nota kaki- semasa Festival Belia yang lepas. saya bertugas dan saja je jalan2 dekat area2 jambori Pengakap Malaysia dan saja mengatal dengan cikgu2 yang muda tu. dan alih2 terbukak la cerita tentang cerita hantu sebab saya tanya dia. " masuk hutan tak nampak hantu ke" bla bla bla. dan Cikgu tu nama dia Ina. dan mengaku pernah mengalami peristiwa pelik dalam hutan. Seorang cikgu muda. baru 2 tahun men jawat . dan yang best nya. DIA MEMANG SEORANG FORUMERS CARI DAN AKHIRNYA TERKANTOI JUGA AKU.... ADA YANG DAH TENGOK AKU YANG SEBENARNYA. CEH. INA nampak exaited betul jumpa aku dan mintak aku cerita Misteri Tokong melalui lisan. sambil di kelilingi budak2 sekolah dia. dan hasilnya. ada yang tak tidur malam dan aku dapat KFC. yahu!
di harap Ina muncul di forum. mengaku jela nama nick kat sini. ngada betul taknak ngaku.
berikut adalah pengalaman dia. ( dia malas nak cerita. tak reti nak tulis dan malas. dia kata....)
cerita ini adalah cerita beliau. dan saya sampaikan dalam bentuk tulisan saya. takde tokok tambah. cuma tulis nak bagi mudah faham
Pontianak di FRIM Kepong
Nampak gayanya. aku sah kena ganti CIkgu Rozana. bawak budak2 KRS berkhemah dan jungle traking di FRIM malas pun ada. weekend ni baru nak layan wayang. cerita Lagenda Budak Setan II tu! takpelah. boleh download dan kerja tetap kerja.
bukan nya apa. masa di zaman universiti. memang aku nak mengelak dari masuk dalam hutan.camping dan sebagainya. sebab nyamuk. haiwan pelik2. pacat! adui. memang fobia dalam hati aku. tak terlintas pun hantu setan. sebab bagi aku.benda macam tu di rumah lama. kubur dan tempat orang mati eksiden. menurut pemikiran aku ketika itu
hari Khamis. pelajar form 4 dah exited nak pergi. dah handle kat aku surat kebenaran ibu bapa. dan aku. masih tak kemas. dan kasut jungle pun tak berbeli lagi. pesan Cikgu Roslan. cikgu senior yang aktif dalam Kadet Polis di sekolah
"kamu pergi beli kasut trekking tu. beg nanti aku bagi kamu pinjam. ok? nah num kedai ni. sebut nama aku. nanti dapat harga murah" aku angguk dan memang benar. petang tu aku pergi. memang dapat harga murah pun kasut tu. dapat la kurang rm50. huhuh sebab CIkgu Roslan tu memg peminat camping
tiba la hari yang di tunggu. selepas solat jumaat. pelajar2 dah berkumpul.sekolah aku satu sesi je. dan checklist pelajar2 dan bergerak. tak jauh pun. dari Kelang ke Kepong. kira 2jam. sebab jalan jem! itu je.
semamengnya aku tak penah pergi ke FRIM. dan aku memang jakun dan macam apa je bila masuk lebih exaited dari pelajar aku. tak sangka ada hutan cmtu kat tengah KL. rasa nyaman betul..rasa sedut udara yang betul2 pure oksigen. takda partikel dan asap
kira2 jam 4pm. kami tiba di kawasan camping. kali ini aku di temani 3 org lagi cikgu AKu, Ali, Syikin dan Razak ( nama tipu) seronok juga bercamping walau pun tak penah. selamat Syiikin penah dan dulu aktif masa di Universiti. jadi memang aku ikut dia.
selepas solat asar. ada taklimat .macam biasa. taklimat. pasang khemah dan minum petang ( katerer anta.hihihi) dan bila jam 630. aku rasa cam cuak. sebab dah gelap dan aku agak takut. yela first time bercamping tapi aku tengok Syikin senyum dan tenangkan aku. selepas magrib. ada makan2. dan aku memag bawak banyak torchlite dengan head lite. torchlite. dan hndfon nye lampu semua aku pasang. memang gelap/ hutan. kadang2 terdengar bunyi serangga dan bunyi kereta.
malam pertama. agak sukar untuk aku lelap.jam 2am baru leh tidur. maklumlah.pertama kali alih2 aku telrena sendiri. dan paginya. ada aktiviti. dan bla bla bla.
malam pun tiba. seronok. aku dah mula rasa seronok dengan hutan. cam best.
last day . esok ahad. sabtu malam.
malam tu macam nak hujan. aku dah mula cuak2. tapi da 2 3 org FRIM datang
"kalau ribut. boleh masuk dalam rumah2 ni ye " kata mereka dan aku lega
tak jadi hujan. cuma angin2.
jam 10pm. sesunyi yang ada. dan aku kelua berjalan dengan syikin. ikut jalan tar. berjalan. bosan. alih2 kami pinjam basikal staf frim. siap ada lampu dan basikal mountain bike kot. seronok rasa nya berkayuh sekitar frim. siap dia bagi walkie agaknya staf tu nak mengatal dengan aku dan syikin kot. haha
kami berkayuh. naik bukit turun bukit suasana dah sunyi dan gelap. tiba tiba aku dan syikin macam tersilap masuk lorong yang kecil dan gelap. masing2 senyap pada mula kami ketawa2.seronok dah bertahun tak mengayuh
"LOJI PAM AIR bla bla bla"
aduh. aku dah mula cuak.memang sunyi dan ceruk. tempat tu. yang aku nampak cam tangki air besa. ala2 ufo depan mata. dan aku dan syikin mula nak patah balik. aku sorong basikal dan tiba tiba. si syikin menjerit
ARGHHHHHHHHHHH! dan tangan nya tunjuk ke arah tangki air
DUM! basikal syikin jatuh dan dia terduduk di bawah dan aku cepat2 tengok. kecik kan mata dan dapat aku lihat
macam ada org berdiri di atas tangki air. melambai ke arah kami. dan mengoyangkan kepala rambut panjang dan badan besar dan tinggi!
aku rasa lutut dan kaki aku tak jejak tanah. dan cepat2 aku rangkul syikin
"lekas! naik basikal. kita blah!" syikin termangu2 dan segera. dan mata aku tak putus2 memandang ke belakang dan dapa aku lihat
BENDA itu perlahan2 melayang menuju ke arah kami. dan melintasi kepala aku ! panas dan berbau macam najis !
dan pukkkkkkkkk
betul2 landing di jalan keluar loji. berdiri. melihat aku. dan itu lah satu2 jalan yang ada nak blah dari situ
aku lihat syikin menadah tangan. membaca ayat qursi. tersangkut2 dan aku follow syikin skali kami berdua duduk rapat sambil tangan sebelah lagi memegang bike
dan aku lihat benda itu dari berdiri. duduk! dan kepala nya di goyang perlahan2...
aku berbisik pada syikin.
" kita lalu je perlahan2. ingat. kita ni manusia. lagi tinggi taraf dengan dorg ni....sabar ye"
ntah tiba aku jadi berani. kesian aku tengok syikin. mengeletar. perlahan2 kami mengayuh. lagi 5 langkah nak menuju ke benda itu. tiba 2
dari posisi duduk. benda itu berbaring melintang dan berguling!! ke arah kami!!!
agak laju dan sekelip mata! melintas di tepi kami! dan aku pandang belakang.!
benda itu dah naik ke udara dan mengilai!!
EEEEEEEEEEEEEEEEEE!! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
itu petanda untuk aku dan syikin untuk pecut. sekuat ati! aku kayuh selaju mungkin! kira 5min kami tiba di camp site. dan kelihatan ALi dan Razak menunggu kami
"wei korang pegi mana!" sergah Ali
"budak2 ni kata nampak pontianak terbang2 atas pokok. korg lak leh hilang!" sambung ali
aku dan syikin terus diam dan malam itu kami tidur di rumah berhampiran camp site. dalam tu ada 2 3 org staf wanita
kata mereka
"nampak je tepi jalan. tapi nama pun hutan. benda2 tu memang ada."