Hurm , lame jugak aku tak jenguk blog ni .. heheh . aku nak share cerita seram tapi aku amik dari cerita RUMAH KENTANG kat channel berape tah .. tak ingat dah .astro box office rase nya . try ler tengok kalau rajin . huhu .. kalau korang dah dengar sory ah :D . and kalau tak seram aku nak mintak ampun .. hahaha ! okayy-okayy . cerita dia berbunyi begini :-
Ada sebuah rumah di Indonesia . rumah tu besar giler . dulu ade budak mati dekat rumah tu . rumah kentang ni di duduki oleh sabrina ( bukan nama sebenar ) yang mati dibunuh . tapi tak tau siapa yang bunuh . setelah berkian tahun polis menyiasat akhirnya mereka berputus asa untuk mencari pembunuh tersebut .
suatu hari , Farah ( bukan nama sebenar ) dengan adik dia Rika (bukan nama sebenar ) pindah dekat rumah kentang tu . sejak ibu bapa mereka meninggal , mereka berdua tinggal same-same . suatu malam Rika cakap dengan farah . dia cakap dia nak pindah sebab dia takut. Dia cakap kat rumah tu bukan dia dengan kakak dia je duduk . tapi ade orang lain lagi . farah tak percaya cakap rika . akhirnya dia membuat ritual yg telah dilakukan oleh sabrina sebelum sabrina mati dulu untuk membuktikan bahawa perkara yang telah rika katakan sebelum ni tidak benar .
sejak dia buat ritual tu hidup dia tak tenang .. dia sering diganggu oleh seorang roh budak kecil yang mati tidak tenang . di sebabkan dia tidak tahan dia ingin menjual rumah kentang itu . dia memanggil dukun untuk mengusir roh itu . tapi , malang nya dukun tu tak berjaya . roh tu marah . dia cakap rumah tu rumah dia . jadi dia tak kan keluar sampai bile-bila .
suatu hari , sedang farah memasak di dapur tiba-tiba dia terbau kentang . dia terlihat sebuah kuali yang sedang mendidih di atas dapur .. di dalam kuali itu ade banyak kentang . farah yakin yang roh budak tu yg buat semua ni .
akhirnya farah berniat untuk bersemuka dengan roh itu . farah tanya kenapa roh budak tu tak tenang . rupa-rupanya roh tu mati dalam keadaan yang tak wajar . budak tu mati dalam kuali yang sedang mendidih yang berisi kentang . pembantu rumah geram dengan budak tu lalu tolak budak tu dalam kuali yg sedang memasak sup kentang . kemudian dia mengaul budak tu dalam sup tu . lepas tu pembantu rumah tu hidangkan sup tu pada family roh budak tadi .keluarga budak tu tak tau yg mereka telah makan anak sendiri ..sejak hari tu keluarga budak tu tak tau dekat mane anak mereka .
*mungkin cerita ni separuh je tapi rumah kentang tu betul-betul wujud kot.. kalau tak percaya search internet ..
#doakan aku untuk exam PMR nanti
-- Edited by paiey on Saturday 11th of May 2013 12:17:50 AM
errr...aku dh search intenet dh ternyata semuanya hanya dusta semata2...opsss...hehehe,sbenar nya ini kisah hnya dlm filem indonesia yg release last year...kalau aku slh tgk tlg lerr betulkan...
ce citer sampai abih. tak puas ati betoi citer sekerat2 ni. orang ske gak baca citer2 seram, tapi nak nonton... sori la, nak g jamban kang tak pasla2 suh anak teman.. kui kui... punyer penakottt..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Hahaha. itu bese a tu. saya mmg minat gler nk denga ke nk tengok cter antu ke, tp kalu terjadi sndiri, mmg x minat ler. uish. minx d jao kn... tp jarang la pas tgok cter antu ajak org teman, sbb saya lg takotkan org yg saya ajak teman tu, sbb dye la hantu nye ! hantu dok main tutup lampu. geram ! takot lg tu. pergh, luah perasaan jap. hehehe
__________________
assalamualaikum. aku mmg nak bercinta tp aku akn tunggu JODOH yg sebenarnya muncul~~