Maaf, bila aku fikir dan kenang balik, macam boring pulak kisahku berkaitan makhluk halus ni, pasal takat ni, takde aku ceritakan betul-betul camana ngerinya rupa makhluk halus yang nyakat aku.
Aku tak minatle nak membohong kat sini, ceritakan/gambarkan kehodohan/kengerian rupa makhluk yang kononnya aku dah tengok berkeadaan gitu, pasal setakat ni, bleh dikata, aku memang tak pernah lagi berdepan dan nengok mereka dalam keadaan macam tu. Kalau nengok makhluk tu menyamar menjadi manusia, atau muncul dalam bentuk lembaga hitam, macam ada rasanya.
So, kali ini, aku nak ceritakan pasal kisah sorang kawan terjal yang dah nengok makhluk tu dalam bentuk yang menakutkan... masalahnya, bukan sekor je muncul menyakat dia, BANYAK beb... macam satu hutan mengamok nak kerjakan dia dengan kawan-kawan sekerjanya.
Sebagai selingan, seperti ku beritahu sebelum ni, aku berkawan dengan ramai kawan jenis gangster dan terjal. Prinsip aku dalam hal berkawan ni- aku terima je siapa yang datang dengan baik, layanku dengan baik, tak kira ganas camana gangster tu. Tu la pasal aku bleh berkawan dengan pelbagai lapisan rangking gangster, dari level gengster taik kucing sampai level gengster hard-core punya, dah tahap bleh ngamok dan belasah ramai gengster lain. Kalau kat Sarawak, aku kenal ramai gengster yang hebat, kat Semenanjung ni pun aku kawan jugak dengan geng Pekida. Selain tu, aku jugak berkawan ngan polis... he he... pihak 'penjahat' pun aku kawan, pihak 'hero' pun aku kawan...
Sebagai makluman tambahan, bukan semua gengster tu kalau jumpa orang, nak membelasah je kerjanya. Sebilangan mereka juga suka berkawan. Antara yang aku suka perangai kawanku jenis ni, sanggup tolong kawan yang kena belasah dengan penjahat lain. Sanggup mati kerana kawan. Masalahnya, ramai orang tak berapa suka nak berkawan dengan mereka. Aku pulak, jenis layan je. Mereka pulak, kalau jumpa ngan aku, macam dapat kesan yang aku pun boleh tahan jugak, macam 'sama line' je... Aku hormati mereka, mereka hormati aku, sempoi je. Ada di antara mereka suka bercerita tentang kisah pergaduhan mereka. Ada juga yang cerita kisah mereka dan makhluk halus... tu yang best jugak aku nak dengar... ada juga yang beri petua/ilmu yang berguna kat aku. Memang ada di antara mereka yang lengkap pakej gangsternya, siap handal bersilat dan handal ilmu batin...
Okey, berbalik pada kisah kawanku tadi yang aku nak cerita kali ni... aku bagi gelaran 'Jidin' jelah... malas aku nak guna nama sebenar dia. Jidin ni memang boleh tahan hebatnya kalau bab gaduh sesama gengster. Banyak jenis ilmu silat dia tau. Dia lebih tua daripada aku. Badan pun memang tegap, berbentuk V, siap berketul-ketul lagi, dah macam bodybuilder. Tu yang kekadang aku fikir, kalau aku bertempur dengannya, payah aku nak menang. Nak kalah macam mudah je... ha ha... memang dia hebat. Dia pernah bertempur dengan gengster yang hebat kat Kampung Bintawa, Kuching, Sarawak. Siapa pernah pergi kampung tu, taule camana ganasnya gengster kat kampung tu. Memang ramai yang hebat. Memang ada sejarah kehebatan mereka dalam hal gaduh. Siap sanggup serang polis. Malah, siap sanggup turun ramai-ramai nak tetak askar! MP siap kena turun ramai-ramai berjaga-jaga! Askar tu silap kalau andaikan dia orang tu takut kat dia pasal dia askar. Hebat gengster kampung tu beb... Tapi, Jidin ni pun bukan calang-calang jugak orangnya. Gengster yang rangking hebat kat Kampung Bintawa tu pun sanggup dilawannya. Jidin berasal dari perkampungan tepi laut kat Sarawak. Dia pun boleh tahan jugak terjalnya dan hebat ilmu tempurnya. Tapi, dia bukan macam geng ku yang lain yang lengkap dengan pakej ilmu batin yang hebat untuk menentang makhluk ghaib. Itu antara kelemahannya. Okey, tu gambaranku tentang Jidin ni.
Masa Jidin ceritakan kat aku kisah ni, dia dah kerja jadi tukang besi. Dia pernah kerja balak sebelum tu. Dia kata, akibat peristiwa kena amok oleh puaka hutan secara beramai-ramai tu, dia dah takmau kerja balak lagi dah... serik ... dia punya takut masa tu, katanya, rasa macam nak masuk perut mak balik! Pergghhh... ngeri beb...
Okey, cerita nya gini... masa tu, Jidin kerja balak kat hutan Miri, Sarawak. Memang hutan tebal, memang 'panas' dengan puakanya. Korang boleh tengok sendiri le camana tebalnya hutan-hutan kat Sarawak- search kat Google bleh tengok. Masalahnya, bukan takat tebal, siap dilengkapi dengan pakej puaka yang hebat-hebat! Sedangkan yang kat bangunan moden kat bandar-bandar negara kita pun dah ada puaka yang hebat, ni kan pula kat hutan tebal gitu. Hmmm... gatal jugak rasanya aku nak selitkan pasal puaka-puaka kat kawasan balak menurut cerita kawan-kawanku yang lain kat sini. Sorang kawan Cina pernah cerita kat aku- masa dia kerja balak, dia dengan geng sama Cina pun tak berani nak macam-macam. Katanya, kalau pagi, sebelum makan tengah hari, mereka senyap je. Tak berani cakap. Pasal, masa tu- kalau mulut celupar kata pecah- mesin yang berat pun boleh pecah! Memang takut gile beb... Sepupu aku pulak cerita- ada sejenis makhluk kat kawasan hutan balak yang kalau muncul- orang yang jumpanya terus mati. Kalau tengah duduk, terus mati terduduk gitu je. Perrggghhh...
Berbalik pada kisah Jidin ni... kat tempat dia kerja, memang ada ramai pekerja. Pondok pekerja ada dua. Ada khemah tempat makan kat luar. Ada satu masa tu, hujan panas. Jidin dengan kawan-kawan rehat makan. Sorang di antara kawan mereka tegur tempat mereka sedang makan. Tak sesuai kat situ, bahaya. Nanti pokok tumbang, mereka kena. Entah camana, tiba-tiba pokok tumbang, menghempap orang yang cakap tu. Hancur mayat beb... darah bersembur kat tanah. Mereka yang masih hidup pun menguruskan mayat tu... Mayat dihantar ke luar hutan...
Yang jadi masalahnya yang dia orang tak perasan- camana pengurusan/ pembersihan darah mayat kat tanah tu yang sepatutnya, kalau taknak kena sakat dengan puaka hutan. So... tu le yang cantiknya... ha... aku naip ni pun meremang jugak bulu romaku beb... malam Jumaat ni...
Bila pengurusan/pembersihan darah tu tak dikendali dengan betul, maka terpanggillah puaka-puaka hutan tu nak ke situ jugak. Bau darah tu dah jadi penarik perhatian mereka. Jadi... start sekitar pukul enam petang, bunyi-bunyi pokok hutan tu tumbang kena langgar dengan kasar dah kedengaran berkumandang... masalahnya, BANYAK!!! Macam datang dari arah keliling ... alamak, berat tu... Jidin dengan kawan-kawannya dah cuak, dah tengok muka saspen sesama mereka... Masa tu, kalau nak kencing, ramai-ramai ikut pegi kencing. Untuk pengetahuan, kat Sarawak, kalau dah pukul enam petang, dah dekat nak gelap dah. Kalau pukul tujuh, biasanya dah awal malam... dah maghrib dah... sana memang cepat gelap. Kat hutan tebal tu, lagi le cepat gelap nya...
Jidin dengan kawan-kawannya perasan, macam dah dekat sehutan puaka-puaka hutan tu nak datang ke tempat mereka. Jadi, takut punya pasal, mereka berkumpul kat satu pondok je. Berhimpit-himpit rapat, dah macam ikan dalam tin sardin. Bila gelap, apa lagi, puaka-puaka tu dah berkumpul beramai-ramai kat kawasan pondok mereka. Macam-macam jenis pun ada. Ada hantu jenis tinggi, macam gergasi, ada yang terbang-terbang, dan macam-macam lagi. Ada yang terbang berlegar-legar di atas bumbung, ada yang berdiri depan pintu, yang pasti, BANYAK ! Nak lawan sekor pun payah, ni kan pulak nak lawan banyak gitu. Macam-macam bunyi kedengaran. Yang Jidin dengan gengnya kat dalam pondok tu pulak, menjerit-jerit ketakutan.
Takut gila beb. Kat hutan tebal tu... dah le gelap, banyak puaka muncul pulak tu!!! Pasal rupa, memang takde le yang boleh nak dipuji kehenseman atau kejelitaannya, buruk-buruk belaka!!! Menakutkan dan mengerikan! Antara yang dia orang takut gila, ada sekor yang berbadan besar berdiri kat depan pintu pondok, memang mengerikan. Jidin dan kawan-kawannya cuma menjerit-jerit ketakutan dalam pondok tu. Masing-masing berpelukan. Bertahan semampu yang boleh. Yang terkencing dalam pakaian tok sah kiralah. Masa tengah takut menjerit-jerit tu, dah tak perasan dah. Pasal ada ke tak puaka yang mencakar dinding pondok tu, memang dia orang dah tak berani nak ambik tau dah. Mana nak berani tengok beb... pejam mata, jerit.
Aku tanya- takde ke orang yang pandai di kalangan mereka. Jidin kata- ada le sorang tu bang. Tapi dalam kekalutan tu, rasanya macam tak jadik je bangnya. Mungkin pasal dia pun ketakutan sangat, bang pun rasanya jadi tak betul. Kalau ada yang pandai baca al-Quran pun, rasanya dah jadi tak betul jugak bacaannya, pasal dah takut betul. Puaka-puaka hutan dah banyak sangat muncul!!!
Jidin cakap- "Aku kalau orang cakap pasal hantu jolok, memang aku percaya seratus peratus!" Memang ada, katanya. Yang jadi masalah tambahan mereka, lantai pondok tu pulak, berlubang-lubang. Masa dia orang tengah takut berhimpit-himpit berpelukan dalam pondok tu, takut dengan puaka dok berkeliaran dan menyakat dari luar dan atas bumbung pondok tu, muncul le pulak hantu jolok tu dari bawah lantai... Memang nampak betul le kesungguhan puaka-puaka tu nak kenakan dia orang! Hantu jolok tu, mukanya menakutkan, bermata satu, kukunya panjang, berulat-ulat!
Hantu tu jolok dia orang dari bawah lantai. Memang sakit kalau kena. Kuku tajam. Si Jidin ni, dah le tengah takut dengan puaka-puaka kat luar pondok, kena cucuk dengan kuku dari bawah lantai pulak tu! Nak lari mana lagi? Oleh kerana dah tak tahan, dia terus masuk ke dalam kotak yang ada kat dalam pondok tu. Kalau dikira secara normal, tak muat, pasal agak kecik, jidin pulak badan besar. Takut punya pasal, boleh muat pulak! Mereka terus menjerit ketakutan beramai-ramai sepanjang malam tu, sampai pagi!!!
Bila siang, ha kau... dah tak tunggu lagi dah... pakat pulang ramai-ramai! Dan... akibat peristiwa tu, Jidin terus takmau lagi kerja balak. Dia lebih sanggup kerja lain yang lebih kecik gajinya.
Oleh kerana aku ada masa lama jugak kat semenanjung, aku agak kurang rapat ngan gengster kat Sarawak. Ramai gengster generasi baru sana tak kenal ngan aku. Kalau dulu, semasa aku aktif & rapat ngan dia orang, kawan2 yang tak gengster takyah risau- pasal geng2 perompak kenal nagan aku- siap bagi 'pengecualian' kat kawan2 ku tu- takyah dirompak- pasal mereka tu kawan aku.
Cuma... bila dah agak jarang rapat ni, aku sendiri risau kalau ada kawan2 semenanjung ni pegi kat bandar Kuching tu- aku risau kalau dia orang dipukau atau dirompak oleh penyangak2 sana. Aku tau le camana ganasnya dia orang bab gaduh.
Memang aku nasihatkan kawan2 semenanjung kena hati2, terutama kat kawasan2 kampung. Gengster2 kat kampung sana, bukan macam kat semenanjung beb... kalau kat sana, kalau dipanggil sekampung, memang sekampung dia orang sanggup turun dan beramok...
Gengster kat semenanjung ni memang ada jugak yang ganas... tapi maaf ye, tak berapa ganas berbanding kat sana, yang ramai jugak mereka lengkap pakej- siap handal bersilat dengan ilmu batinnya... payah nak menang kalau bertarung dengan jenis yang macam tu...
-- Edited by hardrock on Friday 18th of October 2013 08:52:57 AM
Kawanku tu kebanyakan cerita yang disampaikannya kat aku pasal kisah gaduh dia ngan gengster lain. Kisah ngan antu, tu je yang disampaikannya kat aku. Rasanya, dia tak minat ceritakan kisah2 lain berkaitan ngan antu yang pendek2 atau kurang best...
hahaha x dpt nk bygkn klo dia main baaacakkk...
kompem2 member tu berhenti jdi gengster trus,,
yg kaco membe kamu tu kan hardrock kompem tu gengster antu kt ctu..
tu msti berpangkat tinggi la tu..hahahah
usshh klo had rok nie turun padang..xdenye der antu2 tu nk kaco...silap2 member had rok nie
jadi artis kot..nyayi kn tok dorg..antu2 tu lepaskan gian a..al-maklong la kan...x dpt g clubbing
so had rok dh ada lepas gian joget sepuas hati,jiwa n raga la....