Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: penangal - copy paste (the flash)


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
penangal - copy paste (the flash)


nota kaki- cerita ini di ceritakan oleh bapak aku. waktu ni bapak aku masih bujang. dan bapak berasal dari Sayong, Kuala Kangsor.
lewat 70an macam tu la cerita bapak aku. dia bukak cerita ni selepas kami semua pulih.
Sebab aku pernah bertanya. kenapa bapak cam rilek2 je time kakak kene ( cuma sekali je die KO. terbaring depan tv.
die cakap terkejut.org tua kan. hehe)
Dia cakap. dulu kampung dia penah ada org menuntut ilmu penanggal.orang minyak pun ada kejap.
tahun 2005 cam tu. dia cerita benda ni dekat aku. 3 hari dia cerita kat aku. dan dia akan bercerita di kedai kopi fames di
teluk intan. selalu bila aku balik. dia akan ajak g teluk intan. untuk pegi beli pasar.baja. dan lain. dan bila singgah di kedai
kopi tu. dia start cerita.. 3 hari berturut aku ikut bapak aku ke pekan.

saya mempersembahkan karya terbaru saya. hahahahahaha sengaja tulis macam ni. nak membiasakan diri untuk menulis buku.
( puiiii)



PENANGGAL ( kisah benar dari pengalaman sendiri)



Sayong merupakan kampung kecil yang terletak di persisiran sungai dan terkenal dengan pembuatan labu sayong ( hingga kini)
ketika itu. aku mengambil upah menggali tanah liat. untuk di bekal kan kepada pembuat labu. upahnya rm8
zaman itu rm8 boleh buat engkau kaya dan makan kenyang.
susah. susah untuk mencari tanah liat yang betul padu dan kurang air.
kadang pembuat labu agak cerewet tentang tanah2 liat ni.
nak yang hitam2. dan yang pejal.
jadinya.
kadang aku terpaksa masuk ke ceruk2 kampung dan kadang2 ke Ipoh menaiki bus
untuk ke bekas2 dan lombong bijih yang ada di sekitar ipoh ketika itu

ketika aku dan kawan2 aku
Junid , Mat Topo dan Linggam sering kali berjalan sama untuk ke Ipoh
kadang2 kami menghabis duit gaji ke panggung wayang Lido.
tonton cerita hindustan.

satu malam
selepas aku pulang dari Ipoh dengan menumpang lori bawak ayam.
aku turun di pekan Kuala. dan kebetulan. aku sudah menyuruh Linggam menunggu aku di bas stesen
Linggam ketika itu boleh di label anak orang kaya. bapaknya doktor. tetapi Linggam suka menjadi orang biasa.
malas hendak ke London untuk stady.
jadi nya Lnggam ada motosikal.
sampai di kampung. kira2 jam 10 malam
memang gelap.
elektrik ketika itu tiada di kampung
semua pakai lampu tanah.

malam itu sedang aku tidur.
kedengaran bunyi canang ( sejenis alat muzik dalam dikir barat ada, bunyi dia ala2 bunyi besi di ketuk tu)
sebab tu ada kata bidalan. bercakap takkan la nak pukul canang.

org kampung faham
bila dengar bunyi canang ni
selalu ada hal2 emergency. ( bapak cakap dulu penah sekali bunyi canang. ada rumah org terbakar. tertumpah mnyak tanah)

nenek dan org kampung yang lain. memng masing2 menyimpan canang di dalam rumah
senang kalau jadi apa2.

cepat aku bangun. terpisat. dan kelihatan bapak ( datuk penulis) sudah keluar memegang parang.
torchlite ada ketika itu. tapi nak dapatkan bateri payah.( susah jugak org dulu2 kan. huuuuu)

cepat mereka berkumpul di depan rumah Ketua Kampung , nama nya Tok Aziz , jadinya aku namakan dia sebagai ( TA )
TA ni bekas guru silat dan di percayai penah mengajo anak2 Sultan Perak silat dan mengaji.
Ilmu nya tinggi, dan banyak mitos dan cerita pasa TA ni.

time tu aku duduk di barisan belakang.
malas nak ke depan. nanti di marahi org2 tua
duduk di
TA berdiri.

aku tersengguk2 kepala ketika itu. mengantuk.
sebab tak lene dalam lori ayam , pemandunya india. memasang lagu India sepanjang perjalanan.hehheeh
siap menyanyi

"Encik2 semua. kampung kita ni di landa musibah. bla bla bla bla." kata TA
aku dengar tak dengar. mamai.
tetapi tiba tiba telinga aku menangkap sesuatu dari mulut TA

"...nampak nya. ada yang menuntut Ilmu Penanggal dekat kawasan kita ni..."

serta merta aku celik.!
ketika itu. aku tak tau Ilmu penanggal itu apa.
kalau terdengar bunyi orang mengilai2 tu.
pernah la jugak semasa kami di lombong mengambil tanah liat.tapi tak nampak banyangan atau kelibat.


aku segera mendongak kan kepala.
"hati hati semua. amalkn ayat suci QUran. dan jangan takut. mungkin benda itu hanya lalu di sini sahaja." ujar TA.

rupanya.
anak Lebai Leman, Ros.ternampak penanggal di hujung tingkap rumah.
kebetulan Ros ketika itu bunting pelamin
dan suaminya berkeja di Ipoh.
menjerit dan kata Lebai Leman. dia pun nampak benda itu
hanya kepala yang bergantung2 di awangan.

orang kampung ketika itu.bercakap2 mendengar penjelasan Lebai Leman.
"sudah. balik. aku terpaksa memanggil kamu semua malam ini.nanti esok pagi masing sudah tiada. ke tempat kerja,aku bagitau untuk korang berjaga2. mana tahu." pesan TA

kami balik.
dan malam itu. Kampung kami sunyi...tiada ada apa yang berlaku.
dan sejak hari itu.

untuk 2 bulan seterusnya.
seluruh kampung di dalam ketakutan................



AKAN BERSAMBUNG

*ini baru trailer je hehehe*


Penanggal ( kisah 2)


nota kaki- aku adalah bapak pada tahun lewat 70an


malam itu aku pulang dari bandar kuala kangsar.bersama dengan Linggam
sejuk . baru lepas hujan
dan kami singgah hampir 3 kali sepanjang perjalanan. kerana aku dan Linggam masing2 kesejukkan ( naik motor) dan berhenti di masjid membuang air. dan Linggam. dia taknak masuk. "saya hormat" lalu di kencing tepi2 jalan sahaja. mujur dalam beg beliau ada sebotol air.

tiba di kampung jam 12malam
dan linggam pulang ke rumahnya,kira2 3km dari kampung aku

setiba di kawasan kampung
aku harus berjalan kaki sepanjang 300meter untuk ke rumah
ketika itu jalan sedikit berlumpur , jalan masih tanah merah. separuh baru siap di tar.

segera aku menyinsing seluar dan menanggalkan kasut.
"kene hati hati ni. kalau tak. mahu mandi lumpur" getus aku dalam hati
takut tergelincir. aku juga yang penat kena menyental di tepi tali air


sedang aku terjingkit jingkit.

ZAAAAAAAAAAASSS! SEPERTI ADA BEBOLA API TERBANG MELAYANG DI HADAPAN KU!
DAPAT KU LIHAT. MEMANG BEBOLA API!
DAN TIBA TIBA MELINTAS KEMBALI!

YA ALLAH! UJAR KU DALAM HATI

APA TU?
dan dari jauh
kelihatan
seakan2 ada benda berjurai. mengelilingi rumah Lebai Leman.
hampir dua tiga kali berpusing
dan aku?
berdiri terpaku
sedar tak sedar. kaki aku sebelah terbenam dalam lecak lumpur!

dan ZAAAAAAAAAS!
HILANG!

AKU MEMBUKA MATA SELUAS LUAS. UNTUK MENCARI.
HILANG
GELAP SUNGGUH MALAM ITU.HANYA CAHAYA BULAN DAN BINTANG YANG MEMBANTU AKU.
YANG ADA PUN 2 3 JAMUNG DI PINTU MASUK KAMPUNG

AKU MENYANGKAKAN. MUNGKIN MAINAN PERASAAN AKU
atau mungkin burung hantu.


aku meneruskan perjalanan dan kira2 5 minit selepas itu

kedengaran dari arah belakang. seperti ada bunyi2 tikus . tetapi kasar
berdecit2! kuat dan nyaring!
dari arah belakang
segera aku memalingkan badan

DAN TIBA TIBA
DI HADAPAN KU. KIRA2 5 KAKI
KELIHATAN KEPALA TIDAK BERBADAN!
RAMBUT NYA KUSUT DAN KELIHATAN DARI BAWAHNYA.
TERJUNTAI2 SEPERTI TALI.
AKU KURANG PASTI APAKAH ITU
aku tak nampak!!

yang aku nampak!
BENDA ITU HANYA ADA KEPALA!!

PANTAS AKU BERLARI KE RUMAH!
BERPELUH APABILA TIBA DI RUMAH!

"MAK..MAK! BUKAK PINTU MAK" JERIT AKU DARI LUAR.
1 MINIT. BARU MAK MEMBUKA PINTU.

"KO NI KENAPA MAT?? MACAM NAMPAK HANTU. GELABAH JE" MARAH MAK

"memang mak! mat nampak hantu takda badan. kepala je mak!!" ujar aku

"dah dah! pegi mandi! mengarut la kau ni.balik lagi lambat3! kan dah fikir macam2" balas mak.

segera aku mencapai kain pelekat dan mandi.
malam itu aku tidak boleh tidur.

aku tahu
itu bukan mainan minda aku.
ituke yang TOk Aziz cakap kan?
Penanggal?



AKAN BERSAMBUNG

PENANGGAL ( PART II )

nota kaki- ini sambungan dari kisah yang pertama. baiklah. saya akan habiskan kisah ini dahulu. then baru sambung kisah di sekolah




Malam itu kampung aku gempar.
dengar2 ada orang berjumpa hantu tiada badan
hanya KEPALA!

macam yang aku jumpa tempoh hari!!
dan kali ini.yang mengemparkan.
ada mangsa terlihat semasa mandi ( tandas zaman dulu rata2 semua di luar. open air. tutup zink je)

malam itu dengar orang membaca Yassin dan Quran di setiap rumah
dan aku cuti mengejut. tidak ke ipoh!! takut!
duduk di rumah dan membaca Quran!
Bapak keluar. dengan beberapa orang kampung



jam 10 malam. kampung aku senyap ( ketika itu. 10 malam umpama 3pagi. sunyi gila dah)
masing sudah masuk tidur. walaupun agak lewat.
dan aku. duduk di pangkin rumah ( di luar)
tak boleh tidur
aku melepak dengan sahabat baik aku . Nama nya Nasir. seorang kerani sekolah.
"Nasir. kau tau tak aku penah nampak hantu tu." ujar aku
dan Nasir seakan ingin tahu
jadi masa terluang kami di penuhi dengan cerita aku terserempak.
dan tiba ke jam 1130+ lebih kurang.
kami masih berborak, hal2 lain. termasuk hal2 berkahwin

dan tiba tiba. kelihatan dari jauh. terdengar deruan angin.
tiba tiba sahaja. dan menerpa muka kami
sejurus itu pokok rambutan di rumah. bergoyang
sepertinay hari mahu hujan lebat.
tetapi langit penuh dengan bintang2.

dan tiba tiba Nasir menuding jari!!

"mat!! kau nampak tak??" ujar Nasir
dan kami berdua nampak seperti ada objek melayang2 keluar dari semak.
berlegar2 di simpang masuk kampung.
dapat di lihat dari jauh
kerana ada jamung yang hampir2 padam ( sebab angin kuat tadi)

"cepat sembunyi" bentak aku
bingkas kami berdua sembunyi di bawah rumah!

dan kelihatan penanggal itu berlegar2 di rumah Ros. rumah Yang Kalsom dan Rumah Bibah
kebetulan.
Yang Kalsom dan Bibah baru 3 4 hari bersalin
cuma Ros belum lagi. baru cecah 6 bulan macam tu kot.

dan kelihatan Penanggal itu berbunyi2 . berdecit2.
dan kelihatan dia berada di atas bumbung rumah Yang Kalsom ( YK )
dan perlahan....penanggal itu berpusing ke belakang. dan lenyap!

aku dan Nasir hairan! mana benda tu pergi!????????

kira kira 5 minit..

AAAAAAAAAAAAAARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

TERDENGAR JERITAN DARI RUMAH YK!
cepat2 aku dan nasir keluar dari bawah rumah dan kelihatan penanggal itu meluncur laju keluar dari tingkap depan rumah.
dan terus terbang masuk ke hutan!

dan aku dan nasir. tanpa berfikir panjang

KEJAR!!
pantas kami berlari. dan aku di depan dan mata ku tak putus2 melihat bende itu terbang
takut2 hilang dari pandangan!!!

hampir 2 minit kami berlari mengejar benda itu
entah kenap. sifat ingin tahu mungkin!

dan tiba tiba
aku hilang arah.
entah di mana benda itu pergi!!
tercari2 kami di dalam hutan getah.
yang ada hanya pokok2 getah.
sunyi
takut juga kalau ada binatang buas!

"Nasir. kita baca apa yang patut. kalau nampak ape2.bagitau dan lari balik" ujar aku
walaupun takut
tapi kami tetap tegar nak tengok. kemana benda itu pergi

TIBA TIBA TERASA DERUAN ANGIN DARI ARAH KANAN KAMI
DAN CEPAT2 KAMI BERPALING DAN ALANGKAH TAKUTNYA!

TERPACUL DI DEPAN KAMI
PENANGGAL!

MUKA NYA TAK JELAS
TETAPI MEMANG DAPAT AKU MENDENGAR. SEPERTI BUNYI TITISAN HUJAN
MENITIK2 KE BAWAH.
DATANGNYA DARI BENDA ITU!

AKU CUAK.
DAN NASIR SAMA SEPERTI AKU!


DAN KAMI BERDUA DAPAT MELIHAT

PENANGGAL INI MEMANG TIADA BADAN! HANYA KEPALA YANG TERGANTUNG! BERSAMA DENGAN ISI PERUT!
DAN KELIHATAN MACAM TALI2 BERJURAI2.!

AKU TERPAKU. HANYA 2 LANGKAH MEMISAHKAN KAMI!
AKU MULA KECUT PERUT.

DAN BENDA ITU KE ATAS DAN KE BAWAH. SEPERTI MENGAJUK AKU DAN NASIR.

PAPPP!! BAHU KU DI TEPUK!
NASIR MENEPUK BAHU AKU. MEMBERI ISYARAT BAHAWA SUDAH TIBA MASA UNTUK CABUT!!!


LARI!! BERLARI KAMI BERDUA!!

SECEPAT YANG MUNGKIN!
DAN KEDENGARAN BENDA ITU BERDECIT2 KUAT!
NTAH AKU PUN TAK TAHU
BENDA ITU MENGIKUT ATAU TIDAK!
DAN YANG PENTING
SEPERTI ADA BENDA TERBANG DARI ATAS KEPALA
KEDENGARAN SEPERTI RANTING DI LANGGAR

prakkk. prraaaaakk! bunyi ranting di langgar!!!
kami berlari. masuk ke dalam kawasan kampun dan ketika itu penuh orang di depan umha YK

dan org kampung terkejut melihat kami berlari dari arah ladang getah dan kami nyaris2 di parang nya!!
kerna sangkan kami ni orang jahat!!
cepat2 aku beritahu bapak

"bapak. benda tu ada kt belakang pak!"
dan sejurus aku memberitahu bapak

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
BUNYI BERDESING DAN PENANGGAL ITU MELINTASI DI ATAS KEPALA KAMI YANG BERADA DI RUMAH YK

DAN MENUJU KE PINTU MASUK KAMPNG DAN LENYAP

AKIBAT ITU. ADA BEBERAPA WANITA YANG PENGSAN.
MUNGKIN TAK TAHAN DAN TERKEEJUT

AKU BERPELUH2. NASIR TEDUDUK DI LANTAI KAMPUNG
DAN AKU MENONGKAH TANGAN DI TEPI RUMAH YK
DAN TERDENGAR
"ANAK NYA HILANG. BERDARAH2 KATIL" SALAH SORG ORG KAMPUNG BERCAKAP DENGAN YANG LAIN
DAN KEDENGARAN YK MENANGIS DARI DALAM RUMAH.

"PENAGGAL TU DAH MAKAN ANAK DIA!! TINGGAL TANGAN BUDAK TU JE TEPI KATI SI EMAKNYA JUMPA!!!!" SALAH SORANG OK SEPERTI MENJERIT MEMBERTIAHU YANG LAIN
dan masing2 terkejut.
dan masig2 takut
itulah serangan pertama penanggal. dan mungkin dia akan datang lagi.




TO BE CONTINUED

Penanggal ( part III )

nota kaki- harap maaf kepada semua yang menunggu kisah2 dari saya. agak sibuk .heheh kene selia itu ini. repot itu ini. hehe
saya sedaya upaya update kurang2 satu hari satu cite.




Keadaan Kampung sudah semakin di dalam ketakutan
dan aku. tak berani dah nak balik lewat
jam 9pm camtu dah sampai kampung!

suatu malam.
hari itu aku bercuti. demam.

kira2 tengah malam. 2am macam tu
terdengar jeritan!

dari rumah Rosnah
dan bila aku keluar.
perkarangan rumah nya di penuhi OK

dan ini cerita dari suami nya , Ahmad

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ketika orang sedang nyenyak tidur
aku terjaga. kesejukan. selimut aku rupanya di tarik Ros
sejuk agaknya.
biasalah. orang baru lepas bersalin
dan aku sengaja mehantar Ros di rumah mak nya
senang menjaga pantang2 nya

dan anak aku. di letakkan sebelah.
anak ke dua aku
syukur.

aku bangun
keluar dari rumah
menuju ke jamban
selesai
membuka gerobok tengah2 malam2
untuk mencari gebor ( selimut)
untuk aku dan tambahan untuk Ros
nampak dia semacam sejuk

hampir 5 minit aku mencari dan memunggah almari
maklumlah
bukan rumah sendiri

dan akhirnya jumpa.,
dalam keadaan mata mamai.
aku berjalan perlahan ke bilik
dan terkejut!!!!


KELIHATAN YANG ADA DI HUJUNG KAKI ROS

LEMBAGA YANG HANYA MEMPUNYAI KEPALA!!

<ignore_js_op>hantu penanggal.jpg

14-1-2013 05:51 PM Upload
Download attachment (15.76 KB)
 

<ignore_js_op>

 

14-1-2013 05:52 PM Upload
Download attachment (6.38 KB)
 



dan kedengaran Ros seperti mahu meronta tetapi badan nye terpaku!

SEPERTI DI PUKAU
AKU TERDIAM
TAK MAMPU BERGERAK

DAN PERLAHAN2 BENDA ITU DATANG DI DEPAN MUKA AKU!

DAPAT AKU LIHAT
WAJAH SEPERTI MANUSIA. MACAM PERNAH DI LIHAT
BERAMBUT KUSUT MASAI
DAN MUKANYA DI PENUHI DARAH
DAN DAPAT AKU DENGAR
BUNYI2 ORGAN DALAMAN BENDA ITU BERGERAK.

DIA MELIHAT AKU
DAN SEPERTI TERSENYUM
DAN!

PANTAS MENYUSUR KELUAR MELALUI TINGKAP DAN KEDENGARAN BUNYI SEPERTI ORANG MENGILAI!!

DAN SEJURUS ITU
AKU SEPERTI BEBAS. BARU BOLEH BERGERAK DAN ROS!!

SEPERTI DI SERANG HISTERIA!!!!!!!!!!!!!!!!!

DAN CEPAT2 AKU MELIHAT ANAK AKU!
SYUKUR!
MASIH ADA
WALAU ADA KESAN2 DARAH DI BEDUNG

DAN ROS
SEPERTI GILA MALAM ITU
JENUH BAPAK DAN TOK AZIZ MENTENTERAMKAN DIA
DENGAN DOA2
DAN HAMPIR SEMINGGU ROS ASYIK MEROYAN
TERINGAT KATANYA.


AKU BUNTU.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"BENDA ni makin menjadi2.kita kena ikhtiar" ujar TA

dan org kampung yang lain
mengangguk faham

perangkap mesti di pasang.



dan aku
memerhatikan dari jauh.

aku dan Nasir mahu jadi mata mata
biar kami menyiasat.!!


AKAN BERSAMBUNG

 

Penanggal part 4


Malam itu. kami dan OK ( orang kampung) sudah bersiap2 untuk berjaga malam
mungkin malam ini Penanggal akan datang.
atau melintas.

dapat aku lihat. pelbagai senjat di bawa oleh OK
ada parang. sabit, dan tak lupa juga. jaring / jala.
nak di tebarkan di udara kalau terlihat setan berkenaan

malam itu aku turut serta
sememangnya anak2 muda di gesa ambil serta
dan aku sememangya bersemangt
maklum lah. darah muda
lebih kurang 17 org orang muda.( bawah 25 tahun)
aku menanti dengan bersenjatakan kan kayu.
takut aku hendak membawa alatan tajam
takut terjatuh dan terlibas silap orang
nahas nanti

jam hampir 12 malam
sunyi betul malam itu.
tiba tiba!

DERUAN ANGIN.
DAN MASING2 SEPERTI TAHU
MASING2 BERSEMBUNYI.
DUDUK DIAM. DAN MENUNGGU.
dan dari jauh
kelihatan. Penanggal sudah datang. terus dia ke rumah Minah.!
tahu2 sahaja minah baru lepas bersalin
(memang kebetulan dekat kampung time tu ramai yang baru lepas bersalin sebab kata bapak. dekat 8 pasangan kawen serentak. nak jimat belanja ketika itu. nikah pun sekali ramai. bagus la kan? benda baik2 ni patot di cepatkan.hehe)

kami terus mengepung dan berlari ke rumah Minah!
dan kedengaran OK mengetuk dinding rumah minah!

"bangun! bangun!!" cepat lari" kedengaran

dan seperti tahu . benda itu menyusur keluar.
sepantas kilat!! keluar dari tingkap!
dan hampir 7 orang OK mengejar hingga ke dalam hutan getah.
tetapi hampa. mereka hilang jejak.

kami menunggu hingga jam 2am
suasana tenang. dan TA mengarahkan semua pulang
dan semua berpuas hati dan pulang

rupanya. dah memang dasar setan
dia datang balik rupanya malam itu
habis darah si Minah di sedutnya.
selamat budak itu di letakkan di rumah lakinya di Bidor. kalau tidak habis kena.

Mak si Minah sedar.
macam ada orang membuka tingkap.
tengok2 je di bilik Minah.
benda tu sedang melekat di kangnkag minah
dan Minah mata nya terjojol di atas!
berpeluh!
dan benda itu rakus menghisap nifas dari kangkang minah

Mak si Mina cuba mengahalu. mejerit.
tetapi benda itu seakan seronok
hinggalkan mak Minah pengsan kerana terkejut
hingga datang orang kampung. baru la benda itu pergi
itupun 2 3 orang terus azan bila tiba di rumah Minah
bapak si minah sudah 3 bulan meninggal.


dari bawah aku dapat mendengar
walau dalam keadaan mengantuk
Minah menjerit2 seprti mangsa yang sebelumnya
memang kesian
aku tak sanggup dengar.

"kita kena buat sesuatu tok!!" jerit salah sorg OK

dan TokAziz. menjawab" baik . kita buat. esok petang berkumpul di rumah saya lepas asar,siapa yang tak balik keje. hanta org rumah"


bersambung



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Penanggal part 5



Malam Jumaat
penuh surau ketika itu
walaupun sebelum ini sememangnya penuh
tapi kali ini dapat di lihat
kaum2 hawa dan anak2 kecil memenuhi ruang surau.
dan banyak yang membawa botol air. untuk di buat minum

malam itu.
TA berpesan.
supaya balik kerumah
cepat2 kunci pintu dan berjaga2.

bagi yang ada org berpantang ( memang banyak ketika itu. kebetulan. )
di nasihatkan tidur berlapik kan tikar mengkuang.

dan pada petang itu.
aku tengok. bapak aku mengali tanah di tepi rumah
"untuk apa? " tanya aku

"nak tanam pokok limau sama mengkuang." pendek tetapi memang membuatkan aku tertanya.

"kenapa?" tanya aku lagi

"hei. jangan banyak tanya. sini tolong aku" bapak sedikit kurang senang dengan pertanyaan aku.
aku tersentak. cepat2 aku ammbil cangkul dari bapak.
dan 5minit begitu.
kelihatan ada pegembala lembu ( india) menaiki kereta lembu membawa anak2 pokok limau dan mengkuang!!

aku berhenti mengcangkul. hairan. nampaknya. orang kampung pun buat perkara yang sama.
mungkin arahan TA.

cuma ada beberapa rumah sahaja yang ada pokok limau. senang untuk buat bahan masakan. cuma di depan rumah aku ada rambutan dan pokok petai belalang.

kelihatan dari TA menghulur not duit pada pegembala lembu berkenaan. sebagai upah mungkin
memang banyak anak2 pokok limau dan mengkuang.

dan aku lihat 2 3 pemuda menurun2 3 4 gulung tikar mengkuang. dan di berikan pada rumah2 yang ada org pantang bersalin.

aku sememang nya hairan.
seperti ada keramaian. macam ada kenduri
masing2 sibuk
tapi raut wajah masing2 suram dan tidak bercakap
dan aku tahu. ini memang untuk memerangi syaitan itu!

malam itu. aku menyalakan jamung di luar rumah. dan kelihatan. hampir setiap rumah ada jamung.
kalau tidak dulu hanya di simpang depan sahaja.
malam itu aku dan Nasir bercadang untuk lepak di pangkin
memandangkan esok hari minggu. aku dan nasir cuti.

hampir jam 2am. kami melepak. bersembang.
sememangnya aku dan nasir tak boieh tidur malam itu
rasa segar bugar.
seian nya mahu melihat benda itu datang.

seperti di jangka.
dari jauh. terasa deruan angin!!
jamung2 di simpang terpadam!!

cepat2 aku dan nasir menyorok di balik pokok rambutan
hampir 5 minit kami melihat benda itu berlegar
seperti tidak boleh masuk
kami tahu. rumah2 yang di jenguk oleh benda itu
semua rumah2 yang didiami org2 berpantang!

dari jauh aku lihat. jurai2 tali perutnya seperti kunang kunang. bercahaya.
dan sesekali seperti bebola api!

tiba tiba!! benda itu lenyap!

aku dan nasir berpandangan!
"mana?" tanya nasir
aku geleng!

tiba2 kami di lempar batu dari arah tepi.

PUKKKKKK ! !

aku dan nasir terperanjat!!
YA ALLAH! apa yang membaling ni? penanggal kah?
cepat2 aku lihat ke belah kiri!

lega! RUPANYA ADA 3 ORANG OK YANG SEPERTI KAMI!
MENUNGGU KEHADIRAN PENANGGAL!

DARI BAWAH RUMAH. AKU LIHAT MEREKA MENUNJUKKAN ISYARAT SUPAYA DATANG KE TEMPAT MEREKA!
aku dan nasir tertunduk2 berlari ke arah mereka. kira 50 meter.

"kami tunggu setan tu! kami nampak korang ada jugak" sapa Amran. Pemuda seperti aku
kelihatan Sofian dan Sani turut serta. bersenjatakan parang!

"nampak tak mana dia pegi?" tanya nasir
"tak! hilang! macam dia menuju ke belakang rumah Pak Mahmud." balas Sani

kami berbincang. dan bersetuju. untuk keluar dari tempat persembunyian
untuk mencari!!!

kami berlima keluar dan aku mencapai jamung. nasir juga begitu. kerana kami tiada senjata. dan menuju ke belakang rumah Pak Mahmud.

aku menghalakan jamung ke depan.
tiada ada apa2..

hampir 5 minit kami tercongok di situ
dan tiba 2!

terdengar bunyi kokokan ayam!

kuat!

cepat2 kami ke arah bunyi itu!
pantas aku menghalakan jamung ke reban ayam Pak Mahmud!

kelihatan PENANGGAL ITU SEDANG MEMBAHAM AYAM2 PAK MAHMUD!!

JELAS KAMI LIHAT DI MULUT PENANGGAL ITU. DI MULUTNYA. ADA SEPARUH BADAN AYAM!!! BERDARAH
DAN MENITIS2!!
SEPANTAS KILAT

SANI BERTAKBIR "allahuakbar!!!!" DAN SERAYA HENDAK MELIBAS PARANG KE ARAH BENDA ITU!

SEPANTAS KILAT

ZASSSSSSSSSSSS!!

BENDA ITU NAIK KE ATAS!!!

"CILAKA KAU SETAN!!" SEMPAT SANI MEMAKI
DAN BERLALU PERGI PENANGGAL ITU
YANG HANYA DENGAR BUNYI DECITAN.

dan kedengaran. bunyi2 orang kampung yang terjaga.

dan aku memeriksa reban ayam
hampir 3 ekor ayam menjadi mangsa.

dalam hati.
"dia tak boleh masuk rumah. dia makan ayam2. ayam boleh di umpan..boleh buat perangkap." pikir aku..



akan bersambung






Penanggal part 6


Kebetulan Malam itu
aku dan NAsir ke ipoh.ada kerja
sudah lama aku tidak ke ipoh sejak kejadian Penanggal datang ke kampung
aku cari tanah liat pun dekat area sekitar kampung2 depan sahaja.

malam itu. kami tahu kami akan balik lambat.
jam 11 malam ( ketika itu dah kire macam 3pagi)
baru sampai. tapi yang malang sedikit
kami menumpang lori sayuran. Apek cina
dia berhenti di kampung sebelah
kami kene berjalan kaki sepanjang 2km
memang ketika itu tiada masalah bagi kami
hanya membawa seplastik tanah. kira2 5 kilo ( time tu org2 dulu kuat beb. hehe)
tapi.sebab kes hantu kepala tersebut
membuatkan aku dan Nasir kecut perut

"terima kasih Apek" kata aku selepas kami di turunkan.
kedengaran bunyi cengkerik
dan tanah nampak becak
hujan rupanya di sini. di Ipoh langit cerah.
dalam ketakutan. hati melonjak gembira. sebab kami dapat tanah liat yang boleh di katakan A+++
"paling kurang ni dapat rm10 ni upah" ujar nasir ketawa( rm10 zaman tu umpama rm50. tapi leh tahan seminggu. alangkah indah dulu2)

kami berjalan kira2 300 meter dari tempat di turun..

ZAAAAAAAAASS! bebola api melintas di hadapan kami!

terus terpacul dari mulut aku " YA ALLAH, kenapa kami yang selalu di pilih YA ALLAH!"
serta merta aku takut
Nasir? terlepas plastik tanah! cepat2 dia mengambil semula.

kami melihat bebola api itu seperti berlegar di tepi kami. kira2 jarak 50 meter.
ada rumah di situ.
dan hilang!!
aku dan Nasir sebenar nya masih terhendap2 di tengah jalan.
tiada tmpat untuk sembunyi
hanya ada semak2 tebal . takut.! takut2 ada ular sawa, musim hujan. kawasan getah. faham2 sahaja lah

ZASSSSSSSSSSSSS! kelihatan bebola api meluncur keluar dan terdengar suara org menjerit!

cepat2 kami berlari ke arah rumah berkenaan.
dalam hati aku " mangsa lagi! hantu ni kenapa!!" ( ketika itu bapak tak tau penanggal ni org menuntut)

Nasir segera memberi salam dan terkejut!!!
kelihatan seorang tua memegang parang! membuka pintu! seperti mahu menghayun kami!!

"PAKCIK!!!!!!!!!!! KAMI ORG KAMPUNG SEBELAH!!!!!!!" cepat2 aku menjerit dan pakcik itu seakan tersentak dan berhenti
Nasir menerangkan kepada pakcik itu selam 2 minit lebih kenapa kami ada di jalanan waktu malam

" Cilaka! ada hantu kacau bini aku!! tak pasal2 bini aku kene sampuk malam2!!"
dan ya. memang kami terdengar jeritan.macam org mengeluh2.

dan kelihatan. seorag wanita agak berusia seperti mak aku berjalan ke arah kami
"jemput naik anak2." pelawa beliau

" pakcik. dah elok pun bini pakcik" ujar nasir sambil tersenyum

"KEPALA BAPAK ENGKAU! bini num dua aku!!!" bentak pakcik tersebut!

MEMANG TERKEJUT KAMI KETIKA ITU. USIA PAKCIK ITU LEBIH KURAN 60AN
DAN SEMASA KAMI NAIK DI ATAS RUMAH.
KELIHATAN TOMPOKAN DARAH DI ATAS LANTAI DAN NASIR SEMPAT MENJELING

"bini pakcik tu muda Mat! macam sebaya rosnah!" ujar nasir

5 minit kami di dalam rumah itu. dan selepas kami membantu membaca ayat2 suci. kami mintak izin pulang.
dan sebenarnya. Pakcik tersebut kurang arif2 bab2 agama. dia yang menyruh kami membaca apa yang patot
sebelum balik. dia menghulurkan not rm2 seorang.
syukur. rezeki.

dalam perjalanan balik
modal cerita kami tertumpu pada bini muda pakcik tersebut
di fahamkan. yang tua bini tua. dan bini muda sedang sarat.
pakcik itu bercerita. dia ternampak kepala orang menjenguk2 di tingkap semasa dia sedang berkasih kasihan dengan bini muda
( faham2 sahaja lah. haha tapi agak hairan. bini muda sedang sarat tuuuuuuu! )

"hahahahaha. dasat pakcik itu. kau tak nampak ke tongkat ali penuh keliling rumah dia" ujar nasir

"oh yeka! aku tak tau tongkat ali macam mana pokok dia. yang aku tau tongkatnya!" balas aku

ketawa HAHAHAHAHAAHAHAHA

dan tiba tiba!

PAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!
KEDENGARAN SEPERTI ADA BUNYI BENDA JATUH DARI ATAS LANGIT.
DI BELAKANG KAMI
DAN KEMUDIAN BUNYI KEDUA
paaaaaaaaaaaaaaaaP!
PADAT BUNYINYA

PERLAHAN2 KAMI BERPALING
walau gelap. tapi aku dan nasir mendekatkan diri dengan benda itu
AYAM!! AYAM! YANG SUDAH SEPARUH DI LAPAH!!!!!!!!

DAN SEDANG KAMI MENCANGKUNG MELIHAT AYAM ITU

DENGAN TIBA TIBA!


DI DEPAN MATA KAMI. HANYA JARAK SEHASTA.
PENANGGGAL!!!! SUDAH TERSEDIA DENGAN MENAMPAKKAN TARING NYA!!!!
DAN SEPERTI BERDESING!! EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
NYARING BUNYI NYA!!!

SERTA MERTA NASIR REBAH!! SEPERTI DI SAMPUK
BADAN NYA TERENJAT2!! ( nasir sebenarnya ada penyakit darah tinggi. tak boleh terkejut sangat. sayang. muda2 sudah dapat)
aku kaget!
terpegun!

dan PENANGGAL ITU. MERENUNG AKU. MENDEKATKAN DIRINYA DEKAT MUKA AKU..
MUKA PENANGGAL ITU MEMANG JELAS
SEPERTI PENAH AKU LIHAT
DAN USUS2 DAN TALI PERUT. MELALUI LUTUT AKU YANG SEDANG BERLANJUR.
AKU MENGELETAR.
KEMUDIAN
DIA BERALIH ke arah nasir. yang sedang terenjat.
merennung. mencondongkan badan.melihat nasir!!

dan mengundur kebelakang dan

DENGAN RAKUS. MELAPAH2 AYAM DI ATAS TANAH!!
MEMANG RAKUS DAN JIJIK!!> DENGAN LIDAH YANG PANJANG.
DIA MEMBELIT AYAM2 ITU DAN DI GIGIT2 ISI AYAM ITU!!
TERDENGAR BUNYI TULANG2 AYAM ITU DI PATAHKAN2!

aku mengenggam tanah liat yang ada di tangan kanan ku. dan
dengan lafaz takbir aku melemparkan ke arah makhluk itu!!!!
SEAKAN TAHU AKU MAHU BERBUAT DEMIKIAN
SEPANTAS KILAT DIA MENGELAK!!!!!
DAN DIA TIDAK MENYERANG AKU
TAPI TERUS MENERUS MEMAKAN BANGKAI!!

aku panik!!
aku terus berdiri. dan memapah nasir. nasir seperti separuh sedar
selamatlah nasir badan nya kecik
aku mendukung nasir di belakang dan berlari2 anak menuju ke kampung.
dan mujur lah dari jauh
aku nampak ada 2 org berkawal di kampung
sahabat kepada bapak
cepat2 ak memanggil mereka. rupanya , mereka memang menanti ketibaan kami!

cepat2 aku di toilongi. mereka memapah nasir dan terus bawa ke rumah nya ( makan ubat)
dan aku berjumpa dengan TA.
aku cerita dan TA menjawab " memang dia tak kacau kau. kau lelaki. dia nak perempuan "

baru aku faham. dan di tambah lagi " yang kau nampak muka dia. macam lelaki atau wanita"

"wanita" jawab aku pendek.

"PERNAH KAU TENGOK MUKA DIA SEBELUM INI? DIA MEMANG GUNA MUKA SI PENUNTUT. CUMA AKAN JADI BURUK. ADA SIONG DAN MUKA SEPERTI MAYAT." JAWAB TA

dan aku di dalam hati

"ya..... memang saya kenal iras wajah hantu tu....."




akan bersambung





Penanggal Part 7



Sejak kejadian Nasir rebah ketika di ganggu, dia sudah tidak berani balik malam2
sama juga seperti aku.

sampai sekrang aku terbayang gelagat benda itu memakan bangkai
dan di dalam aku terfikir.
kelihatan ada dari hujung jalan
kereta masuk ke dalam kampung. dan di dalam nya.
Anak pakcik Abu. Sarimah.
yang lagi beberapa minggu hendak bersalin.
kelihatan ada beberpa orang kampung yang seakan akan risau.
Pak Abu di kenali di kampung sebagai orang yang berada
jarang ada di kampung.
dan kebetulan
di kampung aku ada bidan. Bidan Limah.
sepanjang kejadian penanggal ( sebulan)
bidan Limah tiada di kampung
dengar cerita dia ke Taiping dan Utara2 Perak untuk mengajar ilmu bidan dan membidan orang orang kaya.
zaman itu sememangny orang percayakan bidan dari doktor

( NANTIKAN KISAH HANTU DARI MULUT BIDAN LIMAH. HAHAHAHAHAH ada jugak bapak cerita)

dan tiba2 keihatan
Bidan Limah rupanya menumpang sekali di dalam kereta itu.
nampak dari raut wajah di Bidan Limah ( BL )
seakan kurang senang. dan hidung nya seperti mencium2 sesuatu.
terus dia di sapa orang makcik2 di kampung termasuk mak.

dan sempat aku mencuri dengar. dalam mereka sedang berbual. kedengaran BL bertanya
" ada apa2 jadi ke dekat kampung kita ni?"
dan masing2 termasuk mak. diam
dan kedengaran mereka memperlahakan suara.

dan Sarimah. sudah hilang dari mata. sudah naik ke atas.
dan Pak Abu. hanya singgah meletakkan beberapa guni beras. bawang. kentang dan sebakul ikan2 untuk di beri sama rata kepada orang kampung ( selalunya bapak cakap masak dekat surau. makan ramai2)
dan dia kembali ke Kuala Lumpur
Pak ABu memang seorang dermawan. aku tiada syak apa apa dengan orang tua ini
baik nya tidak di buat buat

malam itu aku sempat bertanyakan mak
"apa yang BL cakap ak masa die tanya"

"jangan sibuk hal org tua" balas mak. aku terus terdiam.

takut pun ada. mak semacam marah. terus aku keluar ke pangkin. mengambil angin.
malam itu nasir berehat di rumah.
kesian aku lihat dia.

malam itu aku tidur awal.
dan paginya. aku terjaga. kedengaran bising2 selepas subuh.

banyak ayam. angsa dan itik orang kampung mati!
yang membuatkan orang kampung marah. sengaja di kerat kepala. dan badannya tidak di usik
ada yang beranggapan angkara serigala. musang atau harimau.
tapi tiada jejak.

dan kedengaran dari jauh BL bersuara

"takpe. bangkai2 ni semua. jangan tanam dulu. kumpulkan dekat hujung kampung tepi hutan tu. teman( kata ganti diri untuk saya di dalam dialek Perak) tahu. teman tahu ada yang tak kene dengan tempat kita ini. ada hantu penanggal kan"

dan yang lain tidak terkejut. tetapi bercakap2. sememangnya mereka tahu. BL seorang yang arif bab2 bidan dan benda2 halus untuk orang berpantag. dah banyak dah di sambutnya. termasuk adik2 aku.

takpe. malam ini. teman cuba ikhitiar. alang2 teman dah balik.
ujar BL

dan Tok Aziz dari jauh. Mengangguk.

akuu faha benar reaksi Tok Aziz.
dia nak ikut serta!


AKAN BERSAMBUNG





Penanggal ( part 8)



Petang itu. aku antara yang menolong untuk meletakkan bangakai2 ayam angsa dan itik di hujung kampung
di tepi hutan pokok getah
tempat aku berlari hari itu

memang sudah membusuk. dan ngeri pun ada
ada yang separuh badan hilang
separuh buntot hilang
dan ada yang takda kepala
tambah2 bangkai angsa
sudah la besar
huhuhuh

sesudah kami melambakkan sahaja di hujung hutan
BL hanya melihat dan mengucapkan terima kasih!

malam itu.
BL hendak membuat rancangan
tapi niat beliau malam itu
bukan lah hendak menangkap
tapi hendak melihat dulu benda itu

kami malas nak tanya lebih2
dia lebih arif
dan TA. memang serah bulat2 pada BL.

malam itu, sesiapa yang penakut
di nasihatkn duduk di rumah.
dan sesiapa yang berani. di minta berjaga2 dan bersembunyi tepat jam 12

dan sekitar jam 11. kelihatan BL mundar mandir
sememangnya dia memang selalu berbaju kurung. berkain batik dan memakai tudung dan selalu ada kain batik di bahu.
dan di tangan ada secawan air.
yang pasti bukan air.

sempat aku curi2 dengar.
"apa tu bidan?" tanya salah sorang OK

"CUKA" jawabnya pendek
masing2 seperti aku
tertanya2

tepat jam 12. kami diarahkan bersembunyi di dalm hutan
tak ramai
ada dalam 17 orang sahaja malam itu
termasuk bapak. TA dan beberapa yang lain
Nasir tiada

dan malam itu.
hampir jam 1.
baru kami menyedari ketibaan benda itu
angin menderu., dan BL
tidak bersembunyi
malah dia duduk di depan longgokan bangkai

dari jauh
terdengar bunyi decitan.

dan cepat2 BL mencurahkan bangkai itu dengan cuka. dan dia berundur ke belakang.

tiba tiba
KELIHATAN..
PENANGGAL ITU TERUS MELURU KE ARAH HUTAN GETAH!

AKU KECUT PERUT. TERINGAT MALAM YANG AKU KENA DENGAN NASIR

DAN KELIHATAN
BENDA ITU PERLAHAN TURUN KE BAWAH

DAN TERUS MENERPA BANGKAI!!

TETAPI KAMI DI KEJUTKAN

DENGAN BUNYI PEKIKAN!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

DAN KELIHATAN PENANGGAL ITU NAIK SEMULA KE ATAS DAN SEPERTI LAYANG2 PUTUS TALI
DAN HILANG MENUJU HUTAN TEBAL!


"SUDAH. KELUAR SEMUA. BOLEH BALIK TIDUR, AKU JAMIN DIA TAK DTG LAGI MALAM NI" UJAR BL

aku terpinga2. dan yang lain begitu
skeejap nya.
getus hati

balik di rumah.
aku tertanya2.
kenapa macam tu
kenapa dia naik semula
memang mulutnya tak boleh kena cuka kah?

dan esokknya
pagi2 lagi mak mengejut aku selepas subuh

"bangun Mat. anta mak pegi pasar tepi sungai tu" mak bercakap

sambung mak lagi " bapak kau dah tinggalkan motor tu.kalau mak reti ,lama mak pegi sndiri"

bingkas aku bangun
ke belakang. ceduk telaga. mandi dan siap
tepat 7am . kami anak beranak bergerak.
sebab aku suka ke pasar kerana.
dapat berjumpa dengan rakan2 aku.
mereka pun seperti aku
hari minggu hanta mak ke pasar. dan kami gemar melepak di warung kopi. dengar cerita orang2 tua.

ketika itu Nasir ada.
dan aku ad seorang kawan. nama nya Roslan. dia seorg guru. boleh di katakan berpangkat ketika itu

aku tau kenapa ROslan ke pasar. bukannya hendak mengantar mak
kerana mak nye sudah lama mengadap Illahi
dan bukan kerana hendak mengantar bapaknya. sebab bapaknya juga meniaga di pasar minggu menjual sayur2

tetapi Roslan sememangnya berkenan dengan seorang gadis dari Sabah.
dengar cerita dari Kota Belud.
Nama nya Wani. putih orangnya
dan ketika itu. orang2 dari sabah sarawak dianggap sebagai orang putih. sebab bahasa mereka tidak sama macam kita.


"ha. kau tu nak pegi jumpa mata air la tu." perli si nasir
dan kami yang ada di situ ketawa.


dan kelihatan dari jauh.
Wani dan Emaknya. Yong Umi
orang tempatan. cuma brkawen dengan orang dari sabah

kelihatan Wani berbaju kurung dan berserkup kepalanya.
dan memegang payung dan raga.

seperti tahu. Yong Umi meninggalkan Wani. dan terus ke pasar
sempat dia senyum kepada Roslan.

"bahagianya bila bakal mak mentua restu" usik aku pula
yang lain ketawa

kelihatan Roslan dan Wani berborak.

tiba tiba. kelihatan Roslan seperti berubah air mukanya
dan kendengran

"laaaa. macam mana boleh terkena cerek ni . hati2 ya buat kerja rumah"

memang kelihatan seperti ada kesan melecur di pipi kiri Wani

tapi tidak menutup kecantikkan dia.

jam 8 mak tiba. dan aku lihat si roslan masih berborak dengan wani

sewaktu aku menaiki motor.
wani sempat menyapa aku.

"tak cari tanah ke hari ni bang?"


aku agak hairan. wani dari kampung sebelah. dan tak ramai yang tau aku mencari tanah liat
orang kampung selalu salah anggap. mereka ingt aku pelombong bijih di ipoh! hahaha


"ooh. tak. banyak lagi " jawab aku pendek.

mak naik moto.
dan sempat aku melhat dari cermin sisi

Wani menjeling aku menggunakan ekor mata.
tajam pandangan beliau pagi itu



aku start motor.
balik




AKAN BERSAMBUNG



Penanggal Part 9


sepanjang 2 bulan kampung aku di serang penanggal
cuma kampung aku sahaja yang hanya melibatkan seorang yang mati
itu pun bayi
tetapi kampung sebelah
ada 2 orang yang mati. semua2 orang2 semasa pantang.

hal ini menyebakan ramai yang mula tak senang.
takut
dan ada yang bersusah payah keluar dari kampung
mana2 ada yang berpantang.
jenuh di pagar dengan ayat suci , tikar mengkuang.

Bidan Limah berpesan. dia akan tangkap benda ni

rupanya. selepas malam dia suh kami umpan dan dia simbah cuka tu
esok nya BL buat program sendiri
ini cerita dia pada bapak

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tepat jam 12.
aku masuk kedalam hutan getah
bagus. bangkai makin membusuk
kata aku dalam hati

memang sengaja aku tunggu hari kedua
semalam sudah aku simbah dengan cuka yang dah di jampi
Penanggal hanya guna cuka untuk rendam isi perut dia
pantang kena muka
seperti kena asid jawabnya

malam itu. aku duduk di balik pokok getah
sambil berdoa.
dan memang benda itu datang.

kali iini dia keliling
semalam terus di terpa!

aku dah rasa semacam.
mana mungkin berbeza cara


aku tengok je dia makan bangkai2 tu
tak lama
sudah puas dia terbang perlahan2

cepat2 aku berlari.



sampai aku dapat tahu rumah mana dia duduk.
nak jatuhkan penanggal. senang.

cari rumah dia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


malam itu. kampung sebelah dan kampung aku
ada org berpantang yang tersampuk
katanya nampak penanggal di tingkap
tak masuk
cuba jenguk

kata BL
"dia dah kemaruk darah . mana mahu dia makan darah ayam"


dan malam itu. adalah final plan Bidan Limah!


"malam ini. Insya Allah. Aman." ujar Bidan Limah




akn bersambung




Penanggal EPISOD AKHIR

nota kaki- diceritakan oleh Datuk kepada bapak . aku dalam cerita di bawah adalah datuk penulis.

malam itu
Tok Aziz. Bidan Limah dan bapak serta 7 org yang di pilih sendri oleh TA berkumpul di hujung kampung.

"korang semua dah ready."tanya BL

aku mengangguk. tersisip parang dan buluh di pinggang
tugas aku mencari buluh dan di raut hujung nya

dan malam itu. tepat jam 4.
cepat2 kami berlari ank kehujung simpan jalan.

pergi ke kampung sebelah.
dan menunggu.
.
dari jauh
kelihatan

ada bebola api!!
keluar dari rumah YONG UMI
memang kami sudah tahu
memang si YOng Umi yang menuntut ilmu penanggal

kata BL

" aku tau. anak dia sekali. mak dengan anak. malam tadi aku intip. lain cara dia makan. yang malam pertama anak dia. Si Wani. gelojoh. tak tengok kiri kanan. tak dengar pesan si Yong." kata BL dengan tegas.

tiba tiba.

kelihatan bola api yang kedua keluar dari rumah!

cepat2 kami bergerak ke rumah Yong Umi

PANGGGGGGGGG! Tok Aziz menendang pintu rumah Yong

dan kami di bawah. duduk di tepi rumah

kata BL
selalu org menuntut penanggal.
ada lubang muat2 kepala je untuk di keluar
memang ada!!

cepat2 kami menmbuat piramid manusia. dan aku paling atas.
memanjat. dan dari bawah
aku di hulur miang rebung. daun2 limau yang berduri
dan sempat aku lintangkan buluh

turun dan kami segera ke dalam
mencari tempayan

dan semasa itu.
BL sudah menuangkan cuka itu ke lantai rumah
bau masam bercampur hamis.
kelihatan kemerah merahan

tujuan cuka untuk mengecutkan tali perut untuk masuk ke dalam badan semula

"mana badan dia" tanya aku

sebelum kami pergi ke rumah YOng
BL sudah memberitahu apa yang patot di buat itu dan ini

katanya
penanggal ni tahu kalau ada org ceroboh rumah
kerja kena cepat

cepat2 kami masuk ke dalam bilik
MEMANG TERKEJUT

KELIHATAN DUA SUUSUK TUBUH SEDANG BERSILA

MEMANG HANYA BADAN YANG TINGGAL

AKU MENGUCAP PANJANG

CEPAT BL MENUSUK BULUH2 DI KELILING TENGKUK SUSUK TUBUH ITU
SESUDAH ITU
DIA MENUANGKAN AIR YASSIN YANG DI BAWA OLEH TA

DAN SESUDAH ITU
KAMI DI SURUH AZAN OLEH BIDAN


ALLAHUAKBAR!


DAN KELIHATAN
SUSUK TUBUH ITU KELIHATAN MENGGELEPAR!

BERGERAK2.
dan sesudah azan

kedengaran bunyi dinding rumah di sondol sesuatu!

"ha. dia dah balik!" bentak Bidan Limah
dia tunggu di atas

hanya kami ke bawah

sudah di pesan
seupaya berdepan sahaja
kerana benda itu sudah lemah
badan nya sudah panas

dan semasa kami turun di bawah

"pulangkan balik!!!" jerit salah sorang penanggal itu

dan kelihatan KEDUA2 OBJEK BERTERBANGAN
RENDAH
TETAPI MUNDAR MANDIR!


" PULANG KAN!!" JERIT BENDA ITU

TA SEGERA MEMBACA AYAT KURSI.
KAMI IKUT SERTA
LAGI TAK KERUAN AKU TENGOK BENDA ITU


SYARATNYA
DIA MESTI MASUK KE BADAN SEBELUM SUBUH!!!

MEMANG WAKTU HENDAK SUBUH

KELIHATAN MEREKA MAHU MASUK IKUT LUBANG YANG SUDAH DI PASUNG
TETAPI GAGAL.
MENJERIT2

arghhhhhhhhhh!

DAN JELAS KELIHATAN
DARAH2 DAN RAMBUT MEREKA MULA GUGUR DARI MUKA DAN JATUH KE TANAH!

DAN DARI JAUH

SAYUP2
KEDENGARAN AZAN SUBUH.

ZASSSSSSSSSSS!
SEKELIP MATA
BEBOLA API SEBESAR MEJA MAKAN TIBA TIBA MUNCUL DI DEPAN MATA KAMI
DAN JATUH KE TANAH
YANG DENGAR HANYA BUNYI PEKIKAN


CEPAT2 SI BIDAN MEMANGGIL KAMI

KELIHATAN BADAN MEREKA TADI SUDAH KEHITAMAN!

"KENE KEBUMI HARI NI JUGAK SEBELUM ZUHUR"

ketika urusan pengebumian. memang segera
BL yang mandikan
yang kapan pun dia buat

tanam pun hanya ada 10 orang je yang talkin
masa semayang jenazah
depan rumah dia je.

memang kami tergesa menyempurnakan jenazah mereka berdua

khabarnya. mereke berdua menuntut ilmu itu untuk kelihatan cantik
memang tak di nafikan
Wani dan Yong hidup mewah sebab memeras duit laki2 orang yang sanggup kelabu mata sebab kecantikkan mereka.



TAMMAT





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Bidan Limah dan Kisahnya Part 1

nota kaki- itulah kisah Penanggal yang di ceritkan oleh bapak saya kepada saya selama tiga hari. Kali ini cerita tentang Bidan Limah
Bidan yang unggul di Sayong ketika itu. banyak pengalaman dia time membidan. dan beberpa bertemu penanggal.
Ini Kisah pertama



Hidup sebagai bidan ini selalunya tidak lekat di rumah.
mujurlah suami aku sudah pulang mengadap Illahi.
bukan bersyukur. tetapi kadang2 sunyi
namun kalau dia masih ada.kesian suami ku
sebab selalu aku di panggil ke kampung lain
kadang2 hampir 2 3 bulan aku tidak pulang ke rumah
mujurlah anak2 semua dah besar panjang

hari itu. aku terpaksa ke Bagan Serai.
ada orang yang mengambil aku di pekan ibu
nama nya Ali. bini sudah sarat mengandung
3 bulan lepas baru sahaja aku mengurut untuk membetulkan apa yang patut
dan memberi air dan jamu yang aku buat sendiri

aku sudah hampir 10 tahun membidankan orang
dan syukur
dengan pendapatan sbagai bidan
cukup la untuk makan pakai aku.

sampai di Bagan Serai agak lewat. sesudah magrib
sampi di rumah ALi
aku terus mandi. dan solat

malam itu aku bersembang dengan Mastura. bini si Ali
mereka memang duduk berdua sahaja
ini cahaya mata sulung mereka

malam itu. hanya aku dan Mastura duduk di rumah
Ali berkerja sebagai Polis. katanya malam tu. dia tak balik rumah
kena ke Penang.
ada rusuhan besar besaran katanya
aku mengiyakan sahaja

malam itu Pakcik Sedara Ali , datang menghantar makanan untuk kami berdua
dan makanan si Mastura, aku ada menokok tambah sedikit
lauk2 untuk mastura memang sudah aku pesan pada ALi sebelum dia keluar malam nya

malam itu tidur lena
sebelum tdur
aku membacakan Yassin .
unutk diri aku dan Mastura
orang mengandung ni macam2 yang datang menghimpit

malam yang ketiga.
aku di jemput untuk melenggang perut
hal ini tiada dalam jadual aku
tetapi kebetulan
ada yang mengajak
aku segan untuk menolak

jadinya
Mastura di jaga oleh Pakcik Sedara Ali bersama dengan Makcik Sedara ALi
aku lega . sekurang2 ada yang menjaga

selepas asar aku bertandang di kampung sebelah
ada yang datang megambil aku
kebetulan malam Khamis.
aku terus membaca Yassin di masjid di situ.
sesudah Isyak baru aku pulang.

hampir jam 10

sesudah sampai di rmah
aku terbau bau hanyir.
menurut petua yang di turunkan pada aku
hidung si bidan sangat sensitif.
kalau ada yang tak kena
hidung kami akn menangkap bau sesuatu

belum sempat aku jengah ke dalam

"ha mak bidan. takpelah. Ali dah balik dah tu!" sapa Mak sedara Ali
rupanya dia ke majlis lenggang perut .
aku kurang cam muka nya. sebab baru bersua sekali

hati aku tak sedap
ada yang tak kena!

"mana si laki kamu!?" tanya aku

"dah keluar masa Ali datang. terus saya mntk hantar ke kampung sebelah untuk lenggang perut tu" balas Mak Sdara ALi


"BILA ALI DATANG!!" bentak aku
dan Mak Sdara ali kelihatan sperti terkejut!

"eerrrrr.. maghrib" balasnya pendek.,

terus aku meluru masuk. sempat aku ke dapur
mengambil secekak garam
aku bacakan ayat kursi dan ayat2 Quran dan

TERUS AKU MELURU MASUK KE DALAM BILIK MASTURA


ALANGKAH TERKEJUT AKU
DAN MAK SEDARA ALI MENJERIT

KERANA KELIHATAN MAKHLUK BEBULU MENYERUPAI ALI SEDANG MENINDIH MASTURA YANG SUDAH TERBELIAK MATANYA
MULUT BERBUIH
DAN KELIHATAN MASTURA DI KANGKANG OLEH MAKHLUK ITU!!

CEPAT2 AKU MELEMPARKAN GARAM KE MAKHLUK ITU
SEKELIP MATA. LARI SEPANTAS KILAT MELALUI TINGKAP!!

DAN MASTURA.
KEGUGURAN!!
RAHIM NYA HANCUR DI TENYEH HANTU RAYA!

rupanya. ali membela hantu raya
polis. takut2 di tembak. dia membela. ntuk melindungii dirinya
tetapi dia silap
bila sudah berjanji dengan syaitan
selama nya kamu d tipu

mastura? selamat
tetapi tidak dapat beranak lagi sampai bila bila




AKAN BERSAMBUNG





Bidan Limah edisi 2





Malam itu. aku ke kuala kangsar.
ada orang besar yang nak bersalin
boleh di katakan. orang2 besar jajahan punya kerabat2 la.

seperti biasa.
aku mengambil masa sejam untuk bersiap
hendak memetik2 herba2 di belakang rumah
kain2. gunting. dan alat2 lain

cuma besen dan air tuan rumah sediaakan
sambil di dalam perjalanan.
aku mengunyah sirih.
untuk menghilang rasa gementar
walau pun sudah 10 tahun aku membidan
lain orang. lain peel budak nya.

sampai di rumah En Mokthar ( nama samaran)
memang besar rumah nya. sebuah sahaja.
rumah ala2 kolonial ( masih wujud)
aku turun.
semapt mereka menghidangkan kuih dan teh.
aku jamah. bila melihat jam hampir 10 malam.
sempat aku makan. keranan bini Mokhtar. katanya.
dah lega bukakakn.
aku biarkan sahaja.
jangan di paksa.

tiba di bilik bini mokhtar.
hampir 1 jam setengah.
aku bertungkus lumus.
akhirnya. syukur.
selesai.

cepat2 aku ambil uri dan letaakn di atas daun pisang yang aku bawa.
dan aku letakkan ke tepi.

sesudah di mandikan bayi. di azankan.
selesai semua.
aku membasuh tangan dan aku memanggil mokhtar.


"tanam!.dalam2 sikit" itu je pesan aku.

Dia mengangguk.
dan malam itu aku tidak pulang ke rumah
jauh. dan takut2 ada terjadi apa2. ( masa itu ada tali barut komunis lagi)

jadinya malam itu.
aku tidur di rumah orang gaji Mokhtar
dekat juga dengan rumah nya. kira2 100 meter.
boleh tahan rumah orang2 gajinya
aku di tempat di bilik masterbedroom

jam 3 pagi. aku di kejutkan oleh salah sorang poenghuni
katanya Tuan Mokhtar suruh datang ke rumah segera!!

mamai. aku menyarung apa yang patot

"tolong nek. bini saya meracau2. bayi saya pun menangis tak tentu pasal"

aku terfikir. kenapa?
sampai di rumah
kelihatan bini nya memang semacam meroyan. megerbang rambut dan muka pucat!!
dan cepat2 aku ambilkan bayi dan suruh mokhtar bacakan2 ayt kursi sampai budak tu diam

cepat2 aku ambilkan air di tepi katil
dan aku raupkan ke muka bini nya
matanya tertancap di atas.
dan aku tak seap hati
cepat aku berpaling pada Mokhtar


"URI TU KO TANAM TAK?????!!" bentak aku. semacam marah

dia geleng.!

cepat2 aku ke arah mokhtar.

"ko azan kat telinga bini ko.! ko tunjukkan kat aku mana ko letak uri tu!!" bentak aku

"saya..sayaa.. saya baling kan ke dekat longgok sampah belakang rumah" jawab mokhtar

segera aku ke belakang. sambil di tunjukkan oleh org gajinya

dan setiba di situ.

seperti yang aku syak.

ada lembaga sedang mencangkung membelakang kan aku

seperti sedang menjamah sesuatu.

cepat2 aku membaca doa dan menghembus ke arah benda itu.
dan sempat aku mencapai garam
dan lempar!

lenyap!
cuma dengar hilaian.
dia tak pergi. tapi bertenggek di belakang rumah dia tas pokok besar

aku buat tak tau. aku tau dia hanya nak uri itu!

cepat2 aku suruh orag gajinya yang laki mencangkul tanah belakang rumah

aku tanamkan uri itu.
sewaktu aku hendak menanam. benda itu masih betenggek di atas opokok
dan sesudah di tanam
banyangan itu lenyap tiba tiba

aku memarahi mokhtar malam itu

"nek tau kao belaja dekat inggeris tu. tapi kau jangan tak percaya langsung pantang larang ni!!!" bentak aku

malam itu. jenuh aku memulihkan bini nya dan bayinya

geram
hanya Tuhan yang tahu
benda mudah di pandang enteng!


tammat







__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

haaaa baca jgn tak baca......rasai keseramannyaaaaa...yeeeehhhhhaaaaa

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

dah la kech tmpat haku kes penanggal nie...

hadehh.....

mlm nie kopom haku duk umah je,,,kopom

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahahah rse kan sereaman dia,,,ehh tempat ko kt na???
zaman2 skng pn msh ada yg mbele ker??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

terengganu...

op kos la beb...ko gt mnde2 nie ley terkubur ke?

setan kan..slagi tak kiamat ~

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

heeppp jgn sesekali sbut idung dia..sensitip taw..hahhaha
mmg aku yg suruh dia minang ko..sbb aku taw bapak ko x ske dia..hehehe
dia kata ko dok pakse dia minang ko..aku ok kan je la..utk memenuhi pemintaan ko kan...

ohhh abg zizang idung beso ku syg



-- Edited by aida zarina on Wednesday 8th of May 2013 01:46:46 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

la aku igt dh xder dh...msh ada yg kuno lgi yerr...zaman dh maju la haiii
ko org tganu????ya allah asl x cakap awl2....tunang aku org sna....nama dia zizan razak??knl..
ala kwn baik dia johan tu..hahahahhaha.....rindu kt abg zizang aku tu....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ehh..tunang ko ekk..

xdi baru dye lunch ngan haku...

dye nak msuk minng haku...

tapi bapak haku rejek...

hidung besao sangat bakap haku cakap...

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Ini gbr yg kwn saya bagi entah betul ke tidak penanggal........



Attachments
__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ha ye la...tu la pnangal'y.....sah tu la yg kiter carik

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Inilah video yg dikatakan hantu penanggal.Laman web ini ada saya sertakan

dlm post Bonda Diana dalam Kisahku 3.Betul atau tidak saya krg pasti sbb

tidak nampak pun isi perutnya sepertimana yg di gembar-genburkan.

 

 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XOIBrTIxhZg



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh ...!!!Wahhhh...!!!! punya panjang kopi pes nko nie adik zarinah zabudin .....

empat purnama aku membaca nyer  ... bru malam tadi baru abizzz ..

err ... nko cedok kat forum CARI  jugak ke?

budak THE FLASH tu ... maish create lagi ke thread2 seram nihhh?

wahhhh...!! kopi pes lagik!!



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

banyaknye cerita copy paste

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahaha...nama baru untukku..tocey pak badak...sedap nama tu...menikam kolbu....
yup dak the flash tu still wt citer baru..smua dari pegalaman beliau n kwn2 beliau..

best citer dia..tu yg syer dkt GC nie ha punnn....nk membe2 kt GC nie pn merasei
keseramannya..yeehaaaaa....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard