Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BUDU


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:
BUDU


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah


lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik


Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli


pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.



Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione


sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya


tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan


menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang


selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu


berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses


penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti


aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada


peringkat lebih awal.



Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria


penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan


hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan


dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu


yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi


masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat


pada tubuh.



Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan


pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis


ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat


mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia


merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara


neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.



Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa


dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi


kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu


iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak


(vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling


banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin


B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12


(sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama


vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan


Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari


mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya


perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini


mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut


dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5


sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu


besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam


sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak


perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.


Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral


makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium


dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram


budu.



Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti


halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan


antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi


pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang


mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga


menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan


dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang


dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya


antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas


tersebut.



Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur


antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di


samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4


trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat


dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.



Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat


menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu


terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser


payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk


kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding


pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin


disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala


faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah


(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti


lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan


lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E,


karotenoid dan kalsium.



Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak


150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap


luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,


budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.


Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi


setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang


dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam


ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk


dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta


kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari


dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air


multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh



__________________
kyo


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

aku rase betul gak ckp ko tu kyo rol..tp masalah nyee dah ade kes kiter makan budu banyak problem nyee cth nye resdung,darah tinggi ngan otak jadi lembab....sebb benda ni jenis makanan peram........

__________________
buduh cam lembuuu
ita


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

yes stuju...mmg makan benda yg berperam otak lembam, Datuk Hj Fadhillah kamsah cakap selain dari tu baca nama kt batu nesan juga boleh membuat otak kita lemah, tak pandai dalam pembelajaran tp pandai dari segi lain, huahuahua

__________________


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

lembab la bukan lemban cik ita oiiiiiiiiiiiiiiiiii

__________________
buduh cam lembuuu


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Mengeja pun salah.. ntah2 dia yg banyak makan kot.. Anyway, aku pun suka gak makan apa? Sampai sekarang okkeh je tahap pemikiran aku..



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

GaBRiEL wrote:


Mengeja pun salah.. ntah2 dia yg banyak makan kot.. Anyway, aku pun suka gak makan apa? Sampai sekarang okkeh je tahap pemikiran aku..

a'ahh..ok ape otak ko gab..sampai posting ko sumer berunsurr berilmiahhhhh tambah2 mase bab seks

__________________
buduh cam lembuuu


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Aku berniat baik la Maliki.. membantu Kementerian Pelajaran Malaysia memberi pendidikan awal tentang seks secara tidak formal kat bebudak sini.. Kan tak lama lagi diaorng nk belajar sukatan mata pelajaran seks kat sekolah nanti.. Aku buat la siri2 pengenalan dulu..


Ehh.. kat sini ada budak baru nak masuk sekolah rendah ke?



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Moderator

Status: Offline
Posts: 149
Date:

kalau boleh asst. moderator tolong memantau thread yg betul ke dalam topic yg betul. seperti tread ini tak sesuai di letakan di pengumuman dan berita semasa.
tolong fikir sebelum post :)

__________________
Rosdin Kahar's Facebook profile


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Aku ubah aaaa... bawak dia gi kat pertandingan lumba lawak januari... sebab ni cerita pasal makan.. tapi lawak ke cerita ni?

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 187
Date:

panjang giler penerangan tentang budu ni.....apapun,aku tak makan budu......

__________________
AkU DaH BoSaN JaDi PoNtIaNak!!


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hek ele... hari tu yang aku sumbat budu kat mulut ko tu natang apa? siap menjilat siku lagi

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Yang ko sumbat ari tu, bukan budu la Cipan.. berudu.. lain!

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 381
Date:

heheh..rie, budu ngan berudu pun tak tau ke? ke masa ko sumbat berudu dlm mulut pontianak tu tgh malam..gelap lak tu.. ishhh..lain kali gi makan kat bawah lampu..jgn makan dlm gelap..k..

__________________
dekat padaku agar kau lebih mengenali diriku tapi jgn dekat sgt..nak kena lempang?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

a'aa takut termakan mende lain plak....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

budu ke hapa ke kita org malaysia, dah la tu abg2 dan kakak ku sekelian, hr ini saya ingin menceritakan sebuah tajuk yg bertajuk....ee apa da aku melalut ni, sejak masuk sini, aku jd tak bape nak betul lg,

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

jgn kata hanim x btl dorena pun kadang2 tak btl,termakan hasutan dek abg gab n abg rie ni.....Apa2 pun dorena x suka budu

__________________
love is everything or nothing
NN


Super Senior

Status: Offline
Posts: 581
Date:

IKIE MASANE wrote:


kalau boleh asst. moderator tolong memantau thread yg betul ke dalam topic yg betul. seperti tread ini tak sesuai di letakan di pengumuman dan berita semasa. tolong fikir sebelum post :)

ikie leh bg guide x camner nak nak masukkan topic ker thread yg betul... sbb NN rasalah masing2 confius... then dgn guide yg IKIE bg senang ler skit..

__________________
belai cinta agar terus mekar


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

dorena wrote:


jgn kata hanim x btl dorena pun kadang2 tak btl,termakan hasutan dek abg gab n abg rie ni.....Apa2 pun dorena x suka budu


Bila masa pulak aku menghasut ko Dorena oi.. memandai je ko buat cerita yee.. Elok la tu, memasing dah mula tunjuk perangai tak senonoh, tetiba boleh cakap aku & Rie Cipan yg hasut..


Dorena tak suka budu.. aisehh.. tak sehati sejiwa kita rupanya.. pendek jodoh..



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

tak suka budu, cencalok suka tak? tempoyak? sambal belacan? eeeeehhhnmxcczCBVkj

__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

aku tak makan sumer bende yg ko sebut tu laila...lagi2 budu....budu tu pun aku tak penah tgk mcmne ke rupe bentuknye...



__________________


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Aku tolong inform ko sikit pasal budu ye Eloka..


Ko pernah tgk muka KB Tapir tu tak Eloka.. Cuba ko bayangkan.. tahap huduh dia tu.. Haa.. budu tu rupanya lagi hensem dr si KB Tapir tu.. KB kaler hijau, budu tu kaler cokelat gitu2.. Bau budu tu, lebih la wanginya jika dibandingkan ngan bau kaki pekung si KB ni.. Cuma budu ni selalu dok dalam botol mcm botol kicap manakala si KB tu selalu dok dalam mangkuk tandas..



-- Edited by GaBRiEL at 22:01, 2006-01-17

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:

tapir

__________________
toophat


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


laila wrote:

tak suka budu, cencalok suka tak? tempoyak? sambal belacan? eeeeehhhnmxcczCBVkj



dorena suka mkn semua tu kecuali budu

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


GaBRiEL wrote:

dorena wrote:
jgn kata hanim x btl dorena pun kadang2 tak btl,termakan hasutan dek abg gab n abg rie ni.....Apa2 pun dorena x suka budu

Bila masa pulak aku menghasut ko Dorena oi.. memandai je ko buat cerita yee.. Elok la tu, memasing dah mula tunjuk perangai tak senonoh, tetiba boleh cakap aku & Rie Cipan yg hasut..
Dorena tak suka budu.. aisehh.. tak sehati sejiwa kita rupanya.. pendek jodoh..




nak uat camna kita x dak jodoh.....
mie png mana kau jom kta kwn duaaaaaa????abg gab x nak kwn ngan dorena dah

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:

Dorena Tak BOleh makna Semua Tu.. Jom makan planta dorena.. hehehe

__________________
toophat


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

walique comel la gambar kucing yg ko pakai tu
Nak makan planta dorena boleh sja.
(nampaknya bertambah maju le bisnes dorena buka kilang planta

__________________
love is everything or nothing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

pandai ke walique tu makan planta, doriena..cuba ko uji dia..heheh..hari tu kan.........

__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


laila wrote:

pandai ke walique tu makan planta, doriena..cuba ko uji dia..heheh..hari tu kan.........


knp laila x habiskan ayat uat dorena suspen je.....g tau la bisik je kat telinga dorena ni)

__________________
love is everything or nothing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

tak le doriena..jgn suspen dulu..hari tu ade kwn kita bagi planta kat walique pastu dia gi sapu kat rambut..ihhh tak senonoh tul le walique tu..patut le rambut dia berkilat semacam jek..

__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


laila wrote:

tak le doriena..jgn suspen dulu..hari tu ade kwn kita bagi planta kat walique pastu dia gi sapu kat rambut..ihhh tak senonoh tul le walique tu..patut le rambut dia berkilat semacam jek..


ye ke laila.nampaknya kita kena hantar walique ni masuk belajar balik ni sampaikan plata diletakkan di rambut.(sambil geleng kepala) Rosak,rosak otak walique ni

__________________
love is everything or nothing
1 2 35  >  Last»  | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard