Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: GADIS TERLANTAR SAKIT DUA MINGGU


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
GADIS TERLANTAR SAKIT DUA MINGGU


SUBANG JAYA (SELANGOR): Seorang gadis terlantar sakit selama dua minggu setelah didakwa tersampuk kelibat menyeramkan ketika menyembunyikan diri dari kawan yang ingin melihat gambar teman lelakinya disalah sebuah lot kedai kosong yang terletak di Subang Jaya.
 Lot kedai yang dimaksudkan itu didakwa telah lama ditinggalkan penyewanya kerana sebab-sebab yang tidak diketahui. Namun dari sumber tertentu, penyewa asal kedai tersebut adalah milik peniaga berketurunan cina yang dikatakan menjual barang-barang berupa patung dan bahan hasil kreatif yang diperbuat daripada tempurung, kayu, cengkerang siput, tanah liat dan sebagainya.
 Bagaimanapun ada segelintir pihak yang tidak menafikan bahawa kedai itu terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian besar akibat daripada ketiadaan pelanggan yang mengunjunginya. Kini genaplah hampir tiga tahun kedai tersebut tidak didiami oleh sesiapa mahupun disewa oleh peniaga lain sedangkan kawasan itu boleh dikatakan amat sesuai untuk berniaga.
 Mira, 17, mengalami kejadian aneh yang menyeramkan di kedai berkenaan yang tidak mungkin akan dapat dilupakannya sampai bila-bila. 
 Seawal jam satu tengahari, tiada siapa akan menyangka diganggu jelmaan makhluk halus. Begitulah yang dijangka oleh gadis ini ketika pulang dari bermain snuker bersama teman perempuan sebayanya Linda (bukan nama sebenar).
 "Masa itu saya bersama linda saja lepak di kedai kakak yang terletak bersebelahan lot kedai yang kosong itu. Dah penat main snuker ingat nak rehatlah sekejap sebelum pergi makan tengahari bersama kakak." kata Mira yang masih menunggu keputusan peperiksaan SPM.
 "Sebab tiada pelanggan ketika itu jadi banyaklah masa kami dihabiskan dengan berseloroh dan bergurau sahaja. Linda tunjukkan gambar teman lelakinya pada saya, lepas tu dia nak tengok saya punya pula.
 "Sebenarnya bukan saya tak nak kasi tengok, tapi saje nak menyakat dan buat dia marah. Pada mulanya saya hanya larikan diri dikawasan sekitar kedai itu sahaja, tak sangka pula dia akan kejar.
 "Terus saya keluar ikut pintu belakang (belakang kedai). Kerana saya tahu dia masih kejar jadi saya cuba menyembunyikan diri di kedai sebelah itu yang mana pintu belakangnya kelihatan sedikit terbuka. Saya tak masuk dalam sangat sebab takut, cukup hanya sembunyi belakang pintu itu sahaja." kata Mira lagi.
 Menurut Mira, keadaan dalam kedai tersebut pada ketika itu kelihatan kotor sekali kerana terdapat hamparan kotak-kotak buruk yang mungkin digunakan oleh penagih-penagih dadah yang berada disekitar situ.
 "Dari dalam kedai itu saya dapat dengar Linda memanggil-manggil nama saya, rasa seronok sangat bila dia tak dapat cari. Perlahan-lahan saya rapatkan pintu itu agar tertutup rapat."tambah Mira lagi.
 Bagaimanapun kegembiraan Mira tidak lama apabila tiba-tiba rasa seram mula menyelubungi dirinya tatkala pintu sudah ditutup. Satu kelibat perempuan berambut panjang kelihatan sedang memerhatikan dirinya dari satu sudut tangga di dalam kedai tersebut betul-betul berhadapan dengan tempat Mira berdiri.
 Menurut Mira, keadaan lembaga itu amat menakutkan walaupun kurang jelas kerana gelap. Namun apa yang pasti pada ingatannya adalah sepasang mata merah dan berambut panjang menggerbang dengan berbaju putih itu sentiasa bermain-main diruangan matanya sehingga sekarang.
 "Dia langsung tak bergerak, hanya diam membisu seperti patung memandang ke arah saya dengan matanya yang terbeliak merah. Saya langsung tak boleh nak buat apa-apa hanya terpaku memandang lembaga itu. Sedar-sedar sahaja saya sudah berada di rumah keluarga saya. Kata Mak saya ditemui pengsan dalam kedai tersebut.
 "Hampir dua minggu saya demam lepas itu. Ada bomoh tu cakap saya kena sampuk pontianak sebab lemah semangat, entahlah!" kata Mira sambil menunjukkan bulu roma tangannya yang meremang kepada penulis sewaktu menceritakan kembali kisah itu. 



__________________
Boy


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

ni mana punya cite ko amik ni......tapi ble tahan.....seram gak.

__________________
tak mAu GaDuh daH


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

nasib baik dia tunjuk bulu roma tangannya yang naik.. kalau bulu roma kat ketiak yang naik camna? Mesti gadis tu busut tahap beruk punya

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

kalo bulu ketiak dia naik....jadi hantu bulukla.....lagi seram dr pontianak....kui..kui..kui

__________________
tak mAu GaDuh daH


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

kat subang jaya...kat mana hah kat taipan ke kat maple ravi ke....ke kat gazebo....

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

nasib baik 2 minggu jerk/......kalau 2 thn naye,,,moral of stori,,bagila member tengok pic balak...jgn kedeng kasi tgk....



__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

tak bermoral lgsg moral yg ko bg tu kyo krol...apa ke payah sgt nak sebut nama ko ni...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

ntah hapa hapa awat yg susah sangatt, eloka mai kita pangil dia KIRA KIRA je dan kalau tak best gak kita tukak bagi KURA KURA, amacam hang setuju tak eloka, dah terseliuh lidah ni, sapa nak tolong betui kan lidah saya ni , ini suma kura kura punya pasai.

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

hanim wrote:


ntah hapa hapa awat yg susah sangatt, eloka mai kita pangil dia KIRA KIRA je dan kalau tak best gak kita tukak bagi KURA KURA, amacam hang setuju tak eloka, dah terseliuh lidah ni, sapa nak tolong betui kan lidah saya ni , ini suma kura kura punya pasai.

lidah terseliuh ye...meh sini nak bagi betulkan......memang pakar dalam bab lidah nih.......ehheehhehe

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

saya sangkekan kene culik bunian.

 

peh. bleyh tahan arr jugak ceta ko neh 



__________________
I hate some of them. I hate people who i love.
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

fuiyoooo... dasatnyeerrrr.. ((padahal x bacer pon))



__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

fi3 wrote:

fuiyoooo... dasatnyeerrrr.. ((padahal x bacer pon))




same r malas tol aku nak ngeja nie tambahan pula pnjg sngt cite nie biase gab mntak tolong aku untuk  mngeja bagi pihak beliau krn sebarang kesulitan amat dikesali...



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard