Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak Terjal Race Ngan Antu-antu Highway


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Budak Terjal Race Ngan Antu-antu Highway


Budak Terjal Race Ngan Antu Highway

 

Assalammualaikum.  

Kali ini kisahku kat highway- antara Batu Pahat- Melaka- Negeri Sembilan.

Pada beberapa tahun yang lalu, aku ada le beberapa kali berulang-alik ikut highway antara Batu Pahat- Melaka- Negeri Sembilan. Naik moto besar je. Masa tu blok ori bro... leh pecut sampai 180kmj 'dengan agak mudah'...

Sebenarnya ada dua peristiwa yang memelikkan aku semasa ulang-alik tu... jadi rasanya, macam dua kalilah aku race ngan antu-antu kat highway tu, satu aku 'menang', satu lagi aku 'kalah'... ha ha...

       Oh ya, sebagai makluman, kalau kat Semenanjung, masa tu, aku agak sanggup bawak motor besar sampai 'melebihi had laju kebangsaan'- 120kmj ke atas... jalan lurus cantik memanjang kat lebuh raya... tapi kalau jalan biasa takle berapa sanggup... berbeza dengan kat Sarawak, kat tempat aku area Kuching. Siapa pernah jalan-jalan kat area bandar Kuching tu, taule camana jalan kat sekitar bandarnya... tak berapa cantik kalau nak pecut sampai melebihi 120kmj... pasal jalanraya tak berapa banyak yang jenis cantik lurus memanjang. Baru nak pecut sampai dekat 110kmj pun dah boleh sampai kat simpang. Dah le jalan macam tu, banyak jugak kenderaan ada kat jalan... jadi pasal tu le agaknya kemalangan maut/parah kat situ sangat le jauh kurangnya daripada kat Semenanjung... jangan kata masa biasa, masa musim perayaan pun kurang kemalangan parah/mautnya berbanding statistik kat Semenanjung...

       Perbezaan jelas- kalau kat Batu Pahat/semenanjung ni- orang dah tak kisah/ tak hairan/ tak ambik port dah kalau dengar/tengok bomba & kereta polis dengan sirennya yang kuat berbunyi pasal accident teruk... tapi kalau kat Kuching, memang dia orang 'hairan', pasal jarang dengar dan jarang ada kejadian macam tu. Dalam setahun entah, berapa kali je ada... tu kalau ada... berbanding kat Batu Pahat/semenanjung ni, bukan kira setahun lagi dah, kira bulan/minggu dah... tah berapa banyak kali, aku pun dah tak tau daa...

        Aku kalau bawak motor kat Sarawak, biasanya dalam 60kmj je... sopan santun beb... lagipun pakai kapcai biasa je... tak sesuai nak pecut laju sangat... tapi, dalam kelajuan tu pun, aku banyak kali jugak potong kenderaan-kenderaan lain dengan mudah, mungkin kerana mereka dah biasa dengan kelajuan gitu, pasal jalan pendek-pendek dan banyak kenderaan... Kalau kat Semenanjung, kat 'jalan lazim' -jalan kat bandar, biasanya, aku bawak lebih kurang macam tu jugak kelajuannya, tapi banyak kali orang potong aku, rasanya pasal ramai dah biasa bawak laju-laju kat lebuh raya... maaf ye, bukanlah nak kondem siapa-siapa/mana-mana pemandu/penunggang kat sini,... cuma sebagai berkongsi maklumat je...

 

Okey, berbalik pada pasal race aku ngan antu kat highway...

Race pertama... ceh... dah macam nak lumba Moto GP pulak daa...

       Masa tu, aku bergerak dari Batu Pahat ke Negeri Sembilan. Lewat petang aku bertolak dari Batu Pahat. Aku bawak motor dalam kelajuan sekitar 120 kmj je... tau jela kat lebuh raya, kalau laju macam tu, pakai helmet full face, memang tak rasa laju sangat pun. Rasa macam bawak 60kmj je... Bila dah gelap malam, aku tak pasti le kat area mana antara Melaka dan Negeri Sembilan, aku bawak je motor dalam kelajuan lebih kurang gitu, tak minat nak berhenti kat RnR. Ada le jugak aku menerjalkan diri memotong-motong kenderaan yang lebih perlahan...

     ...masa tengah syok memotong-motong tu, aku perasan ada satu kereta usang warna biru muda kat depanku. Slow je apek Cina (menurut pemerhatianku) tu bawak kereta usang yang dah berkarat-karat tu. Dia pakai cermin mata. Sempoi je dia bawak. Aku sempat toleh tengok. Masa tu, aku tak rasa apa pun... tapi, bila melepasi dia... aku perasan sesuatu- keretanya macam senyap je, walaupun kereta tu model lama. Dan... walaupun kawasan tu memang gelap, lampunya tak dihidupkan... aku potong selambe...

       Bila ku fikirkan balik selepas tu... macam mana apek tu bleh bawak kereta usang dia dalam gelap dengan lampunya tak dihidupkan? Lagi satu, mana logik kereta dah buruk cam tu, siap takde lampu bleh lepas kat lebuh raya,waktu malam, kan?... hmm... ntah... antara peel aku kalau kena sakat ngan hantu yang ku rasa macam tak berapa hebat ni, aku tak rasa seram pun... belagak le tu.. ha ha...

Yeah, tu race pertama. Aku 'menang', selambe potong kereta pelik dengan jayanya... tapi takde 'trophy'/piala le... ha ha...

Race ke dua... ha... yang ni pun pelik jugak...

       Masa tu, motor besar yang ku gunakan dah lepas overhaul & servis... yeah... apa lagi... aku pun test power... main lenjan sampai 170kmj ke atas- bergerak dari Batu Pahat ke Negeri Sembilan lagi. Seperti sebelum tu, dah gelap malam aku kat area Melaka- Negeri Sembilan. Memang seronok aku rasa masa tu- menerjalkan diri pecut laju-laju potong banyak kenderaan kat highway tu. Yeah....

       Entah camana, ada satu kereta tu, warna biru muda metalik, macam ada ramai orang dalam kereta tu. Mula-mula, macam tak berapa laju je aku tengok dia bawak. Aku potong dalam kelajuan melebihi 170kmj. Aku kata begitu pasal, aku dah tak tengok meter lagi dah bila dah laju melebihi tu. Waktu meter tunjuk 170, aku memang sempat tengok. Tapi bila dah lebih laju dan semakin laju daripada tu, aku tumpukan perhatian kat jalan. Dah jauh aku tinggalkan kereta tu dah banyak kereta lain, aku kena potong oleh kereta biru metalik tu balik.

       Berbeza dengan kereta apek tu, kereta ni lebih moden modelnya. Lampunya hidup. Dan aku rasa tu bukan kereta hantu, pemandunya manusia. Lepas dia potong, aku kejar balik, potong dia lagi. Jauh aku tinggalkan, aku slow down sikit. Dia potong lagi. Macam tu le race antara kami beberapa kali. Berulang-ulang. Aku potong dia, lepas tu aku slow sikit. Dia potong aku, lepas tu dia slow sikit. Macam saling menyakat je kerja kami.

       Dalam pada saling potong memotong dengan kelajuan melebihi 170kmj tu, aku sempat perasan, kat satu kawasan gelap, ada satu kereta Proton Saga merah model lama, bawak slow je, asap ekzosnya keluar perlahan je. Aku yakin, kereta tu takleh potong kami, dan aku rasa pemandunya tak minat nak race dengan kami. Aku dengan kereta biru metalik tu potong kereta merah tu selambe. Cium asap le...

       Memang jauh betul kami tinggalkan dia dengan kelajuan tu. Rasanya sampai berpuluh kilometer. Aku rasa, memang tak logik dia boleh kejar kami balik. Kami maintain race dengan kelajuan macam tu. Sampai kat satu lagi kawasan gelap, ada banyak lori. Haaa ha... kereta biru tu tak leh cilok. Ada beberapa buah lori besar kiri kanan lorong. Aku pakai motor, selambe cilok kat tengah, potong banyak lori tu. Dah macam kotak tak gerak aku tengok lori-lori tu aku potong. Memang laju. Sempat aku fikir- "kalau accident, mati aku ni!". Selepas melepasi beberapa buah lori tu, aku bawak tak berapa laju. Aku yakin, payah kereta biru metalik tu nak potong aku lagi, pasal kena sekat dengan lori-lori tu. Yeah... aku menang...

.....konon...

Lepas tu, kereta biru metalik tu tiba-tiba potong aku. Ah, tak mahu kalah, aku pun lajukan lagi motor, nak race potong dia lagi. Bawak sampai lebih 170kmj lagi... nak ulang balik acara potong-memotong... ketika aku dengan kereta biru metalik tu bawak dengan laju tu, selambe je kereta Proton Saga merah tu muncul dari belakang, muncul tengah-tengah antara aku dengan kereta biru metalik tu, potong kami, seolah-olah kami tak bergerak langsung!!! Laju gille beb!!!

Mana logik kereta model lama tu potong kami selambe dengan kelajuan gitu woi... tak puas hati ni... ceh...

       Aku tengok, walau pun laju, kereta Proton merah model lama tu seolah-olah bergerak perlahan je potong kami berdua, asap putih dari ekzos belakangnya, macam keluar berkepul sikit, perlahan-lahan je gerakan asapnya, seolah-olah kereta tu bergerak dengan sangat perlahan, padahal potong kami dengan sangat laju! Mana logik macam tu keadaan asap ekzos kereta dengan kelajuan macam tu! Kereta merah tu terus selambe je tinggalkan kami, dengan keadaannya seolah-olah dia bergerak slow je, sama macam keadaannya dipotong kami di peringkat permulaan tadi, sampai kami tak terkejar dia langsung!

       Dan... seperti sebelumnya, semasa kejadian kena potong oleh kereta Proton merah tu, aku tak de rasa seram pun. Tak terfikir masa tu, bahawa kereta tu bukannya kereta 'paranormal'. Aku rasa macam biasa je... terkedu dengan kekalahan 'racing' bodo-bodo tu... ha ha...

Memang aku takleh lawan racing ngan kereta merah tu beb... jadi, keputusan rasmi 'race' yang ke dua ngan antu highway- aku kalah... ha ha...

       Dan lepas tu, aku tak le mengamalkan bawak laju sangat... terutama sekali selepas motor tu jem masa kat highway- aku bawak pecut laju gila, padahal baru lepas overhaul kali yang ke dua. Kawanku si mekanik sebelum tu dah nasihat elok-elok- jangan bawak laju sangat, pasal baru je lepas overhaul. Tapi aku degil, nak terjal jugak bawak laju-laju... ha kau... padan muka motor jem kat highway... malam pulak tu... nasib baik ada sorang mat motor tolong tolak pakai kaki lepas tu...

dan aku memang masih rasa terhutang budi ngan mamat tu...

Dan kepada mat-mat racing yang ada baca ni... takyah le nak race-race sangat kat lebuh raya... bahaya tu...

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Sengal..ngn antu.pon nk gado hahaha

Batu pahat kat mna..ni pak.bada legend bp wehhh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

oiiiit adinda Areza kelapa muda .... pandaila nko .... cakao aku Legend batu pahat ....

kang budak terjal sarawak nie `test' aku ... naya laaaa ...... ilmu batin da la x de ... ape lagi silat milat ... memang x de

uhhhh ....

 

 

adinda rok kapak .... setau aku n kawan2 aku ... highway dari batu pahat (yong peng)

ke seremban ..... area pagoh la ... ade buleh tahan sikit ...

kiri kanan jalan pun banyak hutan .... kalau area tangkak or melaka kurang sikit kottt ....

buleh tanya adinda yong areza laaa .... beliau tu diantara kawan GC yang x  de `hijab' matanya ...

kolo aku memang setakat ni berhijab laaa .... niat untuk x mau hijab atau mintak dibuka hijab ..... eeee selisih 44 simpang 4 ..... x mau x mau mau ...

sebab aku nie ... walau pun tua ... bukan penakot laaa ... cumer x berani ......  biggrin

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Tapi die kata ikut hiwey yg suwey...
Ehhh...lamA dah tAk nmpk bnda2 ni.hahaah
Walopon.kat pulau..arab2 pak arab tak.nampak...

Ohh ye..nk.tnya klo.pak bado tau...
Betul ke kata org...pontianak ade dua spesis..ehh mcm ikn dilaut pulak..
Yg sehantu kat darat punya spesis..yg sehantu lagi kat laut punya..ye??

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ainda Areza Muda .... spesis pontianak tu ... aku x tau ler ... cer no tanye Bodaku Diana ...

mungkin dia lebiharif ... atau tanya ngan budak Rok Kapak nihh ... mungkin beiiau tahu jugak kot

dah tentulah nko yg selalu nampak dik ..... aku niiii ... nampak kat TV n skirn Laptop jerk .. x pon skrin beso kat panggung

(mintak mintak x jumpa .. x mau jumpa .. x mau nampak .. kecut kang rambut akuuu .....)

 

 

adinda Batu Keras ... yg turun bukit otw nak ke Yong Peng tuu ... nama dia Bukit Belah ada (dekat persimpangan ke Sri Medan)

dulu kala mase aku muda2 ... cerita ceritinya ... ada mkhluk (orang tua bongok ) .. kolo perempuan jarang dengor la dikk ...

ade lagi bukit .... Bukit Seri Wangi ... aaa ... kat situ dahulu kalanya kalo arah ke Yong Peng atas bukit tuu belah kanan ... ade kubur cina lama .. sekarang da x de kot

pasal antu perempuan ... hehehehe ... entah ... macam x de ... tapi x tau laaa .....

 

area dari batu pahat ... yg ade skary sikit biasanya kat selekoh dekat2 dengan Kilang Besi Buruk tu ..

alahai .. simpang kampung ape tuuu .... aaa tu somi kawan aku kene sakat ngan cin ponti ke langsuir ...

kat situ pernah le berlaku peng aksidanan .... kepala tergolek kat tengah jalan ...

mase tu aku umor 30an kot ... otw nak g umah makcik ...ade eksiden ..... aku x tengok la tapi jeling2 manja jugak la ....

....bawak kreta slow (malam) .... dan teros jerk ..x beerenti .... eeee ..... takot (hahahaha)

pasal apa ..... ada darah melambak2 atas jalan raya .... dan ada jenazah terbujur tutup kertas surar khabar ...

esoknya .. diarang kata .. kapala tanggal dari badan .... (eksiden naik motor) ... hmm

 

 

 

 

 

 



-- Edited by badda2 on Monday 21st of October 2013 01:40:55 AM

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Area yang aku lalu masa tu rasanya sekitar parit Yaani. Tak perasan, tak berapa ingat, yang pastinya dah jauh dari Bukit Belah. 

Lagi satu yang aku pelik- apesal nak tau pontianak ade berapa spesis? Kira kalau jumpe- nak tanya- "Kau spesis apa?" 

Gitu ke? ha ha... sorry...

tak kirale ada berapa spesis. Nasihatku senang je- kalau takut, lari jelah. Lebih selamat daripada buat-buat berani. Kalau memang berani, lain cerita.

Tapi kalau dia memang dah muncul dalam bilik, nak lari mana pulak le kan? 

Ready je dengan pisau/besi tajam berkarat- sumbing2. Lagi satu- petua mudah- pasang ubat nyamuk- kalau lelaki- merokok (perokok) - kalau bukan perokok, pasang jugak le ubat nyamuk- pasal api pada rokok/ubat nyamuk tu jenis 'api bara'- jenis api yang makhluk ghaib tak berapa suka, selain baca al-Quran betul-betul sebutannya.



-- Edited by hardrock on Monday 21st of October 2013 03:54:37 AM

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Saya pernah gak lalu kat area Yong Peng dan Pagoh tu... masa ulang alik ke Negeri Sembilan, takde le kena sakat.

Tapi, masa bergerak dari Tongkang Pechah ke Yong Peng, satu pagi tu (masih gelap)- time tengah bawak moto laju- menuruni bukit, saya perasan cam ada 2 orang pompuan kat tengah jalan- berbaju putih, macam nak nyeberang jalan- mengadap arah saya. Oleh kerana saya bawa agak laju, saya tak le nak tengok betul2- saya lalu sebelah je ngan 2 makhluk tu- memang dekat le jugak. Tapi rasa macam roh je 2 makhluk tu bila saya berdekatan dengan mereka. Macam lesap gitu je. Bila sampai kat tempat kawan kat Yong Peng, pastu ada sorang budak kecik tetiba nangis tak tentu pasal... risau jugak kalau kena sakat benda2 tu(mana tau dua makhluk tu ikut saya?)

Oleh kerana budak tu Cina, saya bio je la... sorry...

pasal gado ngan antu... ha ha... memang saya dah tukar peel suka gaduh ngan manusia kepada sanggup gado ngan antu. Kat manusia dah banyak kali nyesal belasah orang. Kesian beb... tapi ngan antu, bila saya kira nak balun,... benda tu cam tau je niat & perancangan saya, lesap gitu je, atau tak muncul... ntah... mungkin takat ni saya jumpa ngan jenis tak berapa hebat kot... kalo jenis yang lagi hebat, rasanya, mungkin benda tu sanggup berdepan dgn saya & lawan saya....

ntah...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Makanan.jin kan.asap...krnapa pasang ubt nyamuk.jin.lari??

Pak.bado..org tua bongok ke bongkok hahahah

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Ginila aku simpulkan... jin adalah kejadian daripada api. Pernah ada kisah orang mempertikaikan- jin daripada api, kalau dibakar dengan api neraka- kira dah macam tak de kesan, kan? Pasal sama jenis. Persoalan itu diungkitkan pada seorang ahli ulama. Ulama tu menjawab persoalannya dengan mencampakkan tembikar kat kepalanya- berdarah. Ia menjadi jawapan mudah- manusia daripada tanah, tembikar tu pun daripada tanah... so, dapat gambarannya?

Berkaitan dengan api ubat nyamuk/api rokok. Ia bukan pasal asap, ia pasal keadaan api tu. Api tu berbentuk 'bara api', jenis api yang ditakuti mereka.

Sepupuku yang pernah kawan ngan jin beritahuku cam tu. Menurutnya, jin melihat manusia yang merokok macam manusia tu memakan baraan api tu. Tu yang buatkan mereka ada rasa cuak nak kacau manusia tu.

Dukun yang pernah tolong setelkan masalah penunggu kat kedai ku dulu juga pernah beritahu aku- semasa dia bertempur dengan makhluk ghaib, memang ready dengan api ubat nyamuk, pasal api rokok tu macam tak berapa steady macam api ubat nyamuk.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Ok...1st tme baca.ni..
Kalau.pasal kulit tu..die tampar.pipi...pernhla.baca..
Tembikar tak.pernah..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aku baca aje ye...nak komen tak tau nak celah kat mana...aku naik highway nak g yong peng pun baru dua kali....tu pun siang...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

haaaa untung la jugak ada gak la nek highway duhai g freedom....
yg aida nie??highway latar pn boleh dikire brape kali jer naik...huhhhh

klo sebut senarai2 highway dari area johor ke n.9 tu..urmmmmm mmg x taw...
heheheh...klo taw pn tye suami(dulu la) masa ikot dia kje....skng mmg xder der...
xtaw lnsung..men lalu jer..hehehehe sedih'y la hidupku..jrg lalu highway..hahahah

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adik terjal .. eh .. batu keras batu bertangkop ....

maksud nko ubat nyamuk yang berlengkar2 la kan ? .. kolo ubat nyamuk gena  karen buleh x?

kolo begitu ... bukit tu .. bukit seri wangi laaa ... biasanya ... org2 tempatan jaranglah diusik ...

aku pon kolo buleh ... x maulah sampai kene usik ... lagi pon sekarang ni jarang sangat lalu blah malam ... asik lalu siang jek

 

 

g preedem ... kolo siang hyway yong peng pagoh ... biasa jelah kot ... kami kolo lalu hayway tu .. kerap jugaklah

lagik2 mase anak belajar kat Penang .... g penang la ... ari tu g langkawi .. ke LCCT pon lalu jugak hayway tu ...

blik malam ... entah le ... aku ni ... memang memohon pada Allah SWT sepaya x le nak dinampak2kan benda2 nie semua ...

 

adik Jarinah Jainordin ..... takat x lalu haiway jek .. x pelah

bukan ape sangat hayway niii .... cam aku kejap kene g jb la nusajaya la ... penat dah lalu hayway

tapi kena guna jugak .. kerana kemudahan dah ada ... dan dapat mempercepatkan perjalanan dan urusan kita ..INsya Allah

 

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

mne aci..wak badda..diriku pn nk jugak digolongkan dalam kumpulan highway nie..hihihi
ni sepatah haram tidak ku tahu dimana tmpt'y..ke diriku x ambk port waktu lalu highway.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Pak Badda... yes... tu jenis ubat nyamuk yang berlingkar / coil tu...

yang pakai karan, sorry... tak jadik... 

kalo nak elak gangguan makhluk tu- baca je Bismillah 21 kali tu kat empat penjuru kereta. 

hmm... aku ni pandai je bagi petua... padahal sendiri tak ngamalkan sangat pun... ntah.... tapi kan... bila aku fikirkan balik pasal 2 lembaga putih kat jalan tu- yg kelihatan kat tengah jalan macam nak nyeberang, nasib baik le dia tak tiba2 nyeberang depan aku! Kalo tak, tak mustahil aku bleh eksiden, smada tekejut atau nak ngelak dari langgar... mereka berkeadaan macam awek melayu yang pakai tudung putih dan berbaju kurung putih... masa tu, mana le sanggup aku nak langgar awek jenis tu... 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adinda jaringnah binti abdul muluk .... kolo ikut haiway ... nko tu kene ler elert sikit na ...

bace ler sainbod kan ke ade kat tepi jalan besau besau ijau tuu ...

kolo otw ke selatan .. johor bahru la contoh ..... ade tulis ler ... susur keluar ...

ke tangkak .. paagoh .. yong peng.. ayer hitam ... machap .. simpang rengam ... sedenak ... kulai jaya ...

adoiiii ... x kan aku nak sebut seme dik ooiiiiii .....

rajin2 ler mata nko tu melalilau kat tepi jalan tu dik ... baru nko tau .. nko dah sampai mane ... ngehehehe

 

 

adik batu keras ....

nko kate kat semenanjung ada jugak sedara mara nii ... kat ne tuu ...

nko duk kat batu pahat ... kat mane tu?

berapa lama dah kat sini? sampai bila ....?

x teringin ke jumpa aku? ngehehehehe ...

aku org johor jugak ....

jangan terkezut udah ler bile jumpa aku yang tua niii ... ngehehehe

 

aaa dikkk ... umo .. umo berape?

elehhh ... lelaki pon nak rasia rasia ke .....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

eh badar ko mintak detail mcm nak buat menantu...aku bagi detail diri aku boleh tak...mana tau ade can jadi menantu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

wak badda mmg niat masa lalu kt highway tu nk pandang smua singbord yg ada tp.....
bru nk pandang jer singbord tu ttbe pakwe memotong kete aida,klo x pn
mamat moto2 kuasa kuda lalu..ooo rugi ooo x pandg mamat2 tu..cuci mato...hahaha
uppss tergatal pulok....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard