Bila aku baca pengalaman cerita2 org yg jumpa hantu ni, aku pun pelik, ada org yg selalu jumpa, macam tak logik, jumpa hantu macam jumpa nasi lemak aja. Sebab aku, seingat aku dalam 24 tahun ni, ini saja pengalaman aku misteri aku..
Masa aku kecik dulu aku selalu jugak ikut mak aku gi mancing, time gembira selalunya kat palong2 sebelah, (felda palong terbahagi dari palong 1 sampai 16, aku tinggal kat palong 10). Ada sekali tu aku ikut mak aku mancing dgn kawan2 dia kat palong 4, dalam 3 biji motor kot, tak ingat.. Pukul 8:30 mak aku dah ajak diorang balik sebab takut nak balik kalau lewat sebab kena melalui kawasan pembakaran mayat org india. Banyak org cerita tempat ni keras, kalau lalu sorang2 motor senang mati tanpa sebab yg dapat dijelaskan secara saintifik, spesifik, plastik, meteriallistik apatah lagi ada kena-mengena dgn lautan pasifik.
Jadi masa melalui kawasan tu motor kitorang takde la apa2, cuma aku yg masih kecik ni tak tau, yg aku ingat masa melintasi kawasan tu aku terbau wangi sangat, tak tau bau apa, macam bau bunga tapi tak tau bunga apa. Org cakap bau bunga kemboja, aku pun tak tau bau bunga kemboja tu macam mana.. Terus aku bgitau mak aku 'bau wangilah', mak aku cuma cakap 'hish'.Sedih la kan
Ini pun bagi aku tak berapa misteri, mungkin jugak petang tu ada org india buat apa2 kot kat situ, diorg letak benda wangi2 ke kan?.
Antara pengalaman tak berapa misteri tapi seram aku lagi..
Masa ni adik pmpuan aku masih kecik lagi, kitorang satu keluarga gi mancing kat kebun, masa kat kebun tu adik aku ni punyalah kecoh bertanya, menyanyi-nyanyi, biasalah budak kecik bawak masuk kebun sekali-sekala. Lepas balik tu, masa maghrib, adik aku ni muntah2 kat tangga beranda, aku tak syak apa2 pun, aku pun masih remaja masa tu.
Yg aku ingat aku terbangun tengah malam bising dalam bilik mak aku, aku masuk la tengok along dgn angah aku dah ada kat situ, mak aku pulak pangku adik aku sambil pegang Al-Quran, adik aku matanya dah terbeliak merah, pandang kiri kanan, seluruh bilik, menjerit-jerit macam nampak sesuatu yg kitorang tak nampak. sesekali dia terloncat macam mengelak sesuatu, macam korang terlompat kalau korang nampak lipas atau tikus datang kat korang tu.
Aku memang rasa seram masa tu, lagi2 bila adik aku tu tunjuk2 kat penjuru bilik, kat atap, kadang2 dia tunjuk kat arah aku jugak.. Tapi aku memang marah giler masa tu, aku nak aja menjerit sumpah hantu tu, 'celaka punya hantu, dasar anak haram, mentang2 aku tak nampak ko, ko main lari2 dalam bilik mak aku yeh? Adik aku yg masih kecik tu boleh la ko takutkan!' geram nak tempeleng aja benda yg kacau adik aku tu, seram campur marah..
Malam tu jugak jumpa makcik bidan, dia kata 'benda' tu marah sebab adik aku buat bising kat tempat dia, tu yg dia sakat adik aku, dia ikut balik rumah. Dua hari berubat, diurut sikit, adik aku dah ok Alhamdulillah. Sah la hantu ni bodo tak belajar moral dan sivik maupun tatabahasa, biasa la budak kecik suka main2 bising kalau dia eksaited, boleh ke kita marah kalau ada org datang rumah kita bawak anak, anak dia main2 bising2 semua?..
Mana abah den masa ni? Abah aku kerja KL masa ni, sebulan sekali jer balik palong.
Bukti kebodohan mahluk2 ni semua kan?..
Ini lagi, bukan pengalaman aku, diceritakan oleh mak aku..
Masa aku kecik, kecik dan aku tak ingat pun kejadian ni, aku dibawa mak abah aku gi menoreh getah, aku tinggal kat pondok yg abah aku buat kat kebun tu, nak ikut menoreh tak larat kot, budak kecik, dalam 4-5 tahun kot umur aku, along dgn angah dah sekolah rasanya?.. Pernah sekali tu mak aku datang kat pondok, tengok aku dah takde, melilau la mak abah aku cari.
Cari punya cari, mak aku jumpa aku nun jauh kat puncak bukit kat kebun sebelah, dia tanya apsal datang kat sini?. Pastu mak aku cerita, aku cakap aku ikut mak, kan mak yg panggil datang sini, tu yg aku ikut aja.. Aku tak ingat peristiwa ni, cuma diceritakan oleh mak aku aja, tak berapa misteri pun..
Satu lagi yg mak aku cerita, tahun 1988 dulu, masa aku dilahirkan, aku pernah mati, sekejap aja, dalam berapa saat, minit, aku tak ingat, langsung dah takde nadi terus, entah macam mana aku dapat hidup balik, baru menangis.. Ruginya, kalau meninggal masa tu, kan dah dijamin syurga.. Terus hidup, banyak pulak buat dosa.. isk..
Sikit kan dalam 24 tahun? Aku tak tau kenapa ada org yg sangat prone untuk mengalami kejadian ghaib, dan aku tergolong dalam kategori yg mana, lemah semangat atau sebaliknya,sebab tak tau macam mana reaksi aku kalau jumpa depan mata, sebab tak pernah jumpa.
Kisah benar pengalaman tak berapa nak misteri aku. Demon Slayer
TAMAT.
__________________
I love my family,I love my friend,I lOVE ALL People in the world. ehh.......lupa pulak nak letak i love my self sorry lupe punye masalah
x silap aku ... nie kopi pes cerita budak si ijoii tuu ...
aduhhhhhhh ..... masuk nie .... dah 3 thread nko bukan dik ....
seme kopi pes dari cerita dalam GC nie jugakkk ...
bulehhh kalau nak buat `kopi dan pasta' nihhh ...
tapi ambik lah dari blog lain ke .... x pon ambik batu blok lain ke ...
barulah beshhh ....
cerita2 seram dalam GC niie .... member lain dah baca dah ...
so ... x ada keperluan kalu di kopi dan pasta lagi ....
urmmmmmm .......
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih pak Badda sebab mention nama aku, baru aku baca, sebab aku kureng sikit nak baca cerita seram..
Apa ni ?.. Sayugia aku ingatkan pada Demon slayers, tak payah la buat post macam ni..
Copy & paste macam ni... Kalau nak copy & paste walaupun dari blog lain, sertakan empunya nama pemilik cerita..
Sebab bukan tujuan kita post cerita kat gc ni utk glamour dgn cerita2, tapi sekadar nak berkongsi cerita2 dgn member semua..
Dah la paste dari gc sendiri, siap tulis macam hakmilik sendiri pulak cerita tu?.. Tuan empunya cerita ada tercongok kat sini jer..
Kalau setakat nak glamour, takkan dapat celen dgn Yuong Areza, BondaDiana punya kalau setakat paste dalam cerita2 seram ni..
............................ ....
Cerita ni memang pengalaman benar aku beb, bukan paste.. Harap nanti takde pulak yg paste cerita 'Ijoi lembam dgn ustaz Gab' pastu tukar jadi 'fulan lembam dgn ustaz fulan'..
Demon Slayer, jgn terasa hati yek?.. Ini peringatan utk semua member termasuk aku jugak..
x silap aku ... nie kopi pes ceritabudak si ijoii tuu ...

ih ih ih ih ... maksud aku si adik Roll Royce ni (aku x nak panggil beliau ni demon ... kesian mak bapak dia ... manusia mane leh jadik demon (iblis) ......!!!)
yang aku maksudkan adik Roll Rocye .. ni mengkopi pes akan cerita budak si Ijoiii yang lembam lagi lemau macam biskut tuu ...
alo lo lo ijoiii oiittt ... tua tua aku nieee ... aku ingat lagik la (Alhamdulillah) cerita2 yang ada kat dalam GC nihhh..
kisah2 seram ilah thabrani ... misteri anih bro blues .. bonda diana .. young areza .. hamba mbs .. lalink kliner .. y baru2 tu ha .. syam 123x
malah cerita seram incik asberiong tu pun .. aku masih ingat lagikkk ...
ni kan pulak nko punyer cerita seram yang seciput tu ... lagi laaa .. sudah barang tentu aku ingat ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.