Saya berasal dari Singapura. Pada hari itu saya, anak dan suami telah ke Seberang Tambak, Batu Pahat iaitu rumah emak saudara saya. Rumah emak saudara saya adalah rumah kampung yang tidak ada kolong dibawahnya. Rumah itu diatas tanah, namun bilik airnya terletak diluar.
Di dalam perjalanan, kami bertiga telah singgah di satu kawasan bagi mengisi perut sebelum sampai di rumah emak saudara. Namun, pada malamnya di rumah emak saudara, saya mengalami sakit perut. Saya tidak tahan kerana sakit dan berulang kali ke tandas. Sebenarnya pada malam itu, kami telah merancang untuk ke rumah seorang lagi saudara di kawasan kampung berdekatan rumah emak saudara saya ni. Oleh kerana saya masih lagi sakit perut dan tidak larat, saya menyuruh suami dan anak saya sahaj mewakilkan saya. Hanya suami, anak dan emak serta bapa saudara saya yang akan ke rumah saudara di sana. Tidak baik pula rasanya menghampakan saudara di sana. Mungkin mereka telah memasak makanan bagi menyambut kedatangan kami.
Maka, tinggallah saya seorang sahaja dirumah. Mereka keluar dari rumah selepas Isyak keranaingin menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Jadi, mereka akan mempunyai banyak masa untuk berbual kerana telah lama tidak berjumpa. Saya berasa sangat terkilan kerana tidak dapat mengikuti mereka. Perut saya yang sakit ini menyebabkan saya tidak larat lagi untuk berjalan. Saya asyik berulang ke tandas sahaja. Sekitar 9 malam mereka bergerak ke rumah saudara. Mereka menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapa saudara saya. Kereta suami berada diluar rumah. Saya hanya mampu menghantar mereka dengan mata sahaja sehinggalah kelibat mereka hilang, saya terpandang ke arah kereta suami saya. Alangkah terkejutnya saya kerana saya terlihat satu lembaga yang sedang duduk di dalam kereta suami saya. Sedangkan hanya saya seorang sahaja yang tinggal di rumah tatkala ini.
Cepat-cepat saya beristigfar dan menutup semua pintu dan tingkap. Waktu saya menutup tingkap, tiba-tiba perut saya diserang sakit lagi. Segera saya berlari ke tandas yang terletak diluar rumah. Saya berlari keluar dari pintu belakang dan terus ke tandas yang terletak diluar itu. Setelah selesai membuang hajat, saya masuk semula ke dalam rumah dan terbaring di atas lantai ruang tamu sambil menyapu minyak angin kerana badan saya terasa lemah.
Dalam pada saya nak ke ruang tamu tu tadi, saya melalui koridor bilik tidur (kiri dan kanan adalah bilik tidur). Sewaktu saya melalui bilik tidur anak saudara saya, saya terperasan pintunya sedikit terbuka dan terdapat kepala yang menjenguk saya dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Apabila saya perhatikan bagi beberapa saat, tiba-tiba kepala itu hilang. Cepat-cepat saya ke ruang tamu dan membuka siaran teleisyen bagi mengurangkan rasa takut. Ketika saya membuka tv, alat kawalan jauh saya letak di tepi saya. Tidak semena-mena tv terpadam dengan sendiri seperti ada seseorang yang mematikannya. Saya hidupkan kembali tv, kemudian dimatikan. Saya melakukannya bebrapa kali namun tv tetap terpadam sejurus dihidupkan. Saya sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Saya terdiam dan baca apa-apa surah sehinggalah suami saya menelefon ke rumah emak saudara.
sayang buat apa? Abang baru sampai ni.
40 Minit mereka pergi, dan selama itulah saya menahan seksa di dalam rumah dengan pelbagai gangguan. Saya lantas meminta suami memanggil bapa saudara.
Boleh tak minta tolong jiran sebelah?
kenapa? soal bapa saudara pelik.
ada lampu rosak. Kalau boleh nak minta tolong dia tengok-tengokan, saya cuba mencari helah. Tidak sampai pula hati saya untuk memberitahu kepada bapa saudra dan suami kerana mereka baru sahaja sampai.
Tidak berapa lama, kedengaran bunyi ketukan di pintu rumah. Saya pada mulanya takut walaupun mengagak itu adalah bantuan dari jiran sebelah rumah. Saya tidak membuka pintu. Ketukan kedua menyusul bersama salam diberikan. Barulah saya rasa yakin. Saya bangun dari kerusi dan terlihat jiran sebelah di hadapa umah. Saya berasa lega dan membuka pintu. Leman namanya.
Dik, akak minta maaf lah ye. Akak panggil kau ni bukan sebab ada lampu rosak, ujarku.
Habis kenapa kak? soal Leman ingin tahu.
Akak takutlah....Leman boleh tak panggilkan..emak ke..adik perempuan teman akak kat rumah ni? Akak takutlah. Ujarku tanpa selindung.
Oww...apa kata akak sajake rumah kami? Cadang Leman pula.
Jadi, saya pun bersetuju dengan cadangan Leman. Saya pun pergi ke rumahnya.Setibanya saya dirumah Leman, saya agak terperanjat dengan cerita yang disampaikan. Katanya kadang kala akan terlihat kelibat perempuan duduk di atas bumbung. Malah setelah beberapa kali diberitahu, kedua emak dan bapa saudara saya tidak mahu mempercayai. Oleh itu, ibu bapa Leman menggagak bahawa kedua ibu bapa saudara saya ada mengguna atau menyimpan ilmu hitam
entah..heheheh tempat tu....dekat je pulak dengn opis..biadap.. paling biadap skali...aku terjumpa link..perempuan bunuh diri jadi hntu kat situ gak pastu tgh uruskan kerja nk bina taman kat sane..hahahaha sekian uolss.. keseraman tu terasa k
Reza sayang..sebelum Bonda nak komen...Bonda mohon pd Reza..jangan la menggoda Bonda. Setakat ini Bonda masih lg boleh menahan nafsu Bonda. Tak taulah slps ini Bonda dpt kawal atau tidak... v_v
Oh ye...berbalik pd komen Reza td. Maksudnya Reza nmpk ha nun ta wau kat tapak nak buat taman je? Atau rumah mak sedara yg bercerita ni dekat dgn tempat Reza?
lah k.reza. kite sllu dngar dj kc tu bceloteh.. sbb kite dolu2(taun lps je pun) skolah kat jb. then skolah tu dkt je ngn danga bay. sllu dngar on air lah.. g seremmm.. lagilah on air die memalam. mmg a bit nervous dgn gaya dia cakap tu..
pehh reza...pe ag citer la sal gurl yg bunuh diri tu... biadap sguh antu2 tu nk jgk bdekatan dgn tmpt reza yer...hehehehe klo terjumpe kim slm yer..kihkihkih eehhh gurau jer...
Reza sayang..sebelum Bonda nak komen...Bonda mohon pd Reza..jangan la menggoda Bonda. Setakat ini Bonda masih lg boleh menahan nafsu Bonda. Tak taulah slps ini Bonda dpt kawal atau tidak... v_v
Oh ye...berbalik pd komen Reza td. Maksudnya Reza nmpk ha nun ta wau kat tapak nak buat taman je? Atau rumah mak sedara yg bercerita ni dekat dgn tempat Reza?
bonda kecurkan apa??hehehehe
tak nampak..dengar kat youtube,,,so terkejut lah sebab kawasan ni adalah kawasan yang bakal2 syrikat reza buat prumahan rakyat kat sana..heheh..
lah k.reza. kite sllu dngar dj kc tu bceloteh.. sbb kite dolu2(taun lps je pun) skolah kat jb. then skolah tu dkt je ngn danga bay. sllu dngar on air lah.. g seremmm.. lagilah on air die memalam. mmg a bit nervous dgn gaya dia cakap tu..
*macm xde kna mgna je komen aku nie~~
hehee...sorie 4 disturbing
have a nice uolls
^_^
best memng terbaik dejay tu kan
tu pun ramai yang tak suke die..
kenapa tah...ishh pelik2 manusia sekarang ni...
aida : pasal awek tu? haaaaa....adik laki reza pon kenal budak tu..cantik mcm cina katanya..tengok nti kalau free...reza akan transfer dari lisan ke coretan...hehehe
kecur? oh tidak..... tidak ada mengena dgn kecur..mecur..jauh sekali lecur...
Bonda tak boleh tgk post / thread..asal tgk ke..Bonda nak makan..asal baca je..ternampak yg kat bawah tu..Bonda rasa lapar... huhuhu.. Ni tgh nak taip pun tetiba nak makan. .nak makan..nak makan rojak petis.. oh sedapnyee...