Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: astaka seram sejuk


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:
astaka seram sejuk


kisah kali ni berkisarkan tentang aku pergi camping dengan bebudak kolej..baru je jadi ni..baru 3 bulan..jadi sesiapa yang nak lebih kenal watak2 kat dalam cerita kali ni,ko pergi la baca cerita aku yang bertajuk pejabat. Boleh korang kenal sapa toji dan wan..ho ho ho..budak2 ni merangkap geng kutu rayau aku dan asal bab2 mistik ni,mesti aku kena sekali dgn dia orang..asal diaorang nak kena sampuk je mesti aku ada je skali..

 pagi nan indah,cewah gitewww..kelas aku bergabung dengan budak kelas wan dan jugak budak kelas black..si black ni tak payah la aku nak susah2 explain dekat korang warna kulit dia..dia ni cerah sikit je dari kuali mak aku..suka betul aku duk sebelah dia,nampak aku lagi putih wahahaha..kalo dok sebelah toji,aku tolak dia kuat2 sebab tergugat dengan warna kulit beliau..sob sob..kita orang ada program luar..punya la malas gila nak pergi camping weh..

kita orang bergerak 1 bas..aku dengan budak kelas aku,along,ditugaskan untuk agihkan makanan berupa air mineral dan roti pada bebudak ni dalam bas. Merasa la aku jadi pramugari kejap..si along ni tua 4 tahun dari kita orang jadi panggil la dia along.sebenarnya panggil kak long,tapi dia tak suka kita orang berakak dengan dia,dia kata rasa tua.

Kita orang sampai je dekat pukul 6.30 petang dah..ada la seorang fasi ni jemput kita orang dekat bas.muka ketat je.dia kata cepat2,dah nak maghrib ni.kang ada yang kena bukan2 mulut nak longkang je dtg kawasan mcm nie.jadi kita orang diberikan masa untuk berehat pukul 8.30 mlm kena kuar balik berkumpul depan astaka untuk pasang khemah. Tiba-tiba along pengsan. Aik,belum apa2 dah pengsan. Black mengada2 aje nak papah.nak ambik kesempatan sebenarnya. Fasi tadi macam malas nak layan je kepengsanan si along ni.aku bengkek je.

Along direhatkan dekat bilik ketua fasi.ada aircond woo bilik dia.tak leh bla ada pulak astro kat dalam hutan ni.bila masa ntah dia sempat nak layan adam hawa.sesuka ati  aku je cakap dia layan adam hawa.

Pukul 8.30 malam,semua orang seramai 35 manusia berkumpul depan astaka. Aku pulak pergi tengok along dalam bilik ketua fasi. Aku buka pintu bilik,pergh best nya aircond! Memandangkan aku ni merangkap AJK kebajikan, yang mana kebajikan semua student akan terabai jap je lagi,aku pon pergi dekat dengan along yang tengah bungkus tubuh dia dengan selimut. Boleh bernafas ke tidak anak manusia nie dengan kepala2 sekali dia bungkus sama?

along,ko ok ke tak ni? Aku bawak panadol nie,ko makan la dengan penuh gemalai nya aku berkata2..dia diam je tak jugak bukak selimut tu.aku dah rasa lain macam sebab kaki dia bergerak2 dalam selimut tu..aku kata lagi weh long,cepat ah makan.pastu kita g depan astaka dia still diam je. aku pon hilang sabar,kang ada yang mengeluarkan kata2 yang sangat indah jap lagi kang..aku pon pegang selimut,nak tarik,tapi dia tak kasi..macam main berebut remote controller tv pulak aku rasa.aku tarik,dia tarik,aku nak selak,dia pegang lagi kuat..kalo tengah bercinta,aksi tarik menarik selimut memang la sweet..ni aku nak kata sweet pun tak,bengang ada jugak sikit.

Tiba2 je along bersuara ko apa hal? aku taknak la bodoh.....ya allah,tu bukan suara dia doe..sumpah bukan.dia pon nak buka selimut dia, aku pon haper lagi wei, aku bangun dari katil tu,disebabkan aku terkejut aku jatuh tergolek.sedap jugak rasa dia..tapi masa tu aku tak peduli dah..aku buka pintu bilik sampai nak tercabut pintu tu, aku berlari marathon 4x4 memang tak cukup tanah. Aku memang taknak tengok muka siapa yang bakal menghiasi pandangan mata aku ni..dan aku tak sempat tengok.

 

Sampai depan astaka,aku buat break emergency. Aku tarik black,toji dan wan.aku cakap dekat fasi yang tengah berjaga kat situ, makcik dekat cafe panggil AJK ada hal sikit..gerak ke dalam tempat pendaftaran aku cakap wei mampos kita kali ni,along dah kena sampuk.serius beb,aku bagi dia panadol tadi,dia bungkus dalam selimut taknak makan pastu black dengan toji buat muka hairan.wan pulak tak terkata.

weh mataku,ko ni yang kena sampuk,ko cu intai barisan depan astaka nun.ko nampak tak along duduk kat tengah2 nun.hang tak payah nak buat sinetron 100 episod toji kata dengan bengang yang tahap maximum. Aku pon intai,okkkk along tgh tercangak depan astaka tengah pasang khemah.pastu si wan bantai gelak.si black kutuk aku.aku cakap ok fine,habis tu siapa yang main tarik2 selimut dengan aku dalam bilik ketua fasi? Bontot aku bengkak tak hilang lagi ni sebab terjatuh

Aku lagi bengang sebenarnya..sampai hati dia orang tak percayakan aku.suara makhluk yang bercakap dalam selimut tu suara orang lelaki,garau gila.black ajak pergi menyiasat. Semua orang on.aku follow kat belakang skali sambil pegang baju toji.dah berapa kali tangan aku kena tepis dek toji dok tarik2 baju dia.ahh peduli apa,masa ni la nak ambik kesempatan buat gangguan seksual kat toji.

Black bagi salam. Tak ada orang jawab. Black pon buka sikit pintu bilik. Ya ampun,benda tu dah tak ada kat atas katil.selimut tadi jatuh ke bawah. Semua orang pandang aku bengang je. aku pon dah tahap jerit2 wei sumpah wei,aku nampak tadi.sumpah ada benda kat situ tadi!

ko mengigau ni,kita ni dah tahap menceroboh ko tau tak.masuk bilik orang tanpa kebenaran black marah aku..aku mula nak berendam air mata. Sekali,ada orang pulas tombol pintu bilik air dari dalam bilik air. Semua terdiam dan tertunggu2 je gerangan apakah yang bakal muncul kat pintu toilet tu nanti.

korang buat apa ni gulppp ..si ketua fasi merangkap abg faiz hakimi terkejut gila tengok kita orang berempat masuk dalam bilik dia..aku pon explain satu2..abg faiz mangkuk hayun tu tersengih je dengar cerita aku..hah,dia la makhluk dalam selimut tadi..bodoh,saja dia nak kenakan aku..black apa lagi tergelak guling-guling sambil bertepuk tampar dengan toji dan wan. Aku merah gila kot muka. Aku pon gelak sama sampai rasa nak tercabut kepala lutut aku nie.abg faiz kata dia bengang ngan aku dok kacau dia tido.lepas tu aku dok sebut nama along,siap pegang bontot dia lagi suh bangun makan  ubat.eh secara automatiknya,kalau nak kejutkan orang,mesti kita goyang2 badan dia sikit kan.habis mana aku tau masa tu aku terpegang bontot abg faiz.eh dia tak kahwin lagi tau.baru putus tunang..wah ini jodoh..

Hah lupa pulak,malam tu,ribut gila babeng..jadi semua kena simpan balik khemah,naik tido hostel..tak ke bengang gila? Dah la tak reti nk pasang khemah..pasang dah berjam2..pastu kena bungkus balik..cantekkkk...

Ok itu cerita pertama.ni kesinambungan yang along betul2 kena rasuk.kali ni tak main2..abg faiz dengan kak suria tengah bagi taklimat utk aktiviti esok pagi.kita orang ada bbq dengan mandi air terjun..yes..

Aku dgn along tengah on the way ke astaka dari cafe..lepas check jumlah nasik bungkus untuk breakfast pagi esok,terus aku ke astaka..masa jalan,along nak aje pegang tangan aku.aku ni jenis rimas sikit pegang2 tangan nie.pegang tangan suami tak per.hikhikhik..tiba2 along stop jalan,dia tunduk dan jerit sekuat ati dia..arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!! 

Aku punya la terkejut badak,terus aku tolak dia ke belakang,dia cengkam tangan aku kuat gila..aku gigit tangan dia kuat-kuat,aku tendang dia sampai dia jatuh terduduk.aku berlari marathon untuk kali kedua ye anak-anak..masa nak sampai ke astaka,aku nampak abg faiz, kak suria, toji, nizam dengan  kak yana berlari ke arah aku..aku tunjuk kat belakang..kak yana tenangkan aku..aku peluk je kak yana sambil tengok ke arah along..

Along mundar mandir sambil tarik-tarik rambut dia..abg faiz bercakap-cakap dengan along..along kata dia taknak..aku pon tak tahu dia taknak apa..kak suria pegang along,tapi dia tepis,dia cakap tak payah pegang boleh tak..abg faiz pon terus call ustad..dalam 10 minit ustad tu datang..along nampak je ustad, dia terus mundar mandir dan suruh ustad tu blaa..

ko blahh,ko berambusss! ustad tu senyum je..ustad kata baik ko yang blah,sebelum ko terbakar.semua bebudak lain dah macam menyaksikan tayangan amal je skrg..kak yana suruh wan arahkan bebudak lain gerak ke hostel lelaki.semua student perempuan pon kena masuk hostel lelaki. Takut budak perempuan histeria,lebih2 lagi yang tengah uzur.jadi budak2 laki duduk satu kumpulan,budak pompuan satu kumpulan.wan pasang surah yasin dalam fon dia suruh semua student ikut baca sama.

Along bergaduh dgn ustad tu..ustad baca ayat2 suci terus dia terpekik2 tutup telinga.akhir sekali dia dh lemah,along pengsan.aku terkejut.along jatuh terjelepok atas lantai. Kepala dia agak teruk jgk la,jatuh atas lantai sampai benjol.terus kak suria papah dia.ustad kata benda tu saja nk tumpang.dia saja nak sapa along.

Bila semua dah setel.esok pagi2,kita orang terus gerak balik kolej..tak sempat bbq dan mandi air terjun,waaa! Semua student kecewa gila babeng.sebab ustad tak benarkan kita orang pergi tempat2 macam tu sebab along lemah lagi.tapi aku tengok macam terlebih2 sihat,duk potpet2.tanya macam2..masa tu kita orang cakap dia pengsan je.siap tanya lagi abg faiz angkat dia tak masa tengah pengsan? Sikit punya gatal.aku cakap taklah,black yang angkat,siap main lambung2 lagi dia punya lah marah dekat aku.

Jadi ayam dah perap,kita orang bbq dekat kolej je..walaupun kecewa gila tak dapat nak buat kuak lentang kat air terjun,habis jugak bbq kita orang balun..eh,lupa nak  bagitau,henset aku hilang kat sana.malaun mana yang ambik.celaka gila.tapi aku sentiasa positifkan diri ckp tercicir masa masuk hutan.no abg faiz pon hilang tau.sob sob..jangan la dia kawin lagi..aku selalu tersasul sebut nama dia zain hakimi hero setia hujung nyawa tu..wakaka..nama dia kan faiz hakimi..dekat2 la tu..ahaks!

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

HHAHHA SEMPAT KO GATAI DGN ABG HAFIZ TU YER

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

seramnye ~

__________________

you will see me as a two person,the first is kind-hearted and second is RAGE



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

amboiiii...gatai korang semua degan abg aiz tu ye...
ahahahah korang masuk hutan mne tu??
boleh tak bgtau?uhuhuh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

sah sah. org ni mmg gatal hahaha. tpi bez la. haha. ni yg aku un nk rncg wat camping an kengkwn nie.. hehehe..
mmg kjadian2 cmtu byk berlaku time kte buat camp an ? an ?
owh hak ah! aher bln 2 nie aku ade camp ! wuhuu !! bye2 semua.. hehehe

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

sape yg tgk abg faiz tu mmg sah2 akan gatal..gila hensem dow..tapi sengal..sampai skrg aku gelak guling2 kalo tringat part aku terpegang bontot dia..dah mana aku nak tau dlm selimut tu dia..ko pergi camping dlm hutan hati2 la..kalo nak mandi,jgn nak naked..pakai kain batik..kang ada yg berkenan kang,susah pulak..kalo ada yg uzur,cuci bersih2..kalo blh lps cuci,bungkus elok,bawak balik rumah..jgn buang kat sana..badda mana??lama x muncul si badda nie


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

Ish, ish, ish...miang sungguh Cik Mataku ni...
kalo mo kejutkan orang yg tido...sentuh bahagian kaki dia...
kang kalo sentuh area lain...terkejut pula orang tu...
hah, tengok...kan da tersentuh punggung Abg Faiz ko tu...

__________________

It's better to let it unknown...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

''kejadian member dirasuk,aku dicabul'' lee bru ngam..hehefurious



-- Edited by miss coklat on Sunday 10th of February 2013 11:54:32 PM

__________________

GO GREEN GET LUCKY!!~!!~!!!! BHAHAHAHA.... -..-

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Isk.. Kesian.. Mesti kat blog lain Faiz tu tulis cerita.. 'Kejadian member dirasuk, aku dicabul..'

Tapi apsal tajuk 'astaka seram sejuk'? Sekali pun takde sebut astaka dalam crita ni..

Buat la tajuk 'Disampuk time camping' ker.. 'Time camping disampuk' ker.. 'Camping disampuk time' ke.. 'Ditime camping sampuk' ker..

'Dicamping time sampuk' ker.. 'Camping di sampuk time' ker.. Eh, banyak sangat bunyi sampuk, sengal pulak bunyinya..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

eh banyak bunyi betul la,suka aku la nk buat tajuk apa pon.tapi tajuk member dirasuk,aku dicabul tu aku suka..wakaka ey ey..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

best betul baca cerita seram-seram kuku dari karya cik mataku ni, sambil mencabut bulu hidung sebelah kanan pulak...

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard