Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: camping ke gunung ledang (copy paste ag la oiii..bro flash)


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
camping ke gunung ledang (copy paste ag la oiii..bro flash)


nota kaki. - Ini kejadian semasa saya naik Ke Gunung Ledang. gunung mistik dalam Sejarah Melayu. kan?



Kejadian ini semasa tahun 2010. saya terlibat menjadi 'budak outdoor' untuk salah satu kelab di UiTM Shah ALam.
oleh kerana saya budak Sport Science dan tahu serba sedikit hal2 outdoor,camping etc.dan di bawah kelab KRESMA.
saya dan 5 orang yang lain, Azie, Along, Azman , Adi dan Arif ( nama tipu. saja letak A. hahah)
buat pengetahuan. Azie dan Along adalah perempuan

aku mendapat job ni agak last minute. lagi 3 hari nak masuk baru dapat surat
kenapa aku cakap job sebab kami ada certified dalam hal2 outdoor ni. nak amik sijil tu pun sepruh PTPTN hilang hehe dan kalau dekat luar. memang ad caj pun dan kami letak caj separuh atas dasar student sama student.
dan kelab yang aku bawak mereka masuk ni kelab dari fakulti budak2 pandai. hehe. budak2 law.
dan mereka semacam tahu. kerja last minute mesti kena bayar lebih.
sebab aku berithau mereka. aku terpaksa kumpul yang lain. dan dorg pun ada hal masing2. lain la kalau dah inform awal2.
selamat la aku dapat yang 5 org tu.
kami berenam dan mereka 28org. so ngam la. ada 2 org girl. so senang kalau girls matters. sebab bila masuk hutan. adab2 hutan kena jaga. Period. Pad. nak buang macam mana? sebab tu aku akan bawak gurl kalau participant ada gurl . huhuh

setelah berbncang di Dataran Cendikia. dengan sekian2 bayaran. aku setuju. kesian lak tengok dorang.
"purpose of this trip kami nak release tensen." kata Yana ( budak law name tipu)
aku faham. mesti stress baca nota2 law tu sebab aku ada amik jugak for begginer. gila nak hafal kes.
di tambah pula kebetulan aku takda aktiviti hujung minggu tu.

dan hari Isnin kebetualn sem itu aku tak de kelas. dan trip mereka jumaat sabtu ahad ........isnin pagi baru gerak balik
dan aku suka betul . aku along azie arif etc memang suka la. masuk hutan
dan kami juga dah 3 kali masuk gunung ledang. so takde maslaah dan along kenal renjer hutan di GL tu.

jumaat. pagi2. subuh.
dan kami berenam sudah awal2 mintak kelulusan dekan utk tak masuk kelas
selamat la lepas. sebab last minut gak. huhuh

jam 6pagi kami dah gerak.dalam bus.
Arif , seorang yang agak2 seperti ustaz. dah pesan pada semua

"semua niat musafir ye. fikir perjalanan kita ni nak cari ilmu" ujar Arif

aku mengusik " Itu dia. kuliah subuh"
sambil Arif ketawa.

kami tidur.
kira2 jam 12.30 pm baru tiba di destinasi.
letik gak badan. sebab maybe terumbang ambing dalam bus. memang aku tidur tak sedar apa. haha malam tadi kemas2.
turun loading barang.
dan start la keje kami.
Azie dan Azman conduct senaman ringkas utnuk dorg
ye la. baru turun bus. jet lag la kan. hehe buat senaman ringkas. bagi segar .10 min senanam
manakala aku duduk di tepi dan Along setelkan dengan renjer hutan yang die kenal.
nak kenal pasti mana nak camp. amik bearing. weather forecast. walkie punye chanel. dan bebrpa basic b4 masuk hutan.
dan we have to looks profesional depan bakal2 lawyer dan hakim ni. hehehe

kira2 jam 3 kami tiba di camp site. itupun selepas ada makan2 di pintu masuk hutan.
tiba di camp site. macam biasa. aku terus gali lubang. agak dalam. sebelum itu. macam biasa

ASSALAMUALAIKUM YA NABI SULAIMAN

itu petua ustaz dari CITU bagi. tak payah nak "mntk izin cucu nenek bagai... jin setan cukup takut dengar nama nabi sulaiman"

aku gali! kukkkkk! cangkul!
tujuan lubang utnuk letak sampah2 nanti. masuk tempat org kene la kemas2.

setup.dan buat unggun.
aktiviti malam kami tak kacau. sebab Yana dan Co handle untuk slot dorang.
malam itu selepas slot dorang. aku dan semua ada la berpesan adat2 dan pantang larang hutan.
kira2 jam 10 selepas minum milo bercawankan buluh. haha
kami tidur.

hari kedua. pagi2 ada aerobic.jungle treking etc.
bla bla bla. masak. makan. magrhib.
tidor seperti biasa. takde apa yang berlaku.

dan seperti kebiasan. dan memang kami dah tahu
KALAU MASUK HUTAN NI.
HARI PERTAMA KEDUA INSYA ALLAH TAKDE APA2
TAPI BILA MASUK HARI KETIGA OR TIME NAK BALIK. ada la jadi
memang selalunya macam tu.entah kenapa. dan dari pengalaman. memang macam tu selalu
dan perkara ini aku dah bagitau pada lecturer pengiring dorang MR Rashid dan MR Sufian.
dan mereka faham akan risiko nya.


selepas maghrib.

Azie, Along, Azman , Adi dan Arif tanya aku.

"dah ready"


"dorang ni memang gampang"getus aku dalam hati

aku ready. cuma tak tahu bila muncul depan2. ujar aku dalam hati.

 makan dengan lahap roti kaya yang aku buat. lapa la duduk dalam hutan. makan takleh nak hardcore macam duduk dekat rumah.bukan apa.nanti nak terberak
jenuh nanti. bukan sebab nak basuh ke apa. tapi nak cari port. kene gali lubang. dan kene park. mana tau ada ular ke. lipan ke. kang naya.
dah mmang jadi kebiasaan aku masuk hutan mesti makan lite2 je.
padahal. kepala fikir KFC,pizza.etc

terdiam gak aku bila teringat Azie, Along, Azman , Adi dan Arif cakap. "dah ready"

memang terkedu bila di ingat. aku buat diam dan bodoh.
sambil tengok dorang belajar survival hutan. kendalian Azman.
cara nak cari air dalam akar. buah2 yang beracun. tanda2 nak elak sesat. camne nak itu dan ini.
memang kyusuk budak2 ni dengar. dan aku tengok dari jauh makan roti.

Mr Rashid tiba2 muncul dan sapa " tak join ke" senyum
dan kami berborak kira2 10 min. macam2 di bualkan

dan tiba tiba terganggu.
"Sir. saya nak gi toilet la" seorang pelajar tiba mencelah.

adui. seperti yang aku jangka kan .mesti ada kes camni. haha sebab siang tadi kami dapat pelanduk. so makan besar dan perut dah nak keluar la tu,
aku senyum dan aku panggil Azie dan Along. untuk teman budak ini. aku namakan dia Shima.

Azie " Haaaa. jom. bawak semua. sabun. baldi. towel bla bla bla"
bebel si azie. die memang suke membebel. tp penuh nasihat.

"saya nak tukar pad sekali" bisik Shima perlahan.
tapi aku dapat tangkap.

Dan Mr Rashid senyum lihat aku.
dan dia perasan shima macam segan2 sebab die tau kami dengar.!

"besela. kite dan grown up la. iklan pad bersepah dalam tv. hahaha" gurau Mr Rashid

aku gelak besar. lawak. lama tak gelak.
tiba tiba aku rasa cuak. gelak besa dalam hutan. elok la tu.!

azie dan aloing ready untuk masuk ke tengah hutan ,jauh dari camp site.

memang macam nak masuk jam 8pm camtu. dan SHima memag muke takleh nak tahan dah tu.

ini adalah cerita dari mata Azie. Along dan Shima

 


nota kaki- aku dalam cerita ini adalah Azie. sebab dia yang cerita dekat aku.


Aku dan along berjalan di depan sekali. sambil Shima ikut dari belakang.
sambil itu mulut si Along bersembang denagn Shima
part berpa.asal mana. dah ada bf ke. bla bla.
nak kill the boring kate orang.

tempat yang aku nak tuju ni memang SI man dan Arif dah gali awal2. untuk kemudahan siswi nak buang hajat.
dan aku hanya mengikut bearing yang Arif bagi.
dan sampai. dan nampak aku tengok memang ada susunan daun2 dan seperti ada bangsal. yang bertutup. si Man dan Arif buat.
cam kandang. ye la. taknak ada orang nampak dan privacy.

dan aku hulur lampu minyak tanah pada Shima

"lets go ladies. buang banyak2 sket. malam nanti takde sapa nak teman. hahahaha"

SHima buat muke geram. tp masih ketawa.
dan aku dan ALong bersembang
itu dan ini.

"wei. dah jumpa belum! " tiba tiba suara Man keluar dari walkie!

"DAHHHHHHHHHHHH!" jawab along yang memegang walkie.

"bagussssssssssssssssss! cepat skit!! nak gelap dah tuuuuuu" balas man

dan shima menjerit.
"ya.. tau nak sudah dah ni. hehehe"

aku dan Along gelak besar dengar SHima cakap cmtu. leh tahan jugak budak ni.

"banyak betul lubang dorang gali. rajin gile" kata Along pada aku.

memang dapat dilihat memang banyak pun.
cuma tmpat shima tu je bertutup.
mungkin yang lain untuk lelaki. ye la. lelaki mana kisah. hehe

"bila dorang gali ni. tanah pun nampak cam baru kene bongkar" sambil aku suluh2 ke arah lubang tu.

"ala. ko tau la dorg. suke gali lebih2. kambus nye kite gak. hehe" balas si ALong.

kira 10min. Shima selesai
"pad kat tangan saya, dah cuci bersih2. air die saya dah kambus2" balas shima

dan aku angguk. sambil berjalan ke luar.

"wei. rajin nye gali lubang banyak2." tanya along melalui walkie.

3 minit lepas tu.

" katne dah?" tanya man.
"lama gila ko nak jawab. igt mesej ke?"gertak ALong yang memang agak2 macam tomboi.


"erm. katne dah. jauh lagi tak? banyak ke lubang? beso ke kecik. jumpa tak yang aku wat dinding?" tanya man macam tercungap2. dengar bunyi nafas dari suara

"banyak doh. rajin gile korang" balas along

"korang pakai kasut ape? selipar ke? budak tu?" tanya Man

dan aku bertiga terpinga2. tanya lak kasut bagai kenapa.

aku tengok. dan sah ketiga kami pakai kasut!

"semua kasut kenapa!" aku dah mula macam pelik dan semacam pelik.

"LARI. aku dengan Arif gali satu lubang je!" jerit man melalui walkie!

terperanjat aku bila dengar "SATU LUBANG"

padahal aku tengok memang banyak. dekat 5-6

dan tiba tiba baru terlintas dalam kepala.

size dan keadaan lubang tu macam penah aku tengok!!

SAIZ LAHAT!!

kenapa la aku tak perasan.
dorang berdua pun tak pasan
kami seakan2 macam di pukau. macam tak sedar!!!!

lari!
dan dari jauh.
aku toleh ke kebelakang.

ada sepasang susuk tubuh.
bergolek2 dari atas ke bawah!

macam pucong! aku along dan shima berlari sekuat ati.
sekuat yang mampu!~


gangggggggggggg~!


serentak kami bertiga terjatuh
tersadung sesuatu

head light tepat menyuluh ke arah benda yang kami sepak.

PUCONG! aduh!!

terus aku mencakar2 lantai hutan! nak berlari.
nak berlari selaju mungkin~!


SAMPAI DI camp site. kami tercungap. macam nak mati
dan itu baru cerita kami.
group lain. yang malam itu ada buat aktiviti sendiri berjalan malam.
yang tanpa pengawasan kami.

ada cerita lain pula...









__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

lama sungguh x lepas gian ...

terima kasih le adik jaringnah jainudin ...

jangan lupe .. sambungannya yea ....

 

psstt ... nak sambung maen game pou ....

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ehem ehem ehem...jgn lupe smbung...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahahah ehh ada smbugan yer..adus lupe la plok..ok2 nt sy smbungkan yerrrr

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

alor, lambat sangat nak nunggu kak zarinah zenudin ni sambung. meh aku tolong nyambung ek...

********************************************************************************

SAMPAI DI camp site. kami tercungap. macam nak mati
dan itu baru cerita kami.
group lain. yang malam itu ada buat aktiviti sendiri berjalan malam.
yang tanpa pengawasan kami.

ada cerita lain pula...


Nota Kaki- itu adalh ayay last semasa kisah ini terhenti kerana kesibukkan saya yang tahap tenuk.dengan kerja, dengan band nye, bundle nye. hahah
kalau tak faham cite ni. cari last post kat thread ni


Ini berlaku dari kaca mata orang lain.
dari group lain.




"Saya betul betul takut ." balas Lan. Aku dan Azie. terpaku mendengar.

Kami yang lain dekat sini sudah ada kisah lain.
Nak di tambah dengan kisah baru.

Ahh Sudah. aku mula rasa nak balik malam tu jugak!

perlahan aku dengar.walau kurang jelas.


" kami seronok la. abang2 kakak xde. so kami cadanganya nak roaminng la kawasan ni.memang kami tak takut sangat kot. ye la. kawasan kepon ni kan tepi die jalan raya., bukan macam hutan yang betul2 hutan...." tersekat2 Lan bercerita.

cepat2 Azie hulur air. kesian.

kami jalan ramai2
dengan group kami.

seronok juga jalan malam2.
balas salah sorang.

"then kami berhenti dekat simpang hujung. ada signboard tempat penyelidikan apa tah, xnampak. kami tak bawak light.
takut kantoi. walaupun kami riuh2."

sorang dari kami, Ekin.
seorang yang penakut. tapi sebab kami jalan ramai2 dia rasa berani

tapi kebetulan. dia period.
itu yang buat dia takut dan kami jahat
sengaja takut takut kan dia.

"abis la kau ekin. nanti die sedut darah kau.hahah" usik salah sorang dari kami

dan ketika itu. angin tiba tiba kuat. macam nak hujan
dan dari jauh kami boleh nampak kilat dari arah kawasan lain.

macam nak hujan.
dan kami rilek
rasa tak seram sebab ramai dan kami bernanggapan FRIm ini tepi jalan. tgh bandar

dah puas berjalan. kami buntu
tak tau nak buat apa dan kami cadang nak balik.

"ekin. takpe. ramai je yang period." sapa Minah. kawan baik ekin
( di fahamkan ada 4 orang perempuan dan 3 darinya period)

sedang kami berjalan.
saya ni berjalan dari belakang
konon2 nak jaga dorang sebab saya yang ajak dorg kuar curi2

dan saya berjalan paling belakang. memerhatikan 9 orang di hadapan saya.

tiba tiba mata saya ini menangkap sesuatu yang tak kena.
macam ada yang tak kena!

perlahan2 saya hendak menuju ke arah kumpulan itu.
yang sedang berjalan secara kelompok.
dan cepat2 saya matikan langkah.

dan saya mula mengira satu persatu kawan kawan saya.


satu...dua
tiga... empat...

lima..enam.. tujuh..
lapan....sembilan...


sepuluh....sebelas.......dua belas......


gulp! saya dah start risau dan cuak abang...
seingat saya dan kami memang kira.
kami hanya sepuluh orang!!

patotnya ada 9 org depan saya.
ni ada 12! ada lebih 3 orang.

dan saya kira sekali lagi!!!

saya kira perlahan2. seperti berbisik

dan sesudah saya mengira.
dengan tak semena

ada 3 muka yang berpaling ke arah saya!!

dan muka itu tak penah saya lihat.
dan seakan2 wanita dan mereka seakan2 menjeling ke arah saya.
walau gelap. tapi cahaya lampu jalan dan lampu2 di FRIm membantu

dan di depan. ada sebatang lampu jalan dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat dengan betul
mungkin saya silap tengok

lalu di bawah lampu yang suram2..


memang sah ada 3 orang!
dan mereka bertiga berpaling ke arah saya!

pucat dan seakan2 hitam!
muka mereka seperti sudah tidak berdarah.
saya hendak saja lari!

"geng!" saya jerit

terhenti. dorang semua terhenti.termasuk yang 'tiga'

dan saya suruh mereka buat head counting.
dan sah.

memang dorang tidak nampak yang 'bertiga'

aduh! saya dah ketar lutut bang.

dan mereka seperti marahkan saya. sebab macam nak menakutkan mereka dan mereka terus berpaling dan berjalan

macam marahkan saya.

dan saya bingung dan takut!

dan tidak semena.
yang 'bertiga' itu memalingkan muka dan menjelir kan lidah.
dan menyeramkan kerana lidah mereka bertiga terus terseret di atas jalan dan menyeringai lihat saya!!
cepat2 saya lari bang!

saya lari ke depan dan kawan saya terkejut melihat tindakan saya.
saya berhenti dan jerit

"ada hantu dekat tepi korang!"

mereka bingung dan ingat saya gurau.
dan tiba2 si ekin menjerit dan pengsan.!
dan 2 orang wanita yang lain
yang saya di fahamkan sedang datang bulan
dan hanya minah berdiri.
dan tiba tiba


kedengaran gegak gempita org menjerit!

sah! dorang dah nampak abang yang 'tiga' orang tu!!

cepat cepat kami lari ke sini!


SOAL AKU DENGAN NADA YANG HAIRAN !

"yang lagi tiga tu mana!!?!!"

'entah bang. kami blah dlu....takut' balas si Lan


"bodoh la korang ni. penakut. sapa suruh keluar!!" gertak Azie


AKAN BERSAMBUNG


***********************************************

hahaa.... kelian tunggu la lagi...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahah td dh copy skali dak ict dtg nk isi anti virus..last smua terpadan..puiihhh sesia kj den

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hahaaaa.... tak pa, kita kongsi thread citer seram naaa... kalau hang tak bley up date teman bley update kan..

wokeh, nest episode hang lak update..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

td cenkodok....nie smbgn'y



"dah! cepat kite pergi tengok dorang!" jerit si Azie.
kami yang lain berlari anak. tak sempat dah nak capai motor ke. pinjam kereta ke.

agak jauh juga. kira2 800 meter dengan jalan naik turun bukit.
gelap
kadang2 ada sinaran kilat

aku memang takut kilat
dan ditambah dengan kes macam ni
memang aku pernah berhadapan dengan benda2 macam ni

tapi setiap kali aku terkena atau melihat
mesti aku akan risau dan cuak.

benda halus ni macam2 cara die nak sesatkan kita

lebih kurang 10minit
tiba di tempat yang di tunjuk Lan

aku becakap dalam hati

"itu ekin. dan yang lagi dua aku kurang kenal"

sambil itu mata kami tertancap ke arah ekin yang sedang duduk berpeluk tubuh.

hanya 5orang sahaja yang ke tempat ini
yang lain kami arahkan duduk di kem.
dan ustaz yang kami jumpa sebelum check in ke FRIm
kata azie.

on the way.
die bukan ustaz,tpi arif dalamn ilmu begini
dan aku gelarkan dia Abang Rizal ( nama tipu)

aku duduk. sambil kami yang lain turut duduk.
keadaan jadi panas. dan mulut kami terkumat kamit membaca ayat kursi
tak berani hendak mengadap Ekin
dan tertanya2. mana yang lagi dua

dan aku lihat si lan
muka berpeluh dan tak habis2 minta maaf pada aku secara berbisik.

aku tak hiraukan.

"Aku nak semua" tiba tiba Ekin bersuara,
perlahan. suara dia sendiri. tak garau atau kasar

aku terdiam. apa yang dia nak?

kami diam.
dan si Lan. seperti biasa.

bisik dengan aku! "mintak maaf bang"
di ulang berkali2. aku langsung tak tengok muka lan
sebab dia di belakang aku.

tiba tiba.

lan berbisik

"aku nak semua..hi ...hii..." lan ketawa kecil!
dan aku mula meremang bulu roma!
cepat2 aku toleh belakang!

LAN BUKAN LAGI LAN !
dan di sebelah Lan ada wanita berambut panjang dengan muka yang seperti sudah mereput!

terus aku bangun dan berganjak jauh!
tekejut
dan yang lain menjerit melihat entah dari mana makhluk itu muncul di belakang aku!

aku dapat rasakan jantung aku macam hendak tercabut.!
dan Lan. rebah meniarap atas jalan.
sudah tak sedar.

dan makhluk itu duduk di tepi Lan dan aku lihat si Ekin
masih pegun di situ!

aku diam dan kelu. dan perlahan2 aku merapatkan diri dengan yang lagi tiga orang,
memang sah kami takut.
dan dari jauh sayup bunyi motor
syukur
abang Rizal dah sampai.
cepat2 abang rizal ( AR ) terpa kami dan cakap
"takpe. kamu tengok dan bantu apa yang patut"

" Yah... apa yang kamu nak kali ni" tiba tiba AR bersuara.
ke arah makhluk berambut panjang dan berwajah reput itu.

"Yah. sudahlah. kamu jangan buat macam ni lagi..... sudah.. kamu dah bukan dekat sini" ujar AR

kami terpinga2. siapa Yah?



Si shima dah mengigil aku tengok bile AR bercakap dengan makhluk tu

yah? entah
aku sendiri time tu terpinga pinga .
macam nama perempuan.
or mungkin nama lelaki
atau saja saja AR letak nama macam tu


"mana lagi 2 orang?" tnya arif dekat aku.
aku tak jawab. sebab aku sendiri takde jawpan
aku sendiri masih mencari2

"yah. buat apa lagi kau datang macam ni. sudah la. takde siapa yang percaya dah" ujar AR

aku dan yang lain diam dan mula memasang telinga

makhluk itu hanya melihat sekeliling dah mula bergerak ke belakang.
berjalan mengundur

dan AR. mula merapati 'yah'
perlahan demi perlahan

gila memang berani betul. aku lihat AR mulutnya terkumat kamit dan sesekali terdengar bunyi surah2 lazim dari mulutnya

makin AR rapat
makin mengundur 'yah'
dan yang menyeramkan
makin si yah mengundur
aku lihat kaki si yah makin terapung dari lantai jalan

GILA!

jujurnya aku penat campur takut. dan aku cuba hendak cernakan apa yang berlaku di depan mata
kelihatan along dan azie berpelukkan.
mungkin dorang masih trauma dengan kes liang lahat mereka
dan Shima melihat aku.seakan mahu bersuara tapi seperti aku. die juuga takut dan bingung
siapa YAH?

sedang aku melihat rakan2 . terkejut aku lihat AR sudah betul2 berada di depan yah!
cuma yah membelakangkan AR

seprti ada dialog di antara mereka berdua
tapi aku tak dengar
tak berani langusng nak dekat
mahu tercabut lutut aku!

zasssssssss!
yah tiba tiba hilang dari pandangan.! yang aku nampak hanya kelibat orang naik ke atas!
dan AR kekal di situ. memaling dan menghela nafas

"yang lagi dua kena cari sendiri.... kamu man, angkat budak ni balik ke kem"tegas AR

pulak dah! aku kena angkat! dan si arif. sudah nya jadi mangsa aku. kami berdua mengangkat Ekin

sampai di kem. sunyi. tapi ada suara budak2 lain. semua nya takut. duduk dalam kemah. berhimpit
6 men tent dah jadi 12 men tent
lucu. tapi kesian. kalau aku mesti lagi teruk.

"siapa yah" ujar Along. dia memang seorang yang lantang. dan tak tahun malu.
aku diam dan mula nak pasang telinga

"yah tu orang sini. bekas isteri aku."


terlopong.

semua yanng dengar terlopong
tapi otak masih fikir yang lagi 2 orang tu
mana la dorang berada


" aku bukan pertama dia. aku yang ke 8."ujar AR

lagi la kami melopong!

gila. kalau lelaki tu boleh la kawen sampai 4
ni kalau perempuan
kawen cerai berapa kali ntah!

"kenapa sampai macam tu abang" ujar along

"dia ada menuntut..kene lengkapkan 10 orang laki. macam orang minyak,tp die kene nikah cerai dengan 10 orang lelaki yang anak bongsu semuanya!"

boleh tahan jugak dia punya syarat2. cakap aku dalam hati,.
selalunya macam tu la kalau nak berguru benda pelik dan tak elok,.
mesti syarat yang tak masuk akal.

"ape die tuntut..." tanya along lagi.

"apa lagi kes org perempuan? nak cantik muda kekal abadi."

"cuma dia langgar pantang.die kawen dengan aku. aku memang anak bongsu. tapi. aku ada adik tiri. bapak aku kawen dua.jadinya tak boleh.kene btetul2 anak bongsu takda tiri atau apa2."
"aku mana tau. memang die tanya aku pasal anak bongsu semua tu., aku jawab ya dan aku tak tau pulak apa nahu dia tanya macam tu"

kami semua terlopong lagi. baru tahu siapa yah.

"bila yah meninggal" tanya along
agak macam kurang ajar soalan along.

"iskk! mana mati lagi! " jawab AR, sedikit kasar
macam bengang.

"yanng itu belaan dia., bila dah langgar pantang. benda tu dah macam taknak lari dari tuan. dah macam bersatu," ujar AR

dan kami dah macam boleh mengagak yang lain2.

cuma masing2 terpikir
mana yang lagi dua!


akan bersambung

boleh tak? hehe


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

aida nk post sal cite dahlia tu..tp cite lama tu dia cmpur adukkn..yg ada smbungan dia je..mls btl nk crik..tp klo ada permintaan yg tulus ikls zahir batin dri sesapa.
.aida crikkn k..demi korg..aslkn x sunyi senyan

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Eeee sambung2!!!! Excited thap siot dah ni haaa

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

sambung la weyyy
lame giler x msuk forum nieh...
wah wah wah..

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

sambung sambung sambunggggggggggggggggggggggggggg

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

org'y x smbung2 klo sambung pn citer yg berbeza...huhhhh tu yg pyh tu...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................................

__________________

"mencari ketenangan"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard