Cerita ini berlaku pada emak Bonda sendiri. Ketika ini emak Bonda baru beberapa hari melahirkan adik Bonda yg kedua. Emak bersalin & berpantang dirumah arwah Tok Ayah.
Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Walaupun sudah jam 10, emak Bonda yg sedang berbaring atas tilam di atas lantai masih tidak dapat melelapkan matanya ( 10 mlm dulunya sudah dikira lewat malam ).
Adik beradik ayah semuanya tidak ada di rumah. mereka menumpang menonton tv di rumah jiran selang beberapa rumah dari rumah arwah Tok Ayah. Begitu juga dgn arwah Tok Ayah... arwah keluar ke masjid & masih belum pulang. Mungkin dia singgah dimana- mana. Hanya emak, Bonda, adik & nenek saja yg tinggal di rumah.
Setelah agak lama cuba menidurkan diri, akhirnya emak pun tertidur. Ketika baru nak lena, tiba-tiba emak terasa ada sesuatu yg berada di bawah rumah. ( Ingat lg tak kisah Bonda nampak Pontianak dari dalam bilik? Ini adalah bilik yang sama ).
Walaupun mata emak tertutup tetapi telinga dapat menangkap bunyi sesuatu bergerak berlegar-legar dibawah rumah. Hati emak mula rasa tak tenteram. Perlahan-lahan emak buka mata. Emak jeling ke sebelah tengok adik Bonda.... lena tidurnya. Lepas itu, emak toleh kiri kanan ( masih lagi dalam keadaan berbaring ).
Kalau tadi emak cuma mendengar bunyi berlegar-legar di bawah rumah..... kali ini emak nampak ada lidah terjulur-julur panjang keluar dari celah-celah lantai papan ( mcm lidah biawak cuma lidah tu runcing, bercabang, hitam kemerahan, berlendir dan berbau busuk! )
Berderau darah emak! Badan emak terlentang kaku seolah-olah ada sesuatu yg menindih emak. Begitu juga dgn mulut emak. Langsung tak boleh dibuka! Sudahlah arwah Tok Ayah takde kat rumah... nak panggil nenek kat bilik sebelah pun tak dapat. Emak Bonda hanya mampu berdoa agar lidah panjang yg terjulur pada celah lantai tidak mengenai adik Bonda yg berada disebelah emak.
Emak terus beristighfar, selawat dan menyebut Allah.... Allah di dalam hati. Sambil tu emak berusaha utk menggerakkan badannya. Berpeluh-peluh emak dalam melawan gangguan tersebut. Emak pejam mata rapat-rapat.... cuba mencari kekuatan.
Dengan izin Allah Yang Maha Besar, arwah Tok Ayah pun balik. Bila emak dengar saja suara arwah, emak seperti dapat kekuatan..... dan lancar mulut emak menyebut.... " Ya Allah ! ". Dapat saja emak bersuara..... terus emak Bonda pekik... " Ayah!!!! ". Tiba- tiba adik menangis..dan dari menangis adik Bonda melalak dgn kuat. Air mata emak meleleh...
Mendengar je emak terpekik, arwah Tok Ayah berlari melompat dari anak tangga terus ke lantai atas. Nenek panik.. dia pun ikut naik ke rumah atas sampai hampir nak tersungkur di tangga.
Menurut emak Bonda, arwah Tok Ayah tolak pintu sekuat hati. Melihatkan emak yg baring tegak dan adik Bonda yg melalak tak henti-henti, arwah terus masuk ke dalam bilik. Arwah berdiri tegak ditengah tengah bilik. Matanya bulat tajam melilau memandang keseluruhan bilik. Emak Bonda masih lagi tidak boleh bergerak.. Kemudian kepala arwah Tok Ayah menunduk memandang ke lantai bilik.
Kemudian tidak semena-mena, arwah Tok Ayah azan sekuat-kuatnya. 3 kali arwah azan, dihentak tumitnya diatas lantai papan rumah. Bbuuukk!! Bunyi sesuatu yg berat menghentam lantai dari bawah. Terasa bergegar lantai bilik tu. Adik Bonda masih lagi melalak.
" Oh...! Kau main kasarye... Aku dah bagi kau amaran, kau melawan. Kau fikir aku tak tau kau siapa ! Siap kau... tunggu kau kat situ ! ", arwah Tok Ayah pekik lagi. Nenek terus dapatkan emak. Nenek dukung adik Bonda dan cuba tenteramkan adik. " Awak tunggu sini. Jangan tinggal diorang dan jangan keluar rumah walau apapun yg awak dengar ". Arwah Tok Ayah beri arahan kepada nenek. Emak hanya mampu memandang muka nenek.
Habis saja arwah pekik, dia terus keluar dari bilik. Emak Bonda cerita ( diceritakan semula oleh arwah Tok Ayah ), arwah Tok Ayah terus meluru keluar rumah. Di capainya parang dan lampu picit dalam bakul motor dan arwah berjalan dalam hujan lebat menghala ke arah pokok mengkuang di depan rumah.
Dipotongnya beberapa helai daun mengkuang, lalu arwah pergi berdiri di luar bawah tingkap ( kedudukan bilik tersebut tinggi ) menghadap ke bawah rumah. Hujan semakin lebat. Arwah Tok Ayah kata, ketika dia berdiri memandang ke bawah rumah.... arwah hanya nampak mata merah menyala melayang-layang.
Apabila arwah Tok Ayah membaca sepotong ayat al-Quran dan di hembus ke arah benda tadi, tak semena-mena benda tu menggelupur dan arwah Tok Ayah terus menyuluh tepat kepada benda tu. Memang betul jangkaan arwah. Melayang-layang di depannya adalah Penanggal. Dengan rambut yg mengerbang, mata bulat ( tidak ada kelopak mata ) merah menyala, hidung rompong manakala mulutnya ternganga menampakkan giginya panjang dan tajam. Lidahnya pula panjang terjelir-jelir keluar. Melayang-layang tak tentu arah dengan isi perut yg terburai-burai. Darah menitik-nitik jatuh ke tanah. Bau hamis dan meloyakan memenuhi bawah rumah.
Arwah Tok Ayah cuba menahan rasa mual. Dia tahu Penanggal tu berang, melayang-layang sambil berpusing- pusing tak tentu arah dan cuba mencari jalan utk keluar dari situ. Malangnya arwah Tok Ayah tegak berdiri ditengah-tengah jalan satu-satu laluan keluar dari bawah rumah tersebut! ( bawah rumah telah di kepung dengan pasu-pasu bungayg tinggi ). Jadi Penanggal tersebut tidak boleh terbang keluar... Arwah terpaksa berjaga-jaga.Takut terkena tempias darah yg menitik-nitik dari isi perut Penanggal tu.
Arwah kepit lampu picit di celah ketiaknya. Di ambil daun mengkuang yg diletakkan di tepi kakinya. Sambil tu arwah mengacu-acukan parang ke arah Penanggal tersebut. Kalau tersilap atau terleka buruk padahnya sebab Penanggal tu sedang bertindak ganas. Arwah terus membaca beberapa potong ayat dari surah Al Baqarah dan beberapa lagi surah.
" Aku kenal siapa kau! Aku tahu tempat tinggal kau! Aku tahu siapa guru kau! Hari ini aku lepaskan kau. Ini amaran aku yg terakhir. Sekali lagi kau kacau keturunan aku... Aku pastikan kau takkan jumpa badan kau sampai kiamat! " , tempik arwah. Arwah berjalan masuk sedikit ke bawah rumah dn berdiri di sebelah kanan laluan keluar. Tak semena-mena, arwah tepuk salah satu tiang rumah.
Penanggal tu pandang arwah Tok Ayah dengan marah. Menyeringai dan berdesup laju melayang-layang keluar dari bawah rumah. bila Penanggal tu terbang dan hilang dari pandangan.. adik Bonda berhenti menangis. Manakala emak pula boleh gerakkan badannya. Arwah Tok Ayah terus ikat daun-daun mengkuang yg di ambilnya tadi pada tiang-tiang di bawah rumah. selepas tu arwah pergi ke dapur. Di ambilnya beberapa batang paku panjang dan penukul. Dia naik ke bilik.terus di pakunya lantai bilik utk mengelakkan diganggu Penanggal tadi. Walaupun arwah tahu Penanggal tu takkan datang semula tapi langkah berjaga-jaga mesti diambil.
Nenek keluar dan datang balik dengan segelas air. Arwah Tok Ayah baca sesuatu pada air tesebut dan diberikan kepada emak utk diminum. Selebihnya disapukan ke muka adik Bonda. Selepas itu arwah berdiri di penjuru bilik dan di baca potongan ayat 1 hingga 9 surah Yaasin. Diikuti dengan penjuru lain mengikut arah tawaf kaabah dan berakhir pd penjuru yg mula-mula tadi.
Emak Bonda cakap itu adalah Penanggal kepunyaan salah seorang penduduk di kampung tersebut. Arwah Tok Ayah tak mahu beritahu siapa punya Penanggal tersebut. Tapi emak rasa emak tahu siapa sebab sebelum emak bersalin ada seorang makcik yg tak pernah bertegur sapa dengan emak, tiba-tiba baik sangat bertanya khabar pada emak dan nenek bila terjumpa di kedai runcit. Seolah-olah dia mcm mencari jalan dan menunggu emak dan nenek utk bertemu di kedai. Tetapi emak tak berani nak tanya arwah sebab emak tahu arwah tak akan sesekali memberitahu sesiapa waima nenek sekalipun.
Sekian..
P/S: Semua mesti tertanya dimanakah Bonda ketika perkara ini terjadi kan? Bonda ada di bilik nenek.... Sedang tidur!
-- Edited by BondaDiana on Wednesday 27th of March 2013 12:25:13 AM
Maaf semua..Bonda lambat post cerita baru. Bonda di Melaka sekarang. Jadi byk la kerja yg perlu diuruskan..Taip pun sikit2 ..
Bonda nak bercerita tentang Penanggal. Rasanya semua tahukan bagaimana rupa bentuk makhluk ini. Bonda juga percaya ada dikalangan yg berada di GC ini pernah bertemu dengan makhluk halus ini.
Di Thailand Penanggal disebut sebagai ' Krasue ', manakala di Laos disebut ' Phi - Kasu '. Di Filipina pula disebut ' Manananggal ' @ 'Wak Wak ' dan di Indonesia ia dikenali sebagai ' Polong ' . ( Bonda baru tahu ttg perkara ini.. )
Di dalam Malaysia sendiri contohnya di Kedah Penanggal a.k.a Penanggalan dipanggil ' Hantu Tengelong ' & di Sabah ia dipanggil ' Balan-Balan '. Makhluk ini boleh dirujuk kpd sejenis makhluk halus ( mungkin dari golongan jin atau syaitan ).
Dikatakan Penanggal versi Melayu a.k.a Malaysia selalunya dipelihara oleh perempuan bagi tujuan memelihara harta benda & membinasakan musuh kepada pemiliknya. Mereka yg memelihara makhluk ini mampu menceraikan kepala dengan tubuh badan & mereka mampu terbang dengan tali perut yg terburai-buarai bersama jejesan darah.( dipercayai apabila darah yg terjejes dari tali perut tersebut terkena pada kulit kita..ia menyebabkan kudis yg susah mahu diubati.) Sejauh mana kebenarannya tidaklah Bonda pasti...
Ia perlu diberi makanan menurut pada tempoh tertentu & kebiasaannya darah wanita yg baru bersalin. Bukan saja wanita yg bersalin , wanita hamil..... atau baru saja melahirkan anak juga akan diganggu. Itu sebab orang dahulu, biasanya tidak akan membiarkan wanita hamil atau wanta baru saja bersalin keseorangan terutamanya dirumah.
Mereka akan meletakkan objek-objek tajam serta daun mengkuang yg berduri. Penanggal takut mendekati rumah yg diletakkan barang-barang tadi kerana bimbang tali perutnya yg terburai akan tersangkut pada duri tersebut.
Bagi mereka yg menuntut ilmu Penanggal ini....... Kebiasaannya akan menyimpan satu tempayan cuka bagi merendam @ memeram isi perut mereka yg terburai tadi agar kecut sebelum bercantum masuk dengan badan asal mereka..
Bonda pernah diberitahu kononnya sekiranya kita ingin ' tawarkan ' ilmu Penanggal, apabila kita terjumpa dengan tubuh badan mereka yg mengamalkan ilmu ini..... hendaklah kita terbalikkan badan mereka yakni dari terlentang ke meniarap. Jika kepalanya masuk kembali kebadan dalam keadaan yg songsang, ilmunya akan menjadi tawar.
Selain daripada itu Penanggal ini perlu diwariskan kpd pengganti sebelum orang yg memeliharanya sebagai SAKA. Andai kata tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Penanggal ini akan merayau-rayau & mengganggu penduduk berdekatan.
Ketika Penanggal terbang, ia akan terbang berupa cahaya putih berkilauan ( cahaya tersebut datang dari tali isi perut yg terburai ). Kononnya juga ia akan kelihatan seperti bebola api ketika terbang pada waktu malam.
Bonda juga pernah terbaca di mana pengamal ilmu hitam ini dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya akan membunuh janin @ anak kecil yg berdamping dengannya sekiranya Penanggal ini tidak dijaga dengan baik.
dekat perak..ade nenek tua ni... die tak bagi kita ke dapur... tapi biasa lah..degil...pergi juga kat dapur ade tempayan yang airnye warna gelap dan berbau.. pastu makcik tu halau kitorang..heheheh degil..biasa lah
masih lagi !!! da la kawan punye adik ipar bersalin kat rumah n rumah dye jenis boleh parking kete bawah umah..still lntai kayu.. da warning da kat kwan...suh jage2...
Bonda sambung lagi dgn kisah kedua tentang Penanggal.
Selepas tamat berkhidmat sebagai anggota tentera, ayah Bonda menolong arwah Tok Ayah menoreh getah. Katanya nak berehat dulu dikampung sementara menyambung kerja yg baru.
Ayah selalunya akan bangun jam 3 pagi, bersiap-siap dan akan terus ke kebun getah yg terletak kira-kira 4 hingga 5 km jauhnya.kadang-kadang Bonda terfikir, kenapalah pagi sangat ayah pergi menorah.. tak mengntuk ke? Tak sejuk ke? Atau...tak takut ke? Rupanya ayah Bonda mcm arwah Tok Ayah. Hatinya kering. Nampak toyol dia boleh sergah toyol tu ! Bolehkah begitu?
Ok kita tinggal cerita budak kecik kaler hijo yg suka berbogel tu. Berbalik pada cerita asal. Ayah cuma akan berhenti menoreh apabila hampir jam 6 pagi. Dia akan balik, mandi dan solat subuh. Selepas bersarapan sekejap, ayah akan kembali semula ke kebun getah utk mengutip getah. Begitulah rutin dia apabila menorah.
Suatu pagi, seperti biasa ayah bersiap macam biasa utk ke kebun. Tetapi pagi ini ayah pergi awal sedikit sebab ayah perlu ke sekolah Bonda.
Diceritakan semula oleh ayah kepada emak..dan emak pula ceritakan kepada kami adik beradik.... ( huh! Emak mmg tak boleh simpan rahsia.....hehehehe )
Ayah Bonda menoreh seperti biasa..... dari 1 pokok ke pokok yg lain. Oleh kerana malamnya hujan, batang getah pun basah.... jadi ayah bercadang menoreh utk setengah ekar saja. Lagi pula pagi tu cuaca sejuknya agak lain dan nyamuk pula lebih banyak dari biasa. Agak susah sikit ayah nak bergerak. Ubat nyamuk yg dipasang dipinggang macam tak menjalankan perkhidmatannya dengan sempurna.
Sedang focus menoreh, tiba-tiba lampu yg dipasang pada kepala ayah terpadam. Nak tak nak terpaksa ayah berhenti sekejap utk membetulkan lampu di kepalanya. Ayah mengeluh. Macam-macam terjadi pagi ni..enjin motor susah dihidupkan, pisau toreh tertinggal, batang getah basah...... sekarang lampu terpadam dan susah nak dihidupkan. Sudahnya ayah bergelap dalam kebun getah sementara nak betulkan lampu.
Tengah betulkan lampu... ayah baru terperasan sesuatu.......
Pagi tu sunyi sangat. Selalunya kalau malamnya hujan sudah tentu ada bunyi katak berkoir diselang seli dengan bunyi cengkerik yg mengalunkan irama balada..( ini ayat Bonda yatidak ada kena mengena dgn ayah.. ). Tetapi perasaan pelik tu kejap je sebab pada ayah dari dia memikirkan bunyi-bunyian tu baik dia betulkan lampu tadi dgn cepat. Tak tahan dia diserang oleh nyamuk.
" Bismillahirrahmannirrahim........ " ,ayah ketuk lampu yg berbentuk bulat tu di peha sekuat hati. Syukur.... lampu terus menyala. Tanpa membuang masa, ayah pun sangkut semula lampu tersebut ke kepalanya. Kemudian dia capai pisau toreh dipinggang.
Semasa hendak menyambung torehannya, ayah perasan ada sesuatu menitik ke dalam mangkuk tadahan getah. Tik..tik..tik.. . ayah tunduk memandang ke dalam mangkuk. Dia berganjak kebelakang sedikit utk menyuluh. Tik..tik..tikkk.. Ayah kecilkan matanya. Kenapa susu getah ni warnanya lain? Ayah pandang balik batang di mana dia toreh tadi. Eh! Getah belum turun lagi. tapi ini apa?
Ayah bergerak pula ke sebelah mangkuk getah. Hatinya tak puas kalau tak tengok betul-betul. Dia tunduk lagi. Kali ni, kepalanya lebih dekat. Tiba-tiba hidung ayah terbau sesuatu yg kurang menyenangkan. Elok je ayah angkat kepala utk berdiri, benda tu menitik lagi. ayah tengok benda yg menitik tu bukannya dtg dari kesan torehan tadi tapi datangnya dari atas!
Perlahan-lahan ayah dongakkan kepala ke atas mengikut dari mana datangnya benda yg menitik tu. Eh! Darah!!?? Ayah dongak lagi ke atas..... kali ini lebih perlahan dongakkan ayah.
Mula-mula yg ayah nampak ialah sesuatu seperti tali bersimpul tapi kelihatan berlendir dan ada sesuatu yg menitik turun dari tali tersebut. Kemudian ayah dongak lagi.. dia nampak lagi banyak ' tali ' yg berselirat dan... lagi banyak lendir pekat. Ayah dongak lagi dan dongak lagi hingga sakit tengkuk ayah.
Ah sudah! Melayang-layang di atas ayah ialah PENANGGAL !! Kalau cerita sebelum Penanggal berdepan dengan arwah Tok Ayah tapi kali ini Penanggal melayang-layang membelakangi ayah. Rambutnya kerinting mengerbang. ' Tali ' yg bersimpang-siur dan berserabut tadi rupanya tali perut Penanggal yg terburai. Manakala benda yg menitik tadi adalah darah yg mengalir dari paru-paru serta isi perut Penanggal tu tadi......
Nasib baik tak kena ayah. Dengan perlahan ayah berundur kebelakang. Pisau toreh digenggamnya dengan kuat. Kalau Penanggal tu menyerang, ayah boleh gunakan pisau tu sebagai senjata.
Dalam 7 8 langkah ayah berundur, ayah cepat-cepat sembunyi di sebalik salah satu pokok getah. Ayah malapkan sedikit cahaya lampu di kepalanya. Sebenarnya ayah tahu Penanggal tu tak perasan akan ayah. Jadi ayah nak tengok apa yg nak dibuat oleh makhluk tu.
Penanggal tu masih lagi melayang-layang di tempat yg sama. Secara tak sengaja pisau di tangan ayah terjatuh. Bila ayah nak mengambil pisau, ayah terpijak ranting kayu. Kkkeettaakk ! Alamak..!!!!! ayah terus kaku. Tapi ayah cepat-cepat tundukkan kepala agar lampu tersebut menyuluh ke tanah.
Walaupun kepala ayah tunduk, mata ayah dapat melihat Penanggal tersebut. Penanggal tu seolah-olah tidak kisahkan apa-apa. Bagus.... ayah terus pasang kekuda dalam kedudukan tersebut. bersedia utk bertindak bila-bila masa jikalau perlu. Mata ayah masih lagi tak beralih pandangan. Peluh sejuk mengalir dari celah-celah kain yg menutup kepala.
Tak lama kemudian.... Penanggal tu berpusing menghadap ayah ( tapi jgn risau..benda tu mmg tak perasan langsung kehadiran ayah Bonda ). Mata bulat merah menyala meliar memandang ke sana kemari. Buruk sangat mukanya. Ayah menahan loya melihat segala isi-isi dalaman Penanggal tu. Darah menitik-nitik jatuh ke tanah. Baunya? Jangan ditanya....... busuk!
Mulut ayah terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat Quran. Kemudian dia membaca ayat berkubu. Dihembusnya perlahan-lahan ke arah bawah dimana Penanggal tu melayang-layang. Bagaikan tahu sesuatu sedang berlaku..Penanggal tersebut terbang berpusing di kawasan tempat ayah berada.
Nasib baik ada zink ( arwah Tok Ayah selalu gunakan zink tu utk duduk melepaskan penat bila bersihkan kebun ). Ayah ambil zink tu tutup keseluruhan badannya utk mengelak dari terkena darah Penanggal yg menitis. Penanggal tersebut seakan kepanasan. Makhluk tu melayang-layang dengan lebih agresif.
Ayah tak nak tunggu lama lagi.... dia bacakan sesuatu. Digenggamnya penumbuk seerat-eratnya lalu ditumbuknya tanah sekuat hati. Dengan izin Allah, berdesup Penanggal tu terbang macam bola api dan hilang dari pandangan..
Alhamdulillah.... Pagi tu ayah tak jadi nak menoreh. Dia sempat toreh 10 batang pokok je. Takpelah takde rezeki nak menoreh hari ni..... ayah capai pisaunya yg jatuh tadi dan terus pulang ikut jalan yg datang tadi.....
Sekian......
-- Edited by BondaDiana on Friday 29th of March 2013 02:44:34 AM
-- Edited by BondaDiana on Friday 29th of March 2013 07:16:00 AM
org dulu2 kata bela penanggala untuk dapatkan hasil kebun... kalau sawah tu...akan dititik kan de ngan darah penanggal tu.. nanti padi elok..tak diserang serangga kot..
jaga kebun? maksudnye die akan menyerang si pencuri ke? kan belum ade rekod org mati diserang hantu... huhuhuhu cume takut kan kot? tak penat ke die buat part time malam?