..

Kalau jumpa org macam ni, nak bertekak dgn dia memang tak guna, iyekan ajalah kan..

Yg penting akidah kita sendiri tak tergugat dgn cakap2 dia. Kalau rasa apa yg dia cakap tu dah melencong dari apa yg ramai ulama kata berdasarkan Quran dan hadis, baik blah aja, nak bercakap mesti dia aja yg nak betul, org rasa dia banyak ilmu.

Kalau bagi aku ia bukan roh, kalau bukan jin mungkin adlh mahluk ghaib yg lain, yg tak disebut dalam Quran dan hadis.





__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Ntah.... seingat aku, gangguan2 yg ku alami kat rumah sewa tu makin menjadi sejak aku minat baca kisah2 seram & post thread2 kat sini. Sbelum tu ada gak, tapi mcm tak ketara.

Mgkin jin/makhluk ghaib tu tau apa yg aku baca & tulis. tah....

Ni crita masa aku nak naik flight ke Kuching, Srawak, 1 Disember 2013 lalu.

Dari Batu Pahat, aku naik bas ke JB. Kemudian, dah tiba kat airport, sementara nunggu nak check-in, petang tu, aku lepak kat tingkat bawah airport kat Senai tu.

Kat bekas restoran... keadaan kat situ mcm masih under construction, tak brapa bersih. Org takramai.

Aku suka duduk sorg kat tepi dinding kat bekas restoran tu. Sambil aku isap rokok... hmmm... kat lantai tempat dudukku... bergetar/bergoyang... mcm gempa bumi lagi.... terfikir jgak aku... best gak kalo ajak kawan duduk sbelah, biar dia rasa apa yg aku rasa...

mana tau makhluk tu minat nak ikut kwn tu plak... aku lepas... ha ha... tfikir jgak otak jahat cam tu... ha ha...

Tapi... hmmmm .... takpelah...

kemudian, aku naik flight. Tfikir jgak aku, manatau flight jadi berat kalo makhluk tu ikut sama? .... kalo ia ikut dari luar belon(kapal terbang), mgkin tak...

Sampai kat rumah di Kuching, aku tunggu2 jgak gegaran2 tu... mcm takde bila aku dlm bilik... aku kat tingkat atas, brlantai papan... mgkin kat lantai papan, makhluk tu tak buat/tak dpt buat kot?

Kemudiannya aku post reply ku kat atas yg ada aku tulis kat bawahnya ayat ni:

 

Pak Bada... ala, masa pak bada nak daftar jadi ahli forum ni, kan pak bada gunakan email...

ala, compose 1 email, hantar ke alamt email aku tu. setel.

Oh ya, aku masa naip ni kat Sarawak. 

 

 

masa aku naip tu, aku kat dlm bilik. 

Bila aku fikir mcm takde gegaran kat lantai papan, mgkin kat lantai simen ada kot? 

Kemudiannya aku ke tandas... lantai simen... ada jgak aku mrasa gegaran tu. Tapi jarang... tak selalu.

Aku terfikir gak, nanti aku balik ke rumah sewa tu, camana plak? Risau gak aku, manatau, makin byk geng menatang tu... lagi power...

aku contact kwn. Minta kenalan setelkan yg kat rumah sewa tu.

Sementara tu, semasa aku kat rumah kat Kuching tu, bila mlm, time nak tido, terasa kaki diurut2... baca ayat pun, ia tetap teruskan pastu. Mcm nak gak lyn aku 'dgn baik' camtu. Cuma, bila ia buat kat bantal/bhg kepala, aku hentak dgn siku bantal, menunjuk isyarat aku taksuka ia buat kat situ. Ia mcm faham. Ia takbuat kat situ. Ngurut kat area kaki, dan sebahagian badan. Urutannya lembut.

Dlm pada tu, sesekali, aku ternampak mcm byg2/kelibat melintas kat luar tingkap. Mcm nak masuk ke rumah, mcm terhalang. Aku taktau.

Mgkin terhalang oleh 'pagar' yg org lain dah siap pasang dulu kat rumah tu. Kalo gitu, mgkin tu jenis tak hebat, pasal yg lynku/ngurutku tu dpt lepas, masuk ke bilik & ngurut aku.

Kemudian, pas bbrp minggu, aku balik ke Batu Pahat. 

Sblum masuk rumah, aku baca ayat kursi, bagi salam. Dah masuk, aku azan lam rumah.

Pastu aku lepak. Tunggu respons... ada lagi ke tak cahaya flash atau tiupan angin atau goncangan/goyangan lantai atau urutan atau kelibat.

Goncangan lantai mcm takde dah. Cuma bbrp hari kemudiannya baru ade. Tupun sikit je. Mcm lemah. Mcm dari jauh/dari luar rumah je dibuat. Ada masa, bila mcm nak up sikit kuatnya, aku baca ayat kursi. senyap. Dah jadi mcm dulu balik. Ntah...

Tiupan angin mcm dah takde. 

Tu yg aku fikir sblum ni, aku malas nak bunuh. Pasal tiupan angin tu mcm lyn aku dgn baik. Mcm aku balas madu dgn racun.

Mgkin ia dah disetelkan oleh kenalan kwnku itu. Mgkin dah dibunuhnya. Masa ni, aku taktanya lagi kenalan tu camana. Masa aku minta tolong tu, pakai call je. Akupun tak push sgt. Kira, kalo dia ada masa, tlg setelkan le...

Tapi kalo makhluk tupun dah dibunuh.... hmmm... rasa kesian gak, pasal ia mcm sungguh2 je jadi air-cond, meniup aku, kasi badan aku sejuk kat rumah tu. Aku plak, balas ia gitu. 

Ntah le.... ataupun, mgkin ia mmg jenis Islam, mgkin dah kena sound dgn kenaln tu, ia dah tak buat lagi atau dah blah. Kalau gitu, okey le.

Cahaya flash... mcm dah takde.

Ntah. mcm dah setel

Tapi.........

urutan... masih lagi... time aku nak tido, ia urut.... lembut je...

ntah... aku nak bunuh atau suruh kwn/kenalan bunuh jgak ke?

hmmm.... lemah gak aku nak fikir byk pasal tu. Klau bleh, biarlah makhluk tu lari, blah... masalahnya, takut ia jenis besungguh2 jgak tetap nak ngurut aku.

hei........ 

dan.... bila mlm2 ada jgak aku mcm melihat kelibat2 yg ada antaranya mcm transparent, brgerak... byk jgak yg aku kesan melalui ekor mataku. Bila tengok betul, takde.

Ntah... aku masih berkira lagi, nak buat tindakan apa seterusnya kat depa.... nak guna ayat ttentu utk cederakan atau bunuh? atau... panggil kwn setelkan? .... atau.... mgkin aku nak pindah ke rumah sewa lain....

 

 

 



-- Edited by hardrock on Wednesday 1st of January 2014 12:50:16 AM

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Salam

Sorry geng.

Aku memang dah kira malas nak layan dah jin/setan jahat ni. Gitu jgak manusia yg bperangai mcm tu.

Tah.

Masalahnya, takbemakna bila aku dah mcm tu, mereka pun taklayan aku gak. Tulah kerjanya setan, dah takde bende lain nak dibuat agaknya, nak gak kacau aku.

Kat rumah tu, rasa mcm byk pangkat jin tu ada. Kat bilik tu lain, kat bilik ni lain... kelibat2 yg ku nampak takat ni kurang jelas. Kabur. Camana aku nak bayangkan ya? Ia bukannya berkeadaan lutsinar mcm alien dlm filem predator tu. Lebih kurang, kalo kita rapatkan bulu mata, pandangan mata nampak mcm gelap kabur,kan? Bahagian gelap kabur tule lebih kurang bayangan/kelibat yg aku nampak, berlegar2 di rumah tu.

Ia tak berapa jelas. Nampak sikitje bayangannya, ada bentuk sedikit, bukannya berbentuk sempurna. Mgkin cuma sebhgian anggota makhluk tu yg nampak secara kabur tu.

Ada antaranya pantas. Ada antaranya bergerak beberapa langkah dpdku. Ada masanya, DI SEBELAH aku je, dari arah belakang aku! Aku toleh, bayang gelap yg tak brapa jelas itu terus lesap.

Mcm aku dah britau, aku malas nak layan dah. Tapi...

bila bengang, aku sound keras kat depa, KAU JANGAN JADI CELAKA, BOLEH TAK?

DON'T BE S**T, OKAY? -faham ke tak, gasak!

Gitu jgak dgn yg ngurut2 aku kat tilamku time aku nak tido.

Aku sound - JANGAN GANGGU AKU! JANGAN KACAU AKU!

Lepas aku sound, biasanya depa tak ganggu. Tapi, utk mlm tu. Mlm lain, dtg balik, kacau balik.

Malas jgak aku nak layan.

Bila bengang, aku kenakan dgn ayat2 kursi dan ayat lain spt sebahagian ayat dpd surah Yasin, surah al-Fil. Depa mampus, mampuslah, nasib... aku dah sound baik2 & keras2 tak ikut, aku balun.

Bunyian hembusan nafas dan suara mcm berbisik2 pun ada masanya kedengaran jgak, tapi tak jelas. Yg hembusan nafas tu, bila aku perati betul2 kat bilik tempat ia berbunyi, takde mende. Yg berbisik2 sesama mereka, mula2 aku relaxje. Bila bengang, aku sound direct. Apa main bisik2 ? Munculla!!! Dah nak sangat, muncul!!!

Beberapa minggu lalu, benda tu main kasar. Main cakar2 plak.

Tu yg aku balun balik dgn ayat2 tertentu. Lepas balun, senyap.

 

Ni antara gambo2 kesan cakaran depa. Yang dirakam ni, kebanyakannya tak panjang. Aku pernah kena yg lebih panjang daripada tu. Tapi jarang. Biasanya pendek2 cam yang kat kaki tu. 

Korang kalo nak kata aku mbohong, lantak. Cakaplah besar, pastu tengok- korang kena atau tak. Lagi teruk atau tak... sorry...

 

Yang ni kat dahi, dalam gak, walau skit. Ia belaku dlm bulan lepas. Pagi Jumaat aku tengok kat cermin, dah ada. Pedih gak kena air.

 Kesan Cakar di Dahi.JPG

 

Hari lain pastu.  Yang ni kat lengan.  Waktu petang aku lihat mcm tu.

Kesan Cakar di Lengan.JPG

 

 

Yang ni kat kaki.

 

Kesan Cakar di Kakii.JPG

 

Yang ni, baru je pagi tadi. Ni stail selfie. Ambik gambo melalui reflex kat cermin kat bilik air. Tak berapa jelas. Tapi bleh perati kesan calar kat atas dada dekat bahu kiri tu- timbul skit.

Kesan Cakar di Badan (1).JPG

 

Ni bagi lebih jelas, perhati kesan calar kat bahu/atas dada dan pada leher kat kedua-dua gambo.

Kesan Cakar di Badan (2).JPG

Kesan Cakar di Badan (3).JPG

 

 

Depa buat masa aku tak perasan. Sedar2, dah ada kesan, bila tengok kat cermin. Kalo kena air, memang pedih.

Kurang ajar.

Aku sumpah seranah, cabar betul2. Aku tau, ada ustaz kata, benda tu, makin disumpah, makin besar saiznya. Aku takkira dah. 

Tak puas dgn sumpah seranah, aku balun dgn ayat2 terpilih. Ambik kau!

Yg kelibat/bayang2 tu plak, sebelum tu, aku bio je depa berlegar2 depanku. 1 mlm, DEKAT SGT DEPAN AKU, aku terus pancung beserta ayat special. Ambik kau, dah nak sgt!

Terus lesap.

 

Korang takperlu lak terpengaruh ngan perangai aku tu dan ikut buat camtu.

 

Tapi aku rasa, kalo bunuh yg itu, mgkin ada lagi yg lain yg bakal muncul, pasal:

1. Rumah tu berhampiran dgn jalan mati. Jalan mati merupakan antara kwsn yg biasanya ada makhluk ghaib. Ia mmg bahaya. Mcm2 jenis bleh ada. Malah, siap boleh berkampung kat situ.

2. Depan rumah, ada penjaga keris pusaka yg hebat.

3. Belakang rumah, ada parit besar, kampung depa. Ada byk yg tinggal kat situ. Beb, tak mustahil, ada masa mereka mengadakan lawatan sambil belajo kat rumah tu.

4. Org persekitaran. Ada yg ngamal ilmu pelik.

Itu yg berkaitan dgn kwsn situ.

Satu lagi... mm... rasa mcm malas nak cerita, nanti org kata aku perasan plak.

Aku cerita jelah. Korg kalo ingat aku saja je nak perasan, terserah. Kutuklah, mana tau, korg pulak nanti bleh kena lagi teruk mcm org lain, padan muka!

5. Pompuan2 hantar ilmu supaya aku suka kat dia.

Kekadang terfikir gak aku, kalo nak dikata yg mencakar aku tu adalah yg dok ngurut kakiku time nak tido, mcm tak logik. Benda tu mcm nak kwn ngan aku. Aku sound keras kat dia beberapa kalipun, ia mcm berdegil nak layan aku baik2, urut kaki lembut2, elok2.

Teringat gak aku, pasal, kes aku kena cakar ni sebenarnya dah dari masa aku kat Srwak lagi. Dari masa time aku suka menerjalkan diri, membuayakan diri dulu. Dah byk kali aku kena cakar, time aku tak sedar.

Bila dikait dgn pompuan2 yg hantar ilmu pengasih, mungkin jin yg 'bawak' ilmu tu, cuba pengaruhi aku supaya suka kat pompuan tu, bengang kat aku, sebab, aku tetap berkeras, tak mengalah dan pegi menyerah diri kat pompuan2 tu. Sorry beb, takat ni, ilmu dia org belum cukup hebat nak bodohkan aku. Aku masih lagi waras, masih bleh lawan.

Tak taule, kalo pasni ada yg lagi hebat, tah camana atau apa yg akan jadi kat aku, aku tak tau. Aku lebih kepada ilmu silat/pertahanan diri secara fizikal. Ilmu2 batin ni, memang sikit je. Hebat manapun silat, kalo dah kene ilmu kaw2, tumbang gak.

Utk share pengalaman, bila kena ilmu mcm tu, akan muncul pompuan tu dlm mimpi2. Byk malam.

Bergantung kpd kekuatan ilmunya. Aku pernah kena byk jenis, dah bbrp org pompuan buat kat aku. Yelah, aku layan org dgn baik. Suka gurau. Orang senyum, aku senyum, org cakap elok2, aku cakap elok2, sedangkan dgn penjahat/gengster pun aku layan baik bila depa datang dan layan aku dgn baik, ni kan lak pompuan. Aku layan dgn baik mereka yg baik dgn aku. Taktaule penerimaan mereka. Balik dari situ, aku kena.

Ada ilmu yg kurang power, muncul cuma pada mlm2 tertentu dlm mimpi2ku. Ada yg hebat, sampaikan aku baru tutup mata nak tido pun terus muncul muka pompuan tu dgn JELAS!

Pompuan tu punya hebat, boleh muncul hampir setiap malam. Yg bestnya, aku tido, mimpi dia, aku terus bangun. Aku tido balik, MIMPI DIA BALIK! Aku bangun lagi. Relax, ambik masa. Aku tido balik, MIMPI DIA LAGI!

Hebat!

Aku sekat ilmu dia dgn ayat doa selepas wuduk.

Ia memang berkesan bila dibaca selepas sembahyang.

Pompuan tu tak dpt muncul dlm mimpi, tapi, BAYANGAN2 dia plak muncul dlm realiti, ganggu aku. Aku tengok org lain/pompuan lain, BERTUKAR JADI DIA. Bukan takat di pasar/ di khalayak ramai, aku tengok pompuan dlm t.v. pun bertukar jadi dia jgak!

Aku jadi gelisah seharian. Dunia rasa sempit. Rasa sesak. Mcm dipaksa2/didesak2 nak kat dia jgak.

Sorry, aku ada egoku tersendiri. Takmudah ngalah.

Beb, korang nak tuduh aku perasan, lantak. Biar korang plak kena lagi teruk oleh org lain, terus jadi bodo2 mcm laki pompuan tu, padan muka korang! Sorry ye.

Kene dgn bomoh org asli, baru tau langit tinggi rendah.

Nak merasa jadi tunggul/kuli bodo oleh pasangan?

Kalo taknak, takyah cakap besar tuduh org sebarangan.

Kang, benda tu kena kat korang balik, baru tau. Jadi mcm kes kehilangan pesawat MH370.

Tau tak, sebelum kes tu, aku baca dlm web tetentu, org Malaysia kutuk, perlekehkan org Indonesia yg sistem penerbangannya teruk, byk pesawat terhempas, hilang, bukan mcm Malaysia.

Ha kau... sekarang, kita dah kena balik, padan muka!!!

Ambik kau! Baik pakai dukun, atau dgn bantuan US, Australia, China dan negara2 lain pun kita takleh jumpa pesawat tu. Tu lah, cakap besar, mcmlah kita ni hebat sangat! Sorry, teremosi plak.

beb, baca komen Tom kat blog Darul Hantu, dia org pun takleh kesan kat mana pesawat tu....

opp, bebalik pada hal tadi...

Kaitan ilmu pengasih tu dgn kesan cakar? Mungkin jin yg ditugaskan jadikkan mentera/jampi tu berhasil, bengang kat aku, cakar aku, pasal aku tetap berkeras tak layan pompuan2 tu. Aku selambe buat donno kat pompuan tu. Seolah2 ilmu diaorang takjadik(padahal menjadik ha ha...). Ia memang jadik, tapi aku lawan, tak turuti.

Dah brapa org kenakan aku. Aku relax.

Malah, siap ada beberapa org kwnku dari kalangan dukun/bomoh plak sanggup offer kat aku balas kat pompuan tu. Ada yg siap tanya- kau nak pompuan tu muntah darah? Tak bleh bangun? Bleh diusahakan.

Aku tak minat. Memang aku kena bleh tahan berat dpd jenis yg hebat tu, tapi, aku kira- pompuan tu cuma nak aku suka/cinta kat dia sungguh2, mgkin nak ambik dia jadi isteri aku, bukannya dia santau atau ilmukan aku sampai aku sakit teruk. Aku kira setelkan ilmu tu, dah le.

Manalah aku nak ambik beb, depa tu dah berpasangan. Ada yg dah jadi bini org, ada yg dah betunang. Memang dah jadi pantang gaduh aku- gaduh kerana rebutkan pompuan.

Tau? Time aku syok membuayakan diri dulu, time gila bercouple2 dulu pun, aku siap sound kat awek2 aku- kau kalo dah bekenan kat laki lain, go on, aku lepaskan. Tak minat aku nak tahan2 org yg hatinya dah kat org lain.

Pompuan ada byk. Aku bleh cari lain (ceh, eksen... pompuan lain, memang bleh kucari, dapat belom tentu.. ha ha...)

Malah, siap aku sound, kalo aku tengok kau dgn laki lain, aku bukannya makin cemburu, MAKIN TAK CEMBURU.

Heh... bestkan, kalo dpt bopren cakap camtu?

Best.... bleh ngorat jantan lain kan? Bopren makin tak cemburu....

Tau tak apa maksud aku? Cemburu tu kan tanda sayang, tak cemburu, maknanya dah tak sayang, BLAH!

Blah la lu! Ambik kau!

 

--------------------- edited pada 2.4.2014--------------------

Kesan cakar yg ku ambik gambo pada 2.4.2014

(aku edit kat sini bagi perkembangan tebaru masa ni, malas aku nak buat post baru, jadikan bilangan post aku jadi 57 masa ni, atau saja je nak menghegeh2 supaya dgn post ke 57, aku tu menaikkan rank thread aku ni kat atas semula dlm forum ni. Bagiku senang je, korang nak baca nak tau, baca, takminat, dah... bleh pegi baca yg lain.... sorry)

Gambo2 kat atas tadi tu, gambo2 yg ku rakam semalam(1.4.2014). Time aku naip tu, petang.

Dah mula ada rasa gatal2 kat bhg bawah leher bhg tepi kanan. Aku tak prasan masa tu, yg aku DAH KENA LAGI... tapi mcm agak kurang power je cakarnya, tak cam yg kat kiri tu. Aku garu2 gak bhg tu bila malam, merah gak bhg tu kena garu beberapa kali.

Pagi tadi(2.4.2014), aku masuk bilik air, aku tengok cermin, pasal gatal kat leher ku tu ada rasa cam pedih...

Aku perati... tu dia... ada lagi... kat kanan lak....

Nak ambik gambo stail selfie yg kat atas skali tu, mcm tak berapa jelas, so, aku kira nak ambik stail yg terang tu.

Tapi, sementara hari masih pagi masa tu, dan aku rasa pedih kesan cakar kat kiri tu kena air, aku ambik  gambo stail selfie (ambik gambo reflex kat cermin) kesan cakar yg kat kiri tu, bagi jelas timbul luka hasil cakaran tu. Gambo selfie kat atas skali tu agak kurang jelas.

So, ni dia yg aku ambik tadi pagi:

 

Kesan Cakar di Badan (4).JPG

Korang dpt bayangkan camana rasa pedih kalo kene luka camtu bila kene air, kan?

Bagi yg kat kanan plak, ni dia:

Kesan Cakar di Badan (5).JPG

Perati betul2 kat bhg tepi bawah leher kanan hingga ke depan skit tu, ada kesan2 cakar. Rasa pedih gak.

Bhgian situ jadi kemerah2an kena garu aku.

Aku bengang gak kat makhluk tu. Depa cam tau bila aku tak sedar mreka buat cakar tu.

Rasanya stail 'hit and run'. Tak tunggu. Atau lesap, atau sememangnya tak nampak dgn jelas sepanjang masa bila berhampiran dgnku. 

Kalo makhluk tu berani tunggu dan muncul, memang cantik le sangat... nak merasa kena balun aku.

Aku tak kira depa parah ke, mampos terus ke, atau takde kesan langsung ke, pasal hebat sgt agaknya, yg aku tau, kalo depa berani muncul jelas, aku nak serang atau pancung depa, aku try sedaya aku. 

Jadik ke tak, menang atau kalah, lain cerita.

--------------------------end of editing 2.4.2014--------------------------------------

Tu bekaitan cakar/kesan angkara makhluk ghaib kat manusia.

 ..............................................................................................................................................

 

Ni bkaitan amalan dan petua.

Ni aku britau, petua2 mudah yg ku nyatakan kat forum ni, bukanlah hebat sangat.

Kalo jin pangkat kecik, blehlah cuba diatasi dgnnya. Kalo jenis hebat, payah. Jenis yg selambe bleh baca ayat Kursi, siap boleh betulkan bacaan kita, tu mmg hebat.

Sebagai usaha lain, bagi aku yg kena kacau kat tilam dlm bilik, bila aku masuk bilik nak tido, aku baca bismillahirrahmanirrahim kat pintu, ia bagi menyekat kemasukan makhluk ghaib lain dari luar. Sesuai dgn pesanan Rasullullah S.A.W. ttg menyebut nama Allah bila menutup makanan, ia jga bleh digunakan bagi tujuan itu.

 

Selain itu, bbrp malam lalu, time aku nak lena, aku dengar suara lain dari dalam aku.

Maknanya ada jin/setan kacau dari dlm aku. Aku baca al-Fatihah pada tangan menakung doa(bukannya mcm tangan sebilangan org berdoa yg menjarakkan jari2nya).

Stail bacaanku, aku baca stiap satu ayat, aku 'telan' ayat itu.

Habis baca satu ayat, aku telan air liur/atau buat2 telan. Ia aku ambik dpd amalan pendinding yg diajar Dato' Haron Din. Habis baca, aku sapukan hasil bacaan ayat itu bermula dari ubun2 hingga ke bawah. Ubun2 adalah antara pintu laluan masuk favourite setan2 ke badan manusia. Lepas tu aku baca ayat Kursi, dgn cara yg sama.

Menjadik.

Mungkin ia bleh diusahakan bagi membantu anak2 kecik yg sukar nak tido.

Selain itu, sebagai tambahan, ayat Yasin 1-9 boleh dibaca sebagai pendiding diri.

Ayat Yasin yang ke9 tu memang bagus dijadikan bacaan utk pendinding diri. Bacalah maknanya, kalo nak tau kenapa ia dikata bagus utk pendinding diri.

Ni terjemahan ayat tu (dlm english) dpd web ttentu yg aku copy paste:

 And We have put before them a barrier and behind them a barrier and covered them, so they do not see.

 

 

Kalo baca kat blog Darul Hantu, Tom/Hantu Killer britau yg ada antara ayat2 al-Quran yg kita baca tu - panggil jin. Jin dtg, msuk badan, kacau kita. Dlm forum (kat ... tah aku tak brapa ingat, Cari atau pun Carigold) pun dia britau camtu gak. Ada antara pesakit yg ngamal ayat2 tu- byk jin dlm badannya.

Aku memula heran gak. Nak kata Tom tu mbohong, mungkin tak.

Tapi, bila aku ingat balik, sorang ustazah pernah beritau aku pasal kesilapan bacaan yg org buat- cth- surah al-Fatihah bahagian "Ghairil maghrdu bi 'alaihim". Menurut ustazah tu, yg Maghrdu tu, kalo dibaca Maqdu/Makdu - tu nama setan. 

So, bila kita dah salah baca, dok sebut nama setan dlm bacaan, maka, jadilah mcm yg Tom tu kata- ayat2 yg kita baca- 'memanggil' setan datang. Masalahnya, datang dan kacau kita!

Aku minta maaf, aku sebagai budak terjal, memang kurang pandai bab ngaji ni.

Yg aku tau, kita bleh tersalah baca. Malah, kesalahan tu bleh jadi kebiasaan.

Mmmm... nak cerita tak? Cerita jelah skit... sebagai ingatan untuk aku gak.

cth mudah- bacaan yg bekumandang kat corong masjid. Ada imam/bilalnya baca auzubillah... dah jadi mcm awzubillah, bukannnya  a 'u zubillah...

sorry, bahagian yg mudah itu pun kita boleh silap, ni kan plak ayat2 lain yg lagi panjang...

sedangkan org yg byk ngaji pun bleh salah, nikan lak aku. 

Engkorang, aku tak tau. Rasanya, ramai yg lebih pandai dan lebih hebat dpdku dlm ngaji kat forum ni. 

 

Sorry kwn2.

Aku sebenarnya suka lihat nombor bilangan post aku sampai 55, aku suka nombor tu, selain nombor2 lain... tapi... dah termasuk ni, dah jadi 56... mmm... mgkin 56 ni atau 57 bilangn postku yg terakhir, aku suka nombor 57 tu. Saja je suka.

 

 

Sorry ye kepada semua, memana post/tulisanku yg mengecikkan saiz hati engkau orang, atau buatkan korang marah.

 

Maaf.

 

Salam....

 

 



-- Edited by hardrock on Wednesday 2nd of April 2014 02:46:52 AM

Attachments
__________________
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard