Dah lama rasanya aku tak bukak post semacam ni.. Asyik mengarut aja sekarang ni..
Pada zaman orang2 muda sekarang ni semuanya dah berdikari, zaman fb, tw dgn macam2 lagi, jumlah kawan sampai beratus2 org. Masih relevan ke jodoh yg dicarikan oleh mak ayah, bukan yg dicari sendiri, sebab ruang untuk berkenalan dgn seseorang sangat luas pada zaman ni.
Apa-apa pun kalau bagi pendapat aku, ianya masih boleh diterima pakai walaupun pada zaman sosial network ni mampu memberikan seribu org kawan baru. Malah bagi aku, jodoh yg sebegini lebih afdal dari segala sudut aku memandangnya..
Kelebihan bila jodoh dicarikan oleh mak ayah:
Bila bertunang, masa ni baru nak berkenal-kenalan antara keduanya, memang tujuan bertunang adlh utk saling mengenali antara bakal suami isteri, kaum kerabat keluarga masing2. Bila berjumpa dgn tunang, timbul rasa malu2 nak pandang, sama macam rasa bila nak mula memikat.
Hubungan antara keluarga yg bakal bercantum selalunya mesti baik, antara besan, antara pasangan dgn bakal mertua yg dipilih oleh tu mesra, kemanisan hubungan lepas nikah tapi masih segan2 ni alangkah bahagianya..
Dan orang yg dipilih oleh mak ayah tu selalunya adlh yg terbaik bagi mereka utk anaknya, mustahil bila seorg anak mintak dicarikan teman hidup, org tuanya carikan 'mana dapat ajalah.' ..
Sebaliknya kalau pilihan hati..:
Lazimnya pasangan yg bercinta sebelum nikah, masa bercinta dah panggil 'sayang sayang sayang sangat2' atau yg lebih power nicknya, 'papa, mama sayang papa sangat2.' Apa kejadahnya macam ni?.. Bercinta baru 2 bulan dah 'mama papa', jgn buat apa yg dibuat oleh suami isteri yg dah ada anak buat dah la walaweii..
Org yg bercinta seolah-olah dah hilang rasa malu pada kekasihnya, semua boleh, 'apa nak malu, gf/bf aku jugak..' Itu baru bercinta, lepas bertunang lebih teruk lagi, 'suka hati aku la, tunang aku.' ..
Lebih buruk kalau org yg disayang sangat tu, mak ayah tak berkenan, masa bercinta dah nampak tak serasi bila duduk semeja, kalau lepas kahwin hubungan antara mertua dgn menantu, besan2 sendiri paham laa..
Bagi aku, lelaki kalau tiba2 diusung gambar anak dara oleh mak/ayahnya kata berkenan, ok jer.. (kalau masih belum ada gf laa.)
Kalau org perempuan aku tak tau la pulak..
Setiap pilihan ada pro & con, ini cuma pendapat aku aja.. Bagi aku budaya couple ni bukan elok pun, remaja2 nak rasa bercinta sebab terikut-ikut dgn apa yg dibawa masuk dari budaya org2 bukan Islam, jalan halus nak menghancurkan ahlak remaja Islam.
Allah SWT pun ada berfirman dalam surah At-Taubah ayat 55 maksudnya:
"...Janganlah engkau tertarik hati kepada mereka (harta benda, anak-anak dan budaya orang-orang kafir dan munafik), kerana sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan duniawi, dan hendak menjadikan nyawa mereka dicabut sedang mereka berkeadaan demikian(kafir di dunia, dan mendapat azab akhirat pula).
Samada pilih orang tua hingga ke pilihan hati, semuanya satu perjudian.. Tiada jaminan yang kekal...
betul mak ayah selalu mahu terbaik untuk anaknya... tapi jangan lupa, ada gak mak ayah yg jenis memilih... maksud memilih aku nie contohnya nak darjat sama, nak menantu yg lawa2, nak menantukan orang kaya malah nak bermenantukan artis pun ada.. mcm ala-ala cerita Anak Mami... Mami B tu nak gak menantu orang kaya, hensem untuk anak perempuannya(lakonan Waheeda)...
So kat luar sana jangan risau, pilihan hati atau pilihan keluarga, sama jer... kerna JODOH ITU KETETAPAN ALLAH... bukan ketetapan manusia yakni keluarga atau diri sendiri... tak yah peduli teori atau angapan manusia.. pedulikan apa Allah akan kata...