Selepas tamat persekolahanku dulu, aku ada le juga merantau kat beberapa 'Bahagian' kat Sarawak( sana guna bahagian- sebagai contoh- Kuching dinamakan Bahagian Pertama) Kalau Sarawak tu dikira sebagai sebuah negara, 'bahagian' tu dah kira negeri la, pasal kawasannya besar...
Masa tu aku masih lagi gila2 dengan keterjalanku. Memang aku tau- penduduk-penduduk kawasan lain kat Sarawak tu ramai juga yang sensitif, selain ilmu batin mereka hebat2 belaka. Tapi masa tu, aku tak kira, kat tempat orang Iban ke, orang Kayan ke, aku selambe je terjal... ha ha... nasib baik tak kena ilmu hitam sampai teruk2 macam orang Semenanjung... mungkin pasal mereka kira aku Melayu Sarawak, maka, mereka tak hiraukan...
Satu ketika tu, aku pegi kat tempat kawan ku kat Baram, Miri... Maaf, nama tempat tu ku rahsiakan, kang, kalau orang tempat ni baca cerita ni kecik hati, ha...
Okey... gini ceritanya. Tempat tu dah macam 'terkepung' dengan struktur geografinya. Dikelilingi hutan dan jalan utamanya nak ke bandar Miri adalah sungai Baram yang besar dan panjang. Tempat tu bolehlah dikata macam perkampungan juga... ada kedai, ada klinik, ada kawasan perumahan... tapi macam berkumpul kat satu tempat je... luar daripada tu, hutan belantara... 'kenderaan rasmi' bagi kawasan tu ialah basikal. Yang guna motor pun ada, tapi tak ramai. Memang takde orang guna kereta, pasal jalan pendek2, dan kawasan tu tak luas.
Aku tinggal sementara dengan kawanku, sorang pekerja kerajaan. Kerja biasa2 je. Melayu kat kawasan tu memang sikit... kaum yang ramai- Kayan dan Iban. Cina pun ada. Oleh kerana Melayu agak sikit, aku pun kenallah hampir semua Melayu yang ada kat kawasan tu...
Ada satu malam tu, hujan renyai sikit-sikit... ntah aku dah tak berapa ingat atas alasan apa aku pegi ke rumah sorang kawan lain, yang agak jauh. Dalam sekitar pukul 8 aku bertolak ke rumah tu. Semasa jalan pegi ke rumah tu, aku ikut jalan tepi sungai... ada jalan bertar/bersimen kecik. Aku tunggang basikal (takde lampu...) Memang gelap jalannya... cahaya dari rumah2 berdekatan tu ada le jugak... Aku main redah je. Sampai kat tepi gaung, memang jambatan kayu tu licin, aku hampir jatuh kat situ. Gaung tu tepi sungai besar...
Kemudiannya aku sampai jugaklah kat rumah kawan tu... Sembang2, sampai le pukul sepuluh lebih malam... ha ha... nak balik camana? Menurut kawanku, jalan yang aku lalui tadi memang dah kurang selamat, pasal ada runtuhan tanah disekitarnya.. Cerah le jugak 'harapan' kalau aku memang nak jatuh ke dalam sungai kalau nak balik ikut situ... ha ha...
Jadi, mahu tak mahu, aku balik ikut jalan belakang yang gelap gelita,... ada semak tinggi-tinggi belaka, kat kawasan hutan! Cantiiikkk... hujan renyai, kawasan hutan gelap gelita, basikal takde lampu... cantik sangaaat le kalau nak kena sakat ngan puaka kat situ...
Untuk pengetahuan, masa tu, aku masih tak le berani sangat dengan makhluk ghaib ni... tapi, kalau marah, berani le jugak... peristiwa ni berlaku beberapa tahun sebelum peristiwa aku dengan penunggu kedai yang dah kucerita sebelum ni...
Aku kayuh basikal ikut jalan tu dari rumah kawan,... memang hati dah ada rasa tak sedap... jalan tanah diselaputi rumput je... becak camana, tak pasti le, pasal gelap. Masalah tambahan masa tu- rumah yang ada kat area tu tak banyak. Sikit je. Dalam gelap tu aku kayuh je la... nekad nak balik jugak. Dari jauh lagi aku nampak kat simpang yang jalannya dah berturap/bersimen, ada dua pokok besar tinggi kat tepi jalan! Ah sudah... lain macam je aku tengok dua pokok besar tu. Gelap dan menakutkan... Berjuntai-juntaian je akar/rotan dari pokok tu. Memang aku dah rasa macam ada penunggu kat pokok tu. Kiri kanan jalan tuuu...
Bila aku lalu kat bawah pokok-pokok tu... tu dia... ha... (meremang dah bulu roma aku menaip ni),... aku rasa macam berat je nak kayuh basikal tu, walaupun dah di jalan bersimen. Sepatutnya lagi lancar! Berat pulak... Padahal sebelum tu, senang je aku kayuh. Macam tersekat je pergerakan basikal tu... Alamak... dah macam kena tahan oleh 'sesuatu'! Air2 hujan yang menitik dari pokok tu yang kena kat aku pulak rasanya lain macam. Panas semacam je... padahal malam tu sejuk...
Memang agak berat aku rasa nak gerakkan basikal tu. Bengang punya pasal, (pasal masa tu aku masih lagi aktif gangster- pembuli) aku tak gemar kena buli beb... Aku tak terima makhluk tu buli aku! Aku toleh kat pokok besar kat sebelah aku tu, aku terus sound "Nak kena penampar?" Memang aku dah hangin satu badan, berani2 dia nak buli aku. Aku dah tak kira besar mana dah benda tu. Aku sound beberapa kali. Elok je basikal tu lancar aku kayuh lepas tu... heh...
Bila siang, aku cerita kat kawan yang aku jumpa malam tu. Dia saspens. Dia kata, sepanjang masa dia tinggal kat situ,dah bertahun-tahun dah, tak pernah dia guna jalan tu malam-malam. Aku pulak, baru je... Berani pulak guna jalan tu!
Beberapa minggu lepas tu, tiba le sorang awek cun buat praktikal kat kawasan tu... he he... aku pun ngorat le... masa tu aku juga masih giat menerjalkan diri bercinta-cintaan dengan aweks yang dapat ku sambar... Awek cun tu menyewa kat rumah tepi gaung tu... Kami banyak kali le jugak berdating-datingan...
Entah satu petang tu,... dah senja, lepas jumpa dengan aku, awek tu balik ke rumah jalan kaki... bila dia tiba kat tepi gaung tu... kedengaran bunyi tangisan budak... dia lihat ada sorang pompuan berambut panjang sedang mengendong anak yang sedang menangis, membelakanginya... lain macam je keadaan pompuan tu...
(ishhh... meremang lagi bulu roma ku menaip kisah ni...)
Awekku tu berhenti dan memandang perempuan berambut panjang yang membelakanginya berdiri kat tepi gaung tu... Awek tu macam dah terkaku gitu je kat situ... Pompuan berambut panjang tu pun berpaling, mengadap dia. Hulur anaknya. Pompuan tu angkat mukanya- kasi awekku tengok- takda muka!!! ... awek tu pun lari... tapi hakikatnya, dia cuma 'berlari dalam khalayan'nya saja! Sebenarnya jasadnya masih berdiri kaku kat tempat itu!
Dia tersedar bila ada seseorang menepuk badannya. Lepas tu, dia pun balik ke rumah sewanya yang berdekatan dengan gaung tu. Masalahnya, gangguan yang dialaminya bukan takat waktu senja tu... Malam tu dia histeria, hantuk kepala. Kawan serumah terkejut.
Bila siang, dia cerita kat aku...
...apa lagi, ...sebagai ?hero? harapannya, maka aku pun bengang la kat puaka tepi gaung tu. Aku tau kat mana benda tu muncul, pasal awek tu beritahu. Terbawa-bawa dengan kemarahanku semasa peristiwa malam aku nak lempang penunggu kat pokok besar tu, aku kira nak lempang jugak le puaka tepi gaung tu...
Ha kau...
bila waktu senja, waktu yang hampir sama seperti ia dah ganggu awekku, aku pun pergi ke tepi gaung tu, nak berdepan jugak dengan puaka kurang ajar tu. Berani-berani nak kurang ajar ngan awekku? Ni ha... lawan kau!
Aku tunggu dan tengok kat situ. Tak muncul pulak... marah punya pasal, aku sound keras kat situ, termasuklah nak bagi dia penampar sekali! Memang aku nak buat betul masa tu kat dia kalau dia muncul... tapi bukan nak lempang kosong gitu je beb... aku ready jugak nak kenakan dia dengan ilmu yang ku ada...
Lepas sound tu, aku tunggu... takde respons pun... aku rasa macam takde apa-apa pun...
aku blah...
hei... dah namanya budak terjal, dah le aku baru je kat kawasan tu, berani-berani pulak nak lempang puaka kat kawasan tu?... hmmm...
memang masa tu aku dah ada ilmu jugak nak berdepan dengan makhluk tu... tapi... korang yang baca ni, kalau bleh, tak le berani sangat buat macam aku tu... aku tak berapa galakkan...
Berbalik pada kisah awekku, bila di hari yang lain, satu petang yang cerah, dia naik basikal kawanku, ikut jalan belakang, jalan yang ku lalui pada malam tu... dia bawa agak laju, kira rempit le tu... setibanya dia kat pokok besar kat simpang tu, tetiba basikal yang dinaikinya macam ditahan 'sesuatu', macam ada sesuatu saja je dengki kat dia,... basikal tu macam terhenti gerakannya gitu je... akibat dah terlaju, tetiba terhenti, awekku pun terlajak gerakan badannya, terlepas daripada basikal ... terus ke semak tepi jalan...
.....masalahnya, bila dia cerita kat aku balik, kisah tu sepatutnya seram, dah jadi lucu pulak... awekku cerita: selepas badannya terlajak gerakan, terus 'landing' jatuh kat semak tepi jalan, dia perasan ada sorang budak lelaki lepak kat tepi jalan tu... gelak le jugak, pasal gaya dia jatuh memang lucu... bila awekku perasan ada budak tu, nak cover malu pasal dah jatuh siap kena gelak, dia pun buat-buat le konon-kononnya nak cari sesuatu kat dalam semak tu- seolah2 "Eh, aku tak terjatuh la, aku saja je nak cari sesuatu kat dalam semak ni.." ...ha kau... makin le menambahkan gelak budak lelaki tu... macccam le orang tak tau yang dia dah terlanding kat semak...
aku pun gelak dengar ceritanya, terutama sekali bila dia lakonkan semula gaya lucunya terjatuh dari basikal tu...
Aku nak marah lagi kat 'penunggu' pokok besar yang sama? ... ha ha... dah malas da... lagipun awek ku tak histeria kena sakat...
Hubungan cintaku ngan awekku selepas tu putus bila kami balik dari kawasan tu...
hahah bkn kamu jer hardrock yg gelak..dgn diriku skali trut tergelak...
cantikkkk pye cover line erk awek kamu tu...crik brg bagai..alahaiiii pecah gegendang telinga cacing
dlm perut ku..dgr sore aku tergelak....
klo la aida kt tmpt awek hardrock....bkn penunggu tu dpt penampor...budak2 yg lepak tu ku bg penamporr
org jatuh digelak2 kan lak..kurenggg ajaqqqq.....tolong la kan..tahan la dlu gelak tu...usshhh mmg malu la
kih kih kih... aku pun tergelak baca pasal awek kau cover line.. hahaaaa... dah terang tang tang orang nampak dia jatuh kan..
tapi kalao aku, buat2 pensan kot... hahaaaa... berani ke kt tpt2 cenggitu nak buat2 pensan lak. dibuatnye bukan orang yg mengangkat aku nanti, sesia cove rline..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..