Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pulau muncul selepas gempa


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:
pulau muncul selepas gempa


Assalam..

(copy from web)

Satu gempa bumi besar melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pagi (24 Sept 2013), mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang dan menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini muncul dari laut hanya di luar pantai selatan negara itu, Reuters melaporkan.

 Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar beratus-ratus kilometer ke timur.

Menurut United States Geological Survey, gempa bumi magnitud 7.8 melanda wilayah Baluchistan, Pakistan. Wilayah yang bersempadan dengan Iran, kebanyakannya terdiri daripada padang pasir dan gunung dan telah dilanda beberapa gempa bumi sebelum ini.

Tetapi tidak ada satu pun daripada gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan dasar laut meningkat, mewujudkan gunung kecil seperti pulau kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar, Pakistan di Laut Arab.

TV Pakistan iaitu Geo News menganggarkan pulau itu kira-kira 100 kaki panjang.

Abdul Qadoos, timbalan speaker Dewan Undangan Baluchistan, memberitahu Reuters bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada rumah-rumah di daerah Awaran di Pakistan telah runtuh.

Ketua Setiausaha Babar Yaqoob berkata bahawa beliau menjangka angka kematian meningkat kerana masih ramai kelihatan terperangkap di dalam rumah mereka yang ranap. Lebih kurang 200 tentera sedang membantu orang keluar dari runtuhan dalam usaha cuba untuk membendung kerosakan. [Reuters , Express News]

ni  masuk berita tv3 mlm td. Wallahua'lam..

 

 

pulau baru pakistan.jpg

 pulau baru.JPG

 

 



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Gempa magnitud 7.8, cuma mengorbankan 45 org?.. kat Pakistan?.. betul ke?..

Selalunya kat Pakistan, Afghanistan, India, Bangladesh atau negara2 macam ni, hujan aja dah boleh mengorbankan 200 org, kebakaran 250 org, kalau banjir mau dekat riban2 org mati.. Gempa 7.8 skale cuma 45 org je?..

Pulau tu terjadik lepas gempa biasa, kerak bumi bertindih, ternaik sampai jadik pulau..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard