Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: keguguran atau??


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
keguguran atau??


Assalamualaikum,

Mek ni sebenarnya dah lame kat geng ni, tapi jadi silent reader jelah.. Nak menulis tu kadang2 terketar-ketar tangan ni, sebab tangan ni manja, jarang diguna. BIla nak gune untuk menaip je dia takut, dats y terketar.. Dalam hidup mek, cerita2 seram memang tak dapat dipisahkan, dari kecik mek dah didedahkan dengan macam-macam cerita, dah kawen baru la ada pengalaman sendiri.. Utk pengetahuan umum, mek ni tak lah sampai boleh nampak makhluk2 halus iteww n mintak simpanglah, mek tak sanggup. Tapi dalam adik beradik ada dua orang yang agak lemah semangat n boleh nmpk, tu nanti kte buke post lain. Sekarang nak cerita pasal kejadian yang jadi masa tahun 2009, hari raya haji tahun tu. 

Mek kawen dengan jejaka pilihan hati julai 2009, kenal dia dua bulan je uolss terus kawen. Tak taulah mek ni ke yang gatal ataupun jejaka iteww yang terlalu inginkan mek menjadi isteri beliau atau mungkin disebabkan jejaka iteww telah patah ati kerana perkenalan dengan bekas tunang beliau selama 6 tahun terlerai begitu saje. Berita kitorang nak kawen agak menjadi bualan hangat di kalangan teman2 mek, smpai kawan serumah yang kenal dari zaman belajar pun mengata mek.. tapi mek tak layankan mereka itew,, n alhamdulillah perkahwinan kami bahagia smpai sekarang. Dijadikan cerita, tahun pertama berkahwin kami telah memutuskan untuk raya puasa tahun itu beraya di rumah keluarga jejaka iteww which is rumah mak mertua mek, walaupun dalam hati sebenarnye meronta-ronta tak ingin tapi dek kerana mek ni isteri solehah jadi mek turutkan aje kata suami. Bagi adil mek ajak husband balik rumah nenek di negeri yang paling besar kat semenanjung bulan puasa itu. Masa time kat rumah nenek tulah mek dapat tau mek mengandung, tapi time tu takde la perkara mistik jadi kat mek.

INTERMISSION ( hehehe feeling2 cite industan sikit)

Sepanjang mek mengandung ni takde pun perkara mistik jadi kat mek lagi melaikan mek mengalami morning sickness yang teramat teruk smpai mek amik cuti tanpa gaji sebulan.  Tapi mek perasan bila nak beribadat ni mek liat sikit, rasa berat sangat nak beribadat tu uoolss.. Masuk usia 4 bulan kandungan mek, mek dah boleh rasa gerakan baby, tak tipu uolss bukan mek je yang rasa, mek siap suruh mak mek rasa perut mek n mak pun akui dia rasa gerakan baby dalam perut mek.. ooh btw mek bawa mak n adik bongsu tinggal dengan mek sebab adik beradik mek ni sume perempuan, n mek sorang je yg keje stabil, akak yang lain fully housewife, suami mek pun tak kisah sebab awal2 lagi kitorang dah berbincang, lagipun bolehla mek cut2 sikit belanja sebab sebelum kawen pun mek yang tanggung mak n adik yg still sekolah lagi.. Ayah mek ada lagi tapi its complicated la sikit.  Disebabkan raya puasa dah beraya kat umah in law, jadi raya haji tahun tu kami beraya kat umah nenek.. sume adik beradik pun balik rumah nenek.  Malam raya ktorang gerak balik ke rumah nenek lepas maghrib, adik beradik lain dah sampai kecuali angah yang akan balik hari raya kedua, disebabkan jem perjalanan yang selalunye dalam 2 jam je jadi berjam-jam. Nak ke rumah nenek mek ni akan lalu bnyak ladang kelapa sawit n kawasan hutan. Nak masuk dalam felda rumah nenek mek akan melalui satu simpang, kat simpang tu tiba-tiba bulu roma mek naik mencanak, time tu lebih kurang pukul 1 pagi.. rupa-rupanya bukan mek sorang yang rasa tapi suami dan mak mek pun dah lain macam.. adik bongsu mek sorang je yang tak rasa ape-ape sebab dia dah sedap berdengkur kat seat belakang. Mek pegang tangan suami mek, tengok mulut dia dah terkumat-kamit. Masing-masing diam sambil membaca ape yang patut. Dah masuk dalam kawasan felda lagi lebih kurang 2km nak sampai rumah nenek, bulu roma sume dah kembali tenang, tiada renjatan lagi.. Tapi ktorang terbau hangit pulak, otak pikir positif, mungkin orang bakar lemang, tadi siang tak sempat nak bakar.  Elok je parking depan rumah nenek tiba-tiba lampu kereta kat depan terbakar, pastu baru ingt bau hangit tadi mungkin bau lampu kete. Tapi disebabkan dah letih, jam pun dah dekat 2 pagi, semua decide nak tido je, esok-esok baru baiki lampu tu. Rumah nenek ni rumah felda yang dah dibuat baru, ada 3 bahagian, kat tingkat atas ada ruang tamu, 2 bilik n beranda kecik untuk lepak , ruang tengah pulak ada lagi 2 bilik, satu bilik air, satu bilik nenek n satu lagi bilik macam letak barang tapi ada katil, klu balik kampung ada je yang tido dalam bilik tu, walaupun bilik barang tapi bilik tu tak pernah la mengusik, yang agak seram adalah bilik nenek n banyak jugaklah yang dah jadi dalam bilik nenek tu tapi lain masa nanti baru kita cite. Ruang last sekali adalah dapur n ada lagi satu bilik air. Kawasan rumah nenek ni macam kecik, so rumah nenek memang dekat sangat dengan rumah jiran sebelah kiri, n rumah jiran sebelah kiri ni macam angker sikit tu pun kte akan cerita di lain hari. Utk malam tu mek dan suami tido dalam bilik kedua kat tingkat atas, bilik yang pertama makcik n pakcik mek punya, lagipun diorang tinggal dengan nenek.  Mungkin sebab penat memang mek tido tanpa sedarkan diri, sedar2 je dah kene gerak mandi sunat hari raya.

Masa kejadian tu, mek baru je sembuh dari morning sickness yang melampau. Jadi keinginan untuk makan tu adalah sangat tidak terkawal.. Lagi pulak hari raya macam2 hidangan tersedia. Makan tanpa rasa bersalah la mek di kala iteww...Raya haji tahun tu jatuh pada hari jumaat, disebabkan raya haji tak lah semeriah mane jadinya petang raya tu kami adik beradik merancang nak ke bandar berdekatan utk cari barang utk bbq n kek sementelaah membaiki lampu kereta yang terbakar. 

Sampai je kat bandar, kami terus ke kedai kereta untuk baiki lampu kereta. Siap kat situ kami ke kedai kek, time tengah pilih2 kek tiba-tiba perut mek rasa memulas, rasa nak ber-ber tapi sakit tu datang dan pergi sesuka atinya. Mek cakap kat mak, mak kata takde ape kot.  Lepas kat kedai kek kitorang pergi supermarket kecik untuk beli bahan buat bbq.  Sakit tu memang datang dan pergi tapi kat supermarket tu mek macam dah tak boleh tahan. Mek cakap kat suami, n mek dan suami terus cari toilet yang berdekatan.. Yang lain kami tinggalkan kat supermarket iteww.. Mula2 suami mek bawa mek ke stesen minyak, elok je cangkung mek dah tak rasa sakit. So kitorang gerak balik ke supermarket, tapi dalam perjalanan ke supermarket mek rasa sakit lagi, kali ni suami mek berenti kat masjid.  Masjid yang tak berapa besar, mek masuk tandas yang disediakan tapi mek rasa hampa sangat, tandas kat masjid tu macam orang dah tak pakai, kotor sangat.  Mek pulak berjiwa bersih, mek masuk je dah muntah, so mek batalkan niat.  Dalam hati dah agak takut suami naik angin sebab asyik tak jadi tapi buat dont know jelah.. Dalam kereta, sakit yg kali ni macam dah tak boleh tahan. Suami berenti kat stesen minyak yang lain, mujur tandas stesen minyak tu bersih, mek masuk dalam n cangkung. Tapi mek boleh rasa yang mek bukan nak berak, kemaluan mek tiba2 macam membuka dengan besar dan mek sempat tengok ada ketulan warna merah sebesar penumbuk lelaki sasa jatuh kat mangkuk tandas tu.. Dalam ketakutan mek tak pasti toilet tu automatik flash ke tak, n tiba2 dengar suara suami panggil mek. Mek jawab panggilan dia dengan kata dia dah jatuh walhal mek pun tak tau ape sebenarnye yang jatuh, tapi yang pasti sakit perut mek tadi ikut hilang. Suami masuk toilet dan suluh dalam toilet bowl tu, tapi memang takde ape2 yang dia nampak, yang ada cuma takungan air kat dalam toilet tu.  Suami telefon mak n suruh mak ready untuk bawa mek ke hospital yang berdekatan.

Lepas ambil mak kat supermarket tadi suami terus bawa mek ke hospital. Mek langsung tak rasa sakit, dan sebenarnye mek rasa lega sangat.. tapi dalam fikiran mek dah byk mek fikir tapi mek tak pasti.Suami turunkan mek dan mak kat jabatan kecemasan hospital sementara dia cari parking, mak nak pimpin mek tapi mek taknak sebab mek tak rasa sakit langsung. Pendaftaran pun mek yang uruskan sendiri.  Tiba masa mek dipanggil dan doktor bertugas pun check keadaan mek, doktor sahkan yang mek dah keguguran tapi disebabkan peralatan kat hospital tu tak cukup, doktor tu nak hantar mek ke hospital yang lebih besar dan mek terpaksa tunggu ambulan berjam-jam, sepanjang menunggu sakit  ada sikit-sikit datang tapi darah tak banyak yang keluar.  

Dalam pukul 9 malam barulah ambulan sampai dan mek bersama seorang lagi makcik di bawa naik ambulan, tapi mek terpaksa mengalah kerana makcik itu ada sakit yang agak kronik, mek hanya dibiarkan duduk dalam ambulan itu sementara suami dan keluarga yang lain ikut ambulan dengan kereta.  Dalam ambulan tu barulah darah keluar dengan agak banyak, tu pun disebabkan hentakan akibat ambulan yang dipandu laju.. Masa tu hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya mek rsa, tangan nurse mek pegang dengan sangat kuat tak kiralah dia sakit atau tak.  Sampai kat hospital besar, suami yang dokong mek turun dari ambulan, rsa terharu sangat dengan suami mek, mek tau mek berat tapi dia gagahkan diri dia untuk angkat mek letak atas wheelchair. Ahli keluarga yang lain sume dah smpai hospital dan mek tengok masing2 menangis sedangkan mek masih lagi dalam keadaan keliru. 

Mek diperiksa doktor, dan doktor yang bertugas keluarkan apa yang tertinggal dalam rahim mek.. kata doktor baby mek dah takde, yang tinggal hanyalah kantung baby.  Kantung baby tu pun suami dah bawa balik ke rumah nenek untuk ditanam.  Malam tu mek tido seorang kat hospital sebab takde sape yang boleh temankan,  hanya mek sorang di kawasan katil bilik itu, nurse2 ada di sebelah bahagian yang lain bersama pesakit lain. Mek tak lena tidur sebab macam dah sedar yang mek keguguran dan sepanjang malam mek menangis, tapi yang paling best darah takde lagi

Pagi esoknya mek dah boleh discharge, n hari tulah segala rahsia di sebalik kejadian yang terjadi terungkai.

Sampai kat rumah nenek, suami mek dpt call dari mak dia.. lepas dapat perkhabaran dari suami yang mek dah keguguran.  Mak mertua yang rasa konfius telefon sorang ustaz dekat rumah dia kat utara. ustaz ni ustaz yang ngaja suami n adik beradik suami ngaji.  Ustaz ni jugak ada lah amalkan perubatan islam n aktif mengubat orang.  Mengikut kata ustaz, baby mek telah dijilat pelesit dari orang dekat, pergerakan baby yang mek rasa masa 4 bulan kandungan tu mungkin adalah baby yang cuba melawan pelesit tu.  Mek dan sekeluarga bukan nak tuduh sape2, tapi orang dekat yang dikatakan ustaz tu mungkin jiran sebelah rumah nenek yang mana cerita makcik n pakcik ni membela umum dah tau.  yang kami dari kecik tau pakcik membela hantu raya, dan makcik ni bidan membela pelesit. Ustaz turut cakap yang amarah dah ada macam lampu kete terbakar n gangguan yang suami terima, yang ni memang mek tak tau, kata suami malam sampai rumah nenek dia tak lena tido dan dengar orang berjalan atas siling rumah.  Ustaz turut meneka, katanye kantung baby yang suami mek bawa balik dah warna hitam, bukan macam uri yang bayi lahir akan berwarna merah darah lagi walaupun dah beberapa jam. Dan ternyata betul, memang masa suami mek n nenek mek basuh kantung baby tu dah warna hitam dan bukan merah macam yang sepatutnya.  Mengucap panjang keluarga mek, ustaz pesan supaya malam tu suami mek buat apa yang patut untuk jauhkan mek dari pelesit tu, sebab kemungkinan besar pelesit itulah yang telah menghisap darah mek sampai kering.  btw, suami mek sngt rapat dgn ustaz tu, dan adalah ustaz ajar2 sikit2 suami mek cara dan bacaan yang boleh diguna.  Ustaz turut pesan, kantung baby yang suami mek bawa balik di tanam dgn elok, takut nanti ada yang menggali balik. Tapi cara menanam ni mek tak tau, yang mek tau semuanya dah selesai.  

Tiba malam tu, darah masih lagi tak keluar.  mek baring atas tilam dengan bacaan yasin kat fon tak berhenti.  Tapi mungkin makhluk tu marah ada yasin yang kedengaran, tido mek tak lena, macam ada yang mengganggu, tengah sedap mek tido mek rasa kaki mek direntap, badan mek tertarik ke hujung bawah kaki dengan kuat .  Suami dah mula naik angin, suami mek call ustaz dan ustaz ajar suami buat apa yang patut.  Suami mintak beras dgn kunyit, rasanye beras yg digaulkan dgn serbuk kunyit.  Sambil mulut dia membaca bacaan yang ustaz dah ajar, beras kunyit dia taburkan di sekeliling tilam yang mek baring.  Mek kurang ingt ape yang suami mek buat, tapi yg mek ingt last sekali dia menghempas beras kunyit dgn kuat dekat luar rumah sambil jerit Allahuakbar.  Masa tu suami mek cakap sume bulu roma dia naik tegak.. Serentak tu jgk, adik mek yang matanye boleh nmpk bnda2 halus ni nampak ada lembaga kat luar rumah sebab dorg duk asyik bbq kat beranda rumah, n anak buah mek pun tiba2 je nangis.  Malam tu darah start keluar, tdo mek pun lena.. Tapi suami yang baring sebelah mek, takleh tido, dia dengar ada yang duk baling pasir n cakar dinding rumah kat luar.  

Lupe nak ckp, esoknya ada kenduri kat rumah nenek,nenek berniat buat kenduri kesyukuran sempena mek n makcik mek prgnant jadi kenduri yang dirancang diteruskan jugakla walaupun mek dah gugur,  makcik n pakcik yg membela tu pun datang jugak.. Kami cuma syak aje mek gugur angkara pakcik n makcik tu tapi bnda tak ada bukti, jadi kita takleh nak tuduh.  Suami mek bersalaman dengan pakcik n anak pakcik yg membela tu, suami mek cakap dorg berdua bersalaman dan bersembang tanpa pandang mata, macam nak mengelak.  Yg mek tau, orang yang bercakap tak pandang mata ni org yg membela, wallauhalam.. ustaz pun dah buat ape yang patut pada mek dari jauh, alhamdulillah mek ok n takde gangguan lagi yang dtg kat mek.. Skrg mek dah pun ada baby, baby boy ganti pada baby yg gugur.  seminggu lepas mek gugur, ada lah sekali mek mimpi sorang baby comel senyum pada mek. tapi suami dah pesan jangan ikutkan sangat hati yg sedih.. jadi mek cuma anggap tu mainan tido.. 

 

next : cerita pakcik dan makcik yang membela n keris warisan arwah atok 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

best gak...
nanti jarakkan cket perenggang...
nak juling2 mate duk membace

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

okies bosh... sori budak baru belaja ni

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

HahH mek..budak baru blajar??
Aihh teruskn cerita ok...
Tak sabar nk tunggu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

nanti ye kami post.. skrg byk keje kat ofis

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

best la mek....nanti smbg citer ag ya

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

i will kak.. cerita dah ada, tp kemalasan melanda diri

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

harap sambung ye mek...aww

btw, sedih rasa di hati ni bila part yg mek mimpi baby comei senyum tu..naluri ibu msti tersentuh kncry



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

haah hamba Allah mbs.. memang sedih sgt, dahla tak smpat nak tgk, baby jatuh dlm toilet bowl pulak.. tapi dah ketentuan kan, terima dgn redha :)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

mektok wrote:

haah hamba Allah mbs.. memang sedih sgt, dahla tak smpat nak tgk, baby jatuh dlm toilet bowl pulak.. tapi dah ketentuan kan, terima dgn redha :)


 

 habis tu, x panggil bomba suh buka toilet bowl tu? ne tau blh dpat balik janin tok kebumikan. @ dh di sedut ngn pelesit laknat tu?



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

masa tu masing2 confuse sebenarnya, mek pun tak pasti apa yang jatuh dalam toilet bowl.  Pastu bila suami cek pun toilet bowl bersih n takde apa2 tanda yg ada bnda merah jatuh.  Pelesit dah makan tu pun mek tak boleh nak cakap sebab ustaz just cakap baby dah dijilat dari dalam perut, kalau ikutkan hati mek nak tanye ustaz tu tapi mek taknak nanti mek sedih, biarlah mek tau sampai situ je 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

x per la mek..dh ketentuan allah...redha je la yer...x pe jji allah dh bg mek bby kan..heheheh braper usia bby..
wahh mcm sesi soal jwb lak an..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

haah aida zarina.. bb skrg ni dah jadi baby tua pun, dah nak masuk 3 tahun.. dah boleh buat bb baru pun kikiki

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

mektok wrote:

Assalamualaikum,

Mek ni sebenarnya dah lame kat geng ni, tapi jadi silent reader jelah.. Nak menulis tu kadang2 terketar-ketar tangan ni, sebab tangan ni manja, jarang diguna. BIla nak gune untuk menaip je dia takut, dats y terketar..

Dalam hidup mek, cerita2 seram memang tak dapat dipisahkan, dari kecik mek dah didedahkan dengan macam-macam cerita, dah kawen baru la ada pengalaman sendiri.. Utk pengetahuan umum, mek ni tak lah sampai boleh nampak makhluk2 halus iteww n mintak simpanglah, mek tak sanggup. Tapi dalam adik beradik ada dua orang yang agak lemah semangat n boleh nmpk, tu nanti kte buke post lain. Sekarang nak cerita pasal kejadian yang jadi masa tahun 2009, hari raya haji tahun tu. 

Mek kawen dengan jejaka pilihan hati julai 2009, kenal dia dua bulan je uolss terus kawen. Tak taulah mek ni ke yang gatal ataupun jejaka iteww yang terlalu inginkan mek menjadi isteri beliau atau mungkin disebabkan jejaka iteww telah patah ati kerana perkenalan dengan bekas tunang beliau selama 6 tahun terlerai begitu saje.

Berita kitorang nak kawen agak menjadi bualan hangat di kalangan teman2 mek, smpai kawan serumah yang kenal dari zaman belajar pun mengata mek.. tapi mek tak layankan mereka itew,, n alhamdulillah perkahwinan kami bahagia smpai sekarang. Dijadikan cerita, tahun pertama berkahwin kami telah memutuskan untuk raya puasa tahun itu beraya di rumah keluarga jejaka iteww which is rumah mak mertua mek, walaupun dalam hati sebenarnye meronta-ronta tak ingin tapi dek kerana mek ni isteri solehah jadi mek turutkan aje kata suami.

Bagi adil mek ajak husband balik rumah nenek di negeri yang paling besar kat semenanjung bulan puasa itu. Masa time kat rumah nenek tulah mek dapat tau mek mengandung, tapi time tu takde la perkara mistik jadi kat mek.

INTERMISSION ( hehehe feeling2 cite industan sikit)

Sepanjang mek mengandung ni takde pun perkara mistik jadi kat mek lagi melaikan mek mengalami morning sickness yang teramat teruk smpai mek amik cuti tanpa gaji sebulan.  Tapi mek perasan bila nak beribadat ni mek liat sikit, rasa berat sangat nak beribadat tu uoolss..

Masuk usia 4 bulan kandungan mek, mek dah boleh rasa gerakan baby, tak tipu uolss bukan mek je yang rasa, mek siap suruh mak mek rasa perut mek n mak pun akui dia rasa gerakan baby dalam perut mek.. ooh btw mek bawa mak n adik bongsu tinggal dengan mek sebab adik beradik mek ni sume perempuan, n mek sorang je yg keje stabil, akak yang lain fully housewife, suami mek pun tak kisah sebab awal2 lagi kitorang dah berbincang, lagipun bolehla mek cut2 sikit belanja sebab sebelum kawen pun mek yang tanggung mak n adik yg still sekolah lagi..

Ayah mek ada lagi tapi its complicated la sikit.  Disebabkan raya puasa dah beraya kat umah in law, jadi raya haji tahun tu kami beraya kat umah nenek.. sume adik beradik pun balik rumah nenek.  Malam raya ktorang gerak balik ke rumah nenek lepas maghrib, adik beradik lain dah sampai kecuali angah yang akan balik hari raya kedua, disebabkan jem perjalanan yang selalunye dalam 2 jam je jadi berjam-jam.

Nak ke rumah nenek mek ni akan lalu bnyak ladang kelapa sawit n kawasan hutan. Nak masuk dalam felda rumah nenek mek akan melalui satu simpang, kat simpang tu tiba-tiba bulu roma mek naik mencanak, time tu lebih kurang pukul 1 pagi.. rupa-rupanya bukan mek sorang yang rasa tapi suami dan mak mek pun dah lain macam..

adik bongsu mek sorang je yang tak rasa ape-ape sebab dia dah sedap berdengkur kat seat belakang. Mek pegang tangan suami mek, tengok mulut dia dah terkumat-kamit. Masing-masing diam sambil membaca ape yang patut. Dah masuk dalam kawasan felda lagi lebih kurang 2km nak sampai rumah nenek, bulu roma sume dah kembali tenang, tiada renjatan lagi.. Tapi ktorang terbau hangit pulak, otak pikir positif, mungkin orang bakar lemang, tadi siang tak sempat nak bakar.  

Elok je parking depan rumah nenek tiba-tiba lampu kereta kat depan terbakar, pastu baru ingt bau hangit tadi mungkin bau lampu kete. Tapi disebabkan dah letih, jam pun dah dekat 2 pagi, semua decide nak tido je, esok-esok baru baiki lampu tu. Rumah nenek ni rumah felda yang dah dibuat baru, ada 3 bahagian, kat tingkat atas ada ruang tamu, 2 bilik n beranda kecik untuk lepak , ruang tengah pulak ada lagi 2 bilik, satu bilik air, satu bilik nenek n satu lagi bilik macam letak barang tapi ada katil, klu balik kampung ada je yang tido dalam bilik tu, walaupun bilik barang tapi bilik tu tak pernah la mengusik, yang agak seram adalah bilik nenek n banyak jugaklah yang dah jadi dalam bilik nenek tu tapi lain masa nanti baru kita cite.

 

Ruang last sekali adalah dapur n ada lagi satu bilik air. Kawasan rumah nenek ni macam kecik, so rumah nenek memang dekat sangat dengan rumah jiran sebelah kiri, n rumah jiran sebelah kiri ni macam angker sikit tu pun kte akan cerita di lain hari. Utk malam tu mek dan suami tido dalam bilik kedua kat tingkat atas, bilik yang pertama makcik n pakcik mek punya, lagipun diorang tinggal dengan nenek.  Mungkin sebab penat memang mek tido tanpa sedarkan diri, sedar2 je dah kene gerak mandi sunat hari raya.

Masa kejadian tu, mek baru je sembuh dari morning sickness yang melampau. Jadi keinginan untuk makan tu adalah sangat tidak terkawal.. Lagi pulak hari raya macam2 hidangan tersedia. Makan tanpa rasa bersalah la mek di kala iteww...Raya haji tahun tu jatuh pada hari jumaat, disebabkan raya haji tak lah semeriah mane jadinya petang raya tu kami adik beradik merancang nak ke bandar berdekatan utk cari barang utk bbq n kek sementelaah membaiki lampu kereta yang terbakar. 

 

Sampai je kat bandar, kami terus ke kedai kereta untuk baiki lampu kereta. Siap kat situ kami ke kedai kek, time tengah pilih2 kek tiba-tiba perut mek rasa memulas, rasa nak ber-ber tapi sakit tu datang dan pergi sesuka atinya. Mek cakap kat mak, mak kata takde ape kot.  Lepas kat kedai kek kitorang pergi supermarket kecik untuk beli bahan buat bbq.

 Sakit tu memang datang dan pergi tapi kat supermarket tu mek macam dah tak boleh tahan. Mek cakap kat suami, n mek dan suami terus cari toilet yang berdekatan.. Yang lain kami tinggalkan kat supermarket iteww.. Mula2 suami mek bawa mek ke stesen minyak, elok je cangkung mek dah tak rasa sakit. So kitorang gerak balik ke supermarket, tapi dalam perjalanan ke supermarket mek rasa sakit lagi, kali ni suami mek berenti kat masjid.

 Masjid yang tak berapa besar, mek masuk tandas yang disediakan tapi mek rasa hampa sangat, tandas kat masjid tu macam orang dah tak pakai, kotor sangat.  Mek pulak berjiwa bersih, mek masuk je dah muntah, so mek batalkan niat.  Dalam hati dah agak takut suami naik angin sebab asyik tak jadi tapi buat dont know jelah.. Dalam kereta, sakit yg kali ni macam dah tak boleh tahan. Suami berenti kat stesen minyak yang lain, mujur tandas stesen minyak tu bersih, mek masuk dalam n cangkung.

 

Tapi mek boleh rasa yang mek bukan nak berak, kemaluan mek tiba2 macam membuka dengan besar dan mek sempat tengok ada ketulan warna merah sebesar penumbuk lelaki sasa jatuh kat mangkuk tandas tu.. Dalam ketakutan mek tak pasti toilet tu automatik flash ke tak, n tiba2 dengar suara suami panggil mek. Mek jawab panggilan dia dengan kata dia dah jatuh walhal mek pun tak tau ape sebenarnye yang jatuh, tapi yang pasti sakit perut mek tadi ikut hilang.

Suami masuk toilet dan suluh dalam toilet bowl tu, tapi memang takde ape2 yang dia nampak, yang ada cuma takungan air kat dalam toilet tu.  Suami telefon mak n suruh mak ready untuk bawa mek ke hospital yang berdekatan.

Lepas ambil mak kat supermarket tadi suami terus bawa mek ke hospital. Mek langsung tak rasa sakit, dan sebenarnye mek rasa lega sangat.. tapi dalam fikiran mek dah byk mek fikir tapi mek tak pasti.Suami turunkan mek dan mak kat jabatan kecemasan hospital sementara dia cari parking, mak nak pimpin mek tapi mek taknak sebab mek tak rasa sakit langsung. Pendaftaran pun mek yang uruskan sendiri.  

Tiba masa mek dipanggil dan doktor bertugas pun check keadaan mek, doktor sahkan yang mek dah keguguran tapi disebabkan peralatan kat hospital tu tak cukup, doktor tu nak hantar mek ke hospital yang lebih besar dan mek terpaksa tunggu ambulan berjam-jam, sepanjang menunggu sakit  ada sikit-sikit datang tapi darah tak banyak yang keluar.  

Dalam pukul 9 malam barulah ambulan sampai dan mek bersama seorang lagi makcik di bawa naik ambulan, tapi mek terpaksa mengalah kerana makcik itu ada sakit yang agak kronik, mek hanya dibiarkan duduk dalam ambulan itu sementara suami dan keluarga yang lain ikut ambulan dengan kereta.  Dalam ambulan tu barulah darah keluar dengan agak banyak, tu pun disebabkan hentakan akibat ambulan yang dipandu laju..

Masa tu hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya mek rsa, tangan nurse mek pegang dengan sangat kuat tak kiralah dia sakit atau tak.  Sampai kat hospital besar, suami yang dokong mek turun dari ambulan, rsa terharu sangat dengan suami mek, mek tau mek berat tapi dia gagahkan diri dia untuk angkat mek letak atas wheelchair. Ahli keluarga yang lain sume dah smpai hospital dan mek tengok masing2 menangis sedangkan mek masih lagi dalam keadaan keliru. 

Mek diperiksa doktor, dan doktor yang bertugas keluarkan apa yang tertinggal dalam rahim mek.. kata doktor baby mek dah takde, yang tinggal hanyalah kantung baby.  Kantung baby tu pun suami dah bawa balik ke rumah nenek untuk ditanam.  Malam tu mek tido seorang kat hospital sebab takde sape yang boleh temankan,  hanya mek sorang di kawasan katil bilik itu, nurse2 ada di sebelah bahagian yang lain bersama pesakit lain. Mek tak lena tidur sebab macam dah sedar yang mek keguguran dan sepanjang malam mek menangis, tapi yang paling best darah takde lagi

Pagi esoknya mek dah boleh discharge, n hari tulah segala rahsia di sebalik kejadian yang terjadi terungkai.

Sampai kat rumah nenek, suami mek dpt call dari mak dia.. lepas dapat perkhabaran dari suami yang mek dah keguguran.  Mak mertua yang rasa konfius telefon sorang ustaz dekat rumah dia kat utara. ustaz ni ustaz yang ngaja suami n adik beradik suami ngaji.

 Ustaz ni jugak ada lah amalkan perubatan islam n aktif mengubat orang.  Mengikut kata ustaz, baby mek telah dijilat pelesit dari orang dekat, pergerakan baby yang mek rasa masa 4 bulan kandungan tu mungkin adalah baby yang cuba melawan pelesit tu.  Mek dan sekeluarga bukan nak tuduh sape2, tapi orang dekat yang dikatakan ustaz tu mungkin jiran sebelah rumah nenek yang mana cerita makcik n pakcik ni membela umum dah tau.

 yang kami dari kecik tau pakcik membela hantu raya, dan makcik ni bidan membela pelesit. Ustaz turut cakap yang amarah dah ada macam lampu kete terbakar n gangguan yang suami terima, yang ni memang mek tak tau, kata suami malam sampai rumah nenek dia tak lena tido dan dengar orang berjalan atas siling rumah.  Ustaz turut meneka, katanye kantung baby yang suami mek bawa balik dah warna hitam, bukan macam uri yang bayi lahir akan berwarna merah darah lagi walaupun dah beberapa jam.

Dan ternyata betul, memang masa suami mek n nenek mek basuh kantung baby tu dah warna hitam dan bukan merah macam yang sepatutnya.  Mengucap panjang keluarga mek, ustaz pesan supaya malam tu suami mek buat apa yang patut untuk jauhkan mek dari pelesit tu, sebab kemungkinan besar pelesit itulah yang telah menghisap darah mek sampai kering.  btw, suami mek sngt rapat dgn ustaz tu, dan adalah ustaz ajar2 sikit2 suami mek cara dan bacaan yang boleh diguna.  Ustaz turut pesan, kantung baby yang suami mek bawa balik di tanam dgn elok, takut nanti ada yang menggali balik. Tapi cara menanam ni mek tak tau, yang mek tau semuanya dah selesai.  

Tiba malam tu, darah masih lagi tak keluar.  mek baring atas tilam dengan bacaan yasin kat fon tak berhenti.  Tapi mungkin makhluk tu marah ada yasin yang kedengaran, tido mek tak lena, macam ada yang mengganggu, tengah sedap mek tido mek rasa kaki mek direntap, badan mek tertarik ke hujung bawah kaki dengan kuat .  Suami dah mula naik angin, suami mek call ustaz dan ustaz ajar suami buat apa yang patut.

 Suami mintak beras dgn kunyit, rasanye beras yg digaulkan dgn serbuk kunyit.  Sambil mulut dia membaca bacaan yang ustaz dah ajar, beras kunyit dia taburkan di sekeliling tilam yang mek baring.  Mek kurang ingt ape yang suami mek buat, tapi yg mek ingt last sekali dia menghempas beras kunyit dgn kuat dekat luar rumah sambil jerit Allahuakbar.  Masa tu suami mek cakap sume bulu roma dia naik tegak.. Serentak tu jgk, adik mek yang matanye boleh nmpk bnda2 halus ni nampak ada lembaga kat luar rumah sebab dorg duk asyik bbq kat beranda rumah, n anak buah mek pun tiba2 je nangis.

 Malam tu darah start keluar, tdo mek pun lena.. Tapi suami yang baring sebelah mek, takleh tido, dia dengar ada yang duk baling pasir n cakar dinding rumah kat luar.  Lupe nak ckp, esoknya ada kenduri kat rumah nenek,nenek berniat buat kenduri kesyukuran sempena mek n makcik mek prgnant jadi kenduri yang dirancang diteruskan jugakla walaupun mek dah gugur,  makcik n pakcik yg membela tu pun datang jugak..

Kami cuma syak aje mek gugur angkara pakcik n makcik tu tapi bnda tak ada bukti, jadi kita takleh nak tuduh.  Suami mek bersalaman dengan pakcik n anak pakcik yg membela tu, suami mek cakap dorg berdua bersalaman dan bersembang tanpa pandang mata, macam nak mengelak.  Yg mek tau, orang yang bercakap tak pandang mata ni org yg membela, wallauhalam..

ustaz pun dah buat ape yang patut pada mek dari jauh, alhamdulillah mek ok n takde gangguan lagi yang dtg kat mek.. Skrg mek dah pun ada baby, baby boy ganti pada baby yg gugur.  seminggu lepas mek gugur, ada lah sekali mek mimpi sorang baby comel senyum pada mek. tapi suami dah pesan jangan ikutkan sangat hati yg sedih.. jadi mek cuma anggap tu mainan tido.. 

 

next : cerita pakcik dan makcik yang membela n keris warisan arwah atok 


 



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

tq pak ijoi.....beso anak mata den mbaco

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

mekk..hamboi....dh besar dh....aper lgi tmbah2 sila2 jemput2..hehehhehe

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard