Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak Terjal Dan Hantu/Puaka Hutan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Budak Terjal Dan Hantu/Puaka Hutan


Kisah budak terjal dan hantu

Salam. Aku dah banyak jugak baca cerita-cerita seram yang dah dipost kat forum ni. Seronok pulak aku baca, terima kasih ye, kawan-kawan...

Mula-mula, macam malas rasanya aku nak share cerita... tapi, bila fikir balik, rasa macam bersalah pulak, pasal aku je baca kisah orang.

Yelah, orang dah penat cerita, mungkin ada jugak yang nak baca kisah-kisahku kan... Cuma bezanya, aku memang agak terjal kalau bab jin/hantu ni, dari kecik, sampai besar. Jadi, kisahku rasanya ada berbeza daripada kisah yang dah dipapar.

Takminatlah aku nak buat-buat takut sangat, sebab aku agak berani berdepan dengan makhluk tu, mungkin kerana terbawak-bawak dengan perangai pembuli aku dulu(selalu belasah penyangak) dan rasa tercabar bila ada kawan-kawan 'sama gangster' yang berani mengamuk dan berlawan ngan jin/puaka, aku pun jadi berani jugak nak berdepan dengan benda-benda tu, walaupun ilmu yang ku ada taklah hebat mana... ha ha...

Untuk percubaan pertama ku, ini kisah masa aku kecik dulu...

Aku masa kecik dulu boleh dikatakan sebagai tergolong dalam kategori budak terjal.

Selain nakal dan sanggup gaduh ngan budak-budak yang aku confident bleh menang(masa tu, kira aku ni tahap 'gangster kampung' la), aku juga suka 'adventure' masuk hutan kat kampungku, terutamanya time cuti sekolah.

Aku berkawan dengan Min(bukan nama sebenar) sejak kecik. Cuma, bila di tingkatan 4 dan 5, kami lebih rapat, kerana sama kelas.

Min seorang budak laki yang suka buat lawak, tu yang buatkan ramai juga suka berkawan dengannya. Tapi, biasanya, pada sebelah petang, aku suka pergi ke kawasan kediamannya yang berhampiran dengan tanah perkuburan Islam kat kampungku. Tu yang cantiknya... dah nama budak terjal, bukannya reti nak takut main kat kawasan kubur...

       Kat kawasan kubur tu pulak, memang dikelilingi hutan tebal... lagi lah menambahkan 'kecantikan' yang ada... menggambarkan kebiolan otak aku ngan geng2 aku yang suka main kat kawasan tu masa tu... nak dijadikan cerita, entah, satu ketika, saudara-saudara sebelah mak aku rajin pulak berkebun kat dalam hutan tu... dan, ada pulak pencawang  letrik dibuat kat kawasan kebun dia orang. Posisi area tu pulak, memang agak jauh ke dalam hutan. Kami yang geng terjal- bila dah tau hal tu- apa lagi- terhegeh-hegeh le jugak nak pergi tengok-tengok kawasan tu... dah takde keje la kan... takde pasal, cari pasal... konon-konon, mana tau bleh dapat kabel letrik yang dah terbuang, bleh jual, dapat duit... konon...

Walaupun aku terjal, tapi masa tu, taule jugak aku serba sedikit ilmu-ilmu dan petua-petua pasal hutan dan makhluk halus ni.  Jadi, banyak kali le jugak aku masuk hutan kat area tu... tapi, takde le kejadian yang mencabar... hinggalah pada satu petang... jeng-jeng jeeennnggg....

     Pada waktu itu dah sekitar pukul 4 lebih. Memang waktu itu, banyak makhluk halus dah mula keluar dari kediaman /persembunyian mereka. Aku dan Min pulak, entah macam mana, waktu itu, terhegeh-hegeh la nak berjalan jugak masuk hutan, nak pergi jauh ke dalam hutan, hingga tembus ke kawasan pencawang letrik tu. Perjalanan ke situ boleh tahan jugak jauhnya dari perkuburan Islam, merentas ke kawasan kediaman yang cuma ada 2 buah rumah kenalanku,.

Jalan melalui jalan kampung, takde tar, di tepinya semak dan hutan. Lepas tu jalan lagi, ikut jalan-jalan kecik celah-celah hutan baru jumpa pencawang letrik tu. Memang agak jauh. Bila sampai ke pencawang tu, aku pada masa tu ada bawak topeng buatan sendiri. Oleh kerana risau kalau kena tangkap orang- dituduh sebagai pencuri, aku sorokkan topeng kulit tu kat semak, tepi pencawang letrik. Lepas tu, kami jalan terus ke luar ke jalan besar( pencawang tu bersambung dengan jalan besar), ikut jalan  lain nak kembali ke kawasan kubur, jalan luar. Memang agak jauh jugak dari jalan besar tu nak balik ke kawasan perkuburan tu.  Kira macam tawaf hutan besar tu le... ade le dalam 7 ke 8 kilometer jauhnya, kalau aku tak silap... Bila dah sampai ke kawasan perkuburan balik, aku baru teringat- nak ambik topeng yang aku dah tinggalkan kat pencawang tadi... aku ajak Min masuk lagi sekali...

       Haaa... tu yang cantiknya... perjalanan kali ke dua... benda tu rupanya dah ready... mulanya aku tak perasan. Bila kami berdua jalan nak ke kawasan 2 buah rumah tadi tu semula, kat sebelah kami jalan, dalam semak-semak hutan tu, aku memang terdengar jelas bunyi daun/rumput dilanggar sebaris dengan kami. Kami berjalan, benda tu pun ikut, bunyi daun/rumput tu dilanggarnya serentak dengan pergerakan kami, dekat je bunyinya dengan kami...tu yang cantik tu...  Min masa tu sedang syok sembang, dia tak perasan. Aku yang perasan, mengisyaratkannya memberhentikan langkah. Benda yang dalam semak tu pun ikut berhenti. Cantiiikkk....memang dia sengaja ikut pergerakan kami...  kata orang kat kampungku- tu hantu galah/hantu tinggi yang kerjanya nak menyesatkan orang dalam hutan. Beb, bayangkan, aku ngan kawanku masa tu baru je tingkatan lima... camana nak berdepan ngan puaka hutan hebat cam tu. Memang dah ada kisah orang kampung aku yang disesatkan oleh puaka jenis tu, merana jugak dia orang kena, walaupun dia orang lebih berusia daripada kami. Tapi, oleh kerana aku jenis terjal 'tahap tak kira' masa tu, kami teruskan la jugak perjalanan nak ambik topeng kesayanganku tu... Kawanku masa tu masih tak faham lagi keadaan masa tu. Masa tu dah pukul 5 lebih petang. Suasana kat hutan tu macam agak cepat nak gelap.

       Bila tiba di 2 buah rumah kenalan kami(cuma 2 buah keluarga je tinggal kat dalam hutan tu), kami berjalan ikut bawah salah sebuah antara rumah tu. Masa tu, aku nampak dengan jelas, dibelakang seorang perempuan yang sedang membasuh baju tepi perigi, kelihatan sebatang lengan seseorang kat dalam semak, memegang kain berwarna hitam, menggerak-gerakkan lengannya, seolah-olah nak memberi isyarat ke arah jalan lorong sebelah kanan. Kat situ ada dua lorong, satu arah kanan, satu lagi kiri, kalau nak ke arah pencawang tadi. Sebenarnya, jalan nak ke pencawang tu ikut lorong kiri. Aku pergi dekat dengan tangan yang dalam semak tu, lesap. Seolah takda apa-apa. Aku ambik batu/tunggul kayu, aku campak, tak ada apa-apa. Benda tu betul-betul kat semak belakang perempuan yang basuh pakaian tepi perigi tu. Perempuan tu memang tinggal kat situ. Aku musykil tentang kewujudan lengan tu. Min hairan, dia tanya. Aku beritahu, nanti aku cerita. Aku tak minat kalau Min tu takut, terus balik, punah harapanku nak ajak dia bersama aku ambik topeng kesayanganku itu.

       Kami teruskan perjalanan. Bila sampai kat pencawang letrik, aku ambik topengku, aku ambik masa, duduk cerita kat Min. Min gabra. Kalau kami nak balik ikut jalan besar macam tadi, memang jauh. Kami nak balik ikut jalan hutan tu jugak, ikut jalan kami masuk tadi. Min pun ambil sebatang dahan kayu yang agak besar. Dia terus jalan sambil berulang-ulang menjerit-jerit "Sapa kacau aku, jaga!" . Aku pun jadi gelihati bila tengok dia buat macam tu. Aku pun jerit jugak... kata... "Aku pun sama! Aku pun sama!" aku jalan ikut belakang Min sambil pegang batang kayu besar jugak, balik ke kawasan perkuburan. Memang kami ready je nak balun puaka tu dengan kayu-kayu tu, kalau dia berani muncul masa tu. Setel. Takde apa yang terjadi. Aku rasa, puaka tu pun malas dah nak layan dua budak terjal yang dah ready nak balun ngan kayu kalau dia muncul... ha ha...biggrin

 

       Itu je lah ceritaku yang ku rasa macam tak seram langsung ni. Mungkin aku akan post lagi kisah ku atau kisah kawan-kawanku yang lain berkaitan gangguan makhluk halus pada masa yang akan datang. Cuma, kalau nak harap seram macam cerita lain, mungkin tak gitu. Yang ku tau, kebanyakan geng aku yang bleh dikata gengster kampung tu- lucu-lucu belaka tindakan mereka kalau kena sakat ngan makhluk halus, sampai aku rasa- jin/puaka tu pun bleh jadi bengong kena sakat balik ngan kawan-kawanku tu... ha ha...biggrin

 

 



-- Edited by hardrock on Tuesday 15th of October 2013 05:00:18 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

hai masuk umah org...dah la tak bagi salam
pastu terus masuk dapur buka esbok org buat mcm rumah sendiri...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

biasa la beb... dah terjal le namenye kan... ha ha...

main laggo je...biggrin



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahah....pe kata nanti kamu smbung citer sal keterjalan korg tu yer..paper pn
w'salam....hehheheeh assalam tok ko tanda perkenalan

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

weh.. ko la yg slalu curik kabel kt kampung aku ek? patut la tak de letrik manjang..

lain kali adik2, walopun aku ni nubie tapi aku nak menasihat ko jugak la, supaya tak kena hantam ngan senior2 sume.

aku tau ko terjal, takat kena libas ngan batang paip tujuh lapan das aku pun penah kena gak kecik2 dulu. siap2 lawan2 lagi ngan adik beradik sape dapat koperal, sape sarjan sape chif sume.

tapi terjal2 pun adab masuk umah orang jangan lupe kalo tak nak kena halau dengan cara luar biasa. salam dulu, kenalkan diri pas tu kalo ko nak merapu meraban meroyan suka hati enko la..

ape2 pun bagus gak kalo ko nak share citer2 ko. keep up bro.

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Tengkiu  Aida.

Memang banyak kisah berkaitan keterjalanku ngan kawan-kawan berkaitan ngan makhluk halus ni. Banyak yang lucu2 belaka, especially kisah kawan-kawanku, cuma, aku rasa, kalau tak ceritakannya semula, kisah tu boleh lesap gitu je, pasal kebanyakan geng ku tu- memang jenis terjal dan tak berapa nak layan komputer/internet yang ada forum cam gini, kebanyakannya suka cerita2 kat sesama geng gitu je... tapi, kerana kisah2 tu banyak unsur lucu, tu yang aku rasa macam tak berapa sesuai nak dimasuk kat kategori cerita seram ni.

Antara peel geng2 ku yang sewel2 tu- saja nak nyakat orang dan sesama sendiri, selain nak cuba keberanian, walhal ilmu yang ada sikit/ciput je. Bila kena sakat ngan antu, mana2 yang berani- memang berani lawan balik, sampai antu tu pun terus lesap. Mana2 yang konon2 berani, tapi penakut, macam2 reaksi lucu dia orang, sampai aku rasa, mana2 antu jenis ketawa mengilai tu, boleh makin kuat gelaknya...

Kisah2 berkaitan aku ngan geng2ku tu,... mungkin nanti2 aku akan ceritakan lagi. Cuma, masa ni, masih berkira- nak cerita yang mana satu nanti. lagi satu, camana nak mengolahnya semula.



-- Edited by hardrock on Wednesday 16th of October 2013 04:46:10 AM

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Ha ha... tengkiu Cengkodok...

Pasal rembat kabel ni, memang masa kat pencawang tu, aku pernah jumpa segelung kabel yang dah tak digunakan. Dah dibuang kat semak. Tapi, ntah, masa tu aku tak minat pulak nak ambik dan jual. aku biar je benda tu kat situ.

Aku lebih berminat nak cari aluminium kemudiannya untuk dijual. Tapi, walaupun aku terjal masa tu, aku ada prinsip beb, tak curik. So, aku cari yang orang buang. Memang le hasil tak mewah macam pencurik lain. Bila dah boring cari alumunium, pastu aku terai niaga jual cenderamata kat pasar lambak... niaga secara gentle, walaupun baru je lepas sekolah... ha ha...

 
 


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh ... ade budak baru hupernyer ... Asalamualaikum beb ...

pasal cerita seram nko laen dari yang laen (tu kate ko laa ... aku ikut je ) ..... aaa teruskan la ...

wak badda ade ape ... stoli moli seram sape jerk ... aku layan laaaa ....

 

 

pasal kata=kata cengkuduk pisang tu ... adik hadrok kepe jangan peduli laaaa ...

mane ade kat GC (GC= Geng Cerita) ... kes-kes hentam menghentam buli membuli raging meraging ni dik ..

x de dik !... otai2 semenya baik baik belaka .... malah beriman dan bertomakninah sekali ... x caya? tanyelah sendirik ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ish.. ko ni badda. buat2 garang sket la. dia kan terjal,kena tunjal2 sket kepala supaya jadik budak baik dengar cakap orang lagi tua macam enko.

kena asuh baik2 budak ni, bawak dia balik ke jalan yang lurus. ni ade ke jalan utan yang dia masuk. bukan ape aku takut dia jumpe harimau je.

nanti2 pupus pulak rimau tu kena baham ngan dia.

silap2 hari bulan kalo letak beruang dengan dia sebelah2 orang dah kenal mana orang mana beruang. hahaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Ha ha... badda & Cengkodok... no worry la... aku dah biasa bergurau ngan sama geng terjal. Bila aku baca komen2 geng2 yang ada kat forum ni- rasa macam dia orang ni mengingatkan aku kat geng2 sewelku tu... ha ha...

Cuma, sejak tahun ni, aku agak kurang rapat ngan dia orang. Aku selalu jugak pegi tempat jauh. Jadi, kekadang, rindu jugak nak bersakat ngan geng2 tu...

Anyway, kalau nak baca serba sikit pasal aku, bleh baca kat cerita2 seterusnya yang aku postkan... antaranya- Kisah Budak Terjal dan Penunggu Kedai.. dan kejap lagi, aku nak post kisah aku menyakat panggilan misteri daripada penunggu kat kawasan perkhemahan... cuma... tak berapa seram le... sorry...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

nko ni cengkodok pisang (eh ... asik pisang jek ... benda lain x de ke?)

aku kolo tunjal tunjal kepala nie x maen la ........ yang aku main .... tunjal pelepah kelapa jek ... bagi dia keluar santan ... biggrin

 

adik hadrok kepe ...... wolopon nko budak terjal .... aku x  peduli pon ...

pasal .. nko cume budak jerkkk .... budakkk ... kan kan kan ... apa de kisah .. yea x ...

dah nama pon budak .... aku maklom tuuuu ... !!

(sambel aku usap2 kepala adik hadrok kepe ni ngan lemah lembut ... nko jangan jeles la cengkodok pisang ... pisang lagik)

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

uwekk.. sikit pun aku tak jeles...

hangin ada laa... ko tak payah berkura2 naik perahu dengan hat rok ni. aku tau niat ko..

ko kalo nak jadikan dia teman sepermainan kambin jadian ko tu terus terang je la badda.

budak hat rok ni memang ada ciri2 jadi penjaga kambeng jadian.. hatta ayam2 jadi-jadian ko pun..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard