Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IBU MAMPUS ! IBU MAMPUS !


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:
IBU MAMPUS ! IBU MAMPUS !


hurrmmm..x tao nak kata pe..

sbb aku dulu masa time remaja suka sgt rebel

selalu gaduh dgn parents aku especially mak aku

ada je benda yg x kena dgn kami ni..klu mak nak A, aku nak B

yg kesian bapak aku la, tersepit tgh2..

boleh kata tiap2 ptg raya setiap thn mesti kami gaduh..puncanya sbb byk benda nak kena settle cpt, x settle lg

alahai...mmg gaduh teruk la..tp xde la maki hamun..pnh mak marah sgt, dibalingnya aku dgn senduk kuah kacang

gedebuk kena blkg bdn aku..dah la panas, siap berkuah kacang lagi.megamuk la aku..

tp bila pagi raya, mak mesti kata hah, ko kena salam n cium kaki mak sbb byk dosa kat mak

sedih aku, aku wat then menangis mak sbb dia ingat dia memain je ckp. x sangka aku sggup buat

bila aku dah masuk umur 20 an, aku dah x rebel lg..aku byk bersabar..mak pon dah x mcm dulu

maknanya kitaorg akan berdiplomasi selesaikan masalah

siap leh jd kawan baik lagi share2 cite cinta, pengalaman mak kawin, dpt anak sulung (aku le) hehehe

gi mana2, lepak sama2, tgk wyg sama2... bapak pnh kata kat aku yg mak ni dulu dia x pcaya n x boleh trima kenyataan yg ada anak dara dah

yela, kawin muda...umur aku 17 thn, dia baru 37 thn..bapak lak mcm fokus pd aku, so dia mcm agak cemburu la..

bila bapak explain elok2, then dia mula fhm...skrg ni aku dah kawin, duduk jauh dari mak n bapak

aku sgt rindukan mak..hari2 aku call, sembang dgn dia..mmg x puas..aku tahu mak pon rindu sgt dgn aku

huhuhuhuh..so, sayangi la mak anda..jgn jd mcm aku selalu nak rebel2..



-- Edited by lalinklina on Thursday 28th of March 2013 08:53:35 PM



-- Edited by lalinklina on Thursday 28th of March 2013 08:54:22 PM

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

rezzzaaa...x sangka yea, sebijik pengalaman akak ko dgn aku..huhuhu

ya, aku rasa mmg favorite ibu2 kalu mrh balikg je sudip or senduk panas tu kat anak yg degil

hahaha..x salah diaorg la..hati tgh panas..penat masak, kemas umah, dapat lak anak kaki gaduh mcm aku n kakak sulung ko

merasa la kena baling dgn senduk panas tu..masih terasa kepanasan tu woooo

aku pon pelik, time raya je mesti gaduh..bkn kata famili kita je reza, kwn2 aku pon sama

nak2 petang or malam menjelang raya...ayoookkkk time tu la perdebatan mulut ke mulut begitu lancang terjadi..

agaknya sbb byk keje n masing2 letih kot...ntah le..yg penting skrg semua dah ok..

bonda, bgus kalau balance mcm tu

klu dua2 garang pon x boleh gak takut anak2 kena tekanan perasaan..klu dua2 lembut nnt anak naik lemak

so, bila balance, baru anak2 ok...



-- Edited by lalinklina on Thursday 28th of March 2013 09:10:49 PM

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. 

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk. 

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok. 

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan. 

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya. 

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu. 

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu. 

Si ibu berlalu pergi. 

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya. 

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

157089_472125559525926_892091797_n.png

 



Attachments
__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

nih ... wolo pon aku x baca yang adik yang areza nie tulis ...

ia dah ada kat pesbuk ...

Masya Allah ... Asthgafirullah ha Azim ...

anak anak ... mudah2 anak ini diberi hidayah dan petunjuk

untuk menjadik anak yang solleh ...

dan muda2an .. sama2 kita berdoa jugak ...

untuk anak2 kita semua  semuga menjadik anak yang soleh dan solehah

yang mendamaikan hati ibu dan bapa

yang dapat berbuat kebajikan kepada ibu bapa orang2 tua dan sesama manusia

Insya Allah .... amin ya Rabbul Alamin..



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

mungkin ramai dah baca benda ni kat FB...

satu je nk bagi ulasan kat sini..bukan senang nk besarkan anak...memang sedih baca cerita ni...kesian kat mak die...

reza kan bela anak akak..dah macam anak reza sendri...

org yang takde anak ni..die tak tahu lagi...

CONTOH :

semalam, ibu dengan ayah nak makan megi. minta adik2 masakan..diorang tnya reza nak megi apa..reza sibuk main game hp aje..pastu ckap tak nak pape. ayah tanya " dari petang belum makan kan? makan lah sikit..diet pun agak2 lah..makan sikit.."

reza jwab sambil main hp lagi..silap..cume menggeleng je..lepas tu ckap ..malas lah..nanti kacau megi ibu je.. (makan sikit megi ibu la)
ayah balik..beli udang dengan sayur sekali..minta ibu masak..ibu lenguh tangan..minta adik2 reza yg kecil tu masak..ala..tumis je..
lepas tu. masing2 menolak..rasa macam bersalah pulak kat ibu ayah...
reza ke dapur masak kan udang...ala..tumis2 je..senang..tapi ayah puas hati...ayah makan banyak sangat...
pastu die ajak reza makan..reza cakap tak nak..perut tak sedap...
pastu ayah berhenti makan..alahaaiiii....
terpaksa juga makan..makan same2 dengan ibu ayah...
reza yang alergik udang pun..makan je...sebab nak jaga hati...
ibu dengan ayah ni..bile membebel die akan cakap lepas je..tapi kite tau die sayang kite..

reza ni pulak jenis yang 'keras'. banyak diam dari cakap..kalau takde apa..reza akan lepak dalam bilik..baca novel ke apa yg patut..
kadang terpanggil2 ayah..sruh makan ke apa..ajak keluar ke..tu pun kadang2 reza tak nak..heheh jahat nye lah ank ni...
tak hargai ibu bapa...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

badda2 wrote:

nih ... wolo pon aku x baca yang adik yang areza nie tulis ...

ia dah ada kat pesbuk ...

Masya Allah ... Asthgafirullah ha Azim ...

anak anak ... mudah2 anak ini diberi hidayah dan petunjuk

untuk menjadik anak yang solleh ...

dan muda2an .. sama2 kita berdoa jugak ...

untuk anak2 kita semua  semuga menjadik anak yang soleh dan solehah

yang mendamaikan hati ibu dan bapa

yang dapat berbuat kebajikan kepada ibu bapa orang2 tua dan sesama manusia

Insya Allah .... amin ya Rabbul Alamin..


 betul tu pak badar...sobb...sob...

feeling sedih terlebih pulak ari2 jemahat nih



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

tu la anak2 skrg..

byk Bonda tgk. .ibubapa skrg. waktu anak2 kecil lg..bila ckp @ buat benda yg tak senonoh..gelak. kononnya..cute..kelakar.
anak buat salah senyum saja atas alasan. ...takpe kecil lg. mana tau apa2. jadi bila dah besar..susah lg nk lentur..mula ibubapa pening kepala. kebanyakkan la..
tak mcm ibubapa kita dulu..tegas.. kan Wak Baddarom? Bonda dulu..buat je perangai bebukan..siap kena sebat dgn tali pinggang. tu masuk kena lari keliling padang sambil junjung kayu berat..( ayah Bonda kan sojar. .huhuhu ) tp alhamdulilah..Bonda berterima kasih pd mrk. Bonda jdkn panduan utk didik anak2 Bonda pula. InsyaAllah.

umur 13 hingga 19..umur yg paling tough utk ibubapa & anak2 tu sendiri. mula nak memberontak..fikir depa saje yg betul. bila di larang
. ckp la ibubapa tak sporting la..asyik konkong la..buat statement kt fb. .nyumpah ibubapa..carut2 kan ibubapa.astaghfirulllah...takut & sedih Bonda tgk perangai bdk2 skrg..

hilang hormat pd org yg lbh tua dr mereka.. entahlaa..


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ermmm betul tu....
tu yang takut kan..kita dah lalui zaman tu...dulu..main api...
last2 ibu beli sekotak lilin..disuruh pegang nye lilin tu sampai cair..
melolong2 menangis..heheheh
budak2 sekrang?? huh,,tak makan saman..hehehe (ayat nenek)

kalau ibu suruh buat apa2..jawapn die..malas...
kalau reza ade kat rumah..memng kne sound dah..kau cakp apa?
diorang dengn reza..hormat sikit..sebab reza jenis jarang nk tegur..
sekali kalau tegur..macam naga keluarkan api..heheh (ibu yang kata mcm tu)
geram tengok adik2 yg dah tak hormat ibu ayah..

ibu ayh dah semakin tua..tak garang macam dulu..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

wahhh lalink..adekah kau akak sulong aku??

kenapa cerita nya same....hahhaah ke...memang peberet mak2 pukul ank dengan sudip panas??

hahahah

akak sulung reza...die sambil basuh pinggan...bergaduh mulut dengan mak...

mak tengah masak sambal kacang...apa lagi...die pegi kat akak...die pukul akak kat badan dengan sudip panas tuh...

huuhuhuhu adenagn2 ni memang biasa lah kalo malam raya...

semenjak2 dah beso ni je dah kureng..takde la adengan macam tu,,,tapi masak..still ibu yg masak...rasa nye tak same ngn kitorang masak..

pernah raya haji..ibu demam..die suruh kitorang buat nasi ayam..aym tu dibakar..pastu kitorang bukan pandai sangat,,lepas tu aym tu hangit sikit..

waktu hidang kat ibu..ibu menjerit2 macam kne histeria...pastu die baling ayam tu,,,die terbalik kan nasik tu dengan sambal semua..

aku kutip..aku nangis kat situ...sebab dahla bagi bhgian peha yang paling aku suke..mak aku buat camtu,,,

pastu aku lari g uma nenek aku..hahaha padahal depan rumah je pun...kemain aku merajuk...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

tu la..Bonda mmg garang dgn anak2..tp incik suami orgnya lembut bila bercakap dgn anak..so balance kan..?

entahla..tak tau budak2 skrg.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahaha bonda...ayh reza..memang diam...

sekali die jegil mata....semua diam...kreekk...kreekkk~

belum lagi die keluarkan tali pinggang askar die tuh..

sape nk maut...buat la perangai..mau disesahnya die dengan tali pinggang tu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

so sob sob..sedihnya baca post2 korang. tringat waktu ambe kecik dulu. ambe ni wlupun lahir x cukup bulan , tp masa kecik dulu nakal jgk la mcm jantan j prangai.

x penah lekat kt umah, ambe x sekolah tadika tp ambe dok mrayau nek beskal g umah kwan2 main masak2 ke main kawen2 ke mancing ke  main pondok2 ke...

dulu umah ambe kebun kalapa sawit dlm agk2 2 ekar (umah ambe kt ceruk dlm sikit dr jalan, scary klu mlm2disbeliefdisbelief)

ada kolam segi4 agak2 dlm ukuran 3/4 hasta setiap penjuru kt tgh2 kebun n dlm tu ade 2 3 ekor ikan. ambe dok jiblun dlm kolam tu smpai selut2 sume naik (tanah gmbut).

hape lg, hangin 1 badan bapak ambe bile tgk ank dara kecik dia main kolam bgai nk rak. dapat la rembatan btg ubi bagai. hoh! tu la degil sgt.

x cukup tu, penah jgk mk kejar dgn senduk masak tp x ingat sebab apeconfuseconfuse

kena sebat dgn tali pinggang  jgn ckap la..haha sengal betol time tu. nk g kencing takot cz jamban kt lua umah masa tu..smpai trkencing2 kt bawah meja. haha lawak pn adabiggrin

bes jgk jdi budak kecik ni ...



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

perghh pe kata kite tnye bonda..

pernah tak die senduk kan anak2 nye..hehehehe

aah..aku amek kerja mudah je lalink...

sebab aku ni peberet menganyam ketupat..aku anyam la banyak2 ..klo diorang bising aku cakp..aku buat ketupat..eheheheh

pastu dah malam..akak akan kemas rumah...yeehhhhh part paling best nk curi tulang...

akak aku klo bab berkemas..memng superb..nanti aku ckpla..alahh takyah la kemas...kite kemas esok2..

nanti akak aku kata..ko nk tido pegi lah...aku kemas..yeeahhhh berteriak lah aku macam hantu raya yang baru lepas dipenjarakan tu.heheh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahah ambe...lawak nye ko...

untunglah sape membesar kat kawasan kampung yang pure...ade kebun..kolam bagai...

aku ni..dame je..kg tengah bando..tapi mak aku tak bg bercampur orang...

aku main dengan adik bradik aku lah...dengan arwah atok aku...

pastu klo tiap kali nk kuo uma (pegi rumah atok je padahal) pakai baju gaun kembang..tas tangan dengan rantai mutiara

hahahaha datang rumah atok aku..minta die cerita kisah2 lama..heheheh....

kawan opis aku kata..'kau ni..masa kanak2 kau memang gelap' hahaha sebab aku mne pernah main kolam..selut..lumpur..mancing..sume tak reti

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

la..yeke reza? ko x pnh eak buat semua tu??

best wooooo...aku selalu mancing ikan kat tali air kat area sawah padi, mandi kat ban (mcm parit la tp air ok)

bapak aku jenuh cari, aku mandi dgn kawan2 laki

pastu ada org kg gtao nmpk aku mandi ban kat seberang kg..masa bapak aku dtg, kwn2 bgtoa dah..wei2, bapak hang mai tu

aku terus selam dlm air..nak nyorok...bapak aku behenti motor betul2 dekat sebelah ban tu

then dia kata " hang x pyh nak nyorok sgt dlm ayaq tu..aku tao hang ada dlm..tu buih2 naik tu, apa? baik hang naik sebelum aku turun bwh".

pelan2 aku naik...then bapak aku suruh balik umah..sapmpai ja umah, piapppppp getah paip menyiggah kat blkg

pedddiihhhhhhhhhh...... esok gi sekolah, tanya kawan aku mcm ne bapak aku leh tao aku kat dlm air tu?

dia kata "hang la bodo, pi bernafas la kat dlmtu pasai pa?? naik buih la bodo"

kuikuikui..kena setepek

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahahah kelakarnye...

mesti macam cerita2 kat tv tu kan...

heheh bestnye duduk kg....

kompem kne leter kan...heheheh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

yup..tp zmn dulu2 punya kg lg best..

yg dlm tv tu kdg2 cket je mcm real, yg lain x betul jgk

kg dulu2 thn 1990-1998 masih lagi budak2 main permainan lama semua

konda kondi, rounders, ting2, galah panjang, ,mandi2 ban, main kombat2

sekrg ni dah xde budak2 main cm gitu

air ban yg aku mandi dulu pon dah x ok mcm dulu

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

yeke

ihihi baru nk minta kau tepek gambo kg kat sni...

ko tau tak..aku pernh bagi syarat kat budak laki yg minat aku...

kalau nk kawen dengan aku..kne ade kebun durian..dengan tanak kat kampung...

heheheh....sebab aku memang suke sangat kampung..

kalau dah 3 4 bulan aku tak masuk hutan..kepala aku pulak masuk air..hahahah

mesti nk pergi...camping dalam 2 3 malam..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

nnt la klu aku balik penang tgk album2 lama ada lagi, aku scan pic n tepek kat sini

tp x leh janji sbb aku takut x jumpa album tu..mak aku letak brg kat merata-rata masa nak renovate rumah

huhu..da la pic suasana kg dulu2..thn 80an - 90an



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

wooowwww penang ghupenye....

penang kat mne?? hehehehe.....



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

bukit mertajam..hehe

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

aku nk pegi psuing2 penang...

tapi yg ade pon..bf yg dah jdi ex hahahaha...

ade akak tu aritu aku knl kat penang..ni die call ajak mai..

die kat sungai batu kot...waktu aku terpinga2 tak kenal sape2 kat penang...

akak ni lah yg tolong aku...sebab waktu tu ade intebiu kat bayan lepas..ehhehe

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

oooo....sian ko..klu ko knl aku time mesti aku leh tumpangkan ko kat rumah aku

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

heheheh baik sungguh aty mu wahai lalinka..heheheh

aku kawan2 kat penang,,,klo ade pon lelaki...

kawn2 pada ex bf aku tuh...abam2 polis...heheheh

diorang la yg tolong carikan hotel kat area bayan lepas tu..pastu seme mahai2 lak tuh...

apa boleh buat...sume ni kan dah ditentukan allah...

akhirnya aku knal akak tu...then rapat dgn kuarga die...

dan aku pun tak dapt kerja tu..sebab kurang ketinggian...ceiitttt

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

ko apply tentera ke?

hahaha...xpe la, xde rezki...



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

oooowwhh...Bonda tak pernah sendukkan anak2 Bonda..waima emak Bonda pun tak pernah sendukkan Bonda dan adik2.

tapi kalau sendukkan lauk dgn nasi banyak kali juga la...

Bonda selalu gunakan saikologi.. Bonda jenis cakap 3 kali je..tak lebih tak kurang..
lebih 3 kali Bonda cakap tak dengar..Bonda 'cakap' dengan tangan je.. Bonda jenis tak cakap banyak.

tiap-tiap petang Bonda suruh anak2 bonda tengok astro oasis.. cerita Tanah Kubur. biar depa tahu akibat perbuatan yg tak baik..
kalau tinggi suara dan kurang ajar pada orang tua..bila mati nanti.. apa akan jadi nanti.

kalau tak solat..macam keadaan mayat tu..kalau suka menipu...apa akibatnya...
setiap pagi sambil temankan depa breakfast Bonda bagi takzirah pagi..( tak pasal2 Bonda jadi penceramah tak bertauliah pagi2 buta )... brainwash depa ...kasi bersih..hahahaha..

Mudah mudahan Allah kurniakan Bonda anak2 yg soleh dan solehah...Bonda doakan juga utk diri Bonda, adik2 Bonda..dan semua yg ada di GC ni juga sekadar singgah utk membaca..

Ingat..kalau hilang arah..insyaAllah.. Allah akan beri petunjuknya...kalau kita hilang kerja.. dengan izinNya kalau kita berusaha..Allah akan berikan kerja yg lebih baik..TAPI..kalau kita hilang ibubapa...Allah tidak akan gantikkan atau kembalikan mereka pada kita..

Sementara mereka ada depan mata..sayangi mereka..hormati mereka..peluk ciumla mereka..pandanglah muka dan mata mereka sementara boleh pandang..
bila mata mereka dah tutup rapat..kita tak dapat lagi tengok anak mata mereka..mulut mereka tetutup rapat..kita takkan dapat tengok senyuman mereka..takkan dapat dengar suara mereka....masa tu jangan menyesal. ada sebab ibu membebel. ada sebab ayah marah..tu semua sbb mereka sayangkan kita....andai kata tidak setuju dgn kata2 mereka..cuba bangkang dgn kta2 yg baik....

satu hari nanti kita akan berada ditempat mereka... apa perasaan kita kalau anak kita buat benda yg sama yg pernah kita buat dulu pd orang tua kita? so sebelum anak2 kita buat..baik kita jangan buat...




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

huhu...terasa insaf pula bila Bonda bagi nasihat ni...
sekarang mak jaga nenek di kampung...
Sa ingat mo minta cuti mo jumpa mak...
tapi mak x benarkan Sa balik ke sana...
masalah akan timbul kalo Sa balik ke kampung...

nampak gaya kalo Sa mo bercuti pon...stay dgn adik2 ja la...
tu pon Sa sorang2 duduk di rumah...adik2 ada yg keja, ada yg masih skolah...
dgn kata lain masing2 ada life sendiri...
kalo mak ada di rumah...x la Sa kesunyian...
mak kata rumah tu riuh kalo Sa ada di rumah...
bila Sa da masuk tido ja baru senyap rumah tu...
ahahaha...


__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

bagos jugak si ariza ni..gud job gud job..

zaman skang nie mmg anak mude xreti hormat ibu-bapa..
kebanyakan yg baru nk knl dunie nie...
pernah bce statement fren dlm fb..pasal parents kokngkong dorg..
mcm2 caci maki,ak pom sound blek..
"agak2 kalo parents ko mati t sape yg akan doakan ko"
lgsung dye remove dri frenz (sedeh)

so..ak sebagai ank yg xla baik sgt tp trasa gak kalo org kuang ajo ngan org tue
or parents sndiri...


DUNIA AKHIR ZAMAN

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

betul la....
bile kite jawab nk tanak je dah rasa kuangjo kan...
lagi pulak nk statemen kat fb mcm2...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Rasanya snap tu dari koleksi berita tv9.. macam ingat berita pasal ni..


__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard