Aku tau korang semua rindu. Ya ya jangan khuatir. Jangan gelisah. Puiii.. Pembukaan dah macam harammm.
Panjang jugak kisah ni, aku try ringkaskan seringkas yang boleh. Kejadian ni berlaku kat rumah sewa kawan aku. Aku namakan beliau kacang. Sebelum kacang tamat belajar, beliau ni ada sewa sebuah rumah kat selatan tanah air. Kat rumah sewa lama dorang, duduk 10 orang. Tapi gaduh tarik-tarik rambut. Ada sekor mangkuk tuh tuduh si kacang ni ambik jusmate 5 dia. sama-sama nak diet, tapi curi-mencurik pulak.
Kacang mengamok bsr sampai tumbuk-tumbuk. Alaa pompuan, isu nye kecik je. tapi mulut kemain. Tak ada feel langsung gaduh psl produk dr. Rozmey cendawan tu. lagi best gaduh pasal aaron ajis ke, fatih seferagic ke, boleh la diterima akal. Ni jusmate 5? Wakaka, sila la gelak weh. Jadi kacang angkut geng dia sewa tempat lain. Entah apa-apa. Aku sula sekor-sekor baru tau. Nasib baik aku ni tak suka kan keganasan tau. Aw aw aw.
Rumah ni bapak la besar. Ada 5 bilik berserta bilik air kat dalamnya. Duduk 5 orang, bilik sorang satu la jawabnya. Sewa 500 je. kira murahlah sbb besar dah boleh masuk 3 bijik kereta.
Aku penah jugak melepak kat rumah sewa beliau, ternyata sangat enak dan lazat. Tapi yang tak enaknya ada satu stor kat tepi dapur yang tuan rumah tak kasi bukak. Kalo dah remaja tu, remaja jugak lah. Sifat ingin tahu dia luar biasa sikit. Nak jugak aku sebut perkataan remaja tu, tolonglah sedar diri mataku. ish.
Aku penah cungkil dengan pengepit rambut untuk bukak mangga kunci tu. masa tu aku rasa hebat dan bangga. Sampai patah 2 3 ketul pengepit rambut aku, tak jugak berjaya bukak. Aku pon fedup lah. Mampos la. Bukan boleh bantu pointer aku pon. Detik hati kecil ku ini. Cewah.
Satu malam, kacang sms aku suh lepak rumah dia, esok weekend. Aduh, nak ke rumah dia tuh 40minit dari rumah sewa aku. Dia kata ada benda nak story pasal rumah sewa. Lepas je maghrib aku redah la highway sorang-sorang. Sanggup ni, nak dengar cerita punya pasal. Gossip girl la katakan.
Aku masuk je rumah dia, bapak teruk doe. Penuh je rambut kat ruang tamu. Eh tak sapu rumah ke? Semua kusut je muka. Aku dah tak sedap hati. Dalam kusut-kusut tu sempat juga kenduri piza. Aku balun 3 4 keping. Free kan. Apa lagi belasah la semampu yang bisak. Masa tengah makan, luna ajak si pujah pergi ambik air kat dapur. Pastu semua diam je. masa aku nak belasah piza untuk yang ke 6 keping, aku dengar ketukkan.
Korang ajak ema ke? Aku tanya kat kacang. Sebab kalo malam-malam cenggini ema la yang selalu datang melepak. Nak-nak aku ada.
Eh lupa pulak, aku ngan kacang ni tak satu kolej. Tapi dah lama kenal. Ok habis sesi ice breaking.
Kacang garu kepala. Ni yang aku nak bagitau ko ni mataku. Jawab beliau. Aku pon haa sudah. Lagi 2 ekor housemate dorang berambus balik kampong. Sebab nya cuti 5 hari tak silap aku masa tuh. Deepavali kot masa tuh. Tinggal la kitaorang yang jauh-jauh ni. Walapon orang kata aku ni harus sambut deepavali sebab warna kulit yang seakan-akan, aku tak pernah terasa hati. Tak. Tak pernah (- ___-)
Pastu aku dengar orang ketuk pintu lagi. Aku kata tak payah nak buat horror sangat lah, tengok muka ko pon dah gaya pontianak. Masuk je lah ema. Seraya itu, aku dihadiahkan pelempang oleh kacang. Luna dengan pujah pon bengang dengan aku. Mulut ko kalo tak cabul tak boleh ke sial? Mereka sumpah aku. Enak juga makan pelempang bersama sos sumpah ni. Try la.
Kacang pon bisik, tu bukan org ketuk kat pintu depan doe. Tu ada mahkluk ketuk dari dalam stor. Aku pon terdiam. Pastu aku suruh dia orang diam sebab aku nak dengar betul-betul ketukkan tu dari arah mana. Celaka betul la, time aku nak dengar betul-betul ni la tak ada sekor pon yang ketuk. Tak ke bengang gila.
Ko nak cerita pasal ni ke dekat aku cang? Cang tu nama panggilan manja kacang. Kacang pon angguk. Dia bisik, aku rasa rumah ni berhantu beb. masa tu aku rasa nak terkencing pon ada. Baru 2 bulan beliau menetap kat sini. Lagi pon ada 4 bulan je lagi nak habis. Memang kurus la main angkut-angkut barang kalo nak pindah lagi.
Kacang cakap lagi ko nampak tak rambut-rambut yang kat depan pintu tuh? Aku angguk sebab aku tak buta lagi, masih lagi boleh bezakan rambut dengan bulu ayam. Hah, tu bukan rambut kita orang. Luna menyampuk.
Habis takkan rambut macha kat depan? Aku merujuk keluarga india yang dok depan umah kacang. Dia punya kari perghhh memang pekat likat. Baik pulak tuh. Selalu sedekah kari ayam, kari ikan. Sedap gila. Tapi aku jarang dapat makan. Kalo lepak sini je boleh makan. Syahdu betul hidup aku ni.
Luna cakap, ko takkan tak kenal kitaorang mataku. Kita orang ni memang pemalas tahap tenuk bertelur, tapi kalo bab-bab suka sepahkan rumah memang bukan kita orang la. Sapu rumah memang la jarang-jarang tapi tak penah sampai tinggal rambut ngan habuk macam ni. Aku tanya, habis ni rambut sapa? Aku dah kecut dah sebenarnya.
Semua pakat geleng dan cakap tak tahu. Menurut luna lagi, rambut ni akan muncul setiap kali dorang balik kelas. 5 5 ekor ni satu kelas, dan pergi naik kereta luna. Jadi dorang akan balik dan pergi kelas sama-sama. Satu hari tu, si tiya nak pergi buang sampah. Dia letak sampah ni depan pintu. Alkisahnya tak jumpa kunci gril. Dia naik atas cari kunci. Secara logiknya, takkan nak angkut sampah sekali. Letak la depan tu jap. Turun je, sampah dah terabur. Tiya hairan gila. Siap ada gumpalan rambut lagi. Dia pon ambik penyapu sapu balik sampah letak dalam plastik. Tiya kata masa tu tak adalah syak bukan-bukan, mungkin ikat plastik tak ketat kot. Tu yang terbukak balik.
Lepas pada kejadian tu, si tiya ada dok borak-borak dengan luna. Pastu si pujah dgn etie ni jerit kuat-kuat dari arah pintu depan. Berterabur tiya dengan luna melangkah ke depan. Rupanya si pujah dan etie terpijak rambut. Banyak pulak tu. muat satu plastik saiz sederhana. Tiya pon buka cerita la pasal dia tengok segumpulan rambut masa nak g buang sampah. Masa ni semua dah start rasa serem.
Masa tu kacang tak ada, dia keluar dengan ema ngan aku. Dorang tidur rumah sewa aku. Patut la kacang kata nak lepak lama, tup-tup petang tu dah gerak. Rupanya luna call suruh balik.
Kacang pon cakap ni sebenarnya salah kita orang mataku. Aku dah pikir bukan-bukan, yelah kot-kot dorang main bomoh ke, main jampi-jampi. Tak pun main spirit of the coin tu. seru-seru roh nak tahu pointer.
Kacang cerita. Ada satu petang tuh. Dia jalan dekat satu tikar getah depan tv, pastu dia rasa macam ada benda keras. Dia pon selak la tikar tu. ada 2 kunci. Kacang pon ambik. Dia panggil la etie, pujah, luna dengan tiya. Kacang kata ni mungkin kunci bilik stor. Pastu idea bodoh dorang pon muncul, nak g try buka mangga stor dengan kunci ni. Semua orang setuju pulak tuh. Bangang. Nak aje aku kojol kepala sekor-sekor masa ni.
Dorang buka stor tuh. Terkejut jugak dorang. Ada satu meja kecil kat dalam. Lepas tu di alas dengan kain warna merah. Sekeliling meja tu penuh dengan lilin. Horror jugak. Ada satu botol air besar. air warna kuning. Macam air kencing. Dekat satu sudut, ada satu kotak kecil. Idea sapa entah nak suruh bukak kotak tuh tapi semua penakut. Jadi tak sempat la bukak. Bahagian tepi tu ada lah baju-baju lama yang tak pakai. Jadi semua macam tak pikir la yang bukan-bukan.Cuma part lilin tu yang agak horror.
Lepas 2 3 hari setelah dorang berjaya melakukan misi mencabul stor, ekeke, rumah dorang takde letrik. Lilin pulak tak ada. Masa ni dorang tengah melukis poster pasal gejala buang bayi dan dadah. Jadi dorang sepakat nak masuk dalam stor ambik lilin yang banyak tuh. Dorang pon ambik la, siapkan kerja. Lepas tu mula lah kejadian rambut dan orang ketuk pintu.
Aku pon cadang dia orang pergi jumpatuan rumah minta maaf. Tapi semua takut. Kalo tak sampai ke sudah la benda tu dok kacau diorang. Yang takleh blaa tiba-tiba je ada orang ketuk pintu. Rupanya si ema. Kus semangat kita orang masa tu. ema ni tahu aje nak datang masa sesi bercerita tengah tahap suspen.
aku tido sana malam tuh, memang betul, esoknya ada rambut bersepah-sepah depan pintu rumah dorang. Aku terkejut gila babeng wei. Serius. Ema yang sewel tu pon tak terkata. Selalu mulut dia tak pernah kenal apa itu erti penat dok potpet-potpet. Aku tak berani nak sentuh. Kacang dengan bebudak rumah dorang sapu dan buang dekat luar. Petang tu lecturer kita orang, ustad datang. pagi tu kita orang call dia siap-siap. Malangnya ustad hensem ni dah kahwin. Melepas.
Mula-mula dia masuk rumah kacang, dia pandang sekeliling. Pastu dia cakap ramai ni ramai semua diam je tak berani nak nyampuk. Ustad tu baca-baca pastu ada orang tendang-tendang stor dari arah dalam. Ada yang uzur tak? Ustad tanya. Yang mana uzur pergi dok luar rumah. Yang tak uzur, stay dalam tolong ustad. Aku pon menyumpah dalam hati. Apesal la time ni aku tak uzur? Aku takut ni. Luna dengan pujah dok luar rumah, siap makan cekedis super ring sambil goyang kaki. Kuang hajo betul.
Ustad suruh ambik satu jag air, aku la tukang ambik tu (bangga). Dia baca-baca ayat suci, hembus-hembus dalam jag tu. dia minta izin nak naik atas. Haa sudah habeh la. Bebudak ni sidai spender dengan bra tingkat atas. Belasah je lah diknun. Rumah aku pon sidai kat dalam, bahaya anak-anak dara sidai kat luar rumah.
Masa turun, separuh air dalam jag dah tak ada. Ustad buat renjis-renjis kat atas. Aku rasa tak renjis, aku rasa ustad main belasah je jirus air tu. takkan la renjis boleh tak ada sampai separuh jag. Jahat pulak aku tak caya kan ustad tuh.
Lepas tu, ustad suruh kita orang mengundur ke belakang. Si pujah dengan luna intai kat luar sambil makan cekedis. Ustad jirus air ke arah pintu stor. Berasap doe pintu stor. Tapi tak la berasap macam terbakar tu. berasap sikit-sikit je. tapi agak horror gak la. Aku ni penah la terserempak ngan hantu, tapi tak penah la tengok kjadian berasap-asap macam ni. Aku rasa kisah ni lagi seremm dari cita minyak dagu hampeh tuh. Buang karen aku je tgk. Pastu bunyi orang berlari-lari dan jerit-jerit halus. Punya la kita orang takut. Ustad kata benda tu takkan keluar dari bilik stor ni.
Ustad tu tanya kita orang ada kacau benda ni ke. Macam ambik barang dia ke, lalu atas rumah dia ke. Aku tak paham maksud rumah yang ustad cakap tuh. semua orang tak berani nak cerita yang sebenar. Semua geleng je. ustad kata takpe, dia dah letak pendinding. Stor tu memang port diorang. Asal tak kacau dia, dia tak kacau kita. Rugi betul tiya dengan etie balik kg. Tak dapat la tgk kejadian pintu berasap.
Ema tanya, ustad tak boleh buang ke benda tu. ustad cakap ustad tak kuat sangat nak lawan dengan benda ni. Kena panggil orang lain. Pastu ustad balik.
Kacang pon decide nak pindah. Geng rumah dia pon setuju. Esoknya terus dorang pindah. Tiya dengan etie berkejar balik rumah sewa. Nasib dekat je rumah dorang ada lah dalam sejam dua kot. Paling aku bengang, aku pon turut sama angkut barang dorang. Nasib baik ada rumah sewa kat taman sebelah. Tapi 3 bilik je. tapi ok lah untuk student kan. Selesa jugak lah.
Aik, takkan baca je? komen la sikit. Ekekekekeke...
OHHH jauh'y asl tuan rumah yer...tuan rumah dok na lak...asl dia sewakan umh tu..?? ke dia mmg dh taw umh tu mcm tu...heheheh mcm polis pencen lak aku tye kan...haa jwb2 x kire.... reza...kat opis reza tu antu dh tua kot..siap bruban ag...hahahha pe kata srh dia li pewarne rambut tp yg halal la...srh wrne rmbut yg beruban tu bru org tkut..heheheh..ceehhh aku nie mcm brani lak kan....
penghabis....kawan2 korang takde rentetatn peristiwa dikacau lagi ke kat rumah baru?
dah ade org lain duduk rumah angker tu?
rumah baru dorang alhmdllah tak ade pristiwa yg ngerii.. cuma org lain yg ngeri dgn member2 aku ni..belakang umah baru dorang ada satu geng bebudak laki dok sewa..tiap kali g dapur je dorang main jeling2..kurang asam..apesal aku tak sewa skali ngan dorang..blh main pewit2..
OHHH jauh'y asl tuan rumah yer...tuan rumah dok na lak...asl dia sewakan umh tu..?? ke dia mmg dh taw umh tu mcm tu...heheheh mcm polis pencen lak aku tye kan...haa jwb2 x kire.... reza...kat opis reza tu antu dh tua kot..siap bruban ag...hahahha pe kata srh dia li pewarne rambut tp yg halal la...srh wrne rmbut yg beruban tu bru org tkut..heheheh..ceehhh aku nie mcm brani lak kan....
aku rasa ko dulu mesti nak jadi pyiasat psendirian tapi cita2 di halang oleh orang tua kan..tabah la(sambil tepuk blkg ko) eh mana la aku tau sebab musabab dia sewa kan rumah tu. ko hengat aku nak g ketuk pintu rumah dia ke tanya satu2..
mataku..tu a kisah sadis aku..cita2 dihalang oleh org tuaku... asl ko x taw lak...ee aku nk taw gak....knp ada bnda alah tu smua kt umh dia... knp dia sewa umh tu...knp..knp..knppppppp.......
mataku..tu a kisah sadis aku..cita2 dihalang oleh org tuaku... asl ko x taw lak...ee aku nk taw gak....knp ada bnda alah tu smua kt umh dia... knp dia sewa umh tu...knp..knp..knppppppp.......
ko penah makan sup penampo tak? meh sini nak rasa.aku nak bagi ko hirup kuah dia dulu..aku xtau la mangkok..yg aku tau pakcik india yg kari dia terbaik in the world tu dah bgitau kacang tuan rumah ni pelik sikit.tp takde pulak gtau benda yg horror.
mataku..tu sup terbaru ke???mcm best jer....nt bg aku try rse yer..eee x sabar rase'y.... klo tuan rumah pn dh pelik x taw la nk ckp mcm na..kompem2 umh dia mmg pelik.... reza...x pn aku rse antu india tu jeles kot tuan dia dok bg si kacang n the geng kari terrrbaikkk dia.... so antu kt umh kacang n the geng pertahankan tuan baru dia...ish..ish..ishhh pasal kari pn mau gado ka
mataku..tu sup terbaru ke???mcm best jer....nt bg aku try rse yer..eee x sabar rase'y.... klo tuan rumah pn dh pelik x taw la nk ckp mcm na..kompem2 umh dia mmg pelik.... reza...x pn aku rse antu india tu jeles kot tuan dia dok bg si kacang n the geng kari terrrbaikkk dia.... so antu kt umh kacang n the geng pertahankan tuan baru dia...ish..ish..ishhh pasal kari pn mau gado ka
eh ok la tuh gado psl kari..dari ko gado sal jusmate5 dr cendawan nun haa..macam haremm..
hem, mmg la pandai sgt korg2 nie yg g bukak pintu tu knpe ? kn dh kne kaco.. naya nk bazir duit sewa umah bru...
tpi, cter ni bez ! aku ske bce, n aku takut nk bce, smpai kan aku yg dok lm bilik sorg2 nie mengajak adk aku yg tgah landing ats katil lm bilik sbelah tu, teman aku bce cter nie..
hehehe, penakut punyer org, sbb aku un dok kt umah sewa gak.. umah ni pun dh mcm lama2 sikit.. agak horror la bgi sesaper yg bru 1st time dtg sini.. hehehe
nasib baik la korg2 nie selamat walafiat.. hantu tu pun x lah mengaco kuat sgt.. haih.. hantu tu perlu beli syampu bgi mengurangkan keguguran yg melebih. hahahaha. gurau :)
hem, mmg la pandai sgt korg2 nie yg g bukak pintu tu knpe ? kn dh kne kaco.. naya nk bazir duit sewa umah bru...
tpi, cter ni bez ! aku ske bce, n aku takut nk bce, smpai kan aku yg dok lm bilik sorg2 nie mengajak adk aku yg tgah landing ats katil lm bilik sbelah tu, teman aku bce cter nie..
hehehe, penakut punyer org, sbb aku un dok kt umah sewa gak.. umah ni pun dh mcm lama2 sikit.. agak horror la bgi sesaper yg bru 1st time dtg sini.. hehehe
nasib baik la korg2 nie selamat walafiat.. hantu tu pun x lah mengaco kuat sgt.. haih.. hantu tu perlu beli syampu bgi mengurangkan keguguran yg melebih. hahahaha. gurau :)
entah beliau tu, aku dh suruh pakai sunsilk nak jugak pakai clear..huh susah tol ckp ngan hantu ni..x dengo org langsung..
kalo aku la, time fes2 tuan umah tu pesan jgn bukak pintu stor tu mesti da rase sumting.. btw, tahniah la member2 ko tu ade xperience duk serumah ngan hantu. hheheheheeh..