Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lembaga Hitam Berupa Orang Minyak


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Lembaga Hitam Berupa Orang Minyak


Kisah ini terjadi sekitar tahun 2001-2002 dan kisah ni pernah gempar di dalam suratkhabar dan majalah2 (variasari dan lain2).Pada waktu tu aku turut menyaksikan peristiwa itu berlaku.Peristiwa ini mungkin ada banyak versi,tapi ini versi yang aku alami sendiri.

Kejadian ni mula berlaku entah berapa hari,tapi aku hanya mengetahuinya setelah aku menziarahi ibu bapa aku di rumahnya.Sebaik sahaja aku sampai di rumah orng tua aku,mak aku terus menceritakan yang kampong aku sedang di ganggu orang minyak,terkejut aku belum sempat aku duduk di kusyen.Aku pun dengan spontannya bertanya bila perkara ni berlaku,kata mak aku dah beberapa hari dah berlaku,tapi diorang ingat pencuri.

Emak aku berkata ada orng berjumpa orng minyak ini terhendap2 di tepi rumah,mula2 diorang ingat pencuri sebab dia datang waktu malam,gelap jadi cuma nampak susuk tubuh manusia bergerak2 dalam gelap tu,apabila di tegur dengan pantas ia berlari dan terus hilang.Kata mak semenjak hari tu tiap2 malam,ada orang berjaga2 di keliling kampong (rukun tetangga).Dengar aje musibah melanda kampongku,dengan semangat yang waja aku pun turut sama menjoinkan diriku dengan diaorang.

Tapi yang masalahnya aku ni bekerja shift jadi kalau shift petang dam malam aku tak berupaya nak join diorang,jadi aku hanya boleh bersama diaorang masa aku keje pagi saje,sebab tu banyak perkara yang terjadi aku terlepas.Bermula pada hari tu aku kerap ke rumah orang tuaku apabila ada masa terluang.Ada satu hari tu selepas aku balik dari rumah orang tuaku,semasa melintas depan masjid,aku tengok ramai berkerumun dalam dan luar masjid.Aku pun memberhentikan motosikal aku dan bertanya pada salah seorang yang berada di luar masjid tu.

Katanya diorang dapat menangkap orang minyak tu dan di kurung di dalam botol.Dengar saja aku terus parking motorku dan terus ke dalam masjid untuk melihat rupa orng minyak tu.Aku lihat ramai orang bersesak2 di dalam masjid tu,penuh dengan orang dewasa dan kanak2 pun ikut sama berhimpit2.Aku berkata dalam hati macamana nak tengok orang sikit punya ramai,aku pun mencari lubang di celah2 pintu masjid akhirnya dapat juga akau tengok ke dalam itupun dengan aku mengusik budak2 yang berhimpit kat situ.Aku berkataHoii!! Hampa ni tengok2 orang minyak ni dah muka dia buruk sat gi malam hampa tak buleh tidoqdengan muka yang amat serius maka berseleraklah mereka lari dan dengan mudahnya aku terus mengendap kat situ dengan aman.

Apa yang aku nampak ada satu botol yang kosong berada ditengah2 orang ramai yang sedang membaca ayat2 suci.Botol itu di pegang oleh beberapa orang sebab ianya kelihatan a bergerak2.Tapi yang suweynya dah tiba waktu aku nak pegi keje nak tak nak aku terpaksa meninggalkan masjid tu degan seribu kehampaan.Aku pun tak tahu apa yang terjadi lepas tu.

Pada hari berikutnya aku mendapat panggilan talipon dari seorang kawan yang mengatakan ada seorang bomoh wanita datang untuk menangkap orang minyak ni aku tanpa banyak bertanya terus ke tempat kejadian,masa aku sampai orang dah penuh kat rumah yang di katakan ada orang minyak masuk tu.Aku tengok bomoh tu siap berpakaian hitam umurnya dalam lingkungan 35-40an.Cantik orangnya berkulit putih dan tak nampak gaya macam seorang bomoh.Upacara penangkapan orang minyak pun bermula,kami hanya boleh melihat dari luar rumah saja sebab,bomoh tu tak membenarkan sesiapa pun naik keatas rumah walaupun tuan rumah itu sendiri,katanya akan menggangu kerja2nya.

Jadi terpaksalah tengok kat luar saja,nasib baik pintu dan tingkap tidak di kunci jadi boleh nampak dengan jelas jugaklah sebab rumah tu kecik je dan pintu dan tingkap rumah tu agak besar dan di buat dari kayu.Aku ni macam biasalah nak cari spot yang lebih clear nak tengok apa yang bomoh tu buat.Apa yang aku tengok mukanya serius sekali tak macam mula2 tengok sentiasa senyum.Dia berdiri tegak sambil matanya seperti mencari sesuatu,hamper 5 minit dia berkeadaan begitu kemudian secara tiba2 dia melompat kearah alang rumah seperti menangkap sesuatu.

Kemudian melompat kekiri kekanan dengan pantas tak seperti manuasia biasa seperti ada satu tenaga misteri.Dalam rumah riuh dengan bunyi lompatan bomoh tu,dengar macam nak roboh rumah tu.Perkara ni berlaku lebih kurang sejam jugak,habis tunggang langgang barang dalam rumah dan kemudian senyap,lepas tu bomoh tu keluar dengan satu botol yang di tudung dengan kain hitam,aku tengok bomoh ni rilek je tak nampak penat pun.Kemudian dia suruh bawa botol tu ke surau berdekatan dan sekali lagi suwey aku terpaksa pergi kerja dan aku tak tahu apa yang berlaku lepas tu.Apa yang aku dengar ada yang kata diaorang dah hapuskan makhluk tu.Tapi kata bomoh tu ada lagi,hah sudah ingatkan sekor je.

Terlupa pula aku nak bagitau macamana diorng kata ini orang minyak.Ada seorng makcik ni nampak makhluk di terhendap2 di belakang rumah jirannya melalui tingkap kaca dapur rumah nya yang tidak tertutup rapat kebetulan dia hendak ke bilik air.Jarak dapur rumah makcik ni dengan jirannya hanya beberapa meter sahaja.Makcik ni berkata makhluknya seperti manuasia,Cuma badannya hitam berkilat seperti di lumur dengan minyak hitam dan kalau tidak di sinari cahaya lampu ia seakan2 bayang2.Semasa kejadian ini berlaku setiap rumah sentiasa di terangi cahaya lampu ,dalam dan luar rumah pada malam hari kerana ketakutan.

Selepas kejadian bomoh tu,pada suatu senja semasa aku meronda,terdapat satu kumpulan mengatakan ada satu rumah ni telah di masuki orng minyak,dan aku apa lagi terus pergi ke tempat tersebut.(kami meronda berpuak2 dan terbahagi beberapa kumpulan).Waktu aku sampai tu orang dah ramai dan keadaan sungguh bising dan riuh sekali.Aku bertanya pada seorng pakcik tu apa yang berlaku,dia kata orng minyak tu nak masuk ke satu rumah dengan mengopek salah satu bumbung,kebetulan anak dara yang empunya rumah tu ternampak dan menjerit, jeritan tu kuat dan terdengar oleh orang kampong yang meronda di kawasan tersebut,apalagi di serbunya rumah itu.

Semasa meyerbu tu ada yang ternampak lembaga hitam terjun dari bumbung ke dalam semak berhampiran rumah itu,di serbunya semak itu dan dibelasah hingga rata semak tu tapi lembaga hitam itu sudah menghilangkan diri.Aku tak menyerbu sama , aku tengok dah ramai menyerbu ke situ,aku takut silap2 kayu tu hinggap atas kepala kang naiya sebab diaorang pukul macam orng gila.Dalam dok kalut tu ada terdengar pula riuh kat belakang kami dalam beberapa meter,aku pun menyusahkan diriku pergi kesitu.Aku tengok diorang sedang memukul sesuatu,rupa2nya mereka sedang membelasah seorang lelaki.Teruk lelaki itu di kerjakan sampai lembik,kalau tak ada orang yang menyabarkan mati orang tu,dalam 20 orng memukul,nasib baik dengan sepak terajang kalau dengan kayu gerenti mesti kojol dah orng tu.

Aku bertanya pada salah seorng lelaki yang mebelasah orang tu,katanya orang tu orang Indonesia dan dia memarahi orang kampong memukul orang minyak tu,atas sebab apa dia pun tak pasti tapi katanya orang indo itu rakan subahat orang minyak itu.Kemudian mereka membawa orang indo itu ke balai polis berhampiran.

Malam keesokannya aku pergi meronda lagi sambil aku bertanya apa yang terjadi pada orang indon tu,diorang kata polis terpaksa melepaskannya kerana tiada bukti.Pihak polis memarahi orang kampong kerana mengambil tindakan tanpa usul periksa.Kalau tak silap aku malam inilah malam terakhir kejadian orang minyak ni,malam tu diorang ada mengimport seorang ustaz muda dari pattani dan ada yang menceritakan dia adalah seorang murid dari guru pondok yang terkenal disana.(dikatakan pernah menggunakan parang terbang masa zaman penjajah dulu).

Malam tu kami beramai2 bersama2 ustaz tu memulakan aktiviti ghostbuster.Ustaz muda tu menasihati kami semua agar tidak tergopoh-gapah,haruslah dengan tenang menghadapi situasi ini.Malam itu kalau tak silap aku,3 ekor dapat di tangkap dan di hapuskan.Salah seekor tu dapat ditangkap dekat tempat aku meronda.Ustaz ni tak bagi kami ramai2 ikut di sebab akan mengganggu kerjanya,hanya 2 orng saja yang ikut dia.Ustaz tu tangkap dan kurung dalam botol dan diorng minta makhluk itu di hapuskan,waktu tu juga.Ustaz tu bersetuju,maka bermulalah upacara penhapusan itu.Ustaz tu meletakkan botol tu di satu kawasan lapang dan kami ramai2 mengelilinggi botol tu.Aku lihat ustaz tu membaca ayat2 suci dengan perlahan adakalanya sedikit kuat,hamper 20 minit taka da apa2 pun,dan tiba2 botol tu meletop,kami semua terkejut.

Aku lihat ustaz itu banyak menggunakan tenaga dalaman kerana dia berpeluh2.(pendapat aku).Selepas tu dah tak berlaku ada apa2 lagi,jadi aku pun balik,waktu tu hampir 2 pagi.Selepas hari tu dah tak dengar lagi ada yang kena ganggu.

Lepas hari tu ada aku dengar orang2 tua bercerita yang makhluk yang menggangu tu bukan orang minyak kerana ada tuannya dan ada pula yang mengatakan bahawa ada sekumpulan orang yang ingin mencuba ilmu mereka sebab tu mereka hanya mengganggu saja tiada yang menjadi mangsa mereka.Yang mana satu betul aku pun tak tahu tapi yang pastinya pengalaman ini tak dapat aku lupakan sehingga hari ini.

Pengajaran yang terdapat di sebalik kejadian ini

1-Budak2 yang melepak waktu malam dah tak de

2-Masjid yang dulunya,bila time solat hanya ada tak sampai 10 orang kini penuh bersesak2 tak kira laki perempuan

3-Dulunya kurang kita dengar orang mengaji kini rata2 rumah ada orang mengaji.

4-Yang dulunya kaki berjalan malam dah tak de,semua duduk kat rumah atau meronda.

5-Yang tak pernah solat kini dah ramai yang solat (bukan nak mengate tapi memang betul).

6-Yang mana cakap besar mengaku samseng sekarang dah diam.(takut le tu).

7-Geng merempit waktu malam dah tak de.

Kalau ade yang aku tersilap taip 2 maaflah ye

Yang baik tu datangnye dari DIA. Yang kurang baik tu datangnya dari aku



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

owh...ok2 x per aku maafkan kau....duhai big brother...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

tq.....tq.....sbb maafkan haku,tapi apa yg aku buat salah.....

cer.....cite....cer....cite.....

conpius ni......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

halaaahhhh takde ke korek2 cerita kat orang lain? huhuhu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

laaa ko yg mnx maaf dlu kan..so aku maafkan je la keslhan ko..yehaaa muaahahahah

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Cik reza,tgh dok korek la ni tapi diarong manyak kedukut la...haiya.......

Ade ke haku mintak maap cik aida.aiiyo....yo........banyak sori........lupa lak....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ayoyo abg besar..sikijap sdh lupa kaa??
ko duku skit dorg bru dorg x kudukut...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Baru2 ni ada haku jumpa kwn aku ni dia pun ada waktu kejadian tu

Aku pun apa lagi terus mewawancara beliau mcm wartawan

Dia kata mereka ni datang berkumpulan dan nak test ilmu diorang.

Tapi terkantoi sbb belum selesai nak mengetest ilmu mereka

Mereka pulak yg kena test dgn ustaz tu

Mereka tak berjaya lalu mereka pun pindah

Kata kwn aku yg dapat ditangkap dan di musnahkan tu adalah pendamping mrk (syaitan belaan)







__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ooo ske2 dtg kpg org buat hal...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard