Aku dengan syun memang kawan rapat sejak form 4 lagi . Dia banyak tolong aku , kalau dia ada masalah pon aku akan tolong . Tapi sayang , dia kelas lain . Susa sikit nak jumpe dia . Nak dijadikan cerit . Aku ikut syun balik rumah dia mase cuti hujung minggu . Rumah dia kat Kuala Kangsar .
Sebelum nieh , syun ade cerite tentang apa yang telah berlaku terhadap keluarge dia . Boleh tahan seram . Tapi , masa tuhh aku happy sangat sampai terlupe semua tentang tuhh . Syun ade seorang nenek , deme panggil atah . Atah sangat baik . Rindu pulak aku dekat arwah opah aku :') . Semua masakkan atah menusuk kalbu . Perghh , memang sedap :D biasalah orang tua punye air tangan kan .
Masa malam pertama , aku dan syun tido dalam bilik . Malam tuhh , kami sembang sakan macam setahun tak jumpe . Sembang punye sembang tak sedar pukol berapa , syun ajak tido . Aku pon tidolah .
Keesokkannya , aku terjaga sedar-sedar syun dah tade sebelah aku . Aku mengelabah cari dia . Aku pergi dapur , nampak atah tengah duduk kat meja makan " syun , ade kat luar " fuhh , aku ingat dia pergi mana tadi . Rupenye dia tengah tolong mak dia kat luar . Sumpah malu , aku sorang jeh yang bangkit lewat hehe . Lepas dah bersihkan diri , aku dan syun lepak dengan atah kat dapur . Atah pon berceritalah tentang apa yang telah terjadi kat rumah tuhh . Kata atah , ade orang hantar sesuatu kat rumah deme untuk memerhatikan keluarge deme . Sedang asyik bersembang , tibe-tibe ikan puyu yang diletakkan dalam tong cat meloncat tinggi dan ikan-ikan yang lain seperti tidak tentu arah . Aku hanya memerhatikkan ape yang sedang berlaku dan tidak berani membuka mulut . " tuhh bende tuhh datang melawat lah tuhh " kata atah . Meremang bulu roma aku . Aku ajak syun pergi ke depan untuk menonton televisyen .
Okay , malam pon dah tibe . Kali nieh kami tido diluar . Aku tido dengan syun dan adiknya . Malm tuhh entahlah kenape aku ngantok sangat . Aku tertido dulu . Lagi sekali keesokkannya , aku terjage dan tak de sape kat sebelah aku ! haish , aku bangkit lewat lagi keh ? . Aku bangon dan pergi ke depan rumah . Kelihatan syun sedang tido dengan adiknya disitu . Aku semakin keliru .
Aku tak bertanyakan tentang hal itu sehinggalah kami sampai di asrama . Barulah syun membuka cerita .
Rupanya , semasa syun dan adiknya mahu melelapkan mata . Mereka ditindih . Ketika tuhh aku dah diulik mimpi dah . Banyak kali deme kene kacau . Akhirnya syun mengajak adiknya tido di ruang tamu . Kata syun " alahh , bende tuhh nak tido dengan kaulah tuhh . sebab tuhh dia tak bagi aku tido sekali . hahaha " . Tak gune dia boleh gelak . Sumpah seram Alhamdulillah tak jadi ape- ape kat aku . fuhh -,- , sekarang nieh rindu pulak aku nak pegi rumah dia . Nanti kalau ade rezeki , bolehlah aku datang melawat syun dan keluarga dia :)