Kisah ini berlaku pada saya ketika berumur lebih kurang 7 atau 8 tahun macam tu.Ceritanye tak lah seram sangat tapi bagi saye waktu umur macam tu memang seram.
Intro Saya tinggal di utara tanah air.Kampung saya berada di kawasan pendalaman di negeri kedah.Rumah saye ni berdekatan dgn laut,jadi pekerjaan kebanyakkan org kampong saya ialah nelayan termasuklah ayah saya.
Ceritanya begini,kalau tak silap saya hari tu hari jumaat sbb saya x sekolah (di kedah cuti sekolah jumaat dan sabtu).Pada petang tu ayah x ade di rumah kerana turun kelaut (ayah menangkap ikan pada waktu malam dan balik keesokan harinye)
Tinggallah saya,emak dan adik di rumah.Setelah selesai menonton tv lebih kurang pkl 11 lebih mcm tu saya pun masuk tidur.Saya dan adik tidur sekali dengan ayah dan emak sbb kami masih kecil lagi.
Dalam tidur nyenyak tu saye terjaga sbb nak buang air,waktu tu pkl berapa saya x tahu sbb kat dlm bilik x ade jam (jam dinding cuma ade satu kat ruang tamu) jadi saye pun bangun sambil mengesat mata.
Tiba2 saye terpandang satu lembaga berupa bayangan hitam melintas di hadapan bilik tidur saya.Terlintas di fikiran ayah dah balik kot? Tapi ayah selalu balik waktu pagi,kalau ayah dah balik tentu dia akan memanggil nama mak sbb pintu rumah di kunci sebelah dalam.Orang dari luar memang x boleh masuk.Kalau nak masuk mesti org dalm yg kene buka.Bilik tidur saye sebenarnye tak berpintu,rumah kamponglah katakan.
Waktu tu saye memang x rase ape2 sbb ingatkan itu ayah,tapi was2 juga sbb x dengar bunyi pintu di buka dan bunyi tapak kaki orang berjalan pun x de.Rumah saye bertiang dan berlantai papan kalau org berjalan tentu lantai akan berbunyi di tambah pulak waktu malam yg sunyi sepi.
Kemudian saya pun gerakkan mak yg sedang lena tidur.Mak..!!Mak..ayah dah balik dengan suara yg perlahan.Emak pun bangun.Ayah hang balik ka? Kata mak,saya pun tunjuk dengan jari kearah lembaga tersebut.Emak pun bingkas bangun dan melihat kearah yg saya tunjukkan.
Emak pun terkejut sbb waktu saya tunjuk tu lembaga tu sedang melintas tapi tidak kedengaran bunyi apa2 pun walaupun bunyi tapak kaki berjalan.Emak tak berkata apa2 sbb terkejut saye pun tak pasti.Apa yang saye nampak emak meraba2 hujung dinding di bahagian atas kepala dan emak menarik sesuatu rupa2nya parang ayah yg ayah gunakan untuk melapah daging lembu dan sememangnya parang itu emak sengaja simpan di tepi dinding untuk keselamatan kami sekeluarga sepanjang ayah tiada di rumah.
Emak bangun perlahan2 dan menjerit,Hoii sapa tu dan dengan sepantas kilat lembaga tu hilang,emak meluru keluar di ikuti saya tapi kami x jumpa apa2 pun.Emak periksa pintu dan tingkap kalau2 di kopek tapi semuanya elok berkunci tidak ada tanda2 pecah masuk.Saye bertanya pada mak ayah mana dan mak berkata yg saya mengigau mungkin untuk menyedapkan hati saya.
Lepas saye buang air kecil (lepas kejadian tu baru terasa nak buang air) emak suruh saya tidur balik,saya tengok mak tidur sambil mendakap parang ayah (untuk berjaga2).Entah pkl berapa saye terlelap saye pun tak sedar.Keesokan harinye selepas ayah pulang emak menceritakan apa yg telah berlaku.Ayah pun naik kerumah dan memeriksa setiap penjuru rumah takut kalau2 ada org berniat x baik kepada kami sekeluarga.Dan emak baru teringat untuk melihat duit dan barang kemas yg beliau simpan takut2 hilang.Alhamdulillah semuanya ada syukur pada tuhan,kata mak.
Selang beberapa hari saye terdengar perbualan emak dan ayah.Ayah berkata mungkin yang masuk kerumah itu adalah org yg menuntut ilmu kebatinan yg mana ingin mencuba ilmu yg di pelajari seperti ilmu ghaib dan ilmu ape saya tak pasti tapi kata ayah mereka ini blh memasuki rumah orng walau serapat atau sekuat mana pintu rumah itu.Mereka hanya perlu mencari lubang kecil yg mana angin boleh masuk walau sebesar lubang jarum sekalipun.
Inilah pengalaman saya,nanti kalau ada masa saya akan ceritakan pengalaman rakan dan saudara saya.
Pernah dgr dari org2 tua yg mrk ni blh berjalan atau berlari tanpa mengeluarkan bunyi walaupun di atas bumbung rmh,blh menghilangkan diri secara tiba2 dan msk ke
mana2 tempat atu rmh selagi ada lbg yg membolehkan angin msk.Dulunya ilmu ini bertujuan baik semasa pada zaman penjajah dulu,tujuannya ialah menyerang musuh
dgn senyap2 atau mencuri kelengkapan musuh,mencuri makanan yg di rampas oleh pihak musuh.Tapi sekarang ilmu ini telah disalah gunakan untuk mencuri dan lain2
arwah atuk reza ni memng suka sangat tumpangkan orang kat rumah.. tapi masalhnya...selalu sangat orang yg dia tumpangkan tu bertujuan tak baik iaitu nak cuba ilmu dia... diorang ni ilmu hitam.... antaranya ada sorng ni..orang batak.... rumah reza ni berhadapan dengan gunung (rumah kat kaki bukit) ilmu dia..memang boleh jalan tanpa bunyi... setiap malam purnama dia akan jalan ke atas gunung tu...makan pucuk2 yang paling atas... dia juga makan cicak sume..adoii..loya tekak..heheh tapi...dia pernah nak ***** ibu reza..ibu terkejut waktu bangun tido, dia dah senyum2..die duduk kat bawah kaki ibu...
haaa betul.... arwah atuk tu ha yg suke sangat percaya pada org tak kenal pernh juga... org yg ditumpangkan tu tanam barang dalam rumah.. sampai arwah sakit...