Salam. Yeah, berdasarkan respons kat post aku pasal Kisah budak terjal dan hantu/puaka hutan, ni la aku beritau sikit pasal aku. Aku membesar di Sarawak. Persekitaranku memang ramai 'hero kampung'. Boleh dikata hampir setiap rumah, pasti ada sekurang-kurangnya sorang lelaki hero tahap pendekar yang sanggup gaduh. Jadi, bila ada persekitaran gitu- pasti ia membentuk budaya peel sanggup gaduh yang agak kurang sihat di kalangan pemuda yang ada, termasuk aku.
Aku memang banyak berkawan ngan gangster kampung masa kecik dulu. Bila meningkat dewasa- dah 'upgrade' sikit- kawan ngan gangster yang lebih advance- hingga tahap rangking/otai kat area Kuching. Tapi, sebenarnya aku pemilih jugak. Aku lebih suka berkawan dengan gangster yang belasah orang kerana orang tu cari pasal dulu. Aku tak berapa suka berkawan ngan jenis gangster yang suka saja-saja cari pasal/ dengki kat orang tak tentu pasal.
Walaupun gangster, aku berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke tingkatan enam. Cuma bila nak masuk U, aku tak gemar masa tu. Saja je malas nak sambung. Kemudiannya aku terlibat dalam perniagaan airbrush kereta dan motor....
So, kali ni aku nak cerita pasal kedai yang ku bukak dulu.
Kedai tu dah uzur dah. Dua tingkat. Kat bawah memang cantik, siap tile. Kat tingkat atas- kosong, biasanya sebagai stor barangan. Aku menyewa daripada sorang tokey cina...
Pada peringkat permulaan, boleh tahan jugak sambutan. Aku ngan partners banyak jugak ambik projek lukis airbrush kat motorlah, skuterlah, bonet keretalah, kat gitar karanlah... macam-macam daa...
Tapi, sebenarnya, selain terlibat ngan projek-projek macam tu, aku jugak buat artworks lain... ada masanya aku outstation, pergi jauh buat projek artworks. Banyak kali jugak kedai tu cuma dijaga oleh kawan/partners ku, yang sebilangan daripada mereka adalah jenis lelaki yang lucu-lucu belaka... dah memang perangai aku, selain berkawan ngan gangster, aku juga suka kawan ngan kawan jenis yang suka buat lawak...
Salah seorang antara kawanku yang jaga kedai tu- Zam(bukan nama sebenar).
Satu ketika, Zam mengadu dia selalu sakit kepala kalau dia kat dalam kedai tu, rasa macam kena tekan oleh sesuatu. Kalau dia keluar, tak sakit pulak. Dan yang best nya... dia mengaku pernah melihat penunggu kat tingkat atas kedai tu- berambut hitam panjang lebat, berbadan besar, tinggi hingga cecah syiling kedai, dah tahap gergasi dah... cantiiikkkk.... cuma yang nasib baik menurut si Zam tu- benda tu membelakanginya semasa dia tengok. Entah. Bila aku fikirkan balik, mungkin sebenarnya benda tu berdiri mengadapnya, oleh kerana rambut panjang sangat- menutupi wajahnya- jadi- tak pastila kan, samada tu depan ke belakang... menurut Zam dan kawanku sorang dukun, makhluk tu tinggal kat tingkat atas kedai tu.
Lepas dia cerita kat aku, aku pun beli beberapa ekor ikan puyu- nak terai kat kedai tu....
Oh ya, sebagai selingan- menurut petua tradisional- ikan puyu boleh juga dibela kat rumah bagi menangkis ilmu pukau. Ia juga bagi 'melawan' gangguan makhluk halus... terutamanya jenis tak berapa hebat.
Aku letak tiga ekor ikan puyu dalam air akuarium plastik kecik, aku letak kat kedai. Seingat aku- hari tu hari Minggu. Jadi, akupun rilex le kat dalam kedai tu- melayan kawan-kawan sambil menunggu-nunggu apa yang akan berlaku...
Memang sekali tu- aku tengok sekor ikan tu bergerak pantas macam ketakutan. Tapi kerana masih siang, aku takle heran sangat. Dan... yang cantik nya... bila maghrib.... tu diaaa....
Masa tu , ada sorang pelanggan Cina masuk. Bukak pintu, serentak tu jugak aku tengok ikan puyu yang sama tu terus menggelupur dalam akuarium tu- terus terbongkang. Mati. Dua ekor ikan lagi masih okey. Entah. Mungkin yang dah mati tu sensitif sangat kot...
Sorang kawan ku yang lain kata- esok- dah takde lagi dah ikan-ikan tu(maksudnya mati).Aku tunggu sampai pukul satu lebih malam, biasa je. Sebelum balik, aku sempat tengok dua ekor ikan puyu yang masih hidup tu...
Esoknya, aku bukak kedai, aku tengok dua ekor ikan puyu tu dah terlentang. Mati dah. Air akuarium tu berbuih-buih di permukaannya, seolah dah berlaku 'pertarungan' dua ekor ikan tu cuba nak lawan, tapi kalah, pasal makhluk tu hebat sangat bagi mereka. Kesian pulak aku nengok ikan-ikan tu. Ye lah... dah macam aku saja aniaya mereka untuk berdepan ngan makhluk hebat tu.
Lepas tu, kawanku yang lain ada beri cadangan lain- aku letak beberapa ekor lagi- berulang-ulang. Kalau mati 'group' yang tu, masukkan lagi group seterusnya...Sampai le makhluk tu kalah. Aku tak setuju. Apalah daya ikan-ikan yang kecik tu nak lawan makhluk yang besar tu, kan?
Sebenarnya, memang aku dapat rasakan kewujudan makhluk tu kat tingkat atas. Yang cantiknya, ada masanya aku rasa dia siap jengok nengok aku ngan kawan-kawanku kat bawah. Walaupun aku tak dapat tengok, tapi aku dapat rasakan kewujudannya. Satu malam tu, kawanku yang duduk berhadapan dengan ku siap kena 'jentik sipi'(jentik tak kena, tapi dapat rasakan bunyi jentikan tu) kat telinganya. Depan aku dia buat tuuu... tak pulak dia berani buat kat aku...
Aku dah makin bengang kat makhluk tu. Ganggu kawan dan bisnes ku. Kurang ajar. Jadi, aku cakap kuat-kuat- sindir dia. Memang aku dapat rasa dia makin geram, pasal keceluparan mulutku. Memang banyak kali aku rasa dia jengoookk je renung aku kat tangga tu, tapi aku tak nampak dengan mata kasar.
Yang agak menyeramkan bagiku masa tu ialah- bila nak tutup kedai. Aku biasanya balik pukul satu lebih malam/pagi. Biasanya, masa tu dah takde orang dah, selain aku. Zam biasanya dah balik lebih awal daripada aku. Sebelum aku tutup dengan 'shutter' besi, aku kena off kan main switch dulu kat dalam kedai. Main switch tu tak le dekat sangat dengan pintu, ada jarak jugak... Shutter pulak, memang kena turunkan separuh dulu, baru dapat ditutup habis dari luar, pasal payah nak tariknya dari atas kalau kat luar kedai. So, faham-faham jelah. Aku tutup dulu shutter separuh, kemudian aku offkan main switch kat dalam kedai- jadi, gelap habis kat dalam kedai. Sebelum aku melangkah keluar kedai, dari arah main switch tu, aku renung dalam gelap gelita tu kat arah tangga, bulu romaku menegak- aku rasa dia betul-betul dah ready kat tangga tu merenungku jugak dengan geram. Memang kuat betul rasa 'aura' kegeramannya. Memang aku rasa saiz dia lebih besar daripada aku. Macam dah ready je nak terkam/serang aku. Aku tak terus jalan keluar kedai. Aku berdiri dalam gelap tu- renung tajam kat dia jugak, walaupun masa tu bulu romaku dah meremang betul; Walaupun aku sanggup berdepan degan dia masa tu. Aku siap cabar dia lagi. Lepas tu, baru aku melangkah keluar kedai, tutup shutter dan lock.
Satu maghrib yang lain, aku suruh Zam buka lampu depan kedai. Masalahnya, suis lampu tu kat tingkat atas, kat tempat makhluk tu berdiri. Memang cantik la sangat...
Zam naik tangga, jengok je kepala kat lantai tingkat atas, terus dia turun - dah tahap tak pakai tangga dah, pasal takut. Tangga tu jenis tegak. Zam kata benda tu ada kat penjuru tempat suis lampu tu. Kawanku si dukun pulak naik. Dia jengok. Tapi kat tangga je. Dia pun mengaku benda tu ada. Dia turun semula, ajak kawan-kawanku yang lain tengok. Dia orang takut. Bila dia orang tanya- kenapa tak ajak aku tengok. Dukun tu kata "tak dapat". Entah. So, aku pun naik bilik atas yang gelap tu... ni ha... budak terjal nak berdepan dengan kau... Aku jalan ke tempat suis yang dikata tempat tinggal makhluk tu- Aku siap cakap- "Allah lagi hebat daripada kau!". Aku takde rasa apa-apa. Selambe aku switch on lampu luar. Kawan-kawanku yang lain nengok je kat kepala tangga...
Lepas tu, aku terus menyindir-nyindir makhluk tu. Tapi, masa maghrib, memang aku ada tekan ayat kat empat penjuru kedai, tak bagi dia turun kacau geng aku. Aku dapat rasa dia macam makin geram. Dan... kegeramannya makin kuat kat aku, hinggalah satu ketika, aku rasa, masa aku nak naik atas, aku rasa dia dah ready tunggu aku. Aku bawa kapak kecik warna hitam. Aku memang nak kapakkan kepala dia masa tu jugak. Biar dia rasa kegengsteranku dan keterjalanku masa tu. Aku memang dah bengang sangat masa tu. Aku naik je tingkat atas, terus jalan pantas ke tempat suis tu- ready nak kapakkan betul-betul kepala dia. Tapi... tiba-tiba aku rasa dia dah lesap. takde rasa apa-apa... hmm.. sebenarnya, memang waktu nak pergi berdepan tu, aku tak baca apa-apa, pasal nak biar dia tunggu kat situ. Kalau aku dah baca ayat al-Quran awal-awal, aku fikir dia mungkin akan terus cabut lari, sebelum sempat aku nak kapakkan kepala dia. Aku kira -bila aku dah dekat ngan dia, baru aku nak bagi kejutan- pancong/kapakkan dia dengan kapak dan ayat special tu... tak jadik... dia macam tau je aku ada ilmu tu...
Takpuas hati, aku minta kawanku si dukun tu usahakan sesuatu. Dia pun gunakan kemahirannya, letak kertas yang ada tulisan jawi pelik, yang ada menggambarkan bentuk singa kat tengah. Dia kata tu 'Singa Allah'. Dia buat sembahyang special dulu, lepas tu tuang minyak atar yang 'ori' kat kertas tu, barulah kertas tu diletakkan kat kedai tu.
Lepas benda tu diletak, setel... hmmm... sempoi je... kalau ku tau, awal-awal lagi dah mintak dia buatkan...
Kedai tu kemudiannya dirobohkan kerajaan, pasal ada projek baru.
-- Edited by hardrock on Wednesday 16th of October 2013 05:32:47 AM
Aku pernah join autoshow... semasa niaga airbrush artworks tu- tapi sebagai penaja hadiah dan sebagai peniaga yang letak artworks untuk promotion.
Memang artworks geng aku bleh tahan hebat, tapi oleh kerana masa tu geng kami tak dapat tempahan dari mana-mana pelanggan yang nak airbrushkan motor/kereta satu 'full body', jadi, takde le artworks kami bertanding... nengok je lah artworks orang lain kat kenderaan2 tu...