Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak Terjal Hampir Kena Ngap Makhluk Misteri Dalam Air


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Budak Terjal Hampir Kena Ngap Makhluk Misteri Dalam Air


Assalammualaikum.  

Ini kisah aku dengan makhluk/ular misteri dalam air semasa aku mandi sungai kat Sarawak...

       Terlebih dahulu, aku ceritakan lagenda pasal ular besar jenis misteri yang sudah banyak kisah mengenainya, disampaikan secara lisan di kalangan penduduk sana... baik Dayak atau Melayu... baik kat Kuching atau daerah lain kat Sarawak. Beberapa orang kawanku dah cerita kisah berkaitan pengalaman mereka  dengannya. Mereka sanggup bersumpah bahawa peristiwa itu memang betul2 pernah terjadi.

Lagenda yang pernah disampaikan...

 Ular jenis ni ada orang sana gelarnya sebagai 'ular sak'... jenis berbeza daripada ular sawa. Nak kata macam ular besar dalam cerita 'Anaconda', entah le, pasal aku tak pernah tengok rupanya betul-betul. Kalau aku tengok semasa peristiwa aku nak kena ngap tu, mungkin aku tak sempat nak menaip cerita ni... pasal dah kena ngap! .....Memang pernah tersiar kat berita dan internet tentang ular sawa besar yang dijumpai kat hutan kat Malaysia ni beberapa tahun dahulu. Tu pun ramai jugak yang meragui kesahihannya, apatah lagi kalau satakat cerita yang disampaikan, betul tak? Tu yang aku rasa was2 pada mulanya nak cerita... tapi ku kira sebagai kongsi pengalaman je lah...

       Ular raksasa misteri kat Sarawak yang ku maksudkan ini - 'peel'nya bertapa- hingga bertahun-tahun lamanya dalam hutan, makin lama, makin besar saiznya (ada juga yang mempercayainya bertapa dalam tanah)Cara ia makan/ngap mangsanya- manusia- stail sedut je guna mulutnya semasa bertapa itu. Maknanya ia mempunyai kuasa sedutan yang kuat. Lagi kuat daripada vaccum cleaner le tu... Ia bertapa lama, hingga tumbuh tanduk di kepalanya, dah macam naga. Pernah dengar lagu A to Z yang bertajuk 'Berdendang' tak? Dalam lagu tu ada lirik "naga berulur di atas bukit" - tu ada kaitan dengan lagenda cerita yang ku sampaikan ni. Pencipta lagu tu kalau tak silap aku- orang Sarawak, bekas rakan sekelas kakakku. 

       Menurut cerita yang pernah disampaikan, setelah beberapa tahun bertapa, ia akan keluar nak 'test power'nya- melawan arus air/sungai. Ia akan cuba menyekat arus air dengan badannya, atau mengalihkan air yang banyak itu ke tempat lain.

Ada yang mengatakan ia juga akan menyekat arus air terjun. Kalau ada memana lelaki yang tetiba muncul kat bawah badan ular itu, dan air dari badan ular itu menitis padanya, dikatakan bahawa lelaki itu akan mempunyai kekuatan luar biasa, menyamai kekuatan ular itu. Kalau ular itu sedar akan perbuatan lelaki itu, ia akan mengamuk marah- kecoh satu hutan digasaknya! Tapi, siapa berani nak cuba?

Menurut cerita yang disampaikan, ular ini memang akan test power kekuatannya dulu kat sungai. Setelah itu, mungkin bila ia dah 'puas hati', barulah ia akan ke laut.

Aku rasa, kalau terus cerita kisahku, tanpa cerita kisah2 kawanku yang lain, macam tak berapa 'menguatkan' kisah berkaitan ular raksasa ni kat sana...

Ini pula cerita berkaitan manusia dan ular tu yang disampaikan kat aku-

Cerita pertama:

       Ada kawan cerita kat aku, suatu ketika dahulu, ada seorang pemburu kat hutan sana nak menembak rusa yang dijumpainya. Ketika dia sedang mengacu senapangnya, aim betul-betul, rasanya dalam posisi duduk gaya penembak tepat, tiba-tiba... ular itu muncul, menjalar lalu di depannya. Besarnya ular itu, hingga menutupi pandangannya pada rusa yang nak ditembaknya! Pemburu itu terus terdiam gitu je...

 

Cerita ke dua( dari seorang rakan sekelas ku):

      Dia ceritakan kat aku semasa kami kat sekolah menengah. Ada satu hari tu, dia dengan kawannya naik basikal kat kampung- kat kawasan hutan. Dia terlanggar sesuatu yang panjang dan sebesar pokok, bergerak-gerak kat atas tanah. Tak tunggu lagi dah si mamat tu, terus blah.

 

Cerita ke tiga (dari seorang rakanku berbangsa Iban):

       Kawan ku ni masa dia kecik, tinggal kat kawasan berbukit di pedalaman Sarawak. Kawasan bukit tu memang dah tahap mustahil banjir pada masa tu, pasal tinggi. Antara aktiviti mereka- tangkap udang kat sungai. Sungai tu agak jauh dari rumah mereka. Entah camana satu hari tu, tiba-tiba kawasan kediaman mereka banjir. Memang pelik. Kawan mereka pulak kata kat sungai, kering/ airnya sikit je. Banyak le udang-udang melompat-lompat kat sungai tu. Mereka syak yang ular besar dah ada kat kawasan tu yang alihkan air sungai tu ke kawasan kediaman mereka. Rasanya, tiada di antara mereka yang berani nak pergi tengok. Siapa berani wei... takut kena ngap.

 

Cerita ke empat (daripada sepupu ku sendiri):

       Satu ketika, sepupu ku dengan kawan-kawannya pergi ke kawasan hutan, yang agak jauh daripada kampung kami. Tempat yang dia pergi itu berhampiran dengan sungai besar. Dia kata, semasa mereka lalu kat kawasan tu, dia melihat ular besar yang panjangnya macam pokok kelapa. ...Entah... itu mungkin ular jenis tu yang belum cukup besar.

 

Sebenarnya, ada jugak kisah lain yang berkaitan ular raksasa tu, tapi aku cerita yang tu jelah...

Ha... ni pulak, barulah cerita daripada pengalamanku sendiri...

Peristiwa ni rasanya semasa cuti sekolah, aku dah habis tingkatan lima... dah habis SPM... kira semasa menunggu keputusan SPM la...

       Kat kampungku masa tu kerajaan dah buat projek perparitan baru. Gali sungai baru. Sungainya tak le besar sangat, lebarnya, dari tebing sebelah sini ke sana, ada le lebih kurang 8 hingga ke 9 meter... tapi, dalam le jugak... Yeah... apa lagi, aku dengan geng budak terjal kampung tu pun pergilah test power berenang kat sungai baru tu. Air keruh, warna kelabu keputihan, bukannya coklat atau warna teh tarik macam yang lain. Ia rasanya berkaitan dengan tanah kat situ yang warna macam tu.

       Syok beb... renang kat sungai baru tu... dah tak kira dah pasal kalau2 ada ke tak rumah2 yang memandai2 memuncungkan saluran paip tandasnya ke sungai tu jugak... macam tak de je... pasal rumah2 kampung yang ada tu dah lama dah... sungai tu baru lagi, lagipun kebanyakan rumahnya tak betul2 di tepi sungai, ada jarak beberapa langkah orang dewasa.

       Waktu kami enjoy mandi manda tu dah dalam sekitar pukul empat petang. Cuaca agak mendung. Hujan ada le renyai menitis sikit-sikit. Cantikkk... sebenarnya masa keadaan gitulah makhluk ghaib mula keluar dari tempat persembunyiannya. Masa macam gitu jugaklah boleh berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Geng-geng terjal kami kebanyakannya masa tu remaja belasan tahun. Ramai yang lebih muda dariku dan sepupu aku yang join sama.

       Semasa sedang seronok-seronok mandi tu, aku perasan ada sekor anjing yang macam terjatuh ke sungai tu, berdekatan dengan sebuah titi kayu, buatan orang kampung. Aku pergi, kira nak halau anjing tu. Anjing tu naik ke tebing, blah. Aku dah dekat bawah titi. Main-main kat tiang. Aku perasan, ada orang kat rumah kat atas sana marah-marah, rasanya pasal takmahu titi tu rosak oleh keterjalanku. Aku buat donno.

       Ketika masih kat tiang titi tu, tiba-tiba aku dengar satu bunyi pelik kat dalam air, depan beberapa langkah je daripada ku. Lebih kurang gini le bunyinya yang ku dengar: "Eeeiiikkkk....." beberapa kali, dah macam bunyi naga/raksasa dalam cerita ultraman. Aku pandang betul-betul kat air sungai yang arusnya sedang bergerak ke arah aku. Kemudian, lepas bunyi pelik binatang dalam air tu, aku dengar pulak bunyi macam pam tandas dah kena tarik- bunyi macam  air disedut 'sesuatu' dalam air tu dengan deras! Ahhh sudah! Benda apa tu? Cuma beberapa langkah dari aku je tu! Aku sempat check tengok keliling kat atas darat, rumah semuanya jauh-jauh dari kami. Rumah kampung - rumah kayu- dah usang pulak tu, lagipun kawasan tu memang didiami penduduk miskin, mana logik ada jamban tarik beb. Bunyi deruan air deras kena sedut tu memang jelas berdekatan dengan aku, dari arah dalam sungai tu! Pasal air keruh, takdapat le aku nak tengok camana rupa makhluk tu.

Aku tanya kat sepupu aku yang juga kat tiang titi tu, "Bunyi apa tu?".

Sepupu aku terus ajak kami balik. Tak tunggu lagi dah, semua pakat balik.

        Bila tiba kat rumah sepupu ku(tak jauh dari sungai baru tu), terungkailah cerita rahsia kat kawasan tu, diceritakan oleh kawanku yang tinggal berdekatan. Sungai baru itu sebenarnya bersambung dengan sebuah tasik terbiar yang agak dalam kat kawasan tu. Menurutnya sebelum tu, memang dah ada makhluk jenis ular besar tinggal kat dalam tasik itu.

       Sebelum tu, penduduk kat kawasan berdekatan ada bagi 'jamuan tahunan' untuk makhluk tu. Bila dah digali sungai baru yang bersambung dengannya, maka 'terlepas' la makhluk tu ke sungai baru. Makhluk yang dikatakan itu adalah jenis ular sak- yang aku dah cerita tadi.

       Ular tu terkenal dengan serangannya -menyedut manusia ke mulutnya untuk dingapnya! Bila aku ingat balik- nasib baik makhluk tu dalam air, kalau dia nak sedut ngap aku, kena telan air tu dulu, pasal aku ada jarak dengannya, tu yang buatkan aku dengar macam bunyi air kena sedut dengan kuat kat sebelah aku! Lagi satu, nasib baik dia tak bergerak dan terus ngap aku. Rasanya, memang sempat dia ngap aku kalau dia nak buat begitu. Aku kurus keding lagi masa tu beb, payah nak lawan ular besar yang kuat macam tu... Belum ajal tu...

Lepas kejadian tu, terus kami tak mandi kat sungai tu lagi dah...

kami mandi kat tempat lain... ada pilihan lain beb... 



-- Edited by hardrock on Monday 21st of October 2013 04:03:35 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

huhhh sabo jer la...klo dh terjal tu...smua nk di redah.....
tp ada gak aida dgr citer sal ular tu..tp x igt la kt mne..n sper yg citer...

disebabkan aida nie fobia dgn ular..so dgr gitu2 je la...nk fokus tu mmg x la...
silap3 msk toilet pn nk berteman....

hardrock sudikah kirenya ko citer lagi ttg ular raksasa tu..ttbe minat lak nk taw ttg
ular sak tu...

kamu org sarawak kan..msti taw sjrah or mitos2 citer ttg buaya bujang senang kan...
per kata...andai murah hati setori la kt GC nie....blh x?? blh la..hope sgt2 nie

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

Hehe..adik aida, kitorang mmg rehat pukul 12 -1..cepat boleh lunch pastu cepatla pulok lapar balik..huhu..
Masa tu kite kire mude remaje le lagi..huhu..nk kate skarang dah tua pulak ke huhu..mase tu akak keje kt site cabin je..bengkel jentera berat..kenal la banyak mekanik2 yg otai maksudnye yg dah lame kerja dan banyak pengalaman masuk utan..dan untuk mengisi mase lapang banyakla kisah2 pelik dan seram diorang mase kerja kt site2 yg baru nak di teroka dicerita kt kita.sebabnye kite je sorang clerk kat situ.. hehe....salah satunya..kisah di pembikinan jalan spg pulai - cameron highland..mekanik ni org siam tp rakyat m'sia..


Masa tu dia kerap ulang alik jalan ni sebab banyak jentera berat yg perlu diselenggara,..satu hari tu bos call suruh dia turun dari cameron ke hq sebab ade 1 machine yg die perlu handle..masa tu pulak dah nk hampir malam, kalau ikutkan hati memang die xmo..sebab jalan yang dia bakal lalui tu memang kerass..iyelah jalan tar memangla kerass hehe..soryy...key sambung

so die nekad nak redah jer..ahai xderla pulak assistant yang nak tumpang balik hq. so dia pun mulakan perjalanan dan mase tu langit pun dah kemerah merahan sebab nak senja dah.. tiba tiba kat satu selekoh ni dia brek mengejut sebab kt depan ade 2 bijik kereta  tengah berenti..dan kt depan kete yang paling hadapan tu ade satu objek yg macam bergerak menyusur perlahan je tapi besar gile..sebesar bas ekspres katenyer.. xtau la ape perasaan org yg dalam kereta depan tu..sebab die pon macam rase nak terkencing.. hampir 5 minit die tunggu barulah nampak ekor nya melintas jalan... dan sambil urut dada die teruskan perjalanan sambil baca jampi serapah..so nasib baik die lalu mase badan je yg melintas.. kalau lalu mase kepala yg melintas  apekah yg akan terjadi huhu....so lepas tu memang die serik nak naik turun cameron malam or senja..rela die tunggu pagi baru gerak..

 

Jadi soalan nye adakah sepicis ular ni same macam yang ade kt sarawak ni? 

 



-- Edited by akak canteen on Tuesday 22nd of October 2013 10:34:10 PM

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

Maaf adik hardrock,akak ade jugak dengar citer pasal ular besar di semenanjung..tapi not sure adekah sepicis ular yg same..citer ni diceritakan dengan jaye nyer oleh mekanik jentera berat mase akak kerja kerani kt salah sebuah sykt construction...alolah mmbe ajak pg lunch plak..jup g akak sambung tanyer n cerita..

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

awl btl akk lunch..aida bru bsemangat smbil kembang idung nk bca post akk..last
bersambung...urrmmm kuncup lik idung nie....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

kt camron ker kak??haaa aida bru lik dri sna..ushhh nsb baik taw skng..klo taw before
g cmeron..sah2 x nk kuar dari kete....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

adik zarina, haah tp xtau la taun bile..time ni jalan cameroon ngan spg pulai blom siap..huhu begitula seperti yang diceritakan dengan penuh penghayatan..kalau die tipu..huhu tipula citer ni bleh.gif tapi kate nye ular tu sebenar bukan ular tapi mcm puaka 2 hutan yg menyerupai sahaje.. entahlah..

banyak jugakla cerita die mase kat cameroon dan site 2 lain mase diorang teroka hutan.. 

kisah driver lori pulak punya cerita..driver india ni memang expert jalan camerron..dan dia ni memang xtakut kalau pergi balik malam pun sebab xpernah kena kacau.. tapi kawan2 die yang sepekerjaan dengan nya ade bagi warning nak balik siang2 je jangan malam2 ..bahaya..tapi die ni jenis xmakan saman..

satu hari tu die turun dari camerron pukul 9.00 malam hujan renyai2...sambil nyanyi lagu tamil..maklumla sorang2..nak hilangkan ngantuk...lepas tu sampai 1 simpang die nampak macam orang asli 3 beranak.. emak , bapa dan anak..duk tahan dia punya lori..die xberenti..gile nak berenti sebab die teringat cerita membe 2 die pasal keangkeran jalan camerron ni.. die nyanyi lagi kuat...sampai lagi 1 simpang..ade lagi family asli duk tahan..yg xbestnyer  same la pulak macam yg family first tadi.. bapa duk tahan..emak dan anak duk tenung ngan mate bulat...."Oyoyo ini memang xboleh jadi.".die kate.. die tutup radio..die baca sembahyang kuat2 sampai lagi 1 simpang ade lagi family ni duk tahan lori die...die pon jerit "mintak maaf datuk..saya mau carik makan tolong jangan kacau saya"..lepas tu sampaila ke destinasi xde dikacau lagi....

Menurut kate kawan2 die yg dah lame duk sane..benda tulah yg selalu mnyebabkan eksiden kt kawasan tu dan selalunya siape yg bertuah jumpe selalunye susah nak selamat lalu tempat tu..kiranya anee tu nasib die banyak baik la..huhu.. kisah ni pon diorang yg citer..kalau dorang tipu maka tipulah citer ni..huhu..



__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ahaii.. pasal ulor bertapa ni. aku dah pernah dengor masa aku kecit2 dulu.

mak aku yg citer, pasalnyer..... dia nak citer betapa arwah atok aku seorang yang tak boleh dilawan gitu2 jer. maksunye-ada-ilmu-batin laa..

wokeh dia citer, arwah atok.... eh jap, intoduce jap. atok aku ni orang jawa, lahir kat indon tapi datang sini masa kecik2 ikut mak bapak dia merantau carik rezeki. kecik mana aku tak tau pasal mak aku tak pernah detailkan.

atok aku ni pun, atok tiri. yup, nenek aku kawin 5 kali tak silap aku. perawan cantik, jadi rebutan lelaki, tak kira bujang ke laki orang, cerita orang2 lama kampung aku, termasuk mak aku.

so laki yg 1st bercerai mati. tulah atok kandung aku, mak aku anak bongu dengan adik beradik 1 bapak. yg lain bercerai idup. atok yg betapa ni laki yg last, kekal sampai beliau jadi arwah.

so, mak aku citer, arwah ni pernah pegi bertapa dlm utan kalimantan. korang tau la kan cm ne utan kalimantan tu masih terpelihara kedaraan dan ketebalannya mengalahkan himpunan buku siri bercakap dengan jin a.k.a harry potter.

ada satu masa tu atok aku tengah berehat, berehat lepas buat apa aku tak tanya la pulak. dia duduk bawah satu pokok yg besar giler. yelah, pokok2 kat utan sume besau2 kan. dia duduk kat salah satu pokok ni,sambil landing2 kepala bersandar kat batang pokok. dia ada bawak parang. sambil nak menyandar tu dia cacak parang kat sebelah dia,tetibe menyembur2 darah kuar.

dia dongak atas nampak ada kepala ulau yg teramat besar & teramat tinggi tengah tunduk pandang dia. dia dah nampak takkan nak tunggu kan, dia blah laaa..

tapi memula aku cam malas nak caya, pasal kita orang islam berdosa percaya bende2 syirik ni kan. tapi makin aku besau, makin aku perati orang tua tu makin aku percaya citer mak aku. pasal dia memang ada ciri2 orang yg ada pendamping. dia sendiri pun kerja ngubat orang. aku pernah tengok ngan mata kepala aku sendiri cam ne dia ngubat orang. tak mustahil perkara2 misteri cam tu bleh jadi.

oooo... lupa nak cakap, masa muda2 dia kije interpol. yes... INTERNATIONAL POLICE. tu yang dia blaja ilmu2 mende alah ni kot, utk memudahkan kije dia.

aaaa.... pasal dia blah tu aku tak tau la dia ada bertarung ke dia cabut gitu je ke, tapi yg aku ingat lepas arwah dah nampak kepala ulau tu memang tak tunggu lagi dah.



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

sebenornye motip mal aku citer pasal atok aku ni pasal marahkan kitorang, betapa kitorang ni susah nak makan saman kena marah. yelah, kitorang makan. mana pernah makan saman.

sebenornye mak nak cakap masa mak aku kecit2 dia takottttt sangat2 nak buat atok aku marah, pasalnye kalo dia marah mata dia merah menyala2, macam api. pas tu garangnya, heh, tak de orang bley celen.

lepas2 tu la mak aku citer pasal beliau, pasal kitorang tanya macam2, pas tu mak marah macam2 pulak lagi jawab. heheeeee...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

cengkodok... pas atuk kamu bla..ular tu wt dekk je ker??x kjar lik ker..??
mne taw nk repeat lik ker kan..ye la stahu aida ular nie bersikap pdendam...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ooo dh lama la kjadian nie..ingt bru2 ie..bru mak nk seram nyah oiii..hehehehe
aida jrg dgr citer seram kt cmron nie..sllu dgr kt genting
hotel2 kt genting tu...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

oooo cikgu aida... mane ler ambe tau ulo tu ngejor ke idaknyer..

pasal mak aku tak pulak citer, kami2 ni pun tak bertanya pasal dah naik bulu idom... bulu ketiak tak naik pasal blom ada lagi.. heheeee..

tapi arwah atok memang.... hmmm.... tak tau nak cakap laa..

mak cakap masa dia kecit2 dulu beliau selalu didatangi oleh menteri2 top malaysia ni. nak mintak manderem2 la tu.... tah kan nak mintak penunduk ke..

tapi masa arwah nak meninggal, ayah aku buat ot. pasalnya ayah aku menantu kesayangan arwah. ayah aku takot kalo arwah nak amik dia jadi pewaris. heheeee...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

oo cam gitu..asl lak ayh x nk..atlist bnda tu kegunaan untuk lindung fmly
bkn bnda x baik kan....

heheh engkorg xtye ker??alahai ugi la korg terlepas sekmen menunggu ular repeat...
aida nie mmg ske dgr kisah2 seram lgi misteri nie...wt tambah ilmu...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

wah..cekodok cubela ko korek lagi cite pasal ular tu..walopun akak ni phobia ngan ular..tapi nak tau jugek..dak aida. haah citer ni dah lame ..ni citer kat jln lame yg bengkang bengkok tu..skang kan dah lawo sikit jalannye..x teruk cm dulu..

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ishhhh... sengsara wooo nak mati.. ni bukan sebarang pendamping. segala raja jin ada.

ceritanya, kat rumah nenek aku tempat arwah ngubat orang tu ada tengkorak... terngkorak orang tau. mana dia dapat aku tak tau la.

lepas arwah dah arwah kan, pakcik aku yg stay umah tu nak amik barang kat bilik tu. tak pasal2 dia nampak tengkorak tu bergerak2. cam goyang2 je la..


udah udah ler.... aku dah cukup serem nak citer pasal atok aku.

wooops, dah bunyik loceng.

terima kasih cikgu.... nak balik.. babaiii...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahah la setori la sikit..nk taw nk taw...dri segi cre pyampaian cerita cengkodok tu...mcm dpt rsakan
ada misteri n keseraman...pe kata luahkan jer jgn pendam2..

kak kantin..bru citer sal cmron..dh msk berita sal cmron kan..al-fatehah pda mangsa yg beragama islam
urmm x sgka kan...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

Itulah..baru tgok berita mlm td..Al Fatihah dah takziah pd mangsa n kluarga jugak..kesian sgt.
Cekodok...mmg susah nk mninggal kalau pkai pendamping2.. so pakai pndamping yg betul iaitu..kawen cepat bg yng belom kawen..ha damping la puas2 haha....compem xder masalah hihi...

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hahahaaa... tulah aku dah ada pendamping yang hahahahalal di sisi islam.

pasal atok tu ,idak ler aku tau sgt citer2 nyer pasal aku pun tak bape rapat dengan beliau. rumah memang ler dekat tapi masih terasa dgn layanan nenek aku kat mak masa mak aku kicit2 dulu. bertuah nenek aku dapat anak mcm mak aku, walopun di anak tirikan, tapi anak tiri pun kadang2 macam anak kandung kan... kan....

wokeh sambung balik, walopun mak aku di anaktirikan oleh mak dia sendirik ,tapi mak aku anak yang tak pernah lupa dia dulu duduk kat dlm perut nenek aku. kalo nenek aku dia,penjagaan mak aku terhadap orang tua tu lebih spesel daripada anak2 dia yg dia sayang2 skang ni...

entah ler, aku tak mo campur hal2 mak aku. hal adik-beradik bior ler dia yg pikio. kalo dia nak ngadu aku dengar ler, tapi kalo dia nak simpan2 sorang aku takpaksa dia citer.

bukan tak nak share masalah mak aku, tapi aku rasa aku bukan orang yg layak utk bagi pendapat pasal hal2 orang tua ni. nak dengar buleh, nak bukak molot.... emmmmmmm.... takut ada yg kecit ati paru2 sumer...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

x de lagik ke cter ulo. aku tgh syuk membaca ni, nyambil mkn cengkodok. tp klu pasal ulo jadian ulat milik asben tu, korang x yah cite ekhh.. nk muntah aku mendgonyer. buwekk..buwekk.. buekk..embeekk.. jemput2 pisang!!!!!!!!!.. mana ko elang. sirap mana sirap. aku tercekik ni.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

cik eliza , ala xmo ke cite ulat? kompom xmo ? hehe..banyak cite ulat ni haha...nnti kite ade cite lg pasal ular ni tp malas nk taip time rehat ni rogi wwooo..

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hehehehehe ... gelak beso aku bile makcik nie sebot ulat .. ulat ... hehehehehe ...

makcik sekor tu ...(makcik sekor = aliza mesbon ... nie aku terpakse ulang lagi menaip nii .. kolo x nkorang x kenal) ...

memang ler ulat si Asben tu makcik nie terbuek buek ...

cer .. nkorang bagik kat makcik sekor tu ulat sampah ...ulang  ... ULAT SAMPAH ...!!!

x payah banyak ler ... sesudu udah lerr ... nko bagik kat makcik ni ...

kompemmm .... beliau akan lari lintang pukang x cukup tanah ..... punyer ler takotnyer beliau ngan ULAT KECIT tuuu ...

kih kih kih ........

 

(banyak2 menatang ulat ... ulat sampah yang makcik sekor tu takot .. bukan gigit pong ...... hahahahahahaha ....)

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ooo makcik elizah misbong tu la yg penakut dgn ulat sampah tu...nampak je berani siap ade silat gayung...silat pulut kuning...dan mcm mcm lagi silat berserta teknik lipat kain...

Aku rasa dia meroyan sebab ulat tu la kot

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard