Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cempada dahlia (CD) copy the flash....(smbugan)


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
cempada dahlia (CD) copy the flash....(smbugan)


 

nota kaki- hahaha. tajuk dah macam the conjuring/the warren files.
ok. my fiancee also since dari kecik mengalami peristiwa pelik/mistik. till now. tp sejak dah berusia ni agak jarang. tapi kalau sekali kena. dia
akan seminggu macam tu nampak,terkena dan jenis gangguan yang lain.cuma kena rasuk je tak.
ok. ini cerita yang di tunggu2. jenuh kaut cerita time raya.orang beraya. kami bercerita hantu.



AKU di dalam cerita ini adalah Cempaka Dahlia.




"Malas la. cam kenyang" ujar aku pada Man bila dia ajak aku makan bakar dekat JB.
sebab jauh dan malas nya nak balik bila dah kenyang2.

" u ajak le mak." balas Man.
nak tak nak. aku dengan malas nye ajak Mak
Mak ok je. hanya tersenyum dan jawab " Lauk tengahari pun dah takde. hehe" ketawa kecil

Kebetulan si Man bercuti.die memang macam tu. akan ke sini selepas balik Perak. satu jalan katanya.
apa nya. Johor dengan KL. jauh!
lainla melaka atau seremban


kira2 jam 820pm. Man datang.dia hanya menginap di Homestay di simpang depan kampung
borak2 dalam kereta.

"ada tempat spesel. tak jadi la makan ikan bakar. ada cam kedai dalam tv cite Jalan2 Cari makan tu!" ujar man exaited.

bagus la . aku macam alergik dengan makanan laut. udang ok. tapi sotong aku out.mesti gatal
tapi yang sotong tu la aku suka!

kira kira jam 930pm. kami tiba.
dan kami semua cepat2 singgah di surau berhampiran kedai makan tu
senang. isyak dulu. then baru leh makan banyak2. hahah

selesai.
memang kedai tu macam cantik. berlampu bagai macam stadium
lawa dan nampak kemas.
saja aku berjalan2 sekitar kedai. macam ada tempat bacaan tentang sejarah kedai.
dah lama. kira 8tahun buka. dan pelanggan memang macam gempak
full house.
meja kami tu pun baru di buka oleh pekerja kedai tu.

kami duduk dan order.
order sampai. makan.
dan sedang makan.

aku suka tengok perangai orang sekeliling
ada yang bercouple., tapi masing2 sibuk dengan hp
ada yang berkahwin
si suami pegang baby. si isteri makan dulu.
sweet .

than. aku beralih pandagan. dan tiba tiba

aku macam perasan ada kucing sedang naik di atas salah sebuah meja di kedai tu.
dan bila aku tengok semula
bukan kucing!

tapi macam monyet/beruk!

sedang mengelilingi meja itu.
ah sudah!
aku sangkakan. orang sekarang dah tak main sugar glider. terus bela beruk
maklumlah
orang singapore dan Jb ni kadang2 urban. ( maaf cakap. tak semua) hahaha

aku perlahan2 bangun. konon nak basuh tangan
dan aku merapati meja itu
kira2 30meter aku berdiri
sah! memang beruk!
berbulu hitam! dan yang menjijikaan beruk itu sedang kencing di atas dulang makanan mereka!

sah! itu bukan binatang peliharaan!
dan bila aku tengok meja meja yang lain. memang ada!

aku dah mula tak sedap hati. apa benda tu!
macam aku seorang yang nampak
dan cepat aku beralih nak ke meja.
terkejut !

atas meja kami pun ada! ntah datang dari mana!

dan man dan emak. memang sure tak nampak!
"man. jom balik, please. i nampak sumthing" bentak aku

cepat2 man bangun dan tuju ke kaunter
dan die memang sudah faham bila aku cakp macam tu
aku betul2 maksudkan , bukan main2

aku terus tunggu di kereta.
dan dari jauh aku dapt tengok
semacam ada perempuan mengusap kepala monyet itu sambil mereka kencing di pinggan dan cawan pelanggan!

dan man dan mak muncul. cepat man start enjin dan pergi
dan sempat aku kerling

memang ! ada berpuluh di setiap meja.
dan ada 2 3 perempuan tua mengusap2 kepala beruk2 itu!!

2 3 hari selepas kejadian itu
man mesej aku

berbunyi

"i ada tanya orang yang berpengalaman. benda yang u tengok tu. macam pelaris kedai. sori ye bawak kedai tu,patott la ramai! hehe"

aku tersenyum dan balas

" takde ke beruk goreng kan dalam menu"

terus Man kol aku dan kami berborak. hahaha


akan bersambung
boleh?

 

Ular Sawa Kuning jam 3am


nota kaki- Aku dalam cerita ni adalah Cempaka Dahlia ,dan untuk pengetahuan readers, CD duduk kawasan kampung dan di kelilingi sawit. typical rumah orang kampung di JOHOR. hehehe



aduh
malas nye kalau balik rumah. sebab tandas dekat luar!

aku baru je balik dari UiTM. cuti sem. kalu la dekat kolej Melati tu. senangnya nak kencing. nak berak ke.
sebab tandas tersergam indah dan senang nak pergi.
bukan aku lupa diri ke ape yang dulu memag dr kecik tandas rumah aku jenis luar.
tapi aku ni agak penakut.
itu sebenarnya.
takkan nak kejut mak.

aku cuba buat tak layan rasa nak terkencing tu
tapi adui
sejuk. suasana kampung memang cmni time malam
tu aku suka.
sangat sejuk
nyaman.bukan sejuk macam aircond

aduh
aku mengeluh berkali2
hendak je aku kencing dalam baldi.
tapi baldi semua dalam toilet dekat bawah.

aku tengok mak sedang lena tido. takkan la aku nak kejut

aku bangun. terpisat2. capai botol mineral dekat meja. basuh muka.
tiba tiba mata terlihat sinki dekat dapur
adeh
takde la nak dekat situ

aku capai torchlight
sempat aku makan biskut


turun.
satu persatu tangga aku turun
takut tersalah langkah
mahu aku terseliuh

dan cepat2 aku lari2 anak. ke tandas.
macam2 bunyi kedengaran
ade bunyi macam burung
burung hantu dan belatuk
masuk
tak bukak lampu sebab suis lampu sebelah
aku guna torchlight
3minit
setel.
lega
dan rasa cuak pulak nak balik ke rumah
cepat aku lari2 anak.
dan naik tangga. dan nak tutup pintu

dan semasa nak tutup pintu.

aku ternampak ada ular sawa.sedang memanjang di atas tanah dekat area tangga!
kaler kuning!
dan aku hairan. tadi masa lalu takda pun
sebab agak besar
ada besar peha org dewasa
takkan laju dia bergerak
di sebabkan mengantuk. aku buat tak layan
lagipun kawasan sawit
haiwan macam tu selalu je aku nampak time kecik2

esok nya aku terpikir.

if ular sawa yang kaler biasa tu, rasa nyamacam biasa la kalau dekat area Malaysia ni
kalau kuning tu bukan habitat dia spesial ke? sebab ak macam ada tertengok dalam national geograpic

ah.
aku malas nak layan. lantak la

malam nya. jam 12 malam macam tu
aku melayan cerita di astro
dan hendak ke dapur
bancuh air
dan dapur aku jenis dapur kampung
ada jaring2
bukan full dinding
sekali lagi

aku ternampak ular sawa kuning!
duduk di tempat yang sama

dan tiba tiba!
ada seorang wanita berpakaian seperti penari kebudayaan,
siap berbaju songket 3 warna. kunig merah dan hijau2.
siap ada tiara di atas kepala terus mengangkat ular tersebut dan di lilitkan diatas tengkuk!!

terperanjat aku!
ntah dari mana wanita tu datang
dan aku tahu
itu bukan nye manusia!

cepat aku keluar dari dapur dan terus aku padam tv!
dan tidur
dan malam itu
tidur aku tidak berapa nak lena
sebab macam terdengar orang memanggil nama aku dari luar tingkap!

esok paginya.
dengan kepala pening2. aku capai hp dan tanya man.

akan bersambung


 Hidangan waktu malam


Memang kebiasaan nya bila hari Rabu aku memang akan balik lambat
ada banyak kerja biila hari rabu8
report dan site visit bagai
so aku dah tau dan mak pun dah tau.
so dia akan tido dlu tak tunggu aku untuk makan sama
malam itu aku ingat lgi.
hari tu tak la sibuk macam hari rabu yang lain
macam rilek je. dan aku amik kesempatan untuk pergi ke Jusco.
konon nak cuci mata. dengan kawan
alih2 jam 10 baru aku nak gerak.
sampai dah tutup Jusco

dan aku selalu balik ikut jalan gelang ptah tu bila malam2
lagipun banyak kereta
dan kebanyaakan kereta singhapore

Ada la teman untuk aku berjalan di atas jalan raya
dan aku seperti biasa bawak slow2
jalan kampung

sampai di rumah
kira2 jam 1045.
masuk ke dalam rumah. aku basuh kaki di pintu rumah

masuk tanggal mekap
basuh muker
basuh2 badan
dan cadang nak tidor
dan bila aku ke pelantar di dapur untuk gosok gigi
terbau ada bau makanan

wah. mak masak
hati aku berkata
macam lapar.

ok. nak makan!

dan bila aku ke bilik.untuk pakai toner etc
aku ke dapur. aku selak tudung saji.
takde apa2 pun.
pelik.
tapi macam ada bau kari.
macam bau ikan goreng
ala. false alarm ke

takkan rumah sebelah
rumah sebelah jauh kot. ada la kira2 100meter
jauh nye bau tu berjalan
aku ignore.
sebab mungkin perasaan aku.

kting!!
bunyi sudu berlaga dengan pinggan!

aku terdengar di bawah rumah.

aduh. betul ke apa yang aku dengar
aku hiraukan dan cepat2 aku jalan ke bilik

kting! kitng! terdengar bunyi macam orang ceduk lauk!

berderau
bunyi tu datag dari bawah
di bawah rumah ada la 3 meja.

aku perlahan2 ke tingkap..
jenguk

tekejut!!!
aduh!

ada lauk! siap dengan pinggan yang dah di taruh dengan nasik!

ada hampir 5 lauk jenis lauk dan semua dalam pinggan tembaga!
dan setting macam zaman 80an
dengan kendi air tembaga.
tempat letak tisu tembaga
aku berderau
dan rasa lutut dah takde dekat peha

argh!
tiba tiba mata aku tertangkap seseuatu!
sudu di mangkuk tiba tiba macam melayang sendiri!
menceduk lauk dengan sendiri dan di tuang ke dalam pinggan!
aku gosok mata!
betul!
perbuatan itu di ulang!
mengisi kuah ke dalam pinggan!

terus aku berlari dalam bilik'aku baca ayat kursi
dan cuba lelapkan mata
dan mak suidah lama di buai mimpi!

sampai hendak subuh.
baru aku rasa macam hendak lena
adui.
mengantuk betul rasa.
dan semasa aku nak pergi keja.
kedengaran mak bising.

"sapa la punggah pinggan tembaga dekat stor ni
ni keja abang ko,. xpun ipar la ni,. guna tak basuh."

aku tak tau pulak mak ada pinggan tembaga
dan aku tengok.,
sah
memang pinggan yang sama

"mak. mana dapat pinggan tu."

mak jawab pendek,

"dari istana. "

pendek
dan membuatkan aku tertanya2 masa perjalanan ke ofis.

bersambung

 

 

 

 Yang dia bukan dia

nota kaki- kejadian ini berlaku semasa CD di sekolah berasrama di Johor. tak perlu tahu di mana. nanti budak2 takut. hahaha



Malam itu hujan lebat
sememangya aku suka.
sebab.
satu. warden takkan ronda. sebab tempias.
dan dua , boleh la aku lari dari prep!
haha.

bukan malas., tapi kerja sekolah semua dah di selesaikan dan
agak malas nak ulang kaji time hujan
dengan bunyi angin dan hujan menimpa atap awning
memang bingit dan memang aku tak leh nak study

kelihatan semua kawan2 aku semua dah buat kerja selain kerja sekolah
ada yang try2 mekap.baca URTV dan ada yang dah start makan megi!

"wei., semerbak bau megi kau. nak sikit." perli aku pada Sue
dan Sue hanya senyum

kerana dia tau aku tak suke meggi perisa kari. aku suka perisa tomyam sahaja.
tak kisah apa jenama.

"tarak2. beli sendiri" balas sue. sambil ketawa2

dan aku gelak dan teringat
kain basuhan aku di atas .
ala. memang kene sidai.
nanti busuk pulak
dari pagi aku rendam
aku berhati2 menaiki tangga.
sebab licin. dan aku ke tandas
bilas dan turun.
sidai di bawah
ada atap.
memang bingit betul .bunyi hujan menimpa awning besi
dan kelihatan beberapa budak junior turut menyidai kain.
dan aku seperti biasa.
haha pau sepit baju!
bagi aku benda tu memang rare
asyik hilang je.
"nanti akak pulang balik tauuu!' sengih aku.
selesai

aku ke bilik prep
lar. semua dah hilang.
tengok tv ke? or tidor.?
aku masuk. dan kemas2 utk jadual esok
selamat esok jumaat
then leh holiday.

sedang aku kemas. tiba2 terdengar bunyi loker.

sreeeekk..

"eh! Nisa. dorang semue pegi mana ek?' sapa aku

Nisa. ketua kelas aku. seorang yang agak2 hardcore. pemain bola jaring harapan johor
tinggi lampai

Geleng
tak menjawab pun Nisa.

dan dia hanya duduk di depan loker kosong yang di bukanya.
dan aku malas nak endah kan Nisa
sebab aku memang nak bergegas naik ke atas

MATA dah mengantuk
dan aku paling2. si Nisa dah takde.

dan aku naik ke atas.
dan tekejut!

Nisa sedang melipat baju!

aik.

"cepat nye naik." sapa aku

dan Nisa kehairanan.tapi dia meneruskan melipatkan baju.
dan aku malas nak tanya lagi
kelihatan nisa macam penat dan die memang begitu tambah2 kalau balik dari permainan bola jaring

dan aku ke bilik air dan mandi dan segala gala nya
dan aku balik ke dorm,
mana la semua orang ni pergi. hairan aku.
dan kira2 jam 10 lebih
aku tidor.

kira2 jam 2am
aku di kejutkan. oleh nisa

"teman aku g kencing" sapa nisa. perlahan2.
dan aku terpisat2.
turun dari katil. dan nisa pimpin tangan aku
"mamai wei." aku balas.

tiba di tandas.
aku duduk di luar.

"adui cepat la." jerit aku perlahan.

"ye.ye.isk kau ni." balas nisa

dan nisa keluar. muka ketawa

"rilek la" balas nisa

dan dia terus pimpin tangan aku
dan tiba di muka pintu tandas

kami berselisih dengan seseorang

NISA!
Nisa ada di depan pintu berselisih dengan aku dan 'Nisa'

"eh. kenapa kau ada?" Balas nisa yang di depan tandas

"saja. haha" Nisa yang pimpin tangan aku ketawa kecil.

dum.

aku terus pengsan
aku ingat lagi.
ketika itu jantung aku macam nak pecah.
NISA TAKDE KEMBAR
DAN DIE ANAK SULUNG

kawan aku cakap. aku pengsan sampai pagi esok.
jam 6am camtu baru sedar
then baru aku tahu.
sedikit demi sedikit.

Misteri kenapa semua takda.
memang la.
ada roll call ketika tu. semasa aku pegi bilas kain
dan patot budak2 di ampaian macam pelik tengok senior tak pegi roll call.
padahal memg utk senior.
patot dekat dorm dan prep takde
dan aku tak dengar bunyi PA SYSTEM dari dewan sebab hujan.

kedua.

NISA memang pergi game bola jaring.
pagi die balik dan dia balik kira2 jam 930pm.cikgu/coach dia yang hantar ke sekolah.
dan aku PERASAN. NISA BUKAN JENIS YANG KAKI LIPAT KAIN.
DIA MEMANG AKAN GANTUNG SEMUA BAJU DIA.
atlet. tiada masa dan dia agak ketomboyan.
aku tak perasan semua tu.
dan aku tak tau.

siapa yang aku jumpa
Ketiga2 nisa itu.
aku tak tau .
sampai sekarang aku hairan dan pelik

kenapa Nisa yang muncul sedemikian


TAMMAT

*NANTI saya sambung kes istana tu ye*

 

 

 

Pinggan Dari Istana -Alkisah Tahun 1889


Malam itu selepas aku balik dari kerja
terus aku terkam mak

"mak.cite la pasal pinggan istana tu!"
aku merengek2 nak tau

"pergi la mandi , semayang dlu" mak macam marah.
aku lagi merengek.
sudahnya. aku pergi mandi dan semayang dan makan
di meja makan mak mula bercerita

"masa tahun 1889, moyang kamu penah kerja dekat istana."

serius. aku tak tau pun moyang( panggilan makteh) aku penah kerja dekat istana

"istana johor ke??????????" aku tanya.

bukan. Istana dekat Perak.

"kenapa sampai jauh betul"

"dengar la. makteh ikut kawan dia. katanya pihak istana nak buat majlis keramaian, tapi tak cukup kakitangan.masa tu Sultan Idris I nak buat open house masa raya , then die pangiil semua rakyat,pembesar,mat2 saleh semua la ke istana.
Sultan idris the first ni jiwa pahalawan. dia ada sangkut paut dengan Ngah Jabor, pahlawan Perak dan Tuanku sendiri kalu tengok gaya memang seorang pahlawan" sambung mak

aku melopong.dengar
"nak jadikan cerita. masa tu masih zaman kolonial. ada lagi mat2 saleh dari british, dan makteh kamu ni budak lagi time tu.anak dara,jadi dia pun ikut kawan dia pegi memasak..dan dorang masak 3 hari 3 malam . sebab banyak tetamu yang datang."

"dipendekkan cerita. masa dorang tengah mengemas tu. makteh kamu di tugaaskan mengemas dan membasuh pinggan mangguk istana ni la. dah di basuh. di lap. di simpan la dalam kebuk kayu dalam istana .kemudian masa malam dah dapat upah, mak teh kamu nak balik la.then dalam perjalanan balik dengan kawan dia. kawan dia ni bawak beg. tau2 je tengah jalan. macam berat je beg kandung yang kawan dia bawak.
dorang berhenti dan tau2 je. bukak beg, dorang terkejut. dalam beg tu ada banyak set sudu dan garfu tembaga!!" ujar mak

"esok nya, makteh dengan kawan dia pegi istana nak pulangkan. dorang memang takut. belum sampai dekat istana, ada seorang dari istana. agak alim. macam mufti tapi bukan. dia sapa mereka dan berkata " simpan sahaja barang itu. kalau di pulang pun dia akan datang balik ke rumah kamu"
mereke ni tercengang, dan teruskan juga ke dapur istana. dan tukang masak di raja pun cakap benda yang sama " ada la tu yang berkenan" kata tukang masak tu...."

aku terus berhenti nak makan nasik.

"dorang balik. jadi mak teh kamu balik ke Johor. yang mak tau, sampai di rumah. di ke tandas belakang. tau2 je. ada bertingkat pinggan mangguk tembaga dekat tepi tandas. macam berhabuk. macam dah lama terbiar. malam tu makteh takut. die tido rumah kawan. seminggu nya kawan dia datang ke johor dan mengatakan benda yang sama berlaku."

" makteh biarkan je pinggan tu seminggu dekat tepi tandas , takde sapa pulak nak curi benda tu. dan satu malam masa dia nak mandi. die terdengar orang bisik betul2 dekat telinga dia. " ambil sahaja pemberian dari kami"

"akhirnya. makteh kamu amik. dan benda ni dah di turun2 dari satu anak ke satu anak ke satu anak , dan yang peliknya , pinggan2 ni tak penah habis. kata la aku nak bagi kamu 10, padahala dekat aku ada 20 pinggan. aku bagi kamu 10. tengok2 nanti aku ada 20 ! dan seterusnya. kalau yang di beri ke orang lain. jumlah dkt sendri akan bertambah!"

"mak dapt dari siapa?" tanya aku

"nenek kamu bagi" ujar mak
:"benda ni macam ada pantang. bila di turunkan pada anak lelaki. pinggan tu retak.pecah atau hilang2 sikit2. macam kene bagi ke perempuan"

"ada ke sedara mara kita pakai je pinggan2 ni. xde ape pun jadi .siap hidang dekat orang time raya lagi" sambung mak

"yang semua tu untuk saya ke?"tanya aku

"ye la. amik la sekali dengan pinggan belanga yang lain tu. mak nak buat apa punn" sambung mak

dah memang tradisi org dulu suke beli pinggan mangkuk banyak2.kata aku dalam hati.

sekarang baru aku tau.
tapi aku tak cakap pun pada mak kes malam tu.

esok pagi nya.
aku amik satu pinggan nasik. satu mangkuk dan satu cawan kopi berserta lapik.

aku macam teriingin je nak guna.............


 

 

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Putri Emas Junjungan Sari


Aku masih ingat.hari Sabtu,lepas hujan waktu pagi
jadinya suasanan lepas hujan kalau waktu begitu memang akan panas terik sangat

sememangnya bila waktu hari minggu,akan ada kenduri di kawasan kampung
masyarakat kampung aku memang gemar berkenduri
berewang
dah nama pun jawa.

dan aku sebagai anak dara kena lah hadir ke kenduri
tetapi kebetulan masa hari tu. mak pergi dengan kawan dia.
ambil di rumah naik van
ramai2. jadinya mak yang cakap

"tak payah pegi la. hehe" sambil ketawa
suka la tu dapat berborak dengan kawan2 dia
aku ketawa melihat keletah mak aku
sure dia akan balik lambat.

"lepas asar la tu" perli aku
mak jawab

"magrib la nanti"

aku ketawa sambil melihat mak berlalu pergi.
aku baring di depan
bukak Astro dan tonton
terleka juga,.
tahu saja dah jam 3pm.

lapar.
cepat2 aku bukak almari lauk
memang ada balance mee goreng pagi tadi tapi nafsu makan akau hari tu nak makan Meggi
ini semua salah tv. asyik tayang meggi sana sini
terliur
bukak rak bawah kabinet

"yahoo. banyakknye maggi!" bercakap aku seorang

aku sediakan apa yang patot. aku letak ayam. bawang. sayur. telur dan beberapa perisa tambahan.

lebih kurang 15minit sedia,potong dan masak.
siap juga maggi nya
bau semerbak. lagi jadi lapar

aku pergi ke dapur.dan mencari mangkuk utk meletak maggi.

tiba tiba, mata aku terpandang ke bawah kabinet tempat mak letak bawang2,halia.

ada mangkuk dari istana. lengkap dengan sudu garfu dan gelas.

ha! memang aku nak guna pun.
langsug tak terlintas langsug dekat kepala kenapa pinggan mangkuk tu ada kat situ
sebab seingat aku baru 2 3 hari sudah aku nampak mak kemas2 bawah.mungkin dia letak dekat atas untuk di gunakan
mak memang selalu macam tu
dia akan rolling pinggan mangkuk,
org dulu suke membeli pinggan manggkuk.jadi mak akan tukar2 sambil pecah sendiri

aku amik. basuh dan lap2
tuang maggi dan cepat2 aku bancuh kopi.
selesai. aku amik talam. dan letak dan turun ke bawah
rasa cam best makan dekat bawah. dapat tengok sawit dan nature. dan memang menjadi kebiasaan aku suka makan dekat bawah.
angin dia kuat. walau panas

dan aku capai majalah Jelita tahun 94 utk buat bahan membaca
dah menjadi habit kalau makan kena ada benda nak di baca
selak majalah dan makan.

kira2 5minit aku buat begitu.

"hahaha" ketawa sorang diri melihat fashion top zaman2 dulu. rambut besar,mekap tebal
tapi apa nak heran.sekrag orang buat balik.

tiba tiba. kedengaran dari depan rumah. jalan besar depan rumah.
kedengaran hiruk pikuk.
macam orang datang berkompang iriing pengantin
tapi kali ni. macam pelik
ada bunyi macam trompet. dan bunyi macam beduk

TUNGG... PREEETT..TUNNGG PREETT

setahu aku. takda siapa pun bermenantu dekat area rumah. ada pn jauh sedikit.,yang mak pegi itu je la

aku terhenti makan.

tunggu. mata aku mengadap tajam ke atas jalan raya.
aku letaakan sudu.

kedengaran bunyi seruling,gendang. dan trompet
sekali sekala suara orang bertempik.

aku hampir tidak percaya bila melihat
ada segerombolan manusia berpakaian songket dan sedang menjulang seseorang.
macam zaman dahulu kala.
dan yang menyeramkan aku
ada 2 ekor harimau yang sedang di rantai dan di pegang semacam hulubalang yang berselempang merah dan badan nya besar dan tinggi.

mereka berjalan perlahan2. seperti mahu menuju ke arah rumah!
aku automatik jadi kaku.
cuba untuk lari.
sebab diri dah rasa takut bila tengok harimau!
besar. macam harimau siberia!

dan dapat aku lihat di atas julangan itu macam perempuan yang aku jumpa tengah malam itu!

dan di sekelilingnya ada hampir 20 orang berjalan. ada yang membawa tombak. bundut baju dan ada yang mengusung tempayan
seperti melihat raja berarak sekeliling kampung zaman dahulu!!

aku terkedu dan badan ku tiba2 jadi panas sejuk
aku melihat mereka jalan sangat perlahan. tetapi bunyi yang datang dr mereka macam tepat ke tepi telinga aku!

gerombolan itu tiba tiba beralih ke arah kiri. memasuki ladang sawit mak. dan yang anehnya

seolah2 badan2 mereka tembus dek kayu sawit
takde halangan! semacam tembus

dan sempat aku melihat perempuan di atas junjungan itu melihat aku dan mendepakan tangannya menunjukkan ke arah aku!
seraya semua segerombolan melihat aku dan berhenti bermain muzik!

terus aku rasa badan aku macam kebas.
dan perlahan2 dia turun dari junjung dan sekelip mata berada di tepi aku!!


dan

" Nama ku Putri Emas Junjungan Sari.dan kau beberapa yang aku cari"

tepat di telinga kiri.

dan bummm!

aku tak ingat apa.
sedar2 sahaja.
mak kejut.

"nape tidur dekat luar"

aku terpisat2. dah jam 5pm.

dan di depan ku takde apa2 pun. mangkuk atau apa.

"ni naik . mak bawak lauk berkat. ( lauk balance kenduri) "
aku mamai. naik ke atas.

hilang mamai aku bila aku melihat di atas kabinet.
ada sayur,maggi. sosej. bawang dan barang2 yang aku buat maggi yang masih belum berusik
masih belum di masak!

aku ingat yang aku keluarkan semua dan letak ,susun atas kabinet

"lar. ni tak jadi masak. masuk balik dalam peti" arah mak
dan aku hairan

masih lagi hairan

aku bermimpi atau ?
\


akan bersambung











nota kaki- Hidup CD sememangnya penuh dan sarat dengan minsteri. dan kisah dia bersama kawan beliau , Ana ( nama tipu) sememangnya menarik hati saya untuk mendngar lalu menulis di sini. Macam best dan penuh twisted. Ready? Lapangkan hati. dan believe me. thread ni akan jadi panjang dan sarat seperti thread pertama saya., Misteri Tokong.
even saya tak abis kumpul cerita lagi dari CD.ini semua mana yang saya sempat korek. sabar ye.


Ana, kawan baik aku sejak sekolah rendah hingga ke Form 6. dan semua orang di sekolah tahu.
Ana ni memang selalu akan di rasuk.di serang histeria dan kadang2 orang kata menurun.

dan yang peliknya. aku yang merupakan teman rapat Ana.
akan nampak benda yang pelik2.!


Kisah 1

Masa di kantin. Ana dah berpeluh3 masa menjamah nasi lemak dan aku dah mula perasan dan rasa sesuatu yang pelik
sebab ana makan dengan gelojoh dan mata terbeliak. "NAK LAGI!" dia semacam membentak ke arah aku.
aku kaget dan cepat2 belikan!
Terus Ana makan dengan gelojoh dan dah ada 2 3 orang pelajar yang dah mula perasan kelakuan Ana

ARGHHHH!! dari hujung kantin, ada budak dah kene histeria! kemudian seperti berjangkit.ketika itu ada 4 orang sedang mengelupur kena histeria!
dan apa yang aku nampak memang tak leh aku lupa sampai bila bila

ke empat2 pelajar berkenaan. ada 4 orang lelaki berpakaian silat dan memakai tanjak seperti hiasan perempuan Thailand ( yang meruncing ) sedang menari2 sambil melambung2kan kepala mereka ke atas ke bawah ke kiri dan kanan sambil di jelir2 kan lidah!

sebaik sahaja aku nampak. cepat2 aku mengucap.baca ayatm kursi dan pejam mata
kejadian surut bila ustaz datang. agak lama la jugak nak settle.

Kisah 2

"ingat tak masa kita pergi kem bina semangat?' tanya Ana .ketika itu kami berada dalam tandas. selepas PJ. nak salin baju dan mandi .
aku ketawa dan teringat ketika itu ada peristiwa lucu berlaku. Kawan sekelas kami , Lan terjatuh dalam sungai sebab katanya dia tergelincir semasa subuh. dan yang lucunya. dia memang bawa sehelai seluar dalam. jadi selama 3 hari berkem. dia pakai spender basah dan masam selama tiga hari. heboh satu kem.

"hahaha. lawak kan." bilang aku dan ana hanya ketawa kecil dan mengangguk.
tetapi penuh sinis.

"kau tak tau CD,. bukan sebab benda biasa Lan jatuh......" intonasi Ana sudah berubah. macam tahu benda yang lebih

dan aku mula rasa tak sedap hati.

"Lan nampak benda tu ha!" sambil tangan ana menuding ke arah belakang aku!

meremang bulu roma dan cepat2 aku toleh!

ada budak kecil berlumut seluruh badan dan mata nya lopong!!

cepat2 aku lari ke luar!
rasanya aku hampir pengsan dan hendak tercabut kaki!
bayangkan. kejadian jam 9pagi macam tu!

dan ana meminta maaf pada ku

"sori la CD. benda tu tiba tiba datang. dia nak kau tengok dia. sebab aku dah cakap dekat dia. Lan tu jatuh sebab licin. dan budak tu cakap. dia saja usik Lan. aku dah malas nak layan budak tu., dia nak jugak kau tengok dia. masa kau cakap kes kem tu. aku dah nampak dia keluar dari sinki."

"siapa budak tu!!!!" getus aku

"dia meninggall lama dah dekat sungai tu. bebelas tahun. " balas Ana sambil senyum

Kisah tiga

Kejadian ni berlaku semasa aku menaiki moto menuju ke sekolah. jarak sekolah dengan rumah kami kira 5km sahaja

ketika itu aku dan ANa baru sahaja dapt lesen motor.; jadi bukan main seronok kami dapat motor.
waktu itu ada latihan sukan di sekolah, jadi kami menaiki 2 buah moto. dan aku mengekori belakang moto Ana

SREEEEEEEEEEEEEEET! tiba tiba ada kereta tiba tiba meluru dari arah simpang yang tjam dan dapat aku lihat kereta itu menuju ke arah ANA!

bammmmm! ana di langgar! dapat aku tengok.ana terjatuh. agak teruk sebab die tercampak kira2 3 kaki dari tempat perlanggaran. semacam terseret.
cepat2 aku berhentikan moto; sebaik aku memalingkan muka. terkejut kerana aku lihat di tepi Ana semacam ada bayang lelaki menaiki kuda yang berwarna emas! duduk betul2 di antara ana dan pemandu yang melanggar nya tadi dan ajaib!

lansung takda luka! calar pun takda. aku dan driver td tu pelik dan ana seakan2 terpinga. hairan macam aku!

setelah driver tu bayar gantirugi. time tu org ramai tengok. dan mereka hairan tengok ana ok je.

aku cerita pda ana,. selalu ternampak benda pelik dengan diri beliau dan anak menjawab

" entah la CD. dia nak kau nampak dia. aku tak mintak. tak semua dapat tengok buat masa sekarang., mak dengan kau je....."


akan bersambung







nota kaki-berikut di bawah adalah kisah pendek antara CD dan ANa. sengaja saya cerita kan dalam kisah pendek.hehehe


Hulubalang berwajah bengis.


Kejadian ini berlaku semasa aku dan Ana di dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat untuk menyertai pertandingan Pidato.Di dalam kereta aku dan yang lain berkobar la kononnya. first time dapat wakil sekolah. dan masing2 membaca nota mengenai dadah sebab tajuk nya memang mengenai Belia dan dadah.
Jenuh la kami semua menghafal fakta dan nama nama saintifik dadah.

tiba di PPD batu pahat. kira2 30min kami makan tengahari dan akhirnya kami berjaya masuk ke peringkat kelompok. siapa yang menang akan bertanding di JB. dan kami berada di Final stage. berlawan dengan sekolah yang agak hebat juga dari muar. nak di jadikan cerita. kami macam dah kehabisan idea dan dah nak macam nak kalah. sebab team lawan gila kaw kaw .
berpeluh aku di buatnya, dan akhirnya tiba sesi penggullungan dan kebetulan memang itu tugas si Ana. dan ketika dia mula bangun. aku dah rasa tak sedap hati...

aku yang duduk di sebelahnya. terasa bahang. aku berdoa dalam hati.jangan la ada bende yang merasuk.yang pelik.
takkan la time macam ni pun ada jugak yang nak merasuk!

ana mula membahas, dan lama kelamaan makin meninggi suara nya dan memang dah biasa la kalau berdebat. suara tu penting di tinggikan.

dan tiba tiba mata aku terpandang di celah2 pihak lawan. aduh
aku pejam mata. takut2 aku yang terbawak2. ada lelaki berbadan emas memakai tanjak runcing dan muka nya sangat bengis dan perlahan2 dia melalui mereka! tembus! dan duduk betul2 di depan pihak lawan!

dan sempat si Ana mengerling ke arah aku,. dengan mata yang tajam sambil mulutnya tak henti2 bercakap,berbahas.
dan yang ajaibnya.
pihak lawan kelu. dan tiada jwabn sesi balas. masing2 diam bila moderator bercakap.

pendek cerita. kami menang.
dna aku mula rasa sebab menang adalah pertolongan dari ghaib!

dah timbul rasa dalam hati aku nak jauhkan diri dari ana
dah macam pelik la aku je yang nampak benda ni!

dan sebelum balik. aku nampak dari jauh an ana pergi di hujung sudut dewan dan bercakap dengan hulubalang itu!
sambil bercakap dan yang peliknya. boleh pulak si ana tu pandang2 aku, macam nak ajak bersembang sekali. aku mengelak dan cepat2 masuk dalam van

dalam van,. tanpa di tanya., ana cakap

"itu hulubalang dekat kawasan sini. ada orang suruh dia suruh tengokkan kita semua"


sah. aku dah mula nak jauhkan diri dari ana!

seram



















Kisah di sebalik kisah ( part 1)


Kadang2 aku tertanya tanya pada diri sendiri
kenapa aku yang nampak semua benda pelik yang ada dekat Ana

Aku sendiri bingung hinggalah satu malam.


"assalamualaikum" tiba tiba aku terdengar suara orang memberi salam.
dari luar tingkap rumah.

ntah kenapa aku sangat berani.aku jenguk! alangkah terkejut melihat hulubalang itu ada di luar rumah.
siap bertombak! cepat2 aku tutup tingkap! panggg! bunyi cermin berlaga.
bila aku memalingkan muka.hampir sahaja aku menjerit tetapi tersekat di kerongkong

dia sudah ada dalam bilik!

seperti tahu yang aku sedang berfikir tentang kejadian pelik dengan ana.
"Aku akan bagitahu kamu kenapa." gertak hulubalang tersebut
mulutnya tidak bergerak, tapi aku dapat dengar bunyi gaung. di dalam bilik. beralun2 suara nya

"aku merupakan penjaga keturunan nasab Ana. aku dah di utuskan oleh moyang nya untuk menjaga nasab keturunan ana. kau juga mempunyai keturunan yang luar biasa. sebab itu kau boleh lihat kami."

aku terdiam kaku berdiri. semcam di kunci.

"Dia harus bersedia menerima aku....."

"dan kau jangan cuba mempengaruhi keputusan dia....."

aku diam . berpeluh.

zassssssss.

hilang! hulubalang itu hilang dari pandagan.

aku bengang dengan kata2 ter akhir hulubalang itu!

apa salah aku!












__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Hui3.. Sambung2!!!!

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

tu la tengah tgu owner citer sambung nie ha....adussss lambat...dh bsmgt nk bca dh nie

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

best plak cite ni...bila lagi nak sambung

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

x taw la..bro flash tu x smbung2 lgi...bz kot

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Best laa bca cita hntu2 ni. Walaupun ika agak penakut. Hi3

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

huhh lame ku tungu weyy

tp apesal pendekkkkkk waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

psiko wehh



-- Edited by GaaRa on Monday 7th of October 2013 01:08:55 AM

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Kejadian malam minggu.

Sejak aku di kunjungi hulubalang pada malam hari . hidup aku seperti biasa. cuma aku rasa takut2.

sebab rasa macam ada yang mengikuti aku. kenapa?

malam menjelma.
tiada siapa ada di rumah, mak pergi ke rumah abang di batu pahat.
aku dah mula malas nak duduk dekat rumah. hendak je ikut hati bawak laptop dan bawa ke McD

macam best sahaja idea tu. cepat2 aku cari beg laptop dan wayar laptop. kira2 jam 10pm baru lah aku terpikir nak buat macam tu!

buka sahaja pintu.
aduh!

ada lembaga putih sedang bertenggek atas kereta!

mukanya putih macam tepung . bercampur darah.
dah memang lampu di laman bawah di buka. tapi sedikit pun tak menakutkan makhluk itu!
bagi aku. mengikut pengalaman aku. ketika ada sedikit cahaya lampu pun. benda itu tetap nak terpacak!

aku cepat2 mengucap! tutup pintu dan bersandar di belakang pintu!

aduh. mula la aku berasa cuak dan seram. dah la seorang di rumah.
aku telefon Man,terketar2.

dan Man menyuruh aku membaca ayat kursi.dia pun dah mula risau
aku lagi la bertambah cuak

dum!! PINTU RUMAH DI KETUK!
dan aku serta merta berganjak dan lari2 anak dari pintu!

aku membaca ayat kursi sekuat mungkin.
tanpa aku sedar handfhone aku terlepas dari tangan. aduh.
belum sempat aku nak ambil handfhone.
DUMMM! sekali lagi!

capai handfhone dan lari masuk bilik., aku on laptop. dan terketar2 aku membuka ayat2 suci di dlaam laptop!
aku pasang ke speaker besar yang memang aku beli.! puas hati aku memasang bacaan ayat suci itu kuat2!

serta merta terdengar bunyi orang belari2 atas bumbung.! dan bunyi hilaian! pekikan!!

dan sayup2 kedengaran suara orang meminta tolong!

aku dah mula rasa pelik. beranikan diri.
jenguk mata ke tingkap

terkejut!
laman rumah aku di penuhi pucong!!
tegak berdiri!!
sambil mata merenung ke arah rumah!!

sebaik sahaja aku mejengah.
kedegaran suara

"itu dia!"
seakan2 di tujukan ke arah aku!!
cepat2 aku jauhkan diri dari tingkap

dan duduk di sudut memegang yasin
membaca.
dengan terketar2

gangguan itu berlarutan sehingga 10min!

Pinnn! PINNNN! kedengaran bunyi hon kereta dari simpang rumah!

abang!! itu yang terpacul dalam kepala aku!

berlari. dan kedengaran bunyi suara abang!

Adik! adik! keluar cepat!!

aku segera buka pintu.dan kelihatan abang.dan mak!

"kau tak apa apa ke! " sapa abang. macam tahu sesuatu!

"kenapa tanya macam tu!!" aku hairan!

" abang dengan mak nampak ada benda penuh depan rumah!!! " tempik abang. yang masih di dalam kereta
buka pintu dan terjah aku.

"dah dik. gi amik air semayang" pinta abang.

aku terdiam. rupanya apa yang aku nampak. abang aku juga nampak

" dah macam abang Yazid kamu kena dulu kan....." ujar mak perlahan. baru turun dari kereta.

Abang yazid

Abang sulung aku.


akaan bersambung


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

tu..aku tunggu pye lama nie je bro tu smbg...hampeh btl..tp sbb x nk kcwakn korg aku copykn jgk la...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

betul la garra baru nak feel dah abis....cerita kontot tapi iklan yg panjang...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

arghhhhh apekah yang terjadi
perlukah ku menyambung warisan pak pandir ini?/
adekahhh
warghhhhh

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

sabar2..jgn mgamuk.....
apakah ini smua slah diriku...
aku hanya insan kerdil....hahahahah

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

ala mana sambungan niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........sambung sambung sambunggggggggggggg.............

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Siapa Sebelum Man (teaser)


nota kaki- kita lupakan sekejap kisah Hulubalang dan Pinggan mangkuk. nanti akan keluar juga nanti.akan ada kesinambungan
Oleh itu. saya bawakan kisah panjang dan agak seram. dan juga sebagai pengalaman di hari muka.hati hati dalam bercinta
kelak nanti merosak diri. cewah. macam cerekarama


Sebelum Man. aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang lelaki yang berkerja sebagai askar laut ( navy)
bukan niat aku nak burukkan askar
cuma dia seorang je berperangai sedemikian

aku namakan dia Ramli.
aku berkenalan dengan Ramli semasa aku di tingkatan 4. kami satu sekolah.di sekolah teknik kami berkenalan
dan kebetulan. rumah dia dan aku boleh di kira dekat. melalui jalan2 kampung. boleh la sampai.

aku dulu seorang yang malas nak bercinta. dekat sekolah sibuk dengan team debat. team bola jaring. team nasyid. semua aku nak masuk. sebab boleh dapat excuse tak payah masuk kelas.
nak di jadikan cerita aku bertemu dengan Ramli semasa aku dan dia menghadiri bengkel pengurusan kendiri yang di anjurkan di asrama.
pendekkan cerita.
kami bercinta.

what comes next.
itu yang buat aku derita.

ramli merupakan anak num 3 dari sembilan adik beradik. bapak dia merupakan orang dari seberang yang mendapat taraf penduduk tetap di malaysia.
dan aku memang tak fikir darjat what so ever.
janji happy.
tapi.aku masih tak nampak.

setelah aku habis sekolah. masuk form 6. ramli dah mula enroll ke Lumut,.
untuk menjadi navy, kursus di situ.
memang kami susah nak berhubung. hanya mengutus surat
handfhone tak di benarkan. tambah2 ramli masuk sebagai perajurit biasa kerana dia malas nak belajar
jadi SPM dia agak tak berapa nak ok
jadinya aku nasihatkan dia, supaya mintak masuk navy
sekurang2 boleh sara keluarga.
bapa dia berkerja pemandu lori

aku ingat lagi. aku hantar die ke Larkin utk pergi ke Lumut.
ketika itu aku sedih. sebab
yela. kekasih nak berjauhan.
siapa tak sedih.

genap 3bulan. banyak surat aku dapat dari dia.
dan berita gembira. dia akan balik.
seronok rasa hati.
dan aku bersedia untuk menerima kehadiran dia.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

ala... pendek jer.. xdan nk feeling feeling....

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

dia citer pn x hbs...myampah..rse bersalah lak post kt cn..huhh

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hwehehheheeh... ko ckp la kat dia, sebab ko aku rasa serba salah post kat sini.. kikikkiki

__________________

"mencari ketenangan"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard