Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KISAH HIWAY MACHAP


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:
KISAH HIWAY MACHAP


sebenarnya kalau ikutkan..ramai yang dah tahu pasal hiway machap ni...aku tak sangka pulak...mamat yang aku date(ehh date ke...keluar biasa2..huha huha je...) salah seorang yang terlibat dengan kes hiway machap.... sebelum ni kalau tak silap jerung ada buka topik ni..kisah moto yamaha 125z..yang tak ada orang beli...

 

kisahnya ......macam ni...

semalam 1 mei..cuti hari buruh...ada lah satu geng ni..nama syed..umur lebih kurang 28 kalau tak silap. dia ni lect kat klang, pakai superbike...memng terbaik.hehe iklan kejap..ok, dia ni nak kena operate 8mei ni sebab nak keluarkan batu karang. so sementara ni, dia dah dibenarkan keluar dari wad, tapi masih ada tiub dalam buah pinggang dia yang disalurkan ke pundi kencing. jadinya, dia tak boleh jalan banyak..kalau reza bawa kereta tak boleh langgar lubang atau ganas2..al maklumlah aku ni jenis bawak ganas kemain..terpusing-pusing orang kat dalam kalau aku konar..heheh

 

jadi, disebabkan kebosanan melanda dia dan aku juga..semalam petang kitorang berdua keluar pergi karaoke..habis karaoke, eryn balik keje. kitorang pergi minum dan sembang-sembang sampai maghrib. kemain aku berjalan sampai maghrib..nasib ibu tak marah sebab dah siap kerja rumah semua..heheh.mula-mula syed ajak juga keluar minum lagi malam ni. reza malas..kan dah penat satu ari karaoke..tiba-tiba malam dia mesej cakap bosan..suruh bawa keluar.reza pun dah bingung. dah pukul 9 malam..nak keluar kemana je? dia cakap bawak lah mana-mana semua dia sponsor...wooww...aku memang laju kalau ada yg sponsor..heheh (padahal dari pagi memng semua dia bayar..tak bgi aku bayar..gentle konon)

 

lepas bincang-bincang dengan eryn, tanya nak ikut tak..nak keluar lagi dengan syed. ingt nak lepak tepi pantai, ambil angin malam. eryn pun setuju memandangkan dia pun memang kaki berjalan macam reza.heheh..janji 10.30 malam reza ambil die kat rumah. dia sakit, tak kan nak bawa aprila die kot..pengsan karang. so, reza lah driver dia ke sana sini pegi minum.mula-mula nak masuk jalan ke minyak beku tu, kat area tokong besar, reza tanya dia " awak takut tak kalau saya cerita apa yang saya pernah nampak kat jalan ni?" sambil jeling jam kereta yang dah menunjukkan pukul 10.45malam.

 

"tak, kenapa? kalau saya tunjukkan awak spot tempat 'dia' keluar awak takut?" tanya syed pada aku. aku jeling pada dia, die pun jeling dengan senyuman nak menakutkan aku. Aku cebik je. belum sempat menjawab si eryn dah menyampuk " hoii korang berdua ni, dahla malam-malam tak reti nak cerita benda lain ke? " hahahah kitorang  berdua gelak kan si eryn kat belakang.

 

lepas habis sesi lepaking kitorang kat kedai makan tepi pantai, reza pun ajak diorang cuci mata kejap. duduk betul-betul tepi pantai tengok ombak. Kuat ombak semalam. angin pun sejuk, tapi tak berapa nak terasa sebab reza pakai jaket jeans. si kuruih tu syed asyik duk nyala rokok, dia kata hidung dia sejuk. ceiittt aku ckp..abis, saya hidung sejuk...bak..pancung separuh rokok tuh..haaa...tau tak bagi..dah la nak operate, isap rokok banyak-banyak. sedar tak sedar jam dah pukul 12.30 malam. reza ajak diorang beredar ke terminal feri. tepi laut juga..heheh company reza punya tempat. best sikit.

 

boleh pulak tengah lepak kat sana, masing-masing buka cerita hantu. meremang bulu tengkuk. bila si syed ni nak start cerita pasal hiway machap, cepat-cepat reza suruh masuk kereta. cerita dalam perjalanan balik je. sebab jam dah pukul 1.30malam. aku sebenarnya dah mula cuak jugak. teringat bayang hitam separuh badan yang melayang kat rumah buruk area pantai minyak beku tu...teringat kat kisah-kisah pocong yang aku nampak kat area situ. waktu tu lah aku mula menyumpah diri aku, mulut tadak insurans. pi cakap kat syed sapa suruh..last-last die tak takut. aku yang takut..heheheh

 

aku drive buat bodoh je sambil buka lagu. tiba-tiba syed cakap "korang nak tahu tak kes hiway machap tu? saya berani cakap sebab saya yang terlibat..sekarang banyak cerita yang dah ditambah2...kes tu jadi lebih kurang 7 tahun lepas..."

 

spontan aku matikan lagu.

 

"awak tu buka tingkap luas-luas buat apa? tak sejuk ke?" aku cuba berbasa-basi. syed geleng sambil sorotkan mata kat aku. dah tau aku takut lah tu. tak guna betul lah. pecah tembelang..hahahah masih nak cover tu..

 

"ehh awak..yang baik hati..putih-putih melati ali baba, meh la kite berjemaah tutup tingkap. kite pakai ekon ea. kan awak dah isi minyak kereta tadi.." sambil kelip-kelip mata kat syed. hahahah dia dengan eryn gelak kan aku. serius tengkuk aku wktu tu rasa panas je...sampai berdenyut ubun-ubun aku. gila apa tak seriau..dibuka nya tingkap luas-luas memalam buta.

 

dah tutup semua tingkap. aku tark nafas lega. Syed mulakan cerita

 

Dulu, zaman saya muda memng femes hiway machap tu tempat budak-budak macam kitorang racing. Tapi, semenjak kes tu...saya dah bertaubat. saya betul-betul taubat. semenjak kes tu jugak lah setiap game, ada 'bayarannya'..sambil die pandang aku. paham lah aku..setiap game, mesti ade yang terkorban.

 

aku bawak kereta perlahan je. layan 20-30kmj..sambil dengar dan takut sebenarnya..

 

malam tu, buka game besar dalam 20k. jadi, tak ramai yang tahu. tak ramai yang ada. rider cuma 4 orang. semua melayu kecuali sorang mamat ni indon. saya rider no 3. mamat indon ni saya panggil dia A. dia bawak motor satu budak melayu ni..kira hero lah. memang motor dia selalu menang. dia bikin gila-gila punya. memang budak-budak gelarkan dia si gila pon sebab dia berdua dgn owner tu memang jenis hati kering. Malam tu, khamis malam jumaat. Tepat pukul 3 pagi kitorang mulakan game.

 

reza : hoh gile punya budak-budak. korang ni memang tak takut betul. baik balik tido.

 

syed : hahahah tu zaman dulu..sekarang saya dah taubat okeh...( aku jeling sinis je..hahah dalm hati..ye taubat..stil main moto juga..)

 

Waktu start game tu, memang kitorang semua kena tinggal. A dah kedepan. jauh kitorang bertiga kena tingal. lebih kurang dalm 50 meter macam tu. Laju betul..

 

Tiba-tiba dengan tak diduga, kat satu kawasan tu kitorang nampak benda bersinar-sinar. Diikuti kepala A terbang (tertanggal dari badan dan melantun entah kemana) tangan kaki semua berkecai....bersepai jatuh..kitorang dah gak dah. Ini perangkap polis. sebab dari jauh dah nampak benda tu berkilat-kilat..nak tau apa benda tu? tu lah tali tangsi. agaknya A tak tau yg polis buat perangkap kat situ. pukul 3 pagi malam jumaat. memang tau kitorang benda ni perangkap. Kitorang semua cepat-cepat jatuhkan motor.

 

reza : jatuhkan motor? macamana jatuhkan? eksidenkan diri sndiri?

 

Syed : aah. jatuhkan motor. habis saya punya badan sebelah ni. RXZ saya tak payah cerita lah. teruk kitorang malam tu..

 

Lepas tu kitornag terus tinggalkan motor tengah jalan, kitorang lari naik kereta kawan-kawan. Tapi, kitorang lupa. malam tu si A ada buat satu janji/sumpah dengan owner. " kalau aku mati malam ni, korang semua lari tinggalkan aku..aku akan cari balik korang satu-satu" (waktu ni aku nye tangan sebelah dah genggam lutut dia..hahahah takut siot..macam cerita legend! )

 

ok, kitorang balik dan tinggalkan dia kat sana (mayat yang tak cukup sifat dengan motor dia). esoknya owner dah bawa balik motor semua. saya tak tahu macamna. tapi ni dari apa yang owner cerita pasal motor tu. motor tu jadi berhantu. mungkin sebab kepala A tak jumpa waktu nk kebumi. jadi diorang sepakat terus kebumi je badan dia yang dah berkecai tu.

 

Jadi, owner tu bawa motor ni pegi satu cina untuk dibetulkan kat area sini juga. tapi cina tu esok pagi-pagi dah call dia. dia kata tak sanggup. motor tu berhantu. malam-malam motor ni hidup sendri padahal enjin semua dah lerai.. sampai subuh motor ni hidup, macam orang tengah test motor tu.. owner tawarkan cina tu, berapa pun dia sangup bayar. tapi cina tu cakap, u ambil lah. tak payah bayar pun tak apa. si owner ni puas lah bagi orang sana sini untuk betulkan, semua tak tahan. tak ada yang mampu siapkan. sampai lah satu hari, dia bagi pada budak seremban untuk siapkan. budak tu buat dari pagi sampai pukul 10 malam. semua dah cantik jadi macam motor baru balik. malam tu, dia tido. tapi minyak belum ada semua tu. motor tu hidup tepat 12 malam. siap mekanik tu dapt mimpi ngeri lagi. dia cal owner suruh pickup motor tu esok pagi-pagi.

 

owner dah ambil, jual lah. dari harga 8k, turun...turun...dan terus turun. tak siapa berani pakai. last, owner jual pada syed.nak tau berapa dia bagi? rm20 je. syed keberatan. tapi lama2 dia ambil juga. malam tu motor tu berbunyi. bising ayah..dalm 2 3 hari, dia jujur cakap kat ayah dia apa yang jadi. ayah dia nasihatkan bagi balik motor tu pada owner. jangan ambil duit balik. syed pun bagilah. dengar-dengar sekarang bagi pada budak mersing..free..lepas tu..tak tahu apa cerita...

 

reza : mimpi apa yg ngeri tu?

 

syed: hahahah..macam-macam (sambil usap tengkuk dia) antara nya, ada kepala datang serang saya dalam mimpi. (cepat-cepat dia buka cermin mata dan usap muka dia. nampak lah riak takut dia masih terbayang)

 

lepas tu, adik sedara dia pulak. baru beli motor. panther kalau tak silap. baru keluar pagi tu, dia dah sibuk nak test kat machap malam tu juga. pagi-pagi dia dah set motor. ayah dia pun call syed suruh nasihat ank dia. syed pun datang, cerita dan nasihat elok-elok adik sepupu dia tu. tapi budak muda. mana nak dengar nasihat. syed siap ugut. kalau kau pergi jugak malam ni, aku rampas motor kau. haahha tapi budak tu tak layan.malam tu dia pergi. keluarga dia dapat berita..anak dia mati tersepit kat tiang. motor dengan badan semua tersepit. pagi tu, waktu sambut arwah, syed menagis tak henti-henti. dia betul-betul nasihat budak-budak sekarang. janganlah main kat machap tu. sana...makan nyawa...

 

sekian...cerita aku dengan syed ni, malam tu aku dengan laju je bwak kereta balik rumah. sampai rumah dah 2.30...lagi takut..heheh nasib baik ada eryn temankan..



-- Edited by young areza on Thursday 2nd of May 2013 02:14:14 AM



-- Edited by young areza on Thursday 2nd of May 2013 08:35:46 PM

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ohhh ... begitu ke? ada pulak yea ... polis pasang perangkap guna tali tangsi ...

betul ke polis yang pasang? x kan x tau risiko pasang tali tangsi ... boleh ilang nyawa?

atau ... mungkin orang awam yang pasang kot .. sebab PDRM x kan buat pekara2 seumpama itu ...

 

err .. adik young areza putumayam ...

haiway machap tu ... area mane?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Budak2 ni ckp polis...kite mne taw huhu tk cmpo mat rempit..

Tp ade jgk syK pihk lawan sbb game 20k mlm tu

Alaaa hway mchap-spg renggam tuh...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Spg Renggam kat mane?
negeri?

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

johor...
kalau dari kl - johor...

selepas jumpa yong peng - air hitam - machap - kulai

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

young areza wrote:

Budak2 ni ckp polis...kite mne taw huhu tk cmpo mat rempit..

Tp ade jgk syK pihk lawan sbb game 20k mlm tu

Alaaa hway mchap-spg renggam tuh...


 

tau ler dik .. simpang rengam machap ... tapi area mane?

dri JB ke machap ke? atau dari machap ke JB? mungkin jb macap ..

tiang kecik kaler putih itam belang2 tuu (tengah2 divider tu) ... km berapa? ade tulis tuu ..

 

tu laaa ... aku x espek PDRM la ... da tentu la PDRM tu penjalan/pelaksana dasar/undang2 kerajaan ...

mane boleh suka suki buat cam tuuu ...

musti la pihak lawan la tuuu .... masing2 da ketakutan ... tu tuduh PDRM ...

paling teruk PDRM buat pun ... buat rok blok .. dekat2 persimpangan (tu jenuh tu jem jam jem jam jem jam rolek tuuu ...)

 

ni ni ni ... mane nie .. kopi pesta pesta lagik????

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

huh terpisah kepala dari badan...
aku pun rasa bukan PDRM yg pasang tali tu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hihihi tu lah pak badar..len kali kasi cerah sikit soklan...

biasanya memng dari JB-Air Hitam diorang main...

reza tak perasan lah tiang yang mana..memang ada tiang tengah2 ke?

preedem : mau naik court kalau polis yg buat kan...macam kes baling topi kledar tu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

ish3 seram jgk la..ce ko tanya syed tu cerita psl motor2 ni..aku nk baca..citer lain panjang sgt la..sekarang malas membaca dah

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak kisah hubby Bonda kena ganggu di salah satu hotel di highway?
Di jalan yg sama ( machap ) , Bonda tiba2 terbayang benda yg bukan2...maksudnya di sini ialah perkara yg tak pernah Bonda buat @ terfikir @ terbayang
sebelum ini.


Susah Bonda nak terangkan apa yg tiba2 terlintas di fikiran semasa tu. Akibatnya hubby diganggu. Tak tahu lah samada 'benda' tu mmg sudah ada di bilik hotel tu @ Bonda diikuti olehnya.

Macam yg Bonda beritahu sebelum ini....Tiap2 dua kali dalam sebulan, Bonda akan lalu di lokasi yg sama. Waktunya malam..paling lewat jam 2 pagi. Tak kiralah menghala ke KL @ ke JB. Tapi itulah kali pertama Bonda diganggu di highway.

Entahlah....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

rasenye PDRM xwat keje camtu...
baling hlmet or rotan pm nek court..mntelah men cerai berai bdan ea...

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

GaaRa wrote:

rasenye PDRM xwat keje camtu...
baling hlmet or rotan pm nek court..mntelah men cerai berai bdan ea...


 ayat kau memang lawak...hahahahah

men cerai berai badan...



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

BondaDiana wrote:

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak kisah hubby Bonda kena ganggu di salah satu hotel di highway?
Di jalan yg sama ( machap ) , Bonda tiba2 terbayang benda yg bukan2...maksudnya di sini ialah perkara yg tak pernah Bonda buat @ terfikir @ terbayang
sebelum ini.


Susah Bonda nak terangkan apa yg tiba2 terlintas di fikiran semasa tu. Akibatnya hubby diganggu. Tak tahu lah samada 'benda' tu mmg sudah ada di bilik hotel tu @ Bonda diikuti olehnya.

Macam yg Bonda beritahu sebelum ini....Tiap2 dua kali dalam sebulan, Bonda akan lalu di lokasi yg sama. Waktunya malam..paling lewat jam 2 pagi. Tak kiralah menghala ke KL @ ke JB. Tapi itulah kali pertama Bonda diganggu di highway.

Entahlah....


 kan betul....

reza dah agak dah waktu bnda kata kne kacau kat hotel hiway tu...mmg machap lerh..huhuhuhu

 

izzat : syed dah pi operate... 2 mgu baru jumpa die balik...sob...sob...sedeyhhh semoga dia kuat semangat dan buah pinggan tak rosak...pasni buleh aku ikut merempit dengan konvoi bike biggrin (ada niat tak baik suruh syed tu baik sakit cepat...heheh nak cuci mata tgk pakwe sbike)



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

HEH..
KO IGT HAKU WAT LAWAK KER
KALO HAKU NAK WAT LAWAK KOPOM HAKU MASUK LAWAK KER DER..
TP DORANG XTERIME HAKU..DORANG CAKAP HAKU NIE XCKUP LAWAK...
MISTERI JE BANYAK ! TAPI ADE HAKU KESAH?
HAKU NAK KO CITER PANJANG2 PASAL KES NIEHH

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

GaaRa wrote:

HEH..
KO IGT HAKU WAT LAWAK KER
KALO HAKU NAK WAT LAWAK KOPOM HAKU MASUK LAWAK KER DER..
TP DORANG XTERIME HAKU..DORANG CAKAP HAKU NIE XCKUP LAWAK...
MISTERI JE BANYAK ! TAPI ADE HAKU KESAH?
HAKU NAK KO CITER PANJANG2 PASAL KES NIEHH


 hahahah ingt kurang ketinggian tadi...

mamat nih memang banyak cite misterinya...kang aku terai korek sikit2 cite kat die ea...

die ade jugak cite pasal budak histeria kat icty tuh die tolong...



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

pastu jgan lupe!
ko tlg kemsalam kan dye...

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahahah...apa barang org sakit kirim salam

kirim le buah ke...kuih ke...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ala..name pom sakit kan...
kan haku kirim pizza ke kepci ke..
dah sah2 ko yg kedarah...
bai haku kirim salam serte dgn doa smoge dye cepat2 baik..

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Reza sayang...

Kalau nak torek2 cerita dia, Bonda setuju lah sangat. Tapi kalau nak join merempit dgn motor..... Bonda tak setuju. Bonda babap motor tu nanti.
Tak mao...tak mao join rempit2 ni. Baik join Bonda rempit cari duit byk2..boleh p coti2 malaya..p shopping...buat umrah.. nak? nak?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Hihihi gara...kempunan aku nk piza baru tu..

Bonda hihi la.ni...tadak rempit..
Konvoi big bike je reramai..hihi
Shoping? Aduii mmg mls bab ni....
Habis lemak2 kat perut nti sik bjln hihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

hahahaha...

hah lagi bagus..tak payah bli ubat slimming ke..makan jamu ke...senang2 je lemak2 mu pecah..
ajak Gaara sekali..

big bike? wahh! ducati? kawasaki? harley?
kalau ducati..bole Bonda join.. hehehe

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

haishhh...ak paling suke shopinggg

nak2 kalo bukan dari poket haku yg kua!!

kalo jenjalan kat TS,abes sploh tgkat haku pusing,xtrmasuk men kan theme park ag,,,

kawan ko pakai ducati ea reza"

kemsalam la wey..haku tengah single mingle gingle nie...~

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

syed ade 2 motor.... semart abis...

ala garaa..kau lambt sgt...die ckp ngn aku..2 mgu pas die operate..nk bawa aku datim ngn bike pulak..asyik naik kete kecik aku jer..hihihi

bonda...pun layan??

len kali konvoi g thailand jom join...dengan komando69 punya geng...

kepala ok semua...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ala....

kasi la aku...dye hnsem x??

ckp kat dye,pas oprate suh dye call haku...!!!

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hamboii Cik Gaara..

Oh ye Reza.. tp hotel yg Bonda stay mlm tu bukan di Machap sayang...
Syed join bikers mana ? Ducati ke Kawasaki?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

gara..hahahah hensem pon....ko kan da tunang wehh..

g satu hubby ko mat tu nk campak mana

bonda...yg satu tak tau apa...die tgh buat kat kedai..

yg kat rumah aritu..aprilia..wane merah putih...

wahhh ranggi lah bunda...care lahh!!

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ahhahahaa bukan pe bonda...
nak tmbah kenalan ~

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

young areza wrote:

gara..hahahah hensem pon....ko kan da tunang wehh..

g satu hubby ko mat tu nk campak mana

bonda...yg satu tak tau apa...die tgh buat kat kedai..

yg kat rumah aritu..aprilia..wane merah putih...

wahhh ranggi lah bunda...care lahh!!


 ala reza...

 

dye da ade bntal peluk baru..da lupekan haku da pom....

haku kan single mingle...hadoi....



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

reza aku pn nak gak a..mne ley gaara jer....aku pn ada moto...tp moto g kebun a..arwah atok aku pye...kihkihkih....
kim salam kt abg syed yerrr....dia ok x???isau la aku...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

aida zarina wrote:

reza aku pn nak gak a..mne ley gaara jer....aku pn ada moto...tp moto g kebun a..arwah atok aku pye...kihkihkih....
kim salam kt abg syed yerrr....dia ok x???isau la aku...


 cettt berani ko nak potong line haku
 

 jangan smpai ko mkn nasik pakai straw !!
 

 jgan ko buat2 risau la!! haku lempor lam lubang jmban pok bado tu kan!



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard