Salam semua, penah dengar tak crita pasl ni??benda ni berlaku dekat pahang..
kisah ni jadi tahun lepas bila mane ade seorang perempuan ni mati kene tikam n kelar, yang paling sadisnyer org jumpe mayat dia dlm keadaan tiada apa2 pakaian.... tapi mengikut org2 kg cakap, berkemungkinan besar, suami dia bunuh sebab kes cemburu, Wallahualam lah.. sebb tak setel lagi kes ni kisah roh dia merayau ni ade bayak jugak la yang aku dengar, so aku akan cerita satu persatu lah ikut cerita yang aku dengar n tahu
kisah 1..kat rumah jiran dia.
semasa hidup pempuan ni, dia selalu tumpang letak kunci rumah kat jiran dia kalau nak kuar g mane2.. kes malas nk pegang kunci sendiri lah....nak dijadikan cerita beberapa hari lepas dia kene bunuh tu, jiran dia dengar la org ketuk pintu rumah tau malam2..
mula2 jiran dia wat derk jelah kan sebb tgah malam takut ade pencuri ke hape ker dtg pastu dia dengar suara pempuan... sebijik suara yang meninggal tu..
dia cakap..
"Akak..... saya ni kak... datang nak mintak kunciiiiii"heee heee.. siap mengilai lagi korang..lepastu esoknye jiran dia terus pindah ke rumah mak ayah dia kat tempat lain takut la kan kene kaco lak anak2 dia. huhuhuhu...
kisah 2kat rumah famli si mati..
semasa hayatnye, pempuan tu sangat la manje sebb rasenye dia anak bongsu.. kalo tak silap lah..jadinye dia sangat rapat la ngan mak dia, lepas dia meninggal,n mayatnye disemadikan, org cakap kat rumah tempat dia meninggal tu,org kg basuhkan tempat tu ngan air limau, sebb katenye nak kasi cuci darah tu plak penah dengar yang kalo perah limau kat tempat kmalngan or mati kene bunuh,roh org tu tersiksa.. sejauh maner kebenaran dia, ak tak jamin..
ok nak dijadikan cerita jugak, malam2 selepas kematian arwahnye,mak dia duduk kat dapur tempat dia n mak dia selalu borak tibe2 mak dia dengar bunyi mcm benda cakar tingkap kat dapur tu,makin lame makin kuat, mase mak dia nak pegi dekat ngan tingkap tu,dengar pulak bunyi suara sebijik arwah anak dia menagis kat tepi tingkap tu..huuuuuuu huuuuuuuuu huuuuuuu... lebih kurang cenggitu lah..
pastu mak dia siap tanye kenapa menagis nye dik??tak tau la pe jadah mak dia tuh.. mngkin terlmpau sedih or lupa anak dia meninggal,
ade beberapa hari jugaklah benda tu datang rumah mak dia meratap2 sakit mcm tu..bila mak dia gtau kat famli dia, diorang g buat kenduri baca tahlil kat rumah dia kne bunuh tu, barulah takde mengacau dah.. mungkin dah aman kot..
kisah 3
ok ni last yang aku tahu sal citer roh pempuan ni..
rumah pempuan tu kat tepi jalan, so kalau sape2 lalu, memang akan nmpak la rumah tu kalo kita tgok..
Alkisahnye malam tu, ali dtg ke kg si abu sebb nk p umah abu tuh mase dalam perjalanan tu, si abu tanyer la ali,
"wei, ko nak tgok tak rumah pempuan yang mati kene kelar tu??"si abu pon ckp lah nak...
mase si abu baru je nak tunjuk kawasan mane rumah tu, tibe2 diorang nampak sorg pempuan pakaian koyak rabak,rambut mngerbang betul2 kat kawasan rumah dia,huhuhu.....
so secara tidak langsung nye ali pon tau lah situ rumah pempuan tu..haii nasib baik lah tak de mengikut diorang balik ke rumah.
aku tak tahu lah kalau sekarang still lagi ade merayau ke x roh tu, ape2 pon kita doakan lah ye agak roh dia tenang n bersemadi dengan aman.
ok tu jer ceritanya..
C&P
-- Edited by young areza on Thursday 21st of February 2013 12:57:41 AM
KUALA LIPIS ? Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang. Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur.? Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan.
Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya.
Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa, katanya kepada Sinar Harian. Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu.
Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat. Saya tidak sanggup untuk melihat lebih lama mayat mangsa dan bertindak keluar rumah untuk menenteramkan suami mangsa, katanya.
Roslan berkata, kejadian tragis berkenaan pertama kali berlaku di kampung berkenaan dan memberi kesan trauma kepadanya apabila melihat keadaan mayat mangsa.
Sementara itu, ibu Ahmad Khairu, Hamidah Hassan, 48, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya tentang kejadian yang menimpa menantunya. Dahulu kami tinggal di rumah ini tetapi setelah Ahmad Khairu berumah tangga dengan Nornadia, saya bersama suami bersepakat untuk berpindah ke Kelantan, manakala rumah ini dijaga olehnya (Ahmad Khairu).
Ketika mendapat panggilan telefon berkenaan, saya jangka Ahmad Khairu berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya mengatakan bahawa isterinya telah tiada, katanya. Hamidah berkata, dia sempat bertanya sama ada Nornadia terlibat dalam kemalangan atau tidak tetapi persoalan tersebut tidak dijawab oleh Ahmad Khairu dan hanya mendengar raungan dari telefon.
Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku pada menantu saya tambahan pula mereka baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga.? Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun kami sekeluarga pasrah dengan takdir dan menganggap peristiwa itu sebagai ujian dari ALLAH, katanya.
Wanita baik
Bagi sepupu kepada Nornadia, Noraini Hayati, 25, berkata, walaupun mereka jarang berjumpa namun arwah disifatkan sebagai seorang yang baik dan pendiam.? Allahyarham merupakan anak bongsu dari enam beradik. Dia juga manja de-ngan keluarga dan bersifat ramah dengan orang yang rapat dengannya. Saya berharap agar pembunuh kejadian ini dapat ditangkap dengan segera dan nasib Allahyarham dapat dibela, katanya.
Mangsa dikelar, ditikam
Dalam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut.? Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam.
Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang. Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian, katanya.
Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.? Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek. Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan, katanya.
Abdul Razak berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan orang ramai yang tahu mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.
Kita juga berharap jiran tetangga peka dengan keadaan sekitar dan bersedia membantu sekiranya terdengar jeritan atau bunyi pelik datang dari kawasan kejiranan.?Selain itu, rondaan daripada anggota Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperhebat agar kejadian jenayah dapat dibendung di kawasan masing-masing, katanya.
Kalau nak baca balik or tengok gambar check kat link ni k.. Sinar Harian
Itulah cerita nye Tapi sape2 yang friends ngan aku kat facebook, tau lah pasal kes ni sebab aku update setiap mase.. Kalau sape2 baca sinar harian edisi pahang hari Sabtu tu pun ade keluar front page lagi.. Ramai jugak yang cakap, arwah ni ade iras2 aku sikit.. Mungkin jugak sebab ade pertalian darah.. ?
Betullah cakap orang, selalunye kita tengok dalam berita atau baca kat surat khabar je kan? bila berlaku kat orang yang dekat dengan kite, lain rasenya Walaupun aku tak rapat ngan die, tapi still ade pertalian darah.. Buat yang tak tau, kitorang ni sepupu (arwah ayah aku ngan ayah mangsa ni adik beradik).. Seriouslly aku tak kenal sangat ngan die and family coz kitorang memang tak rapat.. tak tau la kenapa.. rasenye mase kecik2 dulu ade jugak la main same2.. dah besar ni masing-masing duduk jauh kot.. Kalau jumpe pun selisih kete or selisih mase gi bandar je.. Masa die kawen pon aku tak datang.
Ape2 pun alhamdullilah semua dah selamat.. Arwah pon dah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat ari tu.. Tapi seriously masih teringat2 lagi masa kejadian dan keadaan dalam rumah selepas tu. Masa tu aku on the way balik rumah dengan abang aku dari Sg Koyan, baru pas isi minyak kete.. Abang aku dapat call dari sorang sepupu aku ni bagitau yang ade sepupu kena ketuk.. Masa tu confius lagi, xtau sape yang kena.. Abang aku pun cakap kena gi tengok, baru tau sapa.. Sampai-sampai je, dah ramai orang ngan polis kat rumah mangsa ni.. Masa tu dalam pukul 6.30 petang kot.. Lama sangat kitorang tunggu kat situ, lepas tau forensic ontheway dari Kuantan, kitorang pon balik dulu la, mandi and makan. Sebab Kuantan ngan Lipis ni lebih kurang 4 jam gak la kalau jalan tak jamed..
Masa tu pulak ayah arwah iaitu bapa saudara aku kena gi klinik sebab sesak nafas.. Mungkin terkejut kot.. Yela, anak sendiri kan? tambah arwah ni anak last.. Lepas gi klinik, ingatkan dah ok lah.. Sekali datang balik kat klini tu lepas gi minum, tengok2 dah kena bawak gi hospital pulak.. Masuk ICU. Nasib baik esoknya dah ok, dah boleh keluar dengan keizinan doktor, untuk tengok arwah untuk kali terakhir..
Forensic sampai dalam pukul 11.00malam.. Ingatkan semua dah settle, sekali polis cakap tunggu doktor pulak, juga dari Kuantan.. Masa tu dah dekat pukul 12.00tgh malam dah.. Akhirnya, doktor sampai dalam pukul 2.00pagi.. Arwah dibawa keluar dari rumah pukul 3.30pagi untuk dibawa ke hospital dan di bedah siasat.. Bayangkan dari petang lagi kitorang tunggu kat tempat kejadian dengan hujan renyai2. Masa menunggu tu, satu je harapan, supaya jenazah arwah dapat disempurnakan dengan segera.. Kesian dekat 12jam dibiarkan macam tu je.. ?
Esoknye pulak, aku terpaksa ambik emergency leave.. Awal2 pagi lagi dah gerak ke hospital untuk urusan memandikan dan mengkafankan jenazah.. Sempat jugak aku tengok keadaan arwah masa dimandikan.. Sangat sedih.. :( Ade kesan kelar panjang sangat, dari hujung telinga kanan sampai telinga kiri Ade juga beberapa kesan tikaman.. Masa mandikan, still ade darah mengalir :(.. kejamnye manusia zaman ini kan? sanggup buat manusia macam tu.. Tak ade rasa kesian ke masa buat tu???..
Setelah selesai dikafankan and disembahyangkan oleh saudara terdekat.. Syahdu sangat suasana kat hospital masa tu.. Lepas tu, tunggu suami mangsa yang direman kat balai untuk tengok isteri dia buat kali terakhir.. Apelah perasaan suami dia kan?? hanya die je lah yang tau.. Lepas dah selesai semua, arwah dibawa balik ke Sungai Koyan.. Kebetulan hari Jumaat, selepas sembahyang Jumaat.. Arwah disembahyangkan lagi sekali oleh saudara2 dan orang kampung
Selesai semua, akhirnya arwah dibawa ke kawasan perkuburan dekat Sungai Koyan untuk dikebumikan pukul 3petang.. Ni lah sedikit sebanyak yang dapat aku story kat sini.. Arwah pergi dengan meninggalkan banyak tanda tanya sebab kejadian kejam macam ni berlaku.. Ramai yang tanya.. Arwah ade musuh ke?? Ade yang dah kena tangkap? sapa yang buat?? Semuanya hanya Yang Maha Esa tahu kan??
Akhir sekali.. Harap2 pembunuh ni dapat pembalasan yang setimpal.. Kala tak kat muka bumi Allah ni pun, die akan tetap dapat pembalasan di akhirat nanti kan?? AL-FATIHAH..
mcm tu skali mnusia nie....mcm x berharga je nyawa di buat...... al-fateha tuk arwah....... nek tkut lak aku baca story ko nie reza....aku syg nyawa aku..tp mnusia skng nie angp mcm x pnting je smua tu.... seriusly...aku mmg tkut bca citer2 mcm nie....
Aku teringat satu kisah benar di Kemaman, sekitar tahun 2005 dulu.. satu masa tu bila malam, mat2 rempit dah tak de semua balik.. sebab, asyik terjumpa jelmaan pompuan (2 org) yg mati eksiden mintak tumpang motor utk balik..
kisah yg saya ceritakan memula tu, yg di Kemaman tu.. kisah nya begini... berlaku di sekitar Kijal, Kemaman, Terengganu.. tahun lebh kurang 2005 lah..
Al kisah.. ada 2 orang minah rempit yg gian dadah.. satu hari depa ni dah pukul mak depa sebab nak duit utk dadah.. dalam merempit lepas tu, depa 2 orang ni mati eksiden.. dipendekkan cerita, mereka di tanam di perkuburan Islam di Kijal nun, dekat dgn jeti star-cruise tu.. di ceritakan kubur mereka tu di panah petir, berasap.. beberapa peristiwa menyebabkan malam2 di bandar kemaman jadi lenggang drp orang ramai, hingga mat rempit pun tak keluar.. kerana, banyak kali jelmaan 2 org pompuan ni dalam keadaan ngeri, duk mintak nak tumpang daripada mat rempit.. katanya nak tumpang balik rumah.. dan juga berlaku di siang hari, dimana ada misi/nurse yg jumpa mereka kat hospital, mintak ubat sebab "sakit.."..
Kemudian di ceritakan, ada sorang cina ni datang jumpa tok imam ke ketua kampung ke tak sure lah.. mintak mayat 2 org tu supaya boleh di tanam di perkuburan kristian.. kata mereka , 2 orang ni telah "di bayar" dan terima wang untuk convert jadi kristian (kira murtad lah).. setelah mayat mereka di kuburkan di perkuburan lain, katanya dah takdak jelmaan & gangguan lagi dah..
saya dapat cerita ni dari saudara saya di kemaman, ketika tu saya ke sana dan hairan malam tu takdak mat rempit...
Roh org mukmin, kuburnya salah satu taman2 syurga, dari dalam kuburnya ia dapat melihat tempatnya di syurga kelak. Ia akan tidur bak tidurnya pengantin sampai hari dibangkitkan. Baginya jarak masa ni tak lebih antara asar dgn maghrib.
Roh org munafik atau kafir, kuburnya satu dari lubang2 neraka, dari dalam kuburnya ia dapat nampak tempatnya di neraka nanti. Ia akan diseksa setiap masa, malaikat akan memukulnya dgn pemukul dari besi, setiap pukulan akan membenamkannya sedalam 70 hasta. Setiap kali dipukul, ia akan memekik yg pekikan ni akan didengari oleh semua mahluk, kecuali jin dan manusia.
Roh org2 yg berhutang akan tergantung(tergantung macam mana? Wallahua'lam) sampai hutangnya dilangsaikan warisnya.
Tentang jasad, mayat, wallahua'lam.. Pernah baca kisah seorg wanita yg memuliakan bulan2 tertentu dalam kalendar islam dgn membanyakkan baca Quran, setelah ia mati, ada wasiatnya yg belum ditunaikan, bila digali kuburnya, mayatnya dah hilang, anaknya bermimpi yg jasad ibunya diletakkan di tempat mulia, Allah tak membiarkan ia bersendirian dalam kuburnya. Wallahua'lam.. Ini mungkin kisah2 Israilliat..
Tentang suara2 jeritan, mainan syaitan aja tu.. Kalaulah roh si mati dapat ada hubungan dgn dunia lepas datangnya yakin, nescaya dia takkan kisah yg lain2, melainkan ia nak minta waris2nya sentiasa berdoa, kirimkan pahala utknya.
Sesungguhnya mati melenyapkan segala kelazatan dunia.