Inilah kerja yg paling ber paedah...pernah Bonda baca... Takde aktiviti lain ke sayang. ? Cuba masing2 basuh toilet secara berjemaah...tak pun konvoi p umah warden bertanyakan kabar beliau.. Yg p tanya kabar spirit2 tu kenapa laaa nak oiii... alahaiiii....
Tpkn Bonda pun ada cerita ttg topik ni.. Tapi jugakkan..next time Bonda ceritakan... La ni busy tak hengat..ni pun singgah jap..hehehe
Apapun cerita best...seram peringkat kedua.. ^_^
-- Edited by BondaDiana on Friday 1st of March 2013 05:50:40 AM
kisah spirit of the coins episod one setelah lama dilupakan pasal spirit of the games, tingkatan 4 aku dan geng masuk sekolah berasrama yg tidak penuh. sekolah asrama penuh kami tak diterima kerana sudah penuh, walaupun pencapaian akademik dan ko-k kami adalah agak bagus.
di asrama sapa pernah duduk sana tau lah betapa boringnya. tivi tengok sabtu dan ahad je. makan ikan jaket masak kicap, ikan kembung goreng tu je lah... siang2 bolehlah tenet, malam2 tak kan asyik nak membaca je kan; "tak rocklah hidup" kata budak penagih dadah kampung aku yg hidupnya keluar masuk pusat serenti.
kawan2 aku yg studi di bilik sama mencadangkan main games tu. aku dan geng mula membuat papan games (rujuk crita diatas kalau konfius). kami syaratkan setiap kali games mesti ada at least 4 orang. 2 pemain, satu org yg tukang tanya, dan satu pencatat apa kami tanya dan jawapan ke dalam buku nota. begitulah seriusnya kami dalam belajar benda tak berfaedah ini.
mula2 ramai yg takut2, tapi lama kelamaan kami semakin berpengaruh. disana sini orang main menda alah ni dan di asrama puteri juga lagi hebat. games tu bukan kami je tau, ramai sebenarnya tau, cuma kat asrama putera tu kami lah dalangnya. beratus2 kali kami memainkannya, dan kami tak kenal tempat. cuma kat surau dan bilik warden je kami tak berani, takut spirit tu tak datang, yg datang cuma warden dan ustaz yg datang spirit. mampos kami nanti. kalau tertangkap, cuci tandas le. tiap2 minggu geng aku je cuci tandas, mana larat beb!
suatu hari, kawan aku yg ada duit syiling lama queen elizabeth yg dicuri dari koleksi ayah dia mencadangkan kami bermain sedikit hardcore. kami pilih 2 pemain handalan, pencatat dan tukang soal. tukang soal tu aku lah, sebab aku jenis mulut tak reti diam. kami cadang main hari khamis malam jumaat, selepas jam 12 tengah malam.
tarikh yg dijanjikan, semua telah sedia. kami pun bermain. suwey!setelah diseru2 mantra, sekor spirit pun tak datang. masing2 keberangan. ingat nak batalkan mission, tapi si kawan pemain tu beritahu....
kawan A : err... aku rasa aku tau sebab apa spirit tak datang? kawan B : apasal? kawan A : aku ada air sembahyang. kawan B : patutlah (kami semua marahkan kawan A, sambil menepuk manja kepalanya). apa patut aku buat? kawan C : bodohnya kau. batalkanlah! kawan A : dah batal (sambil menggorek hidung) kawan C : pengotornya kau. korek idung tu batalkan puasa la. kawan A : ok aku dah tau (sambil memasukkan tangan ke dalam seluar dia. FULL STOP)
permainan bermula. dalam games itu ada 2 peristiwa yg aku ingat sampai kini. akibat tiada feel akibat kehadiran spirit2 yg biasa2, kami menjadi extreem, dan mula mencucuk jari hingga berdarah dan terus bermain. PERG! kejadian selepas tu adalah dahsyat. kalau korang nak mati cepat, korang cubalah.
crita dalam crita 1 : dalam games tersebut tiba2 ada sekor spirit ganas datang kerana diseru. kami bermain dengan seronok sebab dia ramah. jam menjangkau 2 pagi tapi setan tu tak mau balik. kami sepakat memaksa dia balik dengan menolak coins ke kotak home, tapi gagal. macam2 arahan dibuat oleh setan gondol tu termasuk memadamkan lampu, dan menyuruh salah seorang dari kawan kami tanggalkan seluar (bukan aku la..). dasar syaitan, memang penipu. dia enggan keluar. setan gondol tu menugut akan merasuk kami jika angkat jari. sebab dah ketakutan, kami sepakat membaca ayat kursi beramai2. boleh dilihat coins itu berpusing2 sambil kawan2 aku yg bermain enggan melepaskan jari dari coins takut dirasuk. akhirnya, coins terpelanting ke lantai. dan kami berlari ke bilik aku.
kami ketakutan, nasib baik tak ada yg terkencing dalam seluar. kami dari dorm yg berlainan, tapi malam itu kami sepakat pergi ke bilik air ramai2 ambik air sembahyang. kami tidur dilantai dorm berjemaah. surah yassin kecik kami letakkan dibawah bantal masing2 dan ada juga yg telak didalam baju. semua tak berani tidur sampai subuh.
cerita dalam cerita 2 dicatatkan bahawa seekor spirit melayu datang dan menceritakan dia terbunuh semasa dalam perjalanan balik sekolah. dia kata dia dilanggar oleh kereta yg dia nyatakan nombor plat kereta dengan jelas. dia ceritakan dia sekolah dimana, darjah berapa, dan beberapa orang kawan karib dia. dia meminta kami melaporkan kepada polis. sebab ia cuma spirit of the games, kami abaikan.
setelah ketakutan agak kendur, kami teringat bahawa ada sorang kwan kami yg tidak turut bermain pada malam itu berasal dari sekolah yg disebutkan. kami bertanya kepada dia berkaitan spirit tersebut, dan dia mengenalinya dengan rapat. semua jawapan diberi oleh spirit sama dengan jawapan kawan kami tadi. kisahnya sama; dia balik dari sekolah selepas aktiviti ko-k. singgah sekejab dirumah kawan tadi dan balik ke rumah dalam suasana agak gelap dengan motor. dipercayai langgar lari, mayatnya dijumpai keesokkan harinya.
sekali lagi kami ketakutan, dan ada yg demam. kami sepakat membakar buku nota tersebut dan kertas games spirit of the coins. cukuplah setakat itu dugaan dan ketakutan yg kami alami. kami sepakat berhenti bermain permainan syaitan itu. dan kami berjaya. setelah beberapa minggu berselang, kami bermain pula di kawasan hospital, tidak jauh dari bilik mayat.
Hye assalamualaikum semua ;)(haaa ni crite yg lain plak aku p copy n pasta..nk tau best ke tak bce lah dulu) siapa dekat sini suka tengok cerita hantu yang konon-konon seram tu? hahaha mesti ada yang suka giler tengok cerita seram-seram ni kan? pernah tak masa korang sekolah-sekolah dulu dengar permainan spirit of the coin? okey yart nak syer cerita benar taw ni bukan rekaan semata-mata haha
yart nak cerita pengalaman yart masa dekat sekolah dulu, okeyh nak bagi tau awal-awal ni , yart bukan nak mengajar taw tapi ni pengajaran untuk korang, jangan jadi macam yart berani tak tentu pasal last-last diri sendiri jadi mangsa...
kalau korang nak tau cerita baca lah sampai abis, agak panjang jugak lah cerita dia sebab ni kisah benar yer bukan rekaan semata-mata ingat 2 ;)) selamat membaca dengan tenang ,,,
haa tengok nampak tak gambar dekat atas tu? masa yart dekat sekolah dulu yart main macam tu lah mula-mula guna pensil kayu je lama-lama dah seronok guna duit syiling taw siap ada letak darah lagi tau fuuhhh..
yart ni sekolah dekat sokolah biasa je lepas tu yart sekolah semua perempuan je, korang paham-paham je lah kalau dah semua perempuan je suma macam mana perangai masing-masing kan? memang tak ada reti takut,malu semua lah rasa diri hebat je hahaha,, tapi kiteorang bukan jenis yang gediq-gediq mengeletis pantang nampak jantan ea prinsip no men no cry haha masa ni hidup enjoy je ;)
yart mula nampak budak cina main permainan ni, yart dulu rapat jugaklah dengan budak cina sebab cikgu paksa duduk sebelah dioarang haha,, so hari-hari lah yart mengadap budak0budak ni main kan,, so yart pun suroh lah diaorang ajar yart macam mana nak main kan sebab diorang cakap bahasa cina haha,, so hantu cina lah yang datang dekat diorang ,,
diorang aja lah macam mana nak main, peh masa mula-mula gelak jugak taw tengok diaorang serious je muka main benda ni,, tapi korang nak tau tak? bila yart dah main yart dapat rasa pensil tu bergerak sendiri, bila kiteorangtanya soalan dia akan bergerak bagi jawapan,, masa tu lupa dosa ke pahala korang sebab dah khusuk sangat main benda tu seronok sebab tanya soalan semua dia boleh jawap peh ,, yang penting dalam hati jangan niat apa-apa sebab kalau korang cakap dalam hati dia akan ekot kata hati korang, kira tipulah kan jawapan dia tu hahah,,, siapa percaya bodoh lah macam kiteorang masam tu miahahah ,,,
yelah korang bayangkan korang hanya letak jari telunjuk dekat atas pensil tanpa pegang dia boleh bergerak dengan sendiri, mana tak teruja, tapi ada syarat tak tak boleh tanya bila dia mati,kenapa dia mati, dekat mana dia mati nanti dia akan marah,, nak jadikan cerita satu hari tu kiteorang dah jadi berani giler taw guna duit syiling dah tu letak sikit darah peh masa tu macam lupa semua lah,,
sampai satu hari tu tengah khusuk main kejap lagi nak suruh dia balik maksudnya keluar dari pensil/duit syiling yang kiteorang guna tu sebab cikgu nak sampai kalau tak silaplah, benda tu tak nak balik peh dah takot giler masa tu masing-masing dah nak nangis dan ade salah sorang membe yart tu dah takut dia lepaskan pensil tu peh,,kiteorang panggil budak cina suro diaorang tolong,, budak cina marah giler diaorang cakap jangan pakai lepas je nanti dia ekot balik rumah huwaaa masa tu dah cuak giler memang tak tau nak cakap apa lah,,,
dah tu masa kiteorang tengah nak balik sekolah ada junior kiteorang kena histeria, yart n the geng masa tu kepoh-kepoh pergi tengok n tolong bawak budak tu naik bas semua, bila yart balik rumah yart rasa lain macam sangat taw, tapi yart diam je senan takut nak cakap dengan abah, dah tu masa dekat tempat tusyen pun yart jadi lain, korang bayangkan yart punya bi sengal taw tapi hari tu yart dapat jawap semua yang cikgu yart tanya n cikgu yart siap tanya lagi kenapa muka yart nampak pucat tapi yart diam je..
kebetulan masa tu yart bendera merah pulakan badan tengah kotor, memanglah kan, dan nak dijadikan cerita dekat sekolah menengah yart lepak lah dekat kantin macam biasa, budak yang kena histeria semalam datang sekoah n meja dia dekat dgn yart, bila dia pandang mata yart dengan tiba-tiba......
hati yart jadi sayu sangat rasa macam nak nangis je yart pun tundukkan kepala yart kebawah. yart pun teros nangis, yart dengar kawan-kawan panggil nama yart masa tu yart cuba kuatkan diri yart tapi tak mampu, tiba-tiba yart jerit sekuat hati n yart macam separuh sedar, member yart cerita masa tu cikgu datang dekat yart marah asal yart terjerit macam tu membe bagi tau cikgu keadaan yart cikgu macam tak percaya, yart marah lepas tu yart tendang cikgu peh kesian kan tak sia-sia kena tendang dengan anak murid,, dah tu diaorang bawak yart masuk pejabat , kebetulan dalam tu ada cikgu displin kiteoarg memang tak suka dia,, cikgu cerita dengan yart masa tu yart maki cikgu displin tu sebab marah yart n sound yart,
cikgu telefon abah suruh datang amik yart, abah pun datang amik yart balik rumah, dekat rumah abah bertarung dengan dia, masa tu abah baca lah apa yang patut, dan abah letak bawang putih dekat ibu jari kaki yart, memang yart sakit masa tu, dan dia mengalah nak keluar tapi dengan syarat hantar balik dekat sekolah, masa tu abah ekotkan abah bawak balik ke sekolah dah tu sampai rumah abah cakap dia ada lagi dia ekot tapi dia duduk luar rumah!!
abah buat lah apa yang patut sampai dia hilang dan pergi, masa tu insaf korang tak nak main lagi sebab badan yart yang sakit taw rasa lemah sangat, dan minggu depan nya tu ntah macam mana yart kena lagi dekat sekolah, tapi yart tak mengamuk ke hapa yart diam je tapi ada kawan ni kacau yart, yart hentak dia dengan botol air selamat tak de pape. bila yart sampai rumah pak cik van datang jumpa ibu dia cakap kenapa muka yart lebam n yart diam je dekta dalam van, selalu yart kecoh, pak cik van takot yart bergadoh dekat sekolah,
ibu pun masuk panggil abah, dah tu abah tau ada benda tu dalam badan yart, abah suruh dia keluar dia tak nak, abah pun buat apa yang patot lagi abah bertegas, dan kebetulan bunyi azan magrib dan dia pun keluar , yart pengsan kejap bangun-bangun yart jadi macam orang hilang ingatan, yart tak ingat siapa abah dan ibu yart semua fuhhh,, abah bagi yart air barulah yart okeh,,
lepas tu yart tak pernah tinggal solat n yart dah janji dengan diri yart,, yart tak kan main lagi benda tu, serik dah,,
kalau nak tau masa tu sekolah yart jadi musim yalah, lepas sorang-sorang kena,, cikgu mengamuk giler dengan kiteorang ustazah dengan ustaz mula bagi ceramah tiap kali masuk kelas,, insaf babe...
macam ni lah bentuk lukisan yang kiteorang lukis untuk bermain.,
so untuk korang-korang jangan lah sesekali membodohkan diri korang dengan benda macam ni, jangan sesekali kita berkwan dengan syaitan kelak diri kita yang musnah, syirik kan percaya dengan benda-benda tahyul ni semua,
sentiasa ingat pada ALLAH dan beristigfar bila kita nak buat sesuatu yang terpesong, mungkin masa ni yart belom berfikir matang n yart masa tu baru tingkatan dua so semua benda nak cuba, yart angap ni pengalaman dan pengajaran dalam hidup yart, dan yart harap sangat korang tak jadi macam yart okeyh..
yart cerita ni bukan nak mengajar taw tapi yart nak bagi pengajaran atas pengalam yang yart pernah lalui, sama-sama lah kita menginsafkan diri menuju kejalan ALAH insyaalah,amin... sekian
notacebisanhati: wahh tengah menaip ni rasa macam bulu roma mencangak naik pulak gerr baca ayat kursi selalu jadikan sebagai pendinding diri okeyh , panjang tak cerita yart hahaha , salam ;)
mana lukisannyer ? pergh.. mmg nasib mlg lh min benda alah nie eh ? x patot2.. lain kali, amik pen, amik paper, lukis gunung dan matahari bersama burung gagak yg nak pulang ke rumah mreka dan kaler ! bru x kne kaco.. hehehehe :D
pnh tengok pakcik n sepupu sepapat main.. disebabkan menganjing dorang main n tak percaya dorang suruh pegang syiling tu.. tanye antu tu dia kat mane time tu, boleh pulak di jawab ada kat belakang mektok.. ape lg trus naik bulu segala bulu n demam beberapa hari.. siottt.. demam di hari raya, kurang aktiviti pengumpulan duit raya tika itu