Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEJADIAN YG AKU ALAMI SENDIRI 1


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:
KEJADIAN YG AKU ALAMI SENDIRI 1


Salam.. Byk sungguh kisah seram yg aku baca kat sini. Ada yg best yg ada yg kurang. Tapi kali ni aku nak cerita apa yg pernah aku dan keluarga alami. Mungkin tak seram bg korang tp aku hnya nak share je dgn korg kat sini. Kisahnya lebih kurang gini la..

KES 1

Masa aku sekolah menengah, x salah aku masa tu aku form 5 kot. Nenek aku ni ikut mak sedara aku (mak yah) balik rumah mak yah kat Ipoh.. Mak yah aku ni dok kat kawasan rumah teres area Jelapang. Aku lupa lak nama taman tu tapi kebanyakkan yg tinggal kat situ chinese. So, ada byk la rumah yg bela anjing. Masa nenek aku kat sana, dia ok lagi. Tapi ada satu hari tu nenek aku bagitao mak yah aku yg dia nmpk seekor anjing (ala2 serigala) yg amat la besar kat kawasan atas bukit dekat kawasan perumahan tu. Nenek aku aku kata masa tu nak dekat2 magrib dah. Tapi nenek aku x fikir apa2 la sbb nenek aku ni boleh tahan kuat semangat. Maklum la, dia ni tahu ilmu2 nak mengubat org yg kena sampuk2 jin setan ni.

Tapi masa nak balik n lalu terowong kat ipoh tu, nenek aku dah jd lain macam..Tu la org kata, kuat mcm mana pon org tu kalau Allah kata kun faya ku, jadi la jugak benda @ kejadian kat org yg dikehendaki. Berdasarkan apa yg nenek aku cerita (selepas sihat), dia nampak satu roh amoi (perempuan muda) cina yg pakai pakaian ala2 zaman dulu2 kat area bukit kat kwsan terowong tu then melayang -layang je roh tu. Mungkin Hang Li Po kot..hehehehe... Dia kata dia nampak masa lalu terowong tu then benda tu hilang. Nenek aku kata masa tu dia dah rasa lain macam. Seram sejuk & macam nak demam pon ada. Tapi dia diamkan je. Dia dh rasa yg Anjing besar yg dia nampak dulu macam bagi petanda benda buruk yg nak berlaku.

Masa sampai je rumah nenek aku kat Penang, nenek masuk rumah tapi kelakuan dia dah lain. Dia diam je & byk kali mendengus. Mak su & Mak tam aku yg ada kat rumah masa tu pun dah rasa lain macam. Then, lebih kurg pukul 12 mlm, mak & bapak aku dapat call dari mak su aku bagi tao yg nenek aku dah meracau-racau dah. Kadang-kadang dia bangun nak bersilat. Lupa nak bgtao, yg nenek tu dia tak berapa sihat masa perjalanan balik ke Penang tu.. Aku rasa sebab tu benda tu masuk kat dia kot. Masa dia tengah meracau-racau tu, macam2 benda dia minta. Dia nak buah la, colok la..sama macam barang2 yg org cina selalu guna utk sembahyang tu. Dia nak benda tu dihidang macam cara org cina sembahyang..Tapi maksu aku x layan.. Dia bg je buah sebijik kat tangan nenek aku.. Apa lagi, mengamuk la dia. Bangun nak bersilat...

Mak tam aku kata, nenek aku ni dia mcm sedar x sedar masa tu. Kejap dia jadi diri dia, kejap dia jadi benda tu.. Masa dia jd diri dia, dia bangun nak bersilat lawan benda tu. Nenek aku ni anak tok guru silat (moyang aku le). So, dia ada la ilmu silat ni & ilmu2 berubat org. Asal keturunan moyang aku Kelantan-Siam. So, lepas je mak aku dapat call dari maksu aku, kitaorg pon bergegas la pergi ke rumah nenek. Masa sampai, nenek aku tgh "menurun" pulak.. Dia cakap bahasa siam. Mcm tgh mak yung pun ada. Aku mmg x tahan, rasa nak gelak je. Yang jd kelakar nya, ada sorang cousin aku ni dia ni gatal2 gi dok dekat dgn nenek aku & wat apa ntah.. pastu kena "PAAANNNG" penampar dengan nenek aku. Kuat giler.. meraung budak tu..hehehe...

Masa kitaorg sampai, mak aku ni x sabar2 nak jumpa mak aku. Adik2 aku tido dalam kereta. Bapak aku kejut & suruh diaorg gi rumah mak tam aku tido (rumah maktam dekat dgn rumah nenek). Mak aku pulak terus masuk bilik tengok nenek aku. Mak aku ni jns lemah semangat sikit. Masa dia pergi je dekat nenek aku, nenek aku terus je terkam & gomol mak aku. Apa lagi, huru hara rumah nenek aku masa tu. Kelam kabut bapak aku & bapak sedara aku leraikan nenek & mak aku. Masa ni benda tu transfer masuk kat mak aku. Mak aku dah start meracau. Nenek aku pulak dah ok sbb benda tu dah keluar dari badan dia. pastu mak aku mula la start melawan. Dia pon jd mcm nenek aku, kejap meraung kejap bersilat, kejap mak yung dlm bahasa siam. Nenek aku dia pon amik wuduk & start la berubat baca apa yg patut.

Berdasarkan apa yg Mak tam aku kata, benda yg cina tu kuat. X nak keluar walaupun nenek aku dah paksa suruh dia kuar dari badan mak aku. Mak Tam aku kata jugak, kalau jadi macam ni, diaorg sendiri adik beradik nak kena ubat sendiri. Tak boleh guna orang luar sebab ada sangkut paut dengan saka keturunan. Aku malas nak amik port hal ni sbb aku mmg x suka hal2 saka ni. Susah beb..Macam ni la akibatnya bila benda lain bertembung dengan saka keturunan. So, nenek aku berubat la sampai mak aku pulih. Cara berubat, mmg aku x tengok sebab nenek aku x bg aku masuk. Katanya aku ni mulut jahat sikit, aku suka melawan & aku x percaya benda2 mcm ni. Nanti keadaan akan lebih teruk kalau aku ada. So, aku lepak la kat luar. Keadaan masa tu memang la lain macam je rasa. Sejuk & bulan pun x keluar cahaya terang.

Lebih kurang kul 2.30am, selesai semua..Aku masuk n tengok mak aku terbaring lemah. Aku ingat dah selesai. Aku pergi la dekat mak aku. Tiba2 je mak aku tengok aku & jegil mata kat aku sambil jerkah" Apa hang tengok? Nak kena?". Pastu mak aku gelak2 mengilai..terkejut aku.. Seram pon ada. Rupanya benda tu ada lg. Dia pura-pura je. Aku masa tu mmg dah angin satu badan. Aku dah x fikir panjang. Nak je aku gomol mak aku & halau benda tu keluar dari badan mak aku. Maktam aku tengok je aku nak terkam mak aku, terus dia sambar aku & bawak masuk bilik sebelah. Dia marah aku sebab x kawal perasaan. Aku katalah, mana boleh tahan.. Benda2 ni dah susahkan mak & nenek aku. Setan & saka2 ni semua benda mengarut. Kita kena bertindak.. Aku mmg panas baran sikit masa remaja... Jiwa muda..hehehe..

Nenek aku marah & kata kat aku, hang ni sabar la sikit. perengus sungguh! Tak boleh langsung kena kacau. Asyik nak melawan je. Then nenek aku masuk semula & rawat mak aku sampai pulih. Masa tu aku dengar la mak aku meraung, menangis, gelak n mcm2 la. Sedihh woooo.... Pastu nenek suruh aku, bapak & adik2 bali rumah dulu. Tinggal kan mak dengan dia seminggu sampai mak betul2 pulih. Roh amoi cina tu nenek dah keluarkan dari badan mak dan nenek dah buang dia.. Kemana? Kau x tahu sebab nenek x cerita. Bapak aku pulak merungut-rungut masa dlm kereta. Dia sama mcm aku, x percaya benda2 ni semua. Dia kata benda ni x selesai lg. Mesti akan jd lagi lepas ni. Betul kata bapak aku. Memang x selesai. Ada sambungan lagi susulan kes ni..Berkenaan saka keturunan & mak aku ni..Nanti aku sambung...letih mengingat semula kejadian pelik ni...huhuhuh...Peace smile

 



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kalo x silap aku ... adik Laen Kliner niii .. pernah cita kan .. pasal saka keluarga

dan x silap ... beliau juga pernah diganggu atau ada tanda2 saka nak kat beliau (nak pindah kat beliau)

kalao tersilap .. maap la dik ...

 

pasal saka2 nie ... memangla .. sukar nak menangani ...

espeseli kalo dah dipelihara secara turun temurun ....

orang dulu2 memang banyak guna saka-saka nie ..

macam2 tujuan lah .. antara .. jaga rumah .. jaga kebun .. jaga ladang ..

jaga diri .. jaga anak cucu ...

tapi sebenarnya ... salah tu dalam Islam ...

nak buat macam mana ... orng dulu2 .. kebanyakannya .. kurang memahami hukum hakam agama nie ..

 

emmm ... apa pon best jugak la cerita ceriti adik laen kliner nihh

 

(bagi sapot sepaya beliau x nangis...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

huhuhu..pak bada... TQ sbb bg support..ntah la, aku pon x fhm pasal saka2 ni..ssh wooo..aku mmg x ndak benda2 ni..

tp mak aku kata selalu dia akan turun pada anak n cucu yg 1st dlm sesebuah keluarga.

contohnya nenek aku anak and cucu 1st dlm keluarga

mak aku pon anak n cucu 1st dlm keluarga

aku pon anak n cucu 1st dlm keluarga

so, mak aku kata kemungkinan utk turun kat aku ada

tp aku x nak n sekeras-kerasnya aku kata xnak

apa nak jd, jd la..huhuhuhh

p/s: pak badda, aku x nangis klu org x suka cite ni tp aku akan nagis klu ada org suka cite ni..huahuahuahua...

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum...ling..
Lama x nmpk kt sini..

Muncul dgn cerita yg best... mcmana skrg? Dh ok?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

Alhamdulilah..ok sikit. Tak seteruk dulu.. ada gi jumpa ustaz then dia bg air yasin, then suruh baca surah2 tertentu

yg paling penting dia kata solat jgn tggal. rajin2 baca yasin kat umah.. alhamdulilah, saya & hubby amalkan apa yg disuruh

bab saka tu, mmg ada kat famili kitaorg. tp saya ckp kat mak n nenek, klu benda tu nak kat saya, saya mmg xnak lgsung

nenek kata boleh klu nak buang benda ni tp kita sekeluarga kena gi kelantan, jumpa sorg sedara kita kat sana

dia tahu pasal benda ni.. insyaallah la, kitaorg akan gi kelantan utk selesaikan masalah ni..

x larat la bonda... kesian tgk mak klu ada benda2 lain nak masuk kat dia.. yg famili punya dok lawan dgn benda lain

mak la yg teruk, sakit badan2 dia.. demam, badan lembik, apa pon x boleh nak buat

mlm2 x leh tido, nangis, meracau..malu satu hal dgn jiran2, kesihatan mak yg merosot la yg paling kitaorg risau

mak mmg lemah semangat sgt.. nenek pon kata. mak x leh lawan sendiri... mcm saya, nenek kata setakat ni kuat semangat & degil

hehehee...nenek kata mgkin sebab tu kot benda luar nak masuk tp x boleh.. then, saka famili ni mgkin suka kat saya sbb kedegilan saya

hahahahha..nenek la kata..ntah betul ke x, wallahualam..dia pon bkn tuhan, dia cuma meneka sahaja.

Bonda mcm mana? sihat? ada kisah best lg x?

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

bilenk sambung link? eheheh tak sabo menunggu nih

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Alhamdulillah..
Takpe...nanti ada masa post cerita baru..

Reza sayang...mana cerita nenek kebayan tu..?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

young areza... ok, i sambung eak
Lepas seminggu mak aku tinggal dgn nenek, bapak aku pon gi la ambik mak balik rumah.. nenek kata dah ok tapi mak belum pulih sepenuhnya.

Nenek pesan klu time magrib, tutup semua pintu n tingkap. Jangan sornag pon kuar dari rumah time2 tu. Ok, bapak pon x kisah la n drive la balik rumah. Bapak aku kata masa drive tu

pon dia tgk mak aku tido je dlm kereta. Sampai je rumah, mak aku x boleh nak berjalan..Dia kata lutut dia lembik, mmg x boleh berdiri. Bapak aku pon dukung la mak aku masuk.

Tengahari tu aku balik sekolah. Aku jenguk la mak aku..Tengok macam ok je. So, aku hepi la bila mak mcm dh ok. Tapi bila menjelang je waktu magrib, mak dah lain macam.

Mula menjerit-jerit, menurun, nak ckp bahasa siam. Aku melawan, makin kuat dia menempik. Bapak aku dah risau, dia suruh aku naik bilik tingkat atas bawak adik beradik aku sekali.

Masa tu rumah aku dua tingkat. Sebab bapak kata aku dok melawan, nanti makin teruk. Aku pon x tahu mana aku dpt kekuatan untuk lawan benda2 ni. Dia tinggi suara, aku lagi la. Aku

tgk mak aku masa tu kecik besar kecik besar je.. Kepala aku mcm dh kembang tao.. Ishhhh.. x tao nak describe mcm mana keadaan aku masa tu.. Masa aku kat dlm bilik tingkat atas dgn

adik2 aku, aku dengar mak stop menjerit2.. Bapak aku buat air penawar, dia baca yasin & surah2 tertentu nak bagi mak minum. Pastu aku dengar mak panggil adik aku yg no 2 (lelaki).

Masa tu aku nak turun tapi bapak x benarkan. So, adik aku yg lelaki tu turun jumpa mak. Adik aku ni muda setahun dari aku. Di jenis cool je tapi masa mak panggil nak jumpa dia aku tgk

muka dia mcm cuak jgk..hehehehe.. Dlm 10 minit mcm tu, adik aku naik atas & masuk bilik. Kat tgn dia ada benang warna hitam.. Dia kata mak bagi & mak pesan yg suruh simpan

benang ni dlm beg & beg duit sebab benang ni boleh lindung kami adik beradik. Then, adik aku kata yg tu bkn mak sebab lain mcm je cara. Cakap pon bahasa kelantan siam.. Aku x

percaya... Bapak aku plak tanya mak, nak jumpa x anak yg sulung. Dia kata x payah. Budak ni lain macam. Dia degil sangat2 & x percaya benda2 ni. Tapi dia yg paling aku suka.. Berderau

darah aku masa bapak cite benda tu kat aku..huhuhuh.. Bapak ada call nenek & nenek datang.. Dia pon bercakap dengan benda saka tu suruh jangan kacau kalau x ada apa2 masalah.

Duduk diam2. Kesian anak cucu kalau dok datang mcm ni.. Aku mls nak tgk lagi apa yg nenek buat. Lepas 2, 3 hari mak betul2 ok. Mak ada cerita kejadian seram yg berlaku kat rumah aku

masa adik lelaki aku (no 2) tu baru lahir.. tapi nnt aku ceritakan.. Rumah aku pon ada sejarahnya jugak sebelum moyang aku pagarkan. Maklumla, rumah lama..Bidan kampung pnh

menyewa rumah aku tu..huhuhuhuh



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

wow...menarik..tertarik dan ditarik-tarik....

mohon sambung dengan kadar segera ye =)


__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Lalink , mana ceritanya ?? Excited ni nak baca . Kalau dah balik U tak berani nak baca , takut duk blik . Hehe

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

Fyka, dh tulis..try tgk..kejadian pelik yg aku alami 2 & 3


__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard