Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah-kisah seram PD ( idea Hamba Allah..)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:
kisah-kisah seram PD ( idea Hamba Allah..)


HHHAAAA.............MEH BACA KISAH SERAM PD =)

One day,
aben with my family join satu Family Day dekat PD.So dekat sini kitaorang check in dekat satu hotel.Hotel ni nama dia M****g Sa**.This place kalau tengok dari jauh memang dah boleh expect yang tempat ni ber'HAN'.

So,
after check ini,kitaorang pun naik tingkat 7 untuk masukkan barang and bersiap-siap untuk lunch dengan family lain yang join.Masa sampai je tingkat 7 ni,zzzuuuppp! bulu roma mencanak.Hati pun rasa tak sedap.Lagipun aben ni kiranya ada 6 sense lah.Boleh tengok benda-benda ni.Takut jugak kalau-kalau terserempak dengan mana-mana makhluk ALLAH yang tak boleh describe kehodohan dia ni.

Nombor room kitaorang tak silap aben 703 sumthin lah.So before arrive dekat this room,kitaorang kena lalu depan 2 room yang dikosongkan.So that room kita boleh nampak apa yang ada lah dekat dalam tu.Tengok rumah tu dari luar pun dah tahu berhantu.

Akhirnya,kitaorang sampai dekat bilik 703 tu.Masa masuk,Ya ALLAH! terkejut beruk tengok keadaan bilik tu.Kotor nya Nauzubillah! Kitaorang buat biasa je and didn't expect that sumthin will happen lah.Masa masuk room tu,ada jugaklah baca-baca sikit.

So the whole day,kitaorang ikut activities yg dianjurkan.Till night,kitaorang ada BBQ dinner.Lepas makan-makan,kitaorang naik balik ke bilik kitaorang untuk tidur.So, macam biasa,untuk sampai room kitaorang, mesti kene tempuh that 2 room yang kosong itu.Yang peliknya, masa kitaorang sampai kat situ(waktu siang) pintu one of the room tertutup.Bila sampai malam,terbuka pula.So, masa tu memang fikir yang positive je lah.

Masuk bilik,aben ngan my sis cakap lah pasal room itu.Kenapa pulak terbuka? Sebab nak kata angin this hotel menghadap laut.Tapi pintu-pintu dia menghadap tempat lain.Kira bertentangan lah.Memang pelik.Lepas borak-borak.My mum call me then dia kata dia tak boleh sembahyang dekat dalam bilik dia coz dia rasa macam ada something dok perhatikan dia dari belakang.At last,my mum pun sembahyang dekat luar.

Sementara tu,aben dgn my sis duduk dalam bilik dan dengar lagu.After my mum dah habis sembahyang,aben pun keluar tengok tv dengan my sis.dalam 11 lebih,kitaorang pun tidur.Tiba-tiba ,
masa tengah tidur,aben terdengar my mum punya bilik macam dibukak.So aben pun jenguklah kat luar kalau-kalau my dad nak tengok tv ke apa.Sebab tak dapat tidur masa tu.Tengok-tengok tak ada orang.Time tu just fikir yang itu just perasaan aben je.Lepas tu,aben terdengar pula orang dok seret-seret dekat atas room kitaorang.Kuat tau! .

Tiba-tiba je aben terdengar orang buka air dekat singki dekat dapur.Tengok kat luar tak ada orang.Untuk pengetahuan,malam tu aben ngan my sis tidur tak tutup pintu sebab pintu dia tak boleh tutup.Pelik betul hotel ni.So aben rasa takut jugaklah tengok air tu melimpah-limpah.Aben beranikan diri untuk tutup air tu.Pastu tidur.Esoknya, my sis tanya kat aben kot-kot malam tadi aben ada pergi toilet ke tak.

Sebabnya,dia terdengar orang curah air dekat JAMBANS dalam toilet tu.So dia pergilah jenguk.Dari luar,dia nampak bayang-bayang putih.Sebab pintu toilet tu transparent sikit.Dia buat tak tahu ajelah lepas tu.Aben agak terkejutlah sebab bila masa pulak aben pergi toilet tu.??? .So hari kitaorang nak check out tu,
aben saja je duduk dekat bilik my mum.Tidak kusangka,tiba-tiba ja ada orang berpakaian serba putih menjenguk ke arah aben yang tengah baca komik sambil terlentang atas katil dari dalam toilet.Aben pun buat-buatlah tak nampak.So, aben pun berdiri dengan niat untuk cabut lari.Sambil-sambil tu, mata aben konon-konon baca komik and at the same time carik pintu keluar.Masa aben keluar,dengar jugaklah suara lelaki garau gelak-gelak kecil.Nak kata my dad,lain betul cara gelak dia.



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

kwn my mum punye kes~

Banyak orang kata yang hotel 4 stars mana ada yang kotor.So di sini aben buat conclusion sikit.Berkemungkinan besar cleaner2 itu tak sanggup nak bersihkan all the rooms dekat tingkat 7.Sebabnya, masa my mum tanya dekat kawan-kawan dia pasal bilik masing-masing,diaorang kata bersih saja.Mungkinlah tingkat 7 ni memang ber'HAN".

So itu intro je.Now the story begin.
Lepas je kitaorang balek,my mum tanya dekat kawan-kawan dia if diaorang ada apa-apa pengalaman yg "HORROR2" dekat situ.So antara cerita mereka.


I.Menghantar pulang budak yang "HILANG"

One of them start the story.So this guy kata,waktu tu dia balik dari swimming pool sorang-sorang(waktu senja).Masa naik lif,dia terdengar setiap tingkat macam budak menangis kuat.Masa naik tingkat 2 dia kata ok lagi lah sebab mungkin budak yang menangis tadi menangis terlalu kuat.So sampai tingkat 3,4,5 dan 6.Masih sama tangisan tadi kuatnya.So lepas this guy keluar dari lif.Ada budak pintas dia dari belakang and tanya this guy pasal mak dia.

This budak kata, "Abang,mak mana?".Then this guy ingat yang budak ni mungkin sesat.So dia tanyalah dekat budak itu dekat mana bilik dia.Budak ni kata dekat atas.So dia refer kepada tingkat 7.So this guy pun temankan budak itu tadi naik tingkat 7.Lepas tu,this guy tanya lagi dekat mana bilik dia.Budak tu tunjuklah ke arah satu buah bilik yang kosong itu.Sepertimana yang aben ceritakan sebelum ni .Masa itu,this guy tak sedar yang itu bilik kosong.Lepas dia patah balik nak naik lif.Baru dia teringat yang bilik itu kosong.Dia teringat sebab my mum bagitahu dekat dia masa Lunch tengahari tu.So dia tengoklah bilik tadi.Tengok-tengok "BUDAK" itu.HILANGnono

 

This story tak tau lah nak describe sama ada seram atau tak.Sebab aben just story pasal "MAKHLUK TUHAN PALING SEXY" ni.

So, kejadian ni berlaku at the same night.Lelaki juga yang mengalami benda ni.So malam itu,mamat ini tengah duduk kat luar konon-konon hirup udara segar.Tiba-tiba dia macam terpanggil untuk pergi tengok satu room ini(katanya).Dia tengok dari luar ada AMOI CANTIK sedang duduk dekat balconi sambil rambutnya dibuai-buai angin dan baju putihnya bertiup ala-ala dalam filem Titanic.

Kebetulan,room itu bersebelahan dengan room yang dia duduk.So dia pun tanpa melengahkan masa pergilah masuk room itu dengan niat dapat melihat wajah Amoi tadi dengan jelas sambil meng"usha" si Amoi tadi.Sebaik sahaja dia tiba di balconi dekat room dia(imagine sendiri eh!).Dengan tidak sengajanya di terlihat amoi itu bertebangan pergi. .

Itulah antara cerita yang aben dengar dari mulut my mum yang didapati dari pengalaman kawan-kawan dia sendiri.

Sekian,



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

nanti la masukan lagi...ahahha ada lagi ni...

tak sempat..esok ea =)

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

areza..lg kasi maso ini cerita (sleng mamak)biggrin 

manyak tada sabar mau tunggubiggrin



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> shieda
aku penah pi mayang sari nak tgk unit yg diaorg tawarkan utk joint ownership scheme...smpi kat tingkat 7 ke brp ntah utk tgk unit yg 3 blk...aku jd pelik coz org yg nak tunjuk kan unit tu ketuk pintu b4 masuk....aku sesaje gatal tanya nape ketuk?dia jwb mana la tau kot2 ada org kat dlm...aku tanya lg...ada guest ker?kalau ada guest wat pe ajak kitaorg....then dia jwb x la mana ada org tp mana tau org housekeeping tgh wat keja ke...mcm x logik je jwpan...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>>> hani

salam..
aku penah tdo kt marina n bayu beach
tp tu sume taun 2005 ar, tp fyi marina tu kalau level bwh2 ok je
coz abg ipa aku gomen, kalu kt marina tu yg bwh2 mmg fully book bile cuti skolah coz da reserved tok co or gomen
pastu tgk mcm ok je so aku n husb mse tu hmun ke2, yg 1st g byu ok je
ktorg g mse tu rye cina, so dia bg lvl 13, uih tggi tol, dia kata bwh2 sume pnuh coz co da book
ok ar ktorang trime alasan tu, mse nk naik bilik tu ok lg wlaupun ha bilik jauuuuh ke blakang but ble bukak sliding ngadap pool, rse aku kalu lg ujung npk org je kot..
mse naik tu lif brenti kt tkt 7 xsilap, tp sunyi je mcm xde org,n xde org yg naik lif ngan ktorang pun, ntah sape yg tekan xtaulah pulak
n on da way g bilik tu ada 1 tu bertutup ngan kayu, siap silang lg, ktorang mls nk pk
msuk bilik hish kalu time tu ada kamre cggih2 mst aku da tgkp nye, aku ada gambo tp gmbo ktorang je ar yg umah ktorang tu korang imagine ar, tombol pintu bilik xde, n lampu kecik yg atas almari tu pecah2 n diorang tmpal ngan sellotape..
tp yg almari n fridge n sofa sume ok ar, toilet besa bagak
ktorang kua pas magrib n blk dlm kul 10 tu sunyi tol
n skali lg lif brenti tp xigt dah level bape n xde org pun yg naik
n on da way g bilik tu laki aku ckp, kte je ek kt ats nih, a'ah lah, tol tu, xde org lain pun, sume bilik syp je n gelap
pas tu dok kt corridor tu lmpu yg nyale boleh dikira, xbyk pun

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> aunira

Talking abt corus.....ofis saya pernah buat kursus kat situ dlm tahun 2005. Saya bawak suami dan anak sama. Masa tu usia anak dlm 2 thn lebih...

Nak di jadikan cerita, satu petang lepas kursus tu ofis adakan bbq kat tepi pantai. Saya dan anak je yg turun makan, since hubby segan. Bila dah nak masuk maghrib, saya & anak cepat2 lah naik. Dalam lif, saya sempat bergurau2 dgn anak, usik2 dia sampai dia ketawa......... tiba- tiba......

Terdengar sayup-sayup ada satu suara halus tumpang gelak sama... terus saya rasa lain mcm je. Terbantut rasa nak sambung bergurau dgn anak. Dalam keadaan mcm tu, sempat lagi saya fikir nak alihkan perhatian anak. Tak nak bagi anak perasan kat bunyi, saya pegang tgn dia dan buat2 berbual tanya itu-ini. Nasib baik few seconds lepas tu, lif pun sampai kat aras bilik saya, once pintu lif terbuka, cepat2 dukung anak lari keluar dari lif.....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> sham

Aku ni selalu gak pergi PD..setahun 2-3 kali.Sebab dekat ngan KL..1jam dah sampai..setahu aku di Costa Rica aka Le Paris ni dulu ,kalau tak silap ada kes 3 orang budak mati lemas kat pool..cerita ni dah keluar news paper..dan di Corus tu dulu ada sorang lelaki India bunuh diri, mayat dia tergantung kat Kipas..tapi tingkat berapa aku tak ingat...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> ally



pernah gi pd marina tu. kawan punya apartment, tkt brapa x ingat, belas2la. ingat nk bermalam kat situ, tpi bila time maghrib baby nangis x henti2 sampai waktu isya'. last2 decide balik kl x jadi bermalam. dah turun bawah, baru perasan botol susu baby tertinggal, hubby nak naik semula sorang, ally x kasi, biarla beli lain. gila nak naik semula dahla bila tutun bawah kt parking tu baru perasan x de penghuni lain kat situ melainkan kitorg je...hishh. x buleh imagine kalau kitorg teruskan bermalam kt situ...huhuhuu


__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> phiya

dalam bulan lepas phiya n kawan2 time form 6 camping kat teluk kemang, so memang xde sewa hotel ke ape la..pegi 2 hari satu mlm..
waktu malam tu phiya dengan 2 orang kawan lagi memang plan dalam pukul 4 macam tu baru nk tidur la..pastu borak punye borak , tibe2 phiya nampak banyak sangat kelibat, menjenguk2 dari belakang la,rase ade duduk sebelah la..smpai tahap phiya ajak kawan duduk kat tempat lain sebab time kt tembok tu, rase macam anytime je bende tu boleh tolak

so tukar tempat, but makin banyak nampak kelibat..as if macam ramai je pulak kat situ.. dah macam bende tu sibuk lalu lalang..just imagine macam kita kat tepi jalan and orang banyak melintas.. lebih kurang macam tu la cume yang ni just nampak kelibat.. since tu just kelibat, phiya buat xtau je la

then tengah2 bulan mengambang dah dalam 45darjah tu, ditengah2 air pasang yang dah nak smpai tebing tembok tu, ade sorg kwn ni dah meluru nak melompat masuk laut..kawan phiya ni tengah tidur and dah lame tidur pun..dah dia meluru tu,ade sorg kawan ni tarik la kn..yang bestnye, lepas kene tarik tu, kwn ni boleh jatuh and sambung tidur balik..so we all assume , oh, mamat ni mengigau la kot...

but x lame lepas tu dia buat lagi,,kitorg tegur je dia terus tidur balik...time ni we all memang dah xmau tidur la..takut juga ape2 jadi kn..then untuk kali ketige, kawan ni buat perangai lagi tapi this time dia sangat2 laju,memang kalau kawan lagi sorg xsempat kejar memang dah selamat lepak dalam laut la kawan tu...time tu phiya dah terase seram la sebab dah 3x mamat ni nak terjun laut xsedar, terus meluru ke laut pulak tu..pulak tu teringat mak pesan kat pantai jangan seronok2 sangat, nanti khayal and kebetulan kawan tu memang terlebih seronok malam tu,kate nk jumpe mermaid la,ape la..ade makwe dlm air la:@

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>>kaishi


uiikksss....aku ni kaki lepak PD dulu,...dulu konon2 frust selalu la drive sorang2...tak ke PD ke bagan lalang, ALHAMDULILLAH setakat ni aku tak pernah lagi kene ape2 gangguan,

masa tue aku ade sekali, tp aku ni jenis tak amek kesah sangat,,,so dorang sibuk bercerita, aku plak sibuk menghirup udara segar.....

pendekkan citer, malam tue kami teringin nak buat barbeque kat PD, ( rancang masa nak dekat2 maghrib ) so rangcang punye rancang, akhirnye, ckp nak cari hotel kat sane....jalan punye jalan, aku la tunjuk dl...." eh marina ni murah gile...rm 30 je...." pas2 member2 aku terus bangkang,......aku ni tak tahu kenape....tp yang peliknye.....kami ni pusing2 cari hotel lain, tetap nampak marina ni...tak tahu la kenape...3 buah kereta yang pergi, tetap nampak marina..

cousin aku yang drive da mule marah aku, so mcm aku ckp, aku ni mane la tahu yang PD ni angker segale....aku diam je la...then dorang berhenti betul2 depan marina,.,,,,,then dorang bincang,,,aku dengar,,dorang ckp, mcm ade tak kene ni, maghrib pon nak dekat, pusing jauh2 pon tetap nampak marina jugak...then kawan cousin aku ni baca doa....ayat kerusi semua....and teruskan perjalanan....ALHAMDULILLAH tak ade ape2 da lepas tue, seolah2 kami br nampak jalan and hotellain plak lepas tue.....

menginap kat sunshine apartment, ke ape ntah....tp best la...ade bathub semua..,,

esoknyer, cousin aku bukak citer...die kate...die tak nampak jalan nak ke tempat lain pon...die cume nampak 1 jalan je...ke marina....die cube buat macamane pon, die tak boleh nampak jalan, then die ckp,,,die nampak seolah-olah marina tue melambai2 pada dia ( sebab die drive and die kire mcm ketua la )....die nampak ade perempuan cantik melambai2 pada die.......tp die buat tak tahu je, mas aberhentikan kereta pon, die masih nampak lagi perempuan cantik tue.....ALHAMDULILLAH lepas je kami berhenti and baca doa, azan kan sikit,,,br la nampak jalan....then lepas tue tak jadi lagi ape2

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> craver

Aku pun ade kesah dkt marina hotel tu. Time tu memula msk dah nk senja. Mmg rasa semacam la.. Aku pergi berdua dgn member aku. Hari tu ktorg plan sebenarnye nk ke melaka. Member aku lak ikut jalan dalam tah cemane lalu dkt PD. So, time tu dah lewat ptg ktorg pun plan stay dkt PD satu mlm b4 grk ke melaka. So, cari la hotel.. (xcari sebenarnye, sbb member aku mintak no. tepon hotel marina ni dkt opismate dia). Then, dpt la satu blk dkt situ. Bukan bilik, tp 1 unit apartmen. Masuk2 je baunye mak aih! Bau kepam! Tp xpe la, ktorg xbrp kesah sgt la... Dkt situ ada 2 bilik. Konon nk dok sorg satu blk la, tp last2 ktorg decide utk stay satu blk. Sebab ape.... Ini kisahnye...
Member aku dpt bilik yg kecik sikit di mana biik air dkt luar n aku dpt master bedroom. Dia cite time tu dia msk blk sbb dia nk tuka bj nk mandi. Dia perasan ada 2 bijik bantal n 1 selimut atas katil dlm blk tu. Then dia pun kuar la gi blk air n tutup pintu bilik dia tu b4 dia msk dlm bilik air. Dah abes mandi, dia nk msk blk tgk pintu blk dia terbukak. Dia malas nk pk, then msk n tros la pakai baju... Time tu brg2 dia sume atas katil. Bila dah setel sume ingat member ni nk landing la atas katil kejap, then dia tgk atas katil ada sebijik je bantal. Then dia gi la blk aku n tuduh aku curik bantal dia. Aku lak time tu tgh tido terjaga la n bgtau dia mmg aku xambik. Then ktorg pun gi ke hall dpn nk mencarik bantal tu mmg xde. Member aku lak rasa xsdp ati, dia pun ckp mlm ni nk tido dkt blk aku. Time tu aku xpk pape so, ckp ok la. Pastu ktorg kuar la nk gi mkn..

Blk dari mkn tu, ktorg pun bersedia la nk tido, then aku gi blk air tgk aku period lak. Time tu sorg pun xde pad, so, aku mintak la tolong member aku gi kuar jap belikan. Aku pun dok la sorg2 smbil lyn tv. Time tgk tv tu tetiba aku dgr pintu blk kena hempas. Kuat gile! N dgr benda jatuh. Aku time tu kuatkan semangat gi la tgk. N aku perasan bilik no. 2 (Yg member aku stay tu) tertutup. Aku try bukak, nk tgk ape benda yg jatuh tu, tp blk tu berkunci. Aku mmg dah seriau gile dah time tu aku tros msk blk, selubung dlm selimut.

Xlama pastu member aku blk, aku pun tuka la underware aku n yg ada kesan darah tu aku ltk dlm beg plastik n selit tepi beg aku. Aku tros ajak member aku tido. Then dia ckp dia nk gi blk sebelah n amek brg dia. Aku diam je xberani nk bersuara. Dia dgn senangnye bukak pintu bilik tu. Time tu mmg jantung aku berdegup kencang dah. Then dia msk blk bilik aku bwk 2 bijik bantal n satu selimut. Aku tanye la mane dia dpt bantal sebijik lg n dia ckp ada atas katil. Aku malas (sebenarnye takut! huhuhu...) nk persoalkan lebih2 tros tido..

Esoknya, aku bgn tgk salah satu bantal yg member aku guna mcm ada kesan darah. Aku tanye la member aku, dia pun period gk ke n dia ckp xde. N dia tanye knp.. Aku pun tunjuk la kesan darah tu. Dia ckp maybe time aku tido terguna bantal dia n aku 'kebocoran' (sbb aku kan period). Tp aku tgk seluar n underware yg aku pakai time tido mlm tu xde pun kesan darah. Aku malas (sekali lagi sebenarnye aku ketakutan tahap gaban) nk pk iyekan je la. Ktorg pun blah.

Smpi dkt melaka, ktorg stay dkt umah adik member aku ni. Mlm tu aku pun bersiap sedia la nk mandi t'igtkan underware aku yg berdarah dlm beg tu, aku kuarkan la igt nk bsh. Best part nye... Kesan darah dkt underware tu dah xde! Mmg clean abes! Aku tros buang underware tu. N sampai skrg aku mmg xdpt nk pk mcmane benda ni bule jadik..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

>> casturi

fmly aku n family belah arwah ayah aku mmg suke bercuti kat PD nie sejak aku kecik lg..

..lg2 la kalo dapat bilik pree or murah seket sbb opis/client pakcik2 aku punyer..

so kiteowang selalu gak menginap kat Tanjung Tuan..bhgian Apartment seingat aku tingkat 8 rsnye..

dah lama da kisah nie..

antara kisah2 yg pernah arwah ayah/pakcik aku alami..aku ade 2 CITER

citer pertama...kisah pakcik aku..(UNCLE IS)

pakcik aku ni jenis yg boleh nampak antu la...tak tau la dia ade sixth sense or ape..but sumtimes die leh nampak benda nie..

biasa la..kiteowang budak2 mesti tido dlm bilik ..mak2 budak or ayah2 budak selalunye dok lepak/tido kat ruang tamu...sbb selalunye 1 aprtment tu 3-4 fmly yg pegi...so phm2 la... cam sardin dlm tin gak la..ahahaa..

esok pagi tu...arwah ayah aku citer ..smlm Uncle Is (pakcik aku yg nampak antu tu) nampak langsuir kat beranda apartment kami tu..

aku ni kecik2 suke bz body dgr citer2 camnie..xder la takut sgt but cuak jugak la..ehehe tp still nak dgr citer psl benda2 nie..entahlah xtau la langsuir ke ape..tu yg arwah aku ckp la.. aku ngan sepupu2 aku cuak2 gak la...ayah aku ckp..pakcik aku tu dr baring kat lantai terus die terlompat ke sofa yg ayah aku baring..ms tu arwah ayah aku tgh tgk tv sambil berasap okok sebantang duaaa..ayah aku terkujatz aarrr gakk...ayah aku tanyee...knp..pakcik aku x bgtau..tp ayah aku buat2 phm sbb ayah aku pun tau pakcik aku ni boleh nampak benda2 nie..lgpun ayah aku pun ade gak xprience dgn benda2 nie sbb arwah ayah aku ni keje guard jaga bangunan opis...

beranda tu dekat je ngan tmpt arwah ayah/pakcik2 aku tido/bersantai (dpn tv) .....benddaaa tu pandang jeeee dr luar sliding door tu...huh....ngeri aku dgr...nasib dia x kacoo...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

berdiri mencacak bulu ambe baca post reza muda nidisbelief

eh, bulu roma yebiggrin



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ahahahha....

tulah antara cerita2 yg dapat disampaikan,...eheheh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

fuyoo.. first time bce stori yg reza translate an lm bahasa omputih. hahaha

bley tahan cter nie.. nti smbung lh lagi au.

eh tpi.. dh la akhir akhir bln 3 ni aku nk g holiday kt sne..

oh my.. ade program tok org spm..

oh my.. sriously tmpt tingkat 7 tu berHAN2 ke ?? oh myyy..



-- Edited by ariesyaz on Saturday 23rd of February 2013 05:13:04 AM

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

reza best la...banyak kisah hantu kt pd rupenya...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

jgn la stori lgi.. aku nak g sne jap2 lgi..


__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahha ade lagi sebenarnye....

kang cite banyak2 takde orang nk pegi PD pulak,..



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

manenye cite mung reza??

alaa.. kalau kat sane mmg kene kat tempa2t dia, kalau reza x cite kat sini pon bukan gerenti org yg g pd x kene kacau. rezeki masing2 la kan.. hahahaa

__________________

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

beachgul>>

aku tgh tanam anggur..dri kl aku merantau sebab org banyak dtg kl, org kl takderk keje. aku mmg nak cari keje kat area pd ni, aku ni sakai laut sikit..ptg tgk laot mula lah kaki aku gigil nak terjon.hehe tamo jauh3 cm tganu ke ape nt nak balik kl, sakit pinggang aku nak drive..

ni aku nyewa bulan kat marina, survey apartment yang lain mahal sgt.. ni jek yang aku mampu. duit dlm bank habis dah aku kikis.

ayoo korang jgn arr mintak dia muncul depan aku selisih malaikat..mau pengsan aku..aiyarrrkkk seremmm

nak suruh aku amik gambo anto tak dapek laa, amik gambo apt sebelah yang serem tu boleh arr.. dari balkoni aku leh nampak jelas apt tuh sliding door terbukak, pastu dia punya langsir baik punya kiraiii oo..

dah 3 ari aku dok cni.. cam2 bunyi aku dengar, ni tadi magrib aku siap pasang surah al mulq bagi calm sikit. tak berani aku nak kuar bilik kalo dalam kol 7-8 malam. malam je pas makan kat luar, aku terus balik apt,layan tenet.. kat kl, tido kol 3 4 pagi.. sini kol 12 aku wat wat tidoo.. :kant:

mmg byk2 otel/ apt aku pnah dok , snilah yang paling aku sendiri terasa ke anker rannye.
aku ada sembang dgn dak jaga bhgian front office, dia cakap mmg banyak apt kat marina ni owner singapore beli tapi dorang tinggal kan cam tu je... port aku lepak ni marina view. aku pnah gak cek in kat marina terrace dgn straits view, paling aku rase horror straits view laaa..

 

so far dah 4 bulan aku duduk marina villas ni, alhamdulillah memula je rse seram lama3 tak aderlah sangat.. biasalah rasenya mana3 hotel pon kalao tinggal lama tak berpenghuni, benda lain yang duk menghuni.. lagipun tingkat 5, kalau tingat lagi atas 15 ke aku pon tanak duduk serams



-- Edited by young areza on Tuesday 26th of February 2013 12:19:02 AM

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

mie>>

TNB punya.. huhuhu.. aku pernah kene la..

Awal tahun ni.. Masa tu aku tido lambat bertiga dgn member aku siapkan keje.
Tapi ada dua lagi member dah masuk tido awal lagi sebab keletihan..
Dalam kul 12mlm kitorang dengar member berdua ni dok bergurau senda dan ketawa bersuka ria dalam bilik sampai lah kul 2.30 pagi.

Abis kitorang siap keje dan decide nak tidur.. (dalam hati berapi jer kat member 2 org yg tido awal tu.. kita teruk2 siapkan keje.. dia bergurau senda la pulakk..).

esok pagi nya kitorang dok kutuk2 dua org member yg tido awal tu.. tapi, diorang bluurrr.. sebab dia kata mustahil diorang bergurau senda sebab memang betul2 keletihan dan tido mampus..

wwwaaa... siapa pulak punya suara yang bergurau senda tu yer?? mmg sumpah kitorang dengar sebijik mcm suara member 2 yang dah tido tu..

tu bilik tingkat 1 tu.. betul2 tepi bilik karaoke.. huhuhu.. nasib baik malam tu kitorang tak sedar yang tu bukan kawan2.. kalau takkk... cabuuttt lariiiii....

 

syah>>

bukan setakat TNB..TM punya pon sama....TM rumah tu..kalo malam...haa hamekk melolong3 anjing .....entah datang dari mana...
ada skalik tu......igt lagik pegi beramai3 la nih....ai tido bilik bawah ngan abang ai .....tetibe en....ternampak macam ada kelibat masuk bilik...drivethru pintu lagik...terus keras ai dalam selimut tu....dan dan tu lak....wooshhhh!!! angen sampai kat muka.......waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa istigfar banyak2.......entah dari mana datang rasa berani ni...terus bangun lompat p katil abang..dok bawah slimut dia.....dia lak menjerit terkejut...hahahhahahahahahaha



-- Edited by young areza on Tuesday 26th of February 2013 12:23:31 AM

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

underground>>

Teringat umah aku depan Perkuburan Islam on d way nak ke Telok Kemang. Jalan depan sket nampak Hotel belah kanan (Lupa nama, Marina kot?). Masa tu family aku sewa umah kongsi. Umah panjang, pecah 3 umah. Tokey cina kasi sewa. Hotel tu tak salah aku dulu tempat Tun M selalu lepak. Sebab bila semayang Jumaat je, Tun M selalu join.

Umah aku tu, buka tingkap bilik, nampak la kubur tu. Bila tgh malam, mcm bunyi pesta + mengilai etc. Sampai dah lali. Asal jgn ganggu famili aku dah ler... tapi satu malam tu, aku ingat lagi...

Tgh malam aku terjaga, mak aku tgh cuak, bapak aku bergegas tutup tingkap umah sbb terbuka semua. Tak pernah terjadi, meskipun angin kuat. So, mak aku suspek ni gangguan jin setan. 

Jiran aku dengar mak aku cerita hal ni, dia gelak aje. Malam esoknya turn dia plak kena. Pasal dia lot tgh, takde tingkap, so pintu depan dgn pintu dapur je terbuka tgh2 malam... padan muke dia... gelak la lagi.

Bbrapa tahun dulu, aku ada dtg Telok Kemang sbb hantar adik aku politek situ. Sempat la singgah. Umah tu dah takde. Dah ada lot kedai plak dpn kubur tu.

Aku dgr2 Hotel tu skrg angker ek? Aku biasa bermain kt pantai dpn hotel tu dulu sbb nk tgk amoi dgn mek salleh mandi pki bikini... wahahaha113201020948am.jpg



Attachments
__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

beachgurl>>

 

kalau tak silap tu hotel ming court.. depan laman tok sidik.. dah tutup tapi member kata barang, funiture still ada dalam hotel tu. tapi kalao ada berani pi la amik.. hehe angker situ. dekat area pantai 1. 

korang kalo dok kat marina view, dekat area receiptionist tu hati3 lah.. berdoa supaya tak dapat tingkt 3, blok A.. kalao dapat cepat3 lah mintak tukar..

malam tadi aku baru je kena kaco.. waaa tak best nye dia main ketok pintu lama lak tu..dalam kol 12 lebih!! aku dok dalam bilik pasang mp3 wat derk aje!!!!!!!!!!!!!!!

dah la aku sowangggg waaaaaaaaaaa
uwaaaa nak balik kl!!! takmo dok marina
nasib bek apartment aku door bell rosak
kalo tak menda tuh men ding dong ding dong sampai pagi.
apartment aku dah leh sume wing tak da vacant
adoii bace ayat kursi banyak3 kali sampai lelap bijik mate



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

beachgul>>

dah 5 bulan aku duk marina. dari marina view, marina terrace dan straits view.. so far aku lum lah nampak cuma kena kacau masa first aku nyewa kat marina view villas. dalam seminggu tu dia asik main ketuk3 pintu bilik..

aku pernah bawak adik ipar pompuan tido umah aku, masa aku pegi mandi- dah around 11.30 malam cam tu, dia masuk bilik dulu. esok pagi nya dia bagitahu masa aku mandi, ader benda ketuk tingkap bilik aku. tapi aku assume tu bunyi air cond bilik jerk kekadang kipas dia swing gegila berbunyi.

well, aku pernah di suruh bermalam kat satu bilik ni tingkat 6, blok lain aku tanak cakap.. tapi gile horror... tengah3 aku mandi tetibe toilet bowl punya flush terflash sendiri. gile kau masa tu aku mandi siap bukak pintu bilik air. tu mmg aku rase bulu roma aku naik saje. aku tak jadi tido bilik tu, aku balik tido rumah lama aku kat block marina view.

ader beberapa block yang aku lom jejak lagi, dan blok tu mmg aku rase tak pernah ada org sewa pun.. cape nautica. aku pernah sembang dgn sorang lelaki dari singapore, uncle dia beli unit tu dia salah blok, few days aku sms dia tanya dia jumpa ke unit uncle dia tu, katanya jumpa, kat cape nautica tapi dia kata dia tak nak sewakan sebab condition teruk sumore no body will survive to stay there. haha dalam maksudnya tu....

last but not least,aku rase tak ada menda sgt angker nya marina ni.. walaupun dulu aku pon selalu kena sogok kan dgn cete pd marina ni berhantu.

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

dunham>>


salam,,aku duk pd dah lebih 25 tahun dah,,mayang sari n dulu bekas tapak kubur,,kubur lama,,die alihkan kubur ni dan dipindahkan ke kubur besar di taman pd utama,,,lebih kurang 2 km dr hotel ni,,tu pasal aku rase tuan tanah ade terken gangguan tu,,maklum lah tapak kubur ni,,kalau sape orang pd yg memang duk dr kecik kat area batu satu sampai batu 4,,,memang tau kat situ ade tanah perkuburran kecik..mayang sari ni area batu 3 ..aku duk batu satu...lagi satu hotel yg berhantu,,aku rase costa rica,,belakang hospital pd lama,,belakang bilik mayat je tu dulu,,tp sekarang hospital tu dah pindah ke teluk kemang..tp hotel ni still tak ramai org,,setau aku,,foreigner mcm bos2 jepun kat pd je berani duk situ.

at>>

sekadar berkongsi.. sy agak familiar jgk la dgn kaw PD nie.. so far kalu check in hotel, xpernah lg kena ape2.. alhamdulillah... kalau camping pulak, pon same... xde kena ape2... tp ada satu jalan kat PD nie mmg keras.. kalau korg perasan, kalau dari pekan PD nak ke teluk kemang akan lalu satu kuil hindu.. jalan tue mcm suram sikit... slalu sgt eksiden.. ada sorg kawan penah kena, dia cakap... smpai je kat jalan tue, dia xnmpak ape2... hitam je... dah la jalan tue bawah dia laut.. nasib baik ada devider.. tulang rusuk je patah 3batang..

area depan kem pun selalu eksiden... just beware...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

fieza>>

Baru2 ni ada cerita Bayu Resort PKNS kat PD kena kacau teruk. Dengar suara orang menangis dan mengilai start dari maghrib sampai ke subuh kat lobi dia. Semua staff dan pak guard pakat cabut lari balik tak berani duduk jaga situ malam2.

Resort tu memang anker sejak dari mula operasi lagi. Dah panggil ustaz & buat kenduri baca yasin pun tak pulih jugak. Kalau pulih pun sekejap lepas jadi balik. Macam2 hantu ada....dah buang pun datang yang baru pulak sampai naik jenuh nak menghalaunya.

Dengar cerita rundingan antara pihak pengubat dengan hantu2 tu gagal sebab hantu2 tu mintak 1 unit apartment untuk diorang tapi PKNS tak setuju sebab unit apartment kat resort tu terhad ada tak sampai 10 unit pun. Keputusannya diorang dihalau keluar tapi lepas halau diorang datang balik dan baru2 nih semakin menjadi2.....

Ada sesiapa staff PKNS boleh sahkan??? Dengar cerita pun dari pihak ketiga jer.....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:


syah>>

poly pd ek?? haaaaa...tau tak kat pokok sukun antara padang bola ngan skolah agama telok kemang tu ada benda? orang buang kat situ?? isk isk iskkk........belakang skolah agama kat tangki tu lagik la.......huhuuuh lima tahun ulang alik PD....macam2 PD ni
bayu beach resort yg kat pantai cincin [kalo tak silap] tu pon sama2 jugak.....maybe sebab kat kawasan laut org banyak buang benda....so..pepaham lew

kat padang tu ada penunggu jenis ape kurang pasti..ada budak2 sek agama selalu nampak...tapi paling banyak citer pasal benda yg selalu datang kat tangki air kat sek derang..
ingat tak dulu kawasan perumahan yg depan sek agam ngan poly tu kan hutan....derang redah semua buat taman perumahan.....kalo lalu sana malam2 .... seriau jugak..penah skalik tu pegi taime tu baru balik dari activity solat hajat kat skolah tu...nak balik otel la duduk kat ancasa...masa nak balik tu...tetibe rasa macam panas nak mam dalam keta...tapi leh meremang bulu roma...pandang la kat rear view mirror tak de pe pe...tapi hati tak sedap....dengan selambanya ai pon tegur la 'jangan la macam ni ...saya nak lalu je kat sini..pegi la balik tempat ko' [tah dari mana datang super berani tah taime tu] ....otomatik lak nak tertengok kat pokok tu ...nampak macam ada kelibat besar warna itam kat sebalik pokok....dan ai pon baca la apa yang patut...keluar simpang kat jalan besar tu ludah dulu....terus jalan tak tgk blakang dah~

anda jugek boleh p tanya pak cik jaga skolah tu yg nama ape tah dah lupe...tadi dia tu tindik2 tinge orangnya.....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

april>>

ni pengalaman aku,,,
dulu,x ingat thun bila,tp mse tu aku sekolah rendah,,,
aku gn fmly g la PD,saja berjln cuti sekolah,,,
wktu tu senja,,aku gn mak aku jln2 tepi pantai,,,tgah syok jln2 tu smbil tgok pantai,tetiba mata aku terpandang la kat tgah laut tu,mcm bentuk nak kata bulat x la sgt,tp aku nmpak cm kepala org je,,,huhu,,,aku ckp la kat mak ak,u,'mak tu apa tu?' mak aku ckp 'ish jgn tegur',,,tp aku still pandang benda tu,,,pastu aku gn mak aku blik tempat penginapan ktorng,,,esoknya aku sakit,,,sakit prut gn muntah2,,,,huhu,,,nak kata aku x mkn sbb gstrik x jgk sbb aku mkn semlm,,,truk gak aku muntah2,,pastu ayh aku bwk aku jumpa doktor,,,doktor ckp pwot masuk angin,,,tah la,,samada ckp doktor tu btul or sbb aku tgur kt pntai tu semlm,,,,,

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

kapal>>

tiba2 aku rase terpanggil nk citer pengalaman aku menginap di Corus Paradise bersama rakan aku. Msa tu dia ajak aku teman dia sbb baru lps putus cinta katakan.. biase la nk tenangkan fkrn yg serabut kan.. ahaha.. Jd aku sbg kwn, aku temankan je la sbb dia byr semua. Smp hotel pkl 10pm lebih skit.. ktorg check in mcm biase. bilik ktorg no. 9**.. msa msuk je bilik tu aku bg salam & meremang bulu roma aku.. tp aku tahan je la mcm xde ape berlaku.. lps ktorg letak brg semua aku on tv. kwn aku ni terasa lapar.. jd dia mknla nasi grg yg ktorg beli msa otw dtg ke hotel. aku borak2 dgn kwn aku sambil tgk tv, tiba2 ktorg dgr ade suara lain keluar dr tv tu.. seolah2 dgr org berckp guna walkie talkie. ktorg terdiam kjp smbil mengamati suara tu & aku bergegas buka pintu kot2 ade org maintenance dtg. Tp bila aku buka pintu tgk kanan & kiri xde plak org. aku tutup balik pintu. ktorg berpndgan each other.. puas gak ktorg teliti suara tu.. tp x blh nk dipastikan dr mane la tp mmg dekat dgn ktorg cuma x brp jelas je ape yg org tu ckp.. aku mmg dgr suara tu dtg dr arah tv. tp bila dikaji semula siaran di tv tu lain dgn ape yg dickpkan dlm walkie talkie tu. mlas nk fkrkan sgt kwn aku smbg mkn & aku tgk tv la.. tp dlm hati tuhan je tau.. hihih...

lps tu dlm few mins aku dgr bunyi org berkemas di tgkt atas. mmg meriah bunyi krung krang kerusi meja semua di heret2. msa tu dh pkl 12 lebih. sekali lg ktorg berpndgn. then kwn aku geleng kepala bg isyarat xde ape2. Tp mulut aku ade gak terlps ckp.. "ape la dorg ni x reti dh tgh mlm ke nk berkemas2.." tp kwn aku senyap je x jwp pun ape aku ckp. lps tu aku x ingat pkl brp ktorg tdo. sbb dh keletihan kan. aku biarkan tv tu on..

tiba2 aku terjaga dr tdo & aku msih terdgr bunyi org berckp guna walkie talkie msuk dlm siaran tv tu. aku pun jd pelik.. so aku beranikan diri off tv tu. few mins lps aku off tv aku dgr bunyi org berkemas lg. haihh.. bising btol!! aku kejutkan kwn aku mntk dia dgrkn ape yg aku dgr tu. kwn aku ckp xde apela.. jom la tdo. mgkn dia mlas nk tnjkkan aksi takut dia depan aku. kalo dia takut, aku lg takut kan. ehehe... aku pn smbg tdo.. pkl 6 pg aku dh terjga. ehehe... pendek kata aku x tdo nyenyak la mlm tu akibat gangguan tu.

pkl 7 pg tu ktorg turun br8fst then g pantai main jetski.. blk bilik aku smbg tdo sbb x cukup tdo. then dh ptg skit ktorg g jln2 kt oistrich farm. lps tu ktorg blk mandi di hotel& grak ke bagan lalang mkn seafood. lps mkn ktorg blk ke hotel semula & smp hotel jam 9.30pm mcm tu. smp je hotel ktorg g karaoke jamban kt lobby hotel tu. ehehe.. konon2 nk release tension gitu. lps melalak aku agak 15 lagu then ktorg kuar jln2 tepi pantai tu kjp.. memandangkan mlm tu ade xtvt sbb time tu krismas. dr pantai ktorg dpt lihat jelas tingkat atas hotel mmg semua gelap. that's mean mmg xde org yg stay. tp mcmana mlm ktorg smp tu blh dgr org berkemas2. lgpn dh tgh mlm. sape pulak yg nk berkemas2 kan... x lama lps ktorg bersiar2 kt tepi pantai tu ktorg blk bilik around 11.30pm. time tu dh keletihan. ktorg cuci muka semua & ktorg pun tdo. gangguan msih diteruskan dgn bunyi2 org berkemas. tp aku gagahkan diri utk tidak takut smpla aku terlelap smp pg. mcm biase bgn awal & br8fst. then g pantai pg2 ingat nk naik jetski lg tp dh hujan plak.. so ktorg lepak mkn ice cream kt lobby tu. lps tu pkl 12pm lebih ktorg check out. msa check out tu ktorg xde plak tny kt receptionist tu. sbb mlas nk kecoh2. so, ktorg pun blk la kl. tp aku mmg pasti gangguan itu adalah gangguan makhluk halus.. . citer ni mcm rekaan. tp mmg btol2 terjd ke atas aku & kwn baik aku tu. sblm ni aku hny dgr org citer. tp bila dh kena batang hidung sendiri barulah aku percaya mmg wujud benda2 ni semua. lps kejadian tu aku dh x menginap kt sana lg. kalo ke PD aku g hotel lain. ehehe...


__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard